Thursday, 21 February 2013

JHEV, PBTM dan NGO Lain Bekas Tentera

MatMerapu melihat JHEV, PBTM dan NGO lain bekas tentera pro kerajaan masih belum memberi impak maksima dalam mengekal dan meningkatkan keyakinan bekas tentera terhadap kerajaan pimpinan BN. Masih terlalu ramai bekas tentera yang langsung tidak mempunyai apa-apa "ikatan" dengan JHEV,PBTM atau NGO lain bekas tentera. Mereka tersisih, terpinggir dan dibiarkan minda mereka diracuni oleh pihak berkepentingan sehingga terlahirnya persepsi negatif terhadap kerajaan sekali gus turut menghakis keyakinan dan sokongan mereka. Apakah perkara ini harus dibiarkan?? JHEV, PBTM dan NGO bekas tentera perlu rapatkan saf sebagai usaha membantu kerajaan memerintah pimpinan BN kekal membawa negara ke mercu kemakmuran dan kesejahteraan. MatMerapu berharap agar JHEV, PBTM dan NGO bekas tentera memainkan peranan membantu kerajaan dengan lebih agresif melalui pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kualiti hidup bekas tentera. Laksanakanlah kajian menyeluruh kerana masih terlalu ramai bekas tentera yang hidup di bawah paras kemiskinan. Utamakanlah kepentingan kebajikan bekas tentera kerana jasa dan pengorbanan mereka terhadap keselamatan dan kedaulatan negara terlalu tinggi untuk diletakkan "nilai".

1 comment:

  1. Ketiadaan impak maksima dalam hal ini adalah disebabkan olih kekecewaan VETERAN terhadap kedua-dua entiti bernama PBTM dan JHEV. Simple as that!

    ReplyDelete