Monday, 24 March 2014
#PRK Balingian: Wujud Krisis PKR
Maklumat mendedahkan berlaku ketidakpuasan hati beberapa petugas PKR khususnya dari Miri, Bintulu dan Sabah terhadap pengurusan kewangan yang diketuai oleh Hj Baharudin Datuk Hj Moksen - Pengarah PRK DUN Balingian. Ketidakpuasan hati berapa petugas PKR timbul kerana sikap Hj Baharudin dibantu oleh Abg Zulkifli Abg Engkeh - Pengarah strategi kempen dikatakan terlalu menyekat perbelanjaan sedangkan peruntukan sepanjang PRK mencukupi. Calon PKR difahamkan hanya sebagai boneka sahaja termasuk petugas PKR kerana semua strategi mahupun kewangan perlu memohon restu dari Hj Baharudin ataupun Abg Zulkifli. Selain dari itu, hasil maklumat turut mendedahkan bantuan dari Miri yang diketuai Dr.Teo (MP Miri) & petugas dari Sabah difahamkan telahpun bergerak ke Kajang membantu jentera pilihanraya. PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment