Tuesday, 25 February 2014
#PRK Kajang: Anwar Bimbang Terhadap Pengundi Kaum India.....!!!???
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memancing undi penduduk Kajang, beliau cuba menarik perhatian pengundi India demi mendapat tempat pada PRK Kajang 23 Mac nanti. Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang berkata beliau mahu membantu memnyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat DUN Kajang kelak. Antara janji yang disebutnya adalah akan menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang. "Di Kajang harga kos rumah tinggi, kesesakan lalu lintas"."Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat"."Saya datang ke sini bukan atas nama Ketua Pembangkang, saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," jelasnya. Beliau selain itu juga berkata kos sara hidup kini menjadi fokus Pakatan untuk membantu rakyat di Selangor terutamanya."Kalau mahu minyak turun, harga barang turun, BN mesti turun," tambahnya. Sebelum ini Anwar juga pernah berjumpa dengan penganut Kristian di gereja untuk tujuan yang sama. Malah pada waktu itu, beliau berkata kebebasan beragama akan tetap dipelihara untuk setiap kaum di negara ini.
PRK Kajang ini dijadikan batu loncatan untuk Anwar yang kononnya mahu mempertingkatkan lagi pembangunan dan prestasi Pakatan sebagai kerajaan yang memerintah.Matmerapu ingin mengingatkan pengundi kaum India Kajang agar tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan janji manis Anwar kerana pengundi di kawasan parlimen Permatang Pauh juga pernah dijanjikan 'bulan dan bintang' namun kini mereka dibiarkan tanpa pembelaan Ahli Parlimen Permatang Pauh - Anwar Ibrahim. Matmerapu ingin mencadangkan kepada SPR untuk membuat satu ketetapan baru menjelang PRU14 kelak - "Calon mana-mana parti hanya boleh bertanding di dua kerusi (Parlimen dan DUN) dengan syarat DUN tersebut berada di bawah kawasan Parlimen yang sama".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment