Monday 1 July 2013

PRK Kuala Besut: Bakal Calon PAS

Kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada PAS untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13. Pensyarah UKM, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, "PAS berpeluang menawan DUN Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti". Katanya, "PAS perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana DUN Kuala Besut kubu kuat UMNO dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa". Bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, sudah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus(UAI) sebagai calon PAS di kerusi itu. UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat PAS dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan. Malah beliau adalah Duta Pemuda PAS Terengganu pada PRU13 lalu. Walaubagaimanapun, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam PRU mahupun PRK. Dalam erti kata lain, mungkin beliau lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja dakwahnya. MatMerapu cuba menyelami opsyen pemilihan calon PAS yang bakal bertanding bagi PRK Kuala Besut nanti. Selain UAI, PAS berkemungkinan akan menyenaraikan Ustaz Nik Zawawi Salleh (calon PAS 1999), Ustaz Wan Azhar (YDP Kawasan Besut dan kalah di DUN Jertih pada PRU lalu), Ustazah Napisah Ismail (calon Kuala Besut PRU13), Ridhuan Mohd Noor (calon PAS Parlimen Besut), Ahmad Sabki Yusof (Penolong SU Agung PAS)dan Dr.Ahmad Samsury Mokhtar (SU Politik Presiden PAS). Namun yang paling popular di antara mereka ialah Ustaz Wan Azhar. Selain menjadi YDP Kawasan Besut, beliau kini adalah SU PAS Kawasan Jempol,N.Sembilan dan pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu serta Ketua Pemuda PAS Sabah. Justeru, jentera UMNO perlu segera membuat 'Personality Estimate' bagi meletakkan calon yang lebih berwibawa dan diterima pengundi Kuala Besut. Disebabkan oleh MatMerapu juga merupakan pengundi DUN Kuala Besut, faktor teramat penting ialah bakal calon UMNO atau PAS mestilah 'Anak Tempatan Kuala Besut'.......!!!

No comments:

Post a Comment