Thursday 27 February 2014

Renungan Jumaat: Hajar Aswad: Batu Dari Syurga....!!!

Rasulullah SAW bersabda:“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj).“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani). Wallahu’alam….

#PRK Kajang: MCA Akan 'Kuburkan' Anwar.......!!!

MCA hari ini akan memastikan kekalahan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac depan. Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan bekerja keras untuk memberi kemenangan kepada BN dalam sekaligus mewujudkan seorang pemimpin parti itu dalam DUN Selangor."Kita perlu pastikan kita ada kerusi di DUN supaya kita ada suara untuk menyuarakan hak-hak orang Selangor"."Anwar dengan sengaja adakan pilihan raya kecil ini dan kita tidak boleh biarkan beliau terlepas. Perlu pastikan beliau, (Anwar) yang menggali lubang, kita (pula) tanam dia," katanya dalam ucapan ketika Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Induk MCA bagi PRK Kajang di Taman Berjaya. Mengulas mengenai pengumuman bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam PRK kali ini, beliau berkata MCA mengalukan-alukan perkara itu kerana yakin akan dapat menawan kerusi DUN Kajang."Zaid memang telah pun nyatakan berhasrat untuk bertanding, dan dalam sistem demokrasi berparlimen kita hormati pandangan beliau"."Dulu dalam pilihanraya lalu, ada 6 penjuru. Kali ini, datanglah berapa penjuru, kita bersedia hadapi cabaran," katanya. Zaid akan bertanding pada PRK Kajang untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.Zaid berkata beliau akan bertanding sebagai calon Bebas bagi mendokong mandat rakyat yang mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

PRK Kajang: PKR Pelik Khairy Sokong Zaid, Cabar UMNO Hantar Calon.......!!!???

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket Bebas pada PRK DUN Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh PKR. Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang UMNO dan BN."Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon Bebas, mahu menang di Kajang dengan tema untuk 'mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar'...kan aneh tu"? "Ketua Pemuda UMNO kemudian sokong bekas pemimpin UMNO yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-UMNO yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel. Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah UMNO berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang. Menurut beliau, adalah lebih baik jika UMNO sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat."Saya suka mencabar Ketua Pemuda UMNO ini supaya UMNO sendiri turun bertanding sepertimana UMNO mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya. Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah."Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah"."Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang.

#PRK Balingian: Anak Taib Nafi Akan Bertanding......!!!???

Anak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib menafikan beliau adalah calon untuk Balingian apabila PRK diadakan di kerusi DUN itu kelak. Beliau berkata, masih terlalu awal bagi dirinya untuk berkecimpung dalam dunia politik ekoran tanggungjawabnya dalam sektor korporat.“Saya mengutamakan kepentingan penduduk Sarawak namun jika saya dipanggil untuk berkhidmat, saya akan melakukan yang terbaik tetapi sekarang saya amat sibuk dalam sektor korporat".“Saya bersedia berkhidmat… cuma saya rasa saya belum diperlukan dalam masa terdekat ini,” jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Penyerahan Kontrak antara Sarawak Energy Berhad dengan usaha sama Sinohydro Corporation Sdn Bhd-Trenergy Infrastructure Sdn Bhd di Menara SEB The Isthmus.Bekir yang juga Pengerusi Trenergy Infrastructure Sdn Bhd berkata demikian ketika ditanya jika beliau berminat untuk bertanding di kerusi Balingian apabila ia dikosongkan oleh bapanya kelak. PRK di Balingian dijangka boleh diadakan bila-bila masa apabila Taib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian yang dimenanginya pada PRN pada 2011. Taib telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ADUN Balingian kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. Taib, 77, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 12 Februari lalu mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri yang disandangnya lebih tiga dekad sejak 1981, berkuatkuasa 28 Februari. Taib dijangka akan menjadi Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang akan bersara pada 28 Februari ini.

#PRK Balingian: Adakah Serentak Dengan PRK Kajang......!!!???

Selepas PRN Sarawak Ke-10 April 2011, satu PRK akan diadakan pada tahun ini.Ini berikutan peletakan jawatan penyandang ADUN Balingian, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang akan berkuatkuasa pada 28 Feb ini. Notis pengosongan DUN Balingian itu sudah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar. Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan sebagai ADUN berikutan beliau akan dilantik sebagai TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu berkuat kuasa 28 Feb ini. Sebelum ini Pakatan Pembangkang telah mengumumkan akan meletakkan calon PKR dalam PRK DUN Balingian biarpun PAS sebelum itu menyatakan minatnya.Manakala, BN akan terus mempertaruhkan PBB sebagai calon sepertimana yang telah dipersetujui dalam perkongsian kuasa BN Sarawak.Persoalannya, adakah PRK Balingian akan diadakan serentak dengan PRK Kajang pada 23 Mac hanya akan diketahui pada 6 Mac setelah SPR mengadakan mesyuaratnya. Matmerapu berpendapat adalah lebih baik PRK Balingian dan Kajang diadakan serentak kerana ianya memberi kelebihan dan mileage kepada BN. Jika BN dianggap underdog di Kajang, pembangkang pula menjadi underdog di Balingian. Keputusannya: Seri....!!! hehehe.

Tarikh PRK N.51 Balingian Diketahui 6 Mac......!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac depan bagi membincangkan mengenai kerusi DUN N.51 Balingian, Sarawak yang secara rasmi akan dikosongkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb ini. Mesyuarat dijadual bermula 10 pagi dan akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, di Putrajaya.Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan. Beliau juga memaklumkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkenaan pengosongan kerusi DUN Balingian oleh penyandangnya Taib, yang berkuatkuasa 28 Februari. Taib yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 26 Februari sebagai ADUN Balingian.Sebelum itu, Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyerahkan notis pengosongan kerusi DUN Balingian kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Beliau berkata, kerusi DUN Balingian yang disandang oleh Abdul Taib kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.“Kita menyerahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan lanjut selepas kerusi tersebut dikosongkan".“Ia juga bermakna PRK automatik boleh diadakan di situ pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang akhbar di DUN Sarawak di Kuching.

Bung Mokhtar: Gambar Sedang Berjudi Dikatakan Tersebar Di Alam Maya.....!!!???

Heboh kini di alam maya rakaman gambar Bung Mokhtar sedang berjudi ketika bercuti di luar negara bersama-sama dengan isteri mudanya.Jika kisah ini benar maka amat-amatlah malu akan perangai seorang yang bergelar wakil rakyat dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO namun jika ianya fitnah, Matmerapu berpendapat adalah perlu beliau tampil mengeluarkan kenyataan rasmi penafian dengan berfakta demi imej dan kredibiliti beliau terutamanya demi kepentingan survival UMNO.....!!!

Selangor: Removing Khalid Is Dangerous, A Source Says.....!!!???

The rift between Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and PKR Deputy President Azmin Ali has revealed the truth about the whole matter – Khalid should be replaced by Azmin. And Azmin’s supporters have spoken out on the matter, loud and clear, not officially of course, but the call, made subtly is said to reflect the minds of the party leadership particularly de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim. Not that this news is new and shocking as Malaysians at large are quick to read the hidden motives of any political move by any politician but now, the motive is being mentioned and highlighted. And to Khalid, this is nothing new or else he would not have taken actions that are seen as clipping Azmin’s influence, a move many see as the preliminary strategy for the party upcoming poll in May. Of course, replacing Khalid will free PKR of internal dissatisfaction and problems because having a ‘yes’ man to the party in particular to party supremo Anwar, who probably wants to know all the goings on and decisions on anything and everything, is very much welcomed. But the process of replacing Khalid is the most difficult given the situation where it involves all the parties in Pakatan Rakyat (PR) which are DAP and PAS and external factors but most important – acceptance of the Selangor Palace on the person to replace Khalid.Sources said Anwar was angry with Khalid and obviously would love, if the opportunity was there, to replace Khalid immediately so that the party could move on to develop Selangor and other states, politically that is. Removing Khalid is easy – just get the party Central Executive Committee to make a resolution – which is simple. Then present it to PAS and DAP and when all agreed, present it to the Sultan. The problem here is first will Selangor PAS and DAP agree to the proposal? Given that Selangor PAS and DAP have been working very well with Khalid, the latter who have been satisfying both the parties in filling up their leaders in various positions in the state GLCs and others. Second, if assuming both PAS and DAP agree to remove Khalid, will both parties agree to have Azmin as MB? It is common knowledge that Azmin is not accepted very by both parties as they have not very much taken Azmin as an administrator, only as politician. Then assuming they still agree because of Anwar, who will present the recommendation to the Palace? The Sultan, as it is at present, seen and proven, trusts Khalid more than anyone else from any of the opposition party. “So would the Sultan consent to the change,” said a party insider. He said the Selangor situation was a matter that was sensitive and that Anwar knew nothing much could be done given that Khalid had the trust of the Palace and leaders of both parties in PR – PAS and DAP. In short, Khalid had played his card right to PAS, DAP and the Palace and “that is why he continues to be cool in this situation despite the anger of party de facto chief,” said the source. One thing for sure, the source said if Khalid decides to jump to PAS, PKR will be left with nothing in Selangor.

Wednesday 26 February 2014

PRU14: Mampukah BN atau Pakatan Mendapat Sokongan Legitimacy Dua Pertiga???

