Thursday 28 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: PKR Senarai Pendek Nama Calon.....!!!

PKR sudah menyenarai pendek nama-nama calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada PRK Pengkalan Kubor tidak lama lagi. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir berkata, nama-nama tersebut sudah disenarai pendek untuk diserah kepada pucuk pimpinan bagi dipertimbangkan. “Apa yang pasti nama-nama terbabit merupakan anak-anak tempatan Tumpat termasuk ada tokoh berpangkat Datuk. Kita pastikan mereka dikenali penduduk tempatan,” katanya. PKR Negeri mengadakan pertemuan dengan jentera PKR Tumpat bagi membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya. Manakala PAS pula sudah membuat persiapan akhir sebelum membuka markas besar di Kampung Getting termasuk menaikkan sepanduk di markas terbabit. Pusat Khidmat Penyelia DUN Pengkalan Kubor juga mula sibuk dengan kedatangan petugas kawasan-kawasan lain di Kelantan termasuk dari Pasir Puteh diketuai Setiausahanya, Drs Zainuddin Awang Hamat. Abdul Aziz juga berkata, biar pun PKR tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi berbanding PAS, namun kerjasama padu Pakatan diharap mampu dalam misi merampas semula DUN berkenaan. Menurutnya, PKR menghormati pandangan rakan-rakan di Kelantan yang melihat kemampuan jentera PAS bagi merampas DUN tersebut. “Biar pun ada suara-suara dalam kalangan Muslimat dan Pemuda Negeri mahu DUN terbabit dikembalikan kepada PAS, namun ia dianggap sebagai proses dalam politik,” kata Abdul Aziz

Wednesday 27 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: BN Masih Boleh Menang.......!!!???

Lumrah dalam politik dan kejamnya dunia politik apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia maka orang politik menjadi sibuk. Mereka bukan sibuk untuk menguruskan pengembumian jenazah atau berfikir apa-apa yang perlu, tetapi sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kerana kekosongan kerusi yang ditinggalkan si mati. Barang kali dalam politik sudah hilang rasa hormat dan kepedulian kepada soal-soal fardu kifayah. Orang politik baik pemimpin dan pemain bawahannya semua berfikir soal kebendaan dan komersial. Bagi merka semua boleh diuruskan dengan ringgit, dan semua "bangsa" perlu dipolitikan. Kebejatan manusia politik ini terkesan sekali lagi, apabila ADUN Pengkalan Kubor Noor Zahidi Omar, 57 meninggal dunia di China pada 21 Ogos lalu. Tatakala jenzah masih berada di Guang Zhao, tetapi manusia politik di tanah air sudah pun berkira-kira dan membuat perhitungan mengenai PRK Pengkalan Kubor. Sudah yang ada membuat perhitungan siapa calon dan peluang parti yang akan menang. Apa yang orang ingin mengetahui hal Pengkalan Kubor ialah dua perkara utama. Pertama\, apakah BN dapat mengekalkan kerusi berkenaan, dan kedua siapakah atau daripada fraksi manakah yang akan menentang BN dalam PRK yang bakal diumumkan itu. Inilah dua perkara awal yang sedang bermain dalam kepala orang ramai khasnya pemain politik. Dalam pilihan raya lalu Allahyarham Noor Zahidi menang dengan manjoriti besar, mendapat 1,776 majoriti mengalahkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR Saharun Ibrahim yang mengutik sebanyak 8,438 undi berbanding dengan Noor Zahidi yang memunggut sebanyak 10,174 undi. Keseluruhan pengundi berdaftar di Pengkalan Kubor ialah sebanyak 24,097 dengan pecahan 91.8% pengundi Melayu, 0.97% pengundi Cina dan 7.03% pengundi bangsa lain terutamanya Siam. Dalam PRU 2008 kerusi itu dimenangi Noor Zahidi dengan kelebihan undi sebanyak 100 sahaja mengalahkan calon PKR Mat Hassan seorang calon kampungan. Pemerhati sedikit terperanjat apabila Noor Zahidi memperbaiki kedudukan dalam PRU13 dengan meraih sebanyak 1,736. Kejayaan Noor Zahidi ini dilihat sebagai keupayaan dan kepedulian beliau kepada rakyat. Ertinya beliau bekerja membaiki reputasinya di Pengkalan Kubor. Perkara ini memanglah jelas. Noor Zahidi seorang wakil rakyat yang baik dan dekat dengan rakyat. Dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Tumpat yang memegang beberapa jawatan lantikan politik memberi kemudahan kewangannya kepadanya untuk mengurus dan membantu rakyat. Peluang itulah menyebabkan beliau mendapat undi lebih baik. Persoalan kini apakah budi atau kebaikan Noor Zahidi itu akan terguna pakai dalam PRK kelak? UMNO Kelantan mengira sedikit sebanyak ia membantu parti tersebut, tetapi tentulah tidak banyak. Kelebihan yang ada kepada Noor Zahidi sebelum ini juga kerana beliau seorang yang baik, Allahyarham juga mempunyai keluarga besar di Tumpat. Orang-orang PAS termasuk Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar juga merupakan kawan baiknya. Hubungan inilah menyebabkan berlaku perbezaan undi diperolehi Kamarudin di Pengkalan Kubor berbanding dengan undi diraih calon PKR, Saharun Ibrahim. Apakah situasi ini akan berlaku dalam PRK nanti? Jawapannya, ia bukan mudah. Tidak semestinya kebaikan orang-orang PAS di Pengkalan Kubor yang tidak senang dengan PKR, akan berpindah undi kepada calon baru UMNO kelak. Perhitungan dan pendekatan baru perlu dilakukan UMNO kalau mahu menarik simpati berbelah bahagi itu. Secara kasarnya UMNO masih boleh mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor, tetapi bukan dengan majoriti sebesar dikutip Noor Zahidi itu. Mustapa Mohamed selaku Ketua UMNO tidak boleh tidak kena mempertahankan kerusi berkenaan kerana ia adalah moral kepimpinannya. Mustapa harus membuktikan yang beliau masih mampu dan ada pengaruh di Kelantan. Kekalahan di Pengkalan Kubor akan memberi natijah yang buruk kepada Mustapa. Annuar Musa yang selamanya dahagakan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan akan bijak menggunakan kekalahan itu nanti untuk menonjolkan semula kehebatannya di Kelantan. Untuk menjadi Pengerusi UMNO Kelantan dua kali (menambah) tidak pelik kerana Tengku Razaleigh Hamzah dan Mustapa Mohamed juga "menambah" dengan jawatan itu, dan kenapa tidak dengan Annuar. Bercakap mengenai peluang BN ini, calon memainkan peranan penting dan penentu kepada menang kecil atau menang besar. Muhyiddin Yassin sudah memberi gambaran awal yang BN akan menurunkan calon muda. Manakala di pihak UMNO Kelantan memberi gambaran mereka tidak kurang dengan calon. Ramai muka-muka baru yang berpotensi. Soalnya siapa? Persoalan kedua, parti mana antara PKR dan PAS akan meletakkan calon untuk merampas kerusi berkenaan. Kalau mengikut tradisi dalam Pakatan Rakyat (konsensus yang longgar), sepatutnya kerusi itu diserahkan kepada PKR. Tetapi PAS sudah lama mengidam untuk bertanding di situ. Kekalahan dua kali calon PKR dijadikan alasan utama oleh PAS. Ada benarnya juga alasan PAS itu. Tetapi kekalahan PKR tidak tepat untuk dijadikan alasan bagi PAS mengambil kerusi berkenaan tanpa membuat analisa dan kajian menyeluruh kenapa PKR kalah di kerusi berkenaan. Harapnya PAS jujur dan ikhlas dalam membuat anlisa mengenai kekalahan atau kegagalan PKR di Pengkalan Kubor itu. Kalau kekalahan arwah Mat Hassan tahun 2008 dan kekalahan Shaharun 2013 berpunca sedikit sebanyak daripada sabotaj pihak PAS, maka alasan yang diberikan itu kurang tepat. Alasan itu tidak ikhlas dan menunjukkan PAS sebagai rakan yang adil dan saksama dalam Pakatan Rakyat Sebaliknya kalau punca kekalahan itu kerana faktor lain tidak ada kena mengena dengan sabotaj P\AS ia boleh diterima. PKR sendiri tidak perlu bertekak untuk melepaskan kerusi itu kepada PAS. Kerana apa yang penting ialah kemenangan. Sesuatu yang cacat sudah lama berlaku di Pengkalan Kubor di mana keadaan ini orang melihat tidak mewujudkan suasana kondusif antara PAS dengan PKR. Walaupun kerusi itu diberikan kepada PKR bertanding dalam pilihan raya, tetapi jawatan penyelia DUN diberikan kepada PAS. Kalau mengikut amalan biasa yang betul, mana-mana kerusi yang kalah, ianya perlu diserahkan kepada parti yang calonnya kalah untuk menjadi penyelia. Dengan cara itu barulah calon kalah atau parti kalah tadi dapat meneruskan khidmat kepada masyarakat. Tetapi ia tidak berlaku di Pengkalan Kubor dan juga di tempat lain. Penyelia DUN diberikan kepada PAS menyebabkan kerja untuk masyarakat bertindih dan pihak PKR selalu bekerja hanya dengan gusi dan air liur. Hal ini juga turut diamalkan bila mana kerusi Kuala Balah yang ditandingi PKR tetapi penyelianya diberikan kepada PAS. Calon PKR Ramlan Mat yang dilantik menjadi penyelia kemudian turun penuh kezaliman. Sikap dan perbuatan ini adalah sabotaj dan bukan sikap setiakawan yang baik. Jadi kalau ia sabotaj ertinya perkiraan PAS untuk mengatakan PKR tidak ada kekuatan tidak benar, kerana kelemahan PKR itu turut sama dicanang oleh PAS. Dengan kejadian ini kalau PAS memutuskan kerusi Pengkalan Kubor ditandingini PAS, ia tentu akan mendapat kritikan daripada pihak PKR. Bukan senang dan mudah untuk PKR menyerahkan begitu sahaja kerusi itu walaupun ianya tidak ada apa-apa ikatan. Pengambilan tanpa mendapat perlepasan baik daripada PKR menimbulkan masalah kepada PAS. Kegagalan PAS untuk merampas kerusi Pengkalan Kubor akan dikaitkan dengan kepimpinan Ahmad Yaacob sebagai MB dan Pesuruhjaya. Mereka yang sedang menanti atau mencari kelemahan Ahmad Yaakob akan menggunakan isu ini untuk menikamnya. Kalau kerusi itu terus diberikan kepada PKR untuk meletakkan calonnya, harapan untuk menang sangat tipis, bahkan ia lebih tipis daripada PAS. Kemenangan untuk PAS dan PKR dapat dicapai hanya dengan satu cara sahaja kedua pihak berkomrpmi dan ikhlas menghadapi pilihan raya berkenaan. Dengan wujudnya persefahama sampai ke tulang hitam begitu sahaja memungkin kerusi Pengkalan Kubor itu mampu dirampas. Apapun, UMNO dilihat agak kebal di Pengkalan Kubor.

#PRK Pengkalan Kubor: PR Bakal Terkubur.......!!!

Tamat Kongres Nasional PKR, nampak sangat selain ada perbalahan dalaman sesama PKR, hubungan parti anak beranak Anwar dengan PAS juga semakin renggang. Buktinya banyak. Ketidakhadiran pemimpin utama PAS ke Kongres kali ini adalah salah satu daripadanya. Melainkan Khalid Samad, Hadi dan Nik Aziz tidak nampak bayangnya di mana-mana. Kesempatan ini bagaimanapun digunakan pemimpin PKR macam Shamsul Iskandar untuk memburuk-burukkan Hadi dalam ucapannya. PRK DUN Pengkalan Kubor akan datang dijangka menjadi medan untuk membuktikan sama ada PKR dan PAS akan terus berpakatan atau bermusuhan. Dari satu segi, DUN Pengkalan Kubor ini unik kerana ia terletak dalam Parlimen Tumpat dan 3 DUN sekitarnya dikuasai PAS. Satu DUN inilah yang diberikan ruang oleh PAS untuk PKR bertanding sejak 2004 tapi malangnya parti itu kalah setiap kali. Menang kecil majoriti bukan isunya, isunya kalah tetap kalah walaupun berbeza 100 undi. Sebab itulah agaknya Ketua Wanita PAS minta untuk kali ini kerusi itu diserahkan kepada mereka, bukan PKR. Mana tidak berbulu orang PKR, dahlah masa permintaan itu dibuat PKR tengah sibuk berkongres, ada masalah lain menanti di Selangor yang perlu diselesaikan, datang PAS bagi masalah lain pula pada mereka. Tapi tidak mengejutkan kalau PAS tetap letak calon di Pengkalan Kubor (disebalik bantahan PKR) kerana dalam PRU13 yang lepas pun, itulah juga yang mereka lakukan walaupun katanya berpakat-pakatan. PRK Pengkalan Kubor ini dilihat sebagai penentu masa depan Pakatan Rakyat – terus berpakat atau berkubur. Kalau berkubur pun tidak meninggalkan nisan sebab Pakatan Rakyat tidak didaftarkan. Macam Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat sebelum ini.

Tuesday 26 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Ibrahim Ali Mungkin Bertanding......!!!

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon. "Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding sebagai calon bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya". "Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan". "Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor)," katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya Dato' Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati. Selain itu, Ibrahim berkata, sebagai ahli politik dari Kelantan yang pernah bertanding atas tiket PAS pada 2008, beliau meramalkan UMNO akan menang mudah pada PRK Pengkalan Kubor akan datang. Bagaimanapun, beliau berkata, persaingan akan menjadi sengit sekiranya PAS meletakkan calonnya di kawasan itu untuk bertanding dengan UMNO. Katanya, PKR akan kalah memandangkan parti itu tidak mempunyai Cawangan di Pengkalan Kubor serta tidak mempunyai jentera dan ahli yang kuat di Kelantan. Malah, Ibrahim berkata, simbol bendera parti juga dapat mempengaruhi pengundi untuk membuat pilihan semasa pilihan raya nanti. "Kalau di Kelantan, guna simbol 'mata' (PKR), orang rasa tak ada kewajipan untuk mengundi. Tapi PAS, simbol bulan. Orang ingat Islam. Jadi dia (pengundi) tak ada kewajipan nak undi PKR". "Sebab itu di Pengkalan Kubor, kalau PKR bertanding, beri menang mudah pada BN. Lagipun PKR tak ada calon berwibawa. PKR tak ada Cawangan di Pengkalan Kubor. Ahli pun tak ada. PKR tak ada jentera dan ahli pun tak kuat". "Kalau calon PAS bertanding, atau calon PKR bertanding guna simbol PAS, saya percaya pertarungan akan sengit," katanya lagi.

#PRK Pengkalan Kubor: Enam Disebut Sebagai Calon BN......!!!???

Gambar di atas menunjukkan wajah 6 orang yang disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK DUN Pengakalan Kubor. Kita tunggu, siapa sebenarnya winnable candidate. Selain bakal calon berkaitan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin juga turut berada di Start Line......!!!

Cincau Ubat Darah Tinggi.......!!!

Maklumat terbaru yang diperolehi setelah lama mencari penawar untuk penyakit darah tinggi. Sebelum itu hendak beritahu bahawa seorang sahabat Matmerapu setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206 (bacaan atas). Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang tidak digunakan ialah bahan dari daun hempedu ular atau pucuk/bunga betik jantan. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180. Pada suatu hari, Matmerapu diberitahu , seorang sahabat lain yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Sudah berbelas tahun makan malah ubat hospital langsung tidak disentuhnya. Cara makan ialah setiap dua hari sekali,makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi hendak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau hendak lebih mudah, blend atau kisarkan semua cincau itu dan minum macam biasa. Dalam bentuk packing silinder kecil, makan setiap hari satu. Mula-mula risau juga hendak makan tiap-tiap hari, cincau ini kan sejuk. Hasilnya darah tinggi sahabat Matmerapu dari 180 yang tidak turun-turun selama 2 bulan telah menurun kepada 126. Cincau adalah satu bahan yang mampu menurunkan darah tinggi anda. Jika anda atau saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini. Selamat mencuba.....Insya'Allah.

Tan Sri Khalid Kekal MB Selangor Sehingga.........!!!

Sunday 24 August 2014

Adakah Ini Calon PR Untuk PRK DUN Pengkalan Kubor......!!!???

Pakatan Rakyat (PR) wajar mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor untuk mengukuhkan kerjasama politik di antara PAS, Keadilan dan DAP.PRK kali ini juga penting buat Menteri Besar (MB) Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob atas dua sebab. Pertama, ini adalah PRK pertama di Kelantan setelah beliau menjadi MB menggantikan Datuk Bentara Setia TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua, DUN Pengkalan Kubor sendiri berjiran dengan DUN MB iaitu Pasir Pekan. Kedua-duanya terletak di bawah parlimen Tumpat yang diketuai MB selaku Yang Dipertua PAS Tumpat. Sejauh manakah pengaruh MB baru ini dapat membantu PR untuk memenangi semula DUN Pengkalan Kubor? Umum mengetahui yang Kelantan dilanda "krisis yang tak nampak" berikutan gaya pentadbiran MB baru yang dilihat tidak menawarkan apa-apa yang menarik untuk rakyat, di samping isu kedudukan Datuk Husam Musa yang menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. DUN Pengkalan Kubor itu sendiri merupakan satu DUN yang menarik. Pemenangnya bersilih ganti antara PAS, UMNO, Berjasa dan Semangat 46 sehinggalah pada tahun PRU 2008 PAS menyerahkan kerusi ini kepada PKR untuk ditandingi. Tetapi DUN ini gagal dimenangi PKR pada PRU 2008 (tewas majoriti 100 undi) dan PKR tewas lagi dengan majoriti yang lebih besar pada PRU 2013 (tewas majoriti 1,736 undi). PRK kali ini akan menyaksikan adakah PAS masih budiman untuk terus menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR untuk ditandingi atau PAS mahu mencuba nasib meletakkan calonnya di situ. Sementelah PKR juga tidak pernah menang di situ, maka tidak salah bagi PAS untuk kembali berpencak setelah kali terakhir menang di Pengkalan Kubor pada PRU 1999. Siapa pun calon PR bagi DUN Pengkalan Kubor, calon itu mestilah winnable yakni boleh menang. Matmerapu menjangka tiada calon lain yang boleh mengisi ciri-ciri boleh menang ini melainkan Ahli Parlimen Tumpat selama empat penggal iaitu Datuk Kamarudin Jaffar. Kamarudin terbukti sangat popular dan sudah 'menjejak kaki' di parlimen Tumpat sejak PRU 1995. Selaku calon BN, beliau tewas tipis di tangan Allahyarham Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood. Namun begitu, setelah menyertai PAS pada tahun 1999, beliau diberi kepercayaan PAS untuk bertanding di parlimen Tumpat dan menang dengan majoriti besar iaitu 10,442 undi. Apabila kerajaan negeri pimpinan PAS dilandai badai pada PRU 2004, beliau tetap kekal menang (walaupun majoriti kurang menjadi 1,820 undi) dan menjadi salah seorang daripada enam ahli parlimen PAS yang terselamat pada penggal itu. Beliau menang lagi pada PRU 2008 dengan majoriti hampir 10 ribu undi dan mengulangi lagi kejayaan yang sama pada PRU 13 apabila menang dengan majoriti 10,624. Dalam keadaan PAS tidak mempunyai apa-apa tawaran 'duniawi' yang menarik untuk diberi kepada rakyat Pengkalan Kubor, ditambah pula dengan lambakan projek segera dan kempen agresif yang akan datang dari segenap jentera kerajaan pusat, Pengkalan Kubor bukanlah medan yang sesuai untuk PAS bereksperimen meletakkan muka baru sebagai calon. Persepsi dingin terhadap kerajaan negeri dan kempen agresif BN dijangka akan dineutralisasikankan dengan populariti Kamarudin, itu pun jika rakyat masih tidak terpengaruh dengan kempen BN. Ramai percaya jika PAS ingin meletakkan Kamarudin sebagai calon PR di Pengkalan Kubor, PKR akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukan lagi satu rahsia di Kelantan kebanyakan calon PKR di Kelantan pun adalah calon import dari kalangan pimpinan dan penyokong PAS juga. Adakah PKR akan mengalah kali ini demi memastikan kejayaan bersama untuk PR? Kejayaan PAS merampas Pengkalan Kubor dilihat adalah penting untuk mengukuhkan mandat kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakob. Jika Pesuruhjaya PAS Kelantan gagal untuk menawan kerusi DUN di dalam kawasan yang beliau sendiri menjadi Yang Di Pertuanya, implikasinya amatlah serius dan PAS Kelantan wajar bermuhasabah menyemak kembali gaya pentadbiran mereka di Kelantan.

Faekah ‘Anak Dara Tua Kurang Seks' Kata Hishamuddin Rais.......!!!

Aktivis Pembangkang, Hishamuddin Rais telah mengundang kontroversi apabila menggelar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai ‘anak dara tua yang kurang seks’. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjadi panel dalam forum berjudul 'Krisis Selangor: Pakatan berpecah?' di Dewan Perhumpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH). Beliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu. "Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi. "Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid". "Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan". "Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis. Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One Flew Over the Cuckoo's Nest". Ianya turut dirakamkan menerusi laman Youtube 'KiniTV' bertajuk 'Forum 'Krisis Selangor hangat pula dengan isu hina wanita'. Kenyataan beliau itu dilaporkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa peserta yang hadir pada forum berkenaan. Sebelum ini, Faekah mengeluarkan kenyataan menyelar beberapa pihak di dalam pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang menjauhkan karier politik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Malah beliau pernah menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya menerusi laman twitternya terhadap keputusan pucuk pimpinan PKR menggugurkan bosnya dari jawatan Menteri Besar Selangor dan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti bagi jawatan tersebut. Faekah dengan nada sinis menganggap keputusan mesyuarat yang dipimpin Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor.

Wednesday 20 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Medan Uji Kerjasama PR..........!!!

Pilihan Raya Kecil Pangkalan Kubor akan menguji keakraban kerjasam tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Selepas berjaya melepasi krisis Menteri Besar Selangor yang hampir memecahbelahkan Pakatan Rakyat, PRK Pengkalan Kubor akan datang bakal menjadi medan menguji komitmen gabungan pembangkang untuk terus kekal bersama. PRK itu juga akan menjadi tanda aras kekuatan PAS Kelantan di bawah pimpinan Pesuruhjaya dan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Yaakob, selepas persaraan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. PRK yang akan berlaku susulan kematian ADUN Pengkalan Kubor yang juga ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar di China. Susulan itu, SPR perlu mengadakan PRK untuk kawasan itu dalam masa 60 hari. Apa yang signifikan dalam politik Kelantan adalah kerana kerusi DUN N.1 Pengkalan Kubor ini agak unik kerana ketika wakil PKR diserahkan sebagai calon pilihan raya dalam dua PRU lalu, jawatan Penyelia DUN kawasan ini disandang oleh wakil PAS. "Maka PRK ini adalah penanda aras kepada keutuhan perhubungan PAS dan PKR di Kelantan,". Berdasarkan keputusan empat PRU sebelum ini, dapat dilihat prestasi PAS/PKR agak menurun di kerusi ini setelah menang PRU pada 1999. Bermula dengan kemenangan Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 2,432 undi calon PAS dalam PRU 1999, diikuti kekalahan dengan majoriti 714 undi calon PAS yang menyandang kerusi itu pada PRU 2004. Calon PKR Hasan Ibrahim berjaya membaiki keputusan itu apabila mengalami kekalahan dengan majoriti 100 undi pada PRU 2008. Namun, calon PKR kalah lebih besar dalam PRU13 apabila calonnya Saharun Ibrahim kalah lagi kepada Noor Zahidi dengan majoriti 1,736 undi di samping calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 65 undi. Kekalahan dengan majoriti 1,736 undi dalam PRU 2013 menjadikan kerusi N.1 Pengkalan Kubor kelihatan agak sukar untuk direbut kembali oleh PR daripada tangan BN. "Bagaimanapun, hampir tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dalam dunia politik, apatah lagi sekiranya tidak timbul sebarang pertikaian di antara PAS dan PKR mengenai siapakah di antara mereka yang lebih berhak untuk diletakkan sebagai calon mewakili PR di kerusi ini. "Dan juga siapakah di antara mereka yang mampu menonjolkan tokoh lebih berwibawa bagi memaksimakan potensi kemenangan di kerusi ini,". Kali terakhir PAS memenangi kerusi ini ialah pada PRU 1999 ketika orang Melayu beralih kepada PAS ekoran tragedi mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Calon PAS ketika itu Wan Husain Wan Ahmad mengalahkan calon BN Mat Nawawi Mat Jusoh dengan majoriti 2,432 undi. PAS dan PKR baru sahaja menyelesaikan perbezaannya dalam memilih calon Menteri Besar Selangor yang baharu apabila PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun selesai, cakap-cakap di belakang masih tajam antara PAS dan PKR.

Tuesday 19 August 2014

Takziah: ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia 20 Ogos 2014......!!!

Ketagih Internet Melemahkan Generasi Muda......!!!

Ketagihan internet kini dianggap satu bentuk ketagihan alaf baharu yang menular pantas di seluruh dunia khususnya dalam kalangan golongan muda. Isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental itu boleh ditafsirkan secara ringkas sebagai, sejenis gangguan psikologi yang menjejaskan kawalan impuls diri sehingga seseorang menjadi terlalu akrab terhadap internet. Istilah lain yang digunakan ialah pergantungan kepada internet, ketagihan teknologi dan penggunaan komputer patologi. Isu itu diburukkan lagi dengan kemajuan teknologi telefon bimbit dan pelbagai jenis gajet pintar di pasaran yang menyebabkan ramai pengguna menghabiskan terlalu banyak masa dengan melayari laman sosial atau Social Networking Site (SNS) seperti laman Facebook (Fb), Instagram, WhatsApp, Keek, dan Twitter. Lebih membimbangkan, statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 72 peratus daripada 18.6 juta pengguna internet tempatan adalah golongan muda seawal usia mentah tujuh tahun hingga berusia 35 tahun. Rata-rata mereka mendapat akses mudah dari rumah, tempat kerja, institusi pengajian tinggi (IPT) atau gajet pintar, selain banyak kemudahan internet yang mudah dan pantas untuk komuniti luar bandar termasuk Pusat Mini Jalur Lebar Komuniti, Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang terdapat di seluruh negara. Namun demikian, masalah ini sebenarnya boleh ditangani melalui program intervensi yang dibimbing oleh para kaunselor. Kerjasama penyelidikan antara SKMM dengan sebuah universiti tempatan, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), mendapati ketagihan SNS berkait rapat dengan kesihatan mental iaitu tekanan perasaan, keresahan dan kemurungan. Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ke Guek Nee turut mendedahkan bahawa 60 peratus daripada keseluruhan responden didapati mengalami simptom keresahan yang berpunca daripada ketagihan SNS. Beliau yang kini berkhidmat di Heriot-Watt University Malaysia, turut mengesahkan hubungkait antara penggunaan SNS dengan kesihatan mental, iaitu semakin ketagih seseorang itu terhadap SNS, semakin terjejas kesihatan mental mereka. “Keputusan analisis itu diperoleh daripada soal selidik terhadap 725 pelajar responden dari lapan IPT awam termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak”, jelasnya. Bagi beliau ketagihan internet adalah satu isu yang serius dan ramai yang tidak menyedari masalah itu. “Contohnya, jika seorang pengguna internet tidak dapat menggunakan SNS seperti Whatsapp dalam tempoh, katakan sehari sahaja, mereka akan merasa risau ekoran takut ketinggalan sekaligus menunjukkan simptom masalah kesihatan mental”, tambahnya. Selain menjejaskan kesihatan mental, beliau turut mengakui tabiat ramai golongan muda yang lebih suka meluangkan banyak masa dengan internet boleh membawa kesan negatif yang lain. “Ini termasuk tersisih daripada interaksi sosial bersemuka, tabiat makan yang tidak sihat, gangguan tidur, kurang aktiviti fizikal, tumpuan pelajaran atau kerja terjejas, yang akhirnya menjejaskan kesihatan fizikal”, tegas beliau. Penemuan beliau adalah satu daripada dua kajian IMU yang bertujuan mendapatkan bukti sahih kesan SNS dan penggunaan internet ke atas kesihatan mental remaja Malaysia dan bagaimana media sosial memberi kesan kepada hubungan sosial secara fizikal mereka. Satu lagi kajian yang dilakukan ialah program intervensi yang melibatkan sukarelawan yang sedar bahawa mereka mempunyai masalah ketagihan, dan bersedia untuk mengatasi masalah itu. “Program intervensi itu didapati membantu peserta untuk mengawal tekanan perasaan, keresahan dan terutama sekali kemurungan yang dialami akibat daripada ketagihan”, tambah Dr.Ke. Pendek kata internet memang akan sentiasa dekat dengan kita menyebabkan kita tidak boleh lari dari berdepan dengan kesan negatif yang boleh tercetus ekoran penggunaan SNS secara tidak berhemah seperti dibuli melalui pengguna ‘haters’ dan ‘trolls’, selain boleh menjejaskan keselamatan apabila menjadi mangsa penipu dan pengendap dalam talian. Justeru, dapat disimpulkan bahawa kajian saintifik membuktikan potensi mudarat yang dibawa melalui penggunaan internet berupaya melemahkan generasi akan datang malah boleh menjejaskan keselamatan diri dan komuniti. Bimbang dengan potensi mudarat yang dibawa oleh internet terhadap masa depan rakyat, kerajaan melalui SKMM, melipatganda lagi inisiatif bagi mengurangkan impak negatif penggunaan internet melalui program ‘Klik Dengan Bijak’ (KDB) yang lebih proaktif dan positif. Pengarah Kanan Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM, Eneng Faridah Iskandar menyedari bahawa isu ketagihan internet tidak terhad kepada pelajar di kawasan bandar yang mempunyai akses mudah kafe siber, Wifi percuma dan seumpama. “Sebaliknya isu ketagihan dan keselamatan siber ini dibimbangi turut mempengaruhi jiwa pelajar luar bandar yang kini mempunyai akses mudah kepada internet”, kata beliau. Oleh itu, beliau menekankan kepentingan orang awam untuk menyedari masalah ini dan mengetahui pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasinya. Ini sekaligus menjadikan sasaran utama program KDB ialah pembinaan jati diri untuk golongan remaja dan kanak-kanak dengan mengguna pendekatan yang ‘cool’ dan menyeronokkan. “Generasi muda amnya tidak suka ditegur, jadi pendekatan terhadap isu itu perlu dilakukan secara lembut dan sensitif yang lebih sesuai dengan keperluan mereka”, akui Eneng Faridah sambil memainkan beberapa iklan video menarik yang dimuat naik ke dalam akaun FB KDB. Selari dengan prinsip Rukun Negara, KDB memberi fokus melalui tiga pendekatan utama iaitu mendidik pengguna mengguna internet dengan selamat, mengingatkan pengguna untuk sentiasa berwaspada terhadap semua aspek interaksi online serta memgalakkan penggunaan internet secara positif sahaja. Beliau mengingatkan golongan muda betapa pentingnya untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi, tidak berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali serta menjaga tingkah laku dan berfikir secara rasional sebelum menaip sesuatu ke dalam internet. Amnya, KDB membantu mendidik golongan muda untuk mengesan bahaya, membezakan perkara yang betul dan salah, sedar akan akibat yang perlu dihadapi daripada pilihan cara penggunaan internet dan seumpamanya. “Paling penting peserta program KDB turut dididik dengan cara selamat untuk mendapatkan bantuan jika mereka menghadapi masalah yang berpunca dari penggunaan internet”, tambah beliau. Apapun, kerajaan hanya mampu mengambil langkah pencegahan dan penguatkuasaan melalui SKMM, sedangkan tugas sebenar untuk menghalang penggunaan internet berlebihan terletak kepada pendekatan asuhan ibu bapa kepada anak mereka. Justeru Eneng Faridah turut menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memantau penggunaan internet dan SNS anak mereka. “Program KDB juga membantu ibu bapa memahami isu keselamatan dalam penggunaan internet serta cara mengenalpasti tingkahlaku anak yang mungkin terlibat dalam isu itu”, tambahnya. Selain aktif dalam laman sosial FB, SKMM mempunyai enam Pejabat Wilayah di seluruh negara yang membolehkan mereka menyampaikan pelbagai aktiviti menarik untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber kepada golongan sasaran dengan kerjasama pelbagai pihak. Melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara misalnya, mereka telah memasukkan topik keselamatan penggunaan internet ke dalam Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selain mengadakan ‘Roadshow KDB’ di kem-kem terpilih PLKN. “Peserta PLKN yang berusia antara 18 hingga 20 tahun adalah golongan sasar terbaik untuk dipupuk dengan keselamatan siber sebelum mereka mula terjebak dengan ketagihan SNS”, jelas Eneng Faridah. Antara aktiviti itu ialah kempen ‘Be Smart’ hindari jenayah komersial bersama PDRM, perkhemahan tahunan bersama Persatuan Pengakap Malaysia dan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menganjurkan sesi latihan dengan pakar luar negara, Wisekids UK serta seminar Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Melindungi Kanak-kanak Dalam Talian.

