Sunday 7 July 2013

PRK Kuala Besut: PKR Letak Calon Wanita.....!!!???

PKR mahu meletakkan calonnya daripada sayap Wanita untuk bertanding dalam PRK Kuala Besut akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR Pusat, Haniza Mohd Talha. Beliau berkata, PKR mempunyai calon Wanita tempatan ‘boleh menang’ yang mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Pembangkang. “Wanita PKR sedia menawarkan diri bagi bertanding kerusi Kuala Besut sekiranya Pakatan melihat faktor itu mampu memberi kemenangan di Terengganu,” katanya kepada pemberita di Dewan Negeri Selangor. Ahli Dewan Undangan Negeri itu berkata, pihaknya telah berbincang dengan PKR Pusat dan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan kemudiannya akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang. “Belum cuba belum tahu. Kita nampak peluang ini tak boleh dilepaskan sebab itu kita tawarkan diri sekiranya calon Wanita tiada untuk kerusi DUN Kuala Besut,” katanya. Haniza berkata, Pakatan Pembangkang ketandusan calon Wanita apabila Ustazah Napisah Ismail adalah satu-satunya bekas calon Wanita Pakatan yang bertanding kerusi DUN Terengganu PRU13 lalu. Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail juga dilaporkan berkata PKR negeri mempunyai calon berpotensi untuk bertanding PRK Kuala Besut. Namun disanggah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berpendirian kerusi itu tetap milik parti yang telah bertanding pada PRU lalu jika berlakunya kekosongan. Sementara itu, Haniza membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu Pakatan Pembangkang memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Haniza, itu hanya merupakan pandangan peribadi LGE dan PKR tidak akan mengambil pendirian sama kerana mahu berusaha untuk menang dan tambah kerusi DUN Terengganu. Katanya, ini merupakan satu-satunya peluang jika mahu membuktikan kekuatan Pakatan Pembangkang di Terengganu dan PKR termasuk Wanita akan turun sebagai jentera untuk berkempen. “Banyak saluran sudah kita gunakan untuk menunjukkan protes proses PRU termasuk melalui petisyen, desakan perhimpunan dan perbahasan (dalam Dewan)........tak perlu boikot,” katanya. MatMerapu menjangka bahawa PRK Kuala Besut bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara BN/UMNO dan PAS serta calon Bebas tajaan PKR......!!!???

No comments:

Post a Comment