Tuesday, 11 February 2014
#PRK Kajang: Anwar Tidak Perlu Bertanding, Kekalkan Khalid Sebagai MB Selangor.....!!!
Perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang memang mengejutkan. Disaat MB Selangor mengumumkan kenaikan elaun dan gaji yang tinggi buat Exco dan Wakil Rakyat, sukar diterima akal ADUN akan meletakkan jawatan jika tiada sebab yang benar-benar serius. Apa pun Anwar tidak boleh lepaskan diri dari dipersalahkan kerana Anwar adalah bos kepada ADUN berkenaan. Apa percaturan Anwar jika benar ADUN ini melompat atas 'arahan' Anwar? Tapi Matmerapu tidak merasakan ada arahan dari sesiapa, Matmerapu lebih percaya ADUN ini buat keputusan kerana mungkin merasa bosan dengan karenah politik di Selangor terutamanya berkaitan dua individu iaitu TS Khalid dan Azmin. Benar, apa yang berlaku di Selangor bukan soal rasuah atau penyelewengan namun isu ini merimaskan rakyat Selangor. Sebagai contoh, isu di dalam PKNS di mana ada orang lain berani mengeluarkan surat pecat Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan MB. Apakah ini boleh dikatakan salah guna kuasa? TS Khalid akui beliau tidak pernah pecat Azmin walaupun hanya MB Selangor sahaja atau diwakilkan kepada SU Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang boleh pecat Azmin atau sesiapa sahaja di dalam PKNS. Jadi, siapa buat kerja untuk TS Khalid ini? Adakah orang itu ada niat untuk sabotaj mengambil kesempatan di atas perbalahan TS Khalid dan Azmin? Perkara seperti ini lah memungkinkan ADUN Kajang merasa rimas dan meletakkan jawatan. Persoalan sekarang,Anwar akan bertanding bagi membolehkannya menjadi MB Selangor untuk meredakan ketegangan di antara pengaruh TS Khalid dan Azmin. Banyak pihak termasuk PAS yang tidak setuju Anwar bertanding PRK Kajang atau menjadi MB Selangor. Walaupun Matmerapu melihat TS Khalid menjadi MB Selangor kelihatan agak 'degil' dengan arahan pimpinan parti di dalam beberapa perkara namun TS Khalid banyak baik daripada kelemahannya. Kelemahannya, dia seperti lupa dia orang politik dan dinaikkan atas nama politik. Kelemahannya juga dia banyak memberi ruang kepada Faekah bercakap seperti orang politik sehingga kadangkala ramai melihat SUK kepada TS Khalid ini seperti Ketua Wanita PKR pula. Faekah banyak melukakan perasaan orang-orang politik di Selangor. Tapi itu semua secebis dari kelemahan TS Khalid berbanding segumpal jasanya kepada rakyat Selangor. Maka, tidak wajar TS Khalid diminta letak jawatan hanya kerana secebis kelemahan yang boleh diuruskan dengan baik oleh pimpinan parti. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah buang sahaja individu-individu yang menyusahkan parti untuk bekerjasama dengan TS Khalid. Individu tertentu yang berselindung di balik ketelusan TS Khalid tetapi hakikatnya mahu mengawal MB Selangor itu. Sejarah pernah buktikan Kerajaan Selangor telah disabotaj oleh kakitangannya sendiri yang bukan dari kalangan orang politik.
Sekali lagi Matmerapu mengharapkan agar TS Khalid terus kekal sebagai MB tetapi beliau harus bertindak membetulkan kelemahannya yang sering ditegur oleh Anwar. Anwar tidak perlu rendahkan martabatnya untuk menjadi MB Selangor walaupun dengan niat untuk meredakan ketegangan yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment