Tuesday 4 February 2014

PRK Kajang: PAS Istihar Perang Terhadap Anwar.......!!!???

Siapa tidak kenal dengan cakap putar belit Anwar selama ini , Matmerapu tidak tahu sama ada puak PAS akan sedar diri atau tidak dengan Anwar ini. Tidak cukup Anwar membelit PAS selama ini , baru-baru ini Anwar belit lagi !!! Dalam kes PRK Kajang, Anwar telah menyatakan bahawa PRK DUN Kajang telah dirancang dan dibuat sejurus rundingan dengan puak Pakatan Rakyat. Perkara itu telah dipatahkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ust Nasrudin Hassan yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Mohd Nor Hamzah , Ketua Penerangan PAS Terengganu. Ustaz Nasrudin menyanggah dengan berkata ' PAS ini apa? Parti Tupperware? Tak bincang sepatah, Tak runding sikit pun? ' kemarahan Ust Nasrudin terhadap PKR dan Anwar ini tidak dapat diselindung dengan kenyataan agak keras dari mantan Ketua Pemuda PAS Pusat ini. Ketua Penerangan PAS Terengganu pula berkata 'PKR TELAH MENGKHIANATI PADA RAKAN PR SENDIRI TANPA PERBINCANGAN DAN PERSETUJUAN BERSAMA'.

No comments:

Post a Comment