Thursday 8 December 2011

LIMA 2011: KEMENTAH Menjadi Sunyi….!!
            LIMA 2011 bermula 6 hingga 10 Dis menjadi fokus pelbagai pihak tidak terkecuali Panglima-panglima ATM. Bagi tempoh tersebut, kelibat pegawai berpangkat Brig Jen ke atas setaraf yang bertugas di KEMENTAH agak sukar dilihat. KEMENTAH menjadi sunyi. Pendek kata, yang ramai kelihatan adalah Red Indians without their Chiefs…… hahaha!
Apa tidaknya, menurut sumber merapusakan.blogspot, telah berlaku situasi di mana tiada seorang pun pegawai berpangkat Brig Jen daripada TUDM untuk send-off KASAU-TNI semasa beliau transit di KLIA sebelum meneruskan penerbangan ke Jakarta. Nasib baik, masih ada lagi Brig Jen Tentera Darat yang akur kepada arahan untuk memikul tugasan berkaitan menggantikan Brig Jen TUDM. Apa pula persepsi KASAU terhadap TUDM…..Wallahualambisawab! mungkin tersentuh hati atau mungkin berpersepsi bahawa pihak TUDM……………………………….!!!???
            Persoalannya, insiden tersebut sepatutnya dapat dielakkan namun di manakah pegawai bertanggungjawab berada pada ketika itu? Adakah kesemua mereka berada di Langkawi kerana tugasan LIMA 2011? Jika pun perlu berada di sana, tak kan sampai tiada seorang pun tinggal di KEMENTAH? Apa akan berlaku jika tercetusnya sesuatu krisis atau ancaman……? “Lu fikirlah sendiri….!” Perhatian pihak berwajib TUDM bagi mengelak insiden di atas berulang akan mengukuhkan lagi kredibiliti ATM khususnya TUDM.
            Jika disimpulkan, KEMENTAH juga agak vulnerable di sepanjang tempoh LIMA 2011 kerana decision maker tertumpu di sana. Apa jua program sekalipun, janganlah berkompromi dalam aspek keselamatan dan hubungan dua hala TNI – ATM.

Wednesday 7 December 2011

Calon Mampu Menang PRU 13 ???
            Menjelang PRU 13 kelak, BN dan PR (termasuk parti pembangkang lain) sudah semestinya meletakkan calon mampu menang (winnable candidate). Persoalannya, bagaimananakah BN dan PR dapat mencongak kriteria calon masing-masing yang mampu menang sedangkan calon berkaitan belum diketahui oleh pemilih berdaftar. Lazimnya, pemilih berdaftar mengetahui senarai calon yang akan bertanding bagi kawasan Parlimen dan DUN, hanya 2 ke 3 hari sebelum Hari Penamaan Calon.
            Kerahsiaan senarai calon ada kebaikan dan keburukannya yang tidak perlu diperulaskan kerana setiap individu mempunyai persepsi tersendiri. Sekali imbas kalau diperhalusi trend pengundi dalam semua siri pilihanraya; terdapat pengundi yang memberi sokongan undi berlandaskan kepada keupayaan calon namun tidak kurang pula yang menyokong parti tanpa dipengaruhi oleh faktor calon. Trend ini juga berbeza-beza antara kawasan Parlimen dan DUN.
Secara rambang, pengundi daripada golongan atasan dan pertengahan (merangkumi 90%) amat memandang berat terhadap kewibawaan calon manakala golongan bawahan (sekitar 5%) lebih condong kepada kemampuan parti yang berupaya membela nasib dan masa depan mereka. Terdapat juga golongan ‘Atas Pagar’ (5%) yang agak kritikal dalam pemilihan mereka.
            Pengundi ‘Atas Pagar’ membuat pilihan mereka berteraskan kepada aspek isu, calon dan parti sebagai faktor yang dipertimbangkan. Jadi, kesimpulannya, kriteria utama dan terpenting bagi calon mampu menang secara realitinya adalah mereka yang mendapat majoriti undi setelah keputusan diumumkan oleh pihak SPR……hehehe!
            Sebenarnya, calon mampu menang hanyalah berasaskan kepada persepsi pucuk pimpinan dan parti kerana apa jua Kajian Sikap yang dilaksanakan oleh BN atau Pembangkang, ianya tidak terkecuali daripada elemen biased yang tebal.
            Pemilih berdaftar kini sedang menanti sama ada pihak BN atau Pembangkangkah yang mempunyai courage and political will untuk mengumumkan calon masing-masing secara lebih awal sebaik sahaja Parlimen dan DUN dibubarkan.
            Seperkara yang menarik, adakah DUN Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan turut dibubarkan sebaik sahaja PM membubarkan Parlimen, kekal menjadi teka-teki di kalangan parti komponen BN. Undang-undang baru perlu diperkenalkan…….Kita tunggu dan lihat.
            Apapun jua War of Perceptions perlu dimenangi oleh komponen atau pakatan parti untuk berada di Putrajaya – simbol kerajaan memerintah.
Geraksaraf & Perangsaraf Dalam Transformasi
Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum 13

            GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.
Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur.
            GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).
            Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.
            Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan.
           

Tuesday 6 December 2011

Bezanya NFC daripada KFC…..!!??
            Sudah semestinya perbezaan antara NFC (National Feedlot Corporation) dan KFC (Kentucky Fried Chicken) bagaikan langit dan bumi. Yang pertamanya lembu dan yang akhir pula ayam! Semua peringkat umur tahu dan mengenali KFC yang tidak perlu diperjelaskan lagi.
Namun, NFC mula menarik minat pemerhati dan penganalisis politik, para pengkritik dan rakyat secara umum yang dahagakan penjelasan sebenar daripada pihak terbabit. Isu NFC ini dicetuskan ekoran daripada pembentangan laporan Ketua Audit Negara dan NFC juga mempunyai kaitan amat rapat dengan keluarga Ketua Wanita UMNO, YB Senator Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil (DSSAJ).
            Kini pihak pembangkang terus mengeksploitasi isu NFC ini dalam blog dan media cetak alternatif termasuk AP Kinabatangan dan BN backbenchers. Apa yang menarik, semasa Perhimpunan Agung UMNO Ke 62 yang lalu, DSSAJ cuba mengheret Wanita UMNO untuk menyokong beliau dalam isu NFC tersebut. Beliau turut membela suaminya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan NFC. Sebagai isteri yang solehah, semestinya memang tepatlah tindakan itu.
            Apapun, isu NFC bukanlah isu UMNO atau isu politik tetapi ianya lebih menjurus kepada persoalan mengenai dana (wang rakyat) sekitar RM250 Juta yang diperuntukkan kepada NFC yang tidak menepati matlamat sebenar. Justeru, ramai berpendapat bahawa DSSAJ kini merupakan liabiliti kepada Wanita UMNO sekali gus boleh menjejaskan sokongan kepada UMNO dalam PRU 13 nanti.
            Kita cuma sekadar berdoa agar pihak berwajib terutama SPRM tidak menutup kes ini tanpa membawa mereka yang bersalah (jika wujud prima facie) ke muka pengadilan.
            Sama ada DSSAJ perlu mengundur diri daripada menjadi seorang Menteri Kabinet, Ketua Wanita UMNO dan calon PRU 13 adalah menjadi tanggungjawab beliau – Tepuk dada tanya selera. Inilah satu ujian besar buat DSSAJ untuk mempertimbangkan antara kepentingan peribadi/keluarga atau kepentingan parti yang diutamakan.
            Penjelasan secara telus kepada rakyat merupakan setitis embun untuk menghilangkan dahaga rakyat kerana janganlah pula disebabkan oleh isu NFC ini, UMNO akan terima padah dalam PRU 13 nanti.
           
           

Thursday 1 December 2011

Sedetik Keceriaan & Senyuman
            Dalam sebuah dusun yang teramat luas dan tiada tolok bandingnya, terdapat semua jenis pokok buah-buahan (edible fruits) di dusun ini. Dusun ini pula dibina dengan tembok batu disekelilingnya sebagai pagar.
            Dalam satu insiden kebakaran yang dahsyat, kesemua pohon buah-buahan tersebut hangus terbakar rentung. Pengusaha dusun menangis. Akan tetapi beliau tidak tahu bahawa masih ada lagi 3 jenis buah yang tidak terbakar.
            Apakah buah-buahan tersebut?


 
 
 
Jawapannya:                                                                                       
            Pertama, pisang emas kerana telah dibawa belayar. Kedua, buah keranji kerana berada di dalam perahu dan Ketiga adalah buah cempedak kerana berada di luar pagar……..hehehe! tanpa mengambilkira buah kurma yang telah dikilangkan oleh Yusoof Taiyoob…….hahaha!
           




Kenyataan KJ: Perhimpunan Agung UMNO Ke 62

            Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengingatkan para perwakilan Pemuda UMNO dalam Ucapan Penggulungannya yang membawa maksud, “Janganlah selepas ini, bila balik dan terus mengejar KEMAS, JASA, Cawangan Khas dan Perisikan Tentera pula untuk jadi calon pilihanraya” bolehlah dianggap sebagai berseloroh tidak bertempat (tepat). Kenyataan ini seolah-olah cuba mengakui bahawa agensi berkaitan turut memainkan peranan dalam proses pemilihan calon parti. Kurangnya sensitiviti KJ dalam perkara ini adalah di luar dugaan pemerhati dan penganalisis politik serta masyarakat umum. Agak tepat jika disimpulkan bahawa agensi berkaitan agak terguris dan teraniaya dengan kenyataan sedemikian.
            Kenapa kenyataan tersebut dibangkitkan oleh KJ? Selain Allah SWT, hanya KJ yang tahu sebabnya. Bukankah KJ sememangnya tahu bahawa proses pemilihan calon pilihanraya adalah menjadi tanggungjawab dan hak mutlak pucuk pimpinan parti. Inilah akibatnya jika tidak berfikir panjang sebelum mengucapkan atau berkata sesuatu. Apapun, PM lebih arif dalam membuat keputusan tepat untuk memilih winnable candidate bagi kerusi Parlimen dan DUN tanpa dipengaruhi oleh mana-mana agensi. Soal calon bukanlah aspek utama dalam menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding. Yang lebih mustahak adalah keupayaan jentera kempen untuk mempengaruhi sikap, emosi dan tingkahlaku pemilih berdaftar (kumpulan sasar) supaya bertindak memberi sokongan mengikut matlamat yang diinginkan oleh pihak penganjur (parti). Inilah pengertian Geraksaraf dan Perangsaraf (GSPS) yang perlu diberi penekanan oleh semua pihak yang inginkan jaminan kemenangan.
            Justeru, sebagai ingatan dan renungan kepada mereka yang teringin sangat (tak sabar-sabar) nak jadi calon, “tak payahlah mengejar agensi yang disebut oleh KJ, sebaliknya, anda hendaklah buktikan kepada pucuk pimpinan parti bahawa anda diterima oleh majoriti pengundi setempat dan berpotensi besar untuk menang”. Tidak tersasar jauh jika dikatakan bahawa KJ sendiri pun belum pasti seratus peratus bahawa beliau akan menjadi calon PRU 13 nanti di Rembau!!?? Haha…ha…ha!
             
MELAYU dan UMNO
            Strata Melayu dan Bumiputera dikira agak dinamik – daif, fakir miskin, sederhana, kaya raya dan ramai juga yang telah mengecapi financial freedom namun majoriti Melayu/Bumiputera berada di 3 anak tangga terawal. Perhimpunan Agung UMNO merupakan plaform terbaik untuk membahas dan mencari resolusi bagi menangani pelbagai permasalahan Melayu/Bumiputera. Malangnya, UMNO dilihat kurang bijak menggunakan platform tersebut untuk berbuat demikian.
Lihat dan perhatikanlah Perhimpunan Agung UMNO Ke 62 yang lalu, masih juga kurang prihatin terhadap realiti permasalahan Melayu/Bumiputera. Ucapan dan perbahasan lebih fokus kepada persiapan parti bagi menghadapi PRU 13 kelak yang lebih menjurus kepada aspek jentera kempen, calon dsb. Apapun, Melayu/Bumiputera perlu akur bahawa sesungguhnya UMNO kekal sebagai wadah perjuangan Melayu/Bumiputera dan tidak terpesong jika dikatakan “belum ada parti politik lain yang berupaya untuk dijadikan alternatif kepada UMNO” dalam landskap politik negara bagi menjamin transformasi nilai dan kepentingan Melayu/Bumiputera. Sejarah jasa bakti UMNO sudah cukup untuk membuktikannya.
Yang agak terkilan, UMNO masih lagi kurang prihatin untuk address permasalahan Melayu/Bumipuytera yang terus menghantui majoriti masyarakat Melayu/Bumiputera. Masalah penagihan dadah, “Mat Rempit” dan keciciran persekolahan anak Melayu/Bumiputera serta pembuangan bayi atau anak luar nikah terus merekodkan skala tertinggi dan menempah publisiti meluas di dada akhbar arus perdana. Walaupun pihak berwajib telah dan sedang melaksanakan pelbagai tindakan bagi menangani masalah tersebut namun ianya dilihat masih kurang efektif. Apakah UMNO dan pihak berwajib akan terus alpa dengan masalah sedemikian? dan Apakah pula tindakan Melayu/Bumiputera bagi menangani masalah tersebut sebagai komitmen sosial?
Sekilas menjelang PRU 13 pula, undi Melayu/Bumiputera kekal sebagai “undi penentu” untuk BN atau PR  memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga. Untuk memenangi “hati dan minda” pemilih Melayu/Bumiputera, pihak yang bijak menggunakan landasan Geraksaraf dan Perangsaraf (GSPS) secara efektif dan efisyen dijangka akan beroleh kejayaan yang diinginkan. Apatah lagi dalam menghadapi PRU 13 nanti yang merupakan “Ibu” kepada semua pilihanraya negara.
Apa jua pun, permasalahan Melayu/Bumiputera perlu ditangani segera oleh semua pihak yang terbabit termasuk anda yang mengaku Melayu/Bumiputera dan tidak kira di mana sahaja anda berada. Kebebasan memilih pula adalah hak mutlak anda sebagai pemilih berdaftar dan buatlah keputusan yang bijak demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Renung dan fikir-fikirkanlah………!

Wednesday 30 November 2011

Permasalahan Domestik: Di mana silapnya?

            PERMASALAHAN domestik Malaysia seperti kebanjiran Pendatang Tanpa Izin(PTI), judi, penyeludupan, pemerdagangan manusia, pelacuran dan jenayah terus mencabar agensi penguatkuasaan nasional untuk menanganinya. Negara kita agak komprehensif dari aspek kewujudan agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kastam, Imigresen dan lain-lain. Namun, aktiviti berkaitan masalah domestik tersebut semakin menjadi-jadi sekali gus menimbulkan pelbagai persepsi negatif di kalangan pemikiran rakyat tentang keberkesanan tahap penguatkuasaan agensi terlibat.
            Kebanjiran PTI warganegara Indonesia, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand (terutama dari wilayah Selatan Thai) dan sebagainya dalam negeri ini telah melonjakkan skala permasalahan domestik terutama kes jenayah terutama pecah rumah, ragut, merompak dsb. Di mana silapnya? Kehadiran PTI boleh menjejaskan tahap keselamatan negara dan keharmonian rakyat.
            Segala entry point rasmi dipenuhi oleh agensi penguatkuasaan manakala persisiran pantai dan darat turut dikawal oleh agensi penguatkuasaan. Tidak mungkin akan terlepas PTI yang begitu ramai ke negara ini dengan kawalan sedemikian. Apakah “rasuah terkoordinasi secara makan bersama” oleh “pagar yang makan padi”? dan Adakah ianya  masih berleluasa hingga merumitkan pengesanan SPRM?
            Anda diseru untuk bertindak sebagai whistle blower bagi membantu SPRM mengambil tindakan undang-undang terhadap “pengkhianat” negara terbabit. Marilah sama-sama kita berdoa agar Pagar Tidak Makan Padi demi keselamatan dan kedaulatan negara.
Gaji dan Pencen Perlu Penyelarasan Segera!!!
            Kita bekerja untuk dapat Gaji atau upah bagi meneruskan survival kehidupan yang kian terhimpit oleh tekanan ekonomi dan persekitaran semasa yang kian mencabar. Setelah berbakti dan menjangkau umur bersara, kita pula bergantung kepada pemberian Pencen (hanya untuk kakitangan kerajaan). Inilah realiti dan fenomena “orang makan gaji” dan lazimnya tanggal 25hb hingga 7hb berikutnya, orang makan gaji agak “tolak tak rebah” manakala bagi yang berpencen antara 21hb hingga 30hb, adalah wang dalam saku untuk berbelanja.
            Persoalannya, cukup dan setimpalkah Gaji dan Pencen yang diterima agar tidak terjerumus di bawah paras kemiskinan? Gaji kakitangan PDRM dah dikaji semula. Syukur dan Alhamdulillah. Tapi, gaji warga ATM masih di takuk lama dan entah bila warga ATM akan menikmati kenaikan gaji baru. Gaji untuk warga ATM agak unik dan lebih tinggi daripada PDRM kalau nak diikutkan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan dan Majlis Angkatan Tentera.
            Entahlah! Sampai bila agaknya warga ATM boleh bertahan dan bersabar dengan takuk gaji lama. Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) harus memberi perhatian mengenai gaji warga tentera agar ianya tidak menghakis semangat juang warga ATM.
            Mari kita kupas seadanya mengenai pencen yang diterima oleh pesara. Percayakah anda kalau dikatakan bahawa masih ramai pesara yang menerima pencen sekitar RM150.00 hingga RM300.00 sebulan (terutama bagi mereka yang bersara pada era awal 70an. Memang benar, jumlah tersebut agak mencukupi pada zaman itu namun ianya diibaratkan “tahi gigi” untuk era milinium ini. Tidak bolehkah dibuat “Timbang Tara” sewajarnya bagi mengkaji angka yang munasabah untuk diterima mereka bagi menampung keperluan hidup kini. Apakah RM1,500.00 angka minima ini terlalu tinggi untuk pihak berwajib merealisasikannya jika nak dibandingkan dengan khidmat bakti mereka.
            Keprihatinan pihak berwajib untuk menyelaras Gaji dan Pencen dituntut demi kesinambungan kehidupan sebuah keluarga yang masih “miskin” di bumi Malaysia yang kaya.

Tuesday 29 November 2011

Kredibiliti Twitter YAZID MOHD DENI Diragui....!!??
Kononnya twitter yang diasaskan oleh Kapt (B) Yazid Mohd Deni (KP:480421-04-5115) (4506953) dan nombor tentera T136010, dibangunkan pada tahun 2011 (menyambung nafas blog KOBATPR yang telah diragui dan terkubur tanpa nisan) bertujuan untuk memperjuangkan nasib bekas tentera tetapi ianya lebih bermotifkan kepentingan politik. Pelbagai artikel paparan dalam blog beliau terdahulu (KOBATPR) didapati tidak berasas dan kredibilitinya amat diragui. Sebagai contoh,artikel berkaitan isu Faizzal Jinong Abdullah adalah TIDAK BENAR dan satu pembohongan kepada rakyat terutama bagi pengunjung dan pengikut.
Kapt (B) Yazid pernah berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Johor mulai 20 Sep 1972 dan berhenti pada 5 Jun 1973 sebelum tempoh 3 tahun kontrak tamat dengan alasan untuk mengikuti kursus intensif profesion guru. Beliau turut mempunyai Sijil Berhenti Askar Wataniah Malaysia (PPT Johor/123/73) dan telah berkahwin dengan Kintan Haron (KP 471016-01-5364) serta mempunyai tiga orang anak, Syaiful Adli, Norhanani dan Syaiful Az beralamat di No.13, Lorong Perlindung Damai 17, Taman Perlindung Indah 2B, 26100 Kuantan, Pahang.
Yang agak pelik adalah mengenai identiti Yazid sebagai seorang Pegawai Tentera? Kesahihan beliau sebagai bekas Pegawai Tentera amat diragui malah lebih condong kepada “Identiti Palsu”. Justeru, Yazid wajar menjelaskan perkara ini dengan memaparkan bukti atau dokumen sah dalam Twitternya. Sahutlah cabaran ikhlas ini demi kebenaran dan keadilan pembaca dan pengikut Twitter anda, wahai Sdra Yazid Mohd Deni.
   

Monday 28 November 2011

Kenapa Indonesia Membenci Malaysia?

            PERSOALAN ini timbul ekoran daripada pelbagai petunjuk dan tindakan yang dipamerkan oleh rakyat Indonesia terhadap kontijen Malaysia di sepanjang acara Sukan SEA yang telah tamat pada 22 Nov yang lalu. Kenapa dan mengapakah rakyat Indonesia membenci Malaysia menimbulkan pelbagai persoalan di sanubari rakyat Malaysia sehingga warga Indonesia sanggup TIDAK menghormati Lagu Kebangsaan (Negaraku) kita.
            Sikap kurang ajar rakyat Indonesia tersebut memberi tamparan hebat kepada kita yang cintakan negara. Tidak terfikirkah oleh mereka bahawa ratusan ribu rakyat Indonesia berpeluang mencari rezeki di negara kita malah ada yang lebih kaya dan berharta daripada kita. Sepatutnya mereka patut berterima kasih kepada kita yang mempunyai nilai tolerance and acceptance yang tinggi bagi membolehkan mereka menumpang tuah di bumi kita.
            Sememangnya tanpa ragu, Allah SWT jua yang “Maha Mengetahui”, lantas Allah mengizinkan pasukan bolasepak kita merangkul pingat emas – ibu kepada segala pingat. Kemenangan ini lebih bersifat “kemenangan morale” sekali gus melenyapkan rasa bongkak penyokong Indonesia dengan meninggalkan stadium dengan “lidah kelu tanpa kata” malah seorang penyokong mereka telah menemui ajal akibat kerakusan dan terburu-buru penyokong mereka. Walau bagaimanapun, Syabas ‘Harimau Muda’ kerana mengganyang ‘Garuda’.
            Mengimbau kembali sikap dan tindakan rakyat Indonesia yang membenci Malaysia perlu dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat rakyat Malaysia. Nilai tolerancy and acceptibility perlu dinilai semula dengan batasan tertentu oleh pihak berwajib Malaysia. Pendatang Tanpa Izin bukan sahaja rakyat Indonesia malah tanpa mengira negara asal perlu ditangkap, diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan diusir daripada bumi Malaysia.
            Bagi rakyat Indonesia yang berada di Malaysia kini dan sedang mencari rezeki, berterima kasihlah dan hormatilah rakyat Malaysia yang tinggi nilai budi pekertinya.
           
           
merapusakan.blogspot
            Blog ini diwujudkan untuk membincang dan mengupas pelbagai isu dengan motif utama untuk trigger pihak yang berkenaan memberi perhatian supaya tindakan susulan diambil demi kebaikan dan kepentingan semua pihak. Walaupun blog ini berteraskan kepada dua perkataan ‘merapu dan sakan’ tetapi ianya berlandaskan kepada situasi sebenar yang berlaku di persekitaran. Janganlah salah erti atau mempunyai persepsi yang salah hanya kerana nama. Pepatah Inggeris dirujuk, “Roses call by other names still smell sweet”.
            merapusakan.blogspot akan sedaya upaya dengan izin Allah SWT akan menjauhi segala unsur tohmahan dan fitnah terhadap mana-mana individu atau kumpulan individu atau agensi. Lazimnya, mengupas perkara benar akan menjadi perkara yang amat sukar ditelan oleh pihak yang terbabit. Apapun realiti tetap suatu realiti yang perlu diterima oleh semua pihak sama ada secara sukarela atau “izin dalam paksa”.
            Para pengunjung dan pengikut blog ini disarankan agar memberi komen yang membina secara ikhlas dan benar demi kebaikan bersama.















           
             

Wednesday 9 November 2011

SELAMAT DATANG ke laman blog "merapusakan.blogspot" yang baru bertunas namun mempunyai akar tunjang yang kukuh untuk cuba memaparkan pelbagai isu yang manis dan pedas serta adakalanya agak pahit untuk ditelan oleh pihak tertentu.

Para pengunjung dan pengikut blog ini dijemput untuk memberi sebarang komen (Komen adalah menjadi tanggungjawab anda secara peribadi tanpa sebarang bebanan kepada pemilik blog ini). Walaupun nama "merapusakan" tetapi paparan artikelnya adalah secara kritis dan logikal untuk direnungi oleh pihak berkenaan. Ada apa pada nama kerana 'Roses call by some other names, still smell sweet'.