Monday 22 July 2013

Kejatuhan PAS Bermula Di Kuala Besut.....!!!

Sebenarnya amat jarang untuk kita melihat pengundi setempat memberi sambutan dingin terhadap ceramah PAS dan apa jua program politik PAS terutama ceramah yang dihadiri pemimpin besar PAS, tetapi di Kuala Besut kedinginan sambutan pengundi tempatan agak terasa sekali. Setakat ini dalam beberapa ceramah anjuran PAS hanya program yang dihadiri Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikira ‘berjaya’ dengan merekodkan kehadiran sekitar 800 – 1,000 orang termasuk sebahagian besarnya adalah petugas dan penyokong PAS dari Kelantan. Jika tidak kerana kehadiran penyokong PAS dari luar, harus nasibnya sama seperti Presiden PAS, Hj Hadi Awang yang hanya mengumpul 200 orang pendengar sahaja atau setaraf Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berceramah di hadapan kurang 100 orang termasuk lebih sepuluh orang daripadanya tidur nyenyak di bawah khemah. Perihal penyokong PAS tidur ketika ceramah ini bukannya satu fiksyen tapi memang betul-betul berlaku dan memang amat memalukan PAS terhadap ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man yang gaya berceramahnya kian hari semakin membosankan. Ceramah PAS di Kuala Besut turut menyaksikan kehadiran yang paling sedikit di mana cuma 20 dan 50 orang pengunjung sahaja termasuk pihak media dan jentera PAS dari luar. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sepatutnya turut berceramah di UPU PAS Kampung Baru juga langsung tidak hadir kerana terpaksa menghadiri program di tempat lain. Ramai penyokong PAS tempatan yang mengakui kedinginan sambutan masyarakat setempat terhadap kempen PAS untuk PRK ini ada kaitan dengan kurangnya kesungguhan di kalangan pemimpin PAS Terengganu untuk menang. Mereka juga melihat perlantikan pemimpin PAS Kelantan iaitu Husam Musa sebagai Pengarah pilihanraya sebagai punca utama yang menyebabkan wujudnya senario serba dingin ini yang dikira satu protes senyap sebagai bantahan terhadap percubaan PAS Kelantan ‘mengKelatekan’ Kuala Besut. Tindakan jentera PAS Kelantan yang diketuai Husam mengedarkan poster MB Kelantan, Mat Yakob juga memainkan peranan besar ke arah mengasingkan penyokong PAS tempatan dari menjayakan kempen parti itu. Tidak syak lagi dengan baki kempen yang cuma tinggal kurang daripada 36 jam, jika PAS gagal memperbetulkan haluan strategiknya secepat mungkin barangkali tidak salah dikatakan PRK DUN Kuala Besut bakal menjadi titik awal kejatuhan PAS kelak.

No comments:

Post a Comment