Monday 30 December 2013

Siasat Gereja Lokasi Perhimpunan Gulingkan Kerajaan.......!!!

Polis disaran supaya menyiasat laporan menyebut sekurang-kurangnya sepuluh buah gereja sekitar Kuala Lumpur yang didakwa bakal dijadikan tempat berkumpul peserta perhimpunan Gulingkan Kerajaan menuju ke Dataran Medeka pada 31 Disember ini. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam blog rasminya berkata, risalah yang tertera lokasi beberapa buah gereja itu mengajak orang ramai khususnya penganut Kristian berkumpul sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka mula tersebar di beberapa laman sosial.“Saya harap polis segera lakukan siasatan, perkembangan itu amat serius, seolah-olah memberi gambaran akan berlaku pertembungan antara agama khususnya membabitkan penganut Kristian,” tegasnya. Berdasarkan perkembangan itu, beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan haram yang dirancang pada 31 Disemberi ini mempunyai agenda untuk mencetuskan kekacauan dan perbalahan antara kaum. Beliau bimbang perhimpunan haram yang kononnya membantah kenaikan harga barangan akan bertukar menjadi keganasan dan pertembungan antara etnik dan agama yang boleh meletakkan situasi keselamatan negara dalam keadaan kacau bilau. Katanya, kumpulan tidak bertanggungjawab itu dipercayai cuba memainkan sentimen kaum dengan mendakwa sudah sampai masanya orang Melayu dihalau keluar daripada negara ini dan kuasa pemerintahan perlu bertukar tangan.“Saya khuatir perkembangan itu ada anasir-anasir tidak bertanggungjawab cuba melakukan kegiatan subversif untuk mencetuskan pertelingkahan antara umat Islam dengan bukan Islam,” tegasnya. Sehubungan itu, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas bagi memastikan tidak ada kumpulan pelampau termasuk penerapan ideologi komunis untuk merampas kuasa secara yang bertentangan dengan undang-undang. Syed Ali seterusnya mahukan pihak gereja di Malaysia supaya memberi penjelasan sejauh mana pembabitan mereka dengan kumpulan yang cuba mencetuskan kacau bilau menerusi perhimpunan Gulingkan Kerajaan pada 31 Disember ini.“Mereka kena berikan penjelasan secara terbuka, sama ada benar atau sebaliknya penyebaran risalah kononnya sekurang-kurang 10 buah gereja dijadikan lokasi berkumpul pada hari tersebut,” tegasnya. Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya tidak terperangkap dengan percaturan politik puak pelampau yang didalangi parti-parti pembangkang yang cuba meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. “Saya minta orang Melayu dan seluruh umat Islam supaya jangan membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh puak pelampau dan pembabitan gereja Kristain dilihat sebagai satu perkembangan yang amat serius terhadap masa depan umat Islam di Malaysia,” katanya. Tambah beliau, orang Melayu sepatutnya bersatu dan menguatkan perpaduan bagi memastikan tidak ada elemen penjajahan dalam bentuk baru terhadap rakyat dan negara ini.“Cukuplah dengan penderitaan orang Melayu dan umat Islam ketika di jajah oleh British dan penaklukan Jepun, kita bimbang penjajahan versi baru bermula dengan perhimpunan haram dengan menjadikan agama sebagai sentimen untuk memporak-perandakan negara ini,” tegasnya. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar sikap PAS dan PKR yang akan turut serta pada perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan mereka kepada penganjur perhimpunan Gulingkan Kerajaan. Katanya, kesediaan PAS berbuat demikian amat memalukan kerana selama ini parti itu mendakwa memperjuangkan kepentingan umat Islam tetapi kerana agenda politik mereka sanggup bersubahat dengan kumpulan pelampau. “PAS sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat kerana kepentingan politik dan jika sahih adanya pembabitan pihak gereja dalam perhimpunan tersebut, PAS dicabar tampil menyatakan pendirian mereka,” tegasnya. Syed Ali bagaimanapun berkata, PKR terutama Penasihat umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mahu sitauasi politik negara berada dalam keadaan tidak terkawal bagi membolehkan beliau untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik. “Pembabitan Anwar dalam beberapa siri perhimpunan haram sebelum ini sudah jelas, beliau mempunyai hubungan dengan pihak asing, perbuatan sedemikian merupakan sifat pengkhianat yang harus ditolak oleh rakyat,” jelasnya. Beliau juga mahu pihak berkuasa melakukan pemantauan terhadap laman-laman sosial seperti facebook yang dimuat turun dengan laporan menghasut dan mengajak rakyat menyertai perhimpunan Gulingkan Kerajaan 31 Disember ini.

Perhimpunan Gulingkan Kerajaan.......!!!???

Cakap berdegar-degar dalam Facebook. Ceramah pun terpekik-pekik dan penuh semangat, macam dia seorang sajalah yang boleh pegang pedang, boleh terajang orang dan boleh lastik kepala musuh. Tapi bila pihak berkuasa tangkap seorang penganggur berusia 25 tahun di Saratok, Sarawak, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II kerana menghasut orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan, dia terus kecut perut dan memadamkan kesemua posting-postingnya yang berkaitan dengan gulingkan kerajaan. SYED HUSAIN SOLAHUDDIN BIN SYED HASAN, 22 tahun, yang sebelum ini cukup garang dalam Facebook dan Twitter, namun telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis. Turut menemaninya adalah Abdul Khalil bin Abdul Hadi, Timbalan DPP Pusat yang juga merupakan anak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Ahmad Amzad bin Hassim, Pengerusi GANTI dan beberapa orang ahli GANTI yang lain. Selesai membuat laporan polis, satu sidang media telah dibuat di wakaf Balai Polis Kuala Terengganu. Tukang bercakap adalah Abdul Khalil dan Ahmad Amzad. Dalam sidang media, GANTI menafikan risalah-risalah Guling Kerajaan yang sedang disebarkan di serata Kuala Terengganu, tidak ada kena-mengena dengan mereka. Konon-kononnya GANTI atau Gabungan Anak Terengganu Insaf ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan masalah masyarakat seperti SABASUN dan lain-lain. GANTI juga merupakan sebuah pertubuhan yang amat berat masalah masyarakat. Kata mereka lagi, perhimpunan yang dibuat pada 31 Disember 2013 nanti adalah secara lembut dan sopan yang mana bertujuan bagi menyampaikan masalah masyarakat khususnya masalah kenaikan harga barangan keperluan. Laporan polis dibuat berhubung risalah yang menggunakan nama GANTI di laman-laman web Facebook dan juga dilekatkan sekitar bandar Kuala Terengganu. GANTI dikatakan tidak pernah menyeru rakyat untuk menggulingkan kerajaan dan juga tidak pernah menggunakan topeng untuk melakukan demonstrasi. Penyebaran risalah itu juga dikatakan fitnah oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama GANTI. Syed Solah telah diminta membuat laporan polis kerana dalam risalah tersebut ada namanya. Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam risalah tersebut bukanlah nombor telefonnya. Paling menarik ialah apabila Syed Solah dikatakan telah difitnah yang mana dikatakan telah menyertai PAS dan menubuhkan pertubuhan untuk menggulingkan kerajaan. Ternyata, Angoh Blurs yang cukup hebat dalam Facebook, sedang dilanda ketakutan yang teramat sangat sampai perlu menafikan yang dia adalah ahli PAS. Posting-posting yang berkaitan dengan rancangan menggulingkan kerajaan, semuanya dipadamkan. Dan kemudian, bagi menimbulkan kekeliruan, segera membuat laporan polis kononnya, difitnah. Bukankah sebelum ini Angoh Blurs cakap polis dan Cawangan Khas takut terketar-ketar macam orang nak ke tali gantung? Takkan orang yang kata orang lain takut, dia pula yang terpaksa buat laporan polis dan berkata semua itu fitnah? Apapun, Matmerapu menyeru dan menasihati rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu serta janganlah sekali-kali terlibat atau menyokong perhimpunan gulingkan kerajaan.....!!!

Sunday 29 December 2013

Perhimpunan 31 Disember 2013......!!!???

Seteruk mana pun kerajaan yang ditadbir dan diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, pada pendapat Matmerapu, ini semua tidak seharusnya berlaku sehinggakan mengajak orang ramai untuk buat perhimpunan semata mata hendak gulingkan kerajaan...Terlupakah kita dengan kejadian di luar negara yang buat perhimpunan gulingkan kerajaan?? Apa yang terjadi kepada mereka?? Apa yang terjadi kepada anak kecil?? Pada pendapat Matmerapu, tidak sesuai lah... Matmerapu tidak nafikan dengan kenaikan harga barang, sedikit sebanyak menyebabkan ramai orang naik angin... Tapi berhati hati dengan kenyataan berbaur hasutan...Polis masih memberi peluang kepada pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, identiti individu berkenaan sudah dikenalpasti. “Kita akan buru dia jika dia enggan menyerah diri,” katanya.

31 Dis 2013: Perhimpunan Gulingkan Kerajaan........!!!???

Matmerapu harap agar PDRM mengambil tindakan tegas dan keras mengikut peruntukan perundangan ke atas semua pihak yang menghasut, menganjur dan terlibat dalam Perhimpunan Gulingkan Kerajaan pada 31 Dis 2013 yang dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Monday 23 December 2013

Demonstrasi Malam Tahun Baru: Inisiatif & Hasutan Pembangkang.......!!!???

Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan para penyokong mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu. Yang menghairankan, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas Pakatan Pembangkang(PP) gagal merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses PRU13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan. Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya gagal mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini. Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga gagal memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang. Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut. Tidak lama selepas itu, mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan. Namun rata-rata di kalangan rakyat seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang, apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi. Pada satu ketika, beliau meminta agar sistem demokrasi itu ditolak, namun dalam masa yang sama beliau tetap mengangkat sumpah. Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Terbaru, PP mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Namun, program yang diadakan itu sekali lagi gagal mendapat sambutan. Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, PP nampaknya telah mula belajar dari kesilapan. Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru. Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api. Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu gagal mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran. Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini. Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai. Matmerapu menyeru agar rakyat tidak terlibat dalam sebarang himpunan anjuran PP terutama malam tahun baru.

Anwar: Cubaan Merasuah RM300,000........???

Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM300,000 agar tidak membantu peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu. Dakwanya, tawaran tersebut dibuat melalui orang tengah di tempat letak kereta di Kelab Selangor, dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan pihak tertentu jika beliau membantu Muhammad Shafee berikutan banyak maklumat sulit pasukan peguam bela Anwar masih dalam pengetahuannya. Yakin dengan pendedahan itu, Yuktes menerusi kenyataannya di portal http://www.anwaraidc.com dengan tajuk 'Pendedahan Eksklusif: Anwar Ibrahim & Kes Liwat II-Yuktes Vijay' mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Sunday 22 December 2013

Dakwaan Pembangkang Mengenai GST Tidak Berasas.......!!!

Dakwaan pembangkang mengenai perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membebankan rakyat tidak berasas dan hanya sekadar bersifat menentang setiap rancangan kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata dakwaan tersebut akan menjadi tidak relevan apabila cukai tersebut dilaksanakan pada April 2015. “Saya melihat peranan pembangkang ini hanya menentang pembangunan dan rancangan oleh kerajaan yang mana akhirnya pembangunan ini mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Menteri Kewangan Kabinet Malaysia menyatakan - “Mereka (pembangkang) menentang pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lebuhraya Utara-Selatan, Putrajaya, KLCC dan sebagainya. Tapi sekarang, adakah mereka masih menetang projek-projek ini? “Jadi apa yang penting pada saya, jika dia (pembangkang) mahu bising, bisinglah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia". Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran sebuah buku oleh Pakatan Pembangkang yang bertajuk “Faham GST, tolak GST” yang dikhuatiri bakal mengelirukan rakyat mengenai perlaksanaan sistem percukaian tersebut. Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Husni menyatakan rasa bimbangnya mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera yang masih rendah, iaitu hanya pada tahap 23.5 peratus pada 2012. Sehubungan itu, beliau menyeru para peserta seminar itu mengambil peluang membincangkan beberapa langkah berkaitan bangsa dan kaum Bumiputera dalam proses peralihan ekonomi negara. “Jika kita ingin pemilikan kekayaan Bumiputera mencecah 30 peratus, adalah perlu kadar peningkatan kekayaan Bumiputera berkembang lebih laju dari kadar pertumbuhan pendapatan kasar Negara". “Natijahnya, jika bangsa kita terlalu bergantung kepada sektor kegiatan ekonomi bernilai rendah, di mana penciptaan kekayaannya kecil, maka peningkatan kekayaan bangsa Melayu tidak mungkin tercapai,” katanya. Ahmad Husni turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum bagi Pusat Antarabangsa Untuk Penyelidikan Wakaf, bagi membangunkan industri wakaf negara. “Wakaf di negara kita memang tidak diekploitasi secara keseluruhannya dan saya memang bersetuju kita wujudkan satu pusat penyelidikan dan antara lain, kita perlu ada pangkalan data mengenai lokasi tanah-tanah wakaf di Malaysia sekarang untuk perancangan pembangunannya". “Kita juga mestilah memikirkan bagaimana untuk mengadakan kolaborasi di antara negeri dan kerajaan pusat, disebabkan tanah-tanah wakaf ini diletakkan di bawah kelolaan kerajaan negeri,” katanya.

Isu GST: Pakatan Pembangkang Menghasut Rakyat.......!!!???

Satu tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Center pada 4 - 12 Disember menunjukkan 47 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan kekecewaan terhadap peningkatan kos sara hidup ketika ini. Merdeka Center juga mengesahkan jika isu GST dimainkan secukupnya oleh Pakatan Pembangkang(PP) terutama di kawasan kampung yang menjadi deposit kepada BN sudah pasti PP akan beroleh kejayaan pada PRU14 nanti. PP mengambil kesempatan selepas kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan gula, serta mengumumkan tarif elektrik dan yang lebih teruk lagi belum tol dinaikkan mereka sudah mencanang seluruh pelusuk negara. Tetapi yang menariknya Merdeka Center tidak pernah membuat kajian atau tinjauan di negeri-negeri diperintah oleh PP. Cuba sesekali buat tinjauan kehidupan rakyat khususnya orang Melayu selepas PP memerintah terutamanya di Pulau Pinang. Dengan kelulusan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015 menjadikan PP mempunyai isu yang agak besar untuk dimanipulasikan dan seterusnya menghasut rakyat terutama orang kampung. Menurut PP "Melayu bandar sudah menolak UMNO kerana hampir kesemua kaum cina sudah tidak mahu Melayu berkuasa lagi". Kini Melayu PAS dan PKR akan membawa isu GST ke kampung-kampung demi untuk mendapat sokongan daripada orang kampung. Justeru UMNO jangan terlalu selesa dengan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja tanpa penerangan yang jelas agar orang kampung tahu kedudukan yang sebenarnya. Matmerapu menyeru agar semua pihak membantu kerajaan dalam memberi penerangan jelas kepada rakyat terutama di kampong mengenai isu GST yang sedang dimanipulasi oleh PP.

Tuesday 17 December 2013

UMNO: Hentikan Budaya Mengampu.........!!!???

Setiap kali Perhimpunan Agong Umno kita pasti akan mendengar para ahli perwakilan UMNO bukan hanya setakat mampu berpantun tetapi mereka sering menjadikan pentas PAU sebagai pentas mengampu. Dengan harapan agar pemimpin atasan memandang tinggi kepada dirinya, senanglah nanti. Matmerapu teringat kata-kata hikmah Arab yang diterjemahkan berbunyi begini "Anda mempunyai upaya untuk membunuh mereka yang lengkap bersenjata, akan tetapi anda tidak akan berupaya membunuh mereka yang menyembunyikan senjata di bawah lidahnya". Ini bermakna kepintaran akal yang diluahkan melalui idea (lisan dan tulisan) dan tindakan terancang adalah lebih berkesan daripada sebarang senjata canggih. Para perwakilan sepatutnya menggunakan pentas PAU2013 untuk menengahkan masalah rakyat....kenapa masalah rakyat? kerana rakyatlah yang menjadikan UMNO masih relevan hingga ke hari ini. Tanpa rakyat terutama Melayu, UMNO akan pupus. Perwakilan sepatutnya membawa isu kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat terutamanya orang Melayu. Jika tarif elektrik naik sudah tentu harga barangan keperluan seharian akan naik juga. Kenaikan harga rumah yang terlalu mendadak juga merupakan satu masalah besar buat anak-anak muda yang bercita-cita untuk membeli rumah sendiri.Masalah penagihan dadah, budaya rempit, keciciran pendidikan dsb di kalangan anak-anak Melayu perlu dibahaskan.....!!!??? Rakyat khususnya orang Melayu menanti-nanti apakah yang UMNO akan umumkan sesuatu yang mampu mengembirakan umat Melayu atau PAU 2013 hanya bersifat syok sendiri. Perwakilan jangan hanya gah dipentas PAU 2013 sahaja apabila balik semuanya hilang begitu sahaja. Matmerapu mencadangkan agar PAU akan dating menjadi lebih menarik yang mampu 'membekukan' aktiviti harian orang Melayu kerana ingin memberi tumpuan penuh kepada ucapan dan perbahasan perwakilan UMNO dalam membela dan memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu.

Permasalahan Pakatan Pembangkang.......!!!

