Thursday 27 February 2014

Tarikh PRK N.51 Balingian Diketahui 6 Mac......!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac depan bagi membincangkan mengenai kerusi DUN N.51 Balingian, Sarawak yang secara rasmi akan dikosongkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb ini. Mesyuarat dijadual bermula 10 pagi dan akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, di Putrajaya.Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan. Beliau juga memaklumkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkenaan pengosongan kerusi DUN Balingian oleh penyandangnya Taib, yang berkuatkuasa 28 Februari. Taib yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 26 Februari sebagai ADUN Balingian.Sebelum itu, Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyerahkan notis pengosongan kerusi DUN Balingian kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Beliau berkata, kerusi DUN Balingian yang disandang oleh Abdul Taib kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.“Kita menyerahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan lanjut selepas kerusi tersebut dikosongkan".“Ia juga bermakna PRK automatik boleh diadakan di situ pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang akhbar di DUN Sarawak di Kuching.

No comments:

Post a Comment