Thursday, 6 February 2014

#PRK Kajang Bakal 'Panas'

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan bahawa PRK DUN Kajang akan menjadi panas ekoran kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang bertanding merebut kerusi disana.Beliau yang ditemui di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya berkata, kehadiran Anwar yang diketahui mempunyai ramai penyokong dan pengaruh kuat mungkin menjadi PRK kali ini sesuatu yang begitu 'Panas'."Penyokong Anwar yang ramai dan 'fanatik' boleh menyebabkan PRK kali ini cukup mencabar". "Namun, SPR akan memastikan proses sepanjang penamaan calon sehinggalah keputusan dikeluarkan akan berjalan dengan lancar," katanya. Abdul Aziz juga menggesa semua pihak agar mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak polis dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya."Pemimpin-pemimpin parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan penyokong parti perlulah mematuhi undang yang ditetapkan"."Pihak yang terlibat juga perlulah mengikut masa yang ditetapkan dalam proses berkempen dan jangan terlalu ghairah," jelasnya.Dalam pada itu, Abdul Aziz turut mengumumkan bahawa SPR akan mengedar satu buku Kod 'Etika Pilihan Raya' yang akan diedarkan kepada semua calon, penyokong dan juga pengundi."Etika Pilihan Raya ini akan mengandungi semua maklumat bermula daripada proses penamaan calon sehingga proses pengundian dijalankan"."Diharapkan mekanisme yang digunakan ini dapat membantu semua pihak dalam menjamin kelancaran PRK," ujarnya. Pada sidang media yang sama juga telah berlangsungnya Majlis Watikah Penyerahan Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, YBhg Dato' Hasan Nawawi Abd Rahman. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac, umum Pengerusi SPR kepada pemberita. Sementara itu, tarikh-tarikh lain yang ditetapkan adalah 6 Feb tarikh notis pilihanraya dikeluarkan dan pengundian awal pada 19 Mac bersamaan hari Rabu. Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih itu mengandungi 39,278 pemilih berdaftar. "Untuk PRK Kajang, seramai 38,055 adalah pengundi biasa, 1197 pengundi awal dan 26 adalah pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam sidang media. Katanya, daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan Suku Tahun Ketiga 2013 yang telah dikemaskini sehingga 26 Januari 2014. Abdul Aziz berkata bagi menjalankan PRK DUN Kajang sebanyak 18 Pusat Mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian iaitu 3 buah Pusat Mengundi bagi Undi Awal dan 15 buah Pusat Mengundi bagi Pengundian Biasa."SPR akan menggunakan Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi"."Seramai 673 orang petugas pilihan raya akan dilantik dan anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan PRK ini adalah sebanyak RM1.6 juta," katanya. Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, beliau berkata SPR juga bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR). Dalam pada itu, mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata jenis dakwat dan cara penggunaan juga akan dilaksanakan berdasarkan pengalaman sebelum ini yang menunjukkan penggunaan dakwat kekal amat berkesan."Pengalaman penggunaan dakwat kekal begitu baik dan kita akan mendapatkan dakwat kekal yang baharu. Jadi, cara yang sama juga akan digunakan dan mungkin lebih berkualiti," katanya.

No comments:

Post a Comment