Monday, 15 July 2013
PRK Kuala Besut: PAS Tidak Yakin Dengan Calon Sendiri....!!!
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa PAS memang tidak yakin terhadap calon yang mereka sendiri tampilkan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut. Jika sebelum ini, calon tersebut dipaksa mengangkat sumpah dan berbai'ah sebelum dinobatkan menjadi calon. Kali ini, hendak bercakap pun tak boleh. Semuanya gara-gara ketelanjuran calon tersebut mengeluarkan kata-kata sewaktu ditemubual oleh pihak media sehingga menimbulkan isu. Dalam temubual tersebut, calon PAS mengakui bahawa dia terlalu sibuk dengan perniagaannya dan hanya akan mencari 'Orang Gaji' untuk buat kerja dia. Disebabkan kenyataan yang cukup hangat diperkatakan itu membuatkan PAS hilang kepercayaan terhadap calon mereka dan mencari orang lain sebagai jurucakap. PAS memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi PRK Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media. Pengurus Kempen PRK Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan. "Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya. Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media. "Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya. Menurutnya, apa berlaku yang telah berlaku adalah satu contoh kenyataan Azlan disalahtafsir oleh media. "Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya. Itu kata mereka. Yang kita hairan, kenapa pulak sampai tahap itu mereka nak kena ambik tindakan? Bukankah mereka kata semua itu hanya mainan media? Mereka juga yang kata, semua itu hanya telah diolah dan diubahsuai serta dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, kenapa kena ambil tindakan drastik macam ni? Lagi pun, bukankah Presiden mereka sendiri sudah kata yang video itu besi, tidak boleh jadi bukti. Yang PAS nak menggelupur tidak tentu arah ni apa pasal pulak!!! Nampak sangatlah yang PAS pun dah terjerat dalam perangkap mereka sendiri. Sendiri pasang, sendiri yang kena. Sebab itu pepatah Melayu ada sebut; 'Kerana Mulut, Badan Binasa'. Sekarang sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment