Tuesday 16 December 2014

Kes Sodomi II Anwar Ibrahim.....!!!

Lebih sebulan, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman rayuan Sodomi II Anwar Ibrahim terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 8 Mac lalu. Rakyat tertunggu-tunggu berkaitan dengan hukuman itu. Kini, mereka yang menjadi penyokong Anwar mengwar-warkan bahawa Anwar bakal dibebaskan, atas sebab Peguam Utama Ketua Pembangkang itu Datuk Seri Gopal Sri Ram, dapat mematahkan hujah pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.Bilakah keputusannya.....???

Sunday 19 October 2014

Faekah Hussin Dedahkan Elaun Anwar.......!!!

Di sebalik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 itu cumalah 'lakonan Pakatan Rakyat' untuk memuaskan hati Ketua Umum PKR itu yang gagal mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, sepanjang Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya menjalani kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri yang tidak jadi. Berstatus Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan. Dengan menggunakan 'remote control' ke atas Azmin Ali Seperti yang sudah dijangka, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar Ibrahim mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor. Dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup! Faekah terpaksa mendedahkan secara berperingkat bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan pengaruhnya ke atas Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat disebabkan Azmin Ali budak suruhan Anwar itu secara berterusan menyerang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kita tunggu pendedahan demi pendedahan ke atas Anwar Ibrahim oleh Faekah Hussin dalam masa terdekat ini.

Thursday 16 October 2014

Individu Rekrut Rakyat Tempatan Sertai Kumpulan Militan Dikenalpasti.......!!!

Polis telah mengenalpasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata selain individu terbabit, polis juga mengenalpasti beberapa rakyat tempatan yang menjadi pengikut kumpulan berkenaan. Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti serta maklumat lanjut mengenai perkara itu dan tindakan sewajarnya akan diambil apabila tiba waktunya. "Kami tahu dan kami kenal mereka...Jadi tunggulah, jika mereka degil juga kami akan datang ambil tindakan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pasukan Polis Bantuan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Katanya berdasarkan siasatan, mereka yang terpengaruh menyertai kumpulan militan dan kononnya untuk berjihad di Syria adalah disebabkan sogokan dengan gambaran bahawa itu satu-satunya cara untuk berjihad demi agama, bangsa dan negara. "Golongan muda ini kebanyakan mereka terikut-ikut memandangkan mereka lebih bersemangat.....adakalanya bukan kerana ditawarkan dengan duit tetapi kerana mereka tidak pernah keluar negara dan rasa seronok bila ada orang taja untuk ke luar negara sedangkan tujuannya untuk menyertai kumpulan militan seperti Islamic State (IS) ini," katanya. Khalid berkata kumpulan yang bertanggungjawab merekrut warga tempatan ini bergerak dalam satu rangkaian. "Cara mereka rekrut masuk anggota banyak cara.....sama ada melalui negara ketiga atau keempat sebelum sampai ke sana. Mereka ada rangkaian rakan-rakan yang berada di Turki dan beberapa buah negara lain dan mereka ini bertindak menguruskan dan melancarkan pergerakan anggota yang telah direkrut untuk masuk ke Syria," katanya. "Kami memantau perkara ini secara rapat dan akan ambil tindakan menangkap sebelum mereka meninggalkan negara," katanya. Polis turut mendedahkan sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS. Katanya dengan tangkapan terbaru itu, setakat ini sebanyak 37 orang telah ditahan, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.

Malaysia Menang Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB......!!!

Malaysia memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dengan memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi. Pengundian berlangsung di dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengisi lima kekosongan bagi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman turut berada dalam dewan berkenaan untuk mengundi. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 130 undi untuk membolehkannya menduduki kerusi itu. Sebanyak 193 wakil negara anggota PBB layak mengundi untuk memilih lima anggota baharu Majlis Keselamatan. Anggota baharu akan menduduki kerusi berkenaan pada 1 Jan 2015 dan akan berkhidmat dalam UNSC sehingga 31 Dis 2016. Kelima-lima kerusi bagi pemilihan pada 2014 yang diagih di peringkat serantau ialah satu bagi Kumpulan Afrika (kini disandang Rwanda), satu bagi Kumpulan Asia-Pasifik (Republik Korea), satu bagi Kumpulan Negara-Negara Amerika Latin dan Caribbean (Argentina) serta dua bagi Eropah Barat dan Kumpulan Lain (Australia dan Luxembourg). Lithuania akan mengekalkan kerusi untuk setahun lagi bagi Kumpulan Eropah Timur. Pemenang lain bagi kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan ialah Angola ( bagi Kumpulan Afrika), Venezuela (Amerika Latin dan Caribbean) dan New Zealand (Eropah Barat dan Kumpulan Lain) manakala Sepanyol dan Turki terlibat dalam pusingan pengundian ketiga bagi mengisi satu lagi kekosongan. Lima anggota Tetap Majlis Keselamatan yang mempunyai kuasa veto ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Selain Lithuania, anggota tidak tetap yang akan kekal dalam Majlis Keselamatan sehingga akhir tahun 2015 ialah Chad, Chile, Jordan dan Nigeria. Di bawah Piagam PBB, Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Setiap anggota Majlis Keselamatan mempunyai satu undi dan di bawah Piagam PBB, semua negara anggota wajib mematuhi keputusan UNSC. Majlis Keselamatan mendahului dalam menentukan kewujudan ancaman terhadap keamanan atau tindakan pencerobohan. Ia menggesa pihak yang terlibat dalam pertikaian untuk menyelesaikannya secara aman dan mencadangkan kaedah pelarasan atau syarat penyelesaian. Dalam sesetengah kes, Majlis Keselamatan boleh bertindak mengenakan sekatan atau membenarkan penggunaan kekerasan untuk memelihara atau mengembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Majlis Keselamatan juga mencadangkan kepada Perhimpunan Agung mengenai pelantikan Setiausaha Agung dan kemasukan anggota baharu dalam PBB, dan bersama dengan Perhimpunan Agung, ia memilih hakim untuk menganggotai Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali iaitu pada 1965, 1989 hingga 1990 dan bagi tempoh 1999 hingga 2000.

Tuesday 14 October 2014

UMNO Pecat Tiga Ahli.......!!!

Selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiga ahli dari Maran dipecat kerana mensabotaj parti. Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO memecat tiga ahli parti dari Maran, Pahang, berkuat kuasa serta merta atas dua kesalahan termasuk mensabotaj parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak. Najib berkata Mohd Zamri Mohd Sham dari Kampong Sekara dipecat kerana berceramah di pentas PKR semasa majlis penubuhan cabang PKR Maran, dan memburukkan UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan bahagian parti. Mohd Khairi Dahalan dari Taman Sri Keramat dan Ahmad Shukor Awang dari Kampong Senggora pula dipecat kerana memiliki dua keahlian parti, dan mengaku menjadi anggota PKR cabang Maran. "Kita sekarang ini tegas, jika ada dua keahlian (parti politik) kita akan pecat terus apabila mempunyai bukti," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur. Pada sidang media sama, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa MT UMNO mahu penekanan khusus diberikan terhadap usaha pembangunan di luar bandar seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. Dalam pembentangan Bajet 2015, kerajaan antara lain memperuntukkan RM4.5 bilion untuk menyedia dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak. Najib berkata anggota majlis juga menekankan tentang pentingnya pelaksanaan dan pengagihan peruntukan Bajet 2015, supaya ia dapat berjalan dengan sempurna dan lancar. "Secara umumnya, anggota MT sangat berpuas hati dengan Bajet 2015," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata semua anggota MT juga mengambil maklum bahawa Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dizahirkan secara terbuka sebagai agenda nasional semasa pembentangan bajet itu. Dalam Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat", RM223.4 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dalam perkembangan lain, Najib berkata anggota MT mengambil maklum kejayaan pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 25 September lalu dan akan menjadikannya sebagai contoh bagi meneruskan kecemerlangan BN pada mana-mana PRK. Najib juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai jentera BN pada PRK tersebut dengan sokongan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed. PRK Pangkalan Kubor dimenangi calon BN Mat Razi Mat Ail yang menewaskan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,635 undi.

Sunday 12 October 2014

Paderi Peluk Islam Selepas Ditunjukkan Keindahan Syurga......!!!

Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam setelah terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga. Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan. Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. "Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca Al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press. Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam. "Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya. Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

Pembentangan Bajet 2015: Anwar Tidur Nyenyak........!!!???

Nampaknya ketua pembangkang lebih berminat untuk tidur daripada mendengar pembentangan Bajet 2015. Ini nampaknya pertama kali terjadi di mana-mana negara di dunia apabila Ketua Pembangkang tidur dalam pembentangan bajet negara. Umum ketahui bahawa Ketua Pembangkang merupakan "shadow Prime Minister" dari pihak pembangkang di mana shadow Prime Minister ini sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri di dalam dewan Parlimen. Namun alangkah ruginya bagi rakyat Malaysia apabila Ketua Pembangkang tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk berdebat dengan Perdana Menteri. Anwar sepatutnya menggunakan peluang yang ada ini demi merungkai kelemahan dalam Bajet 2015, jika ada. Anwar tidak perlu hendak cabar Perdana Menteri untuk berdebat di luar Parlimen apabila di dalam Parlimen pun beliau ambil tidak endah dalam pembentangan bajet yang dibuat. Lebih elok PR mencari Ketua Pembangkang yang baru, yang bertenaga daripada Anwar yang nampaknya semakin hari semakin longlai dan lemah. Adakah kerana beliau kini sedang menghitung hari...!!???

Tuesday 30 September 2014

PDRM Dedah Gambar Suspek Godam ATM......!!!

PDRM hari ini mendedahkan gambar-gambar suspek dalam siri insiden kehilangan wang dari beberapa buah mesin ATM di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, pihaknya telah memulakan siasatan dan melancarkan operasi khas, ‘Ops Albatross’ untuk mengesan dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. “Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan ‘common key’, kemudiannya, satu cakera padat (CD) dimasukkan ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik Malware yang dikenali sebagai ‘ulssm.exe’. “Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan sejenayah. “Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun puntung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam kenyataan sama, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan. “PDRM komited untuk membanteras jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan. “Sehubungan itu, PDRM turut memohon kerjasama anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis. “Sila hubungi Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din di talian 019-6000135 atau 03-26163839 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah ini,” katanya. Semalam, polis melaporkan satu sindiket dipercayai dari Amerika Latin melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta, setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.

PAS Kelantan Yakin Kekal PRU14........!!!???

Mungkinkah PRU14 akan mengubah kerajaan PAS Kelantan yang sebelum ini menjadi kepercayaan utama rakyat Kelantan? Itulah persoalan yang timbul selepas PRK Pengkalan Kubor berakhir 25 Sep 2014 menyaksikan kejutan apabila BN menang besar dengan pertambahan majoriti hampir 1,000 undi berbanding PRU13 yang lalu. Lantaran itu juga, banyak reaksi penganalisis mahupun pemimpin PR sendiri yang menyatakan kebimbangan PAS bakal kehilangan Kelantan pada PRU14 nanti jika trend pengundian di Pengkalan Kubor berterusan pada PRK14 nanti. Mengulas perkara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PRK Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada kepercayaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan PAS. Malah, katanya, ia langsung tidak mematahkan semangat kepimpinan yang ada untuk memastikan PRU14 nanti tercipta kejayaan baru bagi PAS di DUN itu. “Ini hanya PRK sahaja, tambahan pula Pengkalan Kubor adalah kawasan BN, saya lihat masih ada lagi kekurangan di DUN tersebut, dengan kebajikan rakyat dan pembangunan yang masih belum dibangunkan, maka kami akan bekerja keras lagi selepas ini, tiada unsur kelemahan PAS di sini, kami sentiasa optimis untuk berjaya,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberi amaran PAS Kelantan akan jatuh ke tangan BN jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap parti itu dan PR turut berlaku di kawasan lain. Terdahulu sebelum ini, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat juga didakwa membayangkan perkara yang sama selain turut menyatakan sokongan terhadap PAS Kelantan menurun sehingga ke 50 peratus, sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh jawatankuasa pusat parti itu. Malah, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kemenangan BN di Pengkalan Kubor akan dijadikan contoh untuk parti itu menawan Kelantan dalam PRK14 nanti. Dalam pada itu. Takiyuddin yang juga Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor berkata, walaupun PAS kalah, pihaknya akan merancang dan memastikan pemerintahan PAS Kelantan dikekalkan. “Kita tidak ada masalah dengan pandangan-pandangan mana-mana pihak, kita mempunyai persiapan sendiri, perancangan yang kukuh dan usaha yang telah diaturkan, bagi saya, kenyataan (Lim Kit Siang) hanya pandangan peribadi". “Apa yang penting, saya tegaskan sekali lagi, PAS tidak sesekali lemah dengan kekalahan tersebut, kita sedikit pun tidak tergugat dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan, walaupun saya mengakui pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada PRU14 nanti, tapi kami tidak akan mengalah, kami sentiasa bersiap sedia dan berusaha untuk buat yang terbaik,” katanya.

Sunday 21 September 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Wanita Cuba Menyamar Sebagai Petugas SPR......!!!

Seorang wanita tidak dikenali berusia 50-an dikesan cuba menyamar sebagai petugas SPR ketika proses pengundian awal masih lagi berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. Wanita berasal dari Klang, Selangor itu dipercayai memasuki pusat pengundian awal itu menggunakan pas SPR yang dikeluarkan pada tahun 2012. Pada awalnya, wanita berkenaan juga mengakui dia dihantar untuk bertugas sebagai petugas pilihan raya oleh Ibu Pejabat SPR, namun selepas soal selidik dan pemeriksaan dilakukan, wanita itu gagal menunjukkan sebarang bukti. Sejurus selepas itu, pegawai SPR mengarahkan wanita berkenaan keluar daripada pusat pengundian awal itu kira-kira jam 12.05 tengahari. Terdahulu, petugas SPR juga berkata, wanita itu berada di kawasan pengundian awal itu sejak jam 11.30 pagi, turut meminta dua helai baju T daripada pegawai SPR.

#PRK Pengkalan Kubor: Pengundian Awal 21 Sep 2014.......!!!

Sehingga 10 pagi kira-kira 81 peratus pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis telah keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah ia satu perkembangan yang baik kerana walaupun baru dua jam pusat pengundian awal dibuka iaitu dari 8 pagi namun tinggal lagi kurang daripada 20 peratus yang masih belum mengundi.“Mungkin sebahagian mereka ada tugas dan namun kita berharap mereka akan datang mengundi". Walau bagaimanapun kita rasa Alhamdulillah kerana 81% dah pun mengundi. Ini menampakkan satu prestasi yang cukup baik di dalam pemilihan ini pada hari ini,” katanya di pusat pengundian awal di Dewan Delima Ibu Pejabat polis Daerah Tumpat, pada Ahad, 21 Sep 2014.Tambahnya jika kesemua 109 telah keluar mengundi sebelum 3 petang nanti, SPR tetap perlu mematuhi peraturan yang diperuntukkan untuk tutup pusat pengundian pada jam 3 petang. “Ini kerana dalam waktu berkenaan macam-macam yang boleh dibuat oleh petugas SPR dalam menjalankan kerja-kerja mereka,” katanya lagi. Sementara itu menurut Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sehingga hari ini SPR telah menerima 3 kes di mana kedua-dua parti ada melanggar etika berkempen iaitu dari segi poster, bendera diletakkan di lampu isyarat dan poster serta bendera yang ditampal oleh parti tidak bertanding. “Namun hasil rundingan dengan kedua-dua pihak mereka bersetuju untuk menurunkan bendera dan poster-poster yang tidak berkenaan. Tiada tindakan diambil kepada mana-mana pihak,” katanya. Beliau juga memaklumkan setakat hari ini semua kempen terkawal dan berjalan lancar dan tiada kekasaran yang berlaku. Justeru, beliau menyeru agar semua parti yang bertanding untuk terus kekal berkempen secara berhemah dan dalam suasana yang aman bagi tempoh tiga hari lagi sebelum hari pengundian iaitu 25 September ini. Berhubung poster besar membabitkan royalti minyak yang dinaikkan oleh parti PAS, jelasnya SPR masih mengkaji dan jika mendapati melanggar etika berkempen ia juga akan diambil tindakan dalam masa terdekat. “Kempen yang memburuk dan menghentam peribadi calon yang bertanding, SPR akan menyiasat perkara terbabit mengikut Akta kesalahan pilihan raya,” katanya. Setelah pusat undi awal ditutup pada jam 3pm, Matmerapu dimaklumkan bahawa seramai 105 daripada 109 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Friday 19 September 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Kilang Papan Haram Milik Calon PAS......!!!???

Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pak Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS. Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007. Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan. Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pak Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi! Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim? Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan. Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut? Calon PAS PRK Pengkalan Kubor membisu seribu bahasa mengenai perkara ini. Pengundi Pengkalan Kubor menuntut penjelasan sebenar dari Wan Rosdi.

Himpunan 30 Fatwa Meragukan Daripada Nik Aziz.......!!!

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999. 2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001. 3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999. 4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. 5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999. 6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999. 7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. 8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999. 9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994. 10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992. 11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999. 12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994. 13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995. 14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999. 15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999. 16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999. 17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001. 19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004. 20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001. 21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994. 22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995. 23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu. 24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal. 25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999. 26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009. 27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999 28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002. 29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. 30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

#PRK Pengkalan Kubor: Siapa Bakal Terkubur.......!!!???

Satu hakikat yang tidak mampu disangkal tiga calon yang bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor yang tempoh rasmi berkempen yang bermula pada 13 Sep lalu adalah kualiti bekas wakil rakyatnya. Tidak kiralah calon itu mewakili BN, PAS atau Pen (lambang dipilih oleh calon Bebas), mahu atau tidak, ketiga-tiga calon bertanding ini perlu akur terhadap realiti bahawa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar bukanlah calang-calang pemimpin. Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, jasa wakil rakyat tiga penggal di Pengkalan Kubor ini tidak ‘terkubur’ bersama jasadnya. Menjelang pemilihan 25 Sep ini, poster-poster calon bertanding semakin hebat telah dinaikkan di kesemua 12 daerah mengundi yang dipisahkan oleh Sungai Golok dengan Thailand. Di sebalik kesibukan menghadapi PRK, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Datuk Di’ tetap menjadi sebutan. Kemesraannya jadi kenangan dan jasanya abadi sebagai sanjungan. Sedikit tinjauan tentang Pengkalan Kubor, orang PAS atau orang BN di sini boleh dikatakan tidak berbalah sesama sendiri, sebaliknya mereka saling menghormati. Kalau ada pun mungkin beberapa kerat sahaja. Barangkali, mereka telah terikut-ikut teladan yang ditunjukkan bekas wakil rakyat tiga penggal mereka yang sering menghulurkan bantuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik. Menurut cerita penduduk, Allahyarham yang faham dan fasih berbahasa Thai ini tidak hanya muncul di ‘majlis suka-ria’ atau kenduri-kendara sahaja. Tiba musim banjir, beliau tiba dulu sebelum ketibaan bantuan rasmi. Andaikata ada penduduk yang sakit, beliau beli ubat dan tidak lupa menziarah. Satu perkara lagi yang sering diberitahu penduduk; Allahyarham lebih suka jika penduduk memanggilnya ‘abe’(abang). Cerminan kepimpinan Noor Zahid terdahulu, maka tidak hairanlah kawasan Pengkalan Kubor dilihat cukup tenang dan meriah dengan hubungan komuniti yang cukup erat. Percaya atau tidak, ada penduduk yang memberikan Gred A+ terhadap tugas dan khidmat bakti Allahyarham. Tiga calon bertanding, Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) bagaimanapun tidak perlu terlalu gusar dengan ‘sejarah’ manis yang telah ditinggalkan Allahyarham kepada penduduk di Pengkalan Kubor. Namun, tidak dinafikan, tidak mudah untuk mereka menyambung tugas seorang pemimpin yang disenangi dan disayangi rakyat. Tetapi, sekurang-kurangnya tiga calon anak kelahiran Kelantan ini tidak perlu ‘pening kepala’ memikirkan isu-isu berat atau mencongak apa sebenarnya yang dimahukan oleh 24,039 pengundi di Pengkalan Kubor. Dengan menoleh ke belakang, merenung sejenak faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Datuk Di dahulu, ketiga-tiga calon ini sebenarnya sudah boleh ‘nampak’ rahsia untuk mereka memenangi hati rakyat, seterusnya menang di hari mengundi kelak. Mereka sebenarnya sudah punya petunjuk jelas dan menemui dua rahsia untuk menang! Penduduk faham setiap pemimpin membawa identiti dan pendekatan kepimpinan dengan cara tersendiri. Sebab itulah mereka tidak minta pemimpin seterusnya menjadi ‘Datuk Di ke-2′. Mereka tahu itu mustahil! Apa yang penduduk harapkan adalah – melihat tampilnya seorang YB (Yang Berhormat) yang sebaik mungkin atau setaraf, atau yang lebih baik daripada wakil rakyat mereka terdahulu. “Apa yang perlu diusahakan calon-calon sekarang ialah mengatur strategi terbaik, turun padang dan mendekati rakyat dan paling penting jangan sesekali melakukan sesuatu yang dilihat ‘jengkel’ di mata pengundi,” kata seorang ‘pak cik’ tua di sebuah kedai kopi. Persoalannya, siapakah bakal terkubur? Yang pasti terkubur semestinya calon Bebas yang langsung tidak ada peluang menang dan beliau hanya menyemarakkan demokrasi. Saingan sengit wujud antara calon BN dan PAS malah peluang kemenangan agak seimbang namun akhirnya Matmerapu jangka bahawa BN akan menang dengan majority lebih kecil, insya'allah.

Thursday 11 September 2014

#Pengkalan Kubor By-Election: PAS Now Makes The 'Kubor Move'.......!!!

There's a new catchline on the political scene, an extension of the failed Kajang Move that led to the equally disastrous plot by the PKR to change the Selangor Mentri Besar. It is the Kubor Move, arising from PKR’s surrender of the Pengkalan Kubor state seat in Kelantan to PAS. Some observers see it as a magnanimous gesture by PKR President Dr Wan Azizah Wan Ismail, the centre of the ongoing controversy in Selangor that had caused fractures in the Pakatan Rakyat coalition. They also see it as an apparent bid by Dr Wan Azizah to mend fences with PAS President Abdul Hadi Awang, who rejected her candidacy for the MB’s post. However, some PAS insiders say the PKR have come to terms with the fact that Dr Wan Azizah’s party cannot win the state by-election on Sept 25 if it puts up its own candidate. She is said to fear her party will not get the backing from PAS campaigners, as both parties had been at loggerheads over the right to contest in the seat since it became vacant last month. It had been seen in most cases where the PKR had won electoral seats; the victories had come with the massive support of the PAS election machinery. The prospects of the PKR failing in Pengkalan Kubor was believed to have been discussed at a discreet meeting, which prompted Dr Wan Azizah to say her party was giving the seat back to PAS. Notwithstanding this, the prospects of PAS wresting Pengkalan Kubor from the Barisan Nasional is not going to be an easy task, considering that several leaders had broken ranks with Abdul Hadi as well as with the elders in the syura and ulama councils. Moreover, PAS had lost its clutches on the seat in the 2004 general elections, which had since been held by incumbent Noor Zahidi Omar till his death on Aug 10. The assemblyman was suffering from lung cancer and died while receiving treatment in China. He was said to be a popular people’s representative and his term saw the opening of a Mara Junior Science College (MRSM) branch campus and projects to alleviate the flooding problem, among others. So, he has left a legacy that voters in Pengakalan Kubor are expected to translate into votes for the Barisan. In the meantime, PAS has to also grapple with an internal feud that started in Selangor when two state assemblymen went against their elders to side with the DAP and PKR to endorse Dr Wan Azizah’s candidacy. Saari Sungip (Hulu Kelang) and Hasnul Baharuddin (Morib) were considered heroes by their PKR and DAP counterparts but the PAS syura and ulama councils regard them as rebels. At the same time, the PKR, DAP and the two rogue PAS men lobbied for the Mentri Besar’s post for Dr Wan Azizah and told the palace there is not going to be another nominee from them. Things began to happen fast, with a faction promoting an off-shoot party called PASMA and Abdul Hadi telling those who no longer supports the core party to buzz off!. Sultan Sharafuddin Idris Shah, not amused by the stance taken by the PKR and DAP, ordered all three parties to give more than two names to the palace by Sept 2. And, only PAS followed the Ruler’s decree. There was no turning back for Mat Sabu, Saari and Hasnul, who refused to support a list of three nominees for the MB’s post from their own party. The Sultan rejected Dr Wan Azizah as the sole nominee and said it was now left to him to screen all eligible prospects from among the Pakatan assemblymen for the post. Some observers read this as a possibility that Khalid Ibrahim would be retained by the Sultan, at least until the Menteri Besar presents the state budget in November. Now, Anwar and DAP Secretary-General Lim Guan Eng had to also go begging for forgiveness from the Sultan for making him angry that his orders were defied. From the outset, Khalid had rejected the idea of forcing a by-election for no reason other than to meet Anwar’s private agenda. For Hadi, whose tolerance had hit breaking point, he can choose to lead PAS out of the Pakatan coalition or let the Anwaris group to decide whether they still want to be in the party or to leave and stay out for good. But there is no point of Hadi blaming the PKR or the DAP for the turmoil in his own party. The cause of the PAS internal problem started with the Hulu Kelang and Morib assemblymen turning against their own party. Now, the country looks at the direction the Kubor Move will take; a situation that could break or re-make PAS.

#PRK Pengkalan Kubor: Wan Rosdi Calon PAS......!!!

Apa yang tersebar dari sumber dalaman PAS Kelantan mengenai calon yang bagi Pakatan untuk PRK Pengkalan Kubor semalam ialah Wan Rosdi yang juga penyelia DUN Pengkalan Kubor telah dipilih. Pemilihannya dibuat setelah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menolak pencalonan beliau dan mahu calon tempatan diberi peluang. "Asalnya memang PAS Tumpat namakan Datuk KJ (Kamaruddin Jaafar) sebab dalam PRU13, biarpun calon PKR kalah di DUN Pengkalan Kubor tetapi Datuk KJ menang majoriti 400 undi. "Sebab itu PAS Tumpat namakan dia untuk jadi calon, tapi Datuk KJ tolak dan cadangkan supaya pimpinan di DUN Pengkalan Kubor diberi peluang. "Jadi setelah dinilai, Wan Rosdi merupakan calon terbaik sebab dia mesra dengan penduduk setempat dan merupakan anak tempatan," kata sumber tersebut. Selain Wan Rosdi, dua nama lagi yang turut menjadi perhatian untuk dinamakan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat, ialah Che Ibrahim Mohamed dan Rofien Hassan. Pada 11 Sep 2014, secara rasminya PAS mengumumkan Wan Rosdi calon Pakatan untuk PRK Pengkalan Kubor. Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam misi merampas DUN Pengkalan Kubor yang dikuasai Umno sejak 2004. Pemilihan beliau diumumkan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis. Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar Beliau merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984. Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980). Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah. Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua Muslimat PAS Tanah Merah. Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Julai 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak. Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan master di UiTM, Wan Shakikah lepasan ijazah USIM. Wan Mohd Shafiq (Ijazah Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia) dan Wan Najibah lepasan ijazah USIM. Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal Tumpat ketika peringkat awal diwujudkan. Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan. Kegiatannya dalam parti bermula sebagai AJK Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai AJK PAS Tumpat. Selepas PRU 1999 Wan Rosdi bertugas sebagai Setiausaha ADUN Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad. Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan dan mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat. Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik sebagai Penyelia DUN Pengkalan Kubor sejak 2009. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan Ahli Majlis Daerah Tumpat pada 1997-2007.

Wednesday 10 September 2014

PASMA: Presiden PAS Perlu Nyahkan Golongan Anwarinas......!!!

Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang perlu mengambil peluang keemasan ini untuk memecat mana-mana ahli PAS yang mengeluarkan kenyataan berbeza dari keputusan dirinya dan Majlis Syura Ulama terutama sekali barisan pemimpin PAS yang mempunyai rekod tercemar seperti salah laku seks seperti Mat Sabu,Mustafa Ali dan lain lain. Mereka yang kini dilaporkan sedang menjadi barisan kepimpinan PASMA sudah sepatutnya mengisytiharkan diri keluar dari PAS dan berdiri secara asing di atas kapasiti sendiri. Namun, sebaliknya mereka kini mengeluarkan kenyataan berbeza dari apa yang Presiden PAS nyatakan kepada media massa dan umum.PAS mampu berjuang sendiri untuk mencapai cita-cita politik mereka. Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) 2014/16: Mursyidul Am PASMA : Ust Hj Ahmad Awang (Perak) Timb Mursyid Am PASMA : Ust Muhammad Husin (Kelantan) Presiden PASMA : Yb Dato’ Husam Musa (Kelantan) Timb. Presiden PASMA : Dr Hatta Ramli (Selangor) Naib Presiden PASMA : Dr Dzulkifli Ahmad (Selangor) Naib Presiden PASMA : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pulau Pinang) Naib Presiden PASMA : Yb Khalid Samad (Selangor) Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Johor) Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah) Ketua Ulama : Ust Mohamad Nor (Melaka) AJK PASMA : Nordin Majid (PGS – Pahahg) Dato Wan Rahim (Kelantan) Ust Taib Ahmad (Kedah) Ust Nasir Zakaria (Kedah) Ust Fuad Othman (Negeri Sembilan) Hanipa Maiden (Selangor) Syed Azman (Terengganu) Mohamad Sabu (Pulau Pinang) Ust Dzulqarnain (Perlis) Sayuthi Basirun (Selangor) Abd Fatah Harun (Kelantan) AJK Tambahan: Rahman Talib Hazmi Hassan Sayuthi Omar Hisyamudin Ghazali Apakah TG Hadi Awang mampu menghapuskan parasite-parasit yang sedang rancak mengorek jatidiri dan integriti PAS selaku sebuah parti yang pernah berjuang untuk mendaulatkan Islam atau membiarkan saja PASMA menenggelamkan bahtera PAS sekarang? Membiarkan semua yang tersenarai di atas di dalam kepimpinan PAS boleh diumpamakan membiarkan anai-anai di dalam Bahtera PAS yang akan di korek dan dijahanamkan mereka dalam waktu terdekat! Awas liberalisasi dalam PAS yang sedang memuncak.

#PRK Pengkalan\ Kubor: Ustaz Mat Razi Calon BN........!!!

Pengasas sekolah pengajian pondok dipilih oleh pucuk pimpinan UMNO untuk mewakili BN bertanding pada PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September ini. Nama Mat Razi Mat Ail, 49, yang juga Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor, petang 10 Sep 2014. Beliau yang berkelulusan BA (Hon) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah bergiat dalam politik sejak tahun 1990 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Simpangan. Selepas itu, pada tahun 2005 dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan tahun 2009 sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Bapa kepada enam anak itu merupakan penduduk tempatan dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor dan dikenali sebagai seorang yang mesra dan diterima kepada penduduk. Mat Razi adalah pengasas sekolah pengajian pondok yang didirikan di tanah wakaf miliknya di Kampung Simpangan, dua tahun lalu hasil sumbangan bekas ADUN Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar. Beliau menjadi guru sejak tahun 1988 bermula di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat selama lapan tahun sebelum dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Perak, kemudian kembali mengajar di Kelantan tahun 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli. Selepas itu pada tahun 2008, Mat Razi ditukarkan ke Sekolah Menengah Geting, Tumpat sebagai Guru Pemeriksa Sejarah. Beliau pernah menyandang gelaran Johan dalam Tilawah Al-Quran (Taranum) peringkat Maktab Perguruan.

Tuesday 9 September 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Tuan Ibrahim Pengarah Induk PRK.......!!!

Jentera operasi PAS PRK DUN Pengkalan Kubor diketuai bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Pengarah Induk PRK DUN Pengkalan Kubor. Setiausaha Operasi PAS Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Jamaluddin Ishak berkata, pelantikan tersebut dibuat pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur. Katanya, Timbalan Pengarah Operasi pilihan raya terbabit iaitu Dr Wan Nik Wan Yussof, Mohd Nasir Daud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Mohd Zaki Ibrahim. “Gerak kerja operasi pilihan raya PAS di Pengkalan Kubor telah bermula selepas dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu,” katanya. Operasi jentera tersebut berpusat di Markas Besar PAS DUN Pengkalan Kubor di Kampung Tebing. Bangunan dua tingkat itu turut menempatkan ruang sidang media dan Unit IT serta Media PAS. Jamaluddin juga berkata, pasukan petugas daripada PAS kawasan-kawasan lain di Kelantan memulakan gerak kerja bermula semalam sehingga hari pembuangan undi 25 September ini. Manakala jentera PAS kawasan-kawasan lain dari luar Kelantan akan mulai berkampung pada Khamis (11 Sep) ini. DUN Pengkalan Kubor mempunyai 12 unit peti undi (UPU). UPU Pengkalan Kubor menempatkan petugas PAS dari Pengkalan Chepa dan Wilayah Persekutuan. UPU Ketil – Pasir Mas, Melaka dan Sarawak, UPU Tebing – Pasir Puteh dan Selangor, UPU Geting – Kota Bharu, Machang dan Pahang. UPU Simpangan – Tanah Merah dan Johor, UPU Tujoh – Ketereh dan Terengganu, UPU Jubakar Darat – Tumpat dan Perak, UPU Bunohan – Kubang Kerian dan Negeri Sembilan. UPU Teluk Jering – Rantau Panjang dan Sabah, UPU Telaga Bata – Jeli, UPU Bendang Pak Yong – Kuala Krai, Bachok dan Perlis manakala UPU Kedai Geting - Gua Musang dan Kedah.

Selepas Guan Eng, Anwar Pula Mohon Ampun Pada Sultan Selangor......!!!

Pada sebelah tengahari 9 Sep,Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana parti itu hanya kemuka satu nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Dalam satu kenyataan,Ketua Menteri Pulau Pinang juga kata DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi. Katanya, beliau akan berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Baginda. Sultan Selangar telah menitahkan murka Baginda terhadap tindak tanduk PKR dan DAP yang biadap dan derhaka kemuka hanya satu nama. Guan Eng menjelaskan keputusan DAP mengemukakan nama Wan Azizah sahaja ini kepada Sultan telah dicapai selepas rundingan dengan Anwar selaku Ketua Umum PKR. Katanya, ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013, serta sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah. Ia juga kerana kata sepakat (consensus) Pakatan Rakyat bahawa beliau calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR. Pada lewat petang 9 Sep muncul pula kenyataan media dari Anwar selaku Ketua Umum PKR memohon ampun kerana hal yang sama. Antara lain katanya , " Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor." Baik kenyataan Guan Eng maupun Anwar tidak menyatakan samaada parti mereka akan kemukakan lebih dari dua nama ekoran dari titah terbaru Sultan Selangor. Anwar dalam kenyataannya bagaimanapun cuba main politik mengimbas pindaan perlembagaan tahun 1983 dan 1993 dulu. Juga katanya sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri. Soalnya apakah Anwar lupa kisah Istana Terengganu pernah menolak calon Menteri Besar yang dikemukakan oleh BN.Begitu juga Istana Perlis dan Istana Johor. Terpulang pada budibicara Sultan atau Raja di sesebuah negeri itu untuk meminta parti yang menang mengemukakan satu,dua tiga atau berapa nama. Ada pemerhati yang menilai apa yang cuba dijolok oleh Anwar ini tidak relevan. Ini kerana sudah ada sejarah calon Menteri Besar dari BN sendiri pernah ditolak Istana. Jadi apa bezanya dengan isu Menteri Besar Selangor sekarang?

#PRK Pengkalan Kubor: PKR Beri Laluan PAS Bertanding.......!!!

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu memberi laluan kepada calon PAS untuk bertanding dalam PRK DUN Pengkalan Kubor pada 25 September ini. Dr Wan Azizah berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar bertolak ansur dan kesepakatan sesama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) walaupun kerusi tersebut ditandingi mereka pada dua pilihan raya lalu. "PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur, mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," katanya dalam satu kenyataan. Minggu lepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Dr Wan Azizah secara terbuka dan mempersoalkan kelayakan beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah menekankan lawan utama mereka ketika ini adalah UMNO dan BN, bukannya bercakaran antara satu sama lain dalam PR. "Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan UMNO dan BN," katanya. Beliau berkata, isu semasa yang dihadapi rakyat ketika ini lebih penting, antaranya isu kenaikan harga barang dan penggunaan Akta Hasutan secara besar-besaran terhadap ahli politik PR, ahli akademik dan wartawan. "Rakyat kini berdepan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan". "Untuk berdepan dengan UMNO dan BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam PR perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/BN," katanya. PKR pada awalnya menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut, bagaimanapun PAS Kelantan berkeras berkata kerusi tersebut hanya dipinjamkan kepada PKR. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.

Monday 8 September 2014

AKTA Hasutan: Lima Perkara Diteliti.......!!!

Lima elemen penting dalam mencapai keputusan sama ada mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau menggantikannya dengan akta baru. Akta Keharmonian Nasional yang dikatakan bakal menggantikan akta yang diwujudkan sejak 1948 itu, perlu diteliti sebelum keputusan mengenainya dibuat. Lima elemen terbabit mencakupi kedudukan Institusi Raja-Raja, agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Keselamatan negara. Perkara utama dalam menggantikan akta ini adalah isi kandungannya dan bukan nama yang menjadi keutamaan. Perkara melibatkan akta berkenaan dianggap pengisian yang akan menentukan masa depan negara. Sebelum itu, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni.

Krisis MB Selangor: DAP & PKR Biadap dan Derhaka, Kata Istana.........!!!

Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu. "Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. "DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014". "Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan. Sehingga tarikh akhir penyampaian nama calon kepada Istana 3 September lalu, PKR dan DAP hanya mempersembahkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. PAS pula mengemukakan dua senarai dan salah satunya senarai mempersembahkan tiga nama iaitu dua dari ADUN PKR dan satu dari partinya sendiri. Dalam kenyataannya juga, Mohamad Munir berkata titah Sultan Selangor supaya mengemukakan lebih dua calon MB adalah satu amalan/konvensi yang dilaksanakan baginda. Katanya, ini membolehkan baginda membuat pilihan calon yag mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Negeri serta mempunyai "kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut".

Sunday 7 September 2014

#PRK Pengkalan Kubor: BN Cari Calon Terbaik.......!!!

BN akan mencari calon terbaik untuk menggalas cabaran parti mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil 25 September ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang penting calon yang dikemukakan diterima pengundi dan faktor itu perlu diambilkira oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri serta UMNO Bahagian dalam mengenalpasti calon paling sesuai. "Saya sedang tunggu nama daripada Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), mungkin Badan Perhubungan UMNO Negeri sudah buat penilaian calon yang sesuai, yang penting calon mesti diterima oleh pengundi". "Kalau dapat calon seperti (arwah) Datuk Noor Zahadi (Omar) lebih mudah...kita sedang cari calon terbaik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu. Sebelum ini Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dilapor akan mengumumkan nama calon BN bagi DUN Pangkalan Kubor pada 10 September. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon ditetapkan pada 13 September, sementara pengundian awal pada 21 September. Menjawab mengenai hasrat PAS dan PKR untuk turut sama meletakkan calon pada PRK itu, Muhyiddin menyifatkannya sebagai perkara biasa, tetapi tidak boleh dipermudah. "Kita akan menghadapinya seperti biasa, tetapi tidak boleh dipermudah, strategi kita mungkin berbeza, kita lihat bila sampai masanya," katanya. PKR baru-baru ini dilapor turut menyuarakan hasrat untuk meletakkan calonnya pada PRK itu walaupun PAS telah mengumumkan untuk bertanding.

Krisis MB Selangor : Pemimpin PAS Kesal Dengan Tindakan Anwar.......!!!???

Tarikh untuk menghantar nama calon Menteri Besar Selangor sudah berakhir tetapi kemelut tersebut terus menemui jalan buntu kerana sehingga kini masih tiada jawapan berhubung siapa yang akan mengisi kerusi panas tersebut. Merumitkan lagi keadaan, PAS telah menghantar senarai calon dengan tiga nama kepada Sultan Selangor – kesemuanya terdiri daripada pemimpin PAS sekali gus mengetepikan nama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali. Senarai nama tersebut telah diserahkan ke Istana oleh seorang pembantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Presiden parti itu telah menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor pada Rabu lalu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR. Mustafa berkata, beliau dimaklumkan bahawa senarai nama tersebut terdiri daripada dua calon PKR (Wan Azizah dan Azmin) dan seorang daripada PAS. Namun, beliau mengakui tidak melihat isi kandungan surat tersebut. “Saya tidak melihat surat itu. Saya diberitahu bahawa Presiden menyenaraikan dua nama daripada PKR dan seorang daripada PAS,” katanya. Mustafa berkata, Hadi memasukkan nama ketiga bagi menghormati titah Sultan yang mencadangkan setiap parti Pakatan Rakyat menyenaraikan lebih daripada dua nama. Namun, sumber berkata, ketiga-tiga nama yang dihantar oleh Abdul Hadi adalah dari kalangan pemimpin PAS. Sumber mendakwa, nama-nama tersebut adalah Exco kerajaan negeri Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus. Mustafa menguatkan lagi dakwaan itu dengan berkata;”Kami bukan saja menyenarai pendek ahli Exco. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor layak untuk jawatan tersebut kecuali ADUN Hulu Kelang dan Morib (Saari Sungib and Hasnul Baharuddin).” Kedua-dua ADUN itu didapati melanggar disiplin parti kerana menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar. Beberapa pemimpin PAS kesal dengan tindakan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaksa mereka untuk bersetuju menamakan isterinya sebagai calon tunggal bagi jawatan tersebut. “Kami tidak tahu permainan yang cuba dilakukan Anwar. Anwar tidak harus mencabar konvensyen dengan memaksa Sultan menerima isterinya sebagai calon tunggal untuk jawatan itu,” kata seorang pemimpin parti yang enggan namanya didedahkan. Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu bersetuju menamakan Wan Azizah dan Azmin untuk menggantikan Khalid. Namun, Istana meminta PKR, DAP dan PAS untuk menghantar lebih daripada dua nama selepas Khalid menyerahkan surat peletakan jawatannya bulan lalu. Malah Sultan turut menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Difahamkan Istana tidak berminat untuk melantik seorang calon Menteri Besar umpama boneka yang dikawal oleh orang lain.

Monday 1 September 2014

"MH 370' Ditemui Bersama Pemiliknya......!!!

Pemilik nombor pendaftaran kenderaan MH370 akhirnya ditemui. Seorang pesara tentera, Othman Ahmad, 68, adalah pemilik nombor pendaftaran tersebut, yang didaftarkan pada motosikal Honda C70 berusia 35 tahun. Nombor pendaftaran tersebut dicari kerana angkanya yang sama dengan kod pesawat MAS yang sehingga kini masih belum ditemui. Gambar nombor pendaftaran itu dimuatnaik ke laman Facebook, membuatkan ramai yang tertanya siapakah pemiliknya. Othman pernah ditawarkan RM500 oleh dua lelaki yang mahu membeli motosikal tersebut yang kini berada di bengkel anaknya untuk diperbaiki. Tawaran itu ditolak, namun Othman memberitahu bersedia melepaskan motosikal itu andai ditawarkan dengan harga yang setimpal. Othman bercadang menyalurkan wang hasil jualan motosikal itu kepada badan kebajikan.

PPS Pulau Pinang: Positif Dadah & Rekod Jenayah.........!!!

Tiga daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid. Beliau berkata, pemeriksaan polis juga mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis. Polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Phee Boon Poh. Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis. Mior Faridalatrash berkata proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap 136 anggota PPS sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut. "Sehingga pukul 1.30 tengah hari, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan lancar," katanya. Tinjauan di IPD Timur Laut mendapati 20 peguam termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut manakala keadaan di luar ibu pejabat polis itu sesak dengan orang ramai yang berkumpul.

Thursday 28 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: PKR Senarai Pendek Nama Calon.....!!!

PKR sudah menyenarai pendek nama-nama calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada PRK Pengkalan Kubor tidak lama lagi. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir berkata, nama-nama tersebut sudah disenarai pendek untuk diserah kepada pucuk pimpinan bagi dipertimbangkan. “Apa yang pasti nama-nama terbabit merupakan anak-anak tempatan Tumpat termasuk ada tokoh berpangkat Datuk. Kita pastikan mereka dikenali penduduk tempatan,” katanya. PKR Negeri mengadakan pertemuan dengan jentera PKR Tumpat bagi membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya. Manakala PAS pula sudah membuat persiapan akhir sebelum membuka markas besar di Kampung Getting termasuk menaikkan sepanduk di markas terbabit. Pusat Khidmat Penyelia DUN Pengkalan Kubor juga mula sibuk dengan kedatangan petugas kawasan-kawasan lain di Kelantan termasuk dari Pasir Puteh diketuai Setiausahanya, Drs Zainuddin Awang Hamat. Abdul Aziz juga berkata, biar pun PKR tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi berbanding PAS, namun kerjasama padu Pakatan diharap mampu dalam misi merampas semula DUN berkenaan. Menurutnya, PKR menghormati pandangan rakan-rakan di Kelantan yang melihat kemampuan jentera PAS bagi merampas DUN tersebut. “Biar pun ada suara-suara dalam kalangan Muslimat dan Pemuda Negeri mahu DUN terbabit dikembalikan kepada PAS, namun ia dianggap sebagai proses dalam politik,” kata Abdul Aziz

Wednesday 27 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: BN Masih Boleh Menang.......!!!???

Lumrah dalam politik dan kejamnya dunia politik apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia maka orang politik menjadi sibuk. Mereka bukan sibuk untuk menguruskan pengembumian jenazah atau berfikir apa-apa yang perlu, tetapi sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kerana kekosongan kerusi yang ditinggalkan si mati. Barang kali dalam politik sudah hilang rasa hormat dan kepedulian kepada soal-soal fardu kifayah. Orang politik baik pemimpin dan pemain bawahannya semua berfikir soal kebendaan dan komersial. Bagi merka semua boleh diuruskan dengan ringgit, dan semua "bangsa" perlu dipolitikan. Kebejatan manusia politik ini terkesan sekali lagi, apabila ADUN Pengkalan Kubor Noor Zahidi Omar, 57 meninggal dunia di China pada 21 Ogos lalu. Tatakala jenzah masih berada di Guang Zhao, tetapi manusia politik di tanah air sudah pun berkira-kira dan membuat perhitungan mengenai PRK Pengkalan Kubor. Sudah yang ada membuat perhitungan siapa calon dan peluang parti yang akan menang. Apa yang orang ingin mengetahui hal Pengkalan Kubor ialah dua perkara utama. Pertama\, apakah BN dapat mengekalkan kerusi berkenaan, dan kedua siapakah atau daripada fraksi manakah yang akan menentang BN dalam PRK yang bakal diumumkan itu. Inilah dua perkara awal yang sedang bermain dalam kepala orang ramai khasnya pemain politik. Dalam pilihan raya lalu Allahyarham Noor Zahidi menang dengan manjoriti besar, mendapat 1,776 majoriti mengalahkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR Saharun Ibrahim yang mengutik sebanyak 8,438 undi berbanding dengan Noor Zahidi yang memunggut sebanyak 10,174 undi. Keseluruhan pengundi berdaftar di Pengkalan Kubor ialah sebanyak 24,097 dengan pecahan 91.8% pengundi Melayu, 0.97% pengundi Cina dan 7.03% pengundi bangsa lain terutamanya Siam. Dalam PRU 2008 kerusi itu dimenangi Noor Zahidi dengan kelebihan undi sebanyak 100 sahaja mengalahkan calon PKR Mat Hassan seorang calon kampungan. Pemerhati sedikit terperanjat apabila Noor Zahidi memperbaiki kedudukan dalam PRU13 dengan meraih sebanyak 1,736. Kejayaan Noor Zahidi ini dilihat sebagai keupayaan dan kepedulian beliau kepada rakyat. Ertinya beliau bekerja membaiki reputasinya di Pengkalan Kubor. Perkara ini memanglah jelas. Noor Zahidi seorang wakil rakyat yang baik dan dekat dengan rakyat. Dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Tumpat yang memegang beberapa jawatan lantikan politik memberi kemudahan kewangannya kepadanya untuk mengurus dan membantu rakyat. Peluang itulah menyebabkan beliau mendapat undi lebih baik. Persoalan kini apakah budi atau kebaikan Noor Zahidi itu akan terguna pakai dalam PRK kelak? UMNO Kelantan mengira sedikit sebanyak ia membantu parti tersebut, tetapi tentulah tidak banyak. Kelebihan yang ada kepada Noor Zahidi sebelum ini juga kerana beliau seorang yang baik, Allahyarham juga mempunyai keluarga besar di Tumpat. Orang-orang PAS termasuk Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar juga merupakan kawan baiknya. Hubungan inilah menyebabkan berlaku perbezaan undi diperolehi Kamarudin di Pengkalan Kubor berbanding dengan undi diraih calon PKR, Saharun Ibrahim. Apakah situasi ini akan berlaku dalam PRK nanti? Jawapannya, ia bukan mudah. Tidak semestinya kebaikan orang-orang PAS di Pengkalan Kubor yang tidak senang dengan PKR, akan berpindah undi kepada calon baru UMNO kelak. Perhitungan dan pendekatan baru perlu dilakukan UMNO kalau mahu menarik simpati berbelah bahagi itu. Secara kasarnya UMNO masih boleh mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor, tetapi bukan dengan majoriti sebesar dikutip Noor Zahidi itu. Mustapa Mohamed selaku Ketua UMNO tidak boleh tidak kena mempertahankan kerusi berkenaan kerana ia adalah moral kepimpinannya. Mustapa harus membuktikan yang beliau masih mampu dan ada pengaruh di Kelantan. Kekalahan di Pengkalan Kubor akan memberi natijah yang buruk kepada Mustapa. Annuar Musa yang selamanya dahagakan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan akan bijak menggunakan kekalahan itu nanti untuk menonjolkan semula kehebatannya di Kelantan. Untuk menjadi Pengerusi UMNO Kelantan dua kali (menambah) tidak pelik kerana Tengku Razaleigh Hamzah dan Mustapa Mohamed juga "menambah" dengan jawatan itu, dan kenapa tidak dengan Annuar. Bercakap mengenai peluang BN ini, calon memainkan peranan penting dan penentu kepada menang kecil atau menang besar. Muhyiddin Yassin sudah memberi gambaran awal yang BN akan menurunkan calon muda. Manakala di pihak UMNO Kelantan memberi gambaran mereka tidak kurang dengan calon. Ramai muka-muka baru yang berpotensi. Soalnya siapa? Persoalan kedua, parti mana antara PKR dan PAS akan meletakkan calon untuk merampas kerusi berkenaan. Kalau mengikut tradisi dalam Pakatan Rakyat (konsensus yang longgar), sepatutnya kerusi itu diserahkan kepada PKR. Tetapi PAS sudah lama mengidam untuk bertanding di situ. Kekalahan dua kali calon PKR dijadikan alasan utama oleh PAS. Ada benarnya juga alasan PAS itu. Tetapi kekalahan PKR tidak tepat untuk dijadikan alasan bagi PAS mengambil kerusi berkenaan tanpa membuat analisa dan kajian menyeluruh kenapa PKR kalah di kerusi berkenaan. Harapnya PAS jujur dan ikhlas dalam membuat anlisa mengenai kekalahan atau kegagalan PKR di Pengkalan Kubor itu. Kalau kekalahan arwah Mat Hassan tahun 2008 dan kekalahan Shaharun 2013 berpunca sedikit sebanyak daripada sabotaj pihak PAS, maka alasan yang diberikan itu kurang tepat. Alasan itu tidak ikhlas dan menunjukkan PAS sebagai rakan yang adil dan saksama dalam Pakatan Rakyat Sebaliknya kalau punca kekalahan itu kerana faktor lain tidak ada kena mengena dengan sabotaj P\AS ia boleh diterima. PKR sendiri tidak perlu bertekak untuk melepaskan kerusi itu kepada PAS. Kerana apa yang penting ialah kemenangan. Sesuatu yang cacat sudah lama berlaku di Pengkalan Kubor di mana keadaan ini orang melihat tidak mewujudkan suasana kondusif antara PAS dengan PKR. Walaupun kerusi itu diberikan kepada PKR bertanding dalam pilihan raya, tetapi jawatan penyelia DUN diberikan kepada PAS. Kalau mengikut amalan biasa yang betul, mana-mana kerusi yang kalah, ianya perlu diserahkan kepada parti yang calonnya kalah untuk menjadi penyelia. Dengan cara itu barulah calon kalah atau parti kalah tadi dapat meneruskan khidmat kepada masyarakat. Tetapi ia tidak berlaku di Pengkalan Kubor dan juga di tempat lain. Penyelia DUN diberikan kepada PAS menyebabkan kerja untuk masyarakat bertindih dan pihak PKR selalu bekerja hanya dengan gusi dan air liur. Hal ini juga turut diamalkan bila mana kerusi Kuala Balah yang ditandingi PKR tetapi penyelianya diberikan kepada PAS. Calon PKR Ramlan Mat yang dilantik menjadi penyelia kemudian turun penuh kezaliman. Sikap dan perbuatan ini adalah sabotaj dan bukan sikap setiakawan yang baik. Jadi kalau ia sabotaj ertinya perkiraan PAS untuk mengatakan PKR tidak ada kekuatan tidak benar, kerana kelemahan PKR itu turut sama dicanang oleh PAS. Dengan kejadian ini kalau PAS memutuskan kerusi Pengkalan Kubor ditandingini PAS, ia tentu akan mendapat kritikan daripada pihak PKR. Bukan senang dan mudah untuk PKR menyerahkan begitu sahaja kerusi itu walaupun ianya tidak ada apa-apa ikatan. Pengambilan tanpa mendapat perlepasan baik daripada PKR menimbulkan masalah kepada PAS. Kegagalan PAS untuk merampas kerusi Pengkalan Kubor akan dikaitkan dengan kepimpinan Ahmad Yaacob sebagai MB dan Pesuruhjaya. Mereka yang sedang menanti atau mencari kelemahan Ahmad Yaakob akan menggunakan isu ini untuk menikamnya. Kalau kerusi itu terus diberikan kepada PKR untuk meletakkan calonnya, harapan untuk menang sangat tipis, bahkan ia lebih tipis daripada PAS. Kemenangan untuk PAS dan PKR dapat dicapai hanya dengan satu cara sahaja kedua pihak berkomrpmi dan ikhlas menghadapi pilihan raya berkenaan. Dengan wujudnya persefahama sampai ke tulang hitam begitu sahaja memungkin kerusi Pengkalan Kubor itu mampu dirampas. Apapun, UMNO dilihat agak kebal di Pengkalan Kubor.

#PRK Pengkalan Kubor: PR Bakal Terkubur.......!!!

Tamat Kongres Nasional PKR, nampak sangat selain ada perbalahan dalaman sesama PKR, hubungan parti anak beranak Anwar dengan PAS juga semakin renggang. Buktinya banyak. Ketidakhadiran pemimpin utama PAS ke Kongres kali ini adalah salah satu daripadanya. Melainkan Khalid Samad, Hadi dan Nik Aziz tidak nampak bayangnya di mana-mana. Kesempatan ini bagaimanapun digunakan pemimpin PKR macam Shamsul Iskandar untuk memburuk-burukkan Hadi dalam ucapannya. PRK DUN Pengkalan Kubor akan datang dijangka menjadi medan untuk membuktikan sama ada PKR dan PAS akan terus berpakatan atau bermusuhan. Dari satu segi, DUN Pengkalan Kubor ini unik kerana ia terletak dalam Parlimen Tumpat dan 3 DUN sekitarnya dikuasai PAS. Satu DUN inilah yang diberikan ruang oleh PAS untuk PKR bertanding sejak 2004 tapi malangnya parti itu kalah setiap kali. Menang kecil majoriti bukan isunya, isunya kalah tetap kalah walaupun berbeza 100 undi. Sebab itulah agaknya Ketua Wanita PAS minta untuk kali ini kerusi itu diserahkan kepada mereka, bukan PKR. Mana tidak berbulu orang PKR, dahlah masa permintaan itu dibuat PKR tengah sibuk berkongres, ada masalah lain menanti di Selangor yang perlu diselesaikan, datang PAS bagi masalah lain pula pada mereka. Tapi tidak mengejutkan kalau PAS tetap letak calon di Pengkalan Kubor (disebalik bantahan PKR) kerana dalam PRU13 yang lepas pun, itulah juga yang mereka lakukan walaupun katanya berpakat-pakatan. PRK Pengkalan Kubor ini dilihat sebagai penentu masa depan Pakatan Rakyat – terus berpakat atau berkubur. Kalau berkubur pun tidak meninggalkan nisan sebab Pakatan Rakyat tidak didaftarkan. Macam Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat sebelum ini.

Tuesday 26 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Ibrahim Ali Mungkin Bertanding......!!!

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon. "Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding sebagai calon bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya". "Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan". "Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor)," katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya Dato' Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati. Selain itu, Ibrahim berkata, sebagai ahli politik dari Kelantan yang pernah bertanding atas tiket PAS pada 2008, beliau meramalkan UMNO akan menang mudah pada PRK Pengkalan Kubor akan datang. Bagaimanapun, beliau berkata, persaingan akan menjadi sengit sekiranya PAS meletakkan calonnya di kawasan itu untuk bertanding dengan UMNO. Katanya, PKR akan kalah memandangkan parti itu tidak mempunyai Cawangan di Pengkalan Kubor serta tidak mempunyai jentera dan ahli yang kuat di Kelantan. Malah, Ibrahim berkata, simbol bendera parti juga dapat mempengaruhi pengundi untuk membuat pilihan semasa pilihan raya nanti. "Kalau di Kelantan, guna simbol 'mata' (PKR), orang rasa tak ada kewajipan untuk mengundi. Tapi PAS, simbol bulan. Orang ingat Islam. Jadi dia (pengundi) tak ada kewajipan nak undi PKR". "Sebab itu di Pengkalan Kubor, kalau PKR bertanding, beri menang mudah pada BN. Lagipun PKR tak ada calon berwibawa. PKR tak ada Cawangan di Pengkalan Kubor. Ahli pun tak ada. PKR tak ada jentera dan ahli pun tak kuat". "Kalau calon PAS bertanding, atau calon PKR bertanding guna simbol PAS, saya percaya pertarungan akan sengit," katanya lagi.

#PRK Pengkalan Kubor: Enam Disebut Sebagai Calon BN......!!!???

Gambar di atas menunjukkan wajah 6 orang yang disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK DUN Pengakalan Kubor. Kita tunggu, siapa sebenarnya winnable candidate. Selain bakal calon berkaitan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin juga turut berada di Start Line......!!!

Cincau Ubat Darah Tinggi.......!!!

Maklumat terbaru yang diperolehi setelah lama mencari penawar untuk penyakit darah tinggi. Sebelum itu hendak beritahu bahawa seorang sahabat Matmerapu setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206 (bacaan atas). Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang tidak digunakan ialah bahan dari daun hempedu ular atau pucuk/bunga betik jantan. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180. Pada suatu hari, Matmerapu diberitahu , seorang sahabat lain yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Sudah berbelas tahun makan malah ubat hospital langsung tidak disentuhnya. Cara makan ialah setiap dua hari sekali,makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi hendak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau hendak lebih mudah, blend atau kisarkan semua cincau itu dan minum macam biasa. Dalam bentuk packing silinder kecil, makan setiap hari satu. Mula-mula risau juga hendak makan tiap-tiap hari, cincau ini kan sejuk. Hasilnya darah tinggi sahabat Matmerapu dari 180 yang tidak turun-turun selama 2 bulan telah menurun kepada 126. Cincau adalah satu bahan yang mampu menurunkan darah tinggi anda. Jika anda atau saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini. Selamat mencuba.....Insya'Allah.

Tan Sri Khalid Kekal MB Selangor Sehingga.........!!!

Sunday 24 August 2014

Adakah Ini Calon PR Untuk PRK DUN Pengkalan Kubor......!!!???

Pakatan Rakyat (PR) wajar mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor untuk mengukuhkan kerjasama politik di antara PAS, Keadilan dan DAP.PRK kali ini juga penting buat Menteri Besar (MB) Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob atas dua sebab. Pertama, ini adalah PRK pertama di Kelantan setelah beliau menjadi MB menggantikan Datuk Bentara Setia TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua, DUN Pengkalan Kubor sendiri berjiran dengan DUN MB iaitu Pasir Pekan. Kedua-duanya terletak di bawah parlimen Tumpat yang diketuai MB selaku Yang Dipertua PAS Tumpat. Sejauh manakah pengaruh MB baru ini dapat membantu PR untuk memenangi semula DUN Pengkalan Kubor? Umum mengetahui yang Kelantan dilanda "krisis yang tak nampak" berikutan gaya pentadbiran MB baru yang dilihat tidak menawarkan apa-apa yang menarik untuk rakyat, di samping isu kedudukan Datuk Husam Musa yang menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. DUN Pengkalan Kubor itu sendiri merupakan satu DUN yang menarik. Pemenangnya bersilih ganti antara PAS, UMNO, Berjasa dan Semangat 46 sehinggalah pada tahun PRU 2008 PAS menyerahkan kerusi ini kepada PKR untuk ditandingi. Tetapi DUN ini gagal dimenangi PKR pada PRU 2008 (tewas majoriti 100 undi) dan PKR tewas lagi dengan majoriti yang lebih besar pada PRU 2013 (tewas majoriti 1,736 undi). PRK kali ini akan menyaksikan adakah PAS masih budiman untuk terus menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR untuk ditandingi atau PAS mahu mencuba nasib meletakkan calonnya di situ. Sementelah PKR juga tidak pernah menang di situ, maka tidak salah bagi PAS untuk kembali berpencak setelah kali terakhir menang di Pengkalan Kubor pada PRU 1999. Siapa pun calon PR bagi DUN Pengkalan Kubor, calon itu mestilah winnable yakni boleh menang. Matmerapu menjangka tiada calon lain yang boleh mengisi ciri-ciri boleh menang ini melainkan Ahli Parlimen Tumpat selama empat penggal iaitu Datuk Kamarudin Jaffar. Kamarudin terbukti sangat popular dan sudah 'menjejak kaki' di parlimen Tumpat sejak PRU 1995. Selaku calon BN, beliau tewas tipis di tangan Allahyarham Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood. Namun begitu, setelah menyertai PAS pada tahun 1999, beliau diberi kepercayaan PAS untuk bertanding di parlimen Tumpat dan menang dengan majoriti besar iaitu 10,442 undi. Apabila kerajaan negeri pimpinan PAS dilandai badai pada PRU 2004, beliau tetap kekal menang (walaupun majoriti kurang menjadi 1,820 undi) dan menjadi salah seorang daripada enam ahli parlimen PAS yang terselamat pada penggal itu. Beliau menang lagi pada PRU 2008 dengan majoriti hampir 10 ribu undi dan mengulangi lagi kejayaan yang sama pada PRU 13 apabila menang dengan majoriti 10,624. Dalam keadaan PAS tidak mempunyai apa-apa tawaran 'duniawi' yang menarik untuk diberi kepada rakyat Pengkalan Kubor, ditambah pula dengan lambakan projek segera dan kempen agresif yang akan datang dari segenap jentera kerajaan pusat, Pengkalan Kubor bukanlah medan yang sesuai untuk PAS bereksperimen meletakkan muka baru sebagai calon. Persepsi dingin terhadap kerajaan negeri dan kempen agresif BN dijangka akan dineutralisasikankan dengan populariti Kamarudin, itu pun jika rakyat masih tidak terpengaruh dengan kempen BN. Ramai percaya jika PAS ingin meletakkan Kamarudin sebagai calon PR di Pengkalan Kubor, PKR akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukan lagi satu rahsia di Kelantan kebanyakan calon PKR di Kelantan pun adalah calon import dari kalangan pimpinan dan penyokong PAS juga. Adakah PKR akan mengalah kali ini demi memastikan kejayaan bersama untuk PR? Kejayaan PAS merampas Pengkalan Kubor dilihat adalah penting untuk mengukuhkan mandat kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakob. Jika Pesuruhjaya PAS Kelantan gagal untuk menawan kerusi DUN di dalam kawasan yang beliau sendiri menjadi Yang Di Pertuanya, implikasinya amatlah serius dan PAS Kelantan wajar bermuhasabah menyemak kembali gaya pentadbiran mereka di Kelantan.

Faekah ‘Anak Dara Tua Kurang Seks' Kata Hishamuddin Rais.......!!!

Aktivis Pembangkang, Hishamuddin Rais telah mengundang kontroversi apabila menggelar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai ‘anak dara tua yang kurang seks’. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjadi panel dalam forum berjudul 'Krisis Selangor: Pakatan berpecah?' di Dewan Perhumpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH). Beliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu. "Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi. "Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid". "Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan". "Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis. Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One Flew Over the Cuckoo's Nest". Ianya turut dirakamkan menerusi laman Youtube 'KiniTV' bertajuk 'Forum 'Krisis Selangor hangat pula dengan isu hina wanita'. Kenyataan beliau itu dilaporkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa peserta yang hadir pada forum berkenaan. Sebelum ini, Faekah mengeluarkan kenyataan menyelar beberapa pihak di dalam pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang menjauhkan