Thursday 28 February 2013

PRU 13: Sentimen Pemilih Berdaftar

Menjelang PRU 13 yang terpaksa diadakan oleh SPR sebelum 23 Jun 2013 nanti, MatMerapu cuba mendkati 'kata hati' pemilih berdaftar di Semenanjung secara generalisasi bagi mengupas kecondongan sokongan mereka, BN atau Pakatan Pembangkang (PP)? Melayu: Majoriti pemilih veteran luar bandar (40 tahun ke atas) kekal menyokong BN di sekitar 60%, di pinggir bandar 50-50 manakala majoriti pemilih muda sekitar 65% berpihak kepada PP. Cina: Majoriti pemilih yang berkepentingan perniagaan sekitar 75% dan golongan fakir miskin sekitar 60% memilih BN manakala selebihnya terutama pengundi muda sekitar 85% berpihak kepada PP. India: Majoriti pemilih sekitar 70% berpihak kepada BN kecuali golongan ultra-India sekitar 15% dan sekitar 20% pengundi muda. Apapun sentimen pemilih berdaftar, MatMerapu amat yakin BN dapat mengekalkan kuasa 'simple majority' tapi terpaksa melalui laluan "mendaki" khususnya untuk mengekalkan jumlah kerusi Parlimen (140 kerusi)yang dimenangi dalam PRU 12. Kesimpulannya, MatMerapu meramalkan BN mampu memperoleh antara 120 ke 130 kerusi Parlimen pada PRU 13 nanti. Pendek kata, PP pasti tidak akan berjaya menawan Putrajaya!!! Satu keputusan yang diinginkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat 1Malaysia. BN terutama MCA dan Gerakan perlu berusaha lebih kuat di kawasan mereka tandingi......!!!

PAS Semakin Celaru

Kecelaruan PAS bukanlah satu fenomena baru malah telah lama berakar umbi. Keadaan PAS bertambah teruk dengan kumpulan 'Anwarinas' mengatasi kumpulan ulama'. Perjuangan PAS kalau dulunya berteraskan agama, kini tersasar, terbabas dan tersimpang jauh.......hanya menggunakan agama sebagai "topeng" untuk memenuhi matlamat individu tertentu. Ternyata PAS kini semakin celaru menjelang PRU 13, apa tidaknya....!!!??? sanggup menggunakan masjid dan surau untuk berpolitik keduniaan bagi memenuhi kerakusan kuasa. Pimpinan PAS juga terus menipu ahli, pengikut dan rakyat (Melayu-Islam)kononnya mereka sajalah yang sempurna.....orang lain penuh kemungkaran! Sedarlah....setiap pemimpin PAS (tidak terkecuali MatMerapu) tidaklah 'maksum' atau terpelihara daripada membuat kesalahan. 'Tidak Maksum' tu satu hal tapi janganlah sanggup mempertaruhkan kesucian agama Islam sebagai sandaran dan pajakan untuk memenuhi nafsu peribadi. Ahli, pengikut dan rakyat diseru untuk menilai semula kewibawaan PAS sempena PRU 13 nanti. MatMerapu langsung tidak yakin dengan pemimpin atau calon PAS kerana PAS semakin celaru dari semalam, hari ini dan esok. PAS dikategorikan sebagai 'munafiq' dan perlu dihukum oleh pemilih berdaftar terutama yang mengaku mereka itu Islam. Hukumlah PAS dengan menterjemahkan undi kita kepada BN.

Manifesto Pakatan Pembangkang

Sebelum ini MatMerapu ternanti-nanti juga untuk mengetahui Manifesto Pakatan Pembangkang (MPP) kalau-kalau ada sesuatu yang baru ‘luar dari kota pemikiran’. Namun penantian tersebut rupa-rupanya tidak berbaloi. Andaian yang mengharapkan sesuatu yang baru dan lebih dinamik, merudum dan meleset……hahaha!!! Apa yang digariskan dalam MPP bagi menghadapi PRU 13……tiada yang baru malah ‘mirror image’ kepada usaha kerajaan pimpinan BN yang telah dan sedang dilaksanakan bagi menepati tema BN, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bagi memenuhi “Janji Ditepati” ke arah memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat. MatMerapu berpendapat bahawa MPP yang diumumkan lebih bersifat retorik dan boleh membuat negara muflis dalam sekitar 4 ke 5 tahun kerana ‘Lebih Kuah Daripada Sudu’. PP mengamal strategi ‘creating hope’ kepada pemilih berdaftar walaupun hakikat sebenarnya agak mustahil untuk dipenuhi dan ditepati oleh PP. Mereka ibarat ‘Menanam Tebu Di Bibir’ sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat dan masa depan negara. Jelaslah bahawa PP didorong oleh kerakusan kuasa dan kepentingan peribadi malah sanggup berbuat apa sahaja termasuk menipu ahli, pengikut dan rakyat secara terang-terangan tanpa segan silu. Mana mungkin mereka akan menepati janji dalam MPP kerana bagi mereka, manifesto bukanlah satu janji kepada rakyat……hehehe!!!! Ini juga terbukti dengan wujudnya pelbagai janji PP semasa PRU 12 yang belum tertunai. Apakah pemilih berdaftar rela dan sanggup diperbodoh dan ditipu lagi oleh PP sempena PRU 13 akan datang? Janganlah kita izinkan ‘Pisang Berbuah Dua Kali’. Pemilih berdaftar adalah diseru untuk menghukum PP dalam PRU 13 nanti akibat pembohongan melampau. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan tipu muslihat dan “harapan” yang dilemparkan oleh PP, jika kita seorang pemilih berdaftar yang bijak dan TIDAK inginkan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat musnah sekaligus terkubur. Marilah sama-sama kita bulatkan tekad untuk memboikot PP dengan memberi undi kepada BN. Satu undi kepada PP ibarat sebiji telur busuk dimakan oleh kita dan anak cucu……..Pastikan PP kecewa dan kalah teruk di kerusi DUN dan Parlimen sempena PRU 13.

Wednesday 27 February 2013

Kerajaan BN Membela Nasib Warga dan Bekas Tentera

Dewasa ini blog milik bekas tentera terutama kecondongan sokongan mereka yang berpihak kepada pembangkang tidak terkecuali bekas Jeneral Angkatan Tentera bersuara lantang, kononnya kerajaan pimpinan BN mengabaikan kebajikan warga dan bekas tentera. Mereka melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah bukan sahaja terhadap kerajaan BN malah pucuk pimpinan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dipersalahkan. Sebenarnya, tindakan mereka lebih didorongi oleh elemen kepentingan peribadi dan bersifat opportunist dengan mengambilkira bahang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang semakin terasa. Jika ditinjau, dikupas dan dinilai, ramai yang mengakui bahawa segala dakwaan bloggers dan bekas Jeneral tersebut adalah tidak benar dan berasas. Hasil pengamatan mempamerkan bahawa rata-rata warga dan bekas tentera termasuk keluarga memberi respon yang amat positif terhadap keprihatinan dan usaha kerajaan dalam membela nasib mereka. Pelan Transformasi Kerajaan melalui pelbagai inisiatif telah banyak memberi manfaat kepada warga dan bekas tentera. Sumbangan kerajaan sebanyak RM1,000 secara one-off kepada bekas tentera tidak berpencen adalah contoh terbaik. ATM pula melalui Pelan Strategiknya (4DMAF) turut menyediakan pelbagai keistimewaan serta kemudahan lain bagi meningkatkan kualiti hidup warganya seperti pembangunan kerjaya dinamik, rumah keluarga, perolehan aset pertahanan yang setanding dengan negara jiran dan sebagainya. Pihak pembangkang kini berusaha lebih aktif untuk menawan Putrajaya dilihat semakin rancak menggunakan ‘landasan bekas tentera’ untuk cuba mempengaruhi warga dan bekas tentera. Pakatan Pembangkang (PP) kini memperalatkan bekas Jeneral pula untuk cuba meracuni minda warga dan bekas tentera supaya mengamalkan pendirian 'anti-establishment'. Persoalannya, warga dan bekas tentera tidak rapuh semangat mereka untuk mudah terpengaruh dengan propaganda PP. Dengan ini, warga dan bekas tentera hendaklah 'menghukum' PP dengan menterjahmahkan sokongan dengan memberi undi kepada BN. PP dan bekas Jeneral pro pembangkang TIDAK MAMPU untuk membela nasib warga dan bekas tentera. Kesinambungan kuasa BN teramat penting bukan sahaja kepada warga dan bekas tentera malah kepada negara dan rakyat. Setakat ini dan mendatang......Tiada alternatif kepada BN, Undilah BN......satu pilihan yang bijak!!!!!

Thursday 21 February 2013

Strategi Menang PRU 13 Dari Kacamata MatMerapu

MatMerapu secara peribadi cuba mengupas.....Apakah strategi yang perlu dilaksanakan oleh BN untuk menang selesa sempena PRU 13 kelak: Strategi 1: Memastikan semua ahli memberi undi kepada parti tanpa mengambilkira calon yang bertanding. Tiada langsung wujud elemen sabotaj seperti memberi undi kepada pihak lawan atau sengaja merosakkan kertas undi atau langsung tidak keluar mengundi. Strategi 2: Jentera parti mendekati pemilih berdaftar di semua Daerah Mengundi (DM) dan "mengikat sokongan" mereka mulai sekatang hingga ke tarikh hari pembuangan undi. Strategi 3: Menyelesaikan segala masalah domestik yang wujud di setiap DM sebelum tarikh pembuangan undi. Mendengar dan menjiwai denyut nadi pemilih berdaftar. Strategi 4: Pemilih berdaftar terutama yang hidup di bawah paras kemiskinan mengharapkan sesuatu sempena PRU 13. Hulurkanlah "sumbangan ikhlas" atau apa jua inisiatif bagi memenuhi apa yang tersirat. Strategi 5: AJK Cawangan dan Bahagian "berkampung" bersama pemilih berdaftar secara berkumpulan di setiap DM bagi menghalang usaha pembangkang mendekati mereka. Strategi 6:Mempromosikan kepentingan kesinambungan kuasa memerintah BN dan discredit pembangkang berlandaskan kepada serangan isu yang dimanipulasi oleh pembangkang. Inisiatif sesi penerangan dikekalkan oleh setiap Cawangan dan Bahagian. Strategi 7: Memastikan pemilih berdaftar yang tinggal di luar kawasan balik mengundi dan "resepsi" sewajarnya perlu diatur dengan sebaik mungkin. Strategi 8:Pengankutan disediakan (termasuk kemudahan lain) untuk membawa pemilih berdaftar ke tempat mengundi dan ucapan "terima kasih" yang setimpal dipanjangkan bagi pihak parti kepada pengundi berkaitan. Strategi 9: Pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat pula turun ke padang mendekati pengundi terutama di kawasan kategori Kelabu dan Hitam. Strategi 10: Laksanakan operasi media yang timely dan accurate serta "tindakan lain" yang boleh memberi kemenangan kepada parti. Mesej perlu memberi impak tinggi. Isu pembangkang dipatah dan dineutralisasikan segera. MatMerapu rasa cukuplah setakat ini sebagai langkah kemenangan selesa BN sempena PRU 13.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan

MatMerapu melalui sumber dalaman yang boleh dipercayai difahamkan bahawa Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan (UKK-KEMENTAH) kini tersimpang dan tersasar landasannya. Kalau dulu, UKK-KEMENTAH bertanggungjajawab sepenuhnya ke atas aspek komunikasi medai dan perhubungan raya kementerian termasuk operasi media untuk MENHAN, Timbalan MENHAN, KSU, PAT dan Panglima Perkhidmatan; kini hanya berfokus kepada MENHAN, Timbalan MENHAN dan KSU KEMENTAH sahaja. Akibatnya, Markas ATM dan semua perkhidmatan terpaksa mengwujudkan Sel PR masing-masing. Kenapa dan mengapa tersimpang dan tersasarnya UKK-KEMENTAH daripada landasan asal......entahlah!!!!???? Seperkara yang menarik perhatian, MatMerapu difahamkan oleh sumber juga bahawa telah lama wujud rasa ketidakpuasan hati warga tentera (yang berkhidmat di UKK tersebut)terhadap Pengarah UKK, pernah menemui KSU KEMENTAH untuk Pengarah tersebut ditukarkan. Apa yang berlaku sebaliknya pula.....hehehe!!!! Pengarah UKK amat kebal!!!........ kata mereka.Demi kebajikan dan mengekalkan semangat juang/morale warga tentera UKK, MatMerapu berharap agar pihak berwajib ATM mengambil tindakan sesuai bagi menempatkan kembali UKK-KEMENTAH di landasan sewajarnya ia berada......!!!!!

JHEV, PBTM dan NGO Lain Bekas Tentera

MatMerapu melihat JHEV, PBTM dan NGO lain bekas tentera pro kerajaan masih belum memberi impak maksima dalam mengekal dan meningkatkan keyakinan bekas tentera terhadap kerajaan pimpinan BN. Masih terlalu ramai bekas tentera yang langsung tidak mempunyai apa-apa "ikatan" dengan JHEV,PBTM atau NGO lain bekas tentera. Mereka tersisih, terpinggir dan dibiarkan minda mereka diracuni oleh pihak berkepentingan sehingga terlahirnya persepsi negatif terhadap kerajaan sekali gus turut menghakis keyakinan dan sokongan mereka. Apakah perkara ini harus dibiarkan?? JHEV, PBTM dan NGO bekas tentera perlu rapatkan saf sebagai usaha membantu kerajaan memerintah pimpinan BN kekal membawa negara ke mercu kemakmuran dan kesejahteraan. MatMerapu berharap agar JHEV, PBTM dan NGO bekas tentera memainkan peranan membantu kerajaan dengan lebih agresif melalui pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kualiti hidup bekas tentera. Laksanakanlah kajian menyeluruh kerana masih terlalu ramai bekas tentera yang hidup di bawah paras kemiskinan. Utamakanlah kepentingan kebajikan bekas tentera kerana jasa dan pengorbanan mereka terhadap keselamatan dan kedaulatan negara terlalu tinggi untuk diletakkan "nilai".

Barisan Bekas Jeneral Tentera: Tamak Kuasa

MatMerapu merasa agak terkilan dan kecewa dengan tindakan sebilangan kecil barisan bekas tentera yang kini bersekongkol dan rela diper"Kuda"kan oleh Pakatan Pembangkang (PP). Dimanakah 'Ikrar Kesetiaan'mereka??? Segala dakwaan barisan Jeneral tersebut pula dilihat lebih cenderung kepada unsur tohmahan, fitnah dan pembohongan. Kononnya mereka kini sedang memperjuangkan nasib warga dan bekas tentera.....dulu semasa dalam perkhidmatan kenapa mereka tidak membela nasib dan kebajikan warga tentera......mana mungkin mereka mampu berbuat demikian!!!!???? MatMerapu perjuangan mereka lebih bersifat kepentingan peribadi yang 'tamak kuasa'. Mereka mengharapkan PP mencalonkan mereka sempena PRU 13 yang semakin hampir. Inilah "manusia opportunist" yang sanggup melakukan apa saja demi memenuhi cita-cita peribadi mereka. Barisan bekas Jeneral bukanlah 'authority' untuk bercakap mengenai pengurusan dan sistem perolehan aset pertahanan KEMENTAH/ATM. Inilah juga manusia yang boleh dilabelkan sebagai golongan 'Melayu Mudah Lupa'. Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan memerintah adalah 'stake holder' mereka dan bukannya Ketua Pembangkang!!! Apabila 'tamak kuasa' menghantui diri, pertimbangan minda berkecelaruan......keputusan bersama PP akibat naluri dan nafsu serakah tidak terkecuali untuk mendapat "habuan" tertentu......inilah nilai maruah diri barisan bekas Jeneral tersebut. MatMerapu berdoa agar warga dan bekas tentera serta rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda mereka.KEMENTAH/ATM kekal prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera tidak terkecuali kerajaan memerintah yang telah menyalurkan pelbagai inisiatif demi meningkatkan kualiti hidup warga dan bekas tentera termasuk keluarga.

Wednesday 20 February 2013

Perpaduan Melayu...........!!!????

Berpunca daripada kepentingan peribadi dan politik serta didorongi oleh sifat tamak individu (Melayu) tertentu, perpaduan Melayu kini semakin rapuh malah acap kali juga diperlekehkan dipersendakan oleh golongan bukan Melayu. Pertelagahan antara Melayu terpampang luas di dada media tradisional dan media baru. Melayu-Islam di negara ini kian terpisah dan berpecah.....hanya dipengaruhi oleh elemen fahaman politik yang berbeza. Apakah anda (Melayu)mengizinkan dan sanggup melihat perpaduan Melayu terus hancur, musnah dan terkubur di bumi Melayu? 'Enough is Enough'......!!! Yang paling mengecewakan, apabila soal agama Islam dan kesucian serta kebesaran Allah turut "diperjudikan" akibat fahaman politik yang berbeza. Jika setiap lapisan Melayu bersatu dalam ikatan yang kental dan ampuh, diyakini bangsa Melayu akan lebih maju pada hari ini malah bertambah maju pada hari esok. MatMerapu turut terkilan kerana NGO Melayu seperti PEKASA, PEKIDA dsb terus membisu dalam memperjuangkan "perpaduan Melayu". Apakah NGO Melayu ini juga lebih mengutamakan kepentingan politik mengatasi kepentingan Melayu-Islam......!!!??? Buatlah penilaian sendiri. Kesimpulannya, MatMerapu berdoa agar Melayu-Islam kembali merapatkan saf dan membulatkan matlamat perjuangan - Kepentingan Melayu-Islam Diutamakan dalam apa jua situasi dan cabaran. Kembalikanlah keagungan Melayu di tampuk sebenarnya demi kepentingan waris Melayu yang bakal menggantikan Melayu yang bakal pergi tanpa kembali untuk menemui penciptanya. Sedarilah bahawa jika Melayu-Islam bersatu, bangsa Melayu akan menguasai semua bidang - Politik, Ekonomi, Pendidikan dsb di bumi negara Malaysia - tanah tumpahnya darah ku!!!!

Tuesday 19 February 2013

RAHSIA HUBUNGAN SULIT XENOPHON & ANWAR TERBONGKAR

NICK XENOPHON & ANWAR IBRAHIM SAMA-SAMA PEMINAT DAN PENYOKONG LBGT Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Nick Xenophon merupakan seorang peguam Hak Asasi di Australia yang banyak melibatkan kes berkaitan dengan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Australia. Nick Xenophon mengetuai firma Guaman Xenaphone and co. di Australia Selatan yang merupakan penyokong utama Rang Undang-Undang Perkahwinan Sesama Jantina di Australia serta memperjuangkan hak untuk menikmati hak pencen, cukai dan hak keluarga kepada Kumpulan Gay dan Lesbian di Ausralia. “Xenophon merupakan seorang peguam yang menyokong kesamarataan Gay & Lesbian di Australia Selatan” lapor laman web LGBT, Australia, samesame.com.au . Kita tidak terkejut mengapa Xenophon beria-ia menyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kerana beliau antara tokoh luar yang mempromosi gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan yang menyambutnya di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Nick Xenophon juga lantang mahukan pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan. Sepatutnya jika mahu bersikap prihatin, belalah nasib mangsa liwat. Jabatan Imigresen dan polis bertindak tegas menghalang Senator Australia, Nick Xenophon daripada memasuki negara kita.Good Job! Antara rekod buruk Nick Xenophon di tanah air kita ialah usahanya menentang industri minyak sawit kita. Orang FELDA dengar baik-baik, Nick Xenophon kawan baik Anwar Ibrahim ini telah berkempen supaya tidak membeli Sawit Malaysia. Orang Felda dan pekebun Sawit ingat betapa ligatnya kempen Nick menentang Sawit Malaysia, manakala Anwar Ibrahim berdiam diri sahaja! Penyertaannya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 juga membuktikan dengan jelas campur tangan dalam politik negara yang berdaulat. Michael Danby antara MP Australia yang bercadang datang ke Malaysia, Michael Danby ialah pejuang Kumpulan Gay Australia merupakan penyokong Anwar Ibrahim dalam LGBT. PRU13 hanya beberapa hari sahaja lagi, Nick Xenophon berkongsi rasa yang sama dengan Anwar Ibrahim mengenai Lesbian dan Gay, datang ke Malaysia dengan satu tujuan, supaya seorang Gay menjadi Perdana Menteri Malaysia! Mahukah anda berPerdana Menterikan seorang Gay? MatMerapu TIDAK SANGGUP.......!!!! Kepada pengikut dan penyokong PAS, sila search dalam youtube ucapan Anwar di Australia. Anwar berkata, "...parti PAS ini, menyusahkan gerakan kami dalam Pakatan..."

Pesanan Untuk Warga dan Bekas Tentera

Dengan penuh keikhlasan MatMerapu ingin menggariskan pesanan buat warga dan bekas tentera. Pertama: Tidak terpengaruh dengan propaganda pihak berkepentingan (pembangkang)yang cuba menanam elemen negatif dengan mencetuskan rasa "menolak" dan "kebencian" di kalangan warga dan bekas tentera terhadap ATM dan Kerajaan. Hindarilah diri daripada sikap 'anti-establishment' Kedua: Hindarilah diri daripada terlibat secara langsung atau tidak dalam sebarang aktiviti/program anjuran pihak pembangkang. Ketiga: Jauhilah diri daripada dilabelkan sebagai Kacang lupakan kulit dan Menggigit tangan yang menyuap. Keempat: Kebebasan mengundi hak anda tetapi sedarilah bahawa hanya BN yang prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera kerana janji BN ditepati. Renungilah segala jasa baik kerajaan pimpinan BN. Kelima: Jangan sekali-kali diperalat, ditunggangi atau diper"kuda"kan oleh pembangkang demi kepentingan peribadi dan tamak kuasa mereka. Keenam: Masa depan anak-anak serta bakal waris anda akan terjamin di bawah pentadbiran kerajaan BN. Ketujuh: Tiada alternatif kepada BN melainkan memberi undi kepada BN sempena PRU 13 kelak demi keamanan negara dan kesejahteraan rakyat. Undi pembangkang, hancurlah negara dan musnahlah bangsa serta lumpuhlah kemajuan, akibatnya "Hari esok lebih buruk daripada hari ini". Kelapan: Kesinambungan kuasa pemerintahan BN perlu diutamakan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Jangan gadai maruah demi beberapa keping Ringgit Malaysia dan habuan peribadi. Kesembilan:Berilah pengajaran pahit kepada pembangkang melalui undi anda akibat penipuan, fitnah dan pembohongan melampau mereka. Kesepuloh: "UNDILAH BN" sempena PRU 13.

