Wednesday, 5 February 2014

PRK Kajang: Lebih Baik BN Tidak Bertanding.......!!!???

Jika keputusan PRU13 dilihat menutup pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya. Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalistnya dalam PAS.Jika tidak, masakan mereka bersama dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai PM masa depan. Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi di peringkat negeri adalah lebih berprestij,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada PRU14 akan datang. Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM. Masalah pengundi Kajang kecewa kerana ADUN mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN. Masyarakat Cina menghormati Anwar kerana berani mengambil risiko dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri akan memberontak. Orang PAS telah dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya menjadi YB dengan sedikit sebanyak kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban. Soal PAS mengutamakan kepentingan bangsa dan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN. Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan dan juga oleh orang-orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar. Kehebohan dan tentangan terhadap Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak. Berasaskan senario di atas adalah lebih baik bagi BN tidak meletakkan calonya bagi PRK Kajang. BN tidak seharusnya melihat penarikan diri ADUN kawasan itu mengecewakan pengundi PR atau membazirkan wang rakyat. Cinta buta mereka kepada Anwar menyebabkan mereka melihat bigger picture untuk kepentingan masa depan orang Cina dari soal-soal lain. Pada kebiasaannya rakyat tidak mengambil berat soal perbelanjaan bagi sesuatu pilihanraya.Jika BN bertanding maka ia juga turut terlibat membazirkan wang rakyat. Adalah lebih baik bagi BN tidak terlibat dalan permainan pilitik Anwar Ibrahim yang bertujuan untuk menyelesaikan krisis dalaman PKR dan yang sudah dapat diramalkan BN pasti akan kalah kecualilah jika BN mahu menjadi boneka Anwar.

No comments:

Post a Comment