Khalid Sokong Wan Azizah Sebagai MB.......!!!

Kemelut Menteri Besar di Selangor bakal menyaksikan kejutan di luar jangkaan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat ‘pusingan U’ dengan membenarkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatannya. Ini kerana Menteri Besar itu enggan memberi laluan kepada Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk menggantikannya, kata sumber terdekat kepada Khalid. “Saya percaya Khalid sanggup mengalah kepada Wan Azizah dan akan mengatur beliau (Wan Azizah) menghadap Sultan,” kata sumber itu yang juga ahli PKR. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permintaan Wan Azizah untuk menghadap baginda pada awal bulan ini. Menurut sumber, Khalid mungkin tidak akan memohon untuk membubarkan DUN bagi melancarkan proses peralihan kuasa di antara beliau dan Wan Azizah, isteri kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid yang enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah dipecat oleh parti pada minggu lalu. PAS pada Ahad sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong Khalid sebagai Menteri Besar tetapi meminta nama Azmin dicalonkan bersama dengan Wan Azizah bagi jawatan tersebut. Azmin mengisytiharkan bahawa beliau menghormati keputusan parti untuk hanya mengemukakan nama Wan Azizah. Bekas Setiausaha politik Khalid, Faekah Husin berkata Wan Azizah mahupun Azmin tidak mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar. “Adalah baik untuk mengadakan forum bagi mengetepikan kebaikan dan keburukan daripada mempunyai salah seorang daripada mereka sebagai Menteri Besar,” katanya. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau yakin Khalid akan ‘berjuang hingga ke penghujungnya’. “Jika beliau masih gagal menghalang Azmin untuk mengambil alih jawatan itu, Khalid boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN,” katanya.

Monday 18 August 2014

Hadi: Terserah Kepada Sultan Selangor......!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada memperkenan atau sebaliknya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Musyidul Am Pas, Abdul Hadi berkata, parti boleh mengemukakan sesiapa sahaja sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun keputusan akhir tetap berada di tangan Sultan. Ujarnya lagi, PAS menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Tapi kita berharap perkara seperti itu tidak berlaku,” katanya. Abdul Hadi bertemu dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menjelaskan keputusan yang dibuat mesyuarat PAS Pusat. Dalam mesyuarat lebih sejam itu, PAS Pusat yang sebelum ini menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pusingan U-turn dengan bersetuju Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar yang baharu. PKR bagaimanapun memutuskan hanya Wan Azizah akan dicalonkan bagi menggantikan Abdul Khalid bagi jawatan itu.

Tropicana : PKR & DAP Jadi Kroni Vincent Tan......!!!???

Facebooker pro Pakatan Rakyat, Ally Hazran Hashim mendedahkan kes sebenar di sebalik Tropicana yang menjadi salah satu sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahlian PKR. Pada April 2013, di saat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama – telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun. Tidak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tidak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun. Adakah Khalid kena tipu dalam hal ini ? Siapa pemilik Tropicana? Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan (Adik Vincent Tan) pemilik Berjaya Group. SOALAN: Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ? Tunggu sekejap. Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana telah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun. Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja. Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun. Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikkan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu. Lebih menarik lagi, Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi PRU13. Paling menarik, Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah tetapi kalau setuju, akan diletakkan di kerusi DUN Pelabuhan Kelang. Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid? Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang. Diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah, RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun). Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.

NGO Desak Bubar DUN Untuk Selesaikan Krisis MB Selangor......!!!

Pengerusi Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS), Mohd Faisal Idris mendesak agar krisis Menteri Besar Selangor diselesaikan dengan cara DUN Selangor dibubarkan. Mohd. Faisal berkata, PKR tidak seharusnya melanggar undang-undang yang memihak kepada mereka jika ia memberi kesan kepada parti itu. "Bukan set perundangan yang boleh di sana tidak boleh guna di sini. Kita berharap pihak yang berkaitan mesti merujuk kepada satu set perundangan yang diinterpretasi secara jelas dan tuntas". "Kalau situasi di Perak, ketika itu mereka kata tidak betul, mesti buat pilihan raya negeri tetapi bila di Selangor lain pula jadinya. Ini pelik," katanya ketika melancarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) GRABS di Dataran Shah Alam. Beliau turut mengiystiharkan bahawa beliau kini keluar PKR dan akan menggerakkan GRABS untuk menjelajah ke seluruh Selangor berjumpa dengan rakyat bagi menjelaskan isu Menteri Besar Selangor. Menurut Faisal, GRABS akan memulakan jelajah ke seluruh Selangor bermula di Sabak Bernam untuk menjelaskan isu-isu semasa berkaitan konflik jawatan Menteri Besar Selangor. "Anwar Ibrahim telah melanggar Deklarasi Permatang Pauh yang jelas menyatakan anti nepotisme, anti kronisme, menegakkan keadilan". "Keadilan apa yang kamu beri kepada Abdul Khalid sedangkan Anwar sendiri diberikan ruang sebanyak 67 kali dalam kes beliau," katanya.

Sunday 17 August 2014

Alor Setar: Ikan Kerapu Seberat 152kg......!!!

Ramai orang berbondong-bondong ke restoran makanan laut untuk mengambil gambar 'selfie' dengan ikan kerapu seberat 152kg, yang telah menjadi tarikan selepas ia dibeli daripada pemborong pada harga RM9,120. Ikan dengan ukuran panjang 2.1 meter ini memerlukan seramai empat orang untuk mengangkatnya sebelum dipamerkan kepada pengunjung di Restoran Makanan Laut Hai Jing di Jalan Mahdali di Alor Setar. Dikenali sebagai 'loong tan' atau kerapu Harimau, pemborong ikan Ng Kong Yoong, 37, berkata ini adalah tangkapan terbesar yang diperolehinya sejak memulakan perniagaan di Kuala Kedah, tiga tahun lalu. "Nelayan saya menangkap ikan tersebut pada Khamis pagi di perairan Kuala Kedah. Kami bertuah kerana sebelum ini kami tidak pernah menangkap ikan sebesar ini. Biasanya semua ikan yang kami tangkap lebih kecil dengan berat kurang dari 100 kilogram," katanya. Ng kemudian menjualnya kepada restoran tersebut dengan harga RM9,120. "Saya menolak tawaran yang lebih tinggi dari restoran-restoran lain. Pemilik restoran ini adalah kawan saya dan saya akan merasa isi ikan ini nanti."

TS Khalid Terima Keputusan PAS, Mohon Menghadap Sultan Selangor.......!!!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PAS yang akhirnya menyatakan pendirian menolak beliau daripada terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu, Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu. "Saya menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan Exco Selangor. "Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya," katanya. Khalid berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang memutuskan bahawa parti itu mahu kedudukan beliau digantikan. Mesyuarat pada 17 Ogos menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selain mencadangan calon kedua untuk jawatan sama iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Perkembangan itu juga menyaksikan Khalid hilang sokongan majoriti di dalam DUN Selangor apabila kesemua 43 ADUN Pakatan Rakyat menolak beliau sebagai Menteri Besar. Keputusan itu sekaligus menolak pendirian dan sokongan yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mahu Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun Khalid hanya akan menghadap Sultan Selangor selepas 27 Ogos ini setelah baginda pulang ke tanah air. "Sehingga Tuanku Sultan (Selangor) membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli Exco daripada PAS. "Kami akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya.

Wednesday 13 August 2014

PAS Ditawar RM60juta Untuk Singkir Khalid......!!!???

Rakyat tertanya-tanya agenda sebenar Lajnah Politik PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada Khamis ini kononnya bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor. Desas desus yang hangat berlegar di media sosial ketika ini berkenaan “pembahagian harta karun RM 60 juta” yang di “wakaf” kan oleh Anwar Ibrahim. Sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin ini masih belum dapat dipastikan. Tambahan pula menurut Mustafa Ali, mesyuarat tersebut akan diadakan pada sebelah malam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Sekiranya menurut khabar angin ini benar, maka “lebat” lah poket pemimpin PAS nanti. Keputusan mesyuarat lajnah politik pada kebiasaannya akan dibawa kepada mesyuarat PAS Pusat. Ini secara langsung akan menentukan nasib Wan Azizah samada beliau berpeluang atau tidak menjadi Menteri Besar Selangor. Mesyuarat PAS Pusat pula telah ditetapkan pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor tersebut. Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu Menteri Besar Selangor. Ianya berlangsung di sebuah hotel di Terengganu itu turut dihadiri Mustafa Ali, Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Krisis MB Selangor: Apakah Pendirian & Matlamat Perjuangan Sebenar PAS.......!!!???

PAS dilihat mempunyai kata pemutus, samada TS Khalid Ibrahim akan kekal sebagai MB Selangor atau tidak…sebagaimana juga UMNO/BN. Dari episod ini, jelas sekali PAS sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, juga terhadap ‘proxy’ politik dan isteri beliau, Wan Azizah. Pendirian PAS bukan sahaja berbeza dengan PKR/DAP di dalam isu MB Selangor, malah di dalam pelbagai isu besar, termasuk isu penggunaan Kalimah Allah, pelaksanaan hudud dan sebagainya. Semakin jauh perjalanan politik PAS pasca PRU 2008, semakin ketara jurang perbezaan di antara PAS dan PKR/DAP. Apa yang sepatutnya disedari oleh PAS, semakin jauh perjalanan politik PAS, semakin ketara persamaan di antara PAS dan UMNO. Dari apa yang berlaku di Selangor seminggu dua ini, umat Islam disedarkan bahawa jika PAS dan UMNO bekerjasama, kedua-dua parti besar Melayu tersebut dengan mudah boleh menentukan hala-tuju politik di negara ini. Suatu persoalan besar di dalam minda umat Islam, Kenapa PAS memilih jalan sukar bekerjasama dengan DAP sebagai ‘wasilah’ atau ‘jalan’ untuk mencapai matlamat-matlamat perjuangannya.....sedangkan ‘wasilah’ paling ringkas dan mudah menuju matlamat dan sasaran ialah dengan bekerjasama dengan UMNO. Malah, jika matlamat perjuangan PAS telah terpesong dari menegakkan Negara Islam, kepada matlamat mengejar kerusi dan kuasa politik sahaja pun.....jalan yang paling ringkas dan mudah adalah dengan bekerjasama dengan UMNO juga. Matmerapu percaya overwhelming majority umat Islam bersetuju dengan ‘bacaan’ ini. Matmerapu juga percaya overwhelming majority umat Islam juga terpinga-pinga dengan pendekatan dan ‘wasilah’ yang diambil oleh PAS di dalam mencapai matlamat perjuangannya. Sehari dua lagi, akan lebih jelas kepada kita, apakah sebenarnya matlamat terkini perjuangan PAS. Itu pun kalau PAS ada matlamat. Matmerapu sebenarnya sudah lama khuatir bahawa PAS sudah tidak ada matlamat lain di dalam perjuangan politiknya, kecuali untuk mengalahkan UMNO di dalam pilihanraya.

Khalid vs Anwar: Siapa Lebih Hebat......!!!???

Dunia politik Malaysia seminggu dua ini kecoh berkenaan isu percakaran politik dalam kerajaan Selangor. Kegilaan Anwar untuk meletakkan isteri beliau,Azizah sebagai MB menyebabkan politik di Selangor meletup dan menjadi tumpuan pemerhati dan penganalisis politik. Kesannya menyebabkan kerajaan PR di Selangor runtuh setelah semua Exco daripada PKR dan DAP dipecat daripada jawatan masing-masing setelah kesemua mereka menyokong rancangan Anwar untuk meletakkan Azizah sebagai MB manakala Khalid pula di lucutkan keahlian sebagai ahli PKR. Menariknya ialah walaupun Khalid dipecat sebagai ahli PKR Khalid masih mampu berdiri sebagai MB Selangor dengan sokongan Tuanku Sultan dan sokongan PAS serta UMNO. Persoalannya ialah antara Khalid dan Anwar siapa yang lebih hebat? Mampukah Khalid bertahan walaupun nanti 'motion of no confidence' bakal dihadapi Khalid. Jika ditakdirkan Pilihan Raya Negeri, mampukah BN terutama UMNO mengeksploitasi kelemahan PKR dan menambah bilangan kerusi DUN?

Tuesday 12 August 2014

Sultan Selangor Tolak Terima Menghadap Wan Azizah.......!!!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalaman PKR, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. Beliau mengesahkan pihak istana telah menerima surat permohonan itu yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR. Menurutnya, surat pemohonan ini telah disembah kepada baginda dan baginda menitahkan supaya memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenaan menerima Azizah mengadap untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telahpun menghadap baginda berkaitan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor. "Di samping itu, DYMM Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalam parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan Datuk Seri Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan. Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Mohamad Munir: Saya dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa Baginda telah berkenaan untuk YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim terus kekal sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan bukannya keputusan Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor sebagaimana yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan. Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos 2014 adalah merupakan mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim telah menghadap DYMM Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada Baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan di-Raja. DYMM Sultan Selangor telah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor mengenai keputusana Baginda untuk mengekalkan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. Di sini juga saya mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang telah ditandatangani oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR pada hari Ahad, 10 Ogos 2014 yang memohon untk Presiden PKR, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR. Surat pemohonan ini telah disembah kepada DYMM Sultan Selangor pada hari Isnin 11 Ogos 2014 dan Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Baginda tidak berkenaan menerima menghadap Presiden PKR untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim telahpun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. Di samping itu, DYMM Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalamam parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan Datuk Seri Menteri Besar Selangor. Baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalamam PKR.

Sunday 10 August 2014

Isu MB Selangor: Pimpinan PAS & PR Tunggu Tarikh 17 Ogos.......!!!???

Pimpinan PAS dan PKR mengambil sikap tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini kerajaan Selangor ekoran pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh PKR. Masing-masing menyatakan akan menunggu tarikh 17 Ogos ini yang mana PAS Pusat akan bermesyuarat bagi melihat apakah jalan penyelesaian seterusnya merungkaikan isu Menteri Besar Selangor itu. "Saya rasa sebulan ini 'mood' raya dan kita kena raya. Hari ini hari raya dan wartawan jaga mood hari raya, jangan bercakap selain dari hari raya. Lepas Syawal kita bercakap insya Allah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar sebaik sahaja diserbu wartawan di rumah terbuka PAS. Begitu juga dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebaik diajukan soalan oleh media berkenaan Tan Sri Khalid, beliau turut memaklumkan agar sama-sama tunggu pada tarikh itu nanti. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut menghadiri jamuan Rumah Terbuka PAS juga enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut di Selangor. "Keputusan dah buat kita ikut proses yang ada. Saya dijemput oleh PAS untuk hadir jamuan, jadi saya hadir untuk jamuan. Ok ya terima kasih semua," kata Azmin. Media yang sudah menjangkakan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut berhubung kemelut di Selangor, namun pelbagai persoalan yang ditanya termasuklah apa yang mereka makan dalam jamuan itu. "Ya, selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Tidak ada apa yang kembang semuanya kecut," seloroh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tentang perkembangan Menteri Besar Selangor. "Kita akan bincang," katanya ketika ditanya sama ada Tan Sri Khalid boleh menyertai PAS atau tidak selepas ini. Namun Mohamad Sabu berkata, PAS terbuka untuk sesiapa sahaja menyertai PAS termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri. Rumah terbuka PAS yang berlangsung menjadi tumpuan media dan mereka berkumpul di hadapan pintu masuk KUIZM untuk mendapatkan respon pimpinan Pakatan Rakyat ekoran pemecatan Khalid.

Surat Rahsia PKR Untuk Guling Khalid Tersebar.....!!!???

Adakah ini surat akuan yang dilaporkan oleh media. PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti. Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai Menteri Besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu. Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad lepas. “Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti. Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan. Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu. Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai Menteri Besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan. Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu. Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk ADUN Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu. “Parti memilih saya, terima kasih,” katanya ringkas semasa program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor. Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti. Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada UMNO Selangor, yang mempunyai 12 ADUN dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya negeri. Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada BN yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular.

Rakyat Selangor Jadi Mangsa Krisis MB.......!!!

Sejak krisis Menteri Besar Selangor melanda 2 minggu lalu, masih belum pernah berlaku sebarang perbincangan di antara kerajaan BN dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai langkah menyelesaikan kemelut di Selangor yang melibatkan pihak BN, termasuk dari pihak Abdul Khalid. Sambil melahirkan rasa dukacita dengan krisis politik itu, Muhyiddin juga meminta rakyat Selangor supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku yang antara lain boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri. Ini kerana bagi Muhyiddin disebabkan kerakusan kuasa pakatan di Selangor menyebabkan negeri itu terumbang-ambing sehingga rakyat menjadi mangsa. Sehubungan itu bagi beliau pakatan harus bertanggungjawab menyelesaikan krisis politik yang berlaku dengan cara baik kerana ia membabitkan kepentingan rakyat Selangor. “Ini adalah masalah mereka yang kini menjadi krisis dan membebankan (rakyat). Bagi kita, soal rakyat lebih diutamakan. Saya tidak fikir rakyat akan rasa seronok (jika ia berterusan). “Seharusnya ada tindakan (penyelesaian) segera, kita tidak mahu masuk campur urusan dalaman. Mereka patut tengok apa yang rakyat akan hadapi. Jangan jadikan krisis itu beban kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bentong Pahang. Ditanya sama ada krisis perebutan kuasa di Selangor akan menjejaskan perjanjian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Muhyiddin berkata projek berkaitan air masih berjalan dan perlu melalui beberapa fasa lagi sebelum ia disiapkan. “Ada beberapa fasa lagi kerana ini projek besar dan mengambil masa. Banyak lagi kerjasama yang diperlukan melibatkan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk menentukan ia siap dalam masa (yang ditetapkan). Mengulas kemungkinan pilihan raya negeri Selangor diadakan susulan krisis itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata situasi di negeri itu akan dipantau sebelum memutuskan tindakan seterusnya. “Kita mesti harus bersedia. Bukan sebab kita menangguk di air keruh…(tetapi) susah nak ramal, dalam keadaan begini yang tak menentu. “Sebagai pihak (pembangkang) di Selangor, kita sentiasa buat apa-apa persiapan yang perlu, baik untuk menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Dalam keadaan sebegini kita belum pasti,” katanya.

Thursday 7 August 2014

Krisis MB Selangor: PKR Kemuka Lima Sebab......!!!

Meneruskan agenda untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PKR mengeluarkan ‘lima sebab’ yang menyatakan kenapa beliau perlu mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor. Laporan setebal 91 muka surat khusus bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan pimpinan tertinggi PAS berhubung kedudukan Abdul Khalid itu turut mengandungi lampiran yang menyokong dakwaan salah guna kuasa terhadapnya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi bukti dan fakta yang disediakan Ibu Pejabat PKR itu, Abdul Khalid dikatakan gagal menjawab beberapa ‘keraguan munasabah’ yang timbul dalam pentadbirannya. Pendedahan utama berhubung dakwaan salah guna kuasa Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut. Selain itu, sebab kedua yang mempetikaikan integriti Abdul Khalid ialah membabitkan urusniaga kerajaan Selangor dan Ecoworld Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama. Keraguan yang dibangkitkan PKR dalam urusniaga berkenaan ialah penyelesaian di luar mahkamah di antara Bank Islam dan Abdul Khalid sebelum itu dirundingkan oleh Rashid yang juga seorang peguam sebagai orang tengah. “Tan Sri Rashid Manaf adalah seorang tokoh korporat yang rapat dengan UMNO. Beliau adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin. “Dalam bulan Mac 2014 iaitu sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit,” demikian menurut laporan itu. Faktor lain bagi menyokong tindakan PKR menggugurkan Abdul Khalid ialah berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor serta sokongannya terhadap pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) di sekitar Petaling Jaya. “Sokongan terbuka Tan Sri Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang Kidex juga bertentangan dengan arahan khusus mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikan tol. “Walaupun diberikan arahan berkali-kali dan dinasihati oleh pimpinan parti supaya memberi ruang kepada pandangan yang membantah Kidex, Tan Sri Khalid terus tidak menghiraukan arahan dan nasihat ini melalui pertembungan terbuka dengan kumpulan penduduk yang menentang Kidex,” kata laporan itu lagi. Alasan terakhir PKR untuk memecat Abdul Khalid ialah berhubung dakwaan prestasi merosot pentadbiran Abdul Khalid terutamanya berhubung kegagalannya menyelesaikan masalah infrastruktur asas seperti penyelenggaraan jalan raya dan isu pungutan sampah. Kecenderungan Abdul Khalid untuk tidak membelanjakan geran Persekutuan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang di Selangor hingga membebankan rakyat dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi PR. “Peratusan geran yang dibelanjakan adalah rendah iaitu hanya 69.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2010, 59.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2011 dan menurun kepada 42.7 peratus dibelanjakan dalam tahun 2012. “Di antara tahun 2010 hingga 2012, hanya RM640.24 juta dibelanjakan seperti yang sepatutnya untuk membaiki jalan sedangkan baki RM499.76 juta disimpan sebagai wang terkumpul. “Pimpinan PKR menyatakan secara tegas bahawa adalah tidak adil menyimpan wang ini dengan harapan menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang baik melalui simpanan rizab RM3 bilion sedang sebahagian dari dana ini sepatutnya dihabiskan setiap tahun untuk membaiki jalan di seluruh Selangor,” katanya.

Krisis MB Selangor: Bubar DUN Penyelesaian Terbaik......!!!???

Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya. Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang PKR perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu. Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya. “Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya". “Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya,” katanya. Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan. Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid. Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor. Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri. “Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang,” katanya.

Tuesday 5 August 2014

PKR Prepared To Lose Selangor In Snap Polls- Rafizi.....!!!???

PKR is willing to lose the Selangor state government in a snap election, if that is what it takes to remove Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim as the Menteri Besar, said the party's strategy director Rafizi Ramli. “If we have to do snap polls to resolve (the Selangor Menteri Besar tussle) and we lose a state, so be it. I’m prepared, we are prepared, PKR is prepared. I’m sure DAP is being prepared, while PAS has to decide,” the Pandan MP told reporters. “I think defending a principle is worth losing a government over.... People come and go, we come and go. But the trust the rakyat have towards Pakatan Rakyat, we can’t break that.” Rafizi, the architect of the "Kajang Move" which had sought to replace Khalid with Datuk Seri Anwar Ibrahim, said it was a matter of integrity to remove Khalid given his out-of-court settlement with Bank Islam over a RM70 million debt. A snap election is possible in Selangor if Khalid loses a no-confidence vote in the state legislative assembly. Rafizi admitted that snap polls would put Pakatan Rakyat in a difficult position and there was a huge risk of losing the state government. Saying governments were temporary, Rafizi said what mattered most was that they did not betray the trust of the people who voted them in 2008 and 2013. “If you break that, it will take generations to convince them they can trust us. And that’s why the moment there is, in our opinion, enough evidence that his (Khalid’s) integrity is suspect, we have no choice (but to remove him).” Rafizi was speaking to reporters after participating in a forum on the Selangor crisis at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall.

Polis Siasat Pesta Sukan Bogel P. Pinang 2014......!!!

Polis Pulau Pinang sudah membuka kertas siasatan berkaitan penyebaran klip video ‘pesta sukan bogel’ yang memaparkan aksi sekumpulan individu lelaki serta wanita bersuka ria tanpa pakaian di tepi pantai. Ketua Polis negeri itu, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan polis termasuk bagi mengenalpasti sumber klip video itu serta individu yang terbabit dalam rakaman berkenaan sama ada terdiri daripada rakyat tempatan atau warga asing. Polis juga katanya akan meninjau lokasi rakaman itu dibuat yang didakwa di Taman Negara Teluk Bahang untuk mengesahkannya kerana tiada sebarang visual papan tanda yang menunjukkan lokasi ditunjukkan dalam klip itu. “Ini termasuk merakam keterangan pihak yang berkaitan terutama pengurusan taman negara,” tegas Abdul Rahim sambil memaklumkan kertas siasatan kes itu dibuka sebaik sahaja laporan polis pertama diterima pihaknya. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan penghormatan. Rakaman video sepanjang 5 minit 25 saat menggunakan tajuk ‘Pesta Sukan Bogel 2014 Di Teluk Bahang’ itu mulanya dimuat naik ke laman web perkongsian video Vimeo.com yang berpangkalan di Amerika Syarikat oleh seorang daripada peserta pesta tidak bermoral berkenaan sebelum turut dikesan di Youtube dan tersebar luas dengan pantas. Rakaman menunjukkan peserta pesta itu bersuka-ria melakukan pelbagai aktiviti di sebuah chalet dan di tepi pantai tanpa seurat benang. Antara aktiviti yang dipaparkan ialah peserta membuat lukisan di atas badan bogel mereka satu sama lain, acara larian bogel, renang bogel merentasi badan dan tarian bogel unggun api. Rakaman dipercayai dibuat seorang lelaki tanpa dihiraukan oleh semua peserta pesta berkaitan.

Khalid Samad Bocorkan Maklumat Whatsapp.......!!!???

Sekurang-kurangnya empat AJK PAS Pusat dikatakan mendesak pemimpin parti itu yang mahu bergabung dengan UMNO mesti melepaskan jawatan wakil rakyat di kawasan masing-masing. Demikian maklumat yang dibocorkan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berhubung perbincangan tertutup Whatsapp di kalangan AJK Pusat. Peliknya beliau membocorkannya dengan tenang dan selamba melalui sidang media di pejabatnya di Shah Alam. Memetik laporan portal pro pembangkang, beliau berkata, analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan UMNO oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat. Katanya lagi, terdapat sekurang-kurangnya empat AJK Pusat menyatakan pemimpin PAS perlu letak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat. “Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap PR, bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan.” Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam PRU13. Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada AJK Pusat. “Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya. Khalid berhujah panjang lebar dalam sidang medianya kerana mahu menjelaskan senario kebocoran maklumat whatsapp Dr Muhd Zuhdi kepada umum dan menjadi viral di media sosial. Malangnya beliau sendiri telah membocorkan maklumat mengenai desakan beberapa AJK yang mahu pihak yang mahu bergabung dengan UMNO mesti melepaskan jawatan masing-masing. Persoalannya, mungkinkah Khalid tidak sedar dia sendiri telah membocorkan maklumat Whatsapp AJK PAS Pusat atau dia sedar mengenainya tetapi tetap mahu membocorkannya juga kerana fakta itu tidak sensitif untuk masyarakat PAS berbanding isu yang dibawa oleh Dr Zuhdi. Tidak kisahlah siapa bocorkan maklumat apa tetapi gaya bicara Khalid seperti mahu menghantar mesej kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Selangor yang mahu bergabung dengan UMNO supaya meninggalkan PAS terlebih dahulu. Barangkali mesej yang lebih jelas ialah jika mereka kalah dalam pilihan raya nanti, mereka tidak akan mencalarkan maruah PAS. Mesej itu dihadiahkannya untuk 15 ADUN PAS di Selangor walaupun ada sebahagian bersetuju untuk bergabung manakala ramai juga yang menolak. Bagaimanapun keinginan mereka itu harus dipadankan dengan keputusan PAS pada 10 Ogos nanti berkaitan isu sokongan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Parlimen Shah Alam itu mungkin sekadar mahu menduga kesetiaan wakil rakyat PAS di Selangor walhal kesetiaan beliau terhadap Anwar Ibrahim dilihat melebihi kesetiaan terhadap Presiden PAS.

Anwar Hampir Pasti Pecat MB Selangor Minggu Ini.......!!!???

Belum sempat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab PKR, parti itu sudah mempamerkan kegelojohan untuk memecatnya. Walaupun beliau diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk berbuat demikian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membayangkan akan memecat Abdul Khalid secepat mungkin bagi memberi laluan kepada isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Memetik satu kenyataan Anwar, beliau berkata, semua parti komponen PR mesti menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh gabungan parti. Ini bererti sesiapa yang engkar termasuk Menteri Besar Selangor yang sedia ada akan dipecat selepas parti itu menyerahkan surat tunjuk sebab. “Persefahaman akan hak lantikan Menteri Besar Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain". “Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar,” katanya. Pada masa yang sama beliau mendakwa PKR dan PAS tidak akan berpecah dari gabungan semata-mata kerana isu Menteri Besar Selangor yang dibangkitkan baru-baru ini. “PR tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan". “Kita yakin bahawa isu ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat PR, sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya,” katanya lagi. Terdahulu daripada itu, Abdul Khalid sudah menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak akan meletak jawatan atas sebab politik kerana mempunyai tugas pentadbiran yang perlu diselesaikan sehingga tamat penggal. Katanya, beliau tidak akan campuradukkan isu politik dengan pentadbiran negeri kerana setiap perancangan yang dilaksanakan telah mendapat mandat DUN yang memegang kuasa legislatif. Pada masa yang sama beliau memikul amanah daripada Sultan Selangor dan juga seluruh rakyat Selangor yang mana amanah itu tidak boleh dan tidak akan dikhianatinya. Jika kewibawaannya dalam mentadbir negeri dipersoal, maka pihak yang mendakwa perlu mengemukakan bukti. Dalam kes ini PKR bukan saja tidak mahu mengemukakan bukti salah laku dan penyelewengan Menteri Besar Selangor kepada SPRM, sebaliknya memberikan surat tunjuk sebab mengapa enggan lepaskan kerusi itu sebagaimana yang dijanjikan dalam majlis pemimpin PR. Persoalannya, apakah Anwar dan kroninya mahu mendengar alasan Abdul Khalid? Sudah tentu surat itu sekadar formaliti dan akhirnya parti akan membuat keputusan memecat Abdul Khalid mengikut tatacara parti. Selepas itu, PKR dan DAP akan memaksa PAS bersatu hati dan pendapat supaya memaksa Abdul Khalid meletakkan jawatan Menteri Besar kerana sudah tiada jawatan dalam parti dan tidak boleh menjadi Menteri Besar atas tiket bebas. Penyudahnya akan diadakan pilihan raya negeri gara-gara karenah PKR yang tamak kuasa. Ketika itu wang rakyat akan dibazirkan semata-mata untuk memilih siapa lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor. PKR yang selama ini mendakwa kerajaan membazir wang rakyat setiap kali mengadakan pilihan raya, kini kena telan semula `ludah’ dan terpaksa berdepan dengan kehancuran parti itu sendiri dalam tempoh terdekat.