Barisan Bekas Jeneral Tentera

Sepintas dan sekilas pandang.....MatMerapu tersenyum kambing apabila terbaca kenyataan bekas Jeneral tentera memberi jaminan kepada Ketua Pembangkang bahawa mereka menjamin bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Yang pelik, Ketua Pembangkang yakin dan mengakui akan 'jaminan' bekas Jeneral tersebut.....hahaha!!! Kalau dah bekas tentera dan bukan Menteri di KDN atau KEMENTAH sudah pasti mereka tidak ada kuasa ke atas Angkatan Tentera atau pasukan keselamatan. Kalau dah tak ada kuasa, mana mungkin.....!!!??? mereka boleh memberi jaminan tersebut. Sesungguhnya pihak keselamatan negara akan memastikan aspek keselamatan dan keamanan negara sentiasa terjamin pada sebilang masa. Kesimpulannya, MatMerapu berpendapat, tidak perlu mengupas "peralihan kuasa pasca PRU 13" kerana yang bakal wujud hanyalah "kesinambungan kuasa memerintah kerajaan pimpinan BN", insya'Allah. Impian Pakatan Pembangkang (PP) untuk menawan Putrajaya ibarat 'Mimpi di siang hari', 'Menanti kucing bertanduk', 'Punggok rindukan bulan'......hahaha!!!! MatMerapu pasti dan yakin, BN kekal berkuasa di Putrajaya!!! Cuma MatMerapu harap PP menerima kekalahan kepada BN dengan penuh keredhaan dan keinsafan tanpa sebarang "jiwa kacau melampau".

Pencerobohan Wilayah Malaysia- Lahad Datu Sabah

Insiden pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai 'Tentera DiRaja Sulu' telah berlarutan hingga sekarang sejak 12 Feb yang lalu. Memetik sidang akhbar Sultan Jamalul Kiram yang diadakan di Alabang, Selatan Filipina pada 17 Feb 2013 melalui terbitan Agence France-Presse bth 18 Feb 2013, antara kenyataan menarik meliputi......Pertama: "Some 400 people including 20 gunmen were resolute in staying (Sabah) despite being cornered by security forces, with Kuala Lumpur government insisting the group return to the Philippines", Sultan Jamalul Kiram menegaskan, "Why should we leave our own home? In fact they (the Malaysians) are paying rent (to us)". "Our followers will stay in Lahad Datu. Nobody will be sent to the Philippines. Sabah is our home". "There will be no turning back for us". Kedua: "The followers made the trip unarmed, if they have arms, they already in Sabah". Manakala jurucakap Sultan Jamalul Kiram, Abraham Idjirani turut menegaskan (berlandaskan cakapan telefon dengan adik sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram), "The objective is to reside now in that place permanently, considering the sultanate owns Sabah by rights of sovereignty". "We recognize the capability of Malaysia. We don't have the arms and capacity but we have the historical truth". "fate is to see the recognition they are entitled to.....or they die defending their ancestral rights". MatMerapu sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat agak terkilan dengan 'kenyataan keras' tersebut . Dah la menceroboh wilayah Malaysia, boleh berkeras pula. Dalam keadaan ini pun, pihak keselamatan kekal bersabar walaupun kedaulatan wilayah Malaysia telah tercalar......hehehe!! Nampaknya mereka (penceroboh) tidak akan meninggalkan Sabah dan balik ke Filipina. Apapun, ruang rundingan masih terbuka.....TAPI sampai bila????? hahaha!!!! MatMerapu yang kurang arif ini ingin mencadangkan tindakan berikut diambil oleh pihak berwajib, Pertama: Tetapkan had batasan tempoh rundingan. Kedua: Rundingan PDRM-Penceroboh menghadapi jalan buntu, pihak MKN menyerahkan tanggungjawab kepada ATM untuk tindakan militeri bagi mengusir kumpulan penceroboh berkaitan. Apakah pandangan anda yang arif dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara??????

KERABAT

KERABAT bawah pimpinan bekas tentera Nazari kini semakin aktif dalam usaha untuk mempengaruhi warga dan bekas tentera menyokong (kononnya) perjuangan beliau. Maklumat yang diperoleh drpd anggota/pegawai pimpinan Nazari semasa dlm perkhidmatan ATM khususnya TUDM, beliau adalah seorang yg 'self-centered'(mengutamakan kepentingan peribadi). Beliau juga difahamkan seorang 'opportunist' malah bijak mengambil kesempatan bagi menonjolkan diri terutama bersifat 'keuntungan peribadi'. Beliau juga dikatakan tidak menjaga hal-hal kebajikan anggotanya. Kalau dah begini rupa personalitinya, mana mungkin beliau dapat membela nasib warga dan bekas tentera serta keluarga. Beliau kini sedang sibuk mengatur untuk melaksanakan Program Himpunan Bekas Tentera, Veteran dan Rakyat. Usaha beliau ini sudah pasti 'doesn't come free and cheap', keuntungan peribadi lah yg mendorong beliau untuk berbuat demikian. Apakah beliau tidak sedar dan bersyukur tentang segala kebaikan yang dinikmati selama ini adalah hasil keprihatinan ATM dan pucuk pimpinan serta kerajaan memerintah. Inilah satu contoh terbaik, "Melayu Mudah Lupa".......hehehe!! Jika hendak dikupas mengenai Nazari satu persatu.......agak panjang namun kesimpulannya, beliau lebih mengutamakan kepentingan peribadi terutama bersifat 'monetary value' dan sanggup berbuat apa sahaja walaupun sedar sedang diperalatkan oleh pihak berkepentingan (pembangkang) hingga sanggup 'Menggigit Tangan Yang Menyuap'. Justeru, MatMerapu berdoa agar warga dan bekas tentera tidak bersemangat rapuh dan mudah terpengaruh dengan usaha Nazari untuk menanam persepsi negatif di kalangan warga dan bekas tentera serta rakyat bagi meraih sokongan berpihak kepada pembangkang. Apakah anda ingin dilabelkan sebagai individu yang 'anti-establishment'.....???? sudah tentu.....TIDAK. Hindarilah diri daripada terlibat dalam sebarang program yang dianjurkan oleh KERABAT dan terus "dicucuk hidung dan diperkuda" oleh pihak pembangkang. Berapakah nilai maruah diri anda? Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kerajaan BN yang mampu menjaga kebajikan warga dan bekas tentera serta keluarga.

Monday 18 February 2013

ATM: Kenaikan Pangkat Mega

MatMerapu difahamkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa dalam masa terdekat ini ATM akan menganjurkan Upacara Kenaikan Pangkat Mega kepada 3,000 warganya. Alhamdulillah dan Tahniah!!......kerana berkat usaha dan khidmat bakti serta pengorbanan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Setiap kenaikan pangkat.....membawa tambahan rezeki kepada warga ATM dan tanggungannya kerana skala gaji yang meningkat dan bertambah baik. Tapi.....MatMerapu juga ingin berpesan kepada semua yang bakal dinaikkan pangkat pada majlis tersebut......setiap kenaikan pangkat, bersamanya diiringi tugas dan tanggungjawab yang turut bertambah. Pertingkatkan usaha dan azam untuk terus maju dalam kerjaya. Janganlah sekali-kali mengkhianati ATM dan terhadap kerajaan sama ada dalam perkhidmatan atau setelah bersara kelak. Kenaikan Pangkat Mega tersebut juga jelas membuktikan bahawa kepimpinan KEMENTAH dan ATM serta kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan warga tentera. Tahniah dan Syabas!!!! ATM kekal sebagai perisai pertahanan negara terhadap apa jua dimensi ancaman.

Blog Solidariti Anak Malaysia (SAMM)

Blog SAMM milik Chegu Bard dengan angkuh membuat ramalan keputusan kerusi Parlimen bahawa Pakatan Pembangkang akan menang sempena PRU 13 nanti....ini bukan soal pokok!!! kerana sesiapa sahaja boleh membuat ramalan kerana ianya kekal bersifat spekulatif......Realitinya, kebenaran akan hanya diketahui selepas pengumuman keputusan rasmi PRU 13. Soalan pokoknya.....kenapa SAMM mendakwa bahawa ramalan beliau adalah hasil maklumat daripada sumber risikan tentera dan Cawangan Khas! MatMerapu melihat ianya hanya satu usaha SAMM untuk memperkukuhkan ramalannya. Apa hakikat sebenarnya???? Benarkah berlaku kebocoran maklumat daripada kedua-dua agensi yang dimaksudkan atau sengaja diada-adakan.....yang kemudian agak paling tepat!! Eloklah SAMM hentikan penggunaan nama sumber agensi berkaitan kerana ianya boleh menjejaskan imej agensi berkenaan kerana ramalan SAMM berkemungkinan besar jauh terpesong dan meleset daripada keputusan rasmi PRU 13 yang bakal diumumkan. SAMM juga dilihat cuba mengelirukan rakyat dan masyarakat antarabangsa dengan paparan ramalannya bertarikh 13 Feb 2013 (Ramalan ini pun adalah hasil paparan blogger lain sebelum ini yang kekal bersifat spekulatif juga!!). Apa yang tersirat.....SAMM cuba mengelirukan rakyat dengan cuba menonjolkan kelemahan BN (kelemahan dan kemungkaran PP lebih ketara- Nampak kuman di seberang laut, Gajah di hadapan mata pura-pura tak nampak....hehehe!). Semua pelawat/pembaca artikel paparan SAMM, janganlah mudah terpengaruh dengan dakwaan SAMM kononnya mempunyai sumber risik tentera dan Cawangan Khas....Ianya satu pembohongan melampau!!!! MatMerapu mencabar SAMM untuk mengemukakan bukti kukuh bahawa beliau mempunyai sumber dari agensi yang dimaksudkan. Ramalan sememangnya berbentuk kepelbagaian, ianya hanya spekulasi penulis dengan analogi Nukum Pak Belalang!!!!! hahahaha......

Hadiah Pakatan Pembangkang Untuk Rakyat Selangor!!!

Sebagai peringatan, marilah sama-sama kita mengimbas kembali dan meninjau hadiah daripada Pakatan Pembangkang (PP) untuk rakyat negeri Selangor. Pertama: Selepas PRU 12 setelah menang 5 buah negeri.....DAP memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik 5 negeri bakal di"babi"kan??!! (Alhamdulillah....BN kini memerintah di Perak). Kedua: Apabila rakyat menuntut janji, PP dengan angkuh berkata Manifesto itu bukan satu perjanjian kerana matlamat PP hanya untuk menang pilihan raya. Ketiga: Ronnie Liu mempertahankan penjualan arak di premis kawasan majoriti Melayu-Islam dengan memulangkan balik arak yang dirampas oleh JAIS. Keempat: Kawasan luar bandar majoriti Melayu menjadi pasaran baru pusat urut dan hiburan. MB Selangor pula mengizinkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan. Terdapat lebih kurang 1,500 rumah urut di bawah pimpinan kerajaan PP berbanding cuma 400 di bawah kerajaan BN di Selangor. Kelima: PP terutama pemimpin Islam PP menggadaikan 'kalimah Allah' demi kepentingan peribadi dan kerakusan politik. Keenam: MB Selangor kini menjadi "Raja Pasir" dengan kawasan kecurian pasir di Selangor meliputi daerah Hulu Selangor,Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Ketujuh: Pengurusan kutipan sampah amat lemah.....Sampah percuma untuk rakyat. Kelapan:Tanah dirampas....Serendah(6 ekar), Kuala Selangor (5.4 ekar)dan Rawang. Kesembilan: Salah urus duit Yayasan Selangor RM6 Juta......Aset Yayasan Selangor, asrama yang menempatkan anak Selangor dimusnahkan, 3,000 pelajar tiada asrama kerana kelemahan pentadbiran kerajaan PP Selangor dan Yayasan Selangor mengalami kerugian besar akibat berlakunya ketirisan dalaman. Kesepuloh: UNISEL- Pekerja tidak dibayar gaji 15 bulan, kemasukan pelajar merudum daripada keuntungan RM15 juta kepada kerugian RM20 juta. NC Dr Rosli letak jawatan kerana tidak mahu diperalatkan oleh PP. Undilah BN demi kesejahteraan rakyat Selangor!!!!!!!

Rumahku......Selangor!!!!!

Kerajaan Negeri Selangor semakin rakus dalam merompak dan merampas nilai kesejahteraan rakyatnya. Ini jelas terbukti dengan rancangan Pakatan Pembangkang (PP) Selangor di bawah pimpinan PKR melalui PKNS untuk melaksanakan Projek Datum Jelatek. Projek perumahan ini bukan untuk membantu rakyat negeri Selangor kerana harga rumah tersebut amat mahal....Apa tidaknya? Harga rumah paling murah sekitar USD 304,000.00 (RM 1.16 Juta) manakala harga Penthouse menjangkau USD 2.9 Juta (RM 11 Juta)........Sudah terang bersuluh lagi kini penipuan kerajaan PP untuk membantu rakyat. Semasa PRU 12 yang lalu, PP berjanji hendak bina rumah murah/sederhana mampu milik bagi menolong rakyat Selangor memiliki rumah kediaman. Ternyata PP hanya pandai berbicara dan menanam tebu di bibir tetapi membuat perkara lain yang menekan rakyat Selangor. Rakyat kian terpinggir dan tersisih di bawah pemerintahan PP. Apakah kita akan terus menyokong mereka walaupun kita ditipu dan dibohongi? Lihat......lah!!!! baru sepenggal memerintah Selangor, pelbagai kekayaan negeri dirompak dan dirampas.....bukan untuk kesejahteraan rakyat tetapi demi kepentingan peribadi dan kroni yang didorongi oleh nafsu tamak. Dengan harga rumah Datum Jelatek sedemikian rupa, kerajaan Selangor lebih pentingkan rakyat negara luar untuk memiliki rumah berkaitan. Ini hendaklah dijadikan ikhtibar.....Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa dan Negara TETAPI Undi PKR Bawa Kehancuran Negara. Undi PAS Bawa Perpecahan Umat Islam. Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa. Buatlah pilihan bijak sempena PRU 13 nanti......Pilihan MatMerapu hanya satu.....BN.

