Tuesday, 4 February 2014
Pengundi Islam DUN Kajang: Ingat Bala Allah Ke Atas Kaum Nabi Luth.....!!!
Sehingga hari ini, Anwar Ibrahim enggan bersumpah mubahalah dengan orang yang membuat tuduhan terbuka terhadap beliau. Dalam Islam sendiri jika tiada penyelesaian dalam tuduh menuduh antara seorang muslim yang mengatakan beliau dizalimi dengan seorang muslim lagi yang menzalimi, maka jalan yang terakhir ialah bersumpah mubahalah. MALANGNYA SEHINGGA HARI INI ANWAR IBRAHIM ENGGAN MEMPERTAHANKAN DIRINYA DI HADAPAN ALLAH S.W.T. BELIAU BOLEH NAIK TURUN MAHAKAMAH BERPULUH KALI TAPI TIDAK BERANI SEKALI PUN MENJEJAK KAKI KE DALAM MASJID BERSUMPAH MUBAHALAH DENGAN MANGSA BELIAU, SAIFUL BUKHARI AZLAN.
Ini bukan isu politik lucah. Ini bukan isu serangan peribadi. Kita tidak peduli Anwar Ibrahim ada harta beratus juta, rumah banglo merata tempat. Kita tidak peduli jika Anwar Ibrahim ada mengambil pelacur China Doll. Itu antara beliau dengan Allah, kecuali ia dibuktikan secara tuntas di muka bumi ini maka hukuman dunia menantinya. Yang kita perlu ambil kira bahawa ada tuduhan yang dibuat secara bersumpah terhadap satu kegiatan paling keji di sisi agama iaitu hubungan sejenis atau homoseksual. Allah telah memusnahkan satu kaum dari muka bumi ini bukan kerana ia zalim, bukan kerana ia penzina, bukan kerana ia korup, bukan kerana ia makan harta negara TETAPI kerana mereka tergolong dalam kumpulan yang melakukan hubungan sejenis. Orang Islam dalam PAS dan PKR jangan berdolak dalik soal peribadi. Kononnya, isu korupsi negara, pembaziran duit rakyat lebih penting daripada isu kegiatan songsang Anwar Ibrahim. Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman (Nabinya). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu sebelum fajar menyingsing, sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia (Luth) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu.” (QS. Al Qamar, 54: 33-36)
Luth hidup semasa dengan Nabi Ibrahim. Luth diutus sebagai rasul atas salah satu kaum tetangga Ibrahim. Kaum ini, sebagaimana diutarakan oleh Al-Quran, mempraktikkan perilaku menyimpang yang belum dikenal dunia saat itu, yaitu sodomi (homoseksual). Ketika Luth menyeru mereka untuk menghentikan penyimpangan tersebut dan menyampaikan peringatan Allah, mereka mengabaikannya, mengingkari kenabiannya, dan meneruskan penyimpangan mereka. Pada akhirnya kaum ini dimusnahkan dengan bencana yang mengerikan. Jangan cakap soal agama jika anda mengundi Anwar Ibrahim selagi beliau tidak bersumpah muhabalah dengan orang yang menuduhnya. Jika berjihad untuk tidak mengundi Anwar Ibrahim pun anda tidak sanggup betapa hinanya ajaran agama Islam di kalangan orang Melayu negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment