Thursday, 20 March 2014

#PRK Kajang: Siapa Pilihan Anda Sebagai Pengundi....!!!???

PRK Kajang bakal melabuhkan tirainya hari Ahad, 23 Mac ini.Jikalau sebelum ini, perbincangan luaran PRK Kajang banyak berkisar dengan isu kenapa Lee Chin Cheh sedia letak jawatan tanpa sebab munasabah......Ada yang menimbulkan perkiraan kos yang mesti ditanggung pembayar cukai demi memenuhi kehendak mereka yang berkepentingan. Ada pula yang mempersoalkan agenda Anwar Ibrahim mahu menjadi Menteri Besar sebagai batu loncatan ke jawatan Perdana Menteri dan macam-macam lagi. Semakan melalui SPR, Keputusan PRK Kajang pada 23 Mac 2014 ini dijangka akan mula diketahui seawal pukul 9 malam. Persoalannya sekarang ini apa sebenarnya kehendak & pilihan penduduk Kajang menjelang keputusan PRK Kajang kelak? BN atau PKR. Chew Mei Fun atau Wan Azizah? Yang mana satu? Keputusan PRK Kajang: Wan Azizah vs Chew Mei Fun Jikalau pilih Chew Mei Fun: ◾Kerajaan Persekutuan beri jaminan akan mempertingkat pembangunan dan kemajuan kawasan DUN Kajang sekiranya BN mendapat mandat daripada rakyat ◾DUN Kajang dan Majlis Perbandaran Kajang sebagai ‘anak angkat’ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ◾Kajang akan dijadikan DUN angkat oleh Kerajaan Persekutuan. Jikalau pilih Wan Azizah: ◾Apa yang diperhatikan, nampaknya PKR terpaksa menukar strategi sekali lagi apabila ‘Langkah Kajang‘ terpaksa diteruskan dengan matlamat baru iaitu untuk dijadikan referendum mengenai keadilan untuk Anwar Ibrahim terhadap keputusan mahkamah yang didakwa mereka tidak adil. ◾Akibatnya walaupun hukuman penjara itu masih lagi ditangguhkan sementara menunggu kes ini diangkat ke Mahkamah Persekutuan tetapi hakikatnya hasrat Anwar Ibrahim untuk bertanding dan seterusnya jika menang dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru kini telah terkubur buat selama-lamanya. Walaubagaimanapun, kelompok pengundi dalam PRU14 dijangka akan terdiri sebanyak 40 peratus daripada golongan muda begitu juga angka di sekitar DUN Kajang ini. Kelompok era kemerdekaan dan veteran semakin mengecil. Oleh sebab itu, budaya dan amalan politik perlu berubah dengan masa dan budaya pengundi terkini. Generasi pada hari ini mahu suara, sumbangan dan penglibatan mereka diperakui oleh mana-mana parti politik yang memegang tampuk kuasa negeri dan negara. Hanya kepimpinan dan parti politik yang demokratik dan adil akan menjadi pilihan utama orang muda hari ini. Pemimpin tidak boleh syok sendiri seperti dahulu dan berasa terlalu selesa. Pemimpin yang ditagih adalah mereka yang mempunyai kuasa wawasan minda dan bukan yang memanipulasi material dan institusional untuk kepentingan peribadi; rakyat dan negara perlu dijadikan asas perjuangan parti. Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan PRK Kajang 23 Mac 2014 ini?

No comments:

Post a Comment