Sunday, 16 February 2014
#PRK Kajang: Zaid Ibrahim Tanding Sebagai Calon Bebas.......!!!
Zaid Ibrahim dalam satu sidang medianya dirumahnya setelah mendapat keizinan dan perkenan dari isterinya, telah mengesahkan akan bertanding di PRK Kajang sebagai calon Bebas lawan Anwar Ibrahim atas prinsip dan manifesto mahu mempertahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Tidak kah ini alasan yang agak pelik dan bodoh sebab Tan Sri Khalid Ibrahim dari awal pengumuman sampailah ke hari ini berdiri teguh dan sokong padu pencalonan Anwar di PRK Kajang serta langkah-langkah yang diambil yang kini dikenali sebagai "Kajang Move". Tan Sri Khalid diangkat sebagai Pengarah Pilihanraya PKR pada PRK Kajang. Jadi dimana logiknya alasan Zaid Ibarhim mahu masuk ke gelanggang bertarung dengan Anwar disebabkan mahu mempertahan Tan Sri Khalid Ibrahim sedangkan beliau mahu memenangkan Anwar?. Bekas presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya mengumumkan akan bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang sebagai calon Bebas. Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas pertimbangan membela prinsip politik sihat dan bersih, serta untuk menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. "Keputusan ini telah pun saya fikir dengan baik, panjang lebar dan semasak-masaknya," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media pada Ahad lalu.
Kata Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat dirinya sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid adalah satu tindakan politik liar. Bagaimanapun beliau menafikan tindakan beliau bertanding itu adalah kerana Anwar bertanding di situ. Tambahnya, jika Khalid dan pasukannya hendak 'disingkirkan', biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi di mana segala kelemahan dan kekuatan boleh diperbincangkan dan mengikut proses yang sesuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment