Tuesday, 11 February 2014
#PRK Kajang: Tamparan Kuat Kepada Azmin.....!!!
Sayap Pemuda PKR menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisi kekosongan kerusi DUN yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin percaya Anwar merupakan calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN Kajang.“AMK juga percaya kepimpinan Anwar akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional,” katanya. Lebih dari itu Shamsul berkata "tindakan Lee meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang percaya telah membuka ruang kepada pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor sebagai Menteri Besar".Kenyataan Shamsul ini sebenarnya telah membangkitkan Harimau Gombak daripada lena yang panjang. Azmin selama ini masih menganggap dia adalah anak emas kepada politik PKR khususnya di Selangor. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, menunjukkan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang hendak tengok Azmin tersungkur dan menyodok tanah. Azmin bukan baru dalam politik.Jika kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR pun tidak mampu melastik dirinya kepada kedudukan MB – Azmin perlu sedar diri bahawa dia pada hakikatnya lone survivor. Mesej PRK Kajang ini cukup memberikan Azmin kesedaran bahawa dia tidak selamanya diterima sebagai anak emas. Selepas Izzah ada Anas Alam Faizli (bakal menantu) yang sedang dibina karakter politiknya. Harga pasaran Azmin jatuh mendadak. Azmin kena bijak buat keputusan politik. Kalau tidak lagi jadi harimau, Azmin dilihat hanya jadi anak kucing yang menggelabah cari kaki tempat bermanja. Matmerapu menyeru agar Azmin bersama ADUN PKR Selangor yang lain keluar parti dan menjadi wakil Bebas agar Anwar rasa seperti cacing kepanasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment