Tuesday 30 April 2013

PRU13: Ramai Pemilih Berdaftar Kelantan Berada Di Luar Kelantan

Dianggarkan lebih kurang 120,000 orang rakyat Kelantan yang berdaftar dan layak mengundi berada di luar Kelantan. Semasa pilihan raya 2004, dianggarkan hampir 60% pengundi Kelantan yang berada di serata negeri seluruh Malaysia serta Singapura telah memainkan peranannya dengan meletakkan Nik Aziz hampir terbongkang dari kerusi MB. Manakala pada tahun 2008 pula sekitar 70% daripada mereka ini telah membantu untuk meningkatkan undi PAS seterusnya mengekalkan penguasaan Nik Aziz sebagai MB. Situasi untuk PRU13 ini, besar kemungkinan akan menyaksikan suasana yang hampir sama dengan situasi tahun 2004 dan diperkukuhkan lagi dengan wujudnya beberapa kumpulan anak Kelantan di perantauan yang menggerakkan kempen untuk mengembalikan UMNO ke tampuk pemerintahan di Kelantan. Walau bagaimanapun, jika UMNO serius untuk menggerakkan momentum menawan kembali Kelantan, UMNO perlu menguasai kembali sokongan pengundi luar ini terutama dari kalangan mereka yang bekerja di kilang-kilang dan industri sekitar Selangor, Kuala Lumpur serta Penang. Di Proton misalnya, lebih separuh pekerja berasal dari Kelantan dikenalpasti masih kuat menyokong PAS malah ada di kalangan mereka ini turut memainkan peranan menyebarkan pengaruh PAS dengan berselindung di sebalik aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, tazkirah dan lain-lain. Jika UMNO Kelantan bijak menyusun programnya,adalah dijangka tiada masalah untuk menarik sokongan daripada majoriti golongan pengundi luar yang masih berkiblatkan PAS. Banyak isu yang boleh dimanfaatkan untuk serlahkan kelemahan Nik Aziz dan PAS Kelantan,yang perlu cuma program penerangan UMNO perlulah lebih hebat berbanding sebelumnya. Janganlah UMNO terlalu bergantung harap pada media massa. Rata-rata orang Kelantan yang pro PAS ini bersikap sentiasa berasa betul dan hanya berpandukan maklumat yang disiarkan dalam haprakdaily dan malaysiakini saja. Utusan,Berita Harian, TV3, RTM kesemuanya mereka campak ke longkang. Pendekatan untuk mempengaruhi pemilih Kelantan tidaklah sukar mana pun, UMNO perlu perbanyakkan penerangan mengenai hudud PAS, negara Islam dan penerangan mengenai isu semasa serta sikap kroni Nik Aziz yang mendaulatkan menantunya,sudah pasti penyokong PAS akan goyang. Penerangan berterusan secara sekerap mungkin mengenai janji-janji PAS kepada rakyat Kelantan yang belum ditunaikan, peranan PAS yang dalam Pakatan Pembangkang lebih kepada menjadi lembu, keldai dan kuda tunggangan DAP dan PKR selain nafsu kemaruk kuasa Anwar Ibrahim, pasti ramuan ini bakal menyebabkan pengikut dan penyokong PAS kebingungan. UMNO Bahagian perlu diarah untuk kenalpasti 120,000 pengundi Kelantan yang berada di luar Kelantan dengan segera untuk pulang mengundi pada PRU13 ini. Adalah ditafsirkan bahawa kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti. Apapun MatMerapu harapkan yang terbaik untuk UMNO/BN Kelantan. Sekarang ini bukanlah masanya untuk UMNO goyang kaki semata-mata hanya kerana wujud momentum kebangkitan sokongan untuk BN di Kelantan, usaha lebih hebat lagi perlu dilaksanakan agar UMNO/BN tidak berputih mata seperti PRU 2004. Untuk pemilih berdaftar Kelantan yang berada di luar Kelantan dan masih lagi terselit rasa sayang pada PAS & Nik Aziz, MatMerapu berharap agar anda berfikir 10 kali antara Islam, Melayu, Keluarga, UMNO dan PAS serta Tok Pa dan Nik Aziz, mana satu keutamaan pilihan anda untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kalau rasa selesa hidup dengan pelbagai slogan dan ucapkata manis berulam agama tapi praktikalnya hanya atas kerja, anda terus saja pilih untuk kekal sokong Nik Aziz dan PAS supaya PAS kekal sebagai "orang suruhan" Anwar dan "balaci" DAP. Tetapi kalau rasa kehidupan atas dunia ada kepentingannya untuk kebaikan keluarga, agama dan bangsa, pandai-pandailah pilih UMNO/BN. Selamat mengundi........!!!

Monday 29 April 2013

13th General Election: An Assessment......!!!

Let’s talk about how the opposition- DAP, PAS, PKR can probably win the 13th General Election. Let’s begin by asking, will the PR lose its current 82 seats? Possible, but very unlikely. The seats which they lost when some people jumped ship, will become theirs again. We won’t see the likes of Zahrain, Zulkifli Noordin and his types in parliament again. DAP now has 28 seats in parliament. DAP has gained substantial ground with Chinese voters. Chinese voters identify more with DAP. By and large the Chinese do not require the intervention and involvement of the government to improve their wellbeing. They got to where they are now, largely by their own efforts and independence. They want to preserve and reinforce that independent streak. How best for them to do that? By staking their future in a party that best represents the independence streak. They don’t want a party perceived as easily compromised, intimidated or even bought over to represent them. DAP is their preferred choice. The Chinese are less dependent on the government and by government(BN). They need champions for other requirements and that they find in DAP. So the DAP will more or less pummel MCA to the ground. They will take most of the 15 seats the MCA won in the 2008 elections. At the very best, MCA can retain 3 seats. The worst case scenario is, MCA wins nothing. The DAP will increase its seats by another 12 in Semenanjung. It gobbles up most of the seats now held by MCA. Why will DAP win over the MCA? The Chinese believe MCA has sold them out. Not necessarily by kowtowing to big brother UMNO over many issues, but by retreating from representing the indomitable spirit of the Chinese. MCA has lost its mandate. That’s how DAP is winning the Chinese over-where MCA failed. On a more simplistic reasoning, the Chinese who have traditionally supported MCA are asking, how come almost all our Chinese MCA leaders are being persecuted and prosecuted by the Courts once they leave office? How come UMNO leaders who do or are alleged to be doing the same things are not? They know Malay leaders stole and swindled more. What about the DAP in Sarawak? Generally speaking, the urban seats will be taken up by the DAP. That will be another 8 or 9 seats for the DAP. The seats held currently by SUPP will end up in DAP’s hands. The DAP will get around 20 seats more than they got in 2008. This time around, DAP will be in parliament with probably 46-48 seats. It’s difficult to dislodge PAS from where they are now. Has any elected PAS rep jumped ship? This means, PAS has been careful to select leaders on the basis of each having convictions and intense belief. It will likely do the same thing for the 13th GE. How can PAS win? It’s difficult for its opponent to dislodge PAS in its traditional role as champions for Islam and serving as the emotional anchor for conservative Malays. It will retain the many seats it now has in Kelantan. It will gain more seats in Terengganu which is expected to go back to PAS this time around. Some of the seats in Kedah for example, currently held by MCA and UMNO will be won by PAS. The seat now occupied by MCA’s Chor will be lost to PAS. PAS can win because it’s organized and is motivated by convictions. They are not out for personal glory and gratification. They have got a number of secular liberals in the party who can attract younger Malay voters. They will attract the serious thinkers among the younger Malay crowd who are not included in the tweeting about football or about Elton John variety. PAS currently has 23 seats in parliament. It will secure a large number in Terengganu, maybe 1 seat in Pahang, 3 in Kedah. They will increase their seats by another 7-8. PAS will enter the next parliament with around 30-31 seats. What about PKR?....... PKR is the weak link in PR. Let’s not forget it won 31 seats in the 2008 elections. Those who jumped ship are either ex UMNO members and those who were selected on the basis of urgency and expedience. The ‘fluid’ candidates will be removed this time around, and it is likely that PKR will select candidates with firmer constitution. PKR will secure a number of seats in Sarawak taking away seats from SPDP and PRS. Baru Bian will spearhead PKR’s drive in Sarawak. PKR will still enter parliament with around 33-35 seats. Let’s take the worst case scenario. DAP(46), PAS(30) and PKR(33). The opposition has 109 seats. They are short of 3 seats to secure the simple majority. We haven’t included Sabah in our discussion. With the disenchantment towards Chief Minister, it’s unlikely that UMNO Sabah can retain all its seats it currently has. The opposition will probably gain around 6 seats outright. So, Sabah is the powder keg. It’s likely to blow in the face of BN. the non-Malay indigenous people of Sabah are likely to pressure their parties to abandon BN. they have had numerous UMNO leaders leading them in the past, all they got was continued marginalization. They don’t see development in their areas. They don’t see electricity and roads and clean water after years of BN rule. It’s therefore possible to see 8-10 seats migrating to PR’s camp. We can say that around 14-16 seats from Sabah alone are PR inclined. The likely assessment about the coming 13th GE,PR 118-124 seats and UMNO/BN 98-104 seats.BN is without doubt is facing an uphill task and must continue to considate their campaigning effort especially MCA and Gerakan in order to offset this assessment for continued power at Putrajaya.

Sunday 28 April 2013

PRU13: Ketua Pembangkang Perlu Dihukum.....!!!

Persoalan pokok, adakah anda rela menyokong pemimpin yang meliwat dan melakukan perkara mungkar??? Merujuk kepada Surah Ali Imran (sebahagian daripada Ayat 61) yang bermaksud "kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". Ini amat relevan dengan Ketua Pembangkang yang sering dikaitkan dengan gejala runtuhan moral seperti meliwat, berzina dengan isteri orang dan pelacur. Namun segala yang dikaitkan, dibantah keras dan menuduh ianya fitnah dan konspirasi jahat UMNO. Dengan ini, ramai pengikut dan penyokong beliau terus terpedaya daripada kepetahan Ketua Pembangkang berhujah. Apakah pengikut dan penyokong beliau rela bersekongkol dengan perbuatan mungkar pemimpin mereka? Ketahuilah bahawa Surah Al-Israa (Ayat 72) bermaksud " Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat kelak akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan yang benar", manakala Surah Al-Ahzab (Ayat 67) pula bermaksud " Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar". Apapun sehingga hari ini ramai pengundi terutama 'Atas Pagar' masih bingung dan celaru......mereka menanti Ketua Pembangkang untuk bermubahalah kepada Allah......kenapa bimbang dan takut jika tidak melakukannya??? Dalam keadaan terdesak dan terhimpit, Ketua Pembangkang terpaksa memperalatkan Ulama tersohor, Dr Yusof Qardawi untuk meredakan kemungkaran beliau.Justeru, sempena PRU13 ini, MatMerapu menyeru kepada semua pengundi Islam termasuk pengikut dan penyokong PAS dan PKR supaya tidak lagi bersekongkol dan memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang.....kerana dibimbangi nanti mereka akan turut dikumpulkan bersama-sama orang yang zalim dan mungkar. Kembalilah ke landasan Islam sebenar yang diredhai Allah dengan TIDAK MENYOKONG Ketua Pembangkang dan pemimpin-pemimpin Islam Pakatan Pembangkang yang mungkar dan keji di sisi Allah.

PRU13: Saingan Sengit Media.....!!!

Apakah jangka hayat media cetak akan berakhir kerana internet lebih mesra pengguna, relevan dan akrab Generasi Y dan X? Jika sebelumnya media cetak, elektronik, laman web, blog dan portal berita lebih terarah kepada komunikasi sehala, Facebook membenarkan hubungan banyak hala pada tempoh cepat tanpa sekatan Isu media dan gerakan massa sudah lama diperkatakan. Justeru, bukan luar biasa seminar media dan kebebasan di sebuah pusat pengajian meluaskan fokus kepada peranan pujangga istana, sasterawan, seniman, ulama juga cendekiawan Melayu menjulang tradisi berdialog, berhujah dan berdebat secara waras. Apabila akhbar Melayu pertama, Jawi Peranakan lahir pada penghujung abad ke-19, bermulalah tradisi persuratkhabaran yang membuka jendela baru pemikiran Melayu. Kelahiran Al-Iman adalah wahana ilmuwan Muslim progresif pada 1906. Walaupun isu Kaum Muda-Kaum Tua mendominasi ketika itu, wartawan, kolumnis dan penulis memanfaatkan penerbitan massa untuk tujuan berinteraksi. Tradisi inilah yang melahirkan Berita Harian, Berita Minggu atau sebelumnya Utusan Melayu. Penulis seperti Rahim Kajai, Tan Sri A Samad Ismail, Datuk Usman Awang, Pak Sako, Said Zahari dan Datuk Melan Abdullah antara ikon dunia kewartawanan tempatan. Mereka lahir bersama kemelut masyarakat. Mereka mendekati massa untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan ketika era penjajahan dan mengisi kemerdekaan selepas 1957. Merekalah pendesak dan pengukir wacana bangsa. Mereka yang membentuk jiwa perpaduan dan menegur pemerintah ketika era konfrontasi, insiden 13 Mei 1969 dan pasca Dasar Ekonomi Baru. Mereka juga berperanan sebelum negara merdeka. Era penjajahan memberi ruang kepada petugas media menyemarakkan pemikiran massa dan menentang kuasa imperialis Barat. Tidak sedikit wartawan yang menerima kesan penderaan seperti dialami Samad dan Said Zahari. Mereka dipenjara dan dihina, namun akhirnya menjadi ikon kebebasan bermaklumat! Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menerusi novel Hujan Pagi secara sinis memaparkan kemelut kewartawanan yang mengalami era prasangka sepanjang zaman. Wartawan dan media dicurigai ketika era penjajahan, namun menghadapi tekanan menerusi pelbagai akta dan hukum selepas negara merdeka. Mereka dicurigai oleh bangsa sendiri. Kehadiran media maya secara langsung mencabar sejarah dan tradisi media cetak pada 1998. Perkembangan politik dan isu moral seorang pemimpin mula bertebaran menerusi media baru. Blog, portal berita, e-mel, Facebook dan Twitter wadah yang memeranjatkan. Setiap berita tersebar hanya beberapa saat dan semua pihak bebas untuk memberi pandangan, menyokong atau menentang. Dunia hampir pasti berterima kasih kepada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kerana membuka dimensi baru proses komunikasi sejagat. Jika sebelumnya media cetak, elektronik, laman web, blog dan portal berita lebih terarah kepada komunikasi sehala, Facebook membenarkan hubungan banyak hala pada tempoh cepat tanpa sekatan. Sesiapa saja boleh berhubung dan menyuarakan pendapat tanpa batasan. Belum pun sempat sesuatu kes disebut di mahkamah, media baru sudah meledak dengan pelbagai maklumat, lengkap dengan pertuduhan dan pendakwaan. Sesiapa saja berusaha menjadi hakim. Sesiapa jua berhak mendakwa ‘rakyat hakim negara.’ Pengguna Facebook di Malaysia kini mencecah hampir 12 juta orang, dengan kadar penembusan 69.91 pengguna internet. Laman SocialBakers.com melaporkan, Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna Facebook paling ramai di dunia. Teknologi maklumat secara langsung menguji kewujudan media tradisional. Ketika penduduk Malaysia 24.6 juta orang pada 2000, pengguna internet 3.7 juta dengan kadar penembusan 15 peratus. Bagaimanapun pada 2010, dengan 26.12 juta penduduk, pengguna internet meningkat 16.9 juta orang dan kadar penembusan 64.6 peratus. Ini menunjukkan pertumbuhan pengguna internet tempoh 10 tahun meningkat 356.8 peratus. Perkembangan ini memberikan gambaran saingan media baru dan tradisional semakin sengit. Hanya kewibawaan dan etika yang menentukan sesebuah media kekal.

PRU13: Tok Guru Guan Eng

Gambar ini jelas memaparkan bahawa DAP amat bijak berlakon demi untuk meraih sokongan Melayu-Islam. Namun, adakah kepentingan Melayu-Islam akan terjamin di bawah Tok Guru Guan Eng??? Pemilih berdaftar Melayu-Islam diseru untuk menolak calon DAP bukan sahaja di Pulau Pinang malah di semua kawasan DUN dan Parlimen yang ditandingi mereka.

PAS Bersekongkol Dengan Bishop!!!

Apakah motif sebenar Ustaz-ustaz PAS ini berdoa dengan seorang Paderi Kristian? Gambar ini jelas menunjukkan beberapa delegasi PAS sedang berdoa bersama Bishop Sebastian. Inikah yang dikatakan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa semasa Forum Islam tempoh hari? Inikah fahaman baru yang dianuti juak-juak PAS? Pluralis, liberalis atau demokrat? MatMerapu tidak sempat khatam sirah Rasulullah SAW, sekadar ingin bertanya, pernahkah Rasulullah SAW berdoa bersama-sama Paderi Kristian? Nampaknya, PAS semakin celaru dan jauh tersasar daripada landasan Islam yang sering dilaungkan mereka. Jika anda seorang pemilih berdaftar beragama Islam, adakah anda rela menyokong PAS yang "berjiwa kacau" akibat kepentingan politik semata-mata.....!!!???

PRU13: Sentimen Pengundi Cina

Sempena PRU13 ini, MCA dilihat menghadapi 'an uphill task' bagi menandingi DAP. Masyarakat Cina tampak sudah enggan merujuk kepada parti itu (MCA). Majoriti pengundi Cina beranggapan bahawa semua yang berkait dengan MCA - tidak betul belaka!!! DAP pula dilihat agak bijak memaparkan dua wajah. “DAP bercakap seperkara dalam bahasa Cina manakala menyatakan yang lain pula dalam bahasa Melayu dan Inggeris demi menjaga hati orang bukan Cina yang mendengar". Misalannya, DAP akan memuji kegemilangan tamadun Islam dalam bahasa Melayu, menyebut fasal kemuafakatan dalam bahasa Inggeris tetapi membelasah dalam bahasa Cina. Gelagat barisan pembangkang serta para penyokongnya yang suka menabur fitnah serta memutar-belit telah menyebabkan ramai menjadi kecil hati. Pihak pembangkang sanggup dengan tanpa ragu-ragu atau rasa kesal menghasut para pemilih supaya berkasar dengan pemimpin BN serta melemparkan kata-kata kesat. Sementara itu, para pemimpin Pakatan yang sering dimanjakan akan terlepas dari kecaman. Pengaruh yang dipegang ahli-ahli politik Pakatan dalam media baru yang tidak mengamalkan etika serta tatasusila telah menjadikan politikus-politikus pembangkang ini riak dan berperangai memualkan. Ketaksuban golongan anak muda yang mengagumi ikon-ikon Pakatan boleh membawa kepada budaya negatif dan membinasa. “DAP had been successfully [sic] in spewing fire of lies and resort to racist taunts against MCA with labels such as running dogs, make Chinese angry, kow-tow, Umno slaves etc and they thrive on issues of latent dissatisfaction amongst the Chinese community such as quotas, privileges and religious advantages provided by the Constitution and institutionalized under the legal jurisdiction of the Malay Rulers in Council etc,”. Namun dalam diam DAP menggadai juga hak-hak Cina kepada PKR dan PAS. DAP hanya mampu memperdayakan rakyat terutama kaum Cina dengan janji-janji manis yang belum ditunaikan. Walaupun DAP asyik mengkritik MCA kerana kesanggupannya untuk bertolak-ansur dengan Umno, namun DAP sendiri juga merunduk. Kalau dahulu DAP melontarkan tohmahan terhadap kesediaan wakil-wakil rakyat MCA memakai songkok tatkala menghadiri upacara rasmi, sekarang pemimpin DAP lah yang berbaju Melayu demi mencari modal politik. Pertaruhan ‘all or nothing’ MCA yang kini dilihat oleh kaum Cina sebagai "melukut di tepi gantang" telah berjanji untuk berundur serta tidak akan menerima sebarang jawatan yang mungkin ditawarkan BN sekiranya parti itu gagal meraih sokongan pemilih Cina. Dalam konteks masyarakat Cina negara ini, terutamanya yang beragama Kristian, tidak mungkin lagi mereka menoleh ke belakang selepas mengecapi nikmat kuasa. Orang Cina yang julung kali mengecap kuasa di Pulau Pinang dan Lembah Klang nekad bergantung harapan sepenuh-penuhnya kepada DAP. Tidak lagi takut kalau-kalau tersisih daripada kerajaan sekiranya MCA tumpas. Kejayaan DAP di PRU12 dan PRK Sibu serta Pilihan Raya Negeri Sarawak nampaknya memberanikan orang Cina berjudi nasib 'all or nothing'. MatMerapu melihat bahawa BN hanya mampu memperoleh majoriti 2/3 jika mereka berjaya menambat hati pemilih berdaftar kaum Cina berpihak kepada BN. Apapun, Pakatan Pembangkang tidak mampu menawan Putrajaya pada PRU13 ini......!!!

Saturday 27 April 2013

PRU13: PAS Hilang Kuasa Di Kelantan........!!!

Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU 1999 dan PRU 2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang hanya mampu berhujah dengan cara penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka. Di Kelantan arus perubahan berpihak kepada BN sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik serta kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam PRU 2008. Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan. Imej Nik Aziz sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, Dato’ Husam Musa pula tidak dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan. Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti Dato’ Ahmad Yacob dan Dato’ Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Dalam sekeadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan. Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan agak selesa untuk memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Jika ditambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Enambelas kerusi tersebut meliputi N01 Pengkalan Kubor,N04 Wakaf Bharu,N15 Gual Periok,N16 Bukit Tuku,N22 Jelawat,N25 Kok Lanas,N29 Selising,N31 Semerak,N36 Bukit Bunga,N37 Air Lanas,N38 Kuala Balah,N40 Guchil,N42 Dabong,N43 Nenggiri,N44 Paloh dan N 45 Galas. Lima kerusi yang dimenangi UMNO pada 2004 meliputi N11 Tendong,N23 Melor,N27 Gual Ipoh,N39 Mengkebang dan N41 Manek Urai. Baki tiga kerusi lagi meliputi N21 Perupok,N34 Temangan dan N35 Kemuning. Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil semenjak YAB Dato’ Sri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi N11 Chetok,N12 Pengkalan Pasir,N20 Tawang,N24 Kadok,N30 Limbongan,N32 Gaal dan N33 Pulai Chondong. Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan meliputi N02 Kelaboran,N05 Kijang,N08 Tanjong Mas,N09 Kota Lama,N10 Bunut Payong,N17 Salor dan N19 Demit. Rakyat Kelantan sudah tidak sanggup lagi untuk hidup penuh kesengsaraan di bawah PAS. Justeru, kesimpulannya PAS bakal hilang kuasa di Kelantan pada 5 Mei 2013 nanti.

Bendera Baru PAS

Ekoran daripada kemungkaran Stopa Ali yang dikaitkan dengan pelacur berbangsa Arab, Jawatankuasa PAS Pusat telah mengadakan sidang tergempar untuk merekabentuk "Bendera Baru PAS" seperti dipaparkan. Keputusan dan tindakan telah dipersetujui sebulat suara untuk menggunakan bendera tersebut sepanjang PRU13 ini kerana bagi PAS isu Stopa Ali adalah biasa dan lumrah kehidupan malah tidak bertentangan dengan perjuangan PAS.....!!!

Friday 26 April 2013

PRU13: BN Bakal Menang Besar.........!!!

Politik pihak pembangkang penuh retorik dan janji-janji manis sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata. Pembangkang dilihat masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak, berhemah dan berkesan walaupun ‘Guru’ mereka bukan calang-calang yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka (Guru), politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah. Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan. Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan. Pembangkang juga berharap isu Felda mampu memberi sedikit kelebihan kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana. Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka apabila Dato’ Sri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH. Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang (PP) dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz yang mana telah benar-benar meletakkan PP dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala. Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat. Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Sri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 4 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam PRU13 ini. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar. Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihan raya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun. Namun, antara 4 tahun pemerintahan Dato’ Sri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara. Selama 4 tahun, pembangkang bukan sahaja tidak dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air. Jika yang asas ini sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi? Berbanding dengan 4 tahun pemerintahan Dato’ Sri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7 ke 13 peratus dan lain-lain lagi. Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3,000 skim JASA Veteran. Dato’ Sri Najib juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin. Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum. Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Sri Najib selama empat tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM. Berdasarkan kepada semua faktor di atas, MatMerapu pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihan raya kali ini.

Janji PAS: "Indah Khabar Dari Rupa"

PAS berjanji akan menubuhkan Majlis Perundingan Agama bagi mengelak perselisihan pendapat mengenai agama antara rakyat berbilang kaum. Isu ini juga tidak berbangkit kerana sehingga kini belum ada keperluan mengenainya (tiada konflik agama). Sebenarnya bukan Majlis Perundingan yang ditubuhkan PAS sebaliknya Kelantan kini dibanjiri tokong Buddha gergasi di Tumpat dan Bachok. Kelulusan pembinaan itu dikatakan dibuat demi menjaga hubungan PAS dengan kaum Cina dan Siam di negeri Kelantan dan yang peliknya PAS hanya membina sebuah masjid sahaja sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan. Inikah cara dan gaya sebuah parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam mentadbir. Pada pilihan raya 1999 pula PAS berjanji akan memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti. Bagi PAS isu bekalan air bersih tidak berbangkit kerana sehingga kini majoriti rakyat sudah mendapat bekalan air bersih yang berkualiti namun PAS lupa bekalan air bersih itu diperoleh hasil bantuan dan peruntukan jutaan ringgit daripada kerajaan pusat. Tanpa bantuan dan peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang terbabit rakyat Kelantan sudah pasti gagal menerima bekalan air bersih seperti yang dijanjikan oleh kerajaan PAS. Kegagalan demi kegagalan PAS membuatkan rakyat mula muak. Pada pilihan raya umum 2004, PAS menerima kejutan besar aopabila rakyat mula sedar dan memilih calon BN sebagai wakil mereka, akibatkannya PAS hanya menang lebih satu kerusi berbanding BN. Namun tsunami politik pada 2008 membolehkan PAS memenangi majoriti kerusi dengan hanya 6 kerusi dimenangi oleh BN. Kemenangan itu tidak banyak bezanya kerana PAS tetap gagal melaksanakan manifestonya. Pada tahun 2009, hudud dan qisas langsung sudah tidak disebut di hadapan khalayak umum sebaliknya yang disebut adalah mendidik masyarakat untuk memahami hudud dan qisas dan kemudian menerimanya dengan rasa senang walhal lebih 30 tahun dahulu, ayat yang sama juga telah disebutkan oleh Presiden UMNO pada ketika itu dan diulang semula pada tahun 1996 oleh Tun Dr.Mahathir. Pada pilihan raya 2008, PAS sekali lagi melancarkan manifesto yang sama iaitu "Membangun Bersama Islam" yang kononnya Kelantan telah menerajui perubahan dan mendahului negeri-negeri lain di Malaysia sedangkan pada hakikatnya semua itu hanyalah mimpi semata sebaliknya rakyat Kelantan terus terpinggir dibelenggu kemiskinan manakala orang mudannya pula berhijrah keluar dari Kelantan untuk mencari pekerjaan. Hakikatnya, PAS hanyalah mengaburi mata rakyat dengan menggunakan Islam sebagai alat. PAS bangga apabila dapat melaksanakan pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah: Memulakan majilis rasmi dengan Al-Fatihah dan menutupnya dengan bacaan surah Al-Asri dan tasbih kaffarah dan bekerja lima hari seminggu; MPKB- Bandar Raya Islam dengan menyatakan Kelantan negeri pertama yang mempoloporinya tanpa sedar di negeri lain juga perkara ini sudah lama dipraktikkan. Janji PAS untuk memajukan pengajian Tahfiz Al- Quran yang diiktiraf oleh Universiti Shubra Mesir, Pusat Pengajian Pondok dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sehingga mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar Mesir serta pendidikan bersepadu (sains Islam) sehingga berjaya melahirkan pelajar cemerlang di peringkat Malaysia pada pilihan raya 2008 juga tidak dilaksanakan sebaiknya kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah pondok dan pusat pengajian tahfiz tidak disediakan dengan sempurna. Janji PAS untuk terus menerajui perubahan dalam melaksanakan prinsip ‘pembangunan Islam’ berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan BN juga hanyalah angan-angan kosong umpamanya janji untuk menaikkan taraf dan peranan masjid, memakmurkan masjid, menaikkan elaun Imam dan kakitangan masjid tidak juga dilaksanakan. PAS hanya membina sebuah sahaja masjid berkonsepkan tamadun Cina di Rantau Panjang. Jika benar PAS ingin mengimarahkan, memakmurkan masjid sudah tentu masjid-masjid yang sedia ada mendapat manfaatnya serta banyak masjid baru dibina tetapi yang berlaku sebaliknya. PAS juga gagal memberikan hak untuk semua kaum seperti yang dijanjikan untuk melantik Penghulu Kaum mewakili masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli, tanah untuk Orang Asli dan kebebasan dalam amalan beragama dan kebudayaan. Memperkenalkan sistem mata wang dinar dan dirham merupakan antara impian yang telah PAS laksanakan di negeri ini. Namun pelaksanaan itu tidak memberikan kelebihan kepada semua rakyat sebaliknya hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Tambahan pula, pelaksanaan dinar dan dirham yang diperkenalkan PAS tidak mempunyai sistem yang terancang. Pada masa yang sama Pas juag telah menguar-uarkan kepada rakyat yang kononnya selama lebih 18 tahun memerintah kerajaan PAS Kelantan telah berjaya menurunkan kadar jenayah dan masalah sosial tetapi jika dilihat kepada statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa, Kelantan menduduki tempat ketiga tertinggi melibatkan gejala sosial seperti rogol, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Malah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Negeri juga dikatakan terlibat di dalam kes melarikan anak dara orang dan berkahwin di sempadan. Jika inilah keadaannya apa yang perlu PAS banggakan? Paling hebat PAS berjanji untuk mengagihkan kekayaan sama rata kepada rakyat tetapi apa yang berlaku sebaliknya. PAS hanya menambahkan kekayaan kroni-kroninya sahaja. Selain itu PAS juga tidak lari dari terbabit dengan kes rasuah biarpun lantang menuduh lawannya mengamalkan rasuah. Sesungguhnya PAS Kelantan gagal melaksanakan janji manifesto yang telah dibuat terhadap rakyat termasuklah pembinaan keluarga berteraskan konsep "Al-mawaddah"(kasih sayang) dan "As-sakinah"(ketenangan) melalui pelaksanaan "Baitul al-mawaddah" ke arah melahirkan wanita Kelantan yang sempurna sifat keibuannya. Janji PAs untuk membina pusat usahawan kepada belia dan beliawanis di negeri ini juga dilihat hanyalah umpan untuk memancing undi kerana sehingga kini pusat tersebut tidak pernah terbina. Perancangan untuk membina bandar yang berkonsepkan bandaraya Islam, bandar satelit di Pasir Tumbuh, Bandar Baru Dabong dan Bandar Baru Pulai Chondong, pelaksanaan ciri-ciri bandar Islamik ke setiap jajahan dan Gua Musang sebagai pusat ilmu tidak dilaksanakan. Janji PAS untuk menjadikan Bachok sebagai bandar pelancongan Islam juga gagal sebaliknya PAS hanya menaikkan ‘banner’ untuk memberitahu rakyat tanpa menyediakan pelan perancangan khusus untuk melaksanakannya. Dari segi ekonomi PAS berjanji untuk membangunkan industri IKS yang dianggap sebagai penggerak ekonomi moden negeri Kelantan dengan menyediakan bantuan, insentif khas, pengecualian cukai pintu dan khidmat penyampaian. Hakikatnya bantuan tersebut bukan disediakan oleh PAS sebaliknya bantuan diperolehi golongan terbabit daripada agensi berkaitan di bawah peruntukan yang disediakan kerajaan pusat. Impian PAS untuk membangunkan Bandar Baru berkonsepkan ‘bandar untuk semua’; rakyat berpeluang memiliki ekuiti (harta) atas projek yang dimajukan dan bagi yang terlibat dengan pengambilan tanah, 50 peratus bayaran pengambilan boleh dilaburkan ternyata gagal. Buktinya ia terjadi kepada penduduk di kawasan Lembah Sireh apabila tanah-tanah mereka dibeli dengan harga yang murah dan mereka hilang hak. PAS bukan sahaja gagal membangunakan ekonomi penduduk tetapi juga gagal dalam merancang perbangunan pertanian seperti projek ladang depu, penanaman pokok jarak, jagung manis dan memajukan industri hiliran yang akan meningkatkan ekonomi petani luar bandar dan projek Halal Hub sebagai pusat pertumbuhan dan pemasaran pelbagai produk makanan halal negeri. PAS juga gagal melaksanakan penubuhan Darul Niswah yang merupakan pusat sehenti untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan kemajuan sosio-ekonomi melalui program "Cakno Wanita Kelantan". Janji PAS untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah melalui skim pemilikan tanah untuk lot kediaman terutama kepada rakyat miskin juga dilihat tidak berjaya sepenuhnya kerana ia hanya menguntungkan kroni sahaja. Pembalakan dan penerokaan haram yang dikatakan akan dibendung juga gagal sebaliknya ia terus berlaku secara berleluasa terutama di Gua Musang dan Lojing. Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dari segi kebajikan rakyat miskin, termasuk mendahulukan bayaran premium bagi peserta yang layak yang dijanjikan PAS juga tidak jelas kerana yang mendapat manfaat daripada program itu tidak diberikan secara telus. Selain itu, PAS juga mengalamai masalah melaksanakan projek kayu gaharu, kambing jamnapari dan menyelesaikan masalah membabitkan peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis. Kesimpulannya, PAS hanya menggunakan janji manis untuk memperdayakan rakyat terutama di negeri Kelantan dan kelemahan pentadbiran PAS yang berpunca dari kelemahan pimpinan terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi punca kegagalan pentadbiran PAS dalam melaksanakan manifestonya. Yang peliknya, sempena PRU13 ini juga PAS bagaikan "muka tembok" dengan janji-janji baru. Apakah rakyat terutama pengundi di Kelantan rela ditipu lagi oleh PAS? Pendek kata, segala janji PAS - Indah Khabar Dari Rupa.

Thursday 25 April 2013

PRU 13: Cabaran BN Di Pulau Pinang

Walaupun tidak dapat dinafikan Pulau Pinang merupakan medan tempur yang paling mencabar bagi BN pada PRU13 ini, tetapi parti komponennya tidak pernah berputus asa untuk mengatur pelbagai langkah dan usaha untuk berkuasa semula di negeri itu. Tanpa menghiraukan ramalan ramai penganalisis politik bahawa BN mempunyai harapan tipis untuk menawan kembali Pulau Mutiara berikutan sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan negeri yang diterajui DAP ketika ini, para pekerja parti BN tetap bersemangat untuk memberi tentangan hebat pada pilihan raya umum ini. Daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinag yang ada sekarang, 27 menjadi milik pakatan DAP-PKR-PAS. Pada PRU12, DAP memenangi kesemua 19 kerusi yang ditandinginya, PKR sembilan daripada 16 kerusi, manakala PAS hanya memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandinginya. Pada PRU12, menyaksikan pencapaian paling buruk bagi BN Pulau Pinang, parti gabungan berkenaan hanya memenangi dua daripada 13 kerusi parlimen dan 11 daripada 40 kerusi negeri. Secara tradisi, peruntukan kerusi BN di negeri itu dibuat berdasarkan formula Umno (15), Gerakan (13), MCA (10) dan MIC (2). Parti Gerakan Pulau Pinang telah membuat persiapan untuk menghadapi PRU13 sejak tahun 2011 lagi setelah memuktamadkan "senarai calonnya" dan melantik 17 penyelaras kawasan pilihan rayanya,termasuk 13 untuk kawasan negeri dan empat kawasan parlimen. Kebanyakan penyelaras ini telah melaksanakan kerja asas selama dua tahun. Sejak terlantiknya penyelaras berkenaan, parti itu sentiasa bergerak bersama-sama anggota peringkat akar umbi, termasuk dalam urusan pemberian BR1M baru-baru ini, untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan bantuan itu, mengemukakan permohonan. Parti Gerakan turut melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi penjelasan tentang isu berkaitan dasar dan mendedahkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan DAP. BN Pulau Pinang mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 ini. MIC juga sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, termasuk menempatkan calon berpotensi bagi dua kerusi-DUN Prai dan Bagan Dalam. Pada pilihan raya umum lepas, DAP menawan dua kerusi itu daripada MIC. BN negeri pula telah memperhebatkan pelaksanaan program bersama rakyat, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat dan menawan hati mereka. Ini termasuk kegiatan kemasyarakatan seperti tinjauan mesra dan mengadakan lebih banyak taklimat untuk kumpulan sasaran bagi menangkis isu serta hujah yang dibangkitkan pihak lawan. Wanita MCA Pulau Pinang walaupun menghadapi kesulitan dan kekangan, kebanyakan pemimpin MCA, termasuk mereka yang kalah pada pilihan raya lepas, terus mengendalikan pusat khidmat masing-masing untuk berkhidmat kepada rakyat. "Macam pusat khidmat saya ni... (ia) dibuka enam hari seminggu dan semua petugasnya terdiri daripada sukarelawan, yang memberi khidmat dari tengah hari hingga malam. Semuanya kami gunakan wang sendiri kerana kami tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji petugas tetap," katanya kepada Bernama. Sememangnya agak susah untuk MCA menang banyak kerusi, tapi sekurang-kurngnya, DUN Pulau Pinang akan terus mempunyai MCA sebagai pembangkang. Kini, tak ada langsung kerana DAP menawan semuanya. Namun,sejak dua tahun lepas, orang ramai menyuarakan banyak isu melalui pusat khidmat MCA, tapi MCA hanya dapat membantu hingga ke tahap tertentu saja kerana sesetengah perkara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri (DAP). Justeru, pemilih berdaftar Pulau Pinang disaran untuk memberi sokongan padu kepada BN demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Wednesday 24 April 2013

PRU13: Pakatan Pembangkang Selangor Terima Padah.........!!!

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang(PP) akan tumbang pada pilihan raya umum 5 Mei ini ekoran "gelombang kemarahan" rakyat terhadap banyak janji yang dibuat pada pilihan raya lepas masih tidak ditunaikan. Masanya akan tiba tidak lama lagi bagi rakyat Selangor untuk menghukum kerajaan PP melalui peti undi di atas kemungkiran janji dan kelemahan yang ketara selama lima tahun memerintah. Setiap pengundi ada hak untuk menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri, dengan tidak lagi mengundi PP. Maknanya inilah hukuman yang bakal diterima oleh kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi dan tidak menunaikan janji-janji. Inilah yang paling nyata sekarang. Itu sebabnya gelombang kemarahan rakyat dah ada. Gelombang kemarahan nak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan balik kepada kerajaan BN dah mula bergerak. Sebagai contoh, inilah satu-satunya kerajaan negeri (Selangor) yang paling banyak disaman oleh rakyatnya sendiri dalam sejarah negara, ekoran tindakan sedemikian oleh kira-kira 3,000 ibu tunggal baru-baru ini kerana kerajaan negeri gagal menunaikan janji pemberian bantuan kepada golongan itu. Kerajaan PP mengamalkan dasar pilih kasih dalam pengagihan bantuan kepada ibu tunggal, suri rumah dan warga tua dengan memberi hanya kepada penyokong parti-parti mereka, berbanding apa yang dilakuklan oleh BN melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati oleh rakyat tanpa mengira parti politik mana yang mereka sokong. Kerajaan negeri Selangor tidak beri kepada ibu tunggal yang tidak menyokong parti PP. Ini satu kerajaan yang tidak adil. Bila anak nak masuk ke pusat pengajian tinggi, PP akan siasat siapa keluarga dia. Kalau katakan dia keluarga orang UMNO, dia tidak akan bagi dan ini yang berlaku sebenarnya. Maknanya pilih bulu, pilih kasih. Bila ini berlaku,parti begini tidak akan disokong lagi kerana dia hanya berikan pada orang yang ada kepentingan sahaja. Satu lagi contoh, banyak elaun untuk suri rumah yang menjaga anak atau yang hantar anak ke tadika yang dijanjikan dalam manifesto mereka dahulu masih tidak diberi. Banyak janji yang tidak ditepati yang boleh menyebabkan kerajaan PP akan kalah pada pilihan raya kali ini. Walaupun kerajaan negeri menunaikan janji pemberian air percuma 20 meter padu pertama tetapi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau rumah bertingkat yang kebanyakan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak menggunakan meter secara individu sebenarnya tidak mendapat nikmat apa pun. Dasar air percuma yang dipertikaikan kewajarannya oleh banyak pihak ini lebih menguntungkan kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya mendapat air percuma seperti mereka yang tinggal di rumah-rumah mewah. Apa yang berlaku di Selangor sudah tentu membuka mata pengundi bukan sahaja di negeri ini tetapi juga memberi impak kepada pengundi di seluruh Malaysia secara umumnya. Apa yang berlaku di Selangor ini akan juga menjadi tempias kepada negeri-negeri lain. Dan sudah tentu dia akan memberi kesan implikasi kepada corak trend pengundian pada kali ini. Rakyat Selangor juga "sangat marah" kerana kerajaan negeri di samping mempolitikkan isu air, juga melakukan perkara yang sama terhadap soal pendidikan kerana pentadbiran negeri masuk campur dalam urusan Universiti Selangor (Unisel). Unisel ini boleh jadi bankrap kerana terlalu banyak dipolitikkan hingga soal dalaman seperti siapa jadi Naib Canselor dan sebagainya ditentukan oleh Penasihat PKR sendiri. Unisel menurun jumlah pelajarnya, daripada begitu banyak sehingga sekarang ini dah begitu banyak berkurangan. Tidak dapat dinafikan akan berlaku "pertempuran sengit" di antara BN dan PP pada pilihan raya umum kali ini malah Selangor akan kembali kepada pangkuan BN kerana BN meletakkan "winnable candidate" atau calon-calon boleh menang yang mewakili nurani hati dan dekat dengan rakyat. Kesimpulannya pentadbiran lima tahun pakatan pembangkang di Selangor merupakan tempoh "janji tinggal janji", sehingga manifesto yang dahulu pun tidak dianggap sebagai janji. Kalau sesuatu janji itu hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan, ini dah menipu rakyat. Merujuk kepada manifesto PP untuk PRU13 ini,manifesto yang baharu lebih banyak memansuh daripada membina. Dalam manifesto baharu ini...menghapus itu, menghapus ini, mereka tak cakap nak membina. Menghapus tol sebagai contoh tetapi mereka nak buat tol daripada Tanah Besar sampai George Town...mereka tulis terowong bertol tetapi dalam manifesto hapuskan tol. Yang mana satu ni? Manifesto itu dari awal -awal lagi dah menipu rakyat. Rakyat Selangor diseru untuk "menghukum" PP sempena PRU13 ini. Undilah BN demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

13th General Election: BN Has The Upper Hand

As the 13th general election (GE) draws nearer, questions are being frequently asked on its likely outcome. Political circles are now abuzz with pre-poll analyses and forecasts as Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) step up their campaigning. In the last GE held on March 8, 2008, BN lost more than one-third of parliamentary seats. Some people even think that there is a remote possibility that the BN may lose its grip on the federal government in the 13th GE. After four years, with changes in leadership and the implementation of various affirmative projects under the aegis of 1Malaysia and the Government Transformation Programme by the BN-led federal government, most political analysts believe that the BN’s chances of retaining the federal government are still high, with some even arguing that it might win more seats this time. “It depends on whom you talk to. If you talk to hardcore supporters from both sides, they will clearly speak for their side’s favour. However, it is the neutrals who count, and their votes will be important,”. The neutrals included about two million new and young voters who were going to vote for the first time and their support would be key to deciding who would take over Putrajaya. Whether the BN can retain power at the federal level depends on “the middle ground” MatMerapu believes that there could be a 10 per cent swing in votes, either for BN or PR. “It is the middle ground that matters. Every election is a different one involving new personalities, different sentiments, and changing themes. Results from the previous election can only serve as a reference,”. There was no denying that a 10 per cent vote swing was huge “which does not always happen but it is not impossible”. BN’s national vote share was 65 per cent in the 1995 general election, 57 per cent in 1999, 64 per cent in 2004, and 51 percent in 2008. Between the 1995 and the 1999 elections, its vote share declined by eight per cent while following the 2004 election, it suffered a sharp 13 per cent drop. “The opposition pact won 83 of the 222 parliamentary seats in the 2008 election. Of the BN’s 139 seats, 55 were from Sabah, Sarawak and Labuan while in Peninsular Malaysia, it won 85 seats over PR’s 81,” PR obtained 51 per cent of votes in the peninsula. In the previous election, 54 of PR’s 83 seats were won with a majority of less than 10 per cent or referred to as “marginal seats”. But in the 13th GE, if there is a 10 per cent swing in the BN’s favour, PR will be left with only 29 seats. On the other hand, 56 of BN’s 139 seats were won with a majority of less than 10 per cent in 2008, and a 10 per cent swing in PR’s favour would severely impact on BN’s rule. “Of the BN’s 56 marginal seats, 14 are from Sabah and Sarawak while another 22 are multi-ethnic peninsula seats with less than 70 per cent Malay voters. Of PR’s 54 marginal seats, 34 are multi-ethnic peninsula seats,” he said, adding that the marginal seats from both BN and PR totalled 110 seats, while 112 seats were needed to win a simple majority in the Dewan Rakyat. BN, however, is not too worried about its small gains. The coalition says it has been winning 66 per cent to 90 per cent of the parliamentary seats since 1959 without fail, against the backdrop of only 49.3 percent to 65.2 percent of votes. BN has never won more than two-thirds (66.67 per cent) of popular votes. The closest it ever came to a two-thirds win of the popular votes was in 1995 (65.2 per cent) when it won 84.38 per cent of the seats in Parliament. The best election for the BN was in 2004 when it won 90 per cent of the seats but with just 63.9 per cent of votes, still less than two-thirds. The year 1995 was the best for the ruling party in terms of votes (65.2 per cent), but it only won 84.38 per cent of the seats. This means more votes do not actually translate to more seats, and vice versa. BN Selangor publicity chief Yap Pian Hon points out that even if a greater number of people turned out to vote and PR secures more votes, there is no guarantee it can form the next federal government. “It all depends on where you vote. If you are in the urban area, which of course covers the Chinese-majority areas mostly, then the opposition is likely to get most of the votes, but not the seats,”. In the 2008 general election, the 82 parliamentary seats won by PR were divided almost equally between the Malays and non-Malays despite the fact that it got almost 90 per cent of Indian votes, 70 per cent of Chinese votes and 50 per cent of Malay votes. Indian votes were split 50:50 between BN and PR while it was predicted that there would be a small increase in Chinese votes for the opposition to 80 per cent from the previous 70 per cent. Any increase in Chinese votes for PR is likely to be offset by a drop in Indian votes for the opposition “The deciding factor is still Malay votes. More than 60 per cent of voters in this country are Malay. Any increase in Malay votes for BN can make up for the decline in non-Malay votes. In the last election, BN got about 50 per cent of Malay votes.” Whether PR retains its 83 seats in Parliament (now reduced to 76 due to defections), it would still be in the opposition,”. In order to form the next federal government, PR must win at least 94 of the 165 seats in Peninsular Malaysia and 18 of the 57 seats in Sabah, Sarawak and Labuan (31 in Sarawak, 25 in Sabah and one in Labuan) — which may bring it to a simple majority of 112. “To increase to 94, it would need to win back all the seats it had won previously, including the ones where its elected YBs (elected representatives) left the party. This does not include winning an additional 12 seats in the peninsula and another 18 in Sabah and Sarawak,”. MatMerapu did not see any possibility of PR forming the next federal government. Political observers also agree that the chances of PR winning at least 18 seats in Sabah and Sarawak do not look bright either as it is still bogged down by problems like election machinery, logistics, local leaders and reaching out to rural voters. Voters in Sabah and Sarawak are also more inclined towards parties that are based locally like BN’s components whereas PR has peninsula-based parties. In conclusion, BN still has the "upper hand" in the 13th GE.

PRU 13: Cubaan Pembangkang Cetuskan Huru-Hara!!!

Insiden letupan bom semasa sesi ceramah BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan insiden Bilik Gerakan BN di Sungai Leman, Sekinchan (Parlimen Tanjong Karang) dilempar dengan dua bom petrol perlu dianggap serius oleh semua pihak. Insiden seumpama ini tidak seharusnya berlaku di mana-mana pun.....!!!Ekoran daripada insiden tersebut, pihak PDRM kini sedang memburu suspek yang terlibat kerana cubaan mencetuskan huru-hara. MatMerapu difahamkan bahawa suspek berkemungkinan besar mendapat upah daripada pihak pembangkang untuk membuat kekacauan.......Inilah taktik kotor dan jahat pembangkang yang semakin terdesak dan tertekan.......mereka(pembangkang) bimbang kini kerana majoriti calon BN semakin diterima rakyat manakala calon pembangkang membayangi kekalahan teruk. Pakatan Pembangkang(PP) sudah sedar kini bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menandingi BN.....apa tah lagi untuk menawan Putrajaya, ibarat "langgit dengan bumi"......"jauh panggang dari api". PP kian celaru dan jiwa kacau hingga sanggup membawa bendera Joseph Stalin dan Vladimir Lenin - Pejuang revolusi komunis di Rusia.....Apakah anda ingin terus menyokong calon PKR berfahaman komunis sebegini - Fahaman komunis yang tidak percaya kepada Tuhan bertentangan dengan Islam. PKR menurunkan calon "tangkap-muat" yang hanya pentingkan kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi malah sanggup berbuat apa saja.......letupan bom!!! PAS pula kononnya berjuang atas landasan Islam tetapi apabila ada peluang memerintah di Kedah dan Kelantan namun tidak melaksanakan tuntutan agama Islam......sebaliknya menuduh kerajaan pimpinan BN khususnya UMNO sebagai tidak Islam. Mereka sengaja menafi dan tidak mengakui bahawa kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai hukum, syariat dan tuntutan dalam Islam antaranya membangunkan ekonomi umatnya dengan mengwujudkan perbankan dan muamalat Islam untuk menentang riba. DAP kekal dan tebal dengan "rasis"nya malah langsung tidak mempedulikan kepentingan Melayu-Islam. Justeru, MatMerapu berharap agar pemilih berdaftar yang bakal keluar mengundi nanti sempena PRU13 ini memberi sokongan yang diterjemahkan dalam bentuk undi kepada BN demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Tuesday 23 April 2013

PRU 13: BN Bakal Rampas Selangor.......!!!

Dalam tempoh pasca PRU12, apa yang rakyat Selangor telah saksikan.....!!!??? Apa hasil ekonomi baru Selangor? Dalam tempoh lima tahun ini berapa banyak rumah mampu milik dibina? PKNS buat apa? Berapa banyak kawasan pertumbuhan baru dibuka? Jika semasa pentadbiran BN, Selangor ada Lembah Bernam, Lembah Beringin, apa yang Menteri Besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat? Tak habis-habis yang dipasang Abdul Khalid di seluruh pelosok negeri adalah poster-poster dan sepanduk yang tertera ucapan 'terima kasih, terima kasih dan terima kasih'. Terima kasih kepada siapa? Kepada diri sendirikah? Apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio agama daripada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat Pas, rakyat Selangor tertunggu-tunggu apakah polisi yang akan dilakukan Menteri Besar itu untuk memerangi gejala sosial di negeri itu. Macam mana bentuk tindakan. Namun, sehingga kini Exco Agama ini masih sepi,sunyai dan membisu. Difahamkan, rakyat Selangor terutama orang Islam sudah nampak tembelang mainan politik Abdul Khalid ini di sebalik pemecatan Hasan. Itu belum masuk lagi isu Loji Air Langat 2, pungutan sampah, masalah UiTM (peralihan tapak asal UiTM di Serendah ke Melaka), kerugian Unisel dan banyak lagi kemelut yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor akibat mainan politik di negeri itu. Dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai, Hasan sendiri mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ada tujuh wakil rakyat daripada pembangkang dipercayai bersama Hasan. Tetapi kerana 'disumbat mulut', ahli PAS terpaksa berdiam diri. Pemecatan Hasan pun akibat daripada kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik sumbat mulut yang mana ahli PAS diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin daripada berbicara mengenai isu ini. Apa yang berlaku di Selangor cukup memeningkan rakyat negeri itu. Sama seperti nasib yang menimpa Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak. Apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Sidang DUN membongkar cerita yang tidak ketahuan sahihnya mengenai kos tinggi sampai mencecah RM300,000 digunakan Hasan untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco kerajaan negeri, ramai mempersoalkan motif Azmin. Jujurkah dia? Mengapa perkara ini timbul setelah pemecatan Hasan? Mengapa tidak ditegur dan dibangkitkan semasa Hasan dalam PAS dahulu? Dalam soal Selangor, nampaknya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pun sudah lama terhidu pembohongan demi pembohongan yang ditimbulkan oleh Abdul Khalid dan juak-juaknya dari DAP dan PAS ini. Banyak janji untuk rakyat dari mulut Abdul Khalid masih menerawang untuk ditunaikan di Selangor. Kerana itu sudah berkali-kali PM yang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor meluahkan keyakinan beliau bahawa negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU13 ini. Secara umum, mood kemenangan untuk diraih BN itu sudah ada. Kerajaan BN betul-betul touch point pada rakyat. Najib tidak sekadar bercakap tetapi melakukannya dan menepati janji. Penulis dimaklumkan usaha Pakatan Pembangkang(PP) untuk mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN cukup keras dan penuh siapsiaga. Maklumlah negeri kaya yang boleh dijadikan tempayan dana pilihan raya mereka. Dalam soal 'hidup mati' ini, antara yang ketara tindakan PP ialah membuat sebanyak mungkin bantahan terhadap pendaftaran baru pengundi dan pertukaran alamat pemohon ke Selangor. Ini lebih-lebih lagi ke kawasan 'kubu kuat' Parlimen atau DUN yang disyaki akan menggugat kedudukan PP. Pelbagai taktik dilakukan oleh ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk menafikan hak individu yang dijamin perlembagaan ini dalam dua kategori permohonan berkenaan. Kalau tidak dibawa Tok Penghulu, dibawanya tuan rumah terbabit untuk menafikan hak pemohon bertukar alamat. Lebih teruk lagi imej PP akan bertambah kusut masai lagi apabila isu pembaziran ditempelak oleh seluruh rakyat Selangor. Selain sumbat mulut dalam kes Hasan, arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam PAS. Arahan tutup mulut yang dipraktikkan PP ini umpama 'demokrasi' yang merentap ahli dan penyokongnya daripada mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media daripada didengari rakyat. Ia 'demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu daripada menjadi bahan bacaan utama para penyokong. Jika dalam 'tsunami' politik di Selangor pada 2008 pun UMNO masih berupaya meraih 18 daripada 35 kerusi ditandingi, maka tidaklah mustahil misi menggenggam kembali Selangor yang memiliki keseluruhan 56 kerusi DUN akan berjaya. Ia asalkan 50 peratus atau 9 daripada baki 17 kerusi yang kalah ditandingi UMNO pada PRU12, MCA bertambah satu lagi kerusi dari 2 kerusi yang dimenangi manakala MIC menang tiga kerusi. Maka dua pertiga bakal beralih ke BN. Selangor mampu digenggam kembali oleh BN asalkan semua parti komponen BN terus bersatu hati menerusi anjuran program turun padang bersama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat. Apapun, MatMerapu amat yakin BN mampu merampas kembali Selangor sempena PRU13 ini....Insya'Allah!!!

Thursday 18 April 2013

8 Kerusi Parlimen........Pertembungan 3 Penjuru!!!

Sempena PRU 13, sudah pasti lapan kerusi Parlimen di kawasan campuran yang kebanyakannya dikuasai PKR dan DAP pada 2008 akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila sebuah NGO memutuskan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya 5 Mei ini. Semalam Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) mengumumkan lapan calon Melayu berstatus "ustaz" bagi bersaing dengan calon bukan Islam daripada PKR, DAP, MCA dan MIC. Pengerusi Biro Politik ISMA Aminuddin Yahaya mengumumkan, NGO itu akan bertanding di Parlimen Seremban, Subang, Selayang, Alor Setar, Padang Serai, Tapah, Kapar dan Wangsa Maju, Alor Setar dan Tapah. Kecuali Seremban yang dimenangi DAP, Alor Setar (MCA) dan Tapah (MIC), semua kerusi di atas milik PKR. Di Wangsa Maju, anggota Parlimennya Wee Choo Keong yang menang atas tiket PKR pada 2008 memilih menjadi wakil bebas. ISMA bertanding di kawasan itu atas alasan untuk memberi pilihan kepada orang Islam memilih seorang Muslim sebagai wakil mereka, seterusnya menambah bilangan ahli Parlimen golongan itu dalam Parlimen. "Kita bertanding di kerusi-kerusi yang majoritinya orang Islam tetapi calon-calon (yang bertanding pada pilihan raya 2012) bukan orang Islam," kata Aminuddin sambil menegaskan mereka sedia menarik diri jika ada calon beragama Islam digantikan di kawasan itu. Selain Wee di Wangsa Maju, penyandang lain termasuk: R Sivarasa (PKR-Subang), William Leong (PKR-Selayang), S Manickavasagam (PKR-Kapar), John Fernandez (DAP-Seremban), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA-Alor Setar), M Saravanan (MIC-Tapah). Pemerhati politik berpendapat, langkah ISMA itu berpotensi memecahkan sedikit undi Melayu di kawasan terbabit, walaupun tidak dapat dipastikan ianya memberi kelebihan kepada pihak mana.

PRU 13: DAP Terkubur.........!!!

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN. Pada PRU 12, Pakatan Pembangkang (PP) memperoleh 36 kerusi manakala BN memenangi 20 kerusi. Untuk memperoleh majoriti mudah di Selangor, sesebuah gagasan itu sama ada PP atau BN memerlukan 29 kerusi. Bandingkan juga keputusan DUN Kelantan PRU 11 (tahun 2004) di mana PAS menang 24 kerusi, BN mendapat 21. Jikalau waktu itu dua orang sahaja ADUN PAS melompat, PAS akan tinggal 22 kerusi dan BN 23! Pada tahun 2008, ADUN-ADUN Selangor ada yang menang dengan hanya majoriti tipis. Contohnya DUN Teluk Datuk di mana Phillip Tan (DAP) mendapat 7,584 undi dan lawannya Ei Kim Hock (MCA) 6,886 undi. Calon DAP itu menang dengan kelebihan 698 undi sahaja. Namun undi rosak ialah 493. Yang keluar mengundi di Teluk Datuk ialah 82.2 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar. Pecahan pemilih mengikut kaum ialah Melayu: 33.2%, Cina: 44.6%, India: 22.0%, Lain-lain: 0.2%. Teluk Datuk adalah antara 10 kerusi — yang lainnya Bukit Melawati, Cempaka, Sekinchan, Damansara, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Kota Anggerik, Lembah Jaya dan Selat Klang — yang mana PP menang dengan majoriti kurang 10 peratus. Tidak mustahil bagi BN merampas semula kerusi-kerusi goyah di Selangor sekiranya dipertingkatkan prestasi mereka. Untuk MCA tawan kembali Teluk Datuk,calon parti tersebut harus mengaut separuh sahaja undi tambahan kaum Melayu atau India. ‘Swing’/ayunan kecil ini sebenarnya boleh diusahakan. Para pemilih India telah pun mengisyaratkan rasa tawar hati mereka terhadap pembangkang. Antara punca PP kalah dalam PRK Hulu Selangor, Bagan Pinang, Tenang dan Merlimau ialah faktor sokongan India kembali kepada BN. Atau pemilih India sengaja tidak keluar undi. Jika kaum India sudah celik mata, bagaimana pula dengan kaum Melayu, khususnya yang tinggal di luar bandar dan pedalaman. Jika ditinjau sikap kerajaan Selangor dan menilai sama ada pentadbiran Khalid Ibrahim mesra rakyat. Mengikut banci tahun 2010, Selangor mencatatkan sejumlah 5,462,141 penduduk. Daripada angka itu, Bumiputera sekitar 57.1%, Cina 28.6%, India 13.5% dan lain-lain 0.8%. Orang Cina Selangor pada hakikatnya kurang 30 peratus tetapi tampak angkuh serta rakus membolot kuasa dan pengaruh. Jikalau sebelum ini, tinjauan dan kajian yang pernah dibuat baru-baru ini oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam PRU 13 kelak “lebih gemar dan selesa” memilih BN berbanding PP. Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada PRU 13. Itu kata mereka, lain pemerhati dan pengkaji, lain pula kaedah dan teknik yang digunapakai. Kajian dan analisis terperinci Centre of Strategic Engagement (CENSE) menjangkakan BN besar kemungkinan mengekalkan 137 kerusi Parlimen yang dikuasainya sekarang dengan margin lima peratus lebih atau kurang. Apa pun, DAP pasti terkubur pada PRU 13.......!!!

Wednesday 17 April 2013

PRU 13: Calon Transformasi BN

Senarai calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN yang telah diumumkan oleh pucuk pimpinan parti sempena PRU 13 merupakan "Calon Transformasi BN" yang bakal memenangi kerusi yang ditandingi. Gabungan calon muka lama dan baru ini dianggap sebagai 'winnable candidate' yang diterima oleh majoriti pengundi setempat. Ahli parti komponen BN terutama UMNO apa tah lagi penyandang yang tidak dicalonkan perlu akur dan menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dengan mengutamakan kemenangan parti. Tidak berlaku sebarang perebutan kerusi di kalangan parti komponen BN berbanding Pakatan Pembangkang (PP)- bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PKR dan PAS menentang BN serta PAS dan DAP menentang BN tidak terkecuali PKR dan DAP menentang BN (tanpa mengambilkira calon Bebas. Selain PP, BN juga tidak sunyi daripada elemen protes yang dipamerkan oleh pengikut dan penyokong masing-masing yang tidak bersetuju dengan "calon payung terjun" yang diumumkan. Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa wujud "permuafakatan sulit" antara mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak PP bagi memenangi calon PP khususnya di kawasan di mana tidak seorang pun AJK Bahagian dicalonkan. MatMerapu merasa terkilan dan kecewa dengan sikap golongan ahli parti komponen BN yang sanggup bersekongkol dengan PP untuk memprotes dan mensabotaj calon BN. Unsur protes dan sabotaj sebegini sepatutnya tidak wujud jika kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi. Semua ahli penyokong parti komponen BN hendaklah kembali merapatkan saf dengan membulatkan tekad melalui usaha bersepadu bagi memenangkan calon BN sempena PRU 13 ini. Masih belum terlambat dan jangan dilenggahkan lagi sehingga nasi menjadi bubur basi - sememangnya PP akan meracuni pemikiran ahli dan penyokong BN demi mencapai impian mereka bersifat kerakusan kuasa untuk memerintah. Jangan mudah terpedaya dan termakan pujuk rayu PP kerana ianya "indah khabar dari rupa".

Thursday 11 April 2013

Wan Azizah Dituntut Memberi Penjelasan......!!!

Datin Seri Wan Azizah Ismail dituntut untuk memberi penjelasan berhubung isi kandungan suratnya kepada mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kelakuan dan perangai Anwar Ibrahim semasa Ketua Pembangkang itu masih lagi berkhidmat di dalam kerajaan. Pengakuan Tun Dr Mahathir bahawa beliau masih menyimpan surat isteri Ketua Pembangkang itu mengenai aduan dan kekecewaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata mengejutkan banyak pihak. Dr Mahathir yang telah menyimpan rahsia itu sejak 15 tahun lalu bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan surat 18 muka surat yang ditujukan kepadanya itu demi menjaga nama baik dan memelihara aib Anwar. Menurutnya, ia terlalu peribadi untuk didedahkan dan beliau juga tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif. “Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. “Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya. Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu. Beliau juga berkata, kekhuatirannya itu timbul apabila individu berkenaan berjaya memerintah negara ini, dan pada masa itu nanti barulah beliau akan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan. “Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya. Dr Mahathir yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun juga menegaskan, walaupun dilempar cacian dan makian oleh pemimpin pembangkang, beliau masih tidak mendedahkan surat berkenaan, beliau bukanlah jenis yang suka memburukkan sesiapa. Anwar dan pemimpin pembangkang kerap melemparkan dakwaan dan tuduhan terhadap Dr Mahathir, namun atas dasar sesama manusia, beliau tidak sekalipun mengambil peluang memalukan Anwar dengan mendedahkan kandungan surat tersebut. Sikap itu ternyata berbeza dengan pembangkang yang gemar menuduh, memfitnah, dan menyebarkan berita palsu terhadap pemimpin negara.

PRU 13: Cabaran BN Menawan Kembali Pulau Pinang

Pulau Pinang akan 'kembali' kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. MatMerapu yakin BN boleh berkuasa semula kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya 'indah khabar daripada rupa'. Sama ada menjadi kenyataan atau sekadar igauan, sukar untuk diukur kerana masing-masing mempunyai pandangan dan alasan tersendiri. Apapun, merampas kembali atau menafikan penguasaan dua pertiga Kerajaan DAP Pulau Pinang atau BN sekadar menjadi pembangkang yang tiada kuasa seperti harimau tidak bertaring, itu adalah antara beberapa kemungkinan bakal berlaku. Umum menyedari untuk BN kembali berkuasa bukan tugas mudah. Malah, ramai kurang yakin BN berupaya menggugat pakatan pembangkang diketuai DAP yang seakan-akan semakin mendapat sokongan terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang dilihat sebagai hero oleh masyarakat Cina. Tetapi, itu bukan alasan BN menyerah kalah sebelum bertempur. Ketika ini, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan pembangkang menguasai 29 kerusi dengan DAP ada 19 wakil rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9) dan PAS (1), manakala BN hanya diwakili UMNO di 11 kerusi. Mengikut daftar pemilih yang diwartakan pada 27 Disember 2010, Pulau Pinang mempunyai 747,490 pengundi iaitu 251,413 Melayu (33.63 peratus), 411,507 Cina (55.05 peratus), 81,136 India (10.85 peratus) dan selebihnya bangsa lain. Berdasarkan statistik itu, mampukah BN meraih semula sokongan masyarakat bandar yang majoritinya pengundi Cina yang memberikan sokongan padu kepada pakatan DAP-PKR-PAS pada pilihan raya umum lalu? Pada masa sama, sokongan pengundi Melayu kepada kerusi BN yang diwakili UMNO pada PRU 2008 di pinggir bandar dan luar bandar juga tidak sehebat mana kerana rata-rata calon menang dengan majoriti yang kecil. Walaupun ramai tidak yakin termasuk Tun Daim Zainuddin yang berpandangan Pulau Mutiara mungkin kekal di tangan pembangkang, BN perlu yakin memberi tentangan "hidup atau mati". “Kalau kita nak masuk medan peperangan dengan rasa akan kalah, maka separuh perjuangan sudah hilang. Maknanya, kalau kita pergi berperang dengan tiada keyakinan, kita sudah separuh kalah. “Tetapi kalau kita pergi dengan keyakinan, sebahagian daripada kemenangan sudah kita miliki, cuma tinggal sebahagian lagi (untuk capai kemenangan),” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. GERAKAN Pulau Pinang pula tidak begitu berani untuk menyatakan secara terbuka kerana mahu menyesuaikannya dengan selera masyarakat Cina dan tidak mahu dilihat terlalu gelojoh kerana pengundi Cina masih fobia dengan UMNO. Tambahan lagi, dengan asakan pakatan pembangkang ke atas BN khususnya UMNO yang boleh melunturkan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Tetapi, mereka bersedia untuk mentadbir negeri. “Jika rakyat nak kepada kita, kita (BN) bersedia kerana kita ada kemampuan dan pengalaman. Kalau rakyat fikir BN lebih bijak untuk mentadbir, kalau mereka mahukan BN, kita sedia,” kata Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan. Keyakinan Zainal dan kesediaan GERAKAN untuk menggalas tanggungjawab itu ada benarnya kerana rekod 11 pilihan raya umum sebelum PRU 2008 berpihak kepada BN. Yakni, rakyat sokong BN. Malah, pada PRU 1995,1999 dan 2004, DAP hanya ada satu kerusi dalam DUN Pulau Pinang. Hanya pada PRU 1986 dan 1990, DAP mampu memperoleh 10 dan 14 kerusi DUN tetapi BN tetap menang dua pertiga. Sepanjang memerintah Pulau Pinang sebelum tumbang pada Mac 2008, BN membawa kemakmuran kepada rakyat dengan pembangunan dan transformasi sehingga menjadi destinasi pelaburan syarikat multinasional. Kejayaan itu menyebabkan rakyat terus menyokong BN, cuma mereka ‘beralih angin’ pada 2008 selepas terpedaya dengan janji manis pakatan DAP-PKR-PAS yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’. Tetapi, selepas lebih tiga tahun berlalu, rakyat sudah dapat menilai apabila banyak janji tidak dikotakan. Janji tinggal janji. Apa juga pendekatan digunakan parti komponen BN, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin masing-masing kerana matlamat sama dan kata-kata Zainal wajar menjadi pegangan ahli dan pemimpin BN Pulau Pinang. “Kekalahan adalah sementara. Hanya kerana satu kekalahan, tidak bererti kita kalah selama-lamanya. Ia menjadi kekal apabila kita putus asa. Jika kita tidak putus asa, kekalahan adalah sementara,” katanya.

