Tuesday 22 July 2014

MB Selangor: PAS Bakal Umum Pendirian......!!!

Sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS akan mengadakan mesyuarat khas parti itu bagi membincangkan perkembangan terkini komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Menerusi mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang akan diadakan, parti itu akan membuat ketetapan mengenai pendirian mereka berhubung keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu bakal dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. PAS perlu mencapai kata sepakat mengenai pendirian parti itu sebelum ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan pada Rabu ini berhubung nasib Abdul Khalid di Selangor. Menerusi sidang media Ketua Umum Pakatan Rakyat awal pagi Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa PAS sudah menyatakan persetujuan supaya hasrat ‘langkah Kajang’ perlu diteruskan dengan pengguguran Abdul Khalid. Bagaimanapun sebelum ini dilaporkan bahawa PAS Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu tidak pernah bersetuju agar kedudukan Abdul Khalid digantikan dengan Dr Wan Azizah.

MH004 Terbang Di Ruang Udara Syria Terima Kecaman Dari Orang Awam......!!!???

Berikut adalah keterangan kenyataan dari pihak MAS berkenaan penerbangan Kuala Lumpur–London yang melintasi ruang udara Syria yang merupakan wilayah bergolak. MAS Airbus A380 dengan kod penerbangan MH004 itu telah dikecam berikutan MAS menjadikan laluan itu sebagai laluan utama. Rakyat Malaysia yang prihatin telah melahirkan rasa kerisauan di atas perkara tersebut dan menyifatkan MAS tidak sensitif terhadap isu MH17. Justeru itu, MAS menerusi satu kenyataan telah memberi penerangan terperinci terhadap perkara ini dan sebagai berkata laluan berkenaan selamat digunakan berdasarkan pelan laluan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Terdahulu, pesawat MH004 pada 20 Julai 2014 yang berlepas dari KL ke London pada pukul 1.20 petang waktu Malaysia telah mencetuskan kebimbangan orang awam kerana MH004 melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak. Menurut kenyataan MAS, laluan penerbangan MH004 adalah mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diluluskan. Ia mengikut notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria yang memaklumkan ruang udara Syria tidak tertakluk kepada sekatan.

Wan Azizah: Calon MB Selangor Yang Baharu.........!!!

Akhirnya PKR membuat keputusan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu. "Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Nama itu ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor. Beliau mungkin seorang Menteri Besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid. Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu di sebalik gerakan untuk menggulingkan Khalid di Selangor. Khalid dan Azmin masing-masing tidak hadir pada mesyuarat yang berlangsung sejak pukul 10 malam Jumaat dan berakhir selepas hampir tiga jam kemudiannya. Azmin kini sedang menunaikan umrah. Selain itu Anwar ketika ditanya mengenai tempoh masa akan berlakunya peralihan kuasa di Selangor berkata: "Secepat mungkin. Tapi kita akan bincang dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid dahulu. Tambah Anwar, cadangan nama Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada Rabu ini (23 Jul) selepas sidang khas Parlimen mengenai isu MH17. Jelas Anwar keputusan melantik isterinya sebagai calon Menteri Besar yang baharu juga merupakan kesinambungan kepada 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu. Katanya, langkah itu perlu diteruskan bagi memberi ruang perubahan ke arah kebaikan di Selangor. "Kita akui prestasi selangor membanggakan dan kita hargai jasa Tan Sri Khalid mentadbir...banyak rekod yang kita boleh banggakan". "Tapi kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan bagi menyelesaikan beberapa isu panas dan yang menimbulkan kegelisahan rakyat". "Langkah ini juga untuk menarik keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat," katanya. Sebelum ini Abdul Khalid berkali-kali menegaskan bahawa beliau akan terus menguasai Selangor sehingga penggal pentadbirannya berakhir. Malangnya, kini ini segala teka-teki tersebut sudah berakhir dan terjawab.

Sunday 20 July 2014

Gagal Muncul Di Mahkamah, Alwin Kini Pelarian........!!!???

Pembuat kacau Alvin Tan, yang sering mendapat liputan kerana gambar menjolok mata yang tersebar melalui Internet kini menjadi orang buruan dan lari daripada ikat jamin kerana gagal hadir ke mahkamah. Waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya pada 13 Jun apabila dia dan kekasihnya Vivian Lee May Ling yang tidak setara mana rupa parasnya gagal hadir ke mahkamah. Pasangan itu kini dijangka menghadiri penggambaran filem dokumentari tentang kisah mereka di Singapura. Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” diberi pelepasan paspot sementara pada 12 Mei untuk membolehkan mereka menghadiri penggambaran tersebut. Kerana kegagalan mereka menghadiri perbicaraan, Alvin kini menjadi orang buruan. Dia dan Lee didakwa mencetus kebencian bagi gambar yang menghina amalan berpuasa di bulan Ramadan tahun lalu. Tan dan Lee didakwa pada 18 Julai tahun lepas kerana memuatnaik gambar ‘Bak Kut Teh’ dengan pesanan ‘Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh’ pada 11 dan 12 Julai ke akaun Facebook mereka. Mereka juga didakwa kerana menyebar gambar lucah di blog mereka yang telah diturunkan. Tan berusia pertengahan dua puluhan dan biasiswa yang diterimanya oleh National University of Singapore telah ditamatkan. Impiannya menjadi peguam ditangguhkan. Selepas dikenali, Tan menjadi pengarang buku “Sex, Pork dan Prosecution (Seks, Babi dan Pendakwaan)”. Bila ditahan di Sungai Buloh tahun lepas dia buat hal dengan bercakap merepek. Alwin ini memang gila publisiti dan perasan hebat dengan ingkar perintah mahkamah, sedangkan sudah tahu ia kesalahan jenayah. Tan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan dengan pasangannya berdepan dakwaan kedua di bawah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memuatnaik gambar bogel.

KPN: Polis Sedang Siasat Kes Wanita Berbaju Ayat Al-Quran......!!!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya sudah mula menyiasat kes seorang wanita memakai baju bertulis ayat Al-Quran yang gambarnya tersebar luas di laman media sosial. Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati wanita itu warga Korea yang baru tiba di Malaysia dan memakai pakaian yang dibelinya di India.“PDRM sudah mula siasat kes ‘makcik’ tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabarlah,” katanya melalui akaun Twitter miliknya @KBAB51. Menurut Khalid, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kes itu dan akan bertindak mengikut undang-undang tanpa mengira bangsa dan keturunan. "Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita," jelasnya. Gambar wanita pertengahan umur memakai baju tertera ayat Al-Quran ketika sedang membeli belah di sebuah pasaraya mula tersebar dan menimbulkan reaksi sensitif masyarakat tempatan di negara ini. Mempunyai raut wajah negara Asia Timur, baju kaftan bercorak pelangi yang dipakainya itu seperti dicetak dengan ayat-ayat dari Surah Al-Fatihah.Turut tersebar sekeping lagi gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju kurta putih mengangkat jari telunjuk kanan seolah-olah memberi amaran kepada wanita berkenaan sambil diperhatikan pekerja pasaraya berkenaan. Identiti dan motif wanita memakai pakaian berkenaan bagaimanapun masih belum diketahui awam. Putrajaya pada April lalu dilaporkan akan meminda Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 tahun ini bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap pihak yang menyalahguna ayat suci Al-Quran. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman asal iaitu denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Thursday 17 July 2014

Isu Kebiadapan Khalid.......!!!

Kepada penduduk Shah Alam – Nyatakan sokongan anda kepada Taunku Sultan dan bantahan anda terhadap Khalid Samad. Naikkan banner dan sepanduk di merata pelusuk negeri Selangor itu. Pasang kain rentang di kawasan flat anda. Letak bunting dan sepanduk di persimpangan-persimpangan jalan. Letak juga sekitar kediaman Khalid. Nyatakan sokongan anda kepada Tuanku yang tegas dan berani itu. Nyatakan bantahan anda terhadap orang luar negeri Selangor yang biadap dengan Tuanku Sultan anda.

Nahas Pesawat MH17........!!!!

Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membawa 295 penumpang beserta anak kapal yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai ditembak oleh peluru berpandu. Menurut laporan agensi-agensi berita, pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku. Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat itu dipercayai ditembak ketika terbang pada ketinggian 10,000 meter di ruang udara negara itu. Malaysia Airlines dalam Twitter mengesahkan kali terakhir pesawatnya MH17 dari Amsterdam itu dapat dikesan ketika ia berada di ruang udara Ukraine.

Thursday 10 July 2014

Kerusi Naib Presiden PKR: Rafizi Tagih Undi Dua Cabang......!!!???

Tidak dapat menerima hakikat hanya kekalahan yang akan dikecapinya, calon Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berterusan cuba menegakkan benang yang basah bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan dia kalah dalam pemilihan kali ini. Walaupun keputusan tidak rasmi setakat 28 Jun dikeluarkan, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR yakin jumlah undi dari dua lagi cabang yang bakal menjalani pemilihan semula 10 Ogos depan akan dapat mengubah nasibnya dan keputusan akan memihak kepadanya. Rafizi juga melihat bahawa kedudukan beliau yang kini terkeluar dari senarai empat teratas Naib Presiden boleh berubah. Beliau yang berada di kedudukan kelima hanya mendapat 17,460 undi berada di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar dengan lebihan 126 undi (17,587). “Kita tunggu semua keputusan termasuk pemilihan di dua cabang itu selesai dahulu". “Terlalu awal untuk menyebut atau membuat kesimpulan mengenai siapa menang dan kalah kerana dua cabang itu mempunyai pengundi yang ramai,” katanya. Dua cabang yang akan menjalani pemilihan semula ialah Kelana Jaya dan Puchong yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen PKR Pandan itu mengharapkan keajaiban berlaku dengan mempertaruhkan dua cabang tersebut bagi memintas kedudukan untuk berada di senarai empat teratas calon jawatan itu. Setakat keputusan yang disiarkan di laman web rasmi PKR, pertandingan jawatan itu didahului oleh Nurul Izzah Anwar (22,031) dan Tian Chua (20,480). Diikuti tempat ketiga dipegang selesa oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dengan 18,777 undi. Pemilihan yang sudah berlangsung selama tiga bulan dijangka akan berakhir menjelang Kongres Nasional PKR yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos akan datang. Difahamkan, keputusan rasmi Pemilihan PKR 2014 akan diumumkan dalam kongres tersebut. Negara India yang mempunyai 810 juta pengundi hanya memerlukan 5 minggu untuk mengumumkan keputusan rasmi. Manakala Indonesia pula yang mempunyai kepadatan penduduk 190 juta memerlukan sebulan untuk mengumumkan keputusan pemilihannnya. Malah Malaysia yang terdiri daripada 13 juta pengundi hanya perlu sehari sahaja untuk umum keputusan rasmi. Tapi PKR yang hanya mempunyai 500 ribu pengundi pula dari bulan Mei sehingga sekarang masih tidak tahu bilakah ia akan berakhir. Sama-samalah semua tunggu keputusan yang penuh kontroversi ini.

A First For Malaysia: A Woman Menteri Besar......!!!???

With calls for Abdul Khalid Ibrahim to quit echoing louder by the day, political observers and party leaders are already pondering on the possible candidates to replace the embattled Selangor Menteri Besar. The heat is on Abdul Khalid especially after he lost the bid for the Kuala Selangor PKR division head's post with the state Pakatan Rakyat members PAS and DAP also joining the tirade against the Menteri Besar. PKR Youth Chief and Bukit Katil Parliament Member Shamsul Iskandar Mohd Akin is reported to have said that Abdul Khalid's loss in Kuala Selangor is a testimony that the grassroots have indicated that its time for him to go. His party compatriot, the Kuala Langat Parliament Member Abdullah Sani Abdul Hamid had requested the Menteri Besar to heed to the voice of the grassroots for the sake of the party. Now the question is, who could replace Abdul Khalid as the Menteri Besar? Among the names that political observers do not rule out are PKR President Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is also the Kajang state assemblywoman, and PKR's Deputy President Mohamed Azmin Ali who is the state assemblyman for Bukit Antarabangsa? Political observers see that in the event Abdul Khalid falls out of favour and Mohamed Azmin fails to muster strong support within Pakatan Rakyat, then Dr Wan Azizah is set to become the new Menteri Besar. However, Malaysia has yet to see a state headed by a woman and therefore is there really a chance for Dr Wan Azizah to become the Menteri Besar? Commenting on this, the head of the Politics, Security and International Relations Cluster of the National Professor Council (MPN) Prof Mohamed Mustafa Ishak said there is nothing to stop a woman from being appointed as the Menteri Besar. "The laws of setting up the Selangor state government does not mention in detail on the gender of the person appointed as the Menteri Besar, except that the person has to be a Malay and a Muslim. "The Menteri Besar has to be someone of integrity, has the command of the majority in the state assembly and the appointment consented by the Sultan," he said. A law lecturer with Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Associate Professor Shamrahayu Abdul Aziz, who concurred with Mohamed Mustafa, said though gender is not a criteria in selecting a Menteri Besar, the post has traditionally been held by men. "There is nothing wrong from the legal viewpoint, but it breaks the tradition of men holding the Menteri Besar's post. And there is nothing wrong for a woman to take up the post of Menteri Besar, all that matters is their merit and ability to administer the state". "Though there is no legal restrictions, when things become difficult and complicated, that is when it is important to have a man to lead a state," she said. And in the event a woman is chosen as the Menteri Besar, will there be any restrictions in her role especially in advising the Sultan and in officiating religious events? Mohamed Mustafa explained that there has yet to be any precedence on the matter and it was difficult to see of the problems ahead when a woman takes over the post of Menteri Besar. "A woman Menteri Besar will have to sit away from the Sultan, and during religious events including the launching of mosques and religious function the woman Menteri Besar may have to delegate a male Exco member."This are among the complications that a women MB is set to face but in advising the Sultan, I believe it should not be a problem," he said. Shamrahayu said her personal views were that this is not something that suits the Muslim norm where leadership positions were the men's domain. "It is undeniable that a woman can take on the role of a Menteri Besar, only that it is not a norm for a woman to be in that position and there can be some limitations on the nature of work she can undertake," she said. In the 13th general election in May 2013, the Pakatan Rakyat won 44 of the 56 Selangor state assembly seats compared with 36 in 2008 with PKR winning 14 seats, while PAS and DAP 15 seats each. BN won the remaining 12 seats. Meanwhile, a Social Science lecturer with Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Atory Hussain noted that whether it is Dr Wan Azizah or Mohamed Azmin, it all depends on the Sultan of Selangor. Also the sultan may want Abdul Khalid to continue. "If the Sultan wants Abdul Khalid to continue, he will only hold the Menteri Besar's post for a while and the Sultan will see if he could command support in the state assembly. If Abdul Khalid loses support, it will lead to a crisis and his highness will intervene," he said. Ahmad Atory said however, the Sultan's consent is not an absolute guarantee for any leader to hold on to their position as what is more pertinent is the support of the people that would decide the leader's fate.

Mangsa Culik Di Sabah Berjaya Diselamatkan......!!!!

Pada 6 Mei lalu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, Sabah telah menjadi mangsa culik lima lelaki bersenjata. Bagaimanapun, menerusi laporan terkini sebuah akhbar tempatan, mangsa, Yang Zai Lin, 34, telah berjaya diselamatkan awal pagi 10 Jul 2014. Ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Kota Kinabalu. Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa diculik kira-kira jam 2.45 pagi dan kejadian itu turut melibatkan kejar-mengejar antara anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom. Unit udara dan laut telah bertindak mengejar dan memintas bot yang dinaiki penjenayah dari selatan Filipina itu termasuklah dengan berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking sebelum mereka berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa. Insiden itu berlaku selepas sebulan seorang pelancong yang juga warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

PM: Kenyataan Bung Mokhtar Salah......!!!

Kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan kemenangan Jerman mengalahkan Brazil pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 dengan Adolf Hitler tidak dapat diterima dan salah. Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status yang dimuatnaik dilaman Facebooknya. “Dia tidak bercakap bagi Malaysia ataupun bagi rakyat Malaysia. Kita memahami kisah tragik Eropah di masa lalu dan menghormati perpaduannya di zaman moden,” katanya. Menurut Perdana Menteri, ia masanya bagi Jerman meraikan kemenangan berkenaan dan berharap pasukan berkenaan akan melakukan yang terbaik pada pertandingan akhir nanti. Pada perlawanan sebelum ini, Jerman membelasah teruk tuan rumah Brazil dengan kemenangan tujuh gol berbalas satu. Sementara itu, berikutan reaksi pelbagai pihak yang kurang senang, Bung Mokhtar dalam status Twitternya memohon maaf berhubung kenyataan sebelum ini.

Wednesday 9 July 2014

'Langkah 28' - Komplot Gulingkan MB Selangor......!!!

Komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memasuki fasa terbaharu apabila wujud usaha untuk meraih sokongan majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu. Bagaimanapun, usaha itu kini berhadapan cabaran apabila ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan enggan bersubahat dalam gerakan itu. Strategi yang dikenali sebagai ‘Langkah 28′ itu dikatakan dilancar bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili PKR, PAS dan DAP. Selepas PRU13 lalu, PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 44. Daripada jumlah itu, 10 wakil rakyat dilantik sebagai Exco, masing-masing seorang Speaker dan Timbalan Speaker, selain Abdul Khalid sendiri sebagai Menteri Besar. ‘Langkah 28′ dikatakan kesinambungan daripada ‘Langkah Kajang’ yang dirancang PKR sebelum ini, bagaimanapun ia gagal menyingkirkan Abdul Khalid. Menurut sumber dalaman parti itu, ‘Langkah 28′ yang dipercayai didalangi seteru politik Abdul Khalid menghadapi masalah untuk meyakinkan wakil rakyat PAS bagi memberi tekanan supaya Menteri Besar itu berundur. Wakil rakyat PAS dikatakan memboikot mesyuarat khas BBC yang diadakan di bangunan Annex, SUK Selangor, Selasa lalu yang sepatutnya membincangkan mengenai undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid. “Difahamkan hanya dua wakil rakyat PAS yang hadir pada mesyuarat itu iaitu ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib. “Agenda asal mesyuarat sememangnya untuk membincangkan mengenai undi tidak percaya, namun terpaksa diubah kerana tiada majoriti wakil rakyat PAS,” kata sumber itu. Dipercayai tindakan wakil rakyat PAS memboikot mesyuarat tersebut adalah tindakbalas susulan daripada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang diadakan pada Isnin malam, sehari sebelum mesyuarat BBC. Difahamkan kepimpinan PAS Pusat yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan pendirian untuk tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak jika berlakunya pertukaran Menteri Besar Selangor. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang hadir pada mesyuarat itu bagaimanapun enggan ‘buka mulut’ berkaitan hasil perbincangan mengenai krisis kepimpinan di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar. “Maaf…maaf saya tidak boleh komen mengenai hal itu sehingga selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat minggu ini atau minggu hadapan,” katanya.

Sunday 6 July 2014

Keajaiban & Kebesaran Kalimat Allah.....!!!

Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda. Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini. Tepat... sungguh indah sekali...

Tidur Tanpa Pakaian Petua Kuruskan Badan.........!!!???

Selain daripada bersenam dan menjaga makan, banyak lagi sebenarnya cara untuk menguruskan badan sehinggakan kadangkala Matmerapu rasakan seperti tidak logik pula. Terbaru menurut penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel! Tidur tanpa pakaian boleh kuruskan badan? Pelik bukan? Malah boleh dikatakan tidak logik. Dr Turner mengatakan sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut. Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur. Sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya. Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan. Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif.

PBB Hasut Islam Dapatkan Kalimah Allah Untuk Kristian.......!!!???

Perjuangan Kristian untuk merebut kalimah Allah masih belum selesai. Kali ini mereka mengumpan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghasut pemimpin Islam liberal supaya menyokong perjuangannya.“Perjuangan Kristian di Malaysia masih belum selesai,” dakwa seorang jurucakap PBB sambil merayu umat Islam liberal dan golongan cendikiawan tampil ke depan untuk membantu Gereja Khatolik memperjuangkan isu itu. Dengan bongkak wakil PBB bagi kebebasan beragama, Heiner Bielefeldt, mendakwa ramai umat Islam di Malaysia percaya bahawa keputusan mahkmah berkaitan isu kalimah Allah telah menjejaskan kredibiliti agama Islam itu sendiri. Lebih pelik lagi beliau mendakwa: “Ramai umat Islam akan bersetuju bahawa agama itu terjejas jika menjadikan kalimah Allah sebagai nama peribadi untuk Tuhan mereka (Islamic God),” katanya dipetik sebagai berkata dalam portal berita Malaysian Insider. Bielefeldt mendakwa, cendikiawan dan ulamak Islam di Malaysia dan antarabangsa telah mengkritik mengenai larangan itu (Mahkamah Persekutuan), sambil menekankan istilah Allah bermaksud Tuhan dalam bahasa Arab. Sambil itu, dengan niat tertentu Malaysian Insider mengaitkan sokongan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilaporkan berkata selagi perkataan Allah itu merujuk kepada Tuhan Sekelian Alam, masyarakat bukan Islam boleh menggunakannya. Portal itu juga mengaitkan kenyataan Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa yang telah melawat 30 gereja di Malaysia dengan membawa mesej keamanan, menjelaskan Allah adalah untuk semua dan bersedia mempromosi dialog antara agama. Ia ditambah dengan kenyataan aktivis Islam Dr Ahmad Farouk Musa dalam komennya Oktober 2013 sebagai berkata: “Tidak munasabah untuk memikirkan bahawa jika agama lain menggunakan perkataan Allah, kita sebagai orang Islam akan mula memeluk agama lain?”. Seorang lagi aktivis, Datin Paduka Marina pula dikaitkan dalam kes ini kerana muncul di sebuah gereja di Kelang bagi menyatakan setiakawan kepada Kristian yang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan kalimah Allah untuk digunakan dalam urusan agama mereka. Bielefeldt juga mendakwa perjuangan Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bukanlah isu agama Khatolik tetapi hak kebebasan beragama.“Kebebasan beragama bukan saja merupakan hak manusia tetapi juga hak sejagat dan ia tidak boleh menjadi urusan kerajaan (Malaysia) melarang mereka (Kristian) menggunakan perkataan Allah,” katanya. Sambil itu beliau mendakwa, usaha menghalang perkataan itu digunakan pada penerbitan mingguan Khatolik (Herald) bukannya datang dari mahkamah tetapi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun lalu, beliau berkata: “Reaksi saya dan juga orang lain ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku, ia pelik dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dengan biadap. Katanya lagi, selama ini belum ada mana-mana mahkamah yang menghalang Kristian menggunakan perkataan Allah dalam upacara keagamaan mereka. Dia mendakwa lagi bahawa Kristian di negara liga Arab membenarkan masyarakat Kristian menggunakan perkataan Allah sejak ribuan tahun lalu. Bielefeldt juga tidak puas hati mengapa suratnya yang dikirim kepada kerajaan Malaysia pada November 2013 tidak dibalas. Pada surat itu, kebimbangan beliau mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan telah disokong oleh beberapa pakar PBB mengenai isu masyarakat minoriti, Rita Izsak dan Frank La Rue.“Saya masih menunggu respon dari kerajaan Malaysia tetapi sehingga sekarang ini tiada maklumat yang kami terima,” katanya. Ini kali kedua Bielefeldt melahirkan kebimbangannya mengenai isu penggunakan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Pada tahun lalu beliau telah menghantar kenyataan media dari Geneva mendesak kerajaan Malaysia menarik semula larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald Khatolik. Dalam kenyataan itu, Bielefeldt bersama Izsak dan La Rue telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa isu itu bukan saja memberi kesan kepada Kristian minoriti di negara ini tetapi membabitkan masyarkat Kristian di seluruh dunia. Bagaimanapun, beliau tidak yakin negara lain akan mencontohi Malaysia: “Saya optimis ia tidak akan dijadikan model untuk diikuti oleh lain-lain negara Islam di dunia,” katanya. Beliau juga mahu Suhakam bertindak di atas keputusan mahkamah itu sebelum ia menjadi masalah kepada usaha pengembangan agama Kristian di seluruh dunia.

