Tuesday 23 July 2013

PRK Kuala Besut: Lapan Pusat Mengundi Dibuka........!!!

Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Kuala Besut hari ini menjadi tumpuan. Perhatian terarah kepada signifikan PRK ini. Bukan hanya kerana ia yang pertama dalam tempoh dua setengah bulan selepas PRU13 diadakan pada 5 Mei, namun jika keputusannya tidak berpihak kepada penyandang BN, akan menyaksikan jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang dalam DUN. PRK Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 dan calon PAS, Azlan Yusof, 48. BN hanya mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding pembangkang iaitu memegang 16 kerusi daripada 32 kerusi DUN. Manakala 15 disandang Pakatan Pembangkang di mana PAS 14, dan PKR satu. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013. Setelah 12 hari berkempen, akhirnya keputusan terletak pada tangan 17,683 pengundi berdaftar di kuala Besut apabila mereka keluar mengundi pada hari ini (24 Julai 2013). Kempen yang disifatkan sebagai antara paling tenang telah menyaksikan kedua calon bertanding secara berhemah menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan pengundi sepanjang kempen pilihan raya.

No comments:

Post a Comment