Friday 26 April 2013

Janji PAS: "Indah Khabar Dari Rupa"

PAS berjanji akan menubuhkan Majlis Perundingan Agama bagi mengelak perselisihan pendapat mengenai agama antara rakyat berbilang kaum. Isu ini juga tidak berbangkit kerana sehingga kini belum ada keperluan mengenainya (tiada konflik agama). Sebenarnya bukan Majlis Perundingan yang ditubuhkan PAS sebaliknya Kelantan kini dibanjiri tokong Buddha gergasi di Tumpat dan Bachok. Kelulusan pembinaan itu dikatakan dibuat demi menjaga hubungan PAS dengan kaum Cina dan Siam di negeri Kelantan dan yang peliknya PAS hanya membina sebuah masjid sahaja sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan. Inikah cara dan gaya sebuah parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam mentadbir. Pada pilihan raya 1999 pula PAS berjanji akan memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti. Bagi PAS isu bekalan air bersih tidak berbangkit kerana sehingga kini majoriti rakyat sudah mendapat bekalan air bersih yang berkualiti namun PAS lupa bekalan air bersih itu diperoleh hasil bantuan dan peruntukan jutaan ringgit daripada kerajaan pusat. Tanpa bantuan dan peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang terbabit rakyat Kelantan sudah pasti gagal menerima bekalan air bersih seperti yang dijanjikan oleh kerajaan PAS. Kegagalan demi kegagalan PAS membuatkan rakyat mula muak. Pada pilihan raya umum 2004, PAS menerima kejutan besar aopabila rakyat mula sedar dan memilih calon BN sebagai wakil mereka, akibatkannya PAS hanya menang lebih satu kerusi berbanding BN. Namun tsunami politik pada 2008 membolehkan PAS memenangi majoriti kerusi dengan hanya 6 kerusi dimenangi oleh BN. Kemenangan itu tidak banyak bezanya kerana PAS tetap gagal melaksanakan manifestonya. Pada tahun 2009, hudud dan qisas langsung sudah tidak disebut di hadapan khalayak umum sebaliknya yang disebut adalah mendidik masyarakat untuk memahami hudud dan qisas dan kemudian menerimanya dengan rasa senang walhal lebih 30 tahun dahulu, ayat yang sama juga telah disebutkan oleh Presiden UMNO pada ketika itu dan diulang semula pada tahun 1996 oleh Tun Dr.Mahathir. Pada pilihan raya 2008, PAS sekali lagi melancarkan manifesto yang sama iaitu "Membangun Bersama Islam" yang kononnya Kelantan telah menerajui perubahan dan mendahului negeri-negeri lain di Malaysia sedangkan pada hakikatnya semua itu hanyalah mimpi semata sebaliknya rakyat Kelantan terus terpinggir dibelenggu kemiskinan manakala orang mudannya pula berhijrah keluar dari Kelantan untuk mencari pekerjaan. Hakikatnya, PAS hanyalah mengaburi mata rakyat dengan menggunakan Islam sebagai alat. PAS bangga apabila dapat melaksanakan pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah: Memulakan majilis rasmi dengan Al-Fatihah dan menutupnya dengan bacaan surah Al-Asri dan tasbih kaffarah dan bekerja lima hari seminggu; MPKB- Bandar Raya Islam dengan menyatakan Kelantan negeri pertama yang mempoloporinya tanpa sedar di negeri lain juga perkara ini sudah lama dipraktikkan. Janji PAS untuk memajukan pengajian Tahfiz Al- Quran yang diiktiraf oleh Universiti Shubra Mesir, Pusat Pengajian Pondok dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sehingga mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar Mesir serta pendidikan bersepadu (sains Islam) sehingga berjaya melahirkan pelajar cemerlang di peringkat Malaysia pada pilihan raya 2008 juga tidak dilaksanakan sebaiknya kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah pondok dan pusat pengajian tahfiz tidak disediakan dengan sempurna. Janji PAS untuk terus menerajui perubahan dalam melaksanakan prinsip ‘pembangunan Islam’ berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan BN juga hanyalah angan-angan kosong umpamanya janji untuk menaikkan taraf dan peranan masjid, memakmurkan masjid, menaikkan elaun Imam dan kakitangan masjid tidak juga dilaksanakan. PAS hanya membina sebuah sahaja masjid berkonsepkan tamadun Cina di Rantau Panjang. Jika benar PAS ingin mengimarahkan, memakmurkan masjid sudah tentu masjid-masjid yang sedia ada mendapat manfaatnya serta banyak masjid baru dibina tetapi yang berlaku sebaliknya. PAS juga gagal memberikan hak untuk semua kaum seperti yang dijanjikan untuk melantik Penghulu Kaum mewakili masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli, tanah untuk Orang Asli dan kebebasan dalam amalan beragama dan kebudayaan. Memperkenalkan sistem mata wang dinar dan dirham merupakan antara impian yang telah PAS laksanakan di negeri ini. Namun pelaksanaan itu tidak memberikan kelebihan kepada semua rakyat sebaliknya hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Tambahan pula, pelaksanaan dinar dan