Thursday 3 July 2014

Nurul Izzah Ajak Ku Nan Sertai Soup Kitchen.......!!!

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipelawa menyertai program amal Soup Kitchen yang bertujuan memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.Pelawaan tersebut dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya Menteri Wilayah Persekutuan itu lebih memahami nasib golongan gelandangan di negara ini. “Jika Tengku Adnan tidak mampu untuk cuba hidup seperti orang gelandangan sebanyak tiga hari dalam usaha untuk memahami akan kesusahan golongan terpinggir itu, sekurang-kurangnya hadirlah sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen sebelum memberi kata putus". “Saya menjemput Menteri untuk bersama dengan salah sebuah NGO Soup Kitchen yang akan beroperasi malam esok,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada arahan terbaharu Tengku Adnan bahawa aktiviti Soup Kitchen tidak dibenarkan beroperasi di sekitar 2 kilometer radius dari Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar berkuatkuasa serta-merta. Halangan terhadap sumbangan Soup Kitchen itu dilihat sebagai rentetan kepada pengumuman Tengku Adnan sebelum ini mengenai hasrat kerajaan untuk mengetatkan undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara. Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.Sementara itu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan seharusnya mengambilkira keperluan golongan gelandangan sebelum sebarang keputusan drastik dibuat.“Satu kajian menyeluruh harus dibuat yang melibatkan semua agensi terbabit dan NGO-NGO yang berpengalaman dalam membantu isu peminta sedekah dan gelandangan agar punca utama masalah ini dikenalpasti dan suatu langkah proaktif dapat dikenalpasti".“Suatu dasar yang lebih bersifat memandang ke hadapan dan bukan menghukum semata-mata perlu dirangka bagi mencari penyelesaian terhadap isu peminta sedekah dan gelandangan dapat diselesaikan dengan sepenuhnya,” katanya.

Pantau Pelajar Malaysia di Asia Barat...........!!!

Kerajaan perlu meningkatkan pemantauan terhadap pelajar Malaysia di luar negara terutama di Asia Barat bagi mengelakkan mereka direkrut organisasi tertentu untuk menyertai kegiatan militan. Pihak kedutaan khususnya perlu sentiasa mengawasi kegiatan dan aktiviti pelajar kerana usaha merekrut itu berlaku tanpa disedari. “Pada pandangan Matmerapu, pelajar yang pergi belajar secara sendiri tanpa bantuan kerajaan atau agensi lain adalah golongan yang mudah dipengaruhi kerana mereka ini tidak terikat atau diawasi oleh kerajaan atau agensi yang menawarkan dana kewangan untuk mereka belajar,” katanya. Sekadar mengulas laporan mengenai penyertaan rakyat negara ini dalam pertubuhan militan di Asia Barat dan kemungkinan adanya aktiviti merekrut pelajar Malaysia untuk tujuan itu di sana. Golongan yang mudah terpengaruh sebenarnya mempunyai pengetahuan amat rendah tentang Islam, kurang fasih berbahasa Arab dan tidak memahami objektif penubuhan dan perjuangan sesuatu pertubuhan itu. “Jika mereka mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan bijak menilai objektif penubuhan sesuatu organisasi berkenaan, mereka pasti tidak akan mudah terpengaruh,”. Kebanyakan pertubuhan militan seperti Negara Islam Syria dan Iraq (ISIL) mengamalkan perjuangan berasaskan persaudaraan dan bukan jihad yang sebenar.

Punca Masalah Di Selangor: DAP Belasah Khalid.......!!!

DAP telah mula menunjukkan taringnya di Selangor apabila berterusan membuat kritikan terbuka kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sekali tengok macam DAP lupa mereka juga sebahagian daripada kerajaan PR di Selangor sejak dua penggal lepas dan kini setelah dilanda pelbagai masalah kerana ketidakcekapan, mereka mula 'cuci tangan' dan salahkan hanya seorang individu iaitu Khalid Ibrahim. Tanpa mengambilkira mereka adalah sebahagian dari kerajaan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terus membidas Abdul Khalid secara terbuka berikutan gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini. Cara Tony Pua itu menyebabkan ada bisik-bisik di kalangan bloggers, Tony sebenarnya hendak mempercepatkan 'pertukaran Abdul Khalid' dari tumpuk kuasa di Selangor. "Beliau cuba memberikan justifikasi kepada pengundi PR di Selangor terutamanya kaum Cina, kenapa Abdul Khalid perlu ditukar". Dalam satu kenyataan media, Tony Pua yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menyelar Abdul Khalid kerana cuma menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) berhubung masalah tersebut dengan memberi alasan tidak mempunyai kawalan ke atas syarikat konsesi air itu. “Bagaimanapun perkara yang lebih penting bukankah kerajaan Selangor sepatutnya mempunyai Plan B untuk membantu mereka yang terjejas. Apa yang kerajaan Selangor boleh lakukan untuk membantu mereka?. “Kerajaan negeri pakatan yang bertanggungjawab dan mengambil berat sepatutnya berbuat lebih daripada itu (daripada sekadar menyalahkan SYABAS) walaupun SYABAS sememangnya pihak yang patut dipersalahkan,” dakwanya melalui satu kenyataan media. Tony bagaimanapun memuji jaminan Khalid untuk turun padang bagi memberi penerangan kepada orang ramai dan mencari jalan mengenai kemelut tersebut. Katanya, kerajaan pakatan pembangkang Selangor tidak sepatutnya cuma menunggu sehingga mendapat kawalan ke atas SYABAS dalam berhadapan isu itu. “Rakyat mahu melihat pemimpin pakatan yang pro-aktif, yang akan keluar ke jalan untuk berkongsi beban rakyat dan meringankan bebanan mereka,” katanya. Sementara itu, bekas Exco kanan DAP Selangor Ronnie Liu turut 'memalu gendang perang' terhadap Khalid apabila mengatakan Menteri Besar itu punca krisis air di Selangor berlarutan. Menurut Ronnie Khalid sehingga kini tidak pernah menggunakan kapasiti beliau sebagai seorang Menteri Besar untuk 'buka jalan' kepada kerjasama kerajaan negeri dan syarikat konsesi air itu. "Jika MB mahu melawat SYABAS, adakah pihak tersebut boleh menolak? Begitu juga jika MB mahu melawat empangan atau tempat penapisan air, adakah pihak-pihak itu akan menolak? Khalid tidak berusaha, tidak buat. Jangan cakap beliau tidak boleh sedangkan beliau belum cuba,"katanya. Gangguan air merupakan isu kedua selepas pembinaan lebuhraya Kidex yang membuatkan DAP mengkritikan pentadbiran Khalid secara terbuka. Ahli Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi secara terbuka mengkritik Khalid berkenaan krisis air di dalam laman sosial facebook beliau. Orang kuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu menggunakan bahasa tidak sopan dengan meminta agar Khalid dipecat menggunakan ayat 'sack that bugger'. DAP mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor berkongsi jumlah yang sama dengan PAS, manakala PKR hanya 14 kerusi, namun Abdul Khalid kekal menjadi MB selepas PRU13 lalu kerana sokongan daripada DAP dan PAS yang diperolehinya. PKR Selangor selepas PRU13 lalu menolak Abdul Khalid sebagai MB kerana mahukan bos mereka Azmin Ali, namun cadangan itu dilupakan selepas Azmin gagal untuk menyakinkan komponen PR, PAS dan DAP bagi menggantikan Abdul Khalid. Namun kini, selepas kegagalan 'Kajang Move' iaitu langkah PKR menyingkirkan Abdul Khalid melalui PRK gagal Mac lalu, DAP mula menekan MB Selangor itu melalui isu yang menarik perhatian ramai seperti gangguan air dan pembinaan lebuhraya