Tuesday 29 January 2013

Bekas Jeneral Kecewa Prasarana ATM

Terkilan dan kecewa juga dengan kenyataan media oleh Lt Jen Ghafir(Bersara), bekas Timbalan Panglima Tentera Darat(TPTD) pada 23 Jan 2013 yang disiarkan melalui YouTube bertajuk “Bekas Jeneral Kecewa Prasarana ATM” kerana bukan sahaja kenyataan beliau boleh menimbulkan persepsi negatif warga dan bekas tentera termasuk di kalangan rakyat terhadap Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kerajaan memerintah malah disebabkan oleh pilihan beliau untuk berada di pentas pembangkang. Sebenarnya, beliau mempunyai banyak opsyen lain untuk malahirkan rasa ketidakpuasan hati. Mengapa dan kenapa pentas pembangkang menjadi pilihan?? Entahlah......!!! namun ada juga beliau tersasul....."semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri....." Tutur lidah lebih pantas menterjemah gema hati (niat) mengatasi pemerosesan minda(otak)hehehehe!!!!!! Kenyataan beliau mengenai kedaifan kem tentera dan peralatan serta kelengkapan ATM seperti yang dibangkitkan adalah merujuk semasa era beliau selaku TPTD. Pada ketika itu sememangnya ATM menghadapi kekangan peruntukan untuk perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana kem kerana peruntukan tersebut terpaksa disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup warga ATM seperti perumahan dan kebajikan. Dalam era yang sama, ATM telah mencipta pelbagai kejayaan khususnya berjaya untuk PKM dan PKKU melaksanakan perletakan senjata dan dalam misi keamanan sejagat di bawah panji-panji PBB dengan melibatkan lebih ramai warga ATM. Komitmen ATM ini telah menghasilkan produk "keamanan" yang seluruh rakyat kecapi sekarang malah mendapat pengiktirafan PBB dan masyarakat antarabangsa. Perubahan masa telah membawa pelbagai transformasi permodenan ATM dalam pelbagai aspek meliputi perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana ATM termasuk aspek kebajikan bekas tentera. Pelan transformasi kerajaan telah memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada pembangunan ATM secara menyeluruh. Kerajaan kini terus komited memastikan agar ATM sentiasa menjadi tonggak pertahanan negara yang kredibel bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, warga dan bekas tentera diseru untuk memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan KEMENTAH dan ATM serta Government of the Day malah tidak mudah dipengaruhi oleh pihak berkepentingan dalam usaha pembangkang menanam persepsi negatif di kalangan warga dan bekas tentera. Kesimpulannya, hanya kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera. Sokongan undi anda kepada BN sempena PRU 13 nanti adalah satu pilihan tepat yang mempamerkan nilai tinggi kebijaksanaan anda.

No comments:

Post a Comment