Matlamat politik DAP, PKR dan PAS ialah menguburkan UMNO-Barisan Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia. Mereka berusaha keras pada 1999, 2004, 2008 dan 2013 tapi terus gagal. Misi mereka kini ialah mencuba sekali lagi dalam PRU14 akan datang. Sejauh manakah realistiknya harapan parti pembangkang pada 2017-18? Ada yang percaya dengan prospek ini, ada juga yang tidak yakin. Melihat perkembangan semasa dan beberapa tahun akan datang, majoriti berpendapat kemungkinan besar pakatan pembangkang akan berkubur terlebih dahulu. Sejak sebelum PRU13 dan terutama selepas itu, ketiga-tiga parti pembangkang menghadapi masalah dalaman dan berkonflik sesama sendiri. Beberapa penganalisis berpendapat ada dua senario bakal membunuh harapan pembangkang: sama ada DAP, PKR dan PAS akan terus berkonflik sesama mereka atau berlaku konflik dalaman yang parah dalam parti masing-masing. Walaupun DAP, PKR dan PAS nampak bersepakat dalam beberapa perkara misalnya proses pilihan raya, kempen anti rasuah dan pemansuhan ISA, perbezaan ideologi dan pendapat dalam hal-hal asas masih terlalu besar dan tidak dapat disatukan. Apa yang disorok atau diselindungi pasti bersemburan juga akhirnya. Paling malang ialah PAS yang sanggup menggadaikan prinsip dengan mengetepikan penubuhan negara Islam dalam manifesto pilihan raya, namun DAP tetap menekan. Bukan setakat menyekat usaha PAS memperkenalkan perundangan Islam, DAP mahu parti politik berasas agama dibubarkan. Seperti dijangka, pemimpin PAS marah dan membantah keceluparan Karpal Singh yang mengemukakan cadangan itu, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sebagai anggota pakatan pembangkang yang bersetuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua, PAS tidak boleh buat keputusan atau ambil sebarang tindakan terhadap parti sekutu tanpa persetujuan Anwar. Ramai ahli PAS keliru kerana pemimpin mereka jelas tidak sekata. Dalam isu kalimah Allah, sekumpulan pemimpin PAS cakap putih, satu puak lagi cakap hitam. Dalam muktamar ke-59, kempen politik begitu hangat. Seorang pemimpin PAS yang tidak disokong satu puak dalam PAS berkata inilah kempen paling kotor pernah dilaluinya. Banyak fitnah, kata nista dan gambar jijik. Pemimpin DAP seperti Karpal dan Lim Kit Siang awal-awal ditolak ahli PAS. Tapi baru-baru ini, Karpal buat kenyataan orang tua seperti beliau dan Kit Siang perlu diberi jawatan jika pembangkang menawan Putrajaya. Andainya PRU14 diadakan pada 2018, Karpal akan berusia 78 tahun ketika itu, Kit Siang 77, Anwar 71, Abdul Hadi 71 dan Musyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat 87 tahun. Adakah mereka yang akan mengetuai kerajaan jika pembangkang menang? Kemelut dalam DAP juga tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, kekecohan ekoran pemilihan jawatankuasa eksekutif parti belum reda. Ahli DAP tidak percaya pemimpin mereka sendiri, terutama Lim Guan Eng. Kemelut yang serius sedang berlaku di Kedah, Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Ramai yang letak jawatan atau keluar parti. Ada yang bawa kes ke mahkamah, ekoran kegagalan proses mediasi, termasuk oleh Kit Siang. Masalah dalam DAP, dan antara DAP dengan PAS, dijangka akan jadi punca utama perpecahan pembangkang. Perkara ini pernah berlaku apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001 kerana membantah pendirian PAS berhubung hukum hudud dan negara Islam. PKR berperanan menjadi ‘gam’ antara DAP dan PAS. Namun, peranan ini semakin longgar kerana PKR sendiri mengalami kemelut yang serius. Konflik terbuka antara Anwar-Azmin Ali, Azmin/Zuraidah Kamaruddin-Tan Sri Khalid/Datin Seri Wan Azizah dan pelbagai kontroversi yang membabitkan Ketua Strategi Rafizi Ramli, Naib Presiden Nurul Izzah dan Faekah Husin menyebabkan ramai pemimpin dan ahli parti itu bosan dan kecewa. Sudah berpuluh-puluh pemimpin dan ribuan ahli yang telah meninggalkan parti ini. Pada mereka, PKR adalah parti tiada kredibiliti yang tidak menunaikan janji. Ia wujud hanya untuk dan kerana Anwar. Tidak ada Anwar, tiadalah PKR. Matmerapu menjangka bahawa pakatan pembangkang akan 'terburai' sebelum PRU14 akibat pelbagai permasalahan luaran dan dalaman parti masing-masing.

Monday 16 December 2013

Rusuhan: Pengajaran Dari Singapura.......!!!

Kira-kira 12 tahun lalu di Singapura apabila anak seorang Amerika, Michael Faye menyembur cat pada sebuah kereta secara main-main, dia dijatuhi hukuman berat – didenda setimpal dengan perbuatannya. Waktu itu Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton terus angkat telefon menghubungi Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong. Tetapi dijawab Chok Tong: “Jika Amerika Syarikat ada undang-undangnya, Singapura juga ada undang-undangnya.” Faye tetap didenda, sekali gus memperlihatkan ketegasan Singapura terhadap jenayah-jenayah berat, waima yang ringan sekali pun. Namun, Ahad lalu di Singapura berlaku kejadian tidak disangka-sangka. Kira-kira 400 pekerja dari Asia Selatan terlibat dalam rusuhan yang menyaksikan 25 kenderaan termasuk bas serta 16 kereta polis musnah serta dibakar manakala 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam cedera. Kumpulan perusuh mengganas setelah tersebar berita kematian seorang rakyat India dilanggar sebuah bas. Jika selama ini Singapura dianggap negara paling efisien – bersih dari sudut anti-jenayah, kemajuan tiada tolok banding serta penguatkuasaan undang-undang antara tersohor di dunia – rusuhan Ahad lalu merobek segala-gala imej republik itu. Sama ada kerajaan Singapura ‘terlepas pandang’ bibit-bibit sebelum insiden ini, itu persoalkan kemudian. Cuma daripada peristiwa ganas pekerja asing India dan Bangladesh di Little India, dekat Serangoon Road dan Race Course Road, Singapura itu, Malaysia sepatutnya beroleh satu perbandingan yang perlu diambil berat dari sudut perundangan, kesan ekonomi dan badan-badan antara kaum. “Apa yang berlaku di Litte India, Singapura itu satu pengajaran berguna kepada negara-negara jiran bagaimana majunya negara itu, masih ada ancaman terhadap sosio budaya dan politik. Dengan keadaan di Singapura, sekali gus tampak pekerja-pekerja asing ini apabila besar bilangannya tetap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. “Masa bilangannya kecil, mereka hormat dan beradab tetapi bila bilangannya besar seperti di Singapura, Malaysia juga tidak mustahil mendepani masalah ini,” Ancaman pekerja-pekerja asing di negara punca pencarian rezeki mereka bertambah berat dan serius apabila dibenarkan kelompok-kelompok kumpulan mereka ‘mengadakan dunia mereka sendiri’ seperti berhimpun. “Kalau di Singapura, selain Little India, ribuan warga Filipina juga berhimpun setiap Ahad di Lucky Plaza dekat Orchard Road, sampaikan anda sendiri kalau ke sana ‘sesak nafas’ dibuatnya,”. Apabila mereka ini mempunyai ‘perpekanan’ atau kawasan berhimpun secara sosial seperti di Serangoon Road dan Orchard Road, pihak berkuasa harus berwaspada dengan keadaan ini. “Di Ampang contohnya, sepertimana Ampang Point dan Ampang Park, apa yang nampak kelibat besar warga Nigeria dan (benua) Afrika pada hujung minggu sehinggakan negara ini nampak negara Afrika. “Bilangan mereka, apabila besar seperti mana di Singapura tempoh hari, mereka tidak takut, sanggup buat apa sahaja, sekali pun bertempur dengan polis. “Senario ini perlu dielakkan. Kaedah pencegahan perlu dicari dari sekarang. Juga, perlu berwaspada khabar-khabar angin bahawa sebahagian warga Bangladesh sudah ada MyKad palsu, selain ada laporan menunjukkan beberapa kumpulan pendatang dari Afrika memiliki dokumen-dokumen palsu,”. Mengambil teladan daripada rusuhan di Singapura,isu di Malaysia adalah berkaitan soal ketenteraman awam dan langkah-langkah pencegahannya. “Ini harus diwujudkan segera. Jika di Singapura pun yang sentiasa bersiapsiaga dengan penguatkuasaan anti-jenayah dan anti-rusuhannya yang cekap, apatah lagi dengan sistem kita,”. Justeru, bagaimana penyelesaiannya? Langkah-langkah berikut boleh diambil: Pertama: Di bawah tajuk pencegahan, wajar dilihat sudut penguatkuasaan, pemilikan kad pengenalan dan kad sah kerja di Malaysia. Setakat ini ‘check point’ mengejut jarang dilakukan. Dalam konteks ini juga, keperluan undang-undang pekerja asing perlu dibuat secara menyeluruh. Yang tersedia ada, masing-masing penguatkuasaan ‘berpecah’ di Kementerian Dalam Negeri, pihak kerajaan tempatan serta Kementerian Kesihatan (kesihatan pekerja). Tidak ada sistem menyeluruh bagi pendatang asing. Kedua: Tidak membenarkan mana-mana warga asing mengadakan perhimpunan besar-besaran secara riadah atau berkaitan urusan kerja. Bila berhimpun terlalu ramai, akan wujudlah kumpulan gengster dan ‘triad’. Ketiga: Operasi pencegahan ini wajar diumum dan dilaksanakan supaya tampak oleh masyarakat. Apa yang dikongsi hendaklah direnung bersama oleh pihak berkuasa dan kerajaan negara ini. Dengan bilangan berjuta pekerja asing selain bilangan yang haram pun belum dimuktamadkan angkanya, nisbah ini cukup besar. Dianggarkan terdapat 2.5 juta pekerja asing di Malaysia. Juga, harus dibuat sesuatu dengan meneliti niat warga asing berkahwin dengan warganegara Malaysia. Bila beranak-pinak, mereka kelak akan minta pula mahu menjadi penduduk kekal atau terus memperoleh taraf warganegara di bawah proses pendaftaran. Jika beribu-ribu warga asing buat begini, macam mana? Akibatnya, mereka akan bersaing pula dengan rakyat Malaysia dalam berebut faedah/kemudahan kesihatan, persekolahan, perumahan dan peluang pekerjaan. “Di Malaysia, kita mesti curiga terhadap pekerja asing. Kecurigaan ini perlu diterjemahkan dengan penguatkuasaan imigresen yang cekap. Bukan perkara memalukan jika rondaan dibuat setiap hari. Di KLCC misalnya, perlu dikerapkan rondaan semasa musim perayaan setiap tahun. Dalam konteks ini tidak salah dicadang diwujudkan latihan nasional supaya warga Malaysia sendiri berupaya mengambil peranan pekerja asing dalam sektor tertentu seperti pembantu rumah. “Ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan terhadap warga asing”.

Wednesday 11 December 2013

Growing Pains In DAP........!!!!

The DAP's electoral successes in the last two general elections have brought in a wave of younger professionals who are now driving the party, much to the chagrin of older members who are just about to taste the fruits of their long struggle for success. The tension between the old members and the professionals has led to two DAP assemblymen resigning from their political posts in the Malacca state assembly while another in Sabah quit the party recently. The leadership of Datuk Ngeh Koo Ham and his cousin, Nga Kor Ming, in Perak DAP is back in the spotlight after a moratorium in the run-up to the May 5 polls, while in Kedah, Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari's appointment as interim state chairman has led to party veteran and Johor chief Dr Boo Cheng Hau raising a storm. The spate of issues showed the DAP was in a quandary – how to deal with the gap between the expectations of the grassroots and the effect of the young professionals on the party’s leadership? Well,DAP had become more urban, elite and appeared to be moving away from its working class base. "When I say elite, I mean more educated and professional. If DAP wants to defend its urban turf made up of the middle class, they will continue to field professionals, those with good qualifications," this was where the conflict arose. In the 1960s, DAP was a party of the grassroots, where it championed the rights of hawkers, blue-collar workers and trade unions. Over the last two general elections, however, this has changed and DAP, which at one time used to contest up to 80 parliamentary seats, only contested in 51 seats, readily giving up the rural and semi-rural seats to be contested by their partners in Pakatan Pembangkang. The Lim Guan Eng factor, who preferred to field young professionals, but who are not necessarily from the grassroots. As such, senior members who held up the party in the past were feeling sidelined and were coming out to express their unhappiness. "This is not just unhappiness over one or two issues. They are simply not happy that they are sidelined. "They are concerned the party is not focussing, not prioritising and not recognising them, and instead those without experience and who have not been long in the party were given seats to contest in the recent polls,". The resentment among certain seniors was that the likes of Dr Ong Kian Ming, MP for Serdang, and Yeo Bee Yin, state assemblyperson for Damansara Utama, were chosen as candidates for GE13 although they had not been long in the party. "In any party, when new faces are introduced, there are bound to be reservations by senior leaders. Still,the current complaints by party seniors and leaders coming out of the woodwork was a sign that DAP was poised for an identity change. "If the old and new cannot find middle ground and unite, DAP will turn into a party for the elite. And the direction of the party will be determined by the wisdom of the party leadership,". DAP national chairman Karpal Singh, however, was not happy that party seniors were airing their grievances in the open, saying that they were damaging the good image of the party in the eyes of the public. "There are internal channels, they can always come to us, we are ready to listen," he said. Karpal also said that having been given a big mandate from the people in GE13, where DAP won 38 of the 51 parliament seats it contested, the public would not appreciate the open squabbles within DAP. Zairil echoed the views of his party chairman, saying that there was no need for state leaders to air dirty linen in public. He said in any party, there was bound to be unhappiness over the selection of candidates for a general election.

Siapakah Lebih Racist.....!!!???

Majoriti pembaca blog kini berbalas-balas komen mengenai racist. Pembaca Cina kata Melayu racist, pembaca Melayu kata Cina racist. Racist atau tidak racist sesuatu kaum itu bergantung kepada kepimpinannya ( dalam politik ). Sebelum PRU12 2008, isu ini tidak dimainkan, tetapi apabila pasca PRU13 permainan racist semakin menjadi-jadi, dan kesannya berterusan sehingga kini. Jika DAP tidak racist mengapakah sentimen racist dimainkan dalam PRU12 & 13. Dalam akhbar-akhbar Cina ditulis “…Undi calon Cina Sahaja!…” merujuk calon DAP sebab ia disuarakan oleh kepimpinan DAP. Kemudian kain rentang mereka berbunyi ” UNDI MCA BERMAKNA UNDI MELAYU”. Apakah ini bukan racist? DAP turut meminta Datuk Ahmad Ismail diambil tindakan kerana ceramahnya yang bersifat perkauman di Permatang Pauh. DS Najib sudahpun memohon maaf bagi pihak UMNO. Orang Melayu memanglah pemaaf. Tetapi kata-kata yang mengguris hati di atas adakah DAP akan memohon maaf. Ada orang pernah kata DAP sebagai Bapa Syaitan? Tidak pula DAP ambil tindakan! Sebabnya mudah, teori matematik ialah nak jaga hubungan Pakatan Rakyat maka diam je lah...., siapa double standard? Kemudian Petisyen yang dibawa oleh Teresa Kok untuk mensenyapkan suara azan di Puchong, mengapa perlu dibuat kerana azan adalah tuntutan agama Islam? Petisyen yang sama pernah dibawa oleh penduduk Kepong kepada Dr. Tan Seng Giaw, cuma bezanya Dr Tan Seng Giaw lebih bijak daripada Teresa Kok kerana dia tidak majukan petisyen itu. Sebenarnya kita perlu bertolak ansur dan faham-memahami. Terdapat pembaca yang berkata mengapa orang Islam membenci Yahudi sedangkan mereka terima David Beckcam yang berketurunan Yahudi? Dari sudut agama Islam, banyak dalam Al-Quran & Hadis menyatakan mengenai Yahudi ini, salah satunya; ÙˆَÙ„َÙ†ْ تَرْضَÙ‰ عَÙ†ْÙƒَ الْÙŠَÙ‡ُودُ Ùˆَلا النَّصَارَÙ‰ Ø­َتَّÙ‰ تَتَّبِعَ Ù…ِÙ„َّتَÙ‡ُÙ…ْ Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ Ù‡ُدَÙ‰ اللَّÙ‡ِ Ù‡ُÙˆَ الْÙ‡ُدَÙ‰ ÙˆَÙ„َئِÙ†ِ اتَّبَعْتَ Ø£َÙ‡ْÙˆَاءَÙ‡ُÙ…ْ بَعْدَ الَّØ°ِÙŠ جَاءَÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْعِÙ„ْÙ…ِ Ù…َا Ù„َÙƒَ Ù…ِÙ†َ اللَّÙ‡ِ Ù…ِÙ†ْ ÙˆَÙ„ِÙŠٍّ Ùˆَلا Ù†َصِيرٍ (١٢٠) البقرة "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu". Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum racist. Mereka percaya bahawa mereka adalah ‘kaum terpilih’, yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama ‘eksklusif’; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka. Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain. Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi. Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna ‘pemusnahan’ atau ‘rusuhan’, khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi. Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai ‘dunia yang maju’, perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini. Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan ‘Swastika’ di Jerman yang berikrar dengan sumpah ‘Hai Hitler’ apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya. Di Britain ada kumpulan rasis seperti ‘Skinheads’ yang membenci kaum ‘kulit hitam’, kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan. Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti ‘Klu Klux Klan’ yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika. Di Australia pernah ada ‘dasar kulit putih’ atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini. Dengan semua contoh-contoh yang dipaparkan, adakah orang Melayu racist kepada Bukan Melayu? Adakah BN racist kepada DAP? Dr Tan Seng Giaw adalah AJK PAC sejak 2004, jika BN racist tidak mungkin dia akan dilantik? Kesimpulannya DAP perlu menjelaskan perkara ini dengan adil. Janganlah apabila orang Melayu bercakap pasal Raja-Raja, agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu, dikatakan sebagai racist. Hak Asasi Manusia tidak boleh diimplimentasikan 100% di negara kita kerana negara ini ada sejarahnya, jika Hak Asasi Manusia boleh dipraktikkan secara mutlak 100% , Matmerapu yakin di Singapura sudah lama akan ada Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri India, Timbalan Ketua Polis Negara Melayu sebagaimana yang pernah diberikan kepada Datuk Christoper. Janganlah pula, apa saja yang diutarakan oleh DAP semua hak asasi. Apa yang diutarakan oleh orang Melayu dan umat Islam semua racist. Jika kita boleh faham-memahami dan bertolak ansur, menghormati hak masing-masing, tidak lupa sejarah dan kontrak sosial, tidak mempertikai Perlembagaan, maka semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, budaya, fahaman politik boleh hidup dengan aman dan damai. Ia sudah diasaskan oleh Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambathan, E.E. C. Thuraisngam, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin, Tun Razak, mengapa DAP perlu terikut-ikut dengan permainan individu tertentu. Adalah dinasihatkan agar DAP tidak bermain dengan api.....!!!???

Monday 9 December 2013

Ancaman Syiah Di Malaysia........!!!

Himpunan hadis tentang kesesatan Syiah: Pertama. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56) Kedua. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185) Ketiga. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103) Keempat. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102) Kelima. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya. Keenam. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah) Ketujuh. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)Kelapan. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806). Kesembilan. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)

COMANGO: Ancaman Terhadap Islam Di Malaysia......!!!!

Di bawah adalah memorandum M-UPRo untuk menangkis ancaman COMANGO terhadap kemuliaan Islam di Malaysia. Tujuan Matmerapu menyebarkan memorandum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia, tentang wujudnya ancaman terhadap agama Islam oleh rakyat Malaysia sendiri. Umat Islam di Malaysia perlu bersatu dalam menentang tuntutan COMANGO ini, dan seterusnya memberi isyarat kepada persatuan yang berniat untuk menyentuh kesucian islam, supaya jangan bermain dengan api. Kenyataan NGO Islam UPR ini dikeluarkan pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H : Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013. MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia mengambil pendirian berikut: Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan; Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism serta semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam; Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN); Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam. Dengan latar belakang tersebut, adalah dilihat bahawa: A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata. B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawah seliaan dan pemerhatian HRC UN. C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk melebihi 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada sebilang masa. D. Kealpaan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan berikut: Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”; Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir; Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang; Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri; Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing; Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam; Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBTIQ ; Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabií itu sebagai perbuatan jenayah; Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBTIQ diterima oleh Malaysia; Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi; Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa; Justeru, Matmerapu menyokong penuh tindakan MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya: Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam; Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara; Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam; Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara; Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 daripada 54 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan; Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara; Kesimpulannya, Matmerapu menyarankan agar rakyat Malaysia beragama Islam bersatu dan bingkas bangun menentang tuntutan COMANGO demi kesucian dan kemuliaan agama Islam....!!!

Wednesday 4 December 2013

Orang Melayu dan DAP.......!!!???

Kita orang Melayu jangan dibodohkan. Takkanlah kita hendak tuntut DAP berjuang untuk orang Melayu. DAP hendak berjuang untuk orang Cina sahajapun sukar hari ini. Kenapa parti Melayu hendak bising sedangkan mereka sendiri bercakap siang malam 24 jam mengenai perjuangan bangsa Melayu sendiri? Jika kita orang Melayu berbuat demikian, mengapa kita hendak bising jika bangsa lain melakukan demikian juga. Kalau kita jawab sebab kita ada kedudukan istimewa dan sebagainya, itu bukan alasan untuk menyekat orang lain melakukannya untuk bangsa mereka. Kita tidak boleh menyekat DAP atau mana-mana parti politik Cina bercakap mengenai kepentingan mereka. MCA, Gerakan dan SUPP pun parti Cina dan tidak pernah berhenti bercakap mengenai kepentingan Cina. Ada kita tengok Melayu atau India dalam MCA? Tidak ada tapi kita tidak pernah dengar UMNO kata MCA cauvinis Cina sedangkan kita tahu MCA lagi halus mainannya memusnahkan Melayu. Kalau anda orang Melayu, anda lebih senang berdepan dengan lawan yang terang-terang bercakap mengenai agenda mereka daripada mereka yang lihat dan bergerak secara senyap. DAP sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada bangsa Cina, tidak bercakap mengenai perkara-perkara yang mengaitkan kaum Cina merupakan political suicide. Bolehkah kita menyekat UMNO daripada tidak bercakap mengenai kepentingan Melayu? Untuk memisahkan diri kita daripada ke’bangsaan’nya adalah suatu yang mustahil. Tapi mengekalkan kebangsaannya satu hal, bersikap dan bertindak rasis satu hal yang lain. Kita semua setia kepada kebangsaannya kita, tapi sikap rasis mengandungi niat jahat dan kebencian yang tidak rasional. Niat jahat dan kebencian yang datang semata-mata hanya kita berbeza. DAP tahu ia kena evolve dan adapt. Species yang tidak evolve dan adapt akan ditelan zaman. Sebab realitinya ialah majoriti penduduk negara ini ialah Melayu. Mana-mana parti pun mesti memfaktorkan realiti ini dalam politik mereka. Oleh kerana DAP tidak mahu diidentifikasi sebagai parti satu kaum sahaja dan tidak mahu menjadi hanya pembangkang sampai akhir zaman, DAP terus evolve. Evolusinya melibatkan memfaktorkan kepentingan Melayu tetapi pemfaktoran ini tidak mengambil bentuk seperti yang dilakukan UMNO. The UMNO way bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah Melayu. Orang Melayu sendiri pun agak kurang yakin UMNO berdaya menyelesaikan masalah bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tidak percaya pada Umno – adakah mereka kurang Melayu? DAP sentiasa dituduh sebagai parti cauvinis Cina, anti Melayu dan anti Islam. Mengenai mempunyai ketrampilan Cina, kita tidak dapat nafikan sebab majoriti pemimpin dan ahlinya adalah bangsa Cina. Amat bodohlah orang atau parti Melayu mengharapkan parti DAP memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Bahkan janggal jika DAP pula yang ke hadapan memperjuangkan kepentingan Melayu. Di masa hadapan orang tidak berjuang lagi mengikut kaum – hanya ada dua jenis kaum, kaum penindas dan kaum yang ditindas. Hari ini wujud pemimpin Melayu dalam parti Melayu yang menindas bangsa sendiri. Bukan sahaja orang Cina yang menentang, orang Melayu pun akan tentang. Suatu golongan Melayu menentang suatu golongan penindas Melayu bukanlah sesuatu yang janggal dalam sejarah orang Melayu. Bagaimana DAP evolve? Ia melakukan demikian dengan melihat masalah bukan dari sudut pertembungan kaum. UMNO tidak mahu atau agak lembab untuk evolve – ia terus melihat sesuatu masaalah dari sudut pertembungan kaum. Sebab itu UMNO terus menyebut sesuatu masaalah sebagai pertembungan antara Melayu dengan bukan Melayu –Melayu dengan Cina terutamanya. Orang Melayu mesti berani melihat sesuatu masalah bukan dari sudut perkauman. Orang Melayu tidak ada asas untuk takut kepada politik DAP. UMNO mesti evolve segera dengan merapatkan saf yang longgar demi kepentingan Melayu-Islam melalui pelbagai platform agar kekal relevan pada PRU 14 akan dating.....!!!

Politik Cina Malaysia Selepas 56 Tahun Merdeka......!!!???

Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap ‘secretive’ dan ‘subtle’ nya . Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal , ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang mengggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk. Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka diberi keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya. Masyarakat Cina wujud di Indonesia , Thai , Vietnam, Pacific Islands, USA , UK , Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik , ekonomi dan sosial. Sifat keCinaan yang tinggi sentiasa dikekalkan dalam bentuk budaya , demographic dan pertuturan. Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke Tanah Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi Tanah Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup. Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari Tanah besar China hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengeksploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura , Pulau Pinang , Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari Tanah Melayu ke Singapura dan diedar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina. Kepesatan monopoli perniagaaan di tanah melayu telah menyebabkan timbul perasaan ‘ a sense of power ‘ di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu dianggap sebagai malas, bodoh , tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh dimanipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu meng'ia'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi negatif ini sehingga sekarang. Kadang kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang dipersepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina mula bertambah konfiden dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina . Semua in telah memberi satu sense of autonomy dan power untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada sama ada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated . Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina diselesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan . Dari sinilah bermula politik ‘pressure group ‘ Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menhadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun, orang Cina dilayan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun dipatahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaaan memerintah parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina , bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan negeri Cina , penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat di dalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana. Persoalannya timbul , mengapa orang Cina di Indonesia boleh diasimilisasi atau diintegrasiakan dalam masyarakat melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya , ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa diberi syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah sense of power. Di Indonesia , 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan .Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia , di zaman awal penghijrahan orang Cina , dilayan semacam hamba .Sikap White Power telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah ke negara lain. Politik orang Cina di Malaysia selepas 56 tahun mula daring dan adventurous. Desakan dari DAP , MCA, Gerakan, SUPP dsb telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina saperti kapal selam di laut. Kadang kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencaturkan politik mereka . Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga evolve politically dan ekonomically secara agressive . Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan melayu yang ada tetapi orang melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketaranya , kebangkitan Islam dan umat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka ‘wake up call’ untuk mengetahui kawan dan lawan serta untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukannya. Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. Matmerapu bukan dan tidaklah bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengrauh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Masa Depan Politik Orang Melayu..........!!!!

Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali. Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan merancang masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama sekali. Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.Realitinya terlalu banyak.....!!! Realiti Pertama : Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah perjuangan orang Melayu sekarang? Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada bukan Melayu. Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati. Realiti Kedua : Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu.Pagar sudah makan padi. Realiti Ketiga : Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut ‘hot’ menyatakan si anu tidak ada guna.Bila mesyuarat agung, si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut. Realiti Keempat : Politik di negara kita ialah pilihan raya.Dalam pilihan raya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya.Realiti Kelima : Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar.Di bandar, bangsa lain yang berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua Musang, Sik, Baling orang Melayu punya. Realiti Keenam : Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan. Makin cerdik orang Melayu, makin bankrap bangsa Melayu. Realiti Ketujuh : UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru. Cabaran-cabaran baru memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain masalah.UMNO mesti faham kekuatan dan kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang lemah diganti. Realiti Kelapan : Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah, dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu. Realiti Kesembilan : Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang.Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup berjuang.Dan paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap. Realiti Kesepuluh : Sebagai kesimpulan: Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.....!!!

Tuesday 3 December 2013

Petronas: Pengunduran Tun Mahathir Timbul Tanda Tanya........!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Najib hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO, menimbulkan tanda-tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara. Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitulah reaksi banyak pihak mengenainya. Dalam masa yang sama pengunduran Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara. Sebelum Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut? Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat. Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan. "Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Mahathir lagi. Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting. Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari. Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan? Dalam masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton. Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton? "Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelasnya. Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton. Ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam UMNO dan juga kerajaan, Mahathir juga berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam UMNO dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut. Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini. Namun demikian, apa pun alasan mengenai pengunduran Mahathir ini, persepsi orang ramai, terutama ahli UMNO terhadapnya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan Tun Dr Mahathir terus sihat, cergas dan panjang umurnya.

Monday 2 December 2013

Elak 'Berperang' Dalam Media Sosial........!!!

Kehidupan kita pada zaman ini yang banyak bergantung kepada teknologi termasuklah dalam aspek pergaulan atau mualamat. Interaksi bersemuka yang sudah sebati dalam kehidupan kini diambil alih oleh teknologi jaringan sosial yang boleh dilakukan secara maya. Manusia di seluruh dunia sudah melewati tahap ketagihan penggunaan aplikasi seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp. Dalam keghairahan menggunakan aplikasi itu, kita wajar memelihara adab sopan di media sosial. “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa-apa yang dulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Setiap patah perkataan ditulis serta gambar dimuat naik dalam media sosial mencerminkan keperibadian seseorang individu. Apabila adab tidak dipelihara, maka timbullah kejadian seperti perang mulut di Facebook membabitkan serangan peribadi dan menjatuhkan air muka atau mengaibkan orang lain. Perkara negatif sebegini perlu dielakkan oleh sesiapa saja, khususnya orang Islam. Menjadi pengguna media sosial yang diberkati Allah SWT, kita seharusnya memiliki ciri muraqabah iaitu sentiasa beringat diri di bawah pengawasanNya. Ciri-ciri ini berkait rapat dengan ihsan iaitu kerendahan hati seorang manusia kepada Allah SWT (Pencipta-Nya) seolah-olah dia melihat Allah SWT. Jika dia tidak dapat melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya, penyembahannya dan mengetahui isi hatinya. Jiwa yang sering mengingati Allah dan menyedari kehadiran Allah SWT sepanjang masa akan menggerakkan pemikiran serta hati seorang manusia supaya sentiasa berkelakuan positif walaupun ketika ketiadaan manusia di sekelilingnya. Satu kisah teladan yang berlaku pada zaman Saidina Umar al-Khattab harus dijadikan pengajaran umat Islam hari ini supaya dapat mempertingkatkan rasa ihsan dalam kehidupan. Satu hari, Saidina Umar melalui sebuah perkampungan dan menjumpai seorang anak kecil mengembala ternakan. Saidina Umar bertanya kanak-kanak itu jika dia dapat menjualkan ternakan itu kepadanya. Lalu anak kecil itu menjawab: “Di manakah Allah, tidakkah Dia melihat?” Soalan anak kecil ini sungguhpun ringkas, tetapi membuatkan Saidina Umar menitiskan air mata. Anak kecil itu mempunyai iman yang kuat dan yakin adanya Allah yang sedang memerhatikannya. Dialog antara Saidina Umar dan kanak-kanak pengembala itu adalah gambaran yang sesuai dijadikan kayu ukur sifat muraqabah dalam diri kita. Perasaan kehadiran Allah SWT sebagai pemantau amal perbuatan akan timbul hanya selepas kita merenungi tanda kekuasaan Allah SWT. Perkara utama yang perlu direnungi ialah kejadian diri kita selaku manusia. Dalam isu penggunaan media sosial, tubuh badan yang terbabit ialah mata dan tangan. Mata digunakan untuk membaca maklumat atau menonton bahan multimedia yang dihantar menerusi media sosial. Tangan pula memainkan peranan untuk kita menulis sesuatu yang ingin dikongsikan bagi tatapan rakan media sosial. Memandangkan dua anggota badan ini besar peranannya dalam penggunaan media sosial, kita harus mengelak menyalahgunakan nikmat Allah SWT. Jangan menulis kata-kata lucah atau menonton video lucah atau apa jua yang bercanggah dengan syariat. Bagi menguatkan sifat muraqabah dalam diri, cubalah renungi firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa-apa yang dulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Justeru, didiklah jiwa dan nafsu supaya jangan alpa dengan seksaan pedih yang bakal menanti di akhirat kelak bagi tubuh badan yang mengkhianati amanah Allah. Renungkan dan fikirkanlah bagi mengelak 'berperang' dalam media social......!!!

19 Rayuan Petisyen Pilihan Raya Belum Selesai........!!!

Mahkamah Persekutuan memberi masa hingga 12 Dis untuk BN dan parti pembangkang memutuskan sama ada mereka mencapai penyelesaian berhubung 19 rayuan petisyen pilihan raya. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga anggota terdiri daripada hakim-hakim Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Seri Abu Samah Nordin berkata jika pihak-pihak berkenaan tidak mencapai penyelesaian, mahkamah akan mendengar rayuan pada hari tersebut. Terdahulu, peguam R.Sivarasa yang mewakili petisyen PKR memberitahu mahkamah bahawa belum ada penyelesaian dicapai tetapi pihak-pihak terlibat mencapai beberapa kemajuan dalam hal itu. “Parti-parti berkenaan juga memerlukan lebih banyak masa untuk membincangkan penyelesaian,” kata beliau. Peguam BN, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata mereka optimistik penyelsaian akan dicapai. Mahkamah pada mulanya menetapkan 2 Dis 2013 bagi pengurusan kes untuk parti-parti terlibat menyampaikan maklumat kemas kini tentang penyelesaian berhubung 19 petisyen pilihan raya itu dari seluruh negara. Rayuan itu antara lain melibatkan kawasan parlimen Machang, Ketereh, Batu, Lembah Pantai, Bagan Datoh, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Titiwangsa, sementara kawasan negeri ialah Selising, Selama dan Manong. Semua petisyen itu ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya dengan kos berikutan bantahan awal atas sebab tidak mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Pemohon merayu ke Mahkamah Persekutuan untuk memulihkan kembali petisyen mereka dan membawa semula ke Mahkamah Pilihan Raya bagi penentuan merit, menerusi perbicaraan penuh.

Wednesday 27 November 2013

Rumah Mampu Milik DAP Di Pulau Pinang Berharga RM400,000......!!!

Projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mengelirukan rakyat kerana harga yang ditawarkan adalah di luar kemampuan. Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata unit rumah seluas 1,000 kaki persegi ditawarkan pada harga siling RM400,000 itu adalah di luar kemampuan bagi golongan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan. “Projek mampu milik dan perumahan rakyat oleh mana-mana kerajaan, keuntungan bukannya matlamat kerana ia bukan syarikat pemaju swasta tetapi untuk memastikan keperluan masyarakat dapat dipenuhi,” katanya. Teng berkata demikian selepas menyampaikan insentif pelajar cemerlang PMR dan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) kepada 387 penerima di kawasan Timur Laut. Katanya kos pembinaan untuk rumah bertingkat adalah antara RM130 dan RM150 sekaki persegi dan tiada alasan untuk kerajaan negeri menawarkan harga siling RM400,000 bagi rumah seluas 1,000 kaki persegi. Teng berkata terdapat margin keuntungan yang besar jika rumah mampu milik dijual pada harga siling RM400,000 dan kerajaan negeri seharusnya menawarkan harga yang lebih rendah berbanding pemaju swasta. “Ini menunjukkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang tiada keikhlasan dan usaha sebenar untuk membantu rakyat kerana mereka tidak mempunyai dasar perumahan. Itulah sebabnya mereka tidak boleh menentukan harga,” katanya. Teng berkata projek perumahan itu turut akan menjarakkan lagi jurang kehidupan dan sosial kerana dibimbangi ramai penduduk di kawasan pulau akan pindah ke seberang berikutan harga siling yang dua kali ganda lebih murah. Difahamkan harga siling RM220,000 ditawarkan untuk rumah mampu milik di Batu Kawan untuk unit rumah yang sama luas dengan kawasan di pulau.

Tuesday 26 November 2013

Muktamar PAS: Ancaman Liberalisme Kepada Melayu-Islam

Muktamar PAS yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan,pihak pro-Anwar Ibrahim dan DAP,menjadikan akar umbi PAS kecewa dan putus asa.Ini kerana,Anwar dan DAP merupakan dua pihak yang bertindih dalam membawa agenda liberalisasi dan juga Kristianisasi di Malaysia.Penglibatan ‘orang-orang kuat’ Anwar dan DAP di dalam COMANGO membuktikan agenda sebenar kumpulan ini.Justeru,kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS bermakna agenda itu kini lebih mudah untuk diperpanjangkan melalui PAS. Berdasarkan apa yang berlaku ini,kita tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat.Kita tidak boleh menghalang manusia dari berprasangka buruk berdasarkan apa yang dilihat di hadapan mata.Jika persepsi rakyat itu benar,maka ia menunjukkan bahawa pihak yang memperjuangkan liberalisasi ini, tidak kira sama ada di dalam PAS atau UMNO,semuanya gemar bermain kotor.Mereka terpaksa bermain kotor kerana mereka tahu yang mereka tidak mendapat sokongan di kalangan orang-orang Melayu. Walaupun golongan liberal ini gemar memperlekeh orang Melayu sebagai mudah dibeli dan ditipu,tetapi mereka lupa bahawa mereka lebih lekeh lagi kerana terpaksa membeli dan menipu semata-mata untuk berkuasa.Ini bermakna,sekiranya mereka menang,maka kemenangan mereka adalah tidak tulin.Andainya persepsi ini tidak benar dan mereka sebenarnya menang secara telus dan bersih,maka kita akan melihat agenda liberalisasi dilaksanakan tanpa apa-apa bantahan besar dari orang-orang Melayu.Bagaimanapun,penolakan orang-orang Melayu terhadap PAS akhir-akhir ini membuktikan bahawa agenda itu tidak diterima di dalam parti itu.Kritikan terhadap UMNO yang semakin lantang didengari juga menguatkan lagi hujah bahawa liberalisme tidak pernah diterima oleh orang-orang Melayu.Masalah liberalisasi bukan sahaja mengancam masyarakat kerana ia membawa bersamanya kebebasan tanpa sempadan tetapi juga membawa ancaman ketegangan kaum kerana ia didokong oleh parti perkauman tegar iaitu DAP, yang berselindung di sebalik seruan Kristianisasi.Keadaan menjadi lebih terancam kerana kumpulan Melayu liberal di dalam UMNO dan PAS ini mentafsirkan sebarang usaha untuk membela adat, budaya,bahasa dan agama orang-orang Melayu sebagai kolot. Di masa yang sama,tindakan membela adat,budaya, bahasa dan agama kaum lain pula ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ yang wajib diterima oleh semua.Justeru,dengan tekanan dari sikap rasis dan chauvinis Kristian DAP dan kebodohan kumpulan Melayu liberal,yang bakal menjadi mangsa akhirnya ialah orang-orang Melayu di negara ini.Amatlah malang sekali jika ini berlaku,sedangkan orang-orang Melayu yang menolak liberalisme merupakan kumpulan majoriti.Kesimpulannya,Melayu PAS dan Melayu UMNO yang menolak liberalisme tidak mampu duduk berasingan di dalam PAS,UMNO dan atas pagar.Melayu yang sedar,yang jujur sayangkan agama dan bangsa tidak ada pilihan selain bersatu di atas satu platform bagi membentuk kumpulan pendesak yang kuat ke atas pemerintah.Perdengarkan suara kita menolak liberalisme dalam satu nada yang sekata.Lupakan PAS atau UMNO,fikirkan strategi terbaik untuk mencapai matlamat ini demi bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

Monday 25 November 2013

Retorik Terbesar Presiden PAS di Majlis Ijtimak......!!!

