Monday 22 July 2013

PRK Kuala Besut: Pengundi Diseru Buat Pilihan Bijak......!!!

Senario politik di Terengganu sekarang bakal ditentukan dalam PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini. Kewarasan rakyat Kuala Besut amat diperlukan pada ketika dan saat ini. Merekalah yang bakal menentukan sama ada Dewan Undangan Negeri Terengganu akan melakar sejarah 16:16 atau sebaliknya. Rakyat harus tahu bahawa kuasa yang sama banyak bakal mengundang tragedi kerana ianya bakal menghalang pelaksanaan sebarang rancangan yang mampu memanfaatkan rakyat. Kemenangan BN pula bakal memberi kelebihan suara bagi membangunkan Kuala Besut. Kerajaan BN telah mengistiharkan bahawa mereka akan memperuntukkan RM4.4 juta di kawasan DUN Kuala Besut. Sebanyak 28 projek menaiktaraf jalan , membina dan membaikpulih gelanggang permainan , balai raya, parit bagi menangani banjir dan pembinaan rumah. Kerajaan BN sememangnya sentiasa mengotakan janji yang mereka berikan. Setakat ini, Kampung Lampu , Kampung Gong, Kampung Paya, Kampung Gong Tengah, Kampung Tok Saboh dan Gong Manok telah ditunaikan janji. Manakala dua unit rumah di bawah program bantuan perumahan sedang dilaksanakan di Kampung Pulau Salim dan Kampung Pengkalan Sentol. Salain dari itu juga BN bercadang membaikpulih Bangunan Medan Info Desa di Kampung Seberang Kastam dan Kampung Teluk Bayu. Akujanji yang telah dibuat oleh BN telah mula dilaksanakan secara berperingkat. Perkara yang paling penting iaitu menegakkan Undang-undang dan Perlembagaan telah dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Akan rugilah rakyat Kuala Besut sekiranya semua pembangunan yang telah dijanjikan oleh BN itu tidak dapat disempurnakan akibat dari keputusan sama rata di Terengganu yang memberi kesan projek yang tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, usaha untuk menegakkan undang-undang dan perlembagaan juga tidak dapat diteruskan akibat salah perhitungan rakyat yang bakal memberikan kesan yang amat buruk terhadap mereka. Justeru, pengundi Kuala Besut harus mengundi BN demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair kita. Selamat Mengundi....!!!

No comments:

Post a Comment