Tuesday 28 January 2014

Calon PRK Kajang: Anwar - Mahathir Ibarat Buku Bertemu Ruas.....!!!???

Apa nak jadi dengan politik negara kita ini? Ianya benar-benar mencabar intelektual rakyat Malaysia. Adegan tarik tali dan sandiwara kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sungguh memualkan. Harga undi dan kepercayaan warga Kajang terhadap wakil rakyat mereka dipandang tiada nilai dan seperti layak dibuang ke dalam sampah. Lee Chin Cheh PKR, ADUN Kajang, tidak sakit atau nazak atau meninggal dunia atau disabitkan dengan kesalahan undang-undang. Malah, alasan Bendahari AMK itu ibarat menghina dan mengkhianati amanah seluruh warga dan pengundi Kajang yang terpedaya memilih wakil rakyat yang sebenarnya tidak mampu untuk berkhidmat untuk mereka. "Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor." Apa jenis ahli politik PKR yang begitu senang memberi alasan yang tidak masuk akal dan memperbodoh-bodohkan intelektual warga dan pengundi Kajang? Apa mereka ingat jawatan itu seperti tukar baju sesuka hati mereka? Yang pelik ialah kenapa masih ada di antara rakyat yang masih menyokong pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang ini? Tidak masuk akal apabila Anwar Ibrahim awal-awal lagi telah menafikan bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika beliau 'menang'. Tidak masuk akal apabila Anwar Ibrahim downgrading dan merendahkan status beliau daripada Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan melapor diri kepada Menteri Besar Selangor? Ketua dan calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Pembangkang tetapi melapor diri kepada Menteri Besar? Seriously? It doesn't make sense at all and it's the stupidest move ever done by the opposition. Terdapat juga andaian yang mengatakan sandiwara Pakatan Pembangkang ini sekadar diversion untuk : 1. Menutup isu-isu yang melibatkan Anwar Ibrahim seperti kes beliau dimalukan apabila tidak memohon visa untuk masuk ke negara Jepun kerana Anwar Ibrahim adalah bekas banduan. 2. Kes biadap penyokong pembangkang yang membakar bendera Jepun hingga mendatangkan marah rakyat Malaysia di Jepun dan nama baik negara tercemar teruk oleh pakatan pembangkang. Bagi Matmerapu, isu-isu di atas tidak cukup kuat atau panas sehinggakan Pakatan Pembangkang perlu 'mengorbankan' Lee Chin Cheh, bekas ADUN Kajang. Matmerapu memikirkan sandiwara terbaru ini sebagai langkah terakhir Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu percakaran dan pertelingkahan yang berlaku di kem Pakatan Rakyat di Selangor. Kata mudah, Azmin gaduh dengan Khalid. Anwar pening. Nak bagi fair and square, Azmin tak dapat Khalid pun tak dapat. End of the story. Andaian ini lebih senang untuk kita terima apabila melihat sandiwara dan wayang kulit di Selangor ketika ini. Dan pastinya, tindakan Anwar Ibrahim menjadi calon DUN Kajang sudah tentu akan mengecewakan warga Permatang Pauh, Pulau Pinang yang sehingga kini masih ternanti-nanti sumbangan Anwar kepada parlimen Permatang Pauh selain daripada ceramah, jamuan dan hamper? Seperti yang Matmerapu katakan, it doesn't make sense at all and it's the stupidest move ever done by the opposition. Persoalan besar sekarang ialah, jika mengikut analisis DUN Kajang, PRU13 dan atmosfera persepsi rakyat hari ini, siapakah calon BN yang paling layak untuk bertanding di DUN Kajang, yang benar-benar mampu menganggu gugat Anwar Ibrahim hingga tahap boleh kalah? Siapakah pemimpin ini? Beberapa nama pemimpin BN sedang hangat diperkatakan dan yang paling hangat ialah nama Tun Dr Mahathir Mohamad! Beliau adalah mentor Anwar Ibrahim dan beliau juga mampu menumbangkan anak didik beliau di PRK Kajang. Jika ini benar-benar belaku, barulah "Buku bertemu ruas". Dr Mahathir mungkin akan menolak cadangan ini tetapi what if....negarawan yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ini menerima cadangan ini atas konsensus seluruh kepimpinan BN pusat dan negeri Selangor? It's mind boggling but politics is the art of possible!

Peringatan Kepada Pengundi PRK DUN Kajang........!!!

Di bawah adalah pandangan DS Reezal Merican, ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang tentang sandiwara Pakatan Pembangkang di DUN Kajang : 1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut. 2. Dalam pengumuman keputusan, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata. 3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat. 4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kemaruk seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman. 5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang. 6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir. Matmerapu amat setuju dengan pandangan DS Reezal Merican. Matmerapu juga difahamkan bahawa penduduk di parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang begitu kecewa dengan tindakan ahli parlimen mereka. Malah, satu protes besar-besaran akan diadakan di parlimen tersebut....???

Anwar Sah Tanding Kerusi DUN Kajang......!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. "Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR. Sementara itu, Anwar - yang duduk di sisi Khalid - berkata keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat itu dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".

PRK Kajang: Yuktes Vijay Akan Lawan Anwar Sebagai Calon Bebas.......!!!???

Jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN N.25 Kajang, bekas pembantu penguambelanya, Yuktes Vijay menawarkan diri untuk menjadi calon bebas di DUN tersebut. “Jika Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang, saya juga akan bertanding sebagai calon bebas di DUN tersebut,” katanya dalam laman sosial, Yuktes Vijay. Menurut Yuktes, jika Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak direstui DAP untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu, maka jawatan itu sewajarnya dikekalkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Malah,Abdul Khalid juga tidak sesuai kata Yuktes, jawatan MB sewajarnya diserahkan kepada PAS yang mendapat 15 kerusi DUN berbanding dengan 14 dimiliki PKR. “Kalau DAP tidak setuju dengan pencalonan Azmin Ali, kekalkan Khalid atau pilih calon daripada PAS yang sebenarnya seri dengan DAP daripada bilangan kerusi DUN dan menang 1 kerusi lebih daripada PKR. “Konsep undi populariti tidak diguna pakai untuk kerusi DUN (Selangor)?,” katanya. Yuktes turut mendakwa kemelut dalaman PKR Selangor memberi gambaran bahawa Ketua Umum PKR dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah tidak lagi dihormati oleh pimpinan PKR. “Gesa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah untuk undurkan diri". “Jelas dan ketara parti telah hilang kepercayaan,” katanya lagi.

Sunday 26 January 2014

Gugur Azmin Strategi Khalid Untuk Pemilihan PKR......!!!

Matmerapu menyifatkan pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai percaturan politik Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merebut jawatan dalam pemilihan pemimpin tertinggi parti akan datang. Perbalahan Menteri Besar Selangor itu dengan Azmin Ali memang diketahui ramai sejak persaingan jawatan Menteri Besar selepas PRU13. Memang ramai tahu mereka ini berbalah sudah lama sebelum pilihan raya umum lagi kerana masing masing berebut jawatan Menteri Besar,tapi oleh kerana sokongan kuat daripada pakatan yang lain, Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor. Azmin selaku Timbalan Presiden dan sudah ada ura-ura kata nak lawan Presiden. Matmerapu melihat tindakan yang dilakukan itu lebih kepada perbalahan dalaman politik PKR dan ada kaitan dengan pemilihan parti. Azmin pada Jumaat lalu dilihat menaikkan status berupa 'selamat tinggal' kepada pekerja PKNS dan mengucapkan terima kasih kerana memberi kerjasama kepadanya sepanjang tempoh lima tahun. Beliau turut mengesahkan telah menerima surat daripada PKNS berhubung pengguguran jawatan itu. Hubungan Azmin dan Khalid sebelum ini dilaporkan semakin meruncing selepas beliau menegur keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar dan barisan Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan 56 ADUN sehingga hampir 400 peratus. Azmin dan Khalid juga seringkali berselisih faham mengenai peranan dan tugas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar itu, Faekah Husin. Namun di sebalik kemelut dalaman ini, tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri dilihat seolah-olah bersetuju dengan tindakan Khalid. Azmin berkata beliau akan berjumpa Anwar bagi membincangkan penggugurannya dari PKNS. Azmin telah bercakap dengan Anwar tentang perkara ini dan Azmin bercadang untuk bercakap dengan ahli kepimpinan tertinggi parti juga selepas Anwar kembali dari luar negeri pada Ahad malam". "Apabila semuanya telah dibincangkan, satu kenyataan akan dikeluarkan," kata Azmin dipetik dari sebuah portal. Anwar perlu tampil memberikan penjelasan agar konflik dalaman ini tidak membawa kepada perpecahan dalaman parti itu. Anwar Ibrahim perlu nyatakan pandangan dengan apa yang berlaku. Kalau ini tidak dikawal dengan rapi dan teliti, ini boleh sebabkan perpecahan dalam PKR. Azmin ini Timbalan Presiden PKR. besar pengaruhnya, terutama pada kumpulan PKR yang lama. PKR baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu pengguguran Azmin dari PKNS.

Sengketa Khalid-Azmin Makin Parah: Penjawat Awam Pula Dipersalahkan.......!!!???

Pengurus besar dan setiausaha kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan ditukar secara serta merta berhubung isu pengguguran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kata satu sumber. Sumber berkenaan berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memindahkan Othman Omar dan Norita Mohd Sidek ke Pejabat Kerajaan Selangor (SUK), sedangkan Othman masih lagi mempunyai kontrak sehingga 31 Januari ini. "Surat itu ditandatangani setiausaha kerajaan negeri... beliau (Abdul Khalid) kini cuba mengalihkan kesalahan (menggugurkan Azmin) kepada penjawat awam," kata sumber itu lagi. Selepas Azmin, Othman dan Norita kini jelas sumber berkenaan turut dilarang daripada menghadiri mensyuarat ahli lembaga pengarah PKNS. "Abdul Khalid menjadikan mereka sebagai mangsa kesalahannya," jelas sumber itu lagi. Sumber lain turut mengesahkan perkara itu dengan berkata kedua-dua mereka telah dimaklumkan berkenaan pemindahan itu. "Ya... betul. Mereka telah terima surat jam 11 pagi, dan sekarang menteri besar sedang bermesyuarat berhubung perkara itu," kata sumber berkenaan. Dalam satu kenyataan, Abdul Khalid mengesahkan perkara itu. "Antara pekara-perkara yang perlu disiasat secara terperinci ialah bagaimana surat pemecatan ahli lembaga pengarah dikeluarkan oleh pengurus besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS. "Sementara itu, kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelak sebarang komplikasi perundangan,". Isu pengguguran Azmin sebelum ini menerima kritikan keras pimpinan pembangkang dari PKR selepas Abdul Khalid dikatakan mengambil keputusan dengan mengenepikan kepimpinan tertinggi parti. Abdul Khalid bagaimanapun selepas mesyuarat Exco minggu lalu menegaskan tindakan menggugurkan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS dilakukan oleh Othman, dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) hanya bersetuju dengan perkara itu. "Keputusan bukan dibuat Exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM (pengurus besar) PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu". "Dalam minit mesyuarat Exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco berkenaan. Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Norita, sebaliknya berkata, kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Exco. Dalam satu kenyataan, Norita menegaskan bahawa PKNS telah memaklumkan kepada Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari. "Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 13 November, 2013 dan disahkan pada 4 Disember, 2013. "PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan Exco dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya. Abdul Khalid bagaimanapun sebelum ini turut menafikan pengguguran Azmin berpunca ekoran daripada pemilihan parti PKR yang akan berlangsung tahun ini. Kedua-dua pemimpin PKR itu juga sebelum ini sedia maklum tidak sebulu dalam banyak perkara, antaranya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu mengkritik Abdul Khalid secara terbuka berkenaan kenaikan gaji ahli Exco kerajaan Selangor yang disifatkannya sebagai terlalu tinggi. Krisis Khalid-Azmin nampaknya bertambah parah. Permainan "politik korporat" Khalid terhadap Azmin kini menular kepada penjawat awam pula. Menjelang pemilihan parti PKR Mac ini, nampaknya Khalid dan Azmin makin agresif sesama sendiri. Memang dalam parti, Azmin ialah Naib Presiden PKR, tetapi Khalid ialah Menteri Besar Selangor sekaligus orang paling berkuasa di negeri terkaya Malaysia ini. Apakah serangan demi serangan oleh Khalid ini membayangkan dia cuba merebut kerusi Naib Presiden pada pemilihan PKR Mac ini? Kita tunggu dan lihat!

Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor Pada 1 Mei 2014......!!!???

Menurut Sin Chew Daily keluaran petang pada 22 Januari 2014, Khalid Ibrahim akan digesa berundur sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 Mei 2014. Sin Chew Daily memetik sumber dalaman dari Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Difahamkan menurut keputusan mesyuarat itu, Azmin Ali bakal dijadikan Menteri Besar Selangor yang baru untuk gantikan Khalid Ibrahim. Pelbagai isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kem Azmin Ali dan juga AMK Selangor seperti isu air, isu GiatMara, kenaikan caj lesen perniagaan dan isu pelucutan jawatan Azmin dari PKNS menjadi punca Khalid Ibrahim didesak turun dari posisi Menteri Besar Selangor. Khalid Ibrahim juga akan diminta secara terhormat turun atas alasan kesihatan. Ini kerana Khalid Ibrahim dipercayai sering tertidur kerana faktor kesihatan. Maklumat itu juga menyatakan Anwar Ibrahim sudah tidak menyokong lagi Khalid Ibrahim. Hanya tinggal Wan Azizah dan Faekah sahaja yang menyokong Khalid Ibrahim. Habis berebut sebab hendak kuasa di Selangor.

Thursday 23 January 2014

Krisis PKR Di Selangor Semakin Tenat.......!!!

Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan semakin tenat apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat dilaporkan memutuskan bahawa Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Akhbar Sin Chew Daily dalam laporan muka depannya melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu. Jika laporan itu benar, nasib Abdul Khalid akan ditentukan oleh perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu. Difahamkan, mesyuarat tersebut menggariskan enam faktor utama yang mendesak supaya pertukaran Menteri Besar Selangor dilakukan dan menjurus kepada sikap Abdul Khalid yang membelakangi pandangan akar umbi dalam penentuan polisi Kerajaan Negeri Selangor. Enam faktor itu ialah: (1) Cara Khalid mengendalikan isu air Selangor dan Projek Langat II. (2) Kalimah Allah. (3) Peningkatan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri serta para exco (yang hangat diperkatakan baru-baru ini). (4) Kenaikkan berlipat kali ganda yuran lesen perniagaan. (5) Pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (6) Peraturan berkaitan industri burung walit di Selangor. Pergolakan PKR Selangor bermula apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwa perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruh Ahli Parlimen Gombak itu menjelang pemilihan PKR tidak lama lagi. Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan sendiri Pengurus Besar PKNS, Othman Omar pada 8 Januari lalu. Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang memaklumkan kuasa melantik anggota lembaga pengarah adalah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS. Kemelut ini semakin memuncak apabila Anwar campur tangan dalam isu berkenaan dan mendesak supaya Mohamed Azmin dikekalkan. Tidak lama selepas itu, kerajaan negeri mengumumkan Othman dan Norita dikenakan tindakan tatatertib, sesuatu yang menimbulkan kecaman kepimpinan PKR Selangor. Hubungan Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sering menjadi tumpuan sejak berakhirnya PRU13 apabila kedua-duanya dikatakan tidak sebulu, dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kerusi Menteri Besar. Sebelum ini, Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan mengancam untuk keluar daripada PKR apabila tidak dilantik sebagai Menteri Besar. Mohamed Azmin juga sering membuat kenyataan terbuka mengkritik kepimpinan Abdul Khalid termasuk dalam isu kenaikan gaji wakil rakyat negeri tersebut. Abdul Khalid sebelum ini membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.

Nurul Izzah Bercerai.......!!!???

Beberapa laman siber kini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya. Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah. Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya. Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut. Nurul Izzah, 33 dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Kedudukan Tian Chua Sebagai Ahli Parlimen Batu Bakal Terjejas......!!!???

Kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bakal terjejas setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), dua tahun lalu. Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya menunggu laporan penuh daripada Naib Presiden PKR itu, hari ini. “Kalau dipenjara, ia dakwaan jenayah. Sudah tentu memberi kesan kepada kedudukan Tian sebagai ahli Parlimen". Saifuddin berpendapat perlakuan Tian Chua di Pulapol itu merupakan tabiat Tian Chua yang melawat dan memberikan sokongan kepada peserta himpunan yang ditangkap. “Sudah tentu (terkejut dengan keputusan)...Sebagai ahli Parlimen, dia berdepan dengan rakyat...peserta himpunan yang ditangkap". “Maka sudah menjadi sifat atau tabiat beliau. Beliau akan berada di Pulapol untuk memberikan sokongan moral untuk membantu mereka. Rupanya berada di tempat seperti itu menjadi satu kesalahan,” katanya. Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakilinya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai. Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis, Deputi Superintendan A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Monday 20 January 2014

Penggunaan Kalimah Allah........!!!

Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan. Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama. "Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang. "Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam. Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik."Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik". "PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegasnya. Matmerapu ingin mencadangkan bahawa satu Persidangan Khas Majlis Raja-raja hendaklah diadakan bagi membincangkan isu kalimah Allah tersebut.

Awas!!! Kopi Najis Gajah Di Utara Thailand.........!!!???

Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand. Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut. Black Ivory coffee is now one of the world's most expensive varieties costing $1,100 (£685) per kilogram. Thai women collect the dung in Chiang Rai province, northern Thailand. before sifting through for beans. Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia. Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory. Elephants digest the fed coffee cherries before they are collected in their dung. The animal's digestive process is said to give the beans their unique flavour. Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu. Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77). Canadian Blake Dinkin, 41, spent $300,000 developing the production process. He said the first batch of the coffee has all been sold. "Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut. Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah. A Thai mahout use picks coffee beans out of elephant dung as part of the process to make Black Ivory Coffee. Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi. Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory. "Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel. Black Ivory coffee is poured into a cup at a hotel restaurant in Chiang Rai province, northern Thailand. Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang.

Anwar Dilarang Masuk Ke Jepun......!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo. Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan."Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen. Sebaliknya, beliau diberitahu supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi. Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999. "Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012. "Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara ini dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya. Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra. Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan. Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.

Tuesday 14 January 2014

Pakatan Pembangkang Putar Belit Kenyataan PM......!!!

Matmerapu melihat Pakatan Pembangkang ketandusan modal untuk menyaingi keupayaan dan kredibiliti kerajaan BN. Isu "kangkung" pun dijadikan modal mereka terutama PKR untuk cuba menanam persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan. Mengikut sejarah, parti serpihan UMNO seperti PKR tidak akan bertahan lama dalam landskap politik negara. Ianya dijangka berkubur seperti parti Semangat 46 jua......!!! Hanya masa menentukannya, apatah lagi PKR kini dilanda pelbagai masalah dalaman.

Salam Maulidur Rasul.......!!!

Matmerapu ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pengikut dan pelawat.....!!!

Perkembangan Terkini Ancaman COMANGO Terhadap Islam.......!!!

Bila NGO Islam pergi ke Geneva,COMANGO sudah beritahu semua pihak di sana untuk menuduh NGO-NGO Islam kita sebagai terrorist. NGO Islam hanya hantar sekitar 16 orang tapi COMANGO keliling kesemua kedutaan di Geneva untuk tuduh mereka sebagai terrorist. Bulan Mac nanti mereka hendak hantar 70 orang untuk berucap. Tapi NGO Islam hanya diberi berucap selama 2 minit hendak pertahankan pendirian kita. Perkembangan terkini dari NGO-NGO Islam memaparkan bahawa delegasi MuslimUPRo kini sedang berada di Geneva, Switzerland untuk meneruskan agenda melobi NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan misi perwakilan negara-negara anggota PBB menjelang penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor kepada Malaysia semasa sesi ke 17 Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 yang lalu.Semasa sesi penuh Majlis HAM pada bulan Mac ini, pihak Kerajaan Malaysia akan mengesahkan untuk menerima atau menolak mana-mana dari 232 syor-syor yang dikemukakan negara-negara anggota Majlis HAM PBB semasa sesi UPR ke 17 tersebut dijalankan. Selain itu, delegasi MuslimUPRo juga berada di Geneva untuk memulakan kerjasama jangka masa panjang dengan salah sebuah NGO terkemuka, Geneva International Center for Justice sebagai penzahiran persefahaman yang mula dicapai di dalam misi pertama Oktober lepas. Bentuk kerjasama pertama ialah latihan Hak Asasi Manusia bagi enam aktivis pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI). Ini dilakukan sebagai persediaan melaksanakan program latihan jangka panjang yang lebih lengkap bagi aktivis-aktivis NGI dari Malaysia. Pada sesi tersebut, wakil MuslimUPRo turut dianggotai Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim (PPMM) Dato‘ Zainul Rijal Abu Bakar dan Pengerusi Yayasan Nassar, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Antara bidang tumpuan inisiatif latihan ini adalah pendedahan kepada peserta tentang aspek teori dan pelaksanaan mekanisme HAM di peringkat Majlis HAM PBB, prosedur-prosedur khas HAM melibatkan triti dan konvensyen di bawah PBB termasuk proses UPR serta usaha-usaha pendidikan HAM bagi negara-negara anggota sebagai program berterusan di bawah PBB. Antara objektif latihan dengan GICJ ini adalah seperti berikut: Pertama: Memberi pendedahan tentang teori, sistem dan mekanisme HAM PBB kepada aktivis-aktivis NGI secara ilmiah dan professional; Kedua: Menyediakan aktivis-aktivis NGI yang mahir dengan selok belok mekanisme pencapaian HAM; Ketiga: Meneruskan usaha MuslimUPRo untuk menyediakan laporan pihak berkepentingan (stakeholder) bagi sesi UPR di masa hadapan.; dan Keempat: Mewujudkan rangkaian aktivis aktivis NGI yang mampu memahami serta terlibat di dalam mana-mana mekanisme HAM di peringkat PBB, termasuk proses UPR yang menjadi mekanisme penting semakan rekod HAM negara-negara anggota. Modul latihan yang dirangka juga mempunyai agenda besar untuk dilaksanakan di kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC). MuslimUPRo telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan menawarkan kepakaran profesional dan aktivisme khususnya kepada Suruhanjaya Tetap dan Bebas Bagi Hak Asasi Manusia OIC (IPHCHR) untuk membuka ruang penglibatan kepada aktivis-aktivis NGI dari kalangan negara anggota OIC. Hasrat ini adalah susulan dari komitmen dan seruan yang dizahirkan Tuan Yang Terutama Climane Shaikh, Wakil Tetap OIC ke Geneva semasa delegasi MuslimUPRo menyerahkan Memorandum serta mengadakan perbincangan dengan beliau bulan Oktober lalu. Keprihatinan MuslimUPRo faham mengenai gerakan HAM sejagat yang dilatari unsur-unsur liberal sekular, serta beberapa tuntutan terhadap Malaysia dan negara-negara Islam lain yang didapati tidak munasabah serta mengancam akidah, syariah, akhlak serta kesejahteraan moral manusia secara umum merupakan perkara asas yang menggerakkan inisiatif latihan dan lobi ini. Pada MuslimUPRo, mana-mana tuntutan yang tidak munasabah perlulah ditolak dan negara-negara anggota PBB secara umumnya perlu diberikan alternatif dari sudut pandangan keagamaan yang tepat dan berfungsi sebagai formula bagi menyelamatkan tamadun manusia dari kehancuran akibat tuntutan-tuntutan melampau HAM. Pada masa yang sama, MuslimUPRo menegaskan komitmen terhadap mekanisme HAM yang membuka ruang untuk memperbaiki keadaan HAM di negara negara anggota PBB. Secara khususnya di dalam konteks Malaysia, pembaikan rekod HAM hendaklah berdasarkan tuntutan-tuntutan yang absah dan tidak melanggar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Pemilihan Pengerusi DAP Johor Dipengaruhi Pemimpin Pusat......!!!???

Pemilihan anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong sebagai Pengerusi DAP Johor bagi menggantikan Dr Boo Chen Hau, disebabkan oleh lobi daripada pemimpin pusat parti itu, menurut seorang bekas pemimpin kanan DAP Johor. Norman Fernandez, bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor berkata kepimpinan pusat DAP diketahui lebih rapat dengan Liew berbanding hubungan dengan Dr Boo, ADUN Skudai, yang disifatkan sebagai rengang. "Kepimpinan pusat lebih selesa dan senang untuk bekerja dengan Liew berbanding Dr Boo. Bagaimanapun, ia adalah sama seperti parti politik yang lain, " katanya. Walaupun pemilihan anggota Parlimen Kluang itu banyak disebabkan oleh lobi daripada kepimpinan pusat DAP, tetapi akhirnya kata Norman, keputusan untuk memilih Liew itu dibuat oleh 15 anggota jawatankuasa DAP Johor. Selepas memimpin DAP Johor sejak 2005, anggota jawatankuasa parti yang baharu menggantikan Dr Boo dengan Liew, seorang anggota jawatankuasa pusat dan Pengerusi Pendidikan Politik DAP. Ramai pemerhati menyifatkan pemilihan Liew itu sebagai 'kemenangan' kepada Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan Penasihat parti, Lim Kit Siang, yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan Liew. Norman, seorang peguam, berkata pemilihan Liew yang berusia 36 tahun itu membolehkan parti itu mendekati golongan muda dengan lebih berkesan terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Pengerusi DAP Taman Nesa P.Kogilavani pula berkata, anggota DAP di Johor sudah mengetahui hasrat kepimpinan pusat untuk menggantikan Dr Boo sebelum PRU13. Beliau mendakwa kepimpinan pusat telah berusaha untuk mengurangkan pengaruh Dr Boo di Johor dengan menafikan hasratnya bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13. Pada PRU13, DAP memutuskan untuk meletakkan Kit Siang sebagai calon parti itu di Parlimen Gelang Patah dan mengekalkan Dr Boo di kerusi DUN Skudai.

Sunday 12 January 2014

Sikh Akan Terus Guna 'Allah' Untuk Tuhan.......!!!???

Masyarakat Sikh akan menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan kerana tidak ada larangan berhubung penggunaan kalimah Allah ke atas mereka, kata peguam kanan Karpal Singh. "Ia terdapat dalam kitab suci Sikh, Guru Granth Sahib, dan selama ini ia sudah ada. Kami akan terus menggunakannya". "Saya tidak nampak sebarang masalah yang timbul, kerana sehingga ini ia tidak pun berbangkit," kata Karpal. Pemimpin DAP itu ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Sikh, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes hasutan terhadapnya, berikutan enakmen di Selangor yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut.

Isu Kalimah Allah

Disebabkan dua keputusan dalam satu pentadbiran, maka suatu hari keputusan itu akan menghancurkan negara. Keputusan kerajaan bahawa sebutan ALLAH bagi merujuk Tuhan yang sudah sinonim dengan agama islam, dibenarkan bagi penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung ianya dilarang. Mahkamah tertinggi negara ini, telahpun memutuskan bahawa di seluruh Semenanjung, kalimah ALLAH hanya untuk orang islam, manakakala penganut agama lain dilarang menggunakannya. Jabatan Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia, dan merampas Al-Kitab (injil) versi bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah. Tun Dr Mahathir ada membuat ulasan berakitan dengan kalimah ALLAH ini juga. Mantan Perdana Menteri itu, mempersoalkan, mengapa hanya bermula tahun 2008, penganut agama kristian menimbulkan isu ini, dan tidak selama 50 tahun negara merdeka. Tahun 2008, adalah keadaan di mana Kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3, di Dewan Rakyat, ertinya dilihat sebagai kerajaan lemah. Melihat keadaan itu, maka penganut agama kristian mengambil peluang keadaan itu, untuk menimbulkan satu konflik yang boleh menghancurkan negara. Jelas, rancangan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan Kalimah ALLAH, memang mempunyai niat yang terselindung, agar negara berkecai. Negara boleh hancur, kerana masalah agama. Di Malaysia, sebenarnya berbicara berkaitan agama sangat sensitif, kerana negara ini diduduki oleh berbagai kaum dan juga berbagai agama. Sejak merdeka, rakyat sudah terbiasa dengan Rukun pertama Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" atas sebab itu, kita biasa mendengar dan membaca, penggunaan perkataan TUHAN YANG MAHA ESA, ertinya Tuhan yang satu. Jarang kita mendengar perkataan ALLAH keluar daripada mulut bukan penganut agama islam, kecuali di Sabah dan Sarawak, kerana keadaan penduduk yang bercampur gaul, sehingga perkataan allah disebutkan sebenarnya bukan merujuk kepada TUHAN YANG SATU, melainkan hanya ungkapan biasa. Contoh: "allah kau ini", ertinya bagi penduduk Sabah atau Sarawak, Apa sudah jadi dengan awak ini? Matmerapu mempunyai kawan atau sahabat yang beragama kristian, namun jarang tertdengar apabila mereka berdoa menggunakan nama Allah, melain Tuhan Bapa. Perkataan Allah, hanya mereka gunakan sejak akhir-akhir ini, selepas isu kalimah Allah berkembang, dan meluasnya kemasukan kitab injil yang dicetak di Indonesia, yang membawa perkataan ALLAH, bagi menggantikan Tuhan atau God.

Isu Kalimah Allah: Keikhlasan PAS Diuji........!!!

Para hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh pihak gereja dalam penerbitan The Herald mereka. "Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," makanya tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja. Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum. Apa yang Matmerapu ingin komen kali ini adalah hasil dari pemerhatian yang Matmerapu buat mengenai artikel-artikel yang terdapat di alam internet PAS - orang PAS tidak peduli langsung tentang isu kalimah Allah ini ! Di sebalik ketegasan Dewan Ulama PAS yang mengkafirkan sesiapa yang menyokong kalimah Allah disalahgunakan oleh kafir, pengamal media pro PAS langsung tidak ada inisiatif untuk memperjuangkan isu ini ...... menghairankan ! Langsung tidak ada komentar dari siapapun blogger pro PAS yang meminta orang-orang PAS supaya bersuara memberi sokongan kepada barisan peguam yang mewakili KDN dalam usaha mereka untuk mengubah kembali keputusan Mahkamah dulu. Matmerapu ingin melihat keikhlasan dan pendirian pengikut dan penyokong PAS dalam isu ini.....!!!

Thursday 9 January 2014

Umat Islam Di Malaysia Semakin Pincang.......!!!???

Jika dilihat melalui pandangan politik tentu kita faham dan arif tentang perpecahan Umat Islam di Malaysia. Masalah politik telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah dalam berbagai kelompok dan berpuak-puak. Perpecahan politik juga terpengaruh kepada perselisihan faham di dalam Akidah, Syariah dan tidak ketinggalan juga kepada perkembagan Hadith, Tafsir, Tasawuf dan sebagainya. Sehinggakan kita boleh lihat sendiri ada juga di kalangan pemimpin-pemimpin politik sanggup maki-hamun, fitnah dan yang paling teruk sekali adalah apabila sanggup mengkafirkan sesama Muslim. Perbezaan politik dari parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan parti-parti bebas yang lain amatlah merisaukan terutamanya perpecahan umat Islam. Umat Islam sekarang terbahagi kepada puak-puak mengikut fahaman politik masing-masing. UMNO dan PAS sebagai contoh. UMNO membawa perjuangan untuk orang Melayu khususnya agama Islam, begitu juga bagi parti PAS yang juga membawa perjuangan untuk orang Islam. Cuba kita bayangkan jika UMNO dan PAS bersatu, semestinya agama Islam kuat dan teguh berdiri di Malaysia. Kaum lain juga akan mula takut dan gerun dengan perpaduan umat Islam dan sekaligus umat Islam tidak akan diusik oleh kaum lain. Tetapi apakan daya, akibat politik Islam berpecah. Cuba kita lihat kaum Cina yang kini mula bersatu di bawah parti DAP. Mereka kuat dengan semangat perkauman mereka, walaupun hari ini kita lihat ada juga kaum cina yang menyatakan sokongan kepada BN tetapi itu hanya lakonan semata-mata oleh kaum Cina. Hakikatnya kaum Cina bersatu di bawah satu parti iaitu DAP. Ini jelas kita lihat semasa Pilhan Raya Umum Ke-13 yang lepas, kaum Cina banyak yang tidak memberi undi kepada kerajaan BN. Mereka banyak memberi undi kepada parti yang menjaga kepentingan kaum mereka sendiri. Sudah tiba masanya umat Islam bersatu di bawah satu bumbung tidak kiralah di bawah parti UMNO mahupun parti PAS. Ini adalah demi menjaga maruah agama Islam itu sendiri. Jangan sampai Malaysia ditukar daripada agama rasminya Islam kepada agama lain. Matmerapu menyeru, "Ayuh umat Islam kita bangkit dan bersatu demi martabatkan agama Islam di mata dunia". Pertahankan Agama Islam.

Demontrasi Tidak Mampu Selesai Masalah Rakyat.......!!!

Cetusan kekacauan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan Sambutan Tahun Baru 2014 di sana terpaksa dibatalkan merupakan catatan hodoh lanskap politik negara. Ketika kita mengharapkan tahun baru 2014 akan memberi ketenangan politik buat seketika selepas PRU13, ternyata ia hanyalah impian palsu semata. Walaupun keputusan PRU telah diperoehi dan diiktiraf oleh dunia, parti pembangkang masih lagi tidak habis-habis mencipta pelbagai cara untuk terus memburukkan situasi dan keadaan negara kita. Antara tindakan yang paling gemar dilakukan oleh pembangkang adalah mengadakan demonstrasi atau protes jalanan supaya keadaan menjadi huru-hara dan menampakkan salah pihak-pihak tertentu seperti pihak Polis misalnya. Pembangkang sering mengambil peluang untuk mencetuskan kekecohan dengan mengadakan perhimpunan Turun Harga Barang yang kemudiannya menjadi himpunan gulingkan kerajaan berdasarkan poster dan T-shirt yang dipakai mereka. Tujuan utama perhimpunan guling kerajaan ini diadakan adalah tidak lain hanyalah untuk meniupkan angin kebencian rakyat terhadap kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Isu yang digunakan oleh parti pembangkang adalah isu kenaikan harga yang dilakukan oleh kerajaan sejak berjaya memenangi majoriti kerusi pada PRU13. Isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ini adalah isu yang tidak berlandaskan cara yang betul di mana mereka memberikan fakta yang salah dan tidak tepat kepada rakyat yang seterusnya membangkitkan rasa benci kepada kerajaan. Mereka memberi tanggapan seolah-olah Kerajaan boleh menentukan naik turunnya kos sara hidup. Apabila parti pembangkang berjaya menyebarkan fitnah dan bohong kepada rakyat, sebahagian rakyat mudah terpedaya dengan sentimen emosi yang akhirnya menyaksikan demontrasi jalanan tanpa mengikut undang-undang. Inilah tindakan parti pembangkang yang selalunya dilakukan dalam usaha untuk terus merosakkan negara Malaysia ini. Kumpulan ini akan terus mengadakan kekacauan dan huru-hara sepertimana di Thailand sehingga kehendak mereka dipenuhi. Di Thailand, biar pun Perdana Menteri telah mengisytiharkan untuk mengadakan pilihan raya umum Februari ini bagi mengatasi masalah demontrasi, namun mereka terus mendesak parti memerintah melepaskan kuasa, mereka masih meneruskan dengan mahu memaksa Perdana Menteri sedia ada jangan bertanding. Jumlah mereka tidak sampai 5% daripada jumlah rakyat Thailand, namun kegigihan mereka melakukan tekanan menyebabkan kerajaan yang lemah tunduk kepada tekanan. Kumpulan yang mengadakan demontrasi di Thailand juga sudah berdekad tidak menang pilihan raya. Namun mereka masih beranggapan kerajaan perlu dengar cakap mereka kerana mereka adalah bijak pandai pelajar universiti, rakyat kelas menengah dan elit. Di negara ini juga tiada bezanya, cuma kerajaan BN tegas menguatkuasakan undang-undang sedia ada mengelak kumpulan minoriti menentukan perjalanan kerajaan. Lihat sahaja himpunan tunjuk perasaan yang selama ini diadakan oleh parti pembangkang seperti Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Himpunan Blackout 505 dan banyak lagi. Pembangkang berjaya mempergunakan rakyat hinggakan rakyat terpaksa menerima beban seperti ditahan oleh pihak berkuasa kerana berkelakukan ganas pada hari perhimpunan. Bukan itu sahaja, parti pembangkang terbaik dalam menggunakan generasi muda terutama sekali golongan pelajar-pelajar yang masih lagi menuntut di institusi pengajian tinggi untuk turun bersama-sama mengadakan protes dan tunjuk perasaan. Apabila mereka bersama mengikuti demonstrasi tersebut, ia akan menjejaskan kredibiliti dan nama mereka sebagai pelajar yang berwibawa untuk menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Ini kerana, nama mereka telah tercatat di dalam rekod sebagai individu yang pernah mencuba merosakkan imej dan nama Malaysia. Sudahlah meniupkan api marah dan benci dalam diri rakyat Malaysia, parti-parti di bawah Pakatan Pembangkang juga memberikan galakkan untuk rakyat melakukan perkara yang langsung tidak menampakkan rasa semangat cinta dan sayangkan negara. Sebagai contoh, PAS Melaka menyokong usaha beberapa (NGO) menganjurkan perhimpunan guling kerajaan ini. Malah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob juga berkata tindakan rakyat turun mengadakan himpunan itu sebagai langkah yang dipersetujui bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat. Ini semua temberang dan pembohongan melampau politik semata. Mana ada dalam sejarah manusia masalah rakyat diselesaikan melalui demontrasi? Sebaliknya pembangkang memberi gambaran masalah rakyat boleh diselesaikan melalui demontrasi jalanan. Akhirnya, pakatan pembangkang hari ini sekadar menjadi parti yang hebat dalam melahirkan perosak negara. Yang mendapat kesan buruk adalah rakyat, manakala, pemimpin pembangkang menerima pujian yang baik atas dasar kononnya memperjuangkan masa depan rakyat untuk menjaga negara. Kebenarannya, sudah banyak manfaat dan kebaikan yang telah kerajaan berikan kepada mereka. Namun, ia tidak pernah dihargai oleh parti pembangkang mahu pun rakyat. Hakikatnya, tidak pernah dalam sejarah manusia, demontrasi boleh menyelesaikan masalah rakyat. Ratusan ribu mengadakan tunjuk perasaan menjatuhkan Presiden Haji Muhammad Soeharto di Indonesia sebagai membantah kenaikan petrol dan kos sara hidup. Mereka menukar sistem Presiden Indonesia kepada maksimum dua penggal ala Amerika Syarikat sebagai sistem yang ideal dan syumul dalam demokrasi ala barat. Namun, selepas 4 Presiden silih berganti, negara Indonesia masih dibelengu kemiskinan, kos sara hidup tetap tinggi, jurang antara kaya dan miskin lebih teruk dari zaman Soeharto, harga petrol terus naik, harga elektrik terus naik, tol masih dikenakan, jalan masih macet (sesak) dan Indonesia masih pengeksport tenaga kerja murah. Inilah hakikat yang enggan dilihat dan didengar oleh mereka yang telah membulat tekad menyalahkan kerajaan BN atas apa sahaja masalah kehidupan mereka. Dengan menolak untuk mengkaji dan menerima kenyataan, mereka bukan sahaja tidak berlaku adil dan jujur kepada BN malah kepada diri mereka sendiri......!!!

Wednesday 8 January 2014

Maqasid Akidah PAS Semakin Longgar.........!!!???

Memang benar kata Datuk Mahfuz Omar bahawa dari kaca matanya, tiada masalah perpecahan di kalangan umat Islam yang berlaku di Malaysia hari ini. Malah, beliau juga benar apabila mengatakan bahawa isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk “memaksa” pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS bermuzakarah. "Seolah-olahnya kita berhadapan soal masalah besar. Apa masalah dan isu besar yang hendak muzakarah? Soal perpaduan ummah, bila perpaduan ummah itu menjadi masalah? Apa perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Islam? "Masyarakat Islam tidak berpecah kalau diberikan ruang sebenarnya untuk semua pihak mendengar maklumat yang jelas," katanya. Mahfuz juga benar apabila menyimpulkan bahawa kepentingan politik rakyat keturunan Cina tidak mengancam kedudukan dan kelangsungan politik dan ekonomi orang Melayu-Islam. Beliau juga benar apabila membuat kenyataan sedemikian bersandarkan pandangan peribadinya yang menjurus untuk mengatakan tidak perlu diadakan muzakarah di antara PAS dan UMNO. Ini mungkin kerana sebagai orang politik, secara peribadi Mahfuz berasa agak selesa dengan status quo politik di antara kaum dan agama di Malaysia hari ini. Mujur beliau tidak bercakap sebagai menyatakan suara rasmi PAS. "Tidak, saya tidak nampak satu keperluan sebab Matmerapu tidak melihat ada masalah perpecahan. "Ancaman daripada orang Cina terhadap orang Islam itu semua propaganda, ia tidak ada ancaman pun," katanya. Pendek kata, bagi Mahfuz orang Cina tidak pernah mengancam atau menggugat kepentingan orang lain, terutama Melayu-Islam. Ini persoalannya. Keyakinan Mahfuz ini adalah satu aliran pemikiran baru di kalangan pemimpin PAS tertentu. Suatu ketika dahulu ahli dan penyokong PAS langsung tidak “sebulu” dengan DAP. Namun sekarang keadaan sudah berbeza. Dulu, PAS menganggap DAP itu musuh nyata bagi PAS. Secara terang-terangan DAP menentang objektif PAS berpolitik untuk mewujudkan Negara Islam. DAP malah beriltizam untuk menentang PAS melaksanakan hukum Islam di Malaysia. UMNO bagi PAS, adalah saingannya di segi politik. Sejak mula penubuhannya PAS menganggap UMNO jahil dan lemah penghayatan Islamnya. Oleh itu PAS menawarkan diri untuk menjadi alternatif kepada UMNO. Namun kini keadaan berubah. Sejak 2008 apabila mula dilingkari pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim, pandangan pemimpin PAS seperti Mahfuz sudah banyak berubah. Ketidakpuasanhati PAS umumnya terhadap UMNO ialah soal penghayatan Islamnya. Pusar ketidakselesaan PAS terhadap UMNO ialah persepsi jenayah dan pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Namun perbezaan nyata PAS dengan DAP ialah soal akidah. DAP langsung tidak mahu PAS menterjemahkan dan melaksanakan tuntutan akidah Islamnya. Ini bukan satu fitnah atau propaganda. Ia satu hakikat. Namun asuhan Anwar Ibrahim mengubah segalanya bagi pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar. Perbezaan akidah PAS dengan DAP bukan lagi masalah. Sebaliknya didorong oleh persepsi bahawa UMNO itu penjenayah, ia menjadi hujah baru bahawa UMNO itu musuh lebih besar bagi PAS. Walhal jika pemimpin PAS seperti Mahfuz ada wawasan politik sudah tentu beliau boleh mengunjurkan betapa jika terus digilap kebencian terhadap UMNO, jurang perbedaan di antara penyokong parti Melayu Islam itu dengan PAS sudah pasti ia akan mendorong kepada perpecahan yang melebar dan parah. Betapa tidaknya jika polarisasi untuk “menghalalkan berkesedudukan politik dengan DAP” digalakkan dengan alasan UMNO itu penjenayah yang mesti ditumbangkan sudah pasti ia akan meracuni ahli dan penyokong PAS sendiri kerana mereka akan menjadi “tidak jijik” dengan amalan mencemarkan akidah! Pemimpin seperti Mahfuz mahu menghirup kejayaan politik ketika hayatnya berpolitik tanpa memberi keutamaan kepada usaha mengelak bencana lebih besar yang bakal berlaku pada masa depan. Kurang sensitif politik dan agama ini makin jelas apabila PAS dilihat tidak berani dan kurang mampu untuk mengambil pendirian tegas terhadap DAP yang kini semakin mencabar ruang pemikiran dan amalan agama Melayu-Islam. Isu mahu meminda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran Kepada umat Islam) 1988 Selangor adalah dalil bahawa sikap dan pandangan seperti Mahfuz ini akan terus merangsang DAP menyanggah penzahiran akidah PAS dan pengikutnya. Mujur Mahfuz mengakui bahawa pandangan tidak perlu ada muzakarah di antara PAS dan UMNO itu hanya pandangan peribadinya sendiri dan bukan mencerminkan pendirian PAS. Jika tidak di mana letaknya nilai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO dalam isu membabitkan kepentingan Islam dan umatnya. Oleh kerana tiada pemimpin PAS lain yang mengulas kenyataan Mahfuz ini, dan apatah lagi tiada tindakan disiplin diambil ke atas bekas Naib Presiden PAS itu, bolehlah disimpulkan bahawa PAS bersetuju dengan Mahfuz! Jika benar demikian, maka seharusnyalah PAS beristighfar dan bertaubat kerana lebih cenderung bersahabat dengan kafir DAP dan bersekongkol memujuk umat Islam terbabit dengan isu jenayah akidah daripada usaha berdakwah memberi pencerahan keutamaan atau maqasid akidah kepada penyokong PAS.

Tuesday 7 January 2014

Cadangan Penyelesaian Konflik Kaum.......!!!

Kita semua percaya, walau sekuat manapun sentimen perkauman yang wujud di dalam hati masyarakat Malaysia, jauh di sudut hati mereka, pasti terselit impian untuk hidup di dalam sebuah negara yang erat integrasi kaumnya. Justeru, tidak dapat tidak, kita harus berlapang dada untuk memberi dan menerima sesama sendiri di dalam beberapa perkara, demi untuk mencapai impian bersama ini. Apa yang bakal dicadangkan ini bukanlah suatu bentuk penyelesaian terbaik, namun mungkin boleh difikirkan, bagi memastikan integrasi kaum di Malaysia menjadi realiti.Pertama.Fahami Sejarah Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini adalah permulaan kepada usaha yang selanjutnya. Seharusnya semua kaum di semua peringkat umur di Malaysia memahami sejarah negara ini. Bagaimana asalnya negara ini dari segala segi, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Kemudian bagaimana negara ini berevolusi menjadi sebuah negara yang majmuk seperti apa yang ada pada hari ini. Transformasi itu harus difahami sedalam-dalamnya oleh semua rakyat Malaysia. Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan juga harus difahami dengan jelas dari aspek falsafah dan juga sejarah yang membawa kepada peruntukan-peruntukan yang wujud di dalam perlembagaan tersebut. Jika semua ini dapat dilaksanakan, kita semakin menuju ke arah integrasi kaum yang sebenar di Malaysia.Kedua. Kurangkan Perbezaan, Banyakkan Persamaan. Kita juga seharusnya mengurangkan dengan serius perbezaan-perbezaan antara kaum-kaum di Malaysia. Garis pemisah antara kaum sedaya upaya harus dikecilkan. Misalnya, kurangkan organisasi-organisasi politik dan sosial yang berteraskan kaum. Kenapa perlu ada Dewan Perniagaan Melayu? Cina? India? bukankah lebih baik jika kita adakan Dewan Perniagaan Rakyat Malaysia?. Dalam soal ini, perbezaan dari segala segi ini seharusnya dikurangkan. Bahkan harus kita cari titik persamaan yang lebih banyak antara kaum-kaum di Malaysia. Dengan adanya persamaan yang banyak, mungkin konsep bangsa Malaysia bukan lagi sekadar menjadi impian. Dalam menjana usaha ini, mentaliti dan sikap perkauman yang sempit juga harus diubah. Dengan paduan pengetahuan sejarah, kita harus bersifat realistik. Negara ini bukanlah milik kita seorang, tetapi ianya telah dijanjikan di dalam kontrak sosial bahawa negara ini milik bersama, milik semua kaum di Malaysia. Justeru, seperti yang dinyatakan tadi, kita harus mencari persamaan itu sebanyaknya dan mengurangkan perbezaan antara kita sebolehnya.Ketiga. Transformasi Sistem Pendidikan. Hal ini juga mungkin boleh difikirkan. Kita semua sedia maklum, pendidikan khususnya di peringkat sekolah rendah merupakan platform terbaik untuk memupuk integrasi kaum di Malaysia, justeru mengapa selepas 50 tahun medeka, kita masih mengamalkan sistem pendidikan yang memisah-misahkan kaum di dalam negara kita? Seharusnya kita mengumpulkan anak-anak ini di bawah satu bumbung supaya mereka saling kenal mengenal dari segala segi dengan lebih rapat lagi. Agar apabila mereka sudah dewasa kelak, kerukunan hidup bersama rakan-rakan di sekolah yang berbilang kaum itu akan terus dipelihara dan dipraktikkan. Mungkin usaha untuk mewujudkan hanya satu sistem persekolahan di Malaysia merupakan suatu perkara yang agak mustahil, namun kerajaan masih boleh memikirkan alternatif lain untuk mengumpulkan pelajar-pelajar sekolah ini di bawah satu bumbung, misalnya sebagai contoh, hanya membenarkan calon UPSR mengambil ujian tersebut di sekolah-sekolah aliran kebangsaan sahaja, dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan hanya menawarkan khidmat pendidikan sehingga darjah lima sahaja. Pada darjah enam, semua pelajar diwajibkan belajar di sekolah-sekolah aliran kebangsaan. Silibus pendidikan juga harus dibuat rombakan sedikit sebanyak, daripada hanya mementingkan subjek-subjek sains tulin di sekolah-sekolah rendah, kerajaan juga harus memberi penekanan yang lebih kepada subjek-subjek yang berteraskan sains sosial seperti budaya dan sejarah. Supaya pendedahan di peringkat awal ini akan mengukuhkan kefahaman mereka terhadap kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini.Keempat. Kurangkan Agenda Politik Perkauman. Politik perkauman sedikit sebanyak mempunyai kepentingannya yang tersendiri kepada perhubungan kaum di Malaysia. Namun, jika ianya diperjuangkan dengan cara yang melampau, hampir pasti ianya mengundang kemarahan kaum-kaum yang lain. Justeru, aktor-aktor politik perkauman ini harus berhati-hati dalam segala tindakan mereka. Bahkan mereka harus mengurangkan agenda-agenda perjuangan perkauman mereka yang tidak terlalu mendesak dan memfokuskan usaha untuk memastikan integrasi kaum di Malaysia akan tercapai. Provokasi dan retorik-retorik kosong untuk memancing pengaruh kaum masing-masing harus dihentikan daripada terus menjadi amalan. Ianya antara sumbangan terbesar ke arah perpecahan kaum di Malaysia.Kelima. Dasar Kerajaan Harus Diterangkan Dengan Lebih Jelas. Salah faham dan pandangan negatif kaum-kaum tertentu terhadap beberapa dasar kerajaan sebelum ini salah satunya berpunca daripada ketidakjelasan kaum-kaum ini terhadap agenda sebenar sesuatu dasar itu. Perkara ini harus diperbaiki. Jentera penerangan kerajaan harus mengoptimumkan usaha untuk memahamkan masyarakat berkenaan sesuatu dasar itu. Jika masyarakat mempunyai persepsi yang buruk terhadap sesuatu dasar kerajaan, pastilah dasar-dasar yang ingin dilaksanakan itu tidak mencapai matlamat akhirnya. Dalam hal ini, rancangan Bersama Menteri di RTM harus diberikan pujian. Melalui program-program sebegini, rakyat akan lebih jelas dengan sesuatu dasar dan agenda kerajaan. Sidang Parlimen harus disiarkan secara langsung terus menerus sepanjang sidang berlangsung. Ianya bagi membolehkan segala salah sangka rakyat dapat dihapuskan apabila mereka mengikuti sendiri proses penggubalan dasar itu. Namun, dari satu segi, kerajaan harus lebih terbuka dalam menerima teguran dan bantahan-bantahan rakyat berkenaan sesuatu dasar yang dicadangkan. Jika semua ini dapat diberi pertimbangan serius, usaha untuk menyatupadukan rakyat akan menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, pelbagai pihak samada daripada agensi-agensi tertentu, universiti, pakar-pakar, orang-orang perseorangan dan lain-lain lagi telah tampil menyampaikan pandangan mereka untuk mengatasi masalah kaum di Malaysia sekali gus berhasrat untuk mewujudkan integrasi kaum yang utuh di Malaysia. Namun, jika pandangan mereka ini dipandang mudah oleh kerajaan maka, tidak mustahil integrasi kaum di Malaysia hanya tinggal retorik.....!!!

Kaum India Terpinggir Paling Aktif Dalam Samseng......!!!???

Kajian terbaru Kementerian Dalam Negeri menjelaskan bahawa kaum India adalah paling aktif dalam kegiatan samseng. Menurut kajian tersebut, jumlah ahli kongsi gelap di Malaysia adalah melebihi 40,000 di mana kaum India mendahului dengan 29,000, di ikuti Cina dan Melayu masing-masing 8,300 dan 2,000. Walaupun, kaum India hanya merangkumi kurang lapan peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, kaum tersebut mendahului carta yang dikeluarkan oleh polis. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 2009, melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dilaporkan berkata terdapat kira-kira 100,000 orang, majoritinya belia India terlibat dalam kegiatan samseng. Kenyataan beliau bagaimanapun disangkal oleh Ketua Pemuda MIC, T Mohan. Ramai pemimpin dari kalangan India melahirkan hasrat untuk mengadakan program khas bagi menangani masalah tersebut. Namun, tiada ada yang berlaku dan selepas senyap seketika, isu belia India dalam kegiatan samseng hangat diperkatakan semula selepas beberapa kes tembakan yang melibatkan belia India. Tetapi, persoalan sekarang adalah kenapakah dan apakah punca belia India terlibat dalam kegiatan samseng ini? Matmerapu merumuskan bahawa terdapat tiga faktor utama dikenalpasti menjadi punca utama belia India banyak terlibat dalam kegiatan samseng. Ekonomi dan sosial merupakan salah satu faktor yang memberi impak yang besar kepada kaum tersebut untuk membabitkan diri dalam kongsi gelap. Menjadi masyarakat minoriti, belia India kerap diasing atau dipinggir daripada pembangunan nasional oleh kerajaan menyebabkan mereka aktif dalam samseng. Kebanyakan belia India yang aktif dalam kongsi gelap membuat ‘kerja’ seperti kutip hutang, peras ugut, tarik kereta dan sindiket dadah. Terdapat juga sekumpulan kecil melibatkan diri dalam penculikan, rompakan bank dan pembunuh upahan. Hasil pendapatan yang lumayan menjadi sebab utama mereka meneruskan kegiatan yang kejam ini walaupun hukuman yang sangat berat. Tetapi, keiginan untuk hidup mewah melalaikan mereka. Kebanyakan India yang terlibat dalam kegiatan yang memberi pendapatan yang tinggi walaupun salah disisi undang-undang berasal daripada keluarga serba kekurangan. Mereka lahir dalam keadaan tahap ekonomi yang rendah dan serba-serbi kekurangan mengakibatkan mereka tiada sistem sosial atau kerajaan yang sokong untuk kejayaan mereka. Kedudukan ekonomi mereka itulah yang memaksa mudah terjebak dengan kegiatan samseng. Jadi, mereka mencari kerja yang boleh membawa kehidupan yang mewah dalam masa yang terdekat. Dalam pada itu, ingin menjadi popular di kalangan masyarakat dan rakan adalah faktor kedua membawa belia India ke sarang kongsi gelap. Pelajar sekolah yang tertarik dengan filem-filem Bollywood memutus untuk menjadi ahli kongsi gelap supaya dihormati dan digeruni oleh rakan-rakanya. Bukan sahaja lelaki, malah perempuan juga menyertai dalam kongsi gelap atas sebab ini yang boleh dikatakan sebagai ‘minat sendiri’. Ada juga segelintir kecil belia India menyertai kongsi gelap kerana dipaksa oleh rakan atau takut dengan ahli-ahli kongsi gelap yang lain. Kalangan kumpulan ini perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah dan polis untuk membantu mereka keluar daripada kongsi gelap.

Jangan Biarkan Melayu Terus Dilanda Masalah........!!!

Persoalan minda dan watak Melayu telah berbangkit sejak sekian lama. Munsyi Abdullah umpamanya mengaitkan Melayu dengan beberapa sifat yang negatif. Melayu mempunyai watak yang malas, suka bercinta, suka membuang masa, suka bertangguh, tidak menepati waktu dan lain-lain. Tokoh pembaharuan Syed Sheikh al Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin melihat dari sudut agama bahawa orang Melayu suka melakukan khurafat dan memiliki tabiat taklid yang negatif. Pendeta Zaaba, seorang cendekiawan Melayu yang disegani juga melakukan kritikan terhadap bangsanya. Dalam tulisannya majalah Qalam (Bil.19:1952) beliau menyebutkan: “Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatihkan dirinya menjadi peminta sedekah. Maka tidaklah ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai ketinggian dan kejayaan. Bahkan jikalau dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang jua. Maka perangai suka meminta tolong saja itu – walaupun meminta tolong kepada Allah Taala padahal kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangatlah tidak betul kepada ajaran Islam.” Apa yang disebut oleh Zaaba itu amat wajar untuk direnung. Sikap bergantung kepada pertolongan orang atau pihak kerajaan semata-mata harus dikaji dengan serius. Jiwa kebergantungan dalam banyak hal menyebabkan daya saing dan jiwa mandiri semakin tiris. Dalam dunia di mana persaingan terbuka menentukan faktor kejayaan sama ada dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan, penyertaan dalam kegiatan ekonomi dan bisnes, penerokaan dalam bidang sains dan teknologi, keteguhan dalam sistem keluarga dan masyarakat banyak bergantung kepada kesungguhan dan kekuatan peribadi yang terbabit dengannya. Kecenderungan menyalahkan orang lain dan bergantung kepada penyelesaian orang lain terhadap masalah yang berbangkit adalah jalan mudah mencari kambing hitam dalam jalan keluar daripada masalah. Malah ada kecenderungan yang amat aktif dalam kalangan orang Melayu yang menaja aktiviti budaya popular baik dalam media cetak dan elektronik mahupun dalam bentuk pesta dan festival yang tambah melalaikan dan merosakkan kualiti jiwa dan emosi generasi muda Melayu sehingga akhirnya berbangkit pelbagai masalah yang serius dan menyentuh mengenai jati diri dan kekuatan umat Melayu itu sendiri. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Hingga ada sebilangan orang Melayu berpendapat bahawa menaja kegiatan hiburan yang sifatnya melampau adalah tidak salah, malah ia adalah sumber bisnes. Bayangkan kerosakan peribadi dan akhlak akibat daripada hiburan yang melampau telah memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap jati diri generasi muda. Kerosakan yang berlaku tidak tertampung dengan pulangan kewangan yang diterima.Masalah penyalahgunaan dadah sudah mencapai paras tertinggi melepasi sejuta orang. Lebih 70 peratus adalah generasi muda Melayu. Pusat Serenti terpaksa menampung jumlah yang semakin meningkat. Di universiti jumlah kemasukan lelaki muda Melayu semakin berkurang. Bayangkan corak modal insan yang bakal lahir pada masa depan. Kurangnya masa yang berkualiti yang diberikan oleh ibu bapa terhadap hal ehwal pendidikan dan kebajikan anak menyebabkan anak rasa terbiar, kekosongan dan kelompangan. Keciciran anak Melayu sedang berlaku sejak awal umur lagi, sedangkan tempoh sejak dalam perut ibu hingga akil baligh adalah tempoh yang amat kritikal pendidikan anak seharusnya berlaku. Apabila anak tercicir di rumah tidak ada jaminan sekolah bakal mengatasi masalah mereka. Tabiat anak yang tercicir akan berterusan di sekolah dan bakal lebih parah lagi apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Ibu bapa Melayu harus memikul tanggungjawab menguruskan anak dengan penuh keinsafan. Dengan siapa anak berkawan, membiarkan anak secara bebas lepas di kafe siber, tidak bertanya mengapa lewat pulang, membiarkan anak terbabit dalam kegiatan antisosial seperti ‘mat rempit’, membiarkan bahan media cetak dan elektronik yang merangsang nafsu dan minda berada di dalam rumah tanpa kawalan adalah antara faktor yang menjinakkan remaja dan generasi muda Melayu kepada jerat yang bakal menjebak mereka ke arah hidup yang bermasalah. Pihak di luar keluarga harus turut sama membantu. Sekiranya kelemahan pengurusan keluarga tidak dibantu oleh sekolah atau agensi yang menyumbang ke arah pembangunan generasi muda, maka orang Melayu akan terus menerus menghadapi masalah. Masalah yang sedia ada sudah semakin parah.....!!!

Tujuh Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan........!!!???

Pertama. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah:Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki. Kedua. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri: Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.Ketiga. Suka Menunduk: Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.Keempat. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan:Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tidak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.Kelima. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri:Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.Keenam. Badan Nampak Tegak:Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.Ketujuh. Berjalan seperti Zirafah: Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata. Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh juga dijadikan peringatan kepada wanita wanita di luar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam

Monday 6 January 2014

Patutkah Politik Dicampur Agama........!!!???

Ada pihak yang bertanya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat. Rentetan dari itu juga ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran kristian. Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia. Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh al-Zahabi, daripada Anas bin Malik, berkata: “Nabi s.a.w tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu –ketika itu- orang ramai pun turut menanggalkannya. Nabi s.a.w bertanya: “Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?”. Mereka menjawab: “Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan”. Nabi s.a.w bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran”. Dalam riwayat Ibn Khuzaimah ditambah: “Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya” Ertinya, bukan satu masalah yang besar, bahkan diizinkan solat memakai kasut jika bersih. Namun ia dijadikan isu kerana ada kepentingan politik. Betapa ramai yang pergi konsert yang pelbagai dalam negara ini yang entah bila mereka bersolat pun tiada siapa yang tahu. Tidak pernah pula menjadi isu pun bagai ‘agamawan politik’ ini, tiba-tiba yang bersolat berkasut pula menjadi isu. Topeng vendetta memanglah bukan dari ajaran Islam, tapi sejak bila pula ia dari ajaran Kristian?! V for Vendetta adalah hasil dari novel David Llyold dan Tony Weare pada tahun 1982. Ia menjadi terkenal kerana difilemkan pada tahun 2005 dengan tajuk ‘V for Vendetta’. Dalam sejarah, topeng itu menggambarkan keberanian Guy Fawkers dan kumpulannya yang menentang penguasa yang menindas rakyat pada tahun 1605. Cuma dalam kisah topeng ini kumpulan pemuda yang menentang penguasa itu agak ekstrim dengan merancang untuk membunuh King James dan meletupkan negara. Dikatakan mereka juga ingin menghapuskan parlimen dan mengembalikan monarki Katolik. Dari sudut itu, ia bukan satu perlambangan yang baik. Cuma, sebenarnya bukan isu kristianisasi yang ditakuti, sebaliknya isu politik yang hendak dikaitkan. Betapa ramai orang politik negara ini yang hadir dalam majlis sambutan Krismas, Depavali, sambutan itu dan ini yang dari segi latar sejarahnya memang mempunyai unsur agama. Tidaklah pula mereka itu dikaitkan dengan kristianisasi, hinduisisasi ataupun seumpamanya. Demikian juga sama apabila ada pihak yang mengharamkan muslim menyertai parti musuhnya yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar kerana dianggap menolak Islam. Namun kemudiannya membolehkan muslim menyertai parti lain yang tidak berteraskan Islam sebagai dasar disebabkan parti itu berbaik dengan mereka. Semua hukum yang tidak selaras dan terpilih ini akibat dari menjadikan agama sebagai senjata dalam berpolitik. Percampuran antara politik dan agama boleh membawa kesan yang positif yang diredhai dan dikehendaki Allah dan RasulNya, tapi boleh juga membawa kesan yang negatif yang merosakkan agama Allah dan rasulNya. Ia semua amat bergantung kepada siapa yang mengendalikan percampuran tersebut. Atas apa hasrat dia ingin mencampurkan agama dan politik menentukan hasil percampuran itu. Jika dia mencampurkan keduanya untuk mendapat panduan Tuhan dalam memimpin manusia secara adil dan amanah maka itu membawa kepada kebaikan. Namun, jika percampuran politik dan agama atas hasrat menguatkan kedudukan politik cuma, maka itu akan merosakkan nama Allah dan agamaNya. Agama hanya akan menjadi mainan kepentingan penguasa dan segala tafsiran mempunyai kepentingan mereka yang terbabit dalam politik. Dalam sejarah Kristian ketika golongan agama di Vatican menguasai politik, betapa ramai tokoh-tokoh yang dihukum mati atas tuduhan heresy (murtad) hanya kerana tidak bersetuju dengan penyelewengan pihak gereja dan kuasa politik. Umpamanya dalam isu penjualan indulgences atau borang pahala yang dijadikan saluran untuk golongan agama mengaut harta dengan cara menipu fakta agama, ramai dibunuh kejam hanya kerana mengkritik. Demikian juga isu purgatory, relics, saints dan pelbagai lagi yang menjadikan cara golongan agama menipu orang awam. Mereka yang jujur bangun mengkritik dijatuhkan hukuman mati dan dibakar hidup-hidup. Inilah nasib yang menimpa Jan Huss (1370-1415) yang merupakan reformis agama Bohemian, yang dibakar hidup-hidup di khalayak ramai. Demikian tekanan yang dikenakan kepada reformis agung Kristian Martin Luther (1483-1546) dan para pengikutnya yang sebahagian mereka dibakar hidup-hidup. Golongan politik mengambil kekuatan dari cengkaman kuasa agama ke atas rakyat. Penyelewengan pengurusan dan harta negara bagaikan diampun Tuhan kerana golongan agama bersama mereka. Inilah hasil apabila kuasa politik dicampur dengan agama yang dikendalikan oleh mereka yang berkepentingan. Di negara kita kini, lihat bagaimana ada pihak yang ‘so called’ agamawan yang sibuk membaca dalil kepada rakyat supaya bersyukur dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan. Dalam masa yang sama tidak pula aktif membaca nas-nas ini kepada golongan atasan. Persoalannya, apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan – ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? Ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan bunuh. Padahal bughah adalah istilah mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata. Dalam konteks hari ini, apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara? Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah awam sedemikian rupa? Lihatlah bagaimana agama boleh menjadi senjata kuasa politik sehingga perintah dibenarkan menumpah darah rakyat yang lemah. Matmerapu tidak menyeru kepada pengasingan agama dari politik kerana itu bukan tabiat Islam. Pun begitu, jika agama sekadar senjata untuk kepentingan politik, lebih baik ia diasingkan. Politik Islam itu bukan semestinya membaca dalil agama itu dan ini sedangkan intipatinya tidak memenuhi maksud rahmat dan keadilan yang menjadi tujuan ajaran Islam. Sekali lagi Matmerapu nukilkan kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah: “Berkata al-Shafi’i: “Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”. Kata Ibn ‘Aqil: “Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.. bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya.”