Sunday, 9 February 2014
#PRK Kajang: BN Perlu Fokus Isu Kelemahan PKR
Inilah masa terbaik bagi BN dan komponennya ‘menelanjangkan’ PKR dan Pakatan Pembangkang yang kini banyak terpalit dengan isu-isu dalaman PKR yang jelas mengganggu rakyat. Usahlah BN terlalu memainkan isu peribadi Anwar kerana ia dilihat sedikit pun tidak akan memberi impak kepada penyokong Anwar di PRK DUN Kajang nanti. Sebaliknya Anwar dijangka akan menang di DUN Kajang dengan bantuan dan sokongan kuat pengundi Cina yang banyak memihak kepada Pakatan Pembangkang.
Menurut Anwar, "Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serangan peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya bertanding di PRK Permatang Pauh".“Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu". PRU13 sebelum ini telah menyaksikan Anwar telah diserang bertalu-talu berhubung masalah peribadinya namun masih menang di Parlimen Permatang Pauh. Ini menunjukkan rakyat dan pengundi bukan melihat masalah peribadi itu sebagai sebab untuk menolak calon sebaliknya komitmen dan masalah dalaman parti serta perkara yang boleh merugikan rakyat menjadi taruhan utama pengundi. Kejadian Anwar dihalau dan tidak diterima oleh kerajaan Jepun, kontroversi peletakan jawatan bekas ADUN Kajang yang telah melanggar kepercayaan pengundi Kajang dalam PRU13 dan masalah dalaman Kerajaan PKR Selangor perlu diperbesarkan kerana ini merupakan impak yang cukup baik dalam PRK DUN Kajang. Jadi, BN hendaklah gunakan strategi terbaik secara concerted effort dan bukannya menyerang keperibadian Anwar.Mengenai masalah peribadi calon itu, biarlah mahkamah sahaja yang menentukan sama ada bersalah atau tidak. Bagi Matmerapu, jika BN kekal hendak bertanding dalam PRK Kajang, ianya an uphill task namun kemenangan bukanlah satu perkara yang mustahil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment