Monday, 10 February 2014
#PRK Kajang: BN Tidak Perlu Bertanding......!!!
Pandangan dan nasihat telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mengambil kira sejarah lampau bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib. PM Najib boleh berfikir kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang pembangkang menang di Selangor dan Matmerapu pasti Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan beliau. Jika BN pasti tidak akan menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu? Kalau merasakan itu pencabulan,untuk apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah berubah pucuk pimpinan mereka bagi memenangi kembali sokongan pengundi Cina. Biarkan pembangkang menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka dan sebagai Perdana Menteri,tidak perlulah beliau menjadi orang tengah ataupun membiarkan diri dimangsai oleh kegelojohan dan kegilaan pembangkang ini.PM Najib lebih bijak membaca apa yang tersirat sebenarnya di sebalik arahan Anwar supaya DUN Kajang dikosongkan untuk satu PRK dan tidak perlulah PM Najib menelan gula-gula yang diberikan oleh orang-orang sekelilingnya. PM Najib tidak perlu terpedaya dengan muslihat penasihat-penasihat yang berada di sekeliling beliau ketika ini terutama Ketua-ketua jabatan psywar yang sekarang ini sedang sibuk membuat analisa seperti salah seorang darinya iaitu Raja Arif,Ketua Pengarah BTN kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ada agenda yang sedang Anwar gerakkan dan mungkin turut digerakkan oleh dalaman UMNO untuk melihat nasib PM Najib seperti Pak Lah. PM Najib tidak perlu menunggu analisa rapuh yang dibuat oleh jabatan berkaitan terutama sekali daripada BTN yang mana Raja Arif sedang dibantu oleh pegawai-pegawai kanannya yang masih buta tentang politik dan kalau celik sekalipun,analisa mereka agak tidak boleh diguna pakai. Raja arif sendiri khabarnya sedang membuat pelbagai analisa dibantu oleh pegawai-pegawai kanan beliau yg rata-ratanya memang tinggal atauoun bermastautin di Kajang. Memamg menjadi prinsip Raja Arif,hanya lembu Mekah; yng tahu tentang Mekah lantaran itulah Raja Arif sedang menunggu analisis daripada pegawai-pegawai daripada Kajang dan PM Najib dikatakan sedang menunggu analisa ini. Kita yakin dan percaya pasukan Raja Arif ini akan menasihati PM Najib supaya menawarkan calon untuk bertanding di Kajang dengan memberikan harapan serta keyakinan bahawa BN boleh menang di DUN tersebut malah boleh mengurangkan majoriti tetapi itu jugalah yang dinyanyikan sewaktu Anwar bertanding di Permatang Pauh,bukan menurunkan majoriti malah majoriti Anwar bertambah melebihi lima ribu undi. PRK Kajang yang datang secara tiba-tiba ini juga adalah peluang untuk Raja Arif mencari talian hayatnya. Untuk kekal sebagai Ketua Pengarah BTN dan sebab itulah beberapa hari lalu Raja Arif bertemu dengan Mustafa Mohamad,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan walaupun Tok Pa tidak layak di mata Raja Arif kerana Tok Pa gagal membawa kemenangan untuk Kelantan dan pertemuan tersebut bagi tujuan Tok Pa menyokongnya ataupun mengetahui tentang kewujudannya dan alasan lain pertemuan itu adalah menawarkan bantuan untuk UMNO Kelantan. Kita percaya selepas Tok Pa,Raja Arif akan menemui seluruh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk menyembah dan menawarkan diri membantu dengan harapan agar Pengerusi Perhubungan Negeri-negeri ini memberitahu kepada PM Najib kononnya Raja Arif gigih berkerja dan perlu disambung kontraknya sebagai Ketua Pengarah BTN. Raja Arif bangga kerana program bermain golf lah yang beliau lakukan di Terengganu hingga BN tetap menang besar mengikut penilaian dan analisa Raja Arif dan dikatakan bangga mengatakanbahawa Terengganu benar-benar bernasib baik kerana PM Najib melantik beliau sebagai Ketua Pengatah BTN menyebabkan BN masih menang dan bangga tindakan drastiknya membawa balik anak Terengganu sebagai Pengarah BTN Negeri telah mengubah landskap politik negeri tersebut.Cuma kerana beliau tidak dicalonkan sebagai calon PRU13 maka Parlimen Kuala Nerus dan 3 DUN dalam kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang. Mungkin kerana berpandukan kepada kehebatan-kehebatan inilah barangkali PM Najib sedang menunggu lampu hijau Raja Arif untuk membuat keputusan samada menyertai PRK Kajang atau tidak. Bukti daripada PRK terakhir sebelum ini iaitu Kuala Besut adalah amat relevan dengan keputusan yang akan PM Najib laksanakan dan PM Najib kalau mahu mendengar nasihat ataupun pandangan Raja Arif,lihat dulu analisa BTN di Kuala Besut bilamana peti undi yang dipertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ini iaitu di Kg Nail,jelas keputusannya memihak kepada BN iaitu tidak berlaku sebarang peningkatan sokongan serta penurunan sokongan,kalau bukan BTN yang bertanggungjawab seakan Peti Undi tersebut akan kalah. Kesimpulannya PRK Kajang bukanlah medan yang sepatutnya BN terlibat sama.Kita pernah mengatakan keputusan pengosongan itu adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat dan kalau BN juga terlibat maka BN tidak jauh beza dengan PKR,sama-sama menjadi pengkhianat kepada rakyat.Kalau kita mengatakan tindakan ADUN PKR itu mengosong kerusi tersebut sebagai dosa kepada rakyat,BN juga akan turut berdosa kerana menelan dosa yang sama.Biarlah Anwar dengan kegilaannya,biarlah bertembung Anwar,Khalid serta Azmin Ali. Urusan mereka biar mereka yang selesaikan.Jangan BN diperbodohkan untuk kesekian kalinya dan jangan nasib Pak Lah turut sama menimpa Najib.....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment