Wednesday 31 July 2013

Saya Tiada Niat Hina Islam, Orang Melayu Terlebih Sensitif - Chetz Yusof

“Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam. Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya. “Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi. Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan. “Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan. Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang. “(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi. Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”. Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu. Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya. “Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini. Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia

Kaligrafi Kalimah Syahadah: Permohonan Maaf Courts Malaysia Ditolak

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) tegas menolak permohonan maaf daripada Courts Malaysia ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik. Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN berpendapat ia terjadi bukan secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam. "Sehubungan itu, GAGASAN memberi tempoh tiga hari kepada pihak pengurusan Courts Malaysia untuk membuat siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggung jawab. Jika tidak pihak GAGASAN akan bersama-sama seluruh NGO’s Islam dan Melayu akan mendesak kerajaan mengambil tindakan melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak bersama Akta Hasutan termasuk mengadakan kempen memboikot barangan Courts," ujarnya dalam satu kenyataan.

Bahaya Sosialis Terhadap Islam

"Sosialisme" ialah suatu ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx (1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukan peperangan ideologi terhadap para paderi dan juga agama itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism, iaitu suatu scientific world outlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib. Sosialisme yang masih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysia ini, kini dijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini sepertimana Kristian. Kononnya telah wujudnya penindasan kelas lama terhadap kelas Muslim awam sebagaimana wujudnya golongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihat Islam itu dari "kerangka atau paradigma" sosialisme Barat. Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian besar daripada golongan intelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dan gelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazak bahkan jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi. Justeru untuk kembali menarik perhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para pendokongnya di samping untuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan profesional, maka mereka turut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap "candu masyarakat", kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itu dari "tangan kotor" para ulama. Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalis sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja (J.M. Rroberts, History of the World, hal. 605), kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama pula kononnya dilihat berperanan sebagai "kapitalis" dalam agama. Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah dibebaskan dari didominasikan oleh para ulama sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalam masyarakat yang tiada kelas (classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dan digulingkan dari kedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa. Fahaman sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minat sebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atas nama "pembebasan wanita" (women’s liberations/mancipation) untuk turut serta bersama mereka. Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialisme golongan meragui hadis ini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuara dengan lebih lantang lagi atas nama pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama memporak-perandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agama Islam. Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam - bukan kerana cintakan Islam - tetapi kerana terpaksa ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan masih mengekalkan kerangka atau "paradigma" sosialisme mereka. Namun malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apa-apa buat mereka tentang agama. Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yang kosong dan lantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa Arab, maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran utama mereka bagi memahami agama Islam, termasuklah memahami kedudukan dan autoriti hadis.

Tuesday 30 July 2013

Politik.....Masa Depan Orang Melayu!!!

Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali.Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan merancang masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama sekali. Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.Realiti banyak......!!!??? Realiti Pertama: Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik, orang Melayu mesti sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah perjuangan orang Melayu sekarang.Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada Cina.Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati. Realiti Kedua: Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu.Negeri-negeri yang terlibat ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Perak, Kedah.Pagar sudah makan padi. Realiti Ketiga: Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut ‘hot’ menyatakan si anu tak ada guna.Bila mesyuarat agung, si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut. Realiti Keempat: Politik di negara kita ialah pilihan raya.Dalam pilihan raya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya. Realiti Kelima: Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar.Di bandar, bangsa lain yang berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua Musang orang Melayu punya. Realiti Keenam: Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan.makin cerdik orang Melayu, makin bankrap bangsa Melayu. Realiti Ketujuh: UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru.Cabaran-cabaran baru memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain masalah.UMNO mesti faham kekuatan dan kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang lemah diganti. Realiti Kelapan: Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah, dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu. Realiti Kesembilan: Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang.Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup berjuang. Yang paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap. Realiti Kesepuluh : Sebagai kesimpulan: Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.....!!!

Pakatan Pembangkang: Muhasabahlah Diri........!!!???

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata tidak ada himpunan ‘blackout505’ lagi buat sementara waktu ini. Apa yang menyebabkan beliau berkata demikian tidak pula dapat difahami kerana beliau masih lagi belum berjaya meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR berundur serta meletakkan jawatan mereka. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR diminta berundur dan meletakkan jawatan di atas tuduhan pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, penipuan besar-besaran telah berlaku semasa PRU13 yang lepas. Ketua Pembangkang ini berkata selepas perasmian konvensyen Pakatan Pembangkang(PP). Semasa himpunan 505, Anwar berkata yang beliau sependapat dengan pandangan Husam Musa, Naib Presiden PAS yang ada di kalangan PP yang sedang menghadapi sindrom kepenatan. Mereka ini, kata Husam itu adalah, UMNO dalam PP. Anwar meminta semua pihak supaya tidak dihinggapi penyakit sindrom kepenatan ini kerana perjuangan untuk meminta SPR meletakkan jawatan belum tercapai lagi. Tetapi kita mesti juga menerima hakikat bahawa rakyat yang ramai ini juga memerlukan masa untuk merehatkan pemikiran mereka. Rakyat ini manusia dan memerlukan rehat dari memikirkan tentang himpunan dan demonstrasi-demonstrasi ini. Pemimpin-pemimpin yang menganjurkan himpunan ini boleh berehat dengan kemudahan kehidupan mereka bercuti di mana-mana contohnya, tetapi bagi mereka yang diheret untuk berhimpum ramai-ramai tidak mempunyai kemudahan seperti yang ada kepada pimpinan seperti Anwar dan lain-lain itu. Dalam himpunan 505 di Padang Merbok lalu, kehadiran sudah banyak berkurangan. Hanya 10 peratus dari jumlah sasaran 300,000 orang itu yang hadir dan setengahnya sudah meninggalkan Padang Merbok pada jam 6 petang lagi. Pihak penganjur telah memberikan alasan jerebu sebagai penyebab utama kenapa kekurangan peserta himpunan itu, tetapi mereka tidak menghadirkan diri kerana banyak sebab-sebab yang lain. Satu perkara yang harus sedar, keupayaan seseorang menerima dan mendengar lagu yang sama berlarutan itu ada hadnya. Mendengar ceramah dan lawak jenaka yang sama oleh mereka yang sama itu sangat membosankan kebanyakan orang yang pernah menyertai himpunan itu. Mereka tahu apa yang akan mereka dengari sebelum mereka tiba ke tempat himpunan itu kerana semua isi kandungan ucapan yang akan mereka dengar semuanya ‘predictable’. Lama kelamaannya ramai-ramai yang hadir itu terlalu kenyang dengan ucapan yang sama, kandungan ucapan yang tidak berubah selain dari lawak jenaka dan pertunjukan pentas oleh penceramah-penceramah yang sama. Lauk pauk yang kita suka sendiri pun akan terasa menjemukan jika dihidangkan setiap masa di hadapan kita. Ramai yang bertanya apabila kembali ke rumah, “apa yang aku baru dapat pada hari ini?” Apa yang mereka dapati hanyalah keletihan dan salahkan mereka merasakan kepenatan itu? Mereka kembali bertanya, “Ini saja kah kegiatan sebuah atau sekumpulan parti yang dikatakan parti-parti perjuangan?” Sampai bila hendak berhimpun dan berdemonstrasi itu? Pilihan raya akan diadakan lima tahun lagi dan setakat ini mereka telah berkempen dan berhimpun sudah menjangkau lima tahun lamanya untuk persediaan PRU13 yang lalu. MatMerapu berpendapat masing-masing parti perlu mengkaji kelemahan masing-masing kenapa PP kalah walaupun ‘mood’ semasa itu menampakkan situasi yang tidak memungkinkan BN memenangi mana-mana kerusi di seluruh negara. Mudahlah untuk menyalahkan SPR dan sebagainya tetapi tidak adakah kesalahan kita sendiri? Bagi pihak yang hendak melakukan pembaharuan yang terpenting dilakukan ialah mengetahui dan memahami apa-apa kelemahan dan kesalahan sendiri dahulu. Takkanlah tuduhan penipuan itu sahaja yang menyebabkan pihak PP kalah dalam PRU itu. MatMerapu sedikit sebanyak tahu apa kelemahan yang ada di setiap parti yang menganggotai PP itu. Jangan emotional bila mendengar teguran seperti yang dipaparkan ini. PKR mempunyai masalah budaya yang tidak jauh bezanya dari budaya UMNO yang bermain politik sesama sendiri tanpa had. DAP pula sebagai parti yang ‘smart’ dengan tuduhan pihak lawan sebagai parti rasis tanpa disedari ramai bahawa rupa dan penampilan parti itu sendiri adalah sebagai sebuah parti yang hanya mewakili kaum Cina sahaja. PAS mempunyai ciri parti yang baik, tetapi oleh kerana imej baik itu PAS tidak membentuk ‘skill’ pengurusan yang baik sebagai persediaan untuk mentadbir negara di peringkat tertinggi. Parti itu apabila diberikan peluang untuk mentadbir, mereka gagal dalam mentadbir negeri yang diperintahnya kecuali Kelantan. Terengganu pernah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 4/5 di Dewan Undangan Negeri Terengganu, tetapi tidak berjaya mengekalkan kuasa di Terengganu semata-mata kerana kegagalan mentadbir negeri itu. Pentadbiran negeri Kedah di bawah PAS tidak mempunyai 'ummph' yang kuat maka rakyat memulangkan kembali kuasa kepada BN walaupun BN diserang dengan pelbagai isu. Daripada menyertai himpunan lebih baik PAS memulakan usaha membina kemahiran mentadbir. PAS boleh menghantar pimpinan ke kursus-kursus pentadbiran di mana-mana pusat pengajian tinggi ternama di seluruh dunia bagi persediaan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan......hehehe!!! Daripada bersusah payah ke Padang Merbok berhimpun, kenapa PAS tidak fokuskan usaha untuk mengilap kemahiran mentadbir negeri dan negara? Benar, Islam itu tinggi, tetapi jika PAS benar-benar memperjuangkan Islam itu, mewujudkan kemahiran pentadbiran itu juga kehendak Islam. Kenapa tidak diberikan tumpuan terhadap isu besar ini. Islam itu selari dengan setiap masa dan zaman, maka amat perlu untuk meningkatkan ‘skill’ pentadbiran dengan gigih. Kalau mana-mana parti gagal menjadi pentadbir yang baik maka sekali gus ianya tidak memenuhi tuntutan agama Islam. Parti siasah mesti akui yang politik itu adalah ‘war of perception’. Kalau gagal untuk memberikan persepsi baik maka ia memberi makna kegagalan. Mengekalkan pengaruh melalui himpunan 505 itu tidak akan mampu mengekalkan sokongan ramai buat jangka masa yang lama. Yang akan mengekalkan sokongan ramai ialah hasil dan kemampuan mentadbir. Khalid Ibrahim terkenal sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik, tetapi hasil kerja tangan dan minda beliau dilihat telah mampu untuk hampir melenyapkan BN di negeri Selangor. Berbalik kepada isu himpunan 505 itu, ia tidak akan membawa sesiapa ke mana-mana. Yang boleh memberikan ‘consequence’ ialah memperbaiki parti dan perjuangannya dan jika boleh diluruskan niat dan tujuan pimpinan melakukannya. Lama kelamaan rakyat akan menyedarinya.....!!! Dalam perkara ini, UMNO/BN mempunyai banyak kelebihan dalam mengekalkan inisiatif kemenangan dalam Peperangan Persepsi.......!!!

