Tuesday 29 January 2013

Bekas Jeneral Kecewa Prasarana ATM

Terkilan dan kecewa juga dengan kenyataan media oleh Lt Jen Ghafir(Bersara), bekas Timbalan Panglima Tentera Darat(TPTD) pada 23 Jan 2013 yang disiarkan melalui YouTube bertajuk “Bekas Jeneral Kecewa Prasarana ATM” kerana bukan sahaja kenyataan beliau boleh menimbulkan persepsi negatif warga dan bekas tentera termasuk di kalangan rakyat terhadap Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kerajaan memerintah malah disebabkan oleh pilihan beliau untuk berada di pentas pembangkang. Sebenarnya, beliau mempunyai banyak opsyen lain untuk malahirkan rasa ketidakpuasan hati. Mengapa dan kenapa pentas pembangkang menjadi pilihan?? Entahlah......!!! namun ada juga beliau tersasul....."semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri....." Tutur lidah lebih pantas menterjemah gema hati (niat) mengatasi pemerosesan minda(otak)hehehehe!!!!!! Kenyataan beliau mengenai kedaifan kem tentera dan peralatan serta kelengkapan ATM seperti yang dibangkitkan adalah merujuk semasa era beliau selaku TPTD. Pada ketika itu sememangnya ATM menghadapi kekangan peruntukan untuk perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana kem kerana peruntukan tersebut terpaksa disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup warga ATM seperti perumahan dan kebajikan. Dalam era yang sama, ATM telah mencipta pelbagai kejayaan khususnya berjaya untuk PKM dan PKKU melaksanakan perletakan senjata dan dalam misi keamanan sejagat di bawah panji-panji PBB dengan melibatkan lebih ramai warga ATM. Komitmen ATM ini telah menghasilkan produk "keamanan" yang seluruh rakyat kecapi sekarang malah mendapat pengiktirafan PBB dan masyarakat antarabangsa. Perubahan masa telah membawa pelbagai transformasi permodenan ATM dalam pelbagai aspek meliputi perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana ATM termasuk aspek kebajikan bekas tentera. Pelan transformasi kerajaan telah memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada pembangunan ATM secara menyeluruh. Kerajaan kini terus komited memastikan agar ATM sentiasa menjadi tonggak pertahanan negara yang kredibel bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, warga dan bekas tentera diseru untuk memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan KEMENTAH dan ATM serta Government of the Day malah tidak mudah dipengaruhi oleh pihak berkepentingan dalam usaha pembangkang menanam persepsi negatif di kalangan warga dan bekas tentera. Kesimpulannya, hanya kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera. Sokongan undi anda kepada BN sempena PRU 13 nanti adalah satu pilihan tepat yang mempamerkan nilai tinggi kebijaksanaan anda.

Tuesday 22 January 2013

Bloggers Bekas Tentera Pro-Pembangkang

Media baru atau siber - landasan maklumat tanpa sempadan memberi banyak faedah kepada pengguna tidak terkecuali keburukan ketara. Tidak kurang juga yang menjadikan medium ini untuk memfitnah dan bohong melampau terutama di kalangan bloggers bekas tentera pro-pembangkang (BBTPP). Matmerapu akan cuba mengupas personaliti kelompok bekas tentera ini. Jika diteliti, diperhalusi dan disemak dengan sumber di pasukan mereka pernah berkhidmat dan melalui temubual sahabat dan rakan akrab mereka.....ternyata semua BBTPP ini adalah bersifat anti-establishment, egoist, self-centred, pembohong (hanya bijak 'menanam tebu di bibir'), gemar menyebarkan fitnah dsb namun yang agak ketara - over confident!! Mereka terus melampau memfitnah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kerajaan dengan pelbagai pembohongan. Matlamat busuk mereka ini tertumpu untuk meracuni minda warga ATM dan bekas tentera sebagai sasaran utama sekaligus menanam persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap kerajaan. Adakalanya artikel yang dipaparkan berbaur hasutan dipengaruhi syaitan. Adakah mereka ini 'Syaitan Bertopengkan Manusia'? Tepuk dada tanya selera. Namun....jawapannya jelas lagi nyata ibarat 'sudah terang lagi bersuluh' hahahahaha!!!!! Yang agak sedih....BBTPP ini masih tidak sedar bahawa mereka dijadikan "alat" oleh individu yang ingin berkuasa untuk hancurkan kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran negara yang telah kita kecapi sejak merdeka. Atau sememangnya BBTPP ini sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kepentingan peribadi - ada yang mendapat habuan kocek, tidak kurang yang mengintai dan mempromosi diri sendiri untuk menjadi calon PRU 13 malah ramai yang sememangnya bersifat pembohong. Sedarilah sekalian BBTPP bahawa usaha anda ibarat 'membubuh garam di laut' dan insaflah agar anda tidak terus dilabelkan sebagai 'kacang lupakan kulit'. Muhasabahlah diri akan Talkin ini - mati itu benar, syurga dan neraka juga benar, amal dan mungkar akan diperhitungkan secara bersaksi itu benar, akhirat juga benar....... Kesimpulannya, tiada nur dalam usaha dan tindakan anda selama ini melainkan diperalatkan seperti 'Kerbau Dicucuk Hidung'. Jangan sesekali melontar fitnah dan bohong melampau lagi terhadap ATM dan kerajaan.......Bertaubatlah sebelum matahari terbit di ufuk barat.

Sunday 20 January 2013

Pasca PRU 13-Pentingnya Kesinambungan Kuasa BN

PRU 13 kini semakin hampir dan dilabelkan sebagai "Ibu" kepada segala pilihan raya sejak merdeka. Trend pengundi masakini bagi Semenanjung ibarat bursa saham ditutup bercampur-campur. Pengundi Melayu bandar dan pinggir bandar lebih condong kepada Pakatan Pembangkang (PP) manakala Melayu luar bandar masih kukuh sokongan mereka terhadap BN. Sokongan pengundi Cina pula lebih memihak kepada PP berbanding BN manakala sokongan pengundi kaum India kekal kepada BN. Trend ini bakal berubah semasa kempen pilihan raya nanti terutama sebaik sahaja nama calon yang bertanding diumumkan oleh BN dan PP. PRU 13 kelak bakal memperlihatkan 'uphill task' kepada BN dan PP. Tiada jalan mudah untuk memperoleh kemenangan 2/3 majoriti bagi kedua-dua pihak. Kuasa kini berada di tangan pemilih berdaftar untuk membuat keputusan bijak dalam memilih kerajaan bagi penggal 2013-2018. Justeru, jangan tersalah pilih kerana ianya boleh membawa padah. Corak dan pendekatan Kerajaan BN sentiasa bertambah baik setiap hari sejak merdeka. Kepentingan rakyat sentiasa diutamakan terutama kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak melalui pelbagai Transformasi Kerajaan. Rakyat hendaklah sedar bahawa banyak lagi program transformasi(demi kepentingan rakyat) yang bakal diumumkan oleh kerajaan BN. Berilah mandat untuk kesinambungan kuasa BN kerana ianya amat penting untuk kita sama-sama menikmati keharmonian, keselesaan dan kebaikan kehidupan. Janji BN ditepati manakala janji PP hanya memberi harapan tetapi belum tentu ditunaikan oleh mereka. Renungkanlah bahawa senarai panjang janji PP terdahulu (PRU 12)masih belum tertunai. Pengundi Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor yang memberi undi mereka kepada PP dulu telah ditipu, dibohongi dan diperdaya. Apakah mereka sanggup ditipu, dibohongi dan diperdaya lagi oleh PP sempena PRU 13 nanti? Bangun dan sedarlah.....Ayuh!! kita sama-sama menumbangkan kerajaan PP di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Hanya pengajaran pahit ini yang dapat membuat mereka (PP) lebih insaf agar tidak secara berterusan menipu rakyat. Ketahuilah bahawa PP lebih pentingkan kuasa politik daripada mendekati denyut nadi rakyat!!! PP sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang rakus kuasa, pembohongan dan fitnah melampau. Sematkanlah dengan kuat di sanubari anda semasa "memangkah kertas undi" akan pentingnya kesinambungan kuasa BN demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat. Jangan sekali-kali memberi peluang kepada PP untuk menawan Putrajaya dan matikanlah hasrat untuk "cuba merasa pemerintahan PP di peringkat pusat" jika kita tidak mahu negara Malaysia tergadai dan musnahnya segala kebaikan yang dibina BN sejak merdeka.Hanya satu pilihan - Undilah BN menjelang PRU 13 kelak!!!!!!!!!

Thursday 17 January 2013

Ketawa Pagi

Dalam kelas bahasa inggeris, murid bernama Ali bertanya soalan kepada gurunya, Mat Merapu. Soalan 1: Apakah sebutan kentut dalam bahasa inggeris? Jawapan 1: Wind of Change. Soalan 2: Kentut yang amat busuk? Jawapan 2: Killing Me Softly. Soalan 3: Kentut yang terhimpit? Jawapan 3: Release Me. Soalan 4: Kentut yang tak henti-henti? Jawapan 4: No One But You. Hahahahahahaha.....!!!!

Kategori Pengundi

Kumpulan Pertama: "Mengamalkan sikap bertanggungjawab untuk keluar mengundi. Ada yang menzahirkan sokongan mereka secara nyata. Tidak kurang juga yang langsung tidak mempamerkan kecondongan sokongan mereka secara zahir dan dilabelkan sebagai 'pengundi Atas Pagar', mereka inilah yang bakal menentukan kemenangan calon/parti yang bertanding". Kumpulan Kedua: "Bertanggungjawab untuk keluar mengundi dan menzahirkan sokongan mereka secara bermuka-muka. Di kertas undi - memberi undi kepada pihak lawan atau merosakkan kertas undi secara sengaja. Inilah 'gunting dalam lipatan', 'musuh dalam selimut', 'musang berbulu ayam' dan 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Jika wujud golongan ini dalam parti, nescaya ianya akan membawa padah!!" Kumpulan Ketiga: "Langsung tidak ambil peduli untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar. Sibuk mementingkan diri dengan pelbagai alasan". Justeru, sedarilah bahawa setiap undi amatlah penting dalam sistem demokrasi negara. Justeru, semua pemilih berdaftar adalah disarankan untuk keluar mengundi di Hari Pembuangan Undi yang bakal ditetapkan oleh pihak SPR nanti. Hindarilah daripada terjerumus dalam kategori pengundi Kumpulan Kedua. Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai Pemilih Berdaftar sempena PRU 13 nanti.

Ramalan Tarikh Pembubaran Parlimen

Mat Merapu bermimpi semalam bahawa Tarikh Pembubaran Parlimen akan berlaku pada 13 Feb 2013 dan Hari Penamaan Calon akan berlangsung pada 23 Mac manakala Hari Pembuangan Undi akan diadakan pada 30 Mac 2013. Adakah mimpi Mat Merapu ini akan menjadi tepat atau tidak hanya masa akan menentukannya jua. Apa pun, Allah jua yang boleh menentukan segalanya mengikut kehendakNya. Usahlah dihiraukan sangat mengenai tarikh tersebut. Yang penting, BN perlu terus menguasai dan mewujudkan persepsi positif rakyat terhadap Kerajaan Pusat. Jentera BN perlu diperkemaskan terutama UMNO. Aktiviti kempen hendaklah bersepadu dan menyeluruh. Kelemahan PP dieksploitasi sepenuhnya. Denyut nadi rakyat dipenuhi. Calon mendekati rakyat secara berhemah. Isu serangan Pakatan Pembangkang (PP) dineutralisasi. Kepentingan Melayu-Islam diutamakan tanpa meminggirkan kepentingan bukan Melayu. Inilah formula kemenangan BN demi menguasai kembali 2/3 kerusi Parlimen.

Kecelaruan Pakatan Pembangkang

Tarikh matang parlimen setakat 28 Apr 2013 ini, tiada lagi elemen 'surprise' atau kejutan mengenai tarikh pembubaran parlimen. Coretan sejarah dicatatkan - penggal pemerintahan terpanjang dalam sejarah politik tanahair. Menjelang PRU 13, Pakatan Pembangkang (PP) kekal dalam kecelaruan dan kekalutan dengan pelbagai isu namun mereka berterusan melemparkan fitnah dan pembohongan melampau demi kerakusan kuasa individu atau kumpulan individu tertentu.BN menjadi sasaran fitnah mereka malah PM dan isteri turut menjadi sasaran utama serangan PP. Dalam kecelaruan dan kekalutan PP,mereka terus mempengaruhi pengundi melalui landasan "harapan" dengan pelbagai janji yang retorik. BN pula dilihat kurang aktif di tahap maksima untuk mengambil peluang terbuka bagi mengekalkan inisiatif untuk mengeksploitasi situasi PP yang semakin lemah khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. PP juga mengakui bahawa mereka agak sukar menembusi pengundi Melayu di kawasan mengundi luar bandar yang mementingkan apa jua aspek yang boleh memenuhi denyut nadi kehidupan harian mereka. Justeru, kelemahan PP di kawasan berkaitan sewajarnya dieksploitasi secara menyeluruh oleh jentera BN terutama UMNO.Kesimpulannya mudah, jika BN terus menguasai pengundi kawasan luar bandar, PP tidak mampu menawan Putrajaya. Kecelaruan PP kini amat terdedah kepada serangan BN. Perbagai isu terus menghantui PP seperti janji pilihan raya 2008 yang masih belum tertunai, kelemahan pengurusan kerajaan negeri pembangkang dsb hendaklah diserang secara habis-habisan oleh BN melalui pelbagai landasan - pendekatan secara bersemuka, geraksaraf & perangsaraf termasuk operasi media bagi menguasai persepsi positif rakyat terhadap kerajaan pimpinan BN. Saf BN perlu dirapatkan, serangan BN hendaklah tertumpu kepada pusat graviti kelemahan PP yang menonjol, operasi media dipeluaskan, rakyat didekati dengan memenuhi kehendak denyut nadi mereka mengikut keutamaan keperluan domestik mereka, pembohongan dan fitnah PP perlu dineutralisasikan segera melalui pendekatan penerangan dan penjelasan secara telus dsb. Jika ini dilaksanakan oleh BN secara menyeluruh dan bersepadu, BN tidak perlu bimbang untuk menghadapi PRU 13 nanti yang semakin hampir.