Ketika berucap di majlis penutup Ijtimak PAS Selangor,Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, haram bagi ahli PAS mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan antara golongan ulama dengan profesional dalam parti itu. Malah beliau juga menyifatkan dakwaan kononnya wujud pertembungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS adalah permainan media musuh dan tidak seharusnya mempengaruhi ahli PAS. “Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu." Itulah penegasan beliau. Sememangnya itu hak beliau untuk berkata atau berhujah apa sahaja dalam memastikan PAS tidak menjadi parti yang tunggang-langgang berikutan perebutan jawatan dalam parti itu sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-59. Bagaimanapun dalam masa yang sama, Abdul Hadi juga harus memberi jawapan apakah ‘tidak haram’ terhadap perkara-perkara berikut: * Menafikan berlakunya pertembungan antara golongan ulama dan profesional, apabila dalam laman-laman sosial termasuklah blog dan Facebook berlaku perdebatan bukan sahaja antara pemimpin tetapi juga penyokong kumpulan itu. * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS cuba menafikan kebenaran bahawa dalam pemilihan kali ini, budaya fitnah memfitnah dan buruk memburukkan antara satu sama lain di kalangan ahli PAS begitu ketara sekali? * Bagaimana pula dengan kerjasama PAS dengan PKR dan DAP. Tidakkah ia boleh dikategorikan ‘haram’ apabila kedua-dua parti itu tidak bersetuju dengan perjuangan menegakkan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak lama dulu? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS masih terus mahu bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin DAP yang ada antara mereka dengan lantang menegaskan ‘langkah mayat beliau dahulu’ jika mahu melaksanakan hukum hudud? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS begitu teruja mengarahkan penyokong-penyokong turun ke jalanan untuk berdemonstrasi sehingga boleh mencetuskan huru hara kepada keselamatan dan ketenteraman awam? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS tidak mahu bersetuju dengan pandangan supaya pemimpin tertentu membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan terlibat dalam perbuatan tidak bermoral? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS menolak sebarang kerjasama dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam semata-mata kerana kepentingan politik? * Apakah ‘tidak haram’ apabila pemimpin-pemimpin PAS yang sebahagian besar mereka bertaraf ulama dan ustaz serta tok guru, diam seribu bahasa apabila ada pemimpin pembangkang bukan Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat suci al-Quran dalam kempen politik mereka? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS tidak menegur perbuatan sesetengah pemimpin mereka yang begitu mudah menuduh UMNO mengamalkan Islam plastik? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS dengan mudah membiarkan sahaja pemimpin-pemimpin UMNO dituduh kafir? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS dilihat tidak berusaha untuk menyatukan umat Islam yang berpecah belah kerana terhasut dengan permainan politik kepartian? * Apakah ‘tidak haram’ apabila PAS lebih selesa untuk menuding jari menyalahkan pihak lain kerana tidak dapat melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka sendiri sudah mengubah haluan perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan? * Apakah ‘tidak haram’ apabila sebahagian besar kepimpinan PAS seolah-olah kecut perut dengan sekutu mereka yang dilihat acap kali memperlekehkan parti itu? * Matmerapu juga mahu bertanya, apakah ‘tidak haram’ apabila pemimpin PAS yang cuba mempertahankan prinsip perjuangan parti itu dipecat? Sebenarnya, jika mahu bercakap soal ‘haram’ dan ‘tidak haram’ apabila menyentuh politik PAS banyak perkara boleh diperbincangkan. Tetapi kita tidak perlu terikut-ikut dengan ‘rentak gendang yang dipalu’ oleh PAS. Ini memandangkan apa yang dinyatakan ‘media luar’ yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah satu kebenaran. Cuma yang menjadi persoalan, adakah kenyataan Abdul Hadi itu sekadar satu penafian politik atau beliau sendiri semakin resah dengan kemelut perebutan jawatan yang berlaku dalam PAS sekarang? Hakikatnya, bukan satu rahsia lagi bahawa pemilihan PAS kali ini memaparkan satu pertembungan ketara antara golongan profesional dan ulama. Malah ada di kalangan pemimpin kanan PAS sendiri yang mahukan ulama diberikan semula kedudukan utama dalam parti bagi memastikan perjuangan Islam parti itu dapat diteruskan. Ini belum lagi mengambilkira bagaimana ada pemimpin PAS daripada golongan profesional secara terbuka mahu golongan itu diberi peluang mengemudi PAS atas dasar parti itu perlu dilihat lebih terbuka dan tidak dipimpin oleh ulama sahaja. Selain itu, Abdul Hadi juga perlu memahami bahawa pertembungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS bukanlah satu ilusi apatah lagi ciptaan mana-mana media. Entah sampai bilakah PAS mahu menafikan hakikat ini sedangkan semua orang tahu bagaimana hebatnya pertarungan antara kedua-dua golongan itu untuk berkuasa dalam PAS. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Abdul Hadi bertindak menafikan pertembungan itu tetapi sudah sekian lama. Jika kurang pasti, kajilah ucapan dasar beliau di muktamar-muktamar sebelum ini, kita pasti akan menemui kenyataan di mana beliau menafikan berlaku pertembungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS. Tetapi tidak mengapalah, kalau Abdul Hadi atau mana-mana pemimpin PAS mahu terus bersandiwara dalam soal pertembungan antara dua golongan itu. Namun apa yang pasti, di peringkat akar umbi, kempen bagi pemilihan kali ini cukup rancak dengan matlamat untuk memastikan golongan ulama tidak dipinggirkan. Dalam kerancakan itu juga dan ketika Abdul Hadi sedang melakukan pelbagai penafian, wujud pula pelbagai dakwaan termasuklah pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS dikaitkan dengan fahaman Syiah atau liberal. Sudah tentulah kita tidak mahu terheret dalam polemik ini kerana ahli-ahli PAS lebih mengenali pemimpin mereka. Bagaimanapun, tidak salah jika sempena muktamar kali ini dengan perasmian Dewan Pemuda dan Muslimat membuka tirai malam tadi, ahli-ahli PAS bermuhasabah untuk menilai apakah benar PAS kini begitu sempurna sehingga tidak berlaku sebarang pertembungan antara kelompok dalam parti itu. Menafikan fakta, menangkis kebenaran dan menolak hakikat bukanlah cara berpolitik yang bijak, sebaliknya ia boleh mengakibatkan seseorang pemimpin atau parti menjadi lemah. Ini kerana ia seolah-olah membiarkan ‘api marak di dalam serkam’ dan akhirnya akan memusnahkan individu atau organisasi tersebut. Itulah juga yang akan berlaku kepada PAS, jika dalam muktamar kali ini, pemimpin dan ahli-ahlinya cuba menyembunyikan kebenaran serta tidak berani melakukan teguran demi kebaikan perjuangan parti tersebut.

Sunday 24 November 2013

Muzakarah UMNO-PAS Perlu Diteruskan.......!!!

Matmerapu suka dengan idea muzakarah UMNO-PAS. Sejak dahulu lagi Matmerapu menyokong hasrat itu. Berdialog, berbincang, berunding, cuba memahami antara satu sama lain adalah perlambangan manusia bertamadun. Kedua parti besar itu mewakili rakyat kita yang sudah dan ingin bertamadun, maka adalah perlu untuk mereka menzahirkan manifestasi ketamadunan itu dalam bentuk mampu berbincang apabila ada keperluan. Maka di sini Matmerapu ingin sebutkan beberapa perkara yang dilihat perlu diberikan perhatian dalam hasrat tersebut; Pertama: Asasnya, perbincangan ke arah meredakan permusuhan sesama muslim adalah ajaran Islam. Firman Allah: (maksudnya) “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10). Kedua: Banyak perkara negatif dapat dilangsaikan melalui perdamaian perasaan sesama umat. Bisik-bisik tanpa asas yang benar di belakang, banyak menyebabkan keadaan yang lebih buruk. Firman Allah (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114). Ketiga: Pemikiran bahawa salah satu parti akan mengalami kerugian sebelum perundingan ataupun muzakarah agak tidak kukuh. Sepatutnya, sebagai parti yang sudah lama dalam sejarah, keduanya mempunyai kemampuan untuk duduk berbincang secara matang dan mantap. Bahkan kesediaan mereka untuk duduk berbincang akan memberikan nilai yang positif di mata rakyat. Keempat: Perkara yang penting pada peringkat ini ialah membawa kedua pimpinan parti itu duduk dalam satu perbincangan dengan perasaan ukhuwah yang berasaskan kepentingan umum melebihi kepentingan diri. Kejayaan untuk mereka duduk dalam suasana yang demikian adalah sesuatu yang besar. Kelima: Hendaklah dipastikan bahawa pertemuan kedua parti itu adalah atas hasrat kebaikan rakyat secara menyeluruh, bukan untuk kepentingan survival parti yang bersifat terhad. Pertemuan itu tidak sepatutnya memandulkan usaha-usaha baik kedua belah pihak. Ini seperti usaha-usaha transformasi di pihak UMNO, dan usaha-usaha positif yang boleh membuka cara fikir rakyat di pihak PAS. Keenam: Perbincangan ataupun muzakarah itu bukan semestinya melakukan asimilasi politik (political assimilation) yang akan menjadikan salah satu parti itu lebur ke dalam yang satu lagi. Jika itu berlaku, ia akan boleh menghilang ‘checks and balances’ dalam sebuah negara demokrasi. Itu tidak baik untuk rakyat. Sebaliknya peranan muzakarah mampu mengingatkan hakikat diri mereka semua tentang ukhuwah Islamiyyah, sekaligus mengembalikan nilai-nilai akhlak dan adab Islam apabila berbeza ataupun bersengketa. Ketujuh: Muzakarah itu tidak patut menjadi medan membahaskan kesalahan antara kedua parti kerana ruang itu sudah ada di Parlimen, sebaliknya keduanya hendak mencari ‘common ground’ antara kedua parti yang dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Hakikatnya, sesiapa yang mendekati kedua parti ini, banyak ruang dari sudut naluri insani muslim yang sama ataupun hampir sama. Banyak hasrat dan cita yang sama. Banyak rasa yang sama. Banyak duka dan suka yang sama. Kebanyakan khilaf yang zahir disebabkan ‘perbuatan’ dalam politik dan pengurusan. Namun ruang untuk melihat persamaan masih ada. Kelapan: Berjumpa, tersenyum, bersalaman dan nasihat menasihati dengan niat yang baik sentiasa mempunyai keberkatan dan rahmat. Ia melapangkan dada, mendatangkan hikmah dan menjadikan perasaan kita lebih dekat dengan Allah. Kemudian, setelah usaha ikhlas berlaku, keadaan masih tidak dapat dibaiki, semua pihak teruskan usaha yang baik yang sedia ada dan serahkan segala urusan itu kepada Allah. Pertemuan sekurang-kurang menjadi tanda di akhirat bahawa arahan Allah tentang perdamaian telah diusahakan dengan ikhlas. Matmerapu rasa bahawa perasaan Matmerapu agak sama dengan rakyat biasa yang lain, mendoakan hasrat itu dapat dilihat dan direalisasikan dalam iklim politik yang matang.