Thursday, 6 February 2014

#PRK Kajang: Anwar Tidak Layan Bantahan Pemuda PAS......!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan bantahan Pemuda PAS terhadap keputusan PKR mengosongkan kerusi Kajang dan spekulasi beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar menegaskan apa yang penting ialah pendirian bersama yang diambil oleh Pakatan Rakyat bersabit perkara itu dan beliau tidak boleh mengulas bantahan sayap pemuda PAS itu. “Kalau ikut prosedur yang kita bincang dalam majlis tertutup Pakatan Rakyat (PR), biasanya saya tak pernah layan oleh begini dan kedudukan saya tak membolehkan saya membuat komen selain dari keputusan kita bersama untuk tumpu pada PRK Kajang,” ujarnya kepada pemberita selepas memberi ucapan di Pusat Komuniti DUN Kajang. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata PRK Kajang membazir dana awam manakala kemelut mengenai jawatan Menteri Besar akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. “Kita khuatir permainan pihak lain yang inginkan ia berpanjangan hingga lupakan kepentingan rakyat Selangor".“Kita kesal dengan tindakan itu, membazir masa dan duit rakyat. Ia mendedahkan PR kepada risiko kemerosakan sokongan rakyat,” katanya pada sidang media. Bagaimanapun Suhaizan akur dengan arahan parti untuk jentera pemuda dan PAS Pusat digerakkan untuk memenangkan Anwar di PRK Kajang. Dalam pada itu Anwar memuji bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh kerana sanggup memberi laluan demi kebaikan parti, tanpa mengharapkan sebarang habuan. “Sebelum itu dia tak runding dengan saya. Cuma dia tanye saya kalau saya letak jawatan Datuk Seri nak masuk tak. Saya terpaksa akui kebaikan orang.Dia tak minta apa projek atau apa pun,” katanya. Mengulas cabaran bekas rakan baiknya, Datuk S Nallakarupan yang menawarkan diri untuk bertanding, beliau hanya ketawa sinis sambil menyifatkan ahli Dewan Negara tersebut mendapat habuan.“Anda anggap ini cadangan serius? Kalau anda ketawa, maknanya tak serius dan tak payah layan. Nak dekat pilihan raya, banyak tokoh-tokoh, pelaku yang sama kerana mungkin dana keuntungan menjelang pilihan raya itu akan lebih,” ujar beliau. Matmerapu menyeru agar Pemuda PAS kekal dengan pendiriannya untuk tidak membantu Anwar dalam PRK Kajang malah PAS perlu boikot PRK tersebut kerana telah dipinggirkan dan diperbodohkan oleh Anwar.

No comments:

Post a Comment