Calon BN - PRU 13

Kesahihan maklumat yang dipaparkan dalam media baru, empayar-pemuda.blogspot amatlah diragui kerana MatMerapu yakin bahawa tidak berlaku sebarang kebocoran maklumat di peringkat kepimpinan komponen BN. Jika selepas PM mengumumkan calon BN nanti dan didapati ianya benar, sudah semestinya perkara ini perlu disiasat oleh pihak berwajib BN bagi mengenalpasti "Dalang" yang membocorkan maklumat ini yang menjadi 'Gunting dalam lipatan'. Apapun sama-samalah kita menilai akan ketepatan maklumat ini nanti......Blog tersebut mendakwa kononnya "Selepas mesyuarat tertutup antara pemimpin BN pada 10 Apr 2013 di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Parti telah memutuskan perkara berikut.........:" (A) SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN: 1. Nor Mohamed Yakcop (Ahli Parlimen Tasek Gelugor) 2. Awang Adek Hussein (Bekas calon parlimen Bachok) 3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding) 4. Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang) 5. Abdullah Ahmad Badawi (Mantan PM dan Ahli Parlimen Kepala Batas) 6. Abdullah Md Zin (Ahli Parlimen Besut) 7. Abu Seman Yusop (Ahli Parlimen Masjid Tanah) 8. Azalina Othman Said (Ahli Parlimen Pengerang) 9. Azmi Khalid (Ahli Parlimen Padang Besar) 10. Baharum Mohamed (Ahli Parlimen Sekijang) 11. Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) 12. Halimah Mohd Sadique (Ahli Parlimen Tenggara) 13. Hamim Samuri (Ahli Parlimen Ledang) 14. Ismail Kassim (Ahli Parlimen Arau) 15. Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) 16. Lilah Yassin (Ahli Parlimen Jempol) 17. Mohamed Nazri Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) 18. Mohd Johari Baharum (Ahli Parlimen Kubang Pasu) 19. Mohd Zin Mohamed (Ahli Parlimen Sepang) 20. Rafidah Aziz (Ahli Parlimen Kuala Kangsar) 21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ahli Parlimen Papar) 22. Tengku Adnan Mansor (Ahli Parlimen Putrajaya) 23. Shahrir Samad (Ahli Parlimen Johor Bharu) (B) SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN: 1. Reezal Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas) 2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling) (C) KEKAL TIADA DALAM SENARAI: 1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM) 2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA) 3. Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar) 4. Syed Hamid Albar (Ahli Parlimen Kota Tinggi) (D) DALAM PERTIMBANGAN: 1. Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau) 2. Zainal Abidin Osman (Bekas calon parlimen Nibong Tebal) 3. Shaziman Abu Mansor (Ahli Parlimen Tampin)

Wednesday 10 April 2013

Artis Aishah: Calon PAS Parlimen Jempol

Setakat ini hanya seorang artis wanita dinamakan sebagai calon untuk PRU 13. Wan Aishah Wan Ariffin @ Aishah, penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu, diletakkan sebagai calon PAS untuk Parlimen Jempol. Belum pasti siapa akan dipilih oleh BN untuk melawan artis wanita ini yang berusia 48 tahun dan beranak dua, kelahiran Negeri Sembilan. Atau, adakah mana-mana artis yang berani mencuba nasib sebagai calon bebas melawan Aishah di Jempol? Amaran: Hanya yang bersuara lunak seperti buluh perindu digalakkan mencuba sebagai calon bebas menentang bekas anggota kumpulan Fan Club itu. Tidak layak langsung mencuba bagi sesiapa yang suara seperti buluh betong atau kambing tua.....hehehe!!! Ada ramai artis wanita yang boleh dicalonkan untuk menentang Aishah. Kalau hendak yang suara manja dicadangkan Ella. Walaupun sudah bergelar isteri, gaya dan suaranya masih tetap membuat pengundi – terutama lelaki – longlai. Shiela Amzah, Yuna, Misha Omar pun layak. Ada artis wanita suara tidak berapa menawan tetapi lakonan dan gayanya amat memukau seperti Rozita Che Wan dilihat sesuai. Jelingannya pasti mendapat undi. Atau, apa kata Datuk Siti Nurhaliza yang suaranya terus memukau, gayanya terus memikat. Kalau Lisa Surihani bertanding di Jempol, beliau dijangka mendapat undi walaupun lawannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang atau Tuan Guru Nik Aziz. Kecuali jika yang melawan Lisa ialah Maimun Yusuf @ ‘Tok Mun’, maka aktres manis itu tidak banyak mendapat undi, sebab undi akan diberi kepada wanita gigih berusia 93 tahun dari Terengganu itu, sebagai undi kesian. Kalau hendak memenangi undi wanita, artis lelaki juga boleh dipertimbangkan sebagai calon. Aaron Aziz yang macho n dan menghiris perasaan wanita menerusi filem box-office Ombak Rindu, pasti meraih banyak undi kaum Hawa, tidak kira di kawasan mana dia bertanding. Bagaimanapun untuk PRU13 ini Aaron belum layak bertanding, sebab dia masih warganegara Singapura. Fahrin Ahmad pun tidak kurang hebatnya. Kalau tanya sepuluh wanita, pasti sembilan menyukainya; seorang lagi yang tidak menyukainya itu mungkin sebab buta, boleh jadi juga minda tidak stabil. Semak dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan mana paling ramai pengundi wanita, dan letakkan Fahrin untuk bertanding. Kalau hendak artis lelaki tampan lagi kelihatan berhemah, dicadangkan Datuk Jalaluddin Hassan. Tampan bergaya, suaranya romantik, sekali dia tersenyum lemah longlai jiwa wanita. Kalau dia berlakon memegang watak jahat pun, wanita tetap suka. Begitulah hebatnya beliau. Sekadar gurauan tapi boleh dipertimbangkan apabila dicadangkan nama-nama artis untuk PRU 13. Sebenarnya masa sudah tiba golongan karyawan diberi peluang dalam pilihan raya. Ini bukan sesuatu yang luar biasa – juga bukan luar tabii! – sebab di tempat lain artis bukan sahaja bertanding, malah apabila menang diberi jawatan penting dalam kerajaan. Di Amerika Syarikat ada pelakon koboi yang masuk politik, bertanding dalam pilihan raya, dan akhirnya terpilih sebagai pemimpin No.1 negara besar itu. Beliau ialah Ronald Reagan yang pada 1981 menjadi Presiden Amerika Ke-40. Arnold Schwarzenegger, aktor maco bertubuh sasa itu menjadi Gabenor California dari 2003 hingga 2011. Marudhur Gopalan Ramachandran @ MGR lama berkecimpung dalam dunia perfileman India sebagai pelakon, pengarah, penerbit, sebelum akhirnya memenangi pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri Tamil Nadu. Di Filipina Joseph Estrada berkerjaya dalam seni selama 33 tahun dan berlakon dalam lebih 100 filem, bertanding dalam pilihan raya, terpilih sebagai Senator dan akhirnya menjadi Presiden Ke-13 negara itu dari 1998-2001. Landskap politik negara ,hanya Tan Sri Jins Shamsuddin yang masuk politik dan akhirnya dilantik sebagai Senator. Adalah diharap lepas PRU 13 nanti jika ada mana-mana artis – tidak kira lelaki, lebih sesuai lagi jika wanita(kiranya bertanding dan dipilih rakyat), dilantik sebagai anggota jemaah Menteri......hahaha!!!

PRU 13: Twenty Non-Winnable Candidate - An Estimate!

Kedua Puloh: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Penyokong beliau sebelum ini sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya. Kesembilan Belas: Nasharudin Mat Isa (bekas PAS). Dengan hubungan beliau bersama UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau dipilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memperoleh sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau. Kelapan Belas: Hassan Ali (PAS). Beliau bakal jatuh teruk. Beliau akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan oleh Hassan Ali terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam. Ketujuh Belas: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN). Seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Sekiranya beliau bertanding lagi di Kulim-Bandar Baru, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, calon pembangkang mempunyai kelebihan! Keenam Belas: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN). Dahulunya, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menggadai persahabatan dan maruah beliau semata-mata untuk mendapatkan yang tidak seberapa. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur busuk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu pengundi pro-PKR. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia. Kelima Belas: Nasharuddin Hashim (bekas PKR). Ada sesiapa yang masih ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersamanya. Beranikah beliau bertanding di DUN Bota lagi? Tidak mungkin..... kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus berpaling tadah. Keempat Belas: Osman Jailu (bekas PKR). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliaulah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada peralihan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Ketiga Belas: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam proses peralihan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Pembangkang yang diterajui Menteri Besar, Nizar Jamaluddin. Behrang juga ingat pada bekas Posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Kedua Belas: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati PKR. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang hasil bantuan BN. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi. Kesebelas: M Saravanan (MIC). Beliau dianggap sebagai "pesuruh" kepada Samy Vellu. Seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3,000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, calon PKR dijangka menang. Kesepuloh: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan Timbalan Pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau dikhabarkan sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC di kalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan di akar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau di Segamat! Kesembilan: K Devamany (MIC). Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihan raya lepas. Tetapi, Cameron Highlands sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 penggal, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasuki politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau di mana pengundi juga telah berasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highlands (jika dicalonkan)- tiada keraguan mengenai itu. Kelapan: Khairy Jamaluddin (UMNO). Graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Dato' Mukhriz Tun Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy dijangka menghadapi laluan sukar. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau (mantan PM) yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Ketujuh: Leo Gwo Burne (PKR). Beliau menjadi popular setelah skandal pita ‘correct, correct, correct.... Lingam'. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah dihadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana kononnya mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak 'tidak bijak' dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah teruk di Kelana Jaya. Keenam: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO). Bekas Menteri Dalam Negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Beliau juga yang bertanggungjawab dalam menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew di bawah ISA pada 2008. Beliau dijangka kalah di Kota Tinggi. UMNO juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding. Kelima: Chua Soi Lek (MCA). Adakah Presiden MCA ini menjadi calon pada pilihan raya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi keperibadian Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus mendesak Pengerusi BN sehingga dijangka membenarkan beliau bertanding. Malang untuk beliau, sama ada pengundi kaum Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan kemarahan orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau serta video seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Sememangnya rakyat Malaysia terutama pengundi kaum Cina mengatakan TIDAK kepada Soi Lek. Keempat: P Kamalanathan (MIC). Kepada kepercayaan kaum India beragama Hindu,Ketua Penerangan MIC ini dilihat telah melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau dilihat sebagai "hamba". Adalah diyakini bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di kawasan di mana pengundi India menjadi faktor penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN jika bertanding di Hulu Selangor lagi. Ketiga: Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas atas tiket UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada di Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat kerana dianggap "rasis". Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja dan dipuji oleh orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti "pelawak". Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihan raya kelak. Semua pengundi Bukan Melayu dan Ultra-Melayu sudah muak dengan beliau. Kedua: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Yang dimaksudkan adalah Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah. Kini Shahrizat dilihat sebagai "liabiliti besar" kepada UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia. Apa pun beliau telah mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRU 13. Satu keputusan bijak dan rahmat untuk UMNO. Pertama: Calon yang paling tidak mampu menang merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Perak terutama penyokong Pakatan Pembangkang – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan peralihan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali bertanding dan menagih undi di sana. Beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia. Note: This is merely a 'Political Estimate'......kuasa masih di tangan para pengundi.

Tuesday 9 April 2013

PRU 13: Pengumuman Rasmi Tarikh Penting

Pada 10 April 2013 jam 1236, pihak SPR melalui Sidang Media telah mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti berikut: Pertama. Writ pilihan raya akan dikeluarkan pada 11 April 2013. Dua. Notis pilihan raya 12 April 2013. Tiga. Hari Penamaan Calon pada 20 April 2013 (Sabtu). Empat. Hari Mengundi Awal pada 30 April 2013. Lima. Hari Pembuangan Undi pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tempoh berkempen bagi semua parti bertanding adalah selama 15 hari. Tunaikanlah tanggungjawab dan hak anda sebagai pengundi dengan bijaksana bagi menentukan kerajaan memerintah demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Selamat Mengundi........!!!

TAKTIK TERDESAK PEMBANGKANG......!!!

Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.Tetapi,inilah yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang (PP) iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir,untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Dato' Sri Najib.Jelas sekali yang PP cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini,telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.Akibatnya,Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato' Sri Najib,yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.Ketakutan pembangkang terhadap Dato' Sri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.Malang bagi pembangkang,kesungguhan mereka menyerang Dato' Sri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.Malah,rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato' Sri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato' Sri Najib tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’,serta percaya bahawa Dato' Sri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda. Namun,semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato' Sri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13 ??? Untuk makluman,perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PP.Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang,bahawa begitulah sewajarnya,iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara,mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.Buktinya,beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam pilihan raya.Maka,bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.Lebih pelik lagi,modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato' Sri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.Berdasarkan apa yang berlaku ini,apa yang cuba digambarkan oleh PP iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato' Sri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.Lebih-lebih lagi,apabila PP turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP,ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.Secara logiknya,apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PP.Kenapa PP perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat ??? Akhir sekali,kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia,selain Dato' Sri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.

Senarai Calon Parlimen Pakatan Pembangkang (Dikemaskini pada 10 April 2013)

Perlis (3 kerusi) P 001 - Padang Besar -Azamhari Mahmood (PAS) P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS) Kedah (15 kerusi) P 004 - Langkawi - To Be Confirmed-TBC (KEADILAN) P 005 - Jerlun - TBC (PAS) P 006 - Kubang Pasu - TBC (PAS) P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang) P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang) P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN) P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN) P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS) P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang) P 013 - Sik - TBC (PAS) P 014 - Merbok – Nor Azrina Surip@Nurin Aina (KEADILAN) P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang) P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS) P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN) P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang) Kelantan(14 kerusi) P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang) P 020 - Pengkalan Chepa - TBC (PAS) P 021 - Kota Bharu - TBC (PAS) P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan) P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan) P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS) P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS) P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan) P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood Nik Hassan (KEADILAN - belum diumumkan) P 028 - Pasir Puteh - TBC (PAS) P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan) P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan) P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang) P 032 - Gua Musang - TBC (PAS) Terengganu(8 kerusi) P 033 - Besut - TBC (PAS) P 034 - Setiu - TBC (PAS) P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS) P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS - belum disahkan) P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang) P 038 - Hulu Terengganu - TBC (PAS) P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS) P 040 - Kemaman - (KEADILAN) Pulau Pinang (11 kerusi) P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) P 042 - Tasek Gelugor - TBC (PAS) P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang) P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang) P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang) P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang) P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti) P 048 - Bukit Bendera - Koay Teng Hai (DAP - bertukar dari DUN Pulau Tikus - belum disahkan) P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan) P 050 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang) P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang) P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Sin (KEADILAN) P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN) Perak(24 kerusi) P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan) P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan) P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS) P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang) P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN) P 059 - Bukit Gantang - TBC (PAS) P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang) P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN) P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang) P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum diumumkan) P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su ( DAP - bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan) P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan) P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (DAP - bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan) P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim ( PAS - bertukar dari DUN Titi Serong) P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang) P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS) P 070 - Kampar - TBC (PAS) P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang) P 072 - Tapah - TBC (KEADILAN) P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN) P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (KEADILAN) P 075 - Bagan Datoh - TBC (KEADILAN) P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang) P 077 - Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (KEADILAN - belum diumumkan) Pahang(15 kerusi) P 078 - Cameron Highlands - TBC (DAP) P 079 - Lipis - TBC (KEADILAN) P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP) P 081 - Jerantut - TBC (PAS) P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN) P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang) P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN) P 085 - Pekan - Fariz Musa / Mohamad Bukhairy Sofian (KEADILAN / Gerakan Mahasiswa 13 - belum disahkan dan diumumkan) P 086 - Maran - TBC (PAS) P 087 - Kuala Krau - TBC (PAS) P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS) P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP) P 090 - Bera – (PAS) P 091 - Rompin - TBC (PAS) Selangor(22 kerusi) P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN) P 093 - Sungai Besar - TBC (PAS) P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan) P 095 - Tanjong Karang - TBC (PAS) P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang) P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang) P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang) P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang) P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN) P 101 - Hulu Langat - TBC (PAS) P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang) P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang) P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan) P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang) P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang) P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang) P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang) P 109 - Kapar - TBC (KEADILAN) P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang) P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang) P 112 - Kuala Langat - TBC (KEADILAN) P 113 - Sepang - TBC (PAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi) P 114 - Kepong - Dr Tan Seng Giaw (DAP-penyandang - belum disahkan) P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang) P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN) P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang) P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN) P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS) P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang) P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang) P 122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP - penyandang) P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang) P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang) P 125 - Putrajaya - Husam Musa ( PAS - kekal bertanding di DUN Salor - belum diumumkan) P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin / Hadnan Mohammad (KEADILAN/PAS - belum disahkan) Negeri Sembilan(8 kerusi) P 126 - Jelebu -Aiman Atirah Al Jundi (PAS-belum disahkan) P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS) P 128 - Seremban - John Fernandez (DAP - penyandang) P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan) P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang) P 131 - Rembau - TBC (KEADILAN) P 132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan) P 133 - Tampin - TBC (PAS) Melaka(6 kerusi) P 134 - Masjid Tanah - TBC (PAS) P 135 - Alor Gajah - TBC (DAP) P 136 - Tangga Batu - TBC (KEADILAN) P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN) P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang) P 139 - Jasin - TBC (KEADILAN) Johor(26 kerusi) P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN) P 141 - Sekijang – Julailey Jemadi (KEADILAN) P 142 - Labis - TBC (DAP) P 143 - Pagoh -TBC (PAS) P 144 - Ledang – Hassan Karim (KEADILAN) P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang) P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN) P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan) P 148 - Ayer Hitam - TBC (PAS) P 149 - Sri Gading – Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN) P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN) P 151 - Simpang Renggam - TBC (PAS) P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera) P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN) P 154 - Mersing - TBC (PAS) P 155 - Tenggara - TBC (PAS) P 156 - Kota Tinggi - Onn Jafar (PAS - belum disahkan) P 157 - Pengerang - Anis Afida Azli (PAS - belum diumukan) P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN) P 159 - Pasir Gudang – Dr Ahmad Faidi (KEADILAN) P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN) P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian) P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur) P 163 - Kulai - M Kulasegaran (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Barat - belum disahkan) P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan) P 165 - Tanjong Piai - TBC (DAP) Sabah(25 kerusi) P 167 - Kudat - Musalim Tanjul (KEADILAN) P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau (KEADILAN) P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi (KEADILAN) P 170 - Tuaran – Ansari Abdullah (KEADILAN – belum disahkan) P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan) P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang) P 173 - Putatan - Mazhry Nasir (KEADILAN - belum disahkan) P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan) P 175 - Papar - TBC (KEADILAN) P 176 - Kimanis -TBC (KEADILAN) P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN) P 178 - Sipitang - TBC (KEADILAN) P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN) P 180 - Keningau - TBC (KEADILAN) P 181 - Tenom -Datuk Halik Zaman (KEADILAN - belum disahkan) P 182 - Pensiangan - TBC (KEADILAN) P 183 - Beluran - TBC (KEADILAN) P 184 - Libaran - TBC (KEADILAN) P 185 - Batu Sapi - Zainuddin Hassan (KEADILAN - belum disahkan) P 186 - Sandakan - TBC (DAP) P 187 - Kinabatangan - TBC (KEADILAN) P 188 - Silam - TBC (KEADILAN) P 189 - Semporna - TBC (KEADILAN) P 190 - Tawau - TBC (DAP) P 191 - Kalabakan - TBC (KEADILAN) Sarawak(31 kerusi) P 192 - Mas Gading - TBC (KEADILAN) P 193 - Santubong - TBC (KEADILAN) P 194 - Petra Jaya - Ahmad Nazib Johari (KEADILAN - belum disahkan) P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa) P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP - belum disahkan) P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN) P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN) P 199 - Serian - TBC (KEADILAN) P 200 - Batang Sadong - TBC (PAS) P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN) P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN) P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN) P 204 - Betong - TBC (KEADILAN) P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian) P 206 - Tanjong Manis - TBC (KEADILAN) P 207 - Igan - TBC (KEADILAN) P 208 - Sarikei - TBC (DAP) P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN) P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN) P 211 - Lanang - TBC (DAP) P 212 - Sibu - Alice Lau (DAP - belum disahkan) P 213 - Mukah - TBC (KEADILAN) P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN) P 215 - Kapit - TBC (KEADILAN) P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN) P 217 - Bintulu - TBC (DAP) P 218 - Sibuti - Dr Michael Teo (KEADILAN - belum disahkan) P 219 - Miri - TBC (DAP) P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN) P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan) P 222 - Lawas - TBC (KEADILAN) Nota : Senarai ini belum muktamad melainkan sudah disahkan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing. Merapusakan.blogspot tidak bertanggungjawab jika ada kesilapan kerana senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.