Sunday 17 February 2013

Empat Bodyguard Anwar & Kaitan Dengan Bekas Jeneral Tentera

Anwar Ibrahim tidak pernah menafikan dia mempunyai hubungan secara langsung dengan anasir-anasir luar yang mahu menjajah negara ini. Malah Anwar Ibrahim secara terbuka pernah mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan negara haram Zionis Israel serta mengecam umat Islam yang menentang pendudukan haram Zionis Israel dan negara haram itu sendiri. Anwar Ibrahim juga secara terbuka pernah menyuarakan sokongannya kepada pemusnahan dan penghapusan umat Islam di beberapa negara seperti di Iraq, Sudan, Afghanistan mahupun di Pakistan atas nama JUSTICE menurut acuan Amerika Syarikat dan Zionis. Usahanya untuk membawa campurtangan asing ke negara ini pada tahun 1997 setelah kelihatan berjaya pada mulanya menerusi serangan mata wang dan kewangan negara membabitkan penyangak matawang George Soros serta pelabur-pelabur ‘atas angin’ yang telah memecahkan gelembung atau belon indeks BSKL, akhirnya berjaya disekat oleh Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu masih lagi berupa Perdana Menteri Malaysia. Tindakan yang paling tidak disangka-sangka oleh Anwar Ibrahim akan dilakukan oleh Mahathir adalah dengan mengikat matawang Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia pada harga RM3.80 bersamaan dengan USD1.00. Mahathir dan pentadbirannya selepas mengenepikan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan, tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya Mahathir dan pasukannya telah ‘merombak secara besar-besaran’ hukum ekonomi dengan mengamalkan perbelanjaan secara besar-besaran bagi menjanakan kecairan domestik, sekaligus menggalakkan rakyat berbelanja dalam negara. Mahathir juga telah menggiatkan ekonomi dengan pengumuman banyak projek mega yang disifatkan sebagai gajah putih termasuklah Putrajaya dan Cyberjaya. Anwar dan IMF serta Bank Dunia yang pada mulanya mengecam Mahathir, akhirnya melopong. IMF dan Bank Dunia mengakui kaedah yang digunapakai oleh Mahathir lebih berkesan berbanding kaedah mereka. Manakala Anwar Ibrahim pula hilang muka hendak disorokkan kerana dia ternyata tidak faham suatu apa pun tentang prinsip ekonomi, melainkan sepertimana yang telah diberitahu kepadanya oleh tuan-tuan besarnya. Kegagalan menyerang Malaysia menerusi struktur ekonomi tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim. Dia sedar, dia sangat lemah dalam bidang ekonomi meskipun kerap kali dia mendabik dada kononnya dialah yang paling jaguh dan kononnya dialah yang paling tahu, walaupun sepanjang dia berkhidmat selaku Menteri Kewangan dahulu, yang ada di belakangnya adalah MTEN dan Daim Zainuddin. Dia cuma tukang baca skrip! Tahun 2008, Anwar Ibrahim cuba menyerang sistem pertahanan dan ketenteraan negara selain beberapa instrumen penting negara yang lain. Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara moden, pihak pembangkang akan menyerang dan berusaha mendedahkan apa-apa sahaja tentang sistem pertahanan dan ketenteraan negara. Anwar memang berbeza sama sekali. Dia tidak peduli dan dia cuba mengaitkan semuanya dengan jawatan Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkannya. Anwar Ibrahim melihat isu kapal selam Scorpene sebagai isu utama untuk melakukan serangan. Isu kapal selam tersebut kemudiannya dikaitkan dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dan Anwar Ibrahim secara terbuka menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan tersebut. Semuanya digarap sebaik-baik mungkin untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Dan tidak lama kemudian, beberapa orang bekas pegawai tinggi tentera mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim. Antara mereka adalah Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal penjualan enjit jet tempur F-5E, Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut dan Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat. Walaupun sebelum ini terdapat khabar-khabar angin mengatakan ketika berkuasa dan masih dalam jawatan, pegawai-pegawai tinggi tentera tersebut terlibat dalam penjualan maklumat keselamatan negara selain bekerjasama dengan pihak asing, bukti-bukti tidak dapat diadakan dan khabar-khabar angin tersebut kekal menjadi khabar-khabar angin semata-mata. Namun melihat kepada kehadiran pengawal-pengawal peribadi upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan khas dari Filipina serta mempunyai pelbagai kemahiran tinggi terutama dalam bidang perisikan, ketenteraan dan persenjataan, wujud semula tanda tanya apa kaitan antara pegawai-pegawai tinggi ATM itu dengan pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim? Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti. 1. Daniel Cruz Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002. Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992. Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004. Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008. Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association. Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI) Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme. Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA). Sesi ceramah di Keramat Wangsa, keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3. Turut hadir dan memberikan ceramah adalah Ibrahim Yaakub, bekas calon PKR Parlimen Setiawangsa merangkap Ketua Staf Pejabat Anwar Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong, calon PKR Wangsamaju dan Anwar Ibrahim sendiri. Secara keseluruhan, ucapan-ucapan mereka lebih menjurus dan menekankan tentang apa yang mereka dakwa sebagai kronisme dan korupsi serta nepotisme termasuklah dalam isu Projek Kapal Selam, NFC, penahanan Nick Xenophon di LCCT, isu pembinaan KLCC, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet dan isu duit LTAT. Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat? Persoalan terbesar ialah, apa sebenarnya hubungkait antara keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM itu dengan keempat-empat orang pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang kini diketahui bukan sebarangan pengawal peribadi? Apakah buah dan rahsia yang telah digunakan oleh pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu sehingga empat orang bekas pegawai tinggi ATM terpaksa menurut sahaja bagaikan anjing sawan? Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dan segala macam pakar lagi? Walhal belum pernah di Malaysia berlaku sebarang serangan terhadap figur-figur politik dengan Anwar Ibrahim sendiri sebagai buktinya yang bebas bergerak ke sana ke mari? Adakah kehadiran mereka berempat membuktikan bekas petugas keselamatan seperti anggota tentera dan polis di Malaysia tidak mempunyai kelayakan serta kehebatan seperti keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu, walhal dari segi kejayaan, ATM dan PDRM jauh lebih berjaya membanteras ancaman terhadap keselamatan negara dan jenayah berbanding tentera dan polis Filiipina. Apakah keempat-empat pengawal peribadinya itu mempunyai kaitan dengan keengganan Malaysia untuk melatih tentera Marin Amerika Syarikat di hutan belantara sini? Apakah keempat-empat pengawal peribadi itu bekerjasama pula dengan keempat-empat bekas pegawai tinggi ATM dari keempat-empat sektor secara lebih akrab? Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim itu aktif berada di banyak tempat.

Himpunan Kebangkitan Tentera

KERABAT di bawah pimpinan Presidennya, Nazari Mokhtar dalam usaha menganjurkan Himpunan Kebangkitan Tentera kononnya cuba membela nasib masa depan warga dan bekas tentera. Apakah nasib semua ahli KERABAT telah dibela oleh beliau? Pelbagai usaha KERABAT hanya berteraskan satu matlamat - kepentingan peribadi Presidennya yang cuba menonjolkan diri dan mendapat habuan daripada Pakatan Pembangkang. Beliau inilah contoh ketara Kacang Lupakan Kulit dan Menggigit Tangan Yang Menyuap. Dalam perkhidmatan tidak membela warga tentera di bawah pemerintahannya......kini dalam pembangkang cuba membela nasib warga dan bekas tentera. Mana mungkin......????? Warga dan bekas tentera diseru agar tidak melibatkan diri dalam Himpunan Kebangkitan Tentera anjuran KERABAT tersebut. Kebajikan warga dan bekas tentera kekal terbela oleh kerajaan dan ATM melalui perbagai landasan dan inisiatif menjangkau kebajikan keluarga. Warga dan bekas tentera diseru untuk memboikot sebarang usaha 'anti-establishment' yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Undilah BN kerana hanya BN yang telah membuat hari kelmarin dan hari ini baik malah hari esok akan lebih baik daripada hari ini untuk semua lapisan warga dan bekas tentera tidak terkecuali keluarga mereka. Pembangkang memang bijak memperalatkan NGO bekas tentera dan hindarilah diri daripada diperkudakan oleh pembangkang yang hanya pentingkan peribadi mereka. Ingatlah bahawa kesinambungan kuasa BN paling penting sempena PRU 13 kelak demi kesejahteraan dan kebaikan warga dan bekas tentera.

Insiden Pencerobohan Warga Filipina Di Lahad Datu

Pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu telah berjaya dikesan pada 12hb Feb yang lalu. Insiden ini telah mencabar keselamatan dan kedaulatan negara. Ketirisan kawalan perairan negara perlu dilaksanakan 'reappraisal of operational estimate on maritime security'. Tidak perlu menuding cari kerana resolusi bagi mengatasi ketirisan tersebut hendaklah diutamakan agar perkara seumpama itu tidak berulang. Kemungkinan juga 80-100 orang warga Filipina bersenjata dan berpakaian seragam tersebut telah lama bertapak di sana melalui kemasukan PTI secara haram. Apa pun MatMerapu yakin pihak berwajib akan melaksanakan siasatan terperinci dan menyeluruh mengenai insiden ini. Dalam menangani perkara ini, Syabas!!!! untuk pasukan keselamatan yang telah berjaya mengawal situasi tersebut daripada meledak dan mengganggu gugat keselamatan dan keharmonian masyarakat tempatan. Walaubagaimana pun, hasil sumber dalaman PKR, MatMerapu difahamkan bahawa insiden pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu adalah 'grand design' Anwar setelah gagal dalam usahanya menjatuhkan kerajaan BN melalui demo BERSIH atau 'Arab Spring'. Ini membuktikan strategi dan taktik kotor pembangkang yang masing-masing hanya pentingkan peribadi dan tamak kuasa untuk menawan Putrajaya. Marilah sama-sama kita beri pengajaran pahit kepada pembangkang dengan TIDAK MEMBERI UNDI kepada calon mereka sempena PRU 13 nanti. Kemenangan Pembangkang bakal membawa kemusnahan dan kehancuran terhadap keselamatan, kedaulatan, kesejahteraan dan keharmonian negara. Hanya satu pilihan kita.......UNDILAH BN!!!!!!!!

Thursday 14 February 2013

Ceramah Perdana Anwar Ibrahim Bersama Barisan Jeneral Bersara Angkatan Tentera

Berita Panas......!!! Ceramah Perdana Anwar Ibrahim Bersama Barisan Jeneral Bersara Angkatan Tentera akan diadakan pada 17hb Feb 2013 (Ahad) mulai jam 8.00malam hingga 12.00malam bertempat di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3 Keramat Wangsa. Jika anda ingin mendengar pembohongan dan bersekongkol dengan pelbagai fitnah.....Keluarlah beramai-ramai merekodkan dosa!! Barisan Jeneral Bersara pula, dulu semasa dalam perkhidmatan, mengutamakan kepentingan peribadi.....Pangkat, Kuasa dan Wang. Kini bersama Pembangkang cuba menjadi JUARA untuk membela kebajikan warga dan bekas tentera. Mana mungkin????? MatMerapu mengharapkan agar warga dan bekas tentera menjauhkan diri daripada mendengar pembohongan dan fitnah yang bakal dilemparkan oleh Barisan Jeneral Bersara dalam sesi ceramah tersebut kerana mereka ini ibarat 'Kacang Lupakan Kulit' dan bagaikan 'Menggigit Tangan Yang Menyuap'.

Thursday 7 February 2013

Kemudahan Pembiayaan Kerajaan BN

Syabas kerajaan BN kerana telah menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan (Sebagai contoh, Amanah Ikhtiar, TEKUN, Mikro Kredit dan terkini Mikro-iMPPK) dalam usaha untuk membantu golongan usahawan terutama usahawan bumiputera meningkat maju.Tetapi MatMerapu agak terkilan kerana masih wujud ketidakpuasan hati di kalangan majoriti usahawan bumiputera (yang tidak berjaya menikmatinya) terhadap kemudahan pembiayaan tersebut. Setelah mendengar denyut nadi mereka, MatMerapu mula faham akan ketidakpuasan hati mereka......bukan terhadap kerajaan BN tetapi terhadap agensi yang dilantik untuk mengurus perkara ini. Aspek "birokrasi" menjadi perkara pokok dalam hal ini. MatMerapu tidak bercadang untuk mengupas aspek birokrasi tersebut. Sebaliknya, MatMerapu ingin mesyorkan agar prosedur untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan kerajaan BN tersebut dipermudahkan lagi agar usahawan bumiputera yang memerlukan bantuan pembiayaan itu mendapatkannya!! Berilah "tongkat" agar langkah diatur tidak tersungkur menyembah bumi. Sekadar renungan pihak agensi yang mengamalkan "birokrasi terpilih"......usaha kerajaan pimpinan BN hendaklah boleh mengekal dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN terutama menjelang PRU 13 nanti.

PRU 13: BN Atau Pakatan Pembangkang????

Ramai pihak meramalkan bahawa pembubaran Parlimen akan berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina (10 Feb 2013). Ada yang meramalkan pada 20 Feb dan tidak kurang juga yang mengatakan pada 23 Feb nanti. Apa pun PRU 13 terutama kawasan Parlimen mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh 28 Apr 2013(DUN ada yang lebih awal seperti Johor dan Melaka). Persoalannya, BN atau Pakatan Pembangkang (PP) menjadi pilihan pemilih berdaftar? Jom kita sama-sama membuat penilaian. BN telah terbukti corak pemerintahannya sejak merdeka yang telah membawa negara kita di tampuk sedia ada....kemakmuran, kesejahteraan,keharmonian dan kedaulatan negara. Rakyat bertambah selesa dengan peningkatan kualiti hidup hari ini yang lebih baik daripada semalam malah akan bertambah baik pada esok hari. Jika segala kebaikan kerajaan BN berbanding elemen negatif diletakkan di atas "timbang", sudah pasti kebaikan BN amat ketara dan menonjol. Apa tah lagi dengan pelbagai usaha dan tindakan kerajaan dalam memakmurkan negara melalui Pelan Transformasinya. Kalau BN janji, Janji Ditepati. Pendek kata, kalau nak dihuraikan satu persatu kebaikan BN......sampai esok pun tak habis!! Jom kita nilai PP pula, tak payah kita cakap soal aspek keperibadian.....umum telah mengetahui akan kemungkaran mereka. Jom kita tengok dan nilai corak pemerintahan terutama janji kerajaan PP di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.Pelbagai janji dulu yang belum tertunai.....rakyat diperbodoh dan diperalatkan serta ditipu secara terang!!! Namun, PP tidak malu untuk terus membuat pelbagai "janji-janji baru" kepada rakyat. Janganlah kita termakan akan janji-janji baru PP ini kerana mereka bagaikan 'Menanam Tebu Di Bibir'. Apakah kita (pemilih berdaftar)rela untuk diperbodoh, diperalat dan ditipu lagi???? Mengambilkira hakikat dan pelbagai faktor penting serta sampingan, pilihan kita hanya satu.....BN sempena PRU 13. Jom kita ramai-ramai memberi sokongan padu kepada BN untuk terus memerintah demi kepentingan negara, bangsa dan agama rakyat 1Malaysia.

Wednesday 6 February 2013

Puisi Khas Untuk Bekas Tentera Pro Pembangkang

Bekas tentera pro pembangkang. Perkhidmatan dulu kurang dan tidak cemerlang. Sokong pembangkang kerana kepentingan peribadi dan wang. Diperalatkan oleh pembangkang bagaikan kuda tempang. Janganlah hanya pandai membohongi orang walaupun bijak mengambil peluang. Peribadi sendiri pun ibarat sampah terbuang.Janganlah lupa jasa ATM/Kerajaan seperti kacang. Kononnya pembela kebajikan terbilang namun hanya bagaikan batu dengan udang. Insaflah diri kerana masih ada ruang. Sebelum sakit dan mati menjelang. Jadilah harimau mati meninggalkan belang. Jasa baik akan sentiasa dikenang. Pengkhianat negara ibarat isteri curang (jalang). Hindarilah jadi Si Tanggang. Sumpahan ibu bukan kepalang. Hendaklah negara kekal dijulang. Bekas tentera pro pembangkang, bertindaklah dengan lebih matang......!!!!!

Akta 1972

Kini blog milik bekas tentera pro-pembangkang cuba mempertikaikan tindakan undang-undang yang diambil terhadap warga tentera yang melakukan kesalahan bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera (Akta 1972).Usaha mereka dilihat sekadar mencari publisiti murahan seolah-olah mereka sajalah yang membela nasib dan masa depan warga termasuk bekas tentera. Apakah mereka tidak sedar atau sengaja pura-pura tak tahu bahawa setiap warga tentera bukan sahaja terikat dengan undang-undang negara malah kepada Akta 1972 juga sebaik sahaja seseorang itu mengangkat sumpah untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MatMerapu yakin bahawa ATM tidak pernah berkompromi terhadap warga tentera yang melanggar Akta 1972 demi menjaga imej dan kredibiliti ATM daripada dicemari oleh sebilangan warganya yang tidak bertanggungjawab. ATM juga diyakini telah membuat penilaian dan pertimbangan menyeluruh dengan bahan bukti secukupnya sebelum mendakwa warganya di bawah peruntukan Akta 1972. Jadi, kepada bekas tentera khususnya yang bersekongkol dengan pihak pembangkang, usahlah cuba mempertikaikan tindakan ATM terhadap warganya yang disabitkan dengan kesalahan termasuk kesalahan perkhidmatan. Pucuk pimpinan ATM tidak pernah menganiayai warganya malah ATM sentiasa memelihara kebajikan warganya termasuk bekas tentera sama ada berpencen atau tidak. Kebajikan ATM turut mejangkau hingga kepada keluarga warga dan bekas tentera. ATM sebagai organisasi profesional dan apolitikal, kekal menjaga kebajikan warga dan bekas tentera tanpa 'mengambil pusing' aspek sokongan mereka di Hari Pembuangan Undi. Government of the Day pula amat prihatin terhadap warga dan bekas tentera. Ini terbukti melalui pelbagai inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan (yang dinikmati oleh warga dan bekas tentera) bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara. Wahai bekas tentera pro pembangkang.....Apakah sumbangan anda terhadap kebajikan warga dan bekas tentera serta keluarga? Janganlah sekadar "menyalak" tanpa sebarang tindakan positif. Ketahuilah bahawa kebajikan anda (bekas tentera pro pembangkang) kekal dijaga oleh ATM dan kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi keperluan naluri anda. Janganlah sekali-kali menjadi 'Kacang Lupakan Kulit' dan 'Menggigit Tangan Yang Menyuap'. Janganlah terus diperbodohkan oleh pihak berkepentingan dan diperalatkan oleh mereka demi kepentingan politik individu dan pihak tertentu. Muhasabahlah diri dan teruslah berkhidmat untuk negara walaupun anda seorang bekas tentera!!!!

Monday 4 February 2013

Lumut Naval Dockyard

Lumut Naval Dockyard (LND) berlokasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut. LND ini milik swasta sepenuhnya. Akses ke LND perlu melalui Balai Pengawal Utama dan jeti Pangkalan TLDM Lumut. Persoalannya, adakah semua pekerja awam di LND telah melalui proses Security Vetting? Adakah semua pekerja LND diberi kesedaran keselamatan secukupnya oleh pihak Pegawai Keselamatan TLDM Lumut? MatMerapu harap bahawa kedua-dua soalan tersebut telah dilaksanakan oleh pihak berwajib sepenuhnya. Namun, yang agak pelik tetapi benar, difahamkan bahawa Pegawai Bertugas Pangkalan TLDM Lumut tidak mempunyai akses untuk membuat lawatan keselamatan di dalam premis LND. Kenapa dan mengapa ianya terjadi sebegini.....menuntut perhatian segera pihak berwajib TLDM dalam penilaian semula untuk membolehkan Pegawai Bertugas Pangkalan TLDM membuat lawatan rutin dan mengejut ke atas LND. Pokoknya, keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dan maklumat perlu diutamakan tanpa sebarang kompromi. Segala kemungkinan boleh berlaku terhadap keselamatan TLDM Lumut yang berpunca daripada LND seperti aktiviti pengintipan dan pengumpulan maklumat oleh pihak LND yang tidak bertanggungjawab. Tindakan segera yang perlu perhatian khusus pihak TLDM ialah: "Larangan Pekerja LND Membawa Telefon Bimbit (Handphone) Berkamera". Tindakan ini boleh menghindar sebarang imej terutama aset TLDM yang sedang dibaikpulih dirakamkan dan dimuat turun (upload) dalam laman sosial popular. Ini hanyalah pandangan MatMerapu dari sudut keselamatan agar kredibiliti TLDM tidak terjejas oleh elemen "pengkhianat". Pihak berwajib TLDM disarankan untuk menilai tahap keselamatan LND secara menyeluruh. Apapun..."OPSEC (Operational Security) is a command function".

Sunday 3 February 2013

Strategi Terkini DAP - RM150.00

MatMerapu menerima maklumat terkini daripada sumber yang boleh dipercayai sepenuhnya bahawa DAP kini sedang giat menghubungi pemilih berdaftar bukan Melayu menerusi handphone khususnya di kalangan pekerja swasta dengan menawarkan sebanyak RM150.00 bagi membeli undi menjelang PRU 13 nanti. Inilah strategi terkini DAP dalam usaha mereka untuk meraih sokongan pemilih berdaftar bukan Melayu. Adalah disarankan agar pihak berwajib menyiasat dan membanteras taktik kotor DAP ini. Bagi para pemilih berdaftar pula, janganlah maruah anda digadai dengan nilaian RM150.00. Marilah sama-sama kukuhkan sokongan terhadap BN dan sama-sama menghukum Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP kerana taktik kotor mereka. Hanya kita sebagai pemilih berdaftar yang boleh memberi pengajaran pahit kepada PP atau DAP pada PRU 13. Nilai maruah kita bukannya RM150.00.......!!!!

Parti Komponen BN Bukan UMNO

Bahang PRU 13 dah semakin terasa malah tarikhnya juga tiada elemen surprise lagi.UMNO di Semenanjung dan Sabah terus mengekalkan inisiatif dengan pelbagai program bagi memenangi hati pengundi agar memberi sokongan kepada mereka. Namun, Parti Komponen BN Bukan UMNO (PKBBU)masih samar taringnya dalam usaha mereka untuk mempengaruhi pengundi bukan Melayu. Mampu dan berupayakah PKBBU dalam usaha mereka meraih sokongan bukan Melayu??? Satu fenomena yang bakal terjawab selepas keputusan PRU 13 kelak. Secara umumnya, jika BN tidak berupaya memperoleh antara 40%-45% undi bukan Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu dan antara 30%-35% undi di kawasan marginal......BN bakal menghadapi laluan amat sukar untuk memperoleh 2/3 majoriti malah mungkin memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Pembangkang (PP) walaupun UMNO agak selesa di kawasan majoriti Melayu luar bandar. Apa yang ingin dilihat.....PKBBU lebih menonjol melalui pelbagai program untuk mendekati dan mendengar denyut nadi pengundi bukan Melayu. PKBBU perlu merapatkan saf perjuangan bersama UMNO bagi melaksanakan program/kempen pilihan raya secara bersepadu dan menyeluruh bagi menjamin kejayaan (sekurang-kurangnya setanding dengan keputusan PRU 11) dalam PRU 13 nanti. Kesinambungan pemerintahan BN amat penting dan perlu diutamakan oleh majoriti pemilih berdaftar demi keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian bumi dan rakyat 1Malaysia. Apa pun, MatMerapu masih yakin bahawa PP belum mampu menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.