dirham yang diperkenalkan PAS tidak mempunyai sistem yang terancang. Pada masa yang sama Pas juag telah menguar-uarkan kepada rakyat yang kononnya selama lebih 18 tahun memerintah kerajaan PAS Kelantan telah berjaya menurunkan kadar jenayah dan masalah sosial tetapi jika dilihat kepada statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa, Kelantan menduduki tempat ketiga tertinggi melibatkan gejala sosial seperti rogol, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Malah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Negeri juga dikatakan terlibat di dalam kes melarikan anak dara orang dan berkahwin di sempadan. Jika inilah keadaannya apa yang perlu PAS banggakan? Paling hebat PAS berjanji untuk mengagihkan kekayaan sama rata kepada rakyat tetapi apa yang berlaku sebaliknya. PAS hanya menambahkan kekayaan kroni-kroninya sahaja. Selain itu PAS juga tidak lari dari terbabit dengan kes rasuah biarpun lantang menuduh lawannya mengamalkan rasuah. Sesungguhnya PAS Kelantan gagal melaksanakan janji manifesto yang telah dibuat terhadap rakyat termasuklah pembinaan keluarga berteraskan konsep "Al-mawaddah"(kasih sayang) dan "As-sakinah"(ketenangan) melalui pelaksanaan "Baitul al-mawaddah" ke arah melahirkan wanita Kelantan yang sempurna sifat keibuannya. Janji PAs untuk membina pusat usahawan kepada belia dan beliawanis di negeri ini juga dilihat hanyalah umpan untuk memancing undi kerana sehingga kini pusat tersebut tidak pernah terbina. Perancangan untuk membina bandar yang berkonsepkan bandaraya Islam, bandar satelit di Pasir Tumbuh, Bandar Baru Dabong dan Bandar Baru Pulai Chondong, pelaksanaan ciri-ciri bandar Islamik ke setiap jajahan dan Gua Musang sebagai pusat ilmu tidak dilaksanakan. Janji PAS untuk menjadikan Bachok sebagai bandar pelancongan Islam juga gagal sebaliknya PAS hanya menaikkan ‘banner’ untuk memberitahu rakyat tanpa menyediakan pelan perancangan khusus untuk melaksanakannya. Dari segi ekonomi PAS berjanji untuk membangunkan industri IKS yang dianggap sebagai penggerak ekonomi moden negeri Kelantan dengan menyediakan bantuan, insentif khas, pengecualian cukai pintu dan khidmat penyampaian. Hakikatnya bantuan tersebut bukan disediakan oleh PAS sebaliknya bantuan diperolehi golongan terbabit daripada agensi berkaitan di bawah peruntukan yang disediakan kerajaan pusat. Impian PAS untuk membangunkan Bandar Baru berkonsepkan ‘bandar untuk semua’; rakyat berpeluang memiliki ekuiti (harta) atas projek yang dimajukan dan bagi yang terlibat dengan pengambilan tanah, 50 peratus bayaran pengambilan boleh dilaburkan ternyata gagal. Buktinya ia terjadi kepada penduduk di kawasan Lembah Sireh apabila tanah-tanah mereka dibeli dengan harga yang murah dan mereka hilang hak. PAS bukan sahaja gagal membangunakan ekonomi penduduk tetapi juga gagal dalam merancang perbangunan pertanian seperti projek ladang depu, penanaman pokok jarak, jagung manis dan memajukan industri hiliran yang akan meningkatkan ekonomi petani luar bandar dan projek Halal Hub sebagai pusat pertumbuhan dan pemasaran pelbagai produk makanan halal negeri. PAS juga gagal melaksanakan penubuhan Darul Niswah yang merupakan pusat sehenti untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan kemajuan sosio-ekonomi melalui program "Cakno Wanita Kelantan". Janji PAS untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah melalui skim pemilikan tanah untuk lot kediaman terutama kepada rakyat miskin juga dilihat tidak berjaya sepenuhnya kerana ia hanya menguntungkan kroni sahaja. Pembalakan dan penerokaan haram yang dikatakan akan dibendung juga gagal sebaliknya ia terus berlaku secara berleluasa terutama di Gua Musang dan Lojing. Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dari segi kebajikan rakyat miskin, termasuk mendahulukan bayaran premium bagi peserta yang layak yang dijanjikan PAS juga tidak jelas kerana yang mendapat manfaat daripada program itu tidak diberikan secara telus. Selain itu, PAS juga mengalamai masalah melaksanakan projek kayu gaharu, kambing jamnapari dan menyelesaikan masalah membabitkan peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis. Kesimpulannya, PAS hanya menggunakan janji manis untuk memperdayakan rakyat terutama di negeri Kelantan dan kelemahan pentadbiran PAS yang berpunca dari kelemahan pimpinan terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi punca kegagalan pentadbiran PAS dalam melaksanakan manifestonya. Yang peliknya, sempena PRU13 ini juga PAS bagaikan "muka tembok" dengan janji-janji baru. Apakah rakyat terutama pengundi di Kelantan rela ditipu lagi oleh PAS? Pendek kata, segala janji PAS - Indah Khabar Dari Rupa.

No comments:

Post a Comment