Scorpene ‘Architect’ Tells All

In an exclusive tell-all with Haris Hussain, the architect of the Scorpene submarine purchase, Jasbir Singh Chahl, speaks for the first time about the controversial deal. Here, he torpedoes Suaram‘s allegation of massive kickbacks and blows the Altantuya ‘connection’ right out of the water. In 1984, an insurance agent from Baltimore, Maryland, published the fictitious story of a Russian submarine commander who tried to defect to the United States in his state-of-the-art Typhoon-class nuclear submarine. The Hunt for Red October drew inspiration from a real-life account of the 1975 mutiny aboard the Russian destroyer Storozhevoy and became Tom Clancy’s first international bestseller with its tale of intrigue, skullduggery and deception. Then US president Ronald Reagan called it “a great yarn”. Closer to home, the Scorpene saga has taken many twists and turns. In 2010, Malaysian human rights non-governmental organization Suaram lodged a complaint in the French courts, claiming that French naval firm DCNS had paid RM452 million as a bribe to Malaysian officials to obtain the contract. The allegations of massive kickbacks and payoffs in the RM4.2 billion deal for the two Perdana Menteri-class dieselpowered fast-attack boats have been topped only by the lurid accusations that Mongolian model Altantuya Shaariibuu was murdered because she allegedly knew too much and wanted a ‘mere’ US$500,000 cut from the deal. Over the years, a fascinating conspiracy theory had been woven around this episode and gained traction, linking the submarine deal with Altantuya’s murder. Hardly surprising since it had all the ingredients of a Hollywood techno-thriller — stories of alleged corruption, deceit, greed, sex and murder. In April, reports in the Spanish and French mainstream media questioned Suaram’s almost fanatical obsession with the case, with one even suggesting that the French legal system was being taken for a ride to serve a greater political end. Last Friday, Suaram held a fundraising dinner in Petaling Jaya to raise money for its activities, in which fresh allegations were made into the case. After months of trying, the New Straits Times secured an exclusive interview with the central figure in the deal. It certainly wasn’t a cakewalk — this man guards his privacy jealously and with a passion. As the architect of the Scorpene submarine deal, the last seven years have taken their toll on Jasbir Singh Chahl. Before this meeting, Chahl had steadfastly refused to make statements regarding this case, worried that he might be accused of perverting the course of justice. Throughout, he had been in constant communication with the French authorities and investigators and has voluminous evidence to back his claim, despite assertions by the opposition to the contrary. As he places the teacup on the fine china saucer in his home in the heart of Kuala Lumpur with a finesse that betrays his English education and upbringing, Chahl pauses for a moment and draws a deep breath. “I am willing to swear on my holy book, the Guru Granth Sahib, that I did not know this person, that she was never part of the team, had never met her, that she was never in France during the entire time we were there trying to close the deal and only knew about her when I read the papers in 2006 that they had found her body.” One of the myths that has been “accepted” as gospel was that Altantuya had acted as a translator for Abdul Razak Baginda, who had helped Chahl broker the deal. Negotiations began in 2000 and were concluded in 2002. If Altantuya was indeed Razak Baginda’s interpreter, she should have been present at all the meetings from 2000. And yet, in official French documents that were made available to the NST, the French police have stated categorically that Altantuya never entered France from 1999 to 2006, the year she died. Incidentally, all these meetings were held in France with some in Malaysia. And they were all in English. “This is not what I am saying, you understand. This is what the French authorities, the French police and the French judicial inquiry are saying.” According to Razak’s Baginda’s evidence in court, he only met Altantuya in late 2004. The Scorpene deal was concluded in 2002. Another fissure in the opposition’s argument seems to hinge on its so-called ‘understanding’ of Gallic pride and centres around the way DCNS conducts its business around the globe. It assumes that just because DCNS is French, the negotiations would have to be in French when the fact is that the French defence industry does deals all over the world in English. Add to that, the French team was initially led by an Englishman, Martin Hill, who was himself, also fluent in French. So, if indeed the team needed an interpreter, it didn’t have to look very far, and certainly not in Mongolia, of all places. In his deposition to the French authorities in 2010, former DCNS marketing manager for Malaysia and Singapore at the time, Fredric Faura, told investigators that there was no need for an interpreter since negotiations were in English and Malaysians were fluent in the language. “You ask me why the blogs have gone around calling this girl Razak’s interpreter. You should direct that question to the blogs.” Firing another shot across the bow, Chahl wonders why no one has stopped to question the credibility of the opposition that had readily admitted to doctoring a photograph to show Altantuya with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Razak Baginda, purportedly in a Paris restaurant. “This whole affair was a personal matter between Razak Baginda and Altantuya. His dealings with her had nothing to do with the Scorpene deal. It’s unfortunate that it coincided with our timeline (the submarine deal). Razak Baginda was the only common denominator in this. He was the only link, and a tenuous one, at best. ”Who is Jasbir Singh Chahl? Jasbir Singh Chahl cut his teeth in the defence and oil and gas industry at a very early age. He was twentysomething, in London, and working with a Middle Eastern defence and construction company putting together multi-billion dollar deals. The relationships he forged with defence contractors in Europe and the rest of the world put him in good stead when he came home in 1981. From 1996 to 1998, Chahl worked with Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, the wholly owned Malaysian subsidiary of France’s Thomson-CSF (now Thales), on the Royal Malaysian Navy’s Offshore Patrol Vessels (OPV) project, the Crotale man-portable SHORAD (shortrange air defence) system, and other projects of interest to Thomson-CSF and its subsidiaries. Chahl’s relationship with Thomson-CSF was further enhanced by his development of strategies and provision of inputs that led to the submission to the Malaysian Government of other defence-related projects. It was while working on these projects that he was told by Thales that it wished to focus on the sale of submarines to Malaysia. This was something Thales had been pushing for more than a decade but had not been unable to make much progress. Thales felt that the timing for a concerted effort was now right — their various discourses with the RMN had led them to this conclusion. They then requested him to analyse, evaluate and to develop a proposal to supply submarines to Malaysia, which culminated in the Scorpene purchase. One of the major issues in the Scorpene submarine deal has to do with the word “commission”. Specifically, the Euro115 million (RM452 million) that was paid to Perimekar Sdn Bhd, the company in charge of the logistics and the training of the officers and men of the Royal Malaysian Navy’s Submarine Force. And Jasbir Singh Chahl has a big problem with that. “The amount is actually a service management fee,” says Chahl, exasperation and irritation creeping into his voice. That the detractors have managed to turn it into a simplistic argument and package it as an example of unfettered greed; that it had succeeded, to a certain extent, in painting a picture that the monies were paid to grease the palms of government officials and corporations, makes Chahl’s stomach turn. For the record, Perimekar, which is an audited company, is owned by KS Ombak Laut Sdn Bhd, the pension fund of the Armed Forces, LTAT, and by the industrial company, Boustead. Both of them are also audited. The fees covered project management and project integration services, coordinating the involvement of Malaysian companies in the industrial participation programme in the provision of services during the construction phase and to monitor the performance of these firms, helping the main contractor comply with all local laws and procedures relating to the execution of the contract, coordinating and monitoring the training of RMN personnel in compliance with the main contract and in accordance with Malaysian Government and RMN expectations, and providing monthly reports on all of the above. The biggest chunk of the fees went to the provision of accommodation and all the necessary services for the training of RMN personnel and their families in Brest, France, and Spain, for a period of six years, inclusive of health insurance premiums and per diem allowances of a minimum of Euro50 per person. Other costs include their return travel fares to Malaysia three times a year. In all, 145 RMN personnel, including 49 officers and dependents were covered by this. “We’ve been made out to look like profiteers who just sat back and collected when in actual fact, there was a lot of hard, tangible work, that was done, ”Chahl says. For the record, Perimekar’s profit after tax was RM105,111,191. “The commercial offer was attractive because of the superior industrial participation programme that we put together. The countertrade and offset programme that we proposed as part of the overall proposal also swung the odds in our favour. “Based on the strength and commercial superiority of the proposal, we didn’t have to lobby anyone to influence the commercial evaluation process. There was no need to. “The Scorpene was the best nonnuclear powered-submarine that we, as a nation, could have selected.”

Sunday 28 July 2013

DAP Cuba Selindungi Wajah Rasis

Demi ‘survival’ politik, DAP kini cuba menukar imej daripada sebuah parti rasis Cina yang anti-Melayu kepada wajah yang kononnya prihatin kepada isu-isu bersangkutan orang Melayu. Dalam soalan bertulis yang diajukan kepada Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu siasatan dilakukan serta diambil tindakan terhadap tiga doktor berbangsa Cina di dua hospital Kerajaan di Pulau Pinang kerana enggan memberikan rawatan perubatan kepada pesakit Melayu. Menurut Guan Eng sikap rasis yang ditunjukkan oleh DAP itu adalah ekoran “tsunami Cina“ yang mengakibatkan pengundi Cina tidak memihak kepada BN dalam PRU13 lalu. Sikap pengundi Cina yang membenci BN terbawa-bawa kepada perbuatan memboikot serta menghina orang Melayu pula. Realitinya fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi menjadi satu realiti yang berakar umbi di dalam masyarakat sejak sekian lama. Lakonan DAP untuk tiba-tiba menjadi juara anti-rasisme juga bukanlah baru. Ini kerana DAP berpura-pura menuding jari telunjuk yang lurus tetapi hakikatnya jari kelingking berkait. DAP cuba menunjukkan kepada orang Melayu bahawa parti itu sensitif serta peka kepada amalan rasisme yang dilakukan oleh kaum Cina terhadap bangsa Melayu tetapi secara senyap dan untuk sekian lama parti itu menggalakkan orang Cina supaya membenci orang Melayu. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali redha kepada umat Islam, begitu juga kaum Cina tidak akan redha dan terima kepimpinan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. Walaupun telah diberikan pelbagai peluang dan kemudahan oleh Kerajaan sehingga kaum ini menguasai bidang ekonomi serta diberi perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara, mereka kini tamak dan rakus pula untuk menguasai Kerajaan sepenuhnya. Berlakunya Tsunami Cina adalah sustu realiti politik dalam PRU13 yang tidak boleh dinafikan tetapi DAP seboleh-bolehnya mahu menyanggahnya dengan mengatakan ia adalah Tsunami Malaysia. Parti itu amat takut jika tembelang dan agenda liciknya menipu orang Melayu terbongkar. Sememangnya penyokong-penyokong daripada kalangan orang Melayu di dalam PAS dan PKR membuta tuli menyokong DAP tanpa memperdulikan sama ada parti itu menindas orang Melayu. Malah DAP setiap hari menyerang pemimpin-pemimpin serta institusi berkaitan Melayu tanpa dibangkang oleh pemimpin PAS atau PKR. Sebagai contoh, ketika ditanya berkenaan siasatan terhadap dua personaliti, Alvin Tan dan Vivian Lee, dua ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar dan Dr Mariah Mahmud secara jelas mahu tindakan juga diambil terhadap pemimpin Melayu yang membuat kenyataan yang didakwa berbaur rasis. Di mana letaknya sifat sayang serta mempertahankan bangsa sendiri yang gagal dizahirkan oleh pemimpin PAS yang rela menjunjung sikap rasis dua individu Cina ini? PAS sudah menjadi kuda DAP dengan menyokong tindak tanduk DAP dan penyokong-penyokongnya. Kedua-dua individu Cina yang menghiris hati umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam bulan Ramadhan yang mulia dengan ‘iklan’ Bak Kut Teh mereka yang amat tidak sensitif telah disokong sepenuhnya oleh pemimpin PAS. Pada masa yang sama PAS cuba menonjolkan imej Islamik dengan slogan Islamnya tetapi realitinya ia telah menjadi keldai tunggangan DAP yang mengiyakan segala tindakan parti rasis itu. PAS serta PKR mungkin tidak sedar mereka telah diperkudakan oleh DAP selama ini sehingga berjaya merangkul 38 kerusi parlimen di atas sokongan penuh pengundi Cina dan juga Melayu yang terpengaruh dengan dakyah parti itu terutama PKR dan PAS. Kepuraan-puraan yang ditunjukkan oleh DAP hanya sandiwara yang terus dimainkan untuk mengaburi mata orang Melayu. Sekiranya DAP mendapat kuasa politik, barulah orang Melayu akan sedar apa yang dipamerkan oleh DAP hanya wayang semata-mata. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur, kaum Cina akan menguasai segala apa yang pernah dimiliki oleh orang Melayu. Orang Melayu akan menjadi pengemis yang mengharapkan ehsan dan belas kasihan penguasa berbangsa Cina yang akan menindas orang Melayu dengan sehina-hinanya. Ketika itu baru orang Melayu akan bernostalgia betapa untungnya nasib mereka ketika negara berada di bawah kepimpinan serta kuasa politik orang Melayu. Sebelum ini berlaku, sedarlah kaum Melayu bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesuautu bangsa jika bangsa itu sendiri tidak berusaha memperbaiki nasibnya sendiri.

Wednesday 24 July 2013

PRK Kuala Besut: BN Kekalkan Kemenangan......!!!

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dalam PRK ini dengan meraih majoriti yang lebih besar iaitu 2,592 undi. Kejayaan ini meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN dengan menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, memperoleh 8,288 undi menewaskan calon PAS, Endut@AzlanYusof, 48, dengan 5,696 undi. Berlaku pertambahan majoriti sebanyak 158 undi, walaupun jumlah keluar mengundi merosot kepada 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di DUN berkenaan. Pada PRU13, jumlah keluar mengundisebanyak 87 peratus. Menurut SPR, jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dansembilan orang pengundi pos. Dalam PRU13, pengundi DUN Kuala Besut memberi 8,809 undikepada arwah Dr. A. Rahman Mokhtar dan memberi 6,375 undi kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434. Keputusan rasmi PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Besut. MatMerapu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon BN, Timb Perdana Menteri dan seluruh jentera kempen kerana telah berjaya melenyapkan impian serta menafikan hasrat PAS. Inilah petunjuk awal ke arah kemerosotan sokongan PAS bukan sahaja di Kuala Besut dan Terengganu malah di seluruh kawasan majority Melayu. Dengan kemenangan BN dalam PRK ini, BN kini kembali kukuh dalam landskap politik Terengganu dengan majority mudah 17 kerusi DUN berbanding pembangkang 15 kerusi.

Tuesday 23 July 2013

PRK Kuala Besut: BN Perlu Menang Demi Terengganu......!!!

Peratusan yang keluar mengundi di DUN Kuala Besut pada PR13, 5 Mei 2013 sekitar 86.70 peratus. Ramai waktu itu kerana hari pengundian Ahad tetapi dalam PRK kali ini jatuh pada Rabu, 24 Julai waktu kerja. Dijangka sebahagian besar mereka yang berhijrah ke luar Besut terutama golongan muda tidak balik mengundi kali ini. 'Alang-alang' hendak balik kena ambil cuti bukan sehari, mungkin tiga atau empat hari. Cuti pada Aidilfitri nanti mungkin kena balik lagi. MatMerapu difahaman oleh sumber-sumber jentera BN, PAS dan SPR yang berkampung di Kuala Besut, senario kempen PRK melibatkan kedua-kedua parti di sana 'biasa sangat'. Tidak ada yang luar biasa sehinggakan media-media yang buat liputan 'kehabisan idea' untuk dijadikan berita utama. Tidak banyak isu, sampaikan terpaksa pergi ke pasar-pasar biasa untuk dijadikan bahan berita. Dari segi strategi kedua-dua parti bertanding, yang digalas oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot@Azlan dari PAS, dikatakan sama. Masing-masing dibantu oleh jentera luar terutama PAS dari Kelantan. Kempen ceramah PRK ini di depan khalayak ramai tidak popular kerana bulan Puasa. Ia lebih kepada kempen dari rumah ke rumah. Pergerakan kedua-dua parti juga seiring dan seimbang, baik dari segi pengisian, program kemasyarakatan serta penglibatan belia. Namun, jentera BN dikatakan lebih dominan - yang diharapkan akan diikuti pergerakan yang lebih berkesan dan berterusan oleh akar umbinya sehinggalah hari pembuangan undi. MatMerapu juga dimaklumkan dari segi majoriti, BN dipercayai tidak berdepan masalah besar untuk mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut ini melebihi 2,434 undi yang dicapai Mei lepas. Tambahan pula penduduk-penduduk Kuala Besut diketahui memang orang BN, apa lagi yang akan turun mengundi pada waktu hari bekerja nanti yang ramainya penduduk setempat. Hakikatnya, mereka akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum - undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan merangsang ekonomi Kuala Besut. Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pembangkang, Parlimen pula BN. Cuma, oleh kerana segala strategi dan pengisian kempen, baik oleh BN dan PAS agak setara - yang lebih banyak berfokus pada qariah di masjid-masjid dan surau sempena Ramadhan, maka BN lebih banyak memberi tumpuan kepada isu-isu setempat. Antaranya, percambahan industri kampung, IKS serta nelayan. Isu nelayan merupakan perkara pokok yang diberi keutamaan diuar-uarkan dalam kempen PRK ini. Sepanjang pengamatan perkara ini diserlahkan. Ini memandangkan Kuala Besut sendiri pada asasnya adalah kampung nelayan. Di sini juga terletak jeti bot untuk ke pulau-pulau peranginan iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Faktor nelayan dan industri pelancongan memang mewarnai pengundi di kawasan ini. Satu lagi faktor adalah kakitangan awam. Walaupun Kuala Besut bukan pusat bandar utama untuk daerah Besut kerana pusatnya terletak di Jertih, tetapi hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama dalam DUN Kuala Besut. Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah nelayan, kakitangan kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan. Faktor sempadan dengan Kelantan juga menentukan corak kempen dan isu sepanjang pilihan raya ini. Ini kerana Kuala Besut bersempadan dengan Pasir Puteh yang terletak di Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Pelabuhan Tok Bali kini menjadi pelabuhan nelayan yang penting di sebelah pantai timur. Banyak bot nelayan laut dalam mendaratkan tangkapan mereka di situ. Justeru, sempena PRK Kuala Besut jentera BN memberi jaminan untuk mendalamkan kuala bagi kemudahan bot keluar masuk selain penyediaan pendaratan ikan yang sesuai. Pada masa sama, projek-projek pembangunan IKS dan industri kampung '1produk 1kampung' yang diperkenalkan BN banyak diperkatakan. MatMerapu difahamkan, banyak kemudahan yang diperuntukkan Kerajaan Pusat kepada penduduk Kuala Besut, apatah lagi peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi seperti LKIM dan pembiaya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ianya telah diserlahkan secara meluas sebab peluang pekerjaan adalah isu yang menjadi perhatian. Meskipun PRK Kuala Besut tampak 'tenang' namun realitinya amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu. Dengan kematian Dr. Rahman, jumlah kerusi adalah 16 di pihak BN manakala Pakatan, 15. Jika Pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan. PAS pernah menang di kerusi Kuala Besut pada 1969, sebelum menunggu 30 tahun lagi untuk merampasnya semula pada 1999. Mereka tentunya mahu menongkah 'aturan' itu kerana kalau tidak, 'barangkali' hanya terdaya 'meraihnya' kembali (untuk 30 tahun lagi) pada tahun 2029. Hanya kemenangan BN dapat memastikan politik di Terengganu lebih stabil. Jika tidak, keadaan akan terumbang-ambing.

PRK Kuala Besut: Lapan Pusat Mengundi Dibuka........!!!

Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Kuala Besut hari ini menjadi tumpuan. Perhatian terarah kepada signifikan PRK ini. Bukan hanya kerana ia yang pertama dalam tempoh dua setengah bulan selepas PRU13 diadakan pada 5 Mei, namun jika keputusannya tidak berpihak kepada penyandang BN, akan menyaksikan jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang dalam DUN. PRK Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 dan calon PAS, Azlan Yusof, 48. BN hanya mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding pembangkang iaitu memegang 16 kerusi daripada 32 kerusi DUN. Manakala 15 disandang Pakatan Pembangkang di mana PAS 14, dan PKR satu. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013. Setelah 12 hari berkempen, akhirnya keputusan terletak pada tangan 17,683 pengundi berdaftar di kuala Besut apabila mereka keluar mengundi pada hari ini (24 Julai 2013). Kempen yang disifatkan sebagai antara paling tenang telah menyaksikan kedua calon bertanding secara berhemah menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan pengundi sepanjang kempen pilihan raya.

PRK Kuala Besut: Pembangunan Janji Ditepati BN......!!!

Segala limpahan projek pembangunan di Besut yang diumumkan Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan di kawasan itu adalah bukan atas desakan pembangkang. Sebaliknya, projek pembangunan seperti pemecah ombak di muara Sungai Besut dan Empangan Nangka yang diumumkan baru-baru ini sudah dirancang begitu lama untuk keperluan rakyat. Segala perancangan kerajaan tidak ada kena mengena dengan pembangkang atau desakan pembangkang. Dari segi pelaksanaan projek-projek terbabit sudah semestinya akan mengambil masa. Lakaran projek bukan boleh siap dalam dua minggu dan kajian perlu disiapkan dalam masa bertahun-tahun. Bukan boleh buat pemecah ombak dalam masa seminggu sedangkan pelan dan kajian sudah lama seperti berapa panjang pemecah ombak. Pembangkang pula saja beranggapan bahawa buat pemecah ombak macam naik batas padi di sawah, buat sesuka hati dalam seminggu. Pembangkang tidak bijak merancang, mereka ingat semua senang jadi sebab itu kerajaan buat, pembangkang pun kata boleh buat. Peluang BN untuk mencapai kemenangan pada PRK Kuala Besut adalah besar dan cerah kerana pengundi setempat memahami bahawa kemenangan pembangkang tidak akan memberi makna. MatMerapu menyeru agar pengundi Kuala Besut memberi kemenangan kepada BN demi kestabilan kepada kerajaan negeri. Kekalkan kerajaan BN di Terengganu supaya projek pembangunan yang diumumkan dapat dilaksanakan. Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan pasar borong tani di Kuala Besut bagi membolehkan petani dan peladang mengumpulkan dan memasarkan hasil tani mereka kerana pasar borong sedia ada tidak membabitkan petani dan produk bukan daripada hasil orang kampung dan petani kecil. Setakat artikel ini dipaparkan (07.40am-24 Jul 2013), hanya tinggal 20 minit lagi untuk semua pusat pembuangan undi dibuka bagi pemilih berdaftar Kuala Besut membuat pilihan bijak mereka dan semestinya calon BN demi kemakmuran Terengganu dan kesejahteraan rakyatnya terutama penduduk Kuala Besut. Selamat Mengundi......!!!

Monday 22 July 2013

PRK Kuala Besut: Pengundi Diseru Buat Pilihan Bijak......!!!

Senario politik di Terengganu sekarang bakal ditentukan dalam PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini. Kewarasan rakyat Kuala Besut amat diperlukan pada ketika dan saat ini. Merekalah yang bakal menentukan sama ada Dewan Undangan Negeri Terengganu akan melakar sejarah 16:16 atau sebaliknya. Rakyat harus tahu bahawa kuasa yang sama banyak bakal mengundang tragedi kerana ianya bakal menghalang pelaksanaan sebarang rancangan yang mampu memanfaatkan rakyat. Kemenangan BN pula bakal memberi kelebihan suara bagi membangunkan Kuala Besut. Kerajaan BN telah mengistiharkan bahawa mereka akan memperuntukkan RM4.4 juta di kawasan DUN Kuala Besut. Sebanyak 28 projek menaiktaraf jalan , membina dan membaikpulih gelanggang permainan , balai raya, parit bagi menangani banjir dan pembinaan rumah. Kerajaan BN sememangnya sentiasa mengotakan janji yang mereka berikan. Setakat ini, Kampung Lampu , Kampung Gong, Kampung Paya, Kampung Gong Tengah, Kampung Tok Saboh dan Gong Manok telah ditunaikan janji. Manakala dua unit rumah di bawah program bantuan perumahan sedang dilaksanakan di Kampung Pulau Salim dan Kampung Pengkalan Sentol. Salain dari itu juga BN bercadang membaikpulih Bangunan Medan Info Desa di Kampung Seberang Kastam dan Kampung Teluk Bayu. Akujanji yang telah dibuat oleh BN telah mula dilaksanakan secara berperingkat. Perkara yang paling penting iaitu menegakkan Undang-undang dan Perlembagaan telah dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Akan rugilah rakyat Kuala Besut sekiranya semua pembangunan yang telah dijanjikan oleh BN itu tidak dapat disempurnakan akibat dari keputusan sama rata di Terengganu yang memberi kesan projek yang tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, usaha untuk menegakkan undang-undang dan perlembagaan juga tidak dapat diteruskan akibat salah perhitungan rakyat yang bakal memberikan kesan yang amat buruk terhadap mereka. Justeru, pengundi Kuala Besut harus mengundi BN demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair kita. Selamat Mengundi....!!!

Kejatuhan PAS Bermula Di Kuala Besut.....!!!

Sebenarnya amat jarang untuk kita melihat pengundi setempat memberi sambutan dingin terhadap ceramah PAS dan apa jua program politik PAS terutama ceramah yang dihadiri pemimpin besar PAS, tetapi di Kuala Besut kedinginan sambutan pengundi tempatan agak terasa sekali. Setakat ini dalam beberapa ceramah anjuran PAS hanya program yang dihadiri Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikira ‘berjaya’ dengan merekodkan kehadiran sekitar 800 – 1,000 orang termasuk sebahagian besarnya adalah petugas dan penyokong PAS dari Kelantan. Jika tidak kerana kehadiran penyokong PAS dari luar, harus nasibnya sama seperti Presiden PAS, Hj Hadi Awang yang hanya mengumpul 200 orang pendengar sahaja atau setaraf Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berceramah di hadapan kurang 100 orang termasuk lebih sepuluh orang daripadanya tidur nyenyak di bawah khemah. Perihal penyokong PAS tidur ketika ceramah ini bukannya satu fiksyen tapi memang betul-betul berlaku dan memang amat memalukan PAS terhadap ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man yang gaya berceramahnya kian hari semakin membosankan. Ceramah PAS di Kuala Besut turut menyaksikan kehadiran yang paling sedikit di mana cuma 20 dan 50 orang pengunjung sahaja termasuk pihak media dan jentera PAS dari luar. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sepatutnya turut berceramah di UPU PAS Kampung Baru juga langsung tidak hadir kerana terpaksa menghadiri program di tempat lain. Ramai penyokong PAS tempatan yang mengakui kedinginan sambutan masyarakat setempat terhadap kempen PAS untuk PRK ini ada kaitan dengan kurangnya kesungguhan di kalangan pemimpin PAS Terengganu untuk menang. Mereka juga melihat perlantikan pemimpin PAS Kelantan iaitu Husam Musa sebagai Pengarah pilihanraya sebagai punca utama yang menyebabkan wujudnya senario serba dingin ini yang dikira satu protes senyap sebagai bantahan terhadap percubaan PAS Kelantan ‘mengKelatekan’ Kuala Besut. Tindakan jentera PAS Kelantan yang diketuai Husam mengedarkan poster MB Kelantan, Mat Yakob juga memainkan peranan besar ke arah mengasingkan penyokong PAS tempatan dari menjayakan kempen parti itu. Tidak syak lagi dengan baki kempen yang cuma tinggal kurang daripada 36 jam, jika PAS gagal memperbetulkan haluan strategiknya secepat mungkin barangkali tidak salah dikatakan PRK DUN Kuala Besut bakal menjadi titik awal kejatuhan PAS kelak.

Thursday 18 July 2013

PRK Kuala Besut: Tolak Kempen 16-16 PAS Besut.......!!!

Rakyat Terengganu terutama pemilih berdaftar N.01 Kuala Besut perlu menolak kempen 16-16 yang dimainkan oleh PAS dalam usaha parti itu untuk memenangi PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini. Rakyat perlu sedar bahawa jika berlaku situasi 16-16, bakal meletakkan situasi politik tidak stabil di negeri Terengganu kerana perbalahan yang berpanjangan. Pembangkang sedar jika BN tewas sekalipun dalam PRK ini dan jumlah kerusi seimbang antara BN dan PAS, tetapi kelebihan tetap berpihak kepada parti pemerintah melalui kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri. Namun, PAS dijangka membawa usul 'undi tidak percaya terhadap Speaker DUN.......bertambah rumitlah politik Terengganu. Dalam hampir kesemua siri ceramahnya, PAS memberitahu bahawa mereka akan berpeluang memerintah negeri ini sekiranya kedudukan 'seri 16-16' dalam DUN. Rakyat harus sedar dan tidak terpedaya dengan dakyah tersebut yang cuba memujuk sokongan kepada PAS. Demi kestabilan politik di Terengganu, pengundi Kuala Besut perlu memastikan kemenangan BN dalam PRK ini. Kalau berlaku 16-16 sebagaimana yang dihajati pembangkang, kerajaan dan negeri Terengganu dalam bahaya, tidak stabil, akan berlaku perbalahan yang akhirnya akan merugikan rakyat. Justeru, kempen '16-16' yang dibawa oleh pembangkang amat berbahaya kepada seluruh negeri Terengganu. MatMerapu berharap agar pengundi DUN Kuala Besut bijak memilih pada 24 Jul nanti tanpa bersandarkan kepada emosi tetapi lebih cenderung kepada reality janji ditepati oleh UMNO/BN demi kesejahteraan rakyat Terengganu.....!!!

Wednesday 17 July 2013

PRK Kuala Besut: Strategi PAS Terbongkar......!!!

Satu artikel dikeluarkan oleh blogger Pakatan Pembangkang yang membongkar strategi PAS di PRK Kuala Besut. Strategi PAS akan bermula pada 18 Jul 2013 sehingga hari pembuangan undi. MatMerapu merasakan ada keretakan dalam blogger-blogger Pakatan sekarang ini. Artikel berkaitan adalah pengesahan dan jelas berlaku keretakan di kalangan mereka. Kini ada perubahan radikal dalam cara PAS menjalankan kempennya sempena PRK Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang. Pendekatan tradisional yang biasa dikaitkan dengan parti tersebut dalam mana-mana kempen sebelum ini masih diamalkan tapi corak kempen baru sedikit-sedikit sudah mula mengambil tempat. Pendekatan paling menarik perhatian ramai - penggunaan gadis-gadis penyokong PAS yang muda dan cantik untuk menarik sokongan pemuda Kuala Besut agar mengundi PAS. Kalau dulu gadis-gadis yang terdiri dari para mahasiswi universiti tempatan ini hanya digunakan untuk mendekati pengundi wanita melalui kempen rumah ke rumah atau menjadi anak angkat sahaja sepanjang kempen berlangsung. Sekarang bukan setakat jadi anak angkat, kelebihan yang ada pada mereka digunakan untuk ‘menggoda’ anak muda tuan rumah agar mengundi PAS pula. Cara baru ini digunakan setelah PAS melihat jumlah pengundi muda dan baru Kuala Besut, mencecah 56% dari keseluruhan pengundi melebihi 17,000 orang. Sememangnya tidak ada masalah dengan pendekatan drastik PAS ini untuk memenangkan calon mereka di Kuala Besut. Menyelami PAS, MatMerapu melihat pendirian PAS lebih menjurus kepada...... "Orang hendak kata eksploitasi wanita atau apa, itu terserah, yang penting PAS hendak menang dan Pakatan Pembangkang berusaha untuk menjatuhkan morale UMNO/BN sejak keputusan PRU13. Cuma yang mungkin kurang memberi kesan ialah penampilan gadis-gadis PAS yang rata-rata bertudung litup ketika menjalankan kempen. Kenapa nak bertudung pula kalau matlamatnya untuk menggoda pemuda-pemuda Kuala Besut agar mengundi PAS? Bukankah lebih baik kalau pemakaian dengan gaya yang lebih santai digunakan. Masih boleh bertudung, cuma tidak perlulah berbaju kurung, jubah dan sebagainya. Memadai dengan berseluar jeans, berbaju T-Shirt dan seumpamanya......hehehe!!! MatMerapu menjangka bahawa sokongan pemuda-pemuda pengundi Kuala Besut terhadap PAS berkemungkinan besar akan meningkat kalau cara pemakaian yang lebih ‘kena pada tempat’ digunakan gadis-gadis PAS......hahaha!!! Pada PRK Kuala Besut,PAS dilihat cuba keluar dari kepompong jumud dan ketinggalan zaman kerana ingin terus relevan dalam politik tanahair. PAS turut dilihat cuba mengimprovasikan corak berkempennya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman, dengan pendekatan menggunakan gadis-gadis muda dan kini berani keluar dari lingkaran fahaman agama yang jumud demi kejayaan yang lebih besar. Kalaulah dalam usaha berkempen tersebut, ada yang ‘melekat’ sehingga ke jinjang pelamin, generasi yang bakal dilahirkan nanti adalah bakal pengundi PAS semuanya. Pendekatan baru PAS ini akan membawa dimensi cabaran baru kepada UMNO/BN namun MatMerapu yakin bahawa UMNO/BN lebih bersedia dan bijak dalam pelaksanaan kempen mereka bagi mengekalkan kemenangan kerusi DUN Kuala Besut.....insya'Allah.

PRK Kuala Besut: PAS Gam Mulut Calon......!!!

Tindakan PAS mengarahkan calon mereka, Endut@Azlan Yusof ‘menutup mulut’ dan tidak dibenarkan bercakap dengan media secara spontan adalah kerana ingin menutup kesilapan Azlan yang tersalah cakap ingin menyerahkan tugas wakil rakyat kepada orang lain kerana mahu tumpu bisnes. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan pantas PAS tersebut terpaksa diambil berikutan kerisauan Azlan akan melakukan kesilapan yang sama sekali lagi dan memalukan imej parti tersebut. “Saya sendiri sudah tonton. Memang betul dia beritahu nak lantik beberapa orang tolong dia sekiranya menang sebab beliau nak tumpu kepada perniagaan,” kata Pengarah PRK Kuiala Besut itu dalam sidang media selepas majlis Pecah Tanah Projek SMK Alor Peroi. Menurut Muhyiddin, kenyataan Azlan itu jelas menunjukkan beliau lebih berminat untuk terus fokus dengan perniagaan beliau daripada memberi khidmat kepada rakyat sekiranya calon PAS itu menang dalam PRK Kuala Besut pada 24 Julai nanti. Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Azlan akan mendedahkan lebih banyak kelemahan PAS ketika berkempen sekiranya parti tidak mengarahkannya tutup mulut. Kenyataan Azlan boleh dilihat di dalam laman You Tube secara tidak langsung mendedahkan calon PAS itu tidak berminat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat sebaliknya mahu mengupahkan orang lain untuk melakukan kerja-kerja tersebut sekiranya menang. Kebimbangan PAS terhadap isu ini amat ketara apabila mereka semakin mengawal aktiviti kempen Azlan dan dikatakan cuba mengelak calon mereka daripada bertemu petugas media dengan jadual program yang berubah-ubah.Seorang wartawan mengeluh kerana usahanya mendapatkan calon berkenaan menjawab lima soalan mengenai kempen PRK Kuala Besut tidak berjaya dan diminta “tunggu dulu”.“Kalau lima soalan pun tak boleh jawab, macam mana jadi wakil rakyat nak jawab masalah lebih 17,000 pengundi di Kuala Besut nanti jika dia menang,” rungut seorang wartawan.

Tuesday 16 July 2013

PRK Kuala Besut: Analisis Rawak......!!!

Hari pembuangan undi PRK Kuala Besut pada 24 Julai tinggal 6 hari lagi (setakat 17hb Jul).Semakin hampir hari pembuangan undi, kempen kedua parti semakin rancak. Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kecewa kerana SPR tidak membenarkan RTM membuat liputan langsung ketika pengiraan undi berlangsung pada 24 Julai nanti. “Saya tidak ada kuasa mengarahkan SPR kerana SPR adalah badan bebas,” kata beliau yang lebih terbuka sifatnya. Di zaman beliau menjadi Menteri Penerangan, beliau memperkenalkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat di RTM. Pengarah PRK PAS, Datuk Husam Musa mahu RTM beri liputan yang sama kepada calon PAS. Menjawab permintaan Husam, Shabery berkata tidak ada masalah kalau percakapan calon PAS ada nilai berita. PRK Kuala Besut juga menjadi medan melaga-lagakan di antara Timbalan Pengarah PRK BN, Datuk Seri Idris Jusoh dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. “Kalau PAS menang, Idris yang untung,” kata Husam. "Idris menafikan hubungannya dengan Ahmad Said tidak baik. Dia kata dia selalu makan semeja. Idris sudah menerima takdir bahawa Ahmad Said sudah dipilih menjadi Menteri Besar buat penggal kedua". Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayub berkata PAS tidak berminat untuk melaga-lagakan di antara Idris dengan Ahmad. Katanya, PAS tidak berminat memainkan isu mereka berdua tidak sehaluan. Ahmad menerima tamparan hebat apabila tidak dilantik mengetuai jentera PRK Kuala Besut. Jentera BN diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut dilantik sebagai Timbalannya. Pada hari penamaan calon, semua tokoh BN memakai baju berwarna biru termasuk Muhyiddin, Idris dan calon BN, Tengku Zaihan tetapi Ahmad Said pakai baju warna merah (pinang masak). Akhbar melaporkan calon PAS, Azlan Yusof tidak dibenarkan buat kenyataan media kerana tersalah cakap bahawa dia akan serahkan tugas wakil rakyat kepada orang lain. Semua kenyataan mengenai calon akan dibuat melalui Pengurus kempennya, Hanafiah Mat yang juga ADUN Chukai. Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, calon cakap dialek Kelantan, itu yang media salah lapor. Apa yang dicakapnya tidak sama dengan apa yang dimaksudkannya. Kalau calon sudah tidak pandai bercakap, macam mana dia nak berhujah dalam Dewan Undangan Negeri. Faktor ini perlu diambilkira 17,000 pengundi yang akan buat penentuan sama ada mahu calon BN yang pandai bercakap (Jurutera) atau calon PAS (Kontraktor) yang mampu bercakap di kedai kopi sahaja. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menafikan PKR Terengganu memboikot calon PAS. Menurut Azmin, pada hari penamaan calon, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail terpaksa menghadiri kes mahkamah di Kuala Lumpur. Pada mulanya memang PKR menuntut calonnya diberi peluang bertanding di Kuala Besut tetapi PAS kata ia adalah kerusi milik PAS dari dahulu lagi. Malah PAS pernah menang pada tahun 1969, 1974 dan 1999 maka sudah tentu PAS enggan beri laluan kepada PKR bertanding di situ. Perbalahan di antara PAS-PKR menguntungkan BN. Sebab itu Tan Sri Annuar Musa berkata Kuala Besut tetap kubu kuat BN. “Walaupun Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan, tetapi pengaruh PAS di Kelantan tidak menular ke Kuala Besut,” katanya. Terpulanglah kepada pengundi Kuala Besut untuk membuat penilaian siapa yang layak jadi wakil rakyat mereka. MatMerapu menjangkakan bahawa BN/UMNO akan mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut dengan majority sekitar 2,800 undi. BN/UMNO perlu menang bagi mengelak situasi DUN Tergantung akibat kedudukan 16-16. Situasi ini akan membawa ketidakstabilan situasi politik negeri Terengganu. Walaupun BN masih mengatasi satu undi di dalam DUN kerana undi Speaker namun jika pembangkang membawa usul 'Undi Tidak Percaya' terhadap Speaker, sudah tentu Speaker tidak boleh undi kerana usul itu terhadap dirinya. Atas nasihat PM, kuasa penentu terserah kepada Sultan Terengganu jua jika kedudukan kerusi DUN 16-16. Apakah akan berlaku "Kerajaan Perpaduan Melayu"??? MatMerapu ingin melihat keikhlasan kedua pihak dalam memartabatkan Melayu. Apakah mungkin Pilihan Raya Negeri akan berlaku??? Sama-samalah kita ikuti perkembangan PRK Kuala Besut - 24hb Jul ini bakal diketahui keputusannya!!!

Monday 15 July 2013

PRK Kuala Besut: PAS Tidak Yakin Dengan Calon Sendiri....!!!

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa PAS memang tidak yakin terhadap calon yang mereka sendiri tampilkan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut. Jika sebelum ini, calon tersebut dipaksa mengangkat sumpah dan berbai'ah sebelum dinobatkan menjadi calon. Kali ini, hendak bercakap pun tak boleh. Semuanya gara-gara ketelanjuran calon tersebut mengeluarkan kata-kata sewaktu ditemubual oleh pihak media sehingga menimbulkan isu. Dalam temubual tersebut, calon PAS mengakui bahawa dia terlalu sibuk dengan perniagaannya dan hanya akan mencari 'Orang Gaji' untuk buat kerja dia. Disebabkan kenyataan yang cukup hangat diperkatakan itu membuatkan PAS hilang kepercayaan terhadap calon mereka dan mencari orang lain sebagai jurucakap. PAS memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi PRK Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media. Pengurus Kempen PRK Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan. "Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya. Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media. "Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya. Menurutnya, apa berlaku yang telah berlaku adalah satu contoh kenyataan Azlan disalahtafsir oleh media. "Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya. Itu kata mereka. Yang kita hairan, kenapa pulak sampai tahap itu mereka nak kena ambik tindakan? Bukankah mereka kata semua itu hanya mainan media? Mereka juga yang kata, semua itu hanya telah diolah dan diubahsuai serta dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, kenapa kena ambil tindakan drastik macam ni? Lagi pun, bukankah Presiden mereka sendiri sudah kata yang video itu besi, tidak boleh jadi bukti. Yang PAS nak menggelupur tidak tentu arah ni apa pasal pulak!!! Nampak sangatlah yang PAS pun dah terjerat dalam perangkap mereka sendiri. Sendiri pasang, sendiri yang kena. Sebab itu pepatah Melayu ada sebut; 'Kerana Mulut, Badan Binasa'. Sekarang sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!

PRK Kuala Besut: Calon PAS Pernah Dipecat Dari UMNO.......!!!???

Calon PAS bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO, kata Datuk Seri Idris Jusoh. Idris ketika sidang media berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. "Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya. Beliau AJK Pemuda UMNO Cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata Ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita. Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menghormati calon berkenaan dan juga bulan Ramadhan. Jelas Idris lagi, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini merupakan legasi BN. "Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya. Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional dan juga orang muda. Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009. Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.

Sunday 7 July 2013

PRK Kuala Besut: BN/UMNO Mempunyai Kelebihan Besar.....!!!

Kuala Besut akan menjadi satu kerusi DUN yang sukar dimenangi PAS dalam PRK akan datang. UMNO dan seluruh jentera BN akan berada di Terengganu untuk memastikan BN/UMNO dapat mengekalkan kerusi Kuala Besut. MatMerapu difahamkan bahawa ahli PAS merasakan bahawa UMNO mempunyai peluang dan kelebihan besar dalam PRK Kuala Besut. Walaupun PAS atau Pakatan Pembangkang turut mempunyai peluang yang baik untuk menang. Namun, majoriti yang diperolehi UMNO di Kuala Besut semasa PRU13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS. Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Dr A.Rahman Mokhtar kerana masalah paru-paru pada 26 Jun lalu. Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan majoriti 2,434 undi berbanding calon PAS Napisah Ismail sempena PRU13 pada 5 Mei lalu. MatMerapu juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam PRK Kuala Besut. Adalah dijangka bahawa PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut. Jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga perlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam. PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Pakatan Pembangkang perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk PRK Kuala Besut. Pakatan sedang menanti masa untuk melihat bagaimana hendak menangani isu tersebut. Walau bagaimanapun, ramai pemerhati politik tidak akan terkejut jika PAS datang dengan satu pendirian yang berbeza daripada rakan-rakan Pakatan mengenai isu berkaitan. Apapun MatMerapu meramalkan bahawa BN/UMNO diyakini berjaya mengekalkan kemenangan kerusi DUN Kuala Besut dengan majoriti yang lebih besar pada 24 Jul nanti. Insya'Allah.

PRK Kuala Besut: PKR Letak Calon Wanita.....!!!???

PKR mahu meletakkan calonnya daripada sayap Wanita untuk bertanding dalam PRK Kuala Besut akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR Pusat, Haniza Mohd Talha. Beliau berkata, PKR mempunyai calon Wanita tempatan ‘boleh menang’ yang mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Pembangkang. “Wanita PKR sedia menawarkan diri bagi bertanding kerusi Kuala Besut sekiranya Pakatan melihat faktor itu mampu memberi kemenangan di Terengganu,” katanya kepada pemberita di Dewan Negeri Selangor. Ahli Dewan Undangan Negeri itu berkata, pihaknya telah berbincang dengan PKR Pusat dan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan kemudiannya akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang. “Belum cuba belum tahu. Kita nampak peluang ini tak boleh dilepaskan sebab itu kita tawarkan diri sekiranya calon Wanita tiada untuk kerusi DUN Kuala Besut,” katanya. Haniza berkata, Pakatan Pembangkang ketandusan calon Wanita apabila Ustazah Napisah Ismail adalah satu-satunya bekas calon Wanita Pakatan yang bertanding kerusi DUN Terengganu PRU13 lalu. Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail juga dilaporkan berkata PKR negeri mempunyai calon berpotensi untuk bertanding PRK Kuala Besut. Namun disanggah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berpendirian kerusi itu tetap milik parti yang telah bertanding pada PRU lalu jika berlakunya kekosongan. Sementara itu, Haniza membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu Pakatan Pembangkang memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Haniza, itu hanya merupakan pandangan peribadi LGE dan PKR tidak akan mengambil pendirian sama kerana mahu berusaha untuk menang dan tambah kerusi DUN Terengganu. Katanya, ini merupakan satu-satunya peluang jika mahu membuktikan kekuatan Pakatan Pembangkang di Terengganu dan PKR termasuk Wanita akan turun sebagai jentera untuk berkempen. “Banyak saluran sudah kita gunakan untuk menunjukkan protes proses PRU termasuk melalui petisyen, desakan perhimpunan dan perbahasan (dalam Dewan)........tak perlu boikot,” katanya. MatMerapu menjangka bahawa PRK Kuala Besut bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara BN/UMNO dan PAS serta calon Bebas tajaan PKR......!!!???

PRK Kuala Besut: Ustaz Lawan Ustaz.....!!!???

PRK Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon UMNO dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam. Calon yang paling popular di kalangan penyokong UMNO adalah Ustaz Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun. Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz. Dua nama itu ialah bekas ADUN Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Ustaz Azlan Yusof. Daripada 13 PRU dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999. "Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang. Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti 246 undi. Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh. Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker DUN Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi. "Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 ADUN BN dan 16 ADUN Pakatan," katanya. Pandangan beliau disokong Wan Azhar. "Kita mahu lihat apa akan berlaku jika ADUN PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya. Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak boleh mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar. Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana Speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan, Hari Penamaan Calon pada 12 Jul, Pengundian awal pada 20 Jul dan pengundian biasa pada 24 Jul 2013. PRK Kuala Besut bakal menyaksikan pertembungan Ustaz BN/UMNO dan Ustaz PAS.....!!!

Thursday 4 July 2013

PKR dan PAS Diperkudakan.....DAP Semakin Rasis!!!???

Kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan supaya Pasar Ramadhan ditutup bagi mengelakkan kesesakan jalanraya bukan sahaja mengejutkan malah dianggap amat tidak sensitif dan biadap terhadap umat Islam di negara ini. DAP hanya melihat setiap sesuatu isu itu daripada kacamata rasisme dan perkauman tebal. Keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menutup pasar malam di Jonker Street selama sebulan untuk mengkaji aliran trafik di kawasan tersebut juga tidak terlepas daripada pandangan perkauman yang sempit yang terpancar daripada minda yang juga sempit dan jumud. Setelah menang besar dengan mendapat 38 kerusi di dalam Parlimen, DAP sudah menunjukkan sikap yang terlalu bongkak, angkuh dan sombong. Walaupun cita-cita untuk merampas Putrajaya bersama PAS dan PKR tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya DAP telah berjaya melembukan kedua-dua sekutu politiknya itu untuk meraih kemenangan yang besar pada PRU13. Inilah yang tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang semuanya "gila kuasa". Sudah tentu paling rakus ialah Anwar Ibrahim yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatnya. Ini termasuk kerelaan beliau menjadi alat kepada DAP yang berjanji untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun jika dikira daripada kekuatan jumlah kerusi, PKR sememangnya tidak layak. Tetapi oleh kerana DAP memainkan strategi mengambil hati orang Melayu, maka Anwar yang tahu dirinya telah ditolak orang Melayu sendiri bergantung sepenuhnya kepada parti rasis itu. Oleh sebab itu Anwar takut untuk mengkritik DAP secara terang-terangan untuk menjaga kepentingan politiknya. PAS pula tidak mengangkat kepala apabila DAP menghina Islam dan Melayu kerana PAS juga bergantung kepada sokongan wang ringgit daripada DAP. Pendek kata DAP menggunakan kekuasaan wang ringgit dan kekayaan untuk membeli pemimpin-pemimpin PAS dan PKR supaya mereka akan membisu dan merelakan DAP mengutuk Islam dan Melayu sepuas hati mereka. Sehingga kini tidak ada kecaman atau kritikan daripada mana-mana pemimpin PAS atau PKR. Begitu juga dengan kenyataan seorang lagi pemimpin rasis DAP, Teresa Kok yang tidak bersetuju Islam dijadikan sebagai Agama Persekutuan ketika memberi keterangan di dalam mahkamah dalam perbicaraan samannya terhadap Utusan Melayu. Di mana pemimpin PAS yang berdegar-degar menjerit mengatakan UMNO kafir, rasuah dan sebagainya macam nak terkeluar anak tekak? Mengapa kini mereka membisu seribu bahasa apabila DAP membalun kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia? Apa sudah jadi dengan jatidiri Islam sehingga Husam Musa sanggup keluarkan fatwa sesat, 'mati syahid bagi penyokong pembangkang yang menentang kerajaan'? PAS dan PKR bukan sahaja sekadar menjadi keldai tunggangan tetapi telah menjadi lebih bodoh dan dungu daripada itu. Sokongan mereka kepada DAP pada PRU13 lalu telah membawa padah kepada orang Melayu. Merekalah yang memberi kekuatan politik kepada DAP untuk menyerang Islam dan Melayu. Merekalah sebenarnya pengkhianat sejati yang sanggup menggadaikan maruah dan kepentingan bangsa demi kuasa politik. DAP sekarang akan menggunakan kekuatan barunya di dalam Parlimen untuk menyerang hebat Islam dan Melayu kerana mereka yakin orang Melayu kini telah tunduk sepenuhnya kepada mereka. Wang dan ringgit serta janji kekayaan oleh DAP yang rasis telah membutakan hati dan mata pemimpin Melayu PAS dan PKR. Jika orang Melayu masih tidak sedar, satu hari mereka akan bangun daripada tidur dan mendapati bangsa mereka telah menjadi kelas ketiga di bumi sendiri.....!!!

PRK Kuala Besut: Calon Bebas Tajaan PKR

Pertelingkahan dalam menentukan calon dari parti mana yang layak untuk bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut semakin kritikal di pihak pembangkang. Selepas kematian penyandang Dr Abdul Rahman Mokhtar (BN) akibat kanser paru-paru pada 26 Jun 2013, PAS dan PKR bergolak serta tidak sependapat berikutan PKR muncul secara tiba-tiba mahu mengetengahkan calonnya. Keadaan itu ditolak sama sekali dari pihak PAS dengan tegas menyatakan wakil dari PAS harus dikekalkan sama seperti menghadapi PRU13 lalu. Keadaan terbaru pula berlaku sebaliknya apabila calon lain yang bertanding atas nama calon Bebas akan muncul sekiranya PAS tetap berdegil tidak mahu PKR mengetengahkan calon mereka. Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh dikhabarkan sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya PAS sebagai rakan dalam Pakatan Pembangkang (PP) tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya. Padeli juga menempelak sikap pimpinan PAS yang langsung tidak mempunyai sikap semangat setiakawan dan tidak bertolak-ansur dengan PKR dalam isu ini. Bagi Padeli, beliau mahukan PAS ‘membalas budi’ kepada PKR kerana PKR telah telah memberi laluan kepada PAS biarpun tiga kerusi DUN berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR pada PRU13 lalu. Nampaknya, PKR Terengganu sekarang sudah mengungkit perihal menabur budi dan membalas budi kepada parti PAS. Oleh kerana terlalu mahu mengejar kuasa, habis semua keikhlasan dalam menabur budi juga PKR sanggup ungkit terhadap kawan parti mereka sendiri. Selain dari PKR mahu meletakkan calon yang dikatakan mampu memberikan kemenangan kepada PP, terdapat juga hasrat dari Wanita PKR yang mahu menawarkan calon mereka di DUN Kuala Besut. Semakin celaru pihak pembangkang dalam menentukan isu siapakah yang lebih layak untuk dipertandingkan dalam PRK Kuala Besut. Kalau mengenai calon sahaja sudah kecoh satu dunia dan bergaduh sesama sendiri, bayangkanlah sekiranya mereka menang. Mungkin akan berperang pula sesama sendiri......!!!???

Monday 1 July 2013

PRK Kuala Besut: Inikah Calon BN Yang Bakal Menghalang PAS???

Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972. Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986. Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar . Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993. Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999. Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa. Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia. Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut. Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001. Dalam PRU 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090. Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi. (Sumber: Wikipedia). Tahun 2004 bertanding kali pertama di Parlimen Besut beliau menang dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tahun 2008 menang lagi....Tahun 2013 beliau tidak bertanding....!!! Adakah beliau calon yang sesuai untuk BN pertaruhkan di PRK Kuala Besut ? Pada pandangan MatMerapu, beliau mempunyai pakej yang cukup untuk membawa cabaran BN, termasuklah tidak pernah kalah. Namun mungkin faktor umur yang menjadi sedikit masalah. Usia beliau sama dengan usia UMNO. Apa pula pendapat pengikut dan pelawat blog ini.....???

PRK Kuala Besut: Bakal Calon PAS

Kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada PAS untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13. Pensyarah UKM, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, "PAS berpeluang menawan DUN Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti". Katanya, "PAS perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana DUN Kuala Besut kubu kuat UMNO dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa". Bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, sudah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus(UAI) sebagai calon PAS di kerusi itu. UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat PAS dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan. Malah beliau adalah Duta Pemuda PAS Terengganu pada PRU13 lalu. Walaubagaimanapun, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam PRU mahupun PRK. Dalam erti kata lain, mungkin beliau lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja dakwahnya. MatMerapu cuba menyelami opsyen pemilihan calon PAS yang bakal bertanding bagi PRK Kuala Besut nanti. Selain UAI, PAS berkemungkinan akan menyenaraikan Ustaz Nik Zawawi Salleh (calon PAS 1999), Ustaz Wan Azhar (YDP Kawasan Besut dan kalah di DUN Jertih pada PRU lalu), Ustazah Napisah Ismail (calon Kuala Besut PRU13), Ridhuan Mohd Noor (calon PAS Parlimen Besut), Ahmad Sabki Yusof (Penolong SU Agung PAS)dan Dr.Ahmad Samsury Mokhtar (SU Politik Presiden PAS). Namun yang paling popular di antara mereka ialah Ustaz Wan Azhar. Selain menjadi YDP Kawasan Besut, beliau kini adalah SU PAS Kawasan Jempol,N.Sembilan dan pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu serta Ketua Pemuda PAS Sabah. Justeru, jentera UMNO perlu segera membuat 'Personality Estimate' bagi meletakkan calon yang lebih berwibawa dan diterima pengundi Kuala Besut. Disebabkan oleh MatMerapu juga merupakan pengundi DUN Kuala Besut, faktor teramat penting ialah bakal calon UMNO atau PAS mestilah 'Anak Tempatan Kuala Besut'.......!!!

Pemilihan UMNO: Nama Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Lagi....!!!???

Ketika UMNO dikatakan mahu menjadikan partinya lebih demokratik dalam menentukan pucuk pimpinan parti, nama yang tidak asing lagi meniti di bibir pemerhati politik ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li. Beliau digambarkan sebagai individu yang begitu mendambakan kedudukan Dato' Sri Najib Tuan Razak dalam UMNO sejak sekian lama. Maka tidak hairanlah, mungkin kerana sejarah lampau itu, nama Ku Li kembali menjadi sebutan tatkala pemilihan UMNO semakin hampir (November 2013). Ku Li pernah bertanding jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987, di mana dalam pertandingan itu beliau kalah 40 undi kepada Tun Dr Mahathir sebagai Presiden penyandang. Akibat pertandingan itu, UMNO mengalami pengharaman dan tertubuhnya Parti Semangat 46 pimpinan Ku Li. Pada PRU tahun 1990, Ku Li dengan S46nya bergabung dengan PAS dan DAP serta PBS bagi menentang BN namun gabungan itu belum mampu menumbangkan kerajaan BN. Selepas itu, Ku Li menyertai semula UMNO dan semenjak itu, setiap kali ada pemilihan UMNO namanya sering muncul. Kemunculan namanya, bukan sahaja spekulasi tetapi kesediaannya bertanding jawatan Presiden, namun kerana sistem pemilihan pada masa itu, memerlukan kuota, maka keinginan beliau bertanding tidak pernah kesampaian. Pada pemilihan kali ini, mungkin hasrat Ku Li bertanding jawatan Presiden akan tercapai kerana sistem pemilihan telahpun berubah dengan pemansuhan sistem kuota. Pemilihan UMNO yang akan berlangsung tahun ini bakal menyaksikan beberapa perubahan yang memberi kebaikan kepada parti itu dan menjadikannya lebih demokratik dan terbuka. Beberapa pindaan besar telah dilakukan dalam Perlembagaan Umno pada 2009 sejak jawatan Presiden parti disandang Dato' Sri Najib Tun Razak. Pemilihan parti yang dahulunya tertakluk kepada sistem kuota telah dipinda, di mana ia membolehkan jawatan Presiden serta Timbalan Presiden parti dicabar oleh mana-mana ahli. Malah sistem kuota juga tidak lagi terpakai dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)UMNO. Kenyataan sama turut diperkukuhkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan Ku Nan. Menurutnya, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti. "Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat Presiden hinggalah ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi". "Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding,". "Parti UMNO sangat kuat sekarang, jadi tiada sebab kenapa pemilihan UMNO tidak diwujudkan pertandingan (jawatan tertinggi)," katanya. Apakah Ku Li akan memenuhi hasratnya yang sejak sekian lama terpendam? Kalaulah beliau bersedia bertanding, apakah hanya memenuhi hasratnya? Memenangi sesuatu pertandingan, sudah tentunya memerlukan sokongan yang kuat daripada akar umbi. Apakah Ku li mempunyai kekuatan itu? Pada pemilihan kali ini, sekurang-kurangnya 150,000 perwakilan akan mengundi bagi memilih jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan AMT. Jikapun Ku Li bersedia, pemerhati politik melihat,hanya meraikan pesta demokrasi dalam parti.

Punca Utama Wanita Melayu Tidak Mengundi PAS.......!!!???

Pengundi wanita Melayu adalah faktor utama kekalahan Pakatan Pembangkang(PP) terutama PAS di kawasan Parlimen dan DUN di mana peratusan pengundi Melayu melebihi 75%. Salah satu sebab atau punca utama adalah pengundi wanita bimbangkan momokan suami akan mudah berpoligami jika PAS berkuasa. Mungkin kalau PP khususnya PAS Berjaya, perlulah mengumumkan bahawa isteri atau bini tua dapat elaun khas sebulan RM700 kalau izinkan suami kawin lagi. Besar kemungkinan peratus undi wanita Melayu akan meningkat berpihak kepada PAS. Beranikah PP atau PAS berbuat demikian??........hahaha!!!