Thursday, 27 February 2014
PRK Kajang: PKR Pelik Khairy Sokong Zaid, Cabar UMNO Hantar Calon.......!!!???
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket Bebas pada PRK DUN Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh PKR. Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang UMNO dan BN."Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon Bebas, mahu menang di Kajang dengan tema untuk 'mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar'...kan aneh tu"? "Ketua Pemuda UMNO kemudian sokong bekas pemimpin UMNO yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-UMNO yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel. Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah UMNO berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang. Menurut beliau, adalah lebih baik jika UMNO sendiri yang menghantar calonnya di Kajang daripada menyatakan sokongan kepada calon lain atau kepada Zaid yang jelas bertanding dengan misi bukan untuk kepentingan rakyat."Saya suka mencabar Ketua Pemuda UMNO ini supaya UMNO sendiri turun bertanding sepertimana UMNO mengambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju pada pilihan raya lepas, jangan sokong, jangan hantar Zaid," katanya. Dalam pada itu, beliau menganggap isu berkempen awal tidak lagi timbul apabila Khairy sendiri telah turun ke Kajang dan berkempen dari rumah ke rumah."Khairy juga sudah turun ke 25 buah rumah, PC (sidang media) di kedai mee bandung, saya tak fikir beliau makan angin di 25 buah rumah"."Tak salah bila sesebuah parti politik itu memulakan gerak kerja sesuai dengan persiapan apabila sesebuah kerusi itu kosong," katanya sambil mengalu-alukan kunjungan Khairy ke Kajang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment