Thursday, 13 March 2014

#PRK Kajang: Calon Kitar Semula, PKR Semakin Parah.......!!!!

Sejak hari penamaan calon lagi sudah heboh diperkatakan tentang calon kitar semula yang digunakan oleh pakatan pembangkang dalam PRK N25 Kajang. Bermula di Permatang Pauh, Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana kononnya untuk memberikan tumpuan kepada keluarga, anak-anak dan cucu beliau. Kini dalam PRK Kajang pula, Wan Azizah telah diletakkan sebagai calon untuk ADUN menggantikan Lee Chin Cheh yang dipaksa meletakkan jawatan beliau. Jadi apa maksud semua permainan yang dilakukan oleh pakatan selama ni? Adakah pakatan pembangkang khususnya PKR sudah tidak mempunyai pemimpin untuk diketengahkan sebagai calon? Yang jelas,Anwar telah menidakkan kepimpinan orang cina berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN yang masih mengekalkan tradisi untuk meletakkan calon dari kaum Cina bagi mewakili suara kaum tersebut. Ada juga ura-ura yang disebut oleh pakatan pembangkang bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun tidak mampu untuk mengurus tadbir kawasan DUN Kajang sebenarnya langsung tidak tepat. Mempertikaikan bahawa tiada di kalangan Menteri yang mewakili kaum tersebut, adalah tidak keterlaluan mengatakan bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun mampu berurusan terus dengan Perdana Menteri memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen dan pernah menjadi Timbalan Menteri serta Setiausaha Parlimen satu masa dulu. Berbeza pula dengan Wan Azizah yang mengeluarkan beberapa menifesto seolah-olah negeri Selangor ditadbir oleh parti lain sedangkan Menteri Besar adalah salah seorang pemimpin dalam parti PKR. Dengan mengeluarkan menifesto seperti manyelesaikan masalah sampah dan sebagainya, Wan Azizah sebenarnya gagal mengurus tadbir parti beliau dalam menangani permasaalahan rakyat. Sepatutnya menifesto untuk meyelesaikan masalah sampah di Kajang tidak timbul jika Wan Azizah selama ini mengambil berat tentang permasalahan rakyat di bawah pentadbiran parti beliau. Seperti yang telah lepas, Menteri Besar Selangor sendiri pernah mengatakan bahawa menifesto bukan satu janji membuatkan rakyat akan tertanya-tanya dan seterusnya menjadi mangsa keadaan dan kepincangan kepimpinan kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang. Justeru, untuk keselesaan rakyat dimasa mendatang, Matmerapu rasa Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon terbaik untuk menjadi ADUN di Kawasan N25 DUN Kajang.

No comments:

Post a Comment