Sunday, 9 February 2014
#PRK Kajang: Tidak Mustahil BN Menang......!!!???
Di atas kertas memang PKR mendahului, berdasarkan angka dari dua PRU lalu, namun perlu diingat, pertandingan di DUN Kajang adalah pilihan raya kecil, yang mana BN mempunyai kelebihan dari segi jentera dan logistik. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, BN perlu mencari lebih kurang 3,500 undi baru untuk menang di DUN Kajang. Pada PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas. "Angka 3,500 dari hampir 40 ribu pengundi dalam PRK bukan sesuatu yang mustahil untuk BN dapat, tambahan pula pengundi Kajang tahu PRK ini terpaksa dilakukan kerana masalah dalaman PKR," ujarnya ketika membuat tinjauan awal di Kampung Bukit Dokung dan Kampung Sungai Kantan di dalam DUN Kajang. Katanya lagi, dengan kedudukan Kajang yang hampir dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya, BN boleh mengerahkan semua jentera untuk membantu kemenangan parti jika BN bertanding. "Kajang ini hanya 15 minit berkereta dari Kuala Lumpur dan Putrajaya...tidak ada masalah jentera,"ujarnya. Menurut beliau, misi beliau melakukan tinjauan kali keempat adalah untuk bertemu dengan pengundi bagi mengetahui dua perkara, iaitu sama ada perlu atau tidak BN bertanding dan siapa calon terbaik wakili BN. "Keputusan sama ada BN bertanding atau tidak serta siapa calon akan diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk kepemimpinan parti untuk menentukannya,"katanya. Dari tinjauan awal itu nampak macam BN akan bertanding. Jelas Ahmad Maslan, jentera BN akan menyokong sesiapa saja yang diputuskan parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment