Thursday 4 July 2013

PRK Kuala Besut: Calon Bebas Tajaan PKR

Pertelingkahan dalam menentukan calon dari parti mana yang layak untuk bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut semakin kritikal di pihak pembangkang. Selepas kematian penyandang Dr Abdul Rahman Mokhtar (BN) akibat kanser paru-paru pada 26 Jun 2013, PAS dan PKR bergolak serta tidak sependapat berikutan PKR muncul secara tiba-tiba mahu mengetengahkan calonnya. Keadaan itu ditolak sama sekali dari pihak PAS dengan tegas menyatakan wakil dari PAS harus dikekalkan sama seperti menghadapi PRU13 lalu. Keadaan terbaru pula berlaku sebaliknya apabila calon lain yang bertanding atas nama calon Bebas akan muncul sekiranya PAS tetap berdegil tidak mahu PKR mengetengahkan calon mereka. Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh dikhabarkan sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya PAS sebagai rakan dalam Pakatan Pembangkang (PP) tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya. Padeli juga menempelak sikap pimpinan PAS yang langsung tidak mempunyai sikap semangat setiakawan dan tidak bertolak-ansur dengan PKR dalam isu ini. Bagi Padeli, beliau mahukan PAS ‘membalas budi’ kepada PKR kerana PKR telah telah memberi laluan kepada PAS biarpun tiga kerusi DUN berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR pada PRU13 lalu. Nampaknya, PKR Terengganu sekarang sudah mengungkit perihal menabur budi dan membalas budi kepada parti PAS. Oleh kerana terlalu mahu mengejar kuasa, habis semua keikhlasan dalam menabur budi juga PKR sanggup ungkit terhadap kawan parti mereka sendiri. Selain dari PKR mahu meletakkan calon yang dikatakan mampu memberikan kemenangan kepada PP, terdapat juga hasrat dari Wanita PKR yang mahu menawarkan calon mereka di DUN Kuala Besut. Semakin celaru pihak pembangkang dalam menentukan isu siapakah yang lebih layak untuk dipertandingkan dalam PRK Kuala Besut. Kalau mengenai calon sahaja sudah kecoh satu dunia dan bergaduh sesama sendiri, bayangkanlah sekiranya mereka menang. Mungkin akan berperang pula sesama sendiri......!!!???

No comments:

Post a Comment