Sunday, 23 February 2014

#PRK Kajang:Mampukah MCA Bangkit Di Kajang Selepas Terima Tamparan Hebat PRU13 ?

Banyak spekulasi tentang punca kekalahan teruk MCA dalam PRU13 yang lepas. Selain daripada faktor asakan dan tohmahan dari DAP terhadap MCA, mereka juga menghadapi masalah dalaman apabila BN telah ditolak oleh ahli MCA sendiri dalam PRU13 yang lepas. Ekoran dari keputusan prestasi MCA yang amat teruk dan buruk dalam PRU13 yang lepas, maka MCA telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai wakil dalam kerajaan. Dalam PRU13, mereka hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN berbanding 90 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang dipertandingkan. Akibat dari tindakan MCA yang tidak menyertai kerajaan untuk menjaga “air muka” maka mereka tidak dapat berupaya bertanggungjawab sepenuhnya bagi membantu masyarakat Cina akibat ketidakhadiran mereka dalam kerajaan. Hakikatnya MCA hanya boleh bertanggungjawab dan menjalankan tugas sebagai parti pemerintah dengan syarat ia mengambil bahagian sepenuhnya dalam kerajaan. Oleh itu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA yang telah meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat untuk membuka laluan bagi parti itu kembali semula ke Kabinet amatlah dialu-alukan. Keputusan itu memang sudah dijangka dengan hampir semua 1,982 anggota perwakilan pusat, yang menghadiri mesyuarat itu di Wisma MCA, mengundi dengan cara mengangkat tangan. Namun begitu MCA perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan ahli MCA sendiri tidak berpaling tadah terhadap BN. Mereka perlu faham kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu. Semua ahli MCA perlu faham ketuanan Melayu, Jus Soli dan perjanjian pra kemerdekaan. Dengan ini ahli MCA tidak akan mudah termakan hasutan DAP dan pembangkang. Kepimpinan Chua Soi Lek telah menyebabkan MCA dipersendakan dengan masalah moral beliau berikutan pendedahan video lucah. Ini membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya masih terkesan dengan masalah moral pemimpin mereka. Namun penerimaan masalah moral di kalangan para pemimpin pembangkang bagaikan satu misteri. Sebenarnya jawapan kepada misteri itu amat mudah. Pembangkang sudah sinonim dengan kejahatan dan rendah moral. Maka masalah moral pemimpin pembangkang telah menjadi isu yang terlalu kecil untuk dibawa. Ini amat bertentangan dengan para pemimpin BN kerana BN lah yang dianggap sebagai pemerintah sebenar negara. Maka amat penting BN itu selari dengan fitrah sebenar pemerintahan yang bersih, adil dan telus. BN amat sinonim dengan kebaikan, keamanan, ketenteraman, kemakmuran dan nilai moral yang tinggi. Oleh itu sejak Liow mengambil alih kepimpinan MCA pada 21 Disember tahun lepas maka satu transformasi moral berlaku dalam MCA. Beliau menyuntik kewarasan dalam MCA apabila berulang kali menyatakan bahawa ketiadaan MCA dalam kerajaan sejak sembilan bulan lepas telah menjejaskan usahanya untuk memberi khidmat dengan berkesan kepada rakyat terutamanya berkaitan isu-isu pendidikan dan Kampung Baharu Cina. Walaubagaimanapun PRK Kajang ini memang menjadi medan penting untuk MCA. Mereka secara langsung memikul amanah dan tanggungjawab ini bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi yang dipersendakan Anwar Ibrahim. Ramai dalam BN amat tertunggu-tunggu perubahan positif yang bakal berlaku dalam PRK Kajang nanti.

No comments:

Post a Comment