Kalau kita fikir-fikirkan, susah hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya perjuangan yang ada kepada mereka? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil? Inovasi tindakan politik pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa PRK Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka ke Putrajaya. Apa sahaja yang terfikir oleh kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidakpuasan hati di antara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan di dalam parti mereka. Apabila terlihat bibit perpecahan itu, ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Jika BN masih kekal dalam beberapa tahun ini, ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun jika dicampurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu. Maksudnya, UMNO akan tetap kekal sebagai parti ‘singularly’ sebagai parti yang paling banyak representasinya dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah kerusi secara individu parti dalam PR itu. Pendeknya, jika PR mendapat mandat ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, ‘the winner takes all, and the loser looses all’ Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada semua pihak. Oleh itu ‘consequence’ yang akan kita boleh rumuskan ialah perubahan yang tidak membawa perubahan (the change is no change). Maka kita terpaksa akui yang pihak yang memerintah dengan kekuatan sokongan 2/3 dalam Dewan Legislatif Persekutuan dan Negeri itu amat di perlukan kalau benar-benar hendak melakukan perubahan. Bolehkah PR dan Anwar Ibrahim mendapat penguasaan 2/3 itu, atau mampukah UMNO boleh bertahan dengan menambah kemenangannya dengan majoriti 2/3 itu? Tidak tahulah kalau ada yang berani mengatakan akan wujud representasi 2/3 jika mana-mana pihak, PR atau BN memenangi PRU14 nanti. Tetapi hakikat yang perlu kita akui, tidak akan ada mana-mana pihak akan mendapat kemenangan 2/3 kepada pihak yang menang nanti. Tidak akan ada ‘clear victor’ jika keadaan sekarang masih wujud dalam politik negara kita. Itukah yang kita semua mahukan? Kalau itu yang kita mahukan biarkan sahaja keadaan sekarang berterusan. Di sebaliknya, jika kita impikan perubahan yang benar-benar perubahan, apakah formula terbaik untuk mendapatkan perubahan itu dengan mewujudkan pemerintah yang mempunyai kekuatan 2/3 dalam Dewan Tertinggi Legisltif Negara kita di Parlimen itu? Kita perlu ingat, di negara ini pemerintahan yang kuat ialah sokongan sekurang-kurangnya sokongan 2/3 dari Dewan Parlimen. UMNO/BN telah lama mengalami kekuatan seperti ini, tetapi kekuatan sokongan dari rakyat itu telah dianggap sebagai kelemahan mereka (rakyat) oleh UMNO dan BN itu. Itulah penyebab kenapa keadaan politik negara ini begitu berkecamuk hari ini.

#PRK Kajang: Anwar Guna Sentimen Cina Sebagai Strategi Kalahkan BN.....!!!???

MCA awal-awal lagi telah memberi amaran bahawa jika PRK Kajang diadakan,BN wajib meletakkan calon dari kalangan mereka.Melalui Ketua Pemudanya,Chong Sin Woon telah menegaskan bahawa UMNO perlulah menghormati semangat kerjasama di antara parti komponen yang lain. Jika mengikut trend pengundi semasa,BN dilihat tidak mendapat tempat di kalangan pengundi kaum Cina.Komposisi pengundi di Kajang ialah sebanyak 39,278 pengundi di mana pengundi Melayu seramai 48 peratus, pengundi Cina seramai 41 peratus, pengundi India 10 peratus dan 1 peratus pengundi lain-lain kaum. Jika dilihat pada peratusan kaum Cina di Kajang,BN memang dilihat tiada peluang untuk menang.Sempena PRK Sungai Limau baru-baru ini,kaum Cina telah sebulat suara menolak calon BN.Tidak kira bantuan apa sekalipun diberi, mereka tetap tidak akan memberi undi pada BN. Ditambah pula dengan reputasi dan ayat-ayat manis Anwar Ibrahim, peluang PKR dengan bantuan pengundi Cina dilihat lebih cerah untuk menewaskan calon BN.Kekuatan MCA pula boleh diibaratkan umpama indah khabar dari rupa.MCA kini dianggap sudah tidak relevan di kalangan masyarakat Cina dan dilihat dalam keadaan tidak menentu ekoran masalah dalaman parti sehingga mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah penubuhan parti itu pada PRU13 yang lalu. Anwar telah bijak memanipulasi keadaan ini dan dengan berani mencalonkan dirinya di DUN Kajang.Anwar dijangka akan terus menerus menggunakan isu perkauman dan ekonomi rakyat untuk dijadikan modal di PRK kali ini. Apapun Matmerapu harap agar pengundi Cina Kajang tahu akan taktik kotor Anwar yang telah mengurangkan suara Cina dalam DUN Selangor. Bagi mengekalkan bilangan suara Cina, Chew Mei Fun adalah pilihan bijak bagi pengundi Cina Kajang.

Rafizi Bongkar Ketidaktelusan & Kronisme Pakatan Pembangkang.....!!!???

Akhirnya Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan ketidaktelusan di dalam operasi pakatan pembangkang. Sebelum ini mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan BN kononnya mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan pembahagian projek-projek mega dan pentadbiran. Baru-baru ini Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan. Beberapa projek besar di Selangor telah menjadi rebutan di kalangan pemimpin politik pembangkang masa itu. Dalam tempoh pendek lebih setahun Zaid Ibrahim menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri. Menurut pengakuan Rafizi sendiri, beliau sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pernah didatangi oleh Zaid Ibrahim, meminta supaya beliau campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau . Rafizi juga turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya. Begitu juga dengan amalan kronisme yang kononnya diamalkan oleh BN. Hakikatnya pembangkang yang menuduh dan memfitnah BN ini telah mengamalkan kronisme tahap melampau dalam pentadbiran mereka sendiri. Sebelum ini Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan kerajaan PKR Selangor yang memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008. Beliau juga turut mendakwa mempunyai butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit. Pada Ogos 2008, Khalid Ibrahim mengumumkan kononnya Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak yang bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan. Pada 2009 pula RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Kroni pembangkang telah mendapat projek dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga rendah. Jika pembangkang mengamalkan sikap bersih dan telus, tidak perlu takut untuk menyenaraikan nama mereka yang mendapat projek rundingan terus dari kerajaan negeri Selangor dan agensi di bawahnya. Oleh itu SELCAT yang pakatan Selangor tubuhkan hanyalah satu boneka yang membuat dakwaan terpilih dan jelas tidak telus serta jujur dalam menjalankan tanggungjawab. Kononnya SELCAT bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini. Rakyat perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Tidak pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk berjuang demi rakyat dan untuk rakyat. Justeru, Matmerapu menyeru agar para pengundi PRK Kajang perlu zahirkan kewarasan anda dengan menolak dan menghukum pakatan pembangkang terutama calon PKR yang hanya menabur racun kepada rakyat Selangor.

MB Selangor Gagalkan Anwar.....!!!???

Apabila Khalid Ibrahim membuat perjanjian dengan kerajaan Persekutuan tentang pengambilaihan 4 konsesi air dan meneruskan projek Langat 2, sebenarnya adalah satu tamparan dan checkmate buat Anwar Ibrahim. Khabarnya Anwar mengamuk dan marah gila terhadap Khalid yang telah memalukan dia. Selama Anwar sedang sibuk round Kajang untuk menjadi wakil rakyat, dia sudah cakap mengenai semua benda kecuali masalah air di Selangor yang tidak pernah sentuh. Anwar ingat selepas menang dan jadi MB Selangor maka dia akan buat perjanjian ini dan sekaligus akan menampakkan dia sebagai Hero Selangor yang menyelamatkan keadaan. Namun semua impian beliau musnah dan dimusnahkan oleh Khalid Ibrahim. Terduduk Anwar! Kemarahan Anwar semakin meluap-luap sekarang dan seperti biasa bila Anwar marah sebegini, tiada China Doll dalam dunia yang boleh meredakan api kemarahan dia. Apa-apa pun,jika tiada campur tangan kerajaan Persekutuan maka tidak akan selesai lah masalah ini. Suka atau tidak kerajaan persekutuan yang ada sekarang ini sememangnya mendahulukan rakyat. Tahniah Khalid Ibrahim kerana berjaya kecewakan dan`checkmate`kan Anwar dengan begitu baik sekali.

#PRK Kajang: Chew Mei Fun Digeruni Anwar.......!!!

“Kalau kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya”. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Waktu itu bukan ‘kecil anak’ jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Senator. Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal. Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya. Selama tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun 2013. Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon BN yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dalam PRK DUN Kajang 23 Mac ini. Jika diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang. Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan PRU13. Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi. Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press. Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandate majoriti rakyat. Barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan ‘politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi’. Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para Menteri serta Ahli Parlimen. Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon PRK DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai ‘bebalisme’ yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti. Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 41 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina. Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam PRU yang diadakan sejak 1969. Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka. Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969. Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang. Calon bukan pilihan atau ‘underdog’ pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan PRK seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon ‘heavyweight’ yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon ‘Giant Killer‘. Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi?

Tuesday 25 February 2014

#PRK Kajang: Bukan Tiket Anwar Jadi PM......!!!

Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada PRK DUN Kajang tidak membuka jalan kepada Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, ia merupakan penipuan pembangkang yang jelak membuktikan satu cara mereka membazirkan duit rakyat.“Masa depan Selangor kini diperjudikan Anwar dengan pertembungan pemimpin PKR negeri. Paling sedih rakyat yang terpaksa menanggung kesannya".“Anwar jelas ada cita-cita besar, nafsu besar dan sebenarnya perselisihan parti mereka ini boleh diselesaikan secara dalaman sahaja. Bukan dengan PRK,” katanya. Muhyiddin berkata demikian semasa sidang media sempena program Mesra Rakyat di laman futsal Surau Al-Falah Bukit Dukong di Kajang. Matmerapu melihat apa yang diperkatakan TPM adalah benar, mana mungkin PRK Kajang bakal menentukan Anwar jadi PM kerana PRU14 kelak juga bakal dikuasai oleh BN.

#PRK Kajang: Anwar Bimbang Terhadap Pengundi Kaum India.....!!!???

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memancing undi penduduk Kajang, beliau cuba menarik perhatian pengundi India demi mendapat tempat pada PRK Kajang 23 Mac nanti. Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang berkata beliau mahu membantu memnyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat DUN Kajang kelak. Antara janji yang disebutnya adalah akan menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang. "Di Kajang harga kos rumah tinggi, kesesakan lalu lintas"."Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat"."Saya datang ke sini bukan atas nama Ketua Pembangkang, saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," jelasnya. Beliau selain itu juga berkata kos sara hidup kini menjadi fokus Pakatan untuk membantu rakyat di Selangor terutamanya."Kalau mahu minyak turun, harga barang turun, BN mesti turun," tambahnya. Sebelum ini Anwar juga pernah berjumpa dengan penganut Kristian di gereja untuk tujuan yang sama. Malah pada waktu itu, beliau berkata kebebasan beragama akan tetap dipelihara untuk setiap kaum di negara ini. PRK Kajang ini dijadikan batu loncatan untuk Anwar yang kononnya mahu mempertingkatkan lagi pembangunan dan prestasi Pakatan sebagai kerajaan yang memerintah.Matmerapu ingin mengingatkan pengundi kaum India Kajang agar tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan janji manis Anwar kerana pengundi di kawasan parlimen Permatang Pauh juga pernah dijanjikan 'bulan dan bintang' namun kini mereka dibiarkan tanpa pembelaan Ahli Parlimen Permatang Pauh - Anwar Ibrahim. Matmerapu ingin mencadangkan kepada SPR untuk membuat satu ketetapan baru menjelang PRU14 kelak - "Calon mana-mana parti hanya boleh bertanding di dua kerusi (Parlimen dan DUN) dengan syarat DUN tersebut berada di bawah kawasan Parlimen yang sama".

Orang Kristian Belanda tolak guna 'Allah'

Masyarakat Kristian di Belanda menolak penggunaan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada maksud 'God' bagi agama tersebut, demikian menurut pensyarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Shamsiah Md Supi. Ia terbukti melalui satu kajian yang dijalankan kepada 4,000 responden beragama Kristian di sana. Kata Siti Shamsiah, hasil dari kajian itu juga mendapati masyarakat Kristian di sana tidak mahu menyamakan Tuhan mereka dengan Allah."Di Belanda ada satu kaji selidik sekitar 2007, dan dijalankan kepada seramai 4,000 responden yang beragama Kristian. Hasilnya sebanyak 92 peratus tidak setuju 'God' diterjemahkan sebagai Allah". "Seorang daripada 4,000 responden ini mengatakan, jika 'God' orang Kritian panggil Allah, maka gereja boleh dipanggil masjid. Sedangkan setiap satu entiti ini mempunyai pengertian dan identiti tersendiri," katanya di sebuah forum tentang kesucian Islam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Malah menurut Siti Shamsiah lagi, cadangan penggunaan kalimah Allah untuk menyamakan Tuhan Kristian ini turut mendapat tentangan daripada seorang pimpinan paderi di sana, iaitu Jonathan Morris. Morris dilaporkan berkata hanya orang-orang Kristian yang bingung sahaja yang mahu mengampu agama lain."Perkara ini perlu ditolak kerana ia isu teologi, akidah dan bukannya isu tolak ansur. Pertubuhan terbesar Katholik Belanda membantah cadangan ini (di Malaysia) yang di sini cuba dibawa di kalangan orang-orang Islam di Malaysia". Perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah di negara ini menjadi isu sejak beberapa tahun lalu sementelah penerbitan Katolik, The Herald bertegas mahu menggunakannya. Namun Mahkamah Rayuan 14 Oktober lalu memutuskan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada 'Tuhan' kerana mendapati kalimah tersebut bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. Bukan Islam di Selangor turut di larang menggunakan kalimah itu sementelah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Sekatan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 melarang mereka daripada menuturkan sekurang-kurangnya 25 perkataan. Perkataan itu adalah Allah, Illahi, Rasul, Fatwa, Firman Allah, Wahyu, Iman, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Solat, Kaabah, Haji, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali dan ibadah. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible dan juga penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta.

#PRK Kajang: Analisis Merapu......!!!???

Seramai 39,278 pengundi (Pengundi biasa:38,055, Pengundi Awal:1,197 dan Pengundi Tidak Hadir-Luar Negara:26)bakal menentukan kemenangan calon yang bertanding meliputi BN, PKR dan Bebas. Mengimbas kembali keputusan PRU13,calon PKR telah menang dengan majoriti 6,824 undi.Daripada keseluruhan 18 daerah mengundi (DM),sebanyak 11 DM dimenangi PKR manakala baki 7 DM dikuasai oleh BN. Bagi pengundian awal, ianya dimenangi oleh BN dengan majoriti 744 undi.Persoalannya, apakah kecenderungan sokongan pengundi pada PRK Kajang nanti? Analisis merapu secara rawak boleh disimpulkan bahawa 48.48% pengundi Melayu berpecah kepada 4 kumpulan meliputi UMNO, PAS, PKR dan Atas Pagar;ini bermakna calon BN mampu memperoleh 25% undi Melayu manakala pembangkang yakin mendapat 50% undi. Rebutan sudah pasti tertumpu kepada baki 25% undi Melayu Atas Pagar. Lazimnya BN mampu meraih sokongan tinggi sekitar 15%-18% daripada kumpulan pengundi Atas Pagar ini, insya'Allah.Pengundi kaum Cina pula terdiri daripada 40.46%. Pola pengundi Cina pada PRU13 lebih memihak kepada pembangkang sekitar 70%-85%. Jika trend ini kekal, calon dan parti MCA perlu bekerja dan berusaha keras bagi memperoleh sekitar 35%-40% undi Cina bagi menjamin kejayaan.Penyertaan calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim turut mencelarukan lagi political fundamental analysis. Mampukah calon Bebas memecahkan sokongan undi kaum Cina? Ianya satu perkara yang sedang diperhatikan oleh BN dan PKR. Pengundi India 10.15% diyakini bakal memihak kepada BN sekitar 75%-85% namun peratusan sokongan ini boleh berubah secara ketara. Ini tidak mengejutkan kerana pengundi India memang diketahui ramai mengamalkan "politik lalang". Kesimpulannya, BN sebagai 'underdog' yang mampu menggigit dan bukan sekadar menyalak bukit sahaja. Justeru, PRK Kajang ini lebih merunsingkan calon PKR berbanding BN.

#PRK Kajang: PR Boleh Lupakan Putarajaya Jika Anwar Tewas - Tony Pua

Pakatan Rakyat (PR) boleh melupakan hajat untuk menang dalam PRU14, sekali gus menakluki Putrajaya jika tewas dalam PRK DUN Kajang, pada 23 Mac ini. Hal itu berikutan kemenangan calon PR dalam PRK Kajang nanti iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja membantu mengukuhkan lagi penguasaan PR di Selangor, bahkan menjadi tapak pelancar untuk mara ke Putrajaya nanti. Pengerusi DAP Selangor, Tony Phua berkata, perkara itu turut disedari BN yang sudah pasti akan bermati-matian melaksanakan pelbagai kempen politik bagi memastikan PR tewas dalam PRK ketiga pasca PRU13 itu.“BN akan melakukan apa sahaja kerana mereka tahu kalau PR kalah, berakhir riwayat politik Datuk Seri Anwar dan PR” katanya sempena forum penerangan Langkah Kajang yang diadakan di Hotel Empire. Tony Phua berkata, beliau menggesa pengundi DUN Kajang memastikan kemenangan Anwar bagi memberi PR menerajui pentadbiran kerajaan pusat, sekali gus memperbaiki kerosakan yang dilakukan BN sepanjang mentadbir negara ini. Sementara itu, mengulas peranan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, beliau menyifatkan Abdul Khalid sudah meletakkan komitmen 100 peratus bagi memastikan urus tadbir kerajaan negeri berjalan lancar sehingga Selangor mencapai pelbagai kejayaan hanya dalam masa enam tahun dan jauh lebih baik daripada rekod 50 tahun pentadbiran BN di negeri itu.“Saya penyokong kuat Abdul Khalid. Ingat lagi isu Talam Corporation? Saya juga berusaha membantu memberi penerangan supaya rakyat tahu perkara sebenar isu hutang berkenaan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula menyifatkan langkah mengosongkan kerusi Kajang disusuli meletakkan Anwar sebagai calon adalah langkah strategik yang dikenali ‘pertahanan ke hadapan’. Katanya, ‘pertahanan ke hadapan’ atau ‘foward defence’ merujuk kepada strategi peperangan iaitu melakukan serangan terlebih dahulu sebelum diserang bagi tujuan mempertahankan sempadan sesuatu negara diceroboh musuh.“Ini langkah yang berisiko, tetapi setiap yang mempunyai risiko itu mampu memberi pulangan lebih baik,” katanya.Dr Dzulkefly turut menegaskan, walaupun PKR tidak mengadakan perbincangan bersama PAS atau DAP sebelum tercetusnya isu perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang, namun parti itu tetap berdiri teguh bersama PR bagi memastikan kemenangan Anwar dalam PRK itu nanti. Selain Phua dan Dr Dzulkefly, forum itu turut menampilkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.Forum yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad itu dihadiri kira-kira 200 hadirin. Matmerapu melihat bahawa pembangkang tidaklah 100 peratus yakin akan menang sempena PRK Kajang nanti. Justeru, adalah tidak mustahil BN mampu membuat kejutan dan menyeru agar pengundi Kajang menghukum PKR pada 23 Mac nanti....!!!

Menteri Kabinet: MCA Minat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan......!!!???

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hanya mengisi dua jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang kosong apabila rombakan Kabinet diadakan. Dalam pada itu, selain Kementerian Pengangkutan, MCA dilaporkan berminat untuk meneraju Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kampung baru. Sumber yang dekat dengan pejabat Perdana Menteri memberitahu, kekosongan yang ditinggalkan oleh P. Waytha Moorthy akan diisi wakil daripada MIC. Katanya, seorang wakil dari MCA berkemungkinan besar Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengisi jawatan Menteri Pengangkutan yang sedang dipangku Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sumber itu bagaimanapun dilaporkan tidak tahu apa-apa mengenai laporan sebuah portal berita bahawa dua menteri dari UMNO berniat untuk berundur. Salah seorang yang disebut-sebut berniat berundur ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Ahli Parlimen Tambun tersebut bagaimanapun telah menafikan khabart angin mengenainya. Isteri Ahmad Husni dilaporkan telah menjalani dua kali pembedahan di bahagian kepala dan ayah Menteri Kewangan II itu meninggal dunia baru-baru ini. Namun Ahmad Husni kelihatan mampu menghadapi segala cabaran tersebut apabila hadir dalam majlis pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bersama Perdana Menteri baru-baru ini.Dalam pada itu, MCA dilaporkan akan meminta sama ada tiga jawatan Menteri dan empat Timbalan Menteri atau tiga Menteri dan lima Timbalan Menteri daripada Perdana Menteri. Calon Menteri yang dicadangkan ialah Tiong Lai, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Seri Ong Ka Chuan. Namun sumber berlainan memberitahu bahawa MCA berkemungkinan hanya diberikan dua jawatan Menteri oleh Perdana Menteri, tetapi MCA akan cuba meminta tiga Menteri. Selain jawatan Menteri Pengangkutan yang disimpan untuk parti tersebut, MCA mahu berusaha mendapatkan jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana kementerian itu bertanggungjawab menjaga kampung baru Cina.

Monday 24 February 2014

Coming Soon!!! Rahman Dahlan vs Lim Guan Eng

Perang Tweeter antara dua wakil rakyat yang menyaksikan aksi keanak-anakan Lim Guan Eng mungkin akan berlanjutan ke mahkamah ! MP Abdul Rahman protes bila berterusan dituduh Lim Guan Eng sebagai menyokong pembakaran Bible dan bila digertak dengan tindakan saman, Guan Eng menganjing serta mencabar Rahman supaya menyamannya.

Saman RM2 Juta Hadi Awang, Anwar Tidak Bantu......!!!???

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menasihat ahli PKR yang menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik saman itu. Calon Bebas yang akan menentang Anwar pada PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Ketua Umum PKR itu tidak berbuat demikian, ia hanya akan menyerlahkan keangkuhan PKR terhadap sekutunya, PAS.“Dari segi moral, tindakan calon PKR di Terengganu (pada PRU13) menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan jelas dalam kerjasama parti komponen PR"."Namun, pada saya, isu ini tidak harus dilihat secara sempit kerana ianya lebih besar, iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan serius PKR dengan PAS,” katanya. Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin. Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22 April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan. Zaid mempersoalkan sikap Anwar yang berdiam diri dalam isu berkenaan.“Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong PR"?.“Saya tidak berhasrat mempersoalkan keputusan mahkamah tinggi, namun saya percaya tidak semua perkara harus diselesaikan menerusi saluran undang-undang. Bagaimanapun, sebagai peguam, (saya akui) tiada halangan kepada sesiapa termasuk wakil PKR untuk mengemukakan saman atas kenyataan umum yang dibuat oleh Presiden PAS,” katanya.

#PRK Kajang: Serangan Peribadi Calon BN Telah Bermula.....!!!???

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin memulakan serangan peribadi ke atas calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila tanpa segan silu menyifatkan calon BN itu sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam PRK Kajang. Apakah salah kerana BN meletakkan calon wanita bagi menghadapi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang? Demi untuk memenangkan Anwar, Zuraida sanggup melakukan apa saja terhadap Ketuanya walaupun terpaksa ‘mengutuk’ kaum sejenis. Mei Fun berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa. Tidak seperti PKR, BN sentiasa mengiktiraf wanita termasuklah mencalonkan Mei Fun untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang ini. Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri. Tindakan ini seolah-olah menidakkan pengiktirafan terhadap wanita. Matmerapu menyeru agar pengundi wanita pelbagai kaum di DUN Kajang memberi undi kepada calon BN - seorang wanita bagi menghukum Zuraida.

#PRK Kajang: Pertembungan Mei Fun-Anwar Misi Berlainan.....!!!???

PRK Kajang 23 Mac 2014 menjadi lebih menarik dan mengundang cakna masyarakat terhadapnya makin tinggi selepas BN menamakan calonnya. Sebelum pengumuman calon BN dari MCA itu pada 21 Februari 2014 banyak diperkatakan terhadap Dato` Seri Anwar sebagai calon PKR secara sebelah pihak dan lebih bersifat spekulatif siapa lawannya. Bila diumumkan bahawa Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai calon dari BN-MCA, maka teka-teki sebelumnya sudah terjawab dan keghairahan terhadap PRK Kajang makin meningkat. Jika ada calon-calon tumpangan kelak sekadar memeriahkan, tetapi tidak sangat mengubah keputusan. Fokus utama ialah Anwar-Mei Fun. Pertandingan PRK Kajang bukan setakat memperlihatkan ketokohan dan pengaruh dua calon dalam mana Dato` Seri Anwar sebagai Ketua Umum PKR dan Datin Paduka Chew Mei Fun selaku Naib Presiden MCA, tetapi membawa misi masing-masing. Datuk Seri Anwar mahu – jika mungkin dengan misi menjadi Menteri Besar Selangor dan menjadikan Kajang `Road to Putrajaya`. Manakala bagi Datin Paduka Mei Fun dilihat sebagai proxi Datuk Seri Liow Tiong Lai Presiden MCA dengan misi menyekat kehadiran Dato` Seri Anwar bagi memulihkan imej MCA yang sebelum ini menurun dari sokongan dan juga sebagai kejayaan terhadap Datuk Seri Tiong Lai yang baru memimpin MCA itu. Semalam MCA dalam AGMnya bersetuju untuk kembali menganggotai kabinet sebagai salah satu usaha memulihkan imej MCA yang diharap kembali mendapat kepercayaan rakyat. Apakah modal kedua pihak bagi mendepani pengundi Kajang ? Bagi Dato` Seri Anwar tentulah isu yang dianggap memasalahkan rakyat pada peringkat Kerajaan Persekutuan, juga apa yang telah dilaku dan akan dilakukan pada peringkat kerajaan Negeri. Isu pada peringkat kerajaan Persekutuan tentulah lebih lumrah seperti kenaikan harga barang-barang dan rumah kediaman serta implikasi kepada rakyat bila dilaksanakan GST. Nilai matawang yang terus menurun dan merudum. Kesan harga minyak dan tol, keamanan yang makin menghilang, sistem pendidikan yang tidak mantap contoh isu Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS) yang bermasalah, hutang negara yang terus meningkat dan berbagai lagi. Dari negeri Selangor tidak banyak perubahan pendekatan selain dari penerusan dari penggal lepas (2008-2013) dan Bekas ADUN Kajang yang meletakkan jawatan - Lee Chin Cheh tidak berkesempatan melakukan khidmat berkesan. Barangkali untuk boleh dijadikan hujah oleh Dato` Seri Anwar perlunya dilakukan goncangan pimpinan untuk agar berlaku kesedaran dan kesegaran pendekatan dan peningkatan perkhidmatan. Bagi pihak Datin Paduka Chew Mei Fun, modal utama baginya ialah pergolakan dalam kepimpinan PKR itu sendiri dan kurangnya kesepaduan di dalam Pakatan Pembangkang berhubung dengan PRK Kajang. Penarikan diri Lee Chin Cheh boleh disifatkan sebagai mempermainkan demokrasi dan membazirkan wang rakyat. Datin Paduka Mei Fun boleh mendakwa perlantikannya sebagai calon bagi PRK Kajang sebagai satu pengiktirafan dan kepercayaan terhadap kaum wanita yang dianggap boleh menarik sokongan sebahagian besar pengundi dari kalangan wanita. Pemberian BR1M Kerajaan dan berbagai-bagai projek yang sedang dijalankan tentulah sama dijadikan modal. Lebih daripada itu tentulah janji dari Mei Fun untuk memberi khidmat terhadap rakyat Kajang sebaik mungkin. Kajang dari sekarang dan memuncak kepada 23 Mac akan sibuk dikunjungi pekerja-pekerja parti dari kedua belah pihak bagi menjamin kemenangan calon yang didukung, kesesakan juga disumbang oleh mereka yang datang mahu memerhati pertandingan PRK terbesar itu sebagai satu peristiwa politik penting terkini. Tentulah kini sehingga 23 Mac kedua pihak menggembling seluruh tenaga bagi memberi keyakinan dan mendapat sokongan dari pengundi di Kajang. Penduduk Kajang hendaklah mengambil manfaat dari limpahan rahmat bila PRK diadakan, termasuklah para peniaga. Pengundi Kajang haruslah melihat secara positif bahawa DUN Kajang telah dipilih bagi menilai apakah `Agenda Kajang` sesuai dan relevan, lantas mengambil keputusan menyertai kafilah yang dijangka membawa perubahan pada peringkat negeri dan Persekutuan. Ataukah ada yang menggabungkan pendirian dengan pimpinan baru dalam BN-MCA yang dilihat sedang menuju perubahan. Walau apapun jika Mei Fun menang di kerusi DUN Kajang tidak menjejaskan kuasa dalam Dewan dan negeri Selangor. Sebagaimana pembangkang yang lain dalam Dewan Negeri. Mei Fun tidak dapat membawa perubahan. Namun diakui jika Mei Fun menang boleh meningkatkan prestasi kepimpinan Datuk Seri Tiong Lai sebagai Presiden MCA. Jika kemenangan bagi Dato` Seri Anwar bererti kerusi kembali kepada asal. Namun jalan seterusnya tidak semudah dan selicin yang dijangkakan. Isu Menteri Besar boleh berlarutan dan boleh mengganggu kelicinan pemerintahan. Jika berterusan berlaku perbalahan, termasuk isu-isu yang lain menjejaskan peluang pembangkang menang di dalam PRU14. Sebarang kekalahan di PRK Kajang, makin mampu memalapkan lagi perjalanan ke Putrajaya. Namun jika kemenangan dijadikan landasan bagi perubahan ke arah positif, sama ada mengekalkan Menteri Besar yang ada atau sebaliknya dan Selangor dilihat benar-benar menjadi negeri contoh, bersama dengan perkembangan positif di tempat lain dan kerjasama lebih rapat di dalam Pakatan Pembangkang, maka jalan ke Putrajaya dilihat lebih cerah. Dengan senario terhad ini terpulanglah kepada pengundi Kajang membuat penilaian dan mengambil keputusan.

#PRK Kajang:Selamatkan Selangor Daripada Ketidaktentuan - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pengundi di kawasan DUN Kajang menyelamatkan negeri Selangor daripada ketidaktentuan yang mungkin berlaku jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi DUN Kajang pada PRK bulan depan. Timbalan Perdana Menteri berkata berdasarkan maklumat daripada pelbagai pihak, ramai termasuk pemimpin pembangkang sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Anwar, yang juga penasihat PKR, yang sengaja mengadakan PRK itu untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata jika Anwar dipilih, ketidaktentuan dalam kerajaan negeri akan berlaku, sekali gus memberi kesan besar terutama kepada rakyat Selangor sendiri."Kalau ini berlaku...kesannya (ialah) pada kepentingan rakyat yang tidak akan terbela, masalah pembangunan terjejas, masalah dengan pelaburan mungkin akan timbul, masalah air tak dapat diselesaikan dan masalah-masalah lain"."Perbalahan dalam menentukan kerusi MB mungkin terjadi...Ini satu keadaan yang kita tak hendak berlaku di negeri paling maju seperti Selangor," kata Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat di Surah Al-Falah, Bukit Dukung, sempena lawatan separuh harinya ke Kajang. Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN bagi PRK itu, Datin Paduka Chew Mei Fun. Muhyiddin menegaskan bahawa pengundi DUN Kajang perlu menolak Anwar sekali gus menghalang kerakusannya untuk berkuasa, bagi mengelak kekeliruan, masalah dan isu berbangkit yang menyusahkan rakyat."Bila kita buat keputusan tawarkan calon kita, ini secara langsungnya hendak selamatkan keadaan daripada timbul masalah yang mungkin akan berlaku selepas pilihan raya nanti"."...Ini bagi saya satu tanggungjawab, dalam Islam disebut jihad dalam mencari kebaikan, nak mengelak kemungkaran, nak elak perselisihan yang tak baik. Ini kewajipan dan tanggungjawab kita," katanya. Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan Noh sebagai Pengarah PRK DUN Kajang, dibantu Ketua UMNO Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz. Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata sekalipun BN dilihat bukan pilihan dalam PRK berkenaan, namun seluruh jentera parti akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon yang diketengahkan. Beliau berkata oleh kerana PRK kali ini yang pertama buat kepimpinan MCA yang baharu, ia menjadi medan ujian untuk menentukan penerimaan rakyat terhadap transformasi kepimpinan parti komponen BN itu. Muhyiddin menegaskan bahawa sebagai kerajaan prihatin, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa mencari jalan bagi membantu menangani setiap permasalahan rakyat. "Walaupun kita bertanding di PRK ini sebagai pembangkang tetapi kerajaan BN sentiasa ada hati untuk bantu rakyat, dan perkara itu akan menjadi lebih mudah jika kita dipilih jadi wakil rakyat di sini," tambahnya.

'Langkah Kajang': Tun M Terpaksa Panggil Mesyuarat Khas, Kata Anwar......!!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "Langkah Kajang" yang direncanakan sebagai berhasil kerana berjaya mengejutkan kembali pemimpin tua yang sudah pencen dalam UMNO. Ketua Umum PKR itu berkata, rancangan tersebut menyebabkan bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya."Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor sampai kena panggil mesyuarat," kata Anwar semasa berucap merasmikan bilik gerakan PKR di Kota Cheras."Yang lama-lama semua, semua datang... yang pencen-pencen semua datang,” katanya. Anwar berkata, bukan sahaja Dr Mahathir yang terkejut malahan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga mengakui bahaya yang mungkin dihadapi UMNO."Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang sebab nak jadi Menteri Besar, tak boleh jadi Perdana Menteri jadi Menteri Besar sajalah. Apa dia boleh buat?."Kemudiaan Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata kamu tidak kenal Anwar, kamu tidak kenal dia, Anwar kalau dia ambil Menteri Besar, nazak UMNO," kata Anwar menjelaskan situasi yang berlaku semasa mesyuarat tersebut.Ketua pembangkang itu berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Mahathir dan Daim membuktikan "Langkah Kajang" berjaya mencuit kebimbangan dua individu berpengaruh dalam UMNO."Maknanya, strategi kita ini, 'Kajang Move' ini maksudnya, betul"."Strategi ini bagi kejutan," katanya. Anwar berkata, "tujuan utama PRK DUN Kajang diadakan bagi mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak oleh pemimpin UMNO dan badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan parti itu tersebut seperti Perkasa". Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, itu menjadi Menteri Besar Selangor. Dr Mahathir berkata, kejayaan Anwar memegang tampuk kuasa di Selangor akan sekali gus menyebabkan kakitangannya tidak selamat."Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi Menteri Besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'."Kakitangan beliau juga tidak selamat," kata Dr Mahathir pada sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor minggu lalu. Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas Presiden UMNO berkata, "Anwar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana hanya mementingkan jawatan, bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama". Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding. BN sudahpun mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon mereka.Selain itu, calon Bebas termasuk bekas pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri S Nalakaruppan dan N Gobalakrishnan, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Sunday 23 February 2014

#PRK Kajang: Dalam Diam Khalid Mula Sabotaj Anwar......!!!???

Itu diaaa..!!! Tidak patut... tidak patut...! Patut pun Azmin dan Anwar Ibrahim tidak boleh tahan dengan Khalid Ibrahim. Memang tidak patut pun apa yang dikatakan Menteri Besar Selangor itu... itu namanya "hendak menganiaya rakyat". Adakah patut dia kata hendak kena tunggu musim hujan dulu baru dia nak selesaikan masalah air kat Selangor??? Masalah air adalah masalah asas kehidupan. Mana boleh buat macam itu..! "Dah hendak terberak, baru hendak korek lubang" ke? Untuk pengetahuan semua, sekarang ini kat Selangor musim kemarau. Boleh dikatakan semua kolam takungan air dan empangan berada di bawah paras dan makin kurang airnya dari hari ke hari. Dah berapa ramai rakyat Selangor makan hati tak mandi dan angkut baldi naik flat...? Penduduk di Dengkil misalnya terpaksa hadapi masalah gangguan bekalan air selama lebih dari 11 hari..! Mana boleh tahan? Habis tu Khalid Ibrahim hendak suruh mereka tunggu musim hujan baru boleh dapat air? Bila cakap Selangor tidak ada air, Khalid cepat je tuding jari kat SYABAS. Asyik-asyik jadikan SYABAS dan air NRW. Khalid marah dan tuduh SYABAS gagal selesaikan masalah air tidak membawa hasil akibat ketirisan (NRW). NRW ini kebanyakkannya adalah akibat paip bocor, curi air dan sebagainya. Bila SYABAS minta Khalid luluskan permohonan CAPEX (modal) untuk mereka tukar paip baru, tukar peralatan baru yang lebih baik dan kelengkapan pengurusan air yang lebih sempurna, Khalid Ibrahim reject mentah-mentah..! Habis tu? Khalid hendak suruh SYABAS selesaikan masalah NRW macamana? Nak suruh gantikan paip karat dengan buluh? Mana paip yang bocor ditampal dengan chewing gum? Agak-agak la...?! Soalnya, mana perginya idea-idea Khalid sebelum ini? Mana tekonologi membran dari Kanada? Mana projek hendak proses air lombong? Mana perginya "tong-tong air" hendak tadah air hujan? Dah start proses air laut ke? Ramai tertanya-tanya, apakah Khalid begitu "bodoh" untuk jawab "tunggu musim hujan"? Ramai yakin, Khalid tahu jawapan itu akan "back fire" kepimpinan Pakatan Pembangkang di Selangor. Jadi, apakah Khalid punya udang di sebalik batu? Ramai berpandangan, Khalid cuba hendak sabotaj Anwar Ibrahim. Mungkin kerana Khalid tahu dia akan "digulingkan" Anwar dari jawatan MB Selangor, maka dia mula tinggalkan "tahi" pada Anwar Ibrahim dan Azmin.

#PRK Kajang: Peluang Zaid Menang DUN Kajang Tipis.....!!!???

Peluang Datuk Zaid Ibrahim untuk memenangi PRK DUN Kajang adalah tipis jika beliau bertanding sebagai calon Bebas, kata penganalisis politik, Prof Fuad Mat Jali. Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, secara tradisinya pengundi di DUN Kajang menolak kehadiran calon Bebas."Penduduk di situ yang terdiri daripada kumpulan elit, profesional, ahli perniagaan dan lain-lain bidang tidak mungkin menerima calon 'payung terjun' yang datang dari luar," katanya. Tambah beliau, menerusi PRU13, kesemua tiga calon Bebas hilang wang deposit dengan jumlah keseluruhan undi mereka hanya 417. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat bekas menteri Kabinet itu bertanding di DUN Kajang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK yang akan diadakan pada 23 Mac depan. Menurut Fuad lagi, MCA mempunyai peluang dan bukan sesuatu perkara mustahil untuk BN menang di DUN Kajang memandangkan PKR masih berhadapan dengan masalah untuk menerangkan kepada rakyat mengenai rasional pelan politik Anwar.

#PRK Kajang: "Anwar Popular Tapi Saya Lagi Hebat".......!!!???

Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik. Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka. “Sebelum PRU13 beliau mungkin dilihat sebagai individu yang berkuasa. Tetapi selepas itu tidak lagi, penyokong boleh nilai sendiri prestasi dan kelemahan beliau".“Tetapi saya konsisten, saya lebih baik daripada beliau,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kajang. Ditanya bagaimana beliau mampu memberi saingan kepada pemimpin utama PKR itu, Zaid berkata, beliau lebih terbuka dari Anwar.“Saya tidak boleh ceritalah apa kekuatan saya. Tetapi saya lebih terbuka daripada Anwar. Rakyat sudah bosan dengan pemimpin politik yang suka main politik saja,” katanya. Selain itu Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau. Tegasnya lagi, keputusan untuk bertanding di DUN Kajang bukanlah untuk memecahkan undi mana-mana kaum.

#PRK Kajang:Mampukah MCA Bangkit Di Kajang Selepas Terima Tamparan Hebat PRU13 ?

Banyak spekulasi tentang punca kekalahan teruk MCA dalam PRU13 yang lepas. Selain daripada faktor asakan dan tohmahan dari DAP terhadap MCA, mereka juga menghadapi masalah dalaman apabila BN telah ditolak oleh ahli MCA sendiri dalam PRU13 yang lepas. Ekoran dari keputusan prestasi MCA yang amat teruk dan buruk dalam PRU13 yang lepas, maka MCA telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai wakil dalam kerajaan. Dalam PRU13, mereka hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN berbanding 90 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang dipertandingkan. Akibat dari tindakan MCA yang tidak menyertai kerajaan untuk menjaga “air muka” maka mereka tidak dapat berupaya bertanggungjawab sepenuhnya bagi membantu masyarakat Cina akibat ketidakhadiran mereka dalam kerajaan. Hakikatnya MCA hanya boleh bertanggungjawab dan menjalankan tugas sebagai parti pemerintah dengan syarat ia mengambil bahagian sepenuhnya dalam kerajaan. Oleh itu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA yang telah meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat untuk membuka laluan bagi parti itu kembali semula ke Kabinet amatlah dialu-alukan. Keputusan itu memang sudah dijangka dengan hampir semua 1,982 anggota perwakilan pusat, yang menghadiri mesyuarat itu di Wisma MCA, mengundi dengan cara mengangkat tangan. Namun begitu MCA perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan ahli MCA sendiri tidak berpaling tadah terhadap BN. Mereka perlu faham kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu. Semua ahli MCA perlu faham ketuanan Melayu, Jus Soli dan perjanjian pra kemerdekaan. Dengan ini ahli MCA tidak akan mudah termakan hasutan DAP dan pembangkang. Kepimpinan Chua Soi Lek telah menyebabkan MCA dipersendakan dengan masalah moral beliau berikutan pendedahan video lucah. Ini membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya masih terkesan dengan masalah moral pemimpin mereka. Namun penerimaan masalah moral di kalangan para pemimpin pembangkang bagaikan satu misteri. Sebenarnya jawapan kepada misteri itu amat mudah. Pembangkang sudah sinonim dengan kejahatan dan rendah moral. Maka masalah moral pemimpin pembangkang telah menjadi isu yang terlalu kecil untuk dibawa. Ini amat bertentangan dengan para pemimpin BN kerana BN lah yang dianggap sebagai pemerintah sebenar negara. Maka amat penting BN itu selari dengan fitrah sebenar pemerintahan yang bersih, adil dan telus. BN amat sinonim dengan kebaikan, keamanan, ketenteraman, kemakmuran dan nilai moral yang tinggi. Oleh itu sejak Liow mengambil alih kepimpinan MCA pada 21 Disember tahun lepas maka satu transformasi moral berlaku dalam MCA. Beliau menyuntik kewarasan dalam MCA apabila berulang kali menyatakan bahawa ketiadaan MCA dalam kerajaan sejak sembilan bulan lepas telah menjejaskan usahanya untuk memberi khidmat dengan berkesan kepada rakyat terutamanya berkaitan isu-isu pendidikan dan Kampung Baharu Cina. Walaubagaimanapun PRK Kajang ini memang menjadi medan penting untuk MCA. Mereka secara langsung memikul amanah dan tanggungjawab ini bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi yang dipersendakan Anwar Ibrahim. Ramai dalam BN amat tertunggu-tunggu perubahan positif yang bakal berlaku dalam PRK Kajang nanti.

#PRK Kajang: Mampukah Zaid Ibrahim Buat Kejutan......!!!???

Hari penamaan calon PRK Kajang (11 Mac) akan berlangsung 14 hari lagi. Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas bagi memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding. Pada PRU tahun lepas, seramai 88.4 peratus keluar mengundi dengan 681 undi rosak. Calon PKR, Lee Chin Cheh mendapat 19,571 undi manakala calon BN, Lee Ban Seng mendapat 12,747 undi, Calon Berjasa, Mohamad Ismail mendapat 1,014 undi. Manakala tiga orang calon Bebas, Mohd Iwan Jefrey Abdul Majid mendapat 249 undi, Ong Yan Foo mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim 83 undi. Lee menang dengan majoriti besar sebanyak 6,824 undi. UMNO Bahagian Hulu Langat sudah bersedia menghadapi PRK ini. BN meletakkan calon MCA, Chew Mei Fun menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah disahkan sebagai calon pada 28 Januari. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Keputusan itu katanya, demi memastikan usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengangkat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kerajaan negeri tidak berjaya.“Mandat dan kepercayaan rakyat terhadap Khalid jelas tidak boleh dikikis semata-mata kerana menjaga kepentingan Anwar dan jika Khalid perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN".“Jadi atas pertimbangan membela prinsip politik yang sihat saya membuat keputusan untuk bertanding, dan lebih utama adalah untuk memastikan rancangan Anwar mahu menjadi Menteri Besar tidak berjaya,” katanya dalam sidang media. Beliau juga menyifatkan perbuatan Anwar sebagai “satu tindakan politik liar yang perlu dihalang dan tidak wajar direstui pengundi di Kajang.” Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) itu juga bertekad menggunakan sesi kempen untuk menjelaskan kepada rakyat akan kepentingan mempertahankan kepimpinan yang bertanggungjawab, malah mendakwa jika menang, beliau mampu menstabilkan keadaan politik di Selangor serta membawa pembangunan ke Kajang.“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dalam pakatan pembangkang dan BN yang boleh dijadikan landasan dalam merencana pembangunan di kawanan ini".“Jadi, saya harap pengundi Kajang dapat membuat pilihan bijak dalam usaha menyelesaikan krisis Khalid-Azmin dan Anwar yang jelas memberi kesan kepada pembangunan negeri,” katanya. Ditanya peluang untuk menang, Zaid berkata, peluangnya tetap ada jika ‘tiga pemimpin gergasi’ BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak turun berkempen menentangnya dalam pilihan raya itu. Dapatkah Zaid menarik undi orang Melayu setelah MCA bertanding mewakili BN? Tindakan Zaid menentang Anwar dikatakan sebagai calon Bebas yang heavy weight. Apatah lagi beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu pernah bertanding di atas tiket PKR dalam PRK Hulu Selangor pada Oktober 2010. Beliau menyertai PKR pada 13 Jun 2009 selepas dipecat dari UMNO. Beliau adalah Menteri Undang-undang yang berprinsip. Apabila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menggunakan ISA, maka beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan ISA itu. Sewaktu berkempen dalam PRK Hulu Selangor, masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol, berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakuinya ketika beliau masih dalam UMNO. Malahan beliau meminta para Menteri UMNO tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. Kuda bernama ‘Kelantan’ bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara di Kota Bharu, Kelantan. Tentang hartanya, beliau mencabar para Menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan. Adakah UMNO akan menggunakan isu yang sama menyerang Zaid? Nampaknya BN terutama MCA kena bekerja keras kerana terpaksa menyerang dua anak Ibrahim, Anwar dan Zaid dalam PRK Kajang ini. Pada 16 Oktober 2010, Zaid mengumumkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR pada tahun tersebut. Akan tetapi, pada 8 November 2010, gara-gara dakwaan bahawa pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus, Zaid mengumumkan penarikan dirinya daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden sambil meletak semua jawatannya dalam parti. Pada 14 November, Zaid secara rasminya mengumumkan pengunduran diri dari PKR. Perletakan jawatannya sebagai ahli PKR diterima oleh parti serta-merta pada 22 November (walaupun menyerahkan notis supaya beliau berundur secara rasmi pada 16 Disember), dan beliau meluahkan hasrat untuk menubuhkan parti baru menjelang PRU13. Pada 13 Disember 2010, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), sebuah parti pembangkang kecil yang bertapak di Kelantan, mengumumkan penyertaan Zaid Ibrahim sebagai ahli parti, dengan harapan agar beliau memimpin dan merombak AKIM supaya menjadi parti politik yang berdaya maju untuk PRU13. Parti itu juga menjelaskan bahawa Zaid sudah menyerahkan permohonan keahliannya untuk menyertai AKIM pada November 2010 selepas PKR menerima perletakan jawatan beliau. Pada mesyuarat am tahunan parti ini pada 15 Disember 2010, Zaid dilantik sebagai Presiden baru parti, menggantikan Zakaria Salleh. Pihak AKIM juga mengumumkan hasratnya untuk menukar nama parti menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Zaid juga mengumumkan bahawa KITA akan menjadi sebuah parti demokratik berbilang kaum yang terbuka kepada semua kaum di Malaysia, biarpun saiznya masih kecil, namun ia bermatlamat untuk meninggalkan impak dalam arena politik Malaysia dengan memberikan tumpuan kepada matlamat jangka panjang. Tetapi beliau tidak kekal lama dalam KITA dan terus keluar dari parti itu. Kini Zaid muncul sebagai calon Bebas di PRK Kajang pada 23 Mac ini. Adakah beliau akan kehilangan wang pertaruhan seperti calon-calon Bebas dalam PRU tahun lepas. Sama-samalah kita tunggu 23 Mac nanti.....!!!???

#PRK Kajang: Calon BN Pengukur Penerimaan Pimpinan Baru MCA - TPM

Pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN bagi kerusi DUN Kajang bakal menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti MCA. Berikutan itu, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan agar BN tidak bertanding pada PRK DUN Kajang 23 Mac ini. PRK Kajang platform ukur sokongan masyarakat Tionghua terhadap kepimpinan baharu MCA.“Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA)".“Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kepimpinan baharu MCA juga diberi kesempatan untuk membuktikan kepada pengundi di Kajang dan masyarakat Tionghua bahawa mereka bersedia membantu kaum itu.“Saya fikir ada baiknya kita beri peluang (kepada MCA) walaupun ada cadangan untuk kawasan itu diberikan pada wakil parti komponen (BN) yang lain,” katanya. Menurutnya lagi, Chew adalah calon yang sesuai bagi kerusi DUN Kajang kerana beliau berpengalaman menyandang jawatan kerajaan dan seorang yang berprinsip dari segi perjuangannya dan mempunyai perwatakan baik. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN tidak mahu memberi laluan mudah kepada pembangkang dengan tidak bertanding, meskipun dilihat sebagai “bukan pilihan” pada PRK itu. Pencalonan Chew juga bersesuaian menjadi landasan kepada MCA yang telah memutuskan untuk menerima semula jawatan dalam Kabinet pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) parti itu.

#PRK Kajang: BN 'Underdog' Di DUN Kajang - PM

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun disifatkan sebagai calon ‘underdog’ dalam PRK DUN Kajang pada 23 Mac depan. Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak berkata, BN akan melakukan yang terbaik terutama bagi memberi saingan terhadap calon lain pada PRK itu nanti.“Kali ini kami (BN) akan bertanding sebagai calon ‘underdog’," kata PM. “BN akan bekerja keras untuk pastikan kami memperoleh keputusan yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn. Mengulas lanjut Najib berkata, UMNO sebagai komponen terbesar dalam BN akan memberi sokongan padu kepada wakil MCA itu nanti.“Kami akan sokong beliau. Kami akan cuba yang terbaik,” katanya yang juga Presiden UMNO. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. PKR menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon manakala bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim turut mengumumkan pencalonannya sebagai calon Bebas.

#PRK Kajang: Siapakah Cina Di Mata Anwar......!!!???

Ramai yang tidak tahu siapakah cina di mata Anwar, Pada Julai, 1969 Anwar dengan 1,500 pelajar berdemo di KL menurunkan dan merosakkan papan tanda Cina, Ramai orang Cina sudah lupa pada tahun 1980 Koperasi-koperasi Cina rugi Rm3.6 Bilion tapi Anwar menutup pintu tidak mahu jumpa mereka. Pada tahun 1983 DAP dan MCA berdemo, 2000 orang membantah Anwar tetapi Anwar mengerahkan 15,000 orang hadir untuk menyokongnya dalam isu perlantikan Guru Besar bukan Cina di SRJK Cina. Justeru, pengundi kaum Cina di DUN Kajang perlu mengambil peluang pada 23 Mac nanti untuk menghukum Anwar agar kesakitan dirasainya.

Thursday 20 February 2014

Peruntukan RM 4 Bilion dan RM 750 Juta Punca Waytha Moorthy Berhenti.......!!!???

Seminggu selepas meletakkan jawatannya sebagai Senator dan Timbalan Menteri, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy muncul kali pertama dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak gagal menunaikan janjinya kepada kepada komuniti India.Dalam sidang medianya selama 20 minit, Waythamoorthy turut menggesa Najib supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.“Over the last eight months, I had at least 16 meetings with the Prime Minister at his office in Putrajaya,” Waythamoorthy explained.“In each of these meetings, I kept pushing for the naming of the new unit that he promised I was to head, as well as for the budget that was agreed to.” Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum PRU13. Apa yang gagal diterangkan kepada umum oleh Waytha Moorthy ialah beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan berbanding NGO yang beliau ketuai sebelum ini. Jika dalam NGO beliau mempunyai kebebasan mengarah dan menguruskan dana, ia tidak akan boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam kerajaan. Menurut sumber, Waytha Moorthy menuntut mahukan sebuah jabatan khusus yang dianggotai sekitar 50 orang pegawai dengan peruntukan antara RM 4-5 bilion.Selepas pilihan raya, Kerajaan BN memberi RM750 juta kepada kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf. Malangnya menurut sumber, Waythamoorthy mahukan beliau menguruskan secara langsung dana RM 750 juta tersebut. Permintaan ini tidak mungkin dipenuhi oleh Perdana Menteri kerana ia bertentangan dengan prosedur kewangan kerajaan. Selain itu, adalah mustahil untuk kerajaan memenuhi semua tuntutan Hindraf yang ada antaranya bertentangan dengan perlembagaan negara.

#PRK Kajang: PKR Dijangka Tidak Menang Mudah......!!!???

Keinginan BN untuk bertanding pada PRK DUN Kajang kini sudah hampir pasti namun sehingga kini parti utama kerajaan persekutuan itu masih belum membuat keputusan siapa yang bakal dicalonkan. Seperti kebiasaan kerusi DUN Kajang ialah kerusi yang dipertandingkan oleh MCA namun tewas pada calon PKR Lee Chin Cheh pada PRU13 lalu. Lee baru-baru ini tiba-tiba meletakkan jawatan ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk membolehkannya berada dalam DUN Selangor dan berkemungkinan akan menjadi Menteri Besar Selangor. Beberapa pihak pula melihat agar BN tidak meletakkan calon sekaligus tidak bertanding merebut kerusi itu kerana menyifatkan ia satu permainan politik kotor oleh pembangkang dan PKR pada asasnya akan menang mudah tanpa sebarang perebutan kerusi. Ada juga pihak yang mendakwa, tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang sebagai satu pembaziran wang rakyat sehingga terpaksa diadakan PRK di daerah itu. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan supaya BN tidak bertanding jika merasakan pilihan raya itu nanti adalah satu pembaziran.“Ada orang kata PRK (ini) membazir, tapi apabila Lee Chin Cheh letak jawatan dia tak payah bayar apa-apa. Percuma".“Belanja hanya perlu apabila ada pertandingan. BN akan letak calon bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru ada belanja dikeluarkan".“Mudah saja kepada BN, tidak payah letak calon. Tidak payah BN buang masa dan buang duit rakyat,” katanya ketika berucap dalam ceramah PRK DUN Kajang di Padang Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan. Adakah Anwar yang PKR benar-benar yakin bakal menang secara percuma jika BN tidak bertanding? Umum tahu, bukan sedikit orang dan bekas ahli politikus yang mempunyai perasaan dendam dan benci kepada Anwar. Belum pun lagi hari penamaan calon, bekas pemimpin dalam PKR Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyuarakan hasrat bertanding di atas tiket Bebas menentang Anwar. Selain Zaid, bekas sahabat baik Anwar, Datuk S Nalakaruppan juga mahu bertanding dan mendedahkan segala kepincangan Anwar kepada pengundi-pengundi di Kajang. Jika dua nama ini diambil kira, kebarangkalian Anwar akan menghadapi saingan tiga penjuru daripada bekas musuh-musuh hebatnya amat besar dan ini sudah pasti sukar bagi Anwar. Jadi, apabila Khalid mengatakan bahawa PKR akan menang percuma pada PRK itu nanti rasanya agak awal kerana hari penamaan calon hanya akan diadakan pada 11 Mac depan. Jika BN tidak bertanding, Anwar hampir pasti bakal berdepan calon-calon Bebas yang bukan calang-calang bebas, mereka merupakan bekas sahabat Anwar yang kini dianggap sebagai musuh.

#PRK Kajang: Chew Mei Fun Calon BN......!!!???

Datin Paduka Chew Mei Fun disebut–sebut di kalangan pemimpin MCA yang Matmerapu jangkakan mungkin akan dipilih sebagai calon BN untuk PRK Kajang. Chew Mei Fun ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada 9 April 2009. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai Senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam PRU tahun 2008. Pada 8 April 2010, Chew Mei Fun meletak jawatan Ketua Wanita MCA dan jawatan Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Masyarakat. Sebelum ini, pada 28 Mac 2010 semasa Pemilihan MCA 2010, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks dilantik sebagai Presiden.Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis .

Wednesday 19 February 2014

#PRK Kajang: Peluang Besar Pengundi Kajang Menghukum PKR.....!!!

PRK DUN Kajang adalah peluang besar kepada rakyat Malaysia terutama pemilih berdaftar DUN Kajang untuk menghukum PKR yang bukan sahaja gagal menunaikan janji-janji PRU13 lalu malah tindakan sengaja Lee Chin Cheh meletak jawatan telah menyusahkan pengundi. Pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kerakusan politik Anwar Ibrahim dan muak dengan masalah dan perbalahan dalaman PKR serta Pakatan Pembangkang. “Tapi, PKR jangan fikir bahawa rakyat telah lupa,”. Dengan pelbagai permasalahan dalam PKR, sudah tentu Pakatan akan mengadapi ujian yang besar sempena PRK Kajang.“Pakatan terutama PKR jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,”. PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Pembangkang. “PRK Kajang adalah isu peribadi. Sebab itu Matmerapu ingin pesan kepada BN, agar menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi calon PKR yang penuh dengan dosa dan kemungkaran. “Isu peribadi ini dilihat bakal membawa impak besar demi masa depan rakyat Selangor dan masa depan Negara agar tidak terus diperbodohkan oleh lakonan politik PKR". Calon PKR nanti terus bimbang dengan baggage berat yang dipikulnya kerana pengundi Kajang bakal menghukum PKR dan Pakatan sempena PRK Kajang pada 23 Mac nanti.

#PRK Kajang:Tidak Menguntungkan Sesiapa......!!!???

Telah banyak yang diperkatakan tentang PRK Kajang. Ia mengejutkan ramai pihak. Tiada darurat baginya diadakan. PRK itu hanya menyebabkan rakyat tidak selesa di samping memberi gambaran yang aneh. Duit rakyat dibazirkan, masa serta tenaga kerja bakal terbuang begitu saja. PKR mungkin mempunyai agenda nasional bagi mengadakannya, namun ia sesuatu yang tidak adil dan dianggap suatu pembaziran. PKR seperti yang dikatakan, diurus dengan lemah dan menjadi duri di dalam daging kepada Pakatan Pembangkang. Pimpinan PAS dan DAP mungkin telah bersetuju dengan langkah itu, tetapi samada mereka ikhlas, itu tidak diketahui. Kedudukan mereka mungkin terjejas kerananya. Bagaimana pemimpin mereka boleh bersetuju dengan pembaziran yang memberi kesan kepada rakyat? Kedua-dua PAS dan DAP tidak terlibat dengan rancangan ini secara langsung. Persetujuan mereka dibuat selepasnya, bagi mengekalkan keharmonian pakatan mereka. Pakatan mesti mengamalkan demokrasi. Ia perlu dan hendaklah menunjukkan bahawa ia yakin dengan demokrasi, baik dari segi bentuk, struktur, perkataan serta amalan. PKR mungkin menerajui Pakatan tetapi PAS dan DAP perlu menasihatinya tentang keperluan mengadakan PRK itu. Ia mungkin dapat merungkai masalah yang dihadapi PKR tetapi memberi kesan kepada Pakatan. Bagi rakyat (atau pengundi di Kajang), cara menyelesaikan krisis dalaman ini menyebabkan kesulitan. Pengkritik telah menyalahkan UMNO kerana tidak memikirkan parti komponen lain di dalam BN, tetapi budaya yang sama seperti diamalkan PKR yang mahu menyelamatkan masa depannya. Adakah aduan telah dibuat berhubung ADUN Lee Chin Cheh yang mengatakan beliau mengabaikan tanggungjawabnya? Jika tiada, langkah beliau meletak jawatan mungkin tindakan ‘patriotik’. Namun, tindakan membuta tuli itu bukan langkah yang wajar dipuji. Sedarkah Lee Chin Cheh bahawa tindakannya menyusahkan pengundi-pengundinya? Beliau tidak lagi boleh dipercayai dan karier politiknya mungkin terkubur. Beliau berkorban untuk parti tetapi tidak untuk pengundi. Beliau menghancurkan kepercayaan pengundi Kajang. Menurut Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, langkah tersebut bagi mengelakkan sebarang usaha UMNO/Kerajaan BN merampas Selangor melalui deklarasi darurat yang pernah terjadi di Kelantan pada 1977. Kerajaan Kelantan ketika itu mengalami krisis dalaman dan pertelagahan yang menyebabkan pentadbiran negeri terganggu. Tetapi di Selangor, hanya PKR yang bermasalah, manakala dua lagi parti di dalam keadaan selesa. Hujah Rafizi tidak meyakinkan. UMNO pada masa itu cuba menyingkirkan PAS daripada BN dan insiden di Kelantan membuka peluang baginya. Bukan mudah bagi UMNO/Kerajaan BN melakukan tindakan yang serupa, kerana ia tidak lagi mempunyai masa. Tindakbalas terhadap langkah itu bakal menyulitkan Pakatan. Masalah dalaman parti wajar ditangani jentera parti dan bukannya melalui PRK. Jalan menuju ke Putrajaya ialah melalui penerangan kepada pengundi di kawasan pedalaman dan bukannya melalui Selangor. Pakatan cuba mengurangkan jumlah kawasan parlimen yang menyokong UMNO di dalam PRU13 – dengan menyumbang sebanyak 88 kerusi. Kawasan ini merupakan tulang belakang UMNO dan Pakatan cuba memberi tumpuan kepada tempat-tempat tertentu. Pakatan wajar ingat satu pepatah Melayu: “Apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong berciciran”. Orang-orang utara pula memiliki pepatah dengan maksud yang sama: “Balik Pulau, Bayan Lepas, sana terperelau, sini terlepas.” Dalam kata lain, Pakatan mungkin tidak dapat menawan Putrajaya sementara Selangor jatuh ke tangan BN. Para pengundi perlu berhati-hati memilih bakal ADUN mereka.Kemungkinan wujud kesilapan diagnosis tetapi simptonnya sudah jelas.

Tuesday 18 February 2014

#PRK Kajang: Mampukah Anwar Menang Majoriti Besar.....!!!???

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan calon PRK DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU13 lepas. Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu. Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit. “Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar'. Matmerapu menjangkakan perkara ini mungkin benar jika BN meletak calon MCA pada PRK Kajang nanti. Namun, jika BN memutuskan untuk meletak calon Melayu yang diterima pengundi, Anwar dijangka menghadapi an uphill task untuk menang dengan majority besar.

#PRK Kajang: BN Perlu Letak Calon Melayu.....!!!

PRK Kajang merupakan satu PRK yang mungkin paling sinikal dalam sejarah politik Malaysia, berlaku hanya kerana mahu menyelesaikan kemelut dalaman PKR. Tapi dari sudut berbeza ini adalah medan persepsi untuk menampakkan sosok Anwar Ibrahim semakin rakus hendak menakluk Putrajaya. Kajang adalah sebuah daerah yang berjiran dengan Putrajaya. Ini bukan analisis rasis tapi untuk menyedarkan pihak yang berkaitan tentang terdapatnya sentimen rasisme yang harus diambilkira dalam menentukan calon paling layak untuk menentang Anwar Ibrahim di PRK N25 Kajang pada 23 Mac nanti. Terdapat maklumat yang mengatakan DS Najib Razak akan meneruskan kouta tradisi kepada MCA jika BN bertanding di PRK Kajang. Adakah itu keputusan terbaik....??? Presiden MCA yang baru dilantik, DS Liow Tiong Lai mungkin akan mempertahankan MCA untuk meletakkan calon mereka bagi membuktikan kaum Cina sudah mula kembali kepada BN di bawah kepimpinannya. Dari satu maklumat sahih Tiong Lai cuma mampu menjanjikan kenaikan undi Cina kepada BN dalam PRK Kajang dalam kadar 30%, berbanding 15% undi Cina yang BN perolehi dalam PRU13. Dapatkah kenaikan 15% undi Cina merubah keputusan PRK Kajang, 30% dari 40% (pengundi Cina keseluruhan) itu cuma dalam kadar 14% undi Cina keseluruhan untuk BN. Seperkara lagi, Dapatkah kita mempercayai janji MCA?? Di peringkat nasional dalam PRU13 lalu UMNO telah membuktikan peningkatan undi Melayu kepada BN, termasuk juga di Kajang jika diperhatikan pada statistik jumlah undi di peti-peti undi majoriti Melayu di seluruh Kajang. Dapatkah MCA mengakui hakikat ini.... akur dan mengalah sesekali, dan membuktikan kesungguhan mereka dengan memberi bantuan kempen yang padu kepada calon Melayu dari UMNO dalam PRK Kajang kali ini. Anwar Ibrahim telah menggerakkan langkah awal di kawasan-kawasan peti undi Melayu walaupun tempoh kempen yang sah belum lagi bermula. Seperti biasa wayang 'plain-folks' akan ditayangkan bagi mempertontonkan kezuhudan peribadi. Nawaitu tersirat adalah kebimbangan Anwar terhadap pengundi Melayu yang mungkin akan menjejaskan jumlah majoriti, sekaligus menempelak kredibilitinya selaku pemimpin nomero uno dalam Pakatan Pembangkang. Anwar sedar jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRK akan berkurangan berbanding jumlah pengundi PRU13 lalu, namun persepsi tetap dilihat kepada jumlah majoriti bukan peratusan majoriti. Kerana itulah Anwar terpaksa turun dan 'bersandiwara' habis-habisan di sekitar kawasan Melayu di DUN Kajang bagi memastikan jumlah undi dan majoriti yang akan dimenanginya lebih banyak dari jumlah majoriti calon PKR dalam PRU13 lalu. Satu-satunya pengharapan Anwar sekarang adalah undi Melayu. BN tidak perlu mensasarkan kemenangan di PRK Kajang, kerajaan negeri tidak akan berubah meskipun berjaya merampas DUN Kajang. Cukuplah BN memasuki gelanggang dengan harapan untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh PKR pada PRU13 lalu... itu sudah cukup untuk mengisytiharkan sebagai sebuah kemenangan. Kemenangan adalah bonus, tapi pengurangan majoriti sudah cukup untuk memijak-mijak maruah seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim! Di era BN masih kukuh pada PRU tahun 1999, calon PAS, Dr Syafie Abu Bakar memenangi majoriti kecil 37 undi mengalahkan calon MCA dari BN. PRU13 lalu calon PKR, Lee Chin Cheh menewaskan calon BN, Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi... BN cuma memperolehi 15% undi kaum Cina. Dapatkah kita mengharapkan magis dari MCA bila menentang Anwar nanti??? Satunya jalan keluar dari enigma ini adalah meletakkan calon Melayu UMNO sebagai calon BN dalam PRK Kajang...itu saja jalan terbaik untuk menghukum Anwar Ibrahim dan PKR. Personaliti calon pula harus diteliti sehabis baik dengan meletakkan seorang pemimpin Muda, Anak Tempatan, Profesional ataupun dari kalangan Agamawan. Kriteria-kriteria itu sudah cukup untuk menjunamkan Anwar Ibrahim walaupun bertanding sebagai underdog. Ramai pemimpin muda UMNO tempatan yang pastinya boleh dijulang! Ura-ura mengatakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Berjasa akan turut meletakkan calon mereka, BN mungkin boleh meletakkan proksi calon Cina sebagai calon Bebas jika mahu memecahkan undi Cina. Ini kerana jika BN meletakkan calon Cina MCA sudah pasti lebih ramai calon Melayu akan bertanding atas tiket Bebas dan akan mengecilkan margin undi Melayu kepada BN, ketika undi Cina kepada BN yang masih boleh dianggap sebagai 'misi mustahil'. Kesimpulan di sini untuk dipertimbangkan secara serius oleh DS Najib Razak, BN cuma akan bertanding sebagai pelengkap syarat jika meletakkan calon MCA.

Monday 17 February 2014

MCA Sasar Tiga Jawatan Menteri dan Empat Timbalan Menteri......!!!???

Kepimpinan MCA mensasarkan sokongan 100 peratus perwakilan dalam persidangan luar biasa pada 23 Februari ini bagi membolehkan wakil parti menerima jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. China Press melaporkan, sokongan padu tersebut diperlukan untuk memudahkan MCA mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang lebih banyak berbanding MIC. Wakil dari MIC pada ketika ini memegang masing-masing dua jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. MCA dilaporkan cuba memperjuangkan tiga jawatan Menteri dan empat jawatan Timbalan menteri dalam kerajaan. Sumber memberitahu, calon Menteri dari parti tersebut ialah Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden, Datuk Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.Calon yang berkemungkinan dicalonkan sebagai Timbalan Menteri ialah Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Wee Jeck Seng dan tiga Naib Presiden, Datuk Hou Kok Chung, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Lee Che Leong. Sebelum Pilihan Raya 2013, wakil MCA masing-masing memegang empat portfolio Menteri dan dua Timbalan Menteri dalam kerajaan. Menteri MCA pada masa itu ialah Tiong Lai, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen. Timbalan Menteri dari MCA pula ialah Ka Siong dan Datuk Chua Tee Yong.

#PRK Kajang: BN Tidak Akan Beri Laluan Mudah.....!!!

BN tidak akan memberi kemenangan mudah kepada pembangkang pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak mustahil situasi boleh berubah jika penduduk setempat mahu melihat perubahan ke arah masa depan lebih baik yang mampu dilakukan BN di DUN berkenaan. "Tidak mustahil jika perubahan (berlaku) di Kajang, (iaitu) menukar anggota dewan undangan negerinya (kepada wakil BN) berlaku pada PRK ini". "Kita tahu Kajang mempunyai banyak permasalahan walaupun ia sebuah bandar di pinggir Kuala Lumpur. Bukan sahaja masalah berkaitan pembangunan, masalah sosial juga banyak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera.