Sunday 10 August 2014

Surat Rahsia PKR Untuk Guling Khalid Tersebar.....!!!???

Adakah ini surat akuan yang dilaporkan oleh media. PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti. Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai Menteri Besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu. Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad lepas. “Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti. Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan. Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu. Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai Menteri Besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan. Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu. Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk ADUN Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu. “Parti memilih saya, terima kasih,” katanya ringkas semasa program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor. Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti. Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada UMNO Selangor, yang mempunyai 12 ADUN dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya negeri. Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada BN yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular.

No comments:

Post a Comment