Tuesday, 23 July 2013

PRK Kuala Besut: Pembangunan Janji Ditepati BN......!!!

Segala limpahan projek pembangunan di Besut yang diumumkan Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan di kawasan itu adalah bukan atas desakan pembangkang. Sebaliknya, projek pembangunan seperti pemecah ombak di muara Sungai Besut dan Empangan Nangka yang diumumkan baru-baru ini sudah dirancang begitu lama untuk keperluan rakyat. Segala perancangan kerajaan tidak ada kena mengena dengan pembangkang atau desakan pembangkang. Dari segi pelaksanaan projek-projek terbabit sudah semestinya akan mengambil masa. Lakaran projek bukan boleh siap dalam dua minggu dan kajian perlu disiapkan dalam masa bertahun-tahun. Bukan boleh buat pemecah ombak dalam masa seminggu sedangkan pelan dan kajian sudah lama seperti berapa panjang pemecah ombak. Pembangkang pula saja beranggapan bahawa buat pemecah ombak macam naik batas padi di sawah, buat sesuka hati dalam seminggu. Pembangkang tidak bijak merancang, mereka ingat semua senang jadi sebab itu kerajaan buat, pembangkang pun kata boleh buat. Peluang BN untuk mencapai kemenangan pada PRK Kuala Besut adalah besar dan cerah kerana pengundi setempat memahami bahawa kemenangan pembangkang tidak akan memberi makna. MatMerapu menyeru agar pengundi Kuala Besut memberi kemenangan kepada BN demi kestabilan kepada kerajaan negeri. Kekalkan kerajaan BN di Terengganu supaya projek pembangunan yang diumumkan dapat dilaksanakan. Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan pasar borong tani di Kuala Besut bagi membolehkan petani dan peladang mengumpulkan dan memasarkan hasil tani mereka kerana pasar borong sedia ada tidak membabitkan petani dan produk bukan daripada hasil orang kampung dan petani kecil. Setakat artikel ini dipaparkan (07.40am-24 Jul 2013), hanya tinggal 20 minit lagi untuk semua pusat pembuangan undi dibuka bagi pemilih berdaftar Kuala Besut membuat pilihan bijak mereka dan semestinya calon BN demi kemakmuran Terengganu dan kesejahteraan rakyatnya terutama penduduk Kuala Besut. Selamat Mengundi......!!!

No comments:

Post a Comment