Sunday 23 February 2014

#PRK Kajang: "Anwar Popular Tapi Saya Lagi Hebat".......!!!???

Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik. Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka. “Sebelum PRU13 beliau mungkin dilihat sebagai individu yang berkuasa. Tetapi selepas itu tidak lagi, penyokong boleh nilai sendiri prestasi dan kelemahan beliau".“Tetapi saya konsisten, saya lebih baik daripada beliau,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kajang. Ditanya bagaimana beliau mampu memberi saingan kepada pemimpin utama PKR itu, Zaid berkata, beliau lebih terbuka dari Anwar.“Saya tidak boleh ceritalah apa kekuatan saya. Tetapi saya lebih terbuka daripada Anwar. Rakyat sudah bosan dengan pemimpin politik yang suka main politik saja,” katanya. Selain itu Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau. Tegasnya lagi, keputusan untuk bertanding di DUN Kajang bukanlah untuk memecahkan undi mana-mana kaum.

No comments:

Post a Comment