Wednesday, 7 December 2011

Calon Mampu Menang PRU 13 ???
            Menjelang PRU 13 kelak, BN dan PR (termasuk parti pembangkang lain) sudah semestinya meletakkan calon mampu menang (winnable candidate). Persoalannya, bagaimananakah BN dan PR dapat mencongak kriteria calon masing-masing yang mampu menang sedangkan calon berkaitan belum diketahui oleh pemilih berdaftar. Lazimnya, pemilih berdaftar mengetahui senarai calon yang akan bertanding bagi kawasan Parlimen dan DUN, hanya 2 ke 3 hari sebelum Hari Penamaan Calon.
            Kerahsiaan senarai calon ada kebaikan dan keburukannya yang tidak perlu diperulaskan kerana setiap individu mempunyai persepsi tersendiri. Sekali imbas kalau diperhalusi trend pengundi dalam semua siri pilihanraya; terdapat pengundi yang memberi sokongan undi berlandaskan kepada keupayaan calon namun tidak kurang pula yang menyokong parti tanpa dipengaruhi oleh faktor calon. Trend ini juga berbeza-beza antara kawasan Parlimen dan DUN.
Secara rambang, pengundi daripada golongan atasan dan pertengahan (merangkumi 90%) amat memandang berat terhadap kewibawaan calon manakala golongan bawahan (sekitar 5%) lebih condong kepada kemampuan parti yang berupaya membela nasib dan masa depan mereka. Terdapat juga golongan ‘Atas Pagar’ (5%) yang agak kritikal dalam pemilihan mereka.
            Pengundi ‘Atas Pagar’ membuat pilihan mereka berteraskan kepada aspek isu, calon dan parti sebagai faktor yang dipertimbangkan. Jadi, kesimpulannya, kriteria utama dan terpenting bagi calon mampu menang secara realitinya adalah mereka yang mendapat majoriti undi setelah keputusan diumumkan oleh pihak SPR……hehehe!
            Sebenarnya, calon mampu menang hanyalah berasaskan kepada persepsi pucuk pimpinan dan parti kerana apa jua Kajian Sikap yang dilaksanakan oleh BN atau Pembangkang, ianya tidak terkecuali daripada elemen biased yang tebal.
            Pemilih berdaftar kini sedang menanti sama ada pihak BN atau Pembangkangkah yang mempunyai courage and political will untuk mengumumkan calon masing-masing secara lebih awal sebaik sahaja Parlimen dan DUN dibubarkan.
            Seperkara yang menarik, adakah DUN Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan turut dibubarkan sebaik sahaja PM membubarkan Parlimen, kekal menjadi teka-teki di kalangan parti komponen BN. Undang-undang baru perlu diperkenalkan…….Kita tunggu dan lihat.
            Apapun jua War of Perceptions perlu dimenangi oleh komponen atau pakatan parti untuk berada di Putrajaya – simbol kerajaan memerintah.

No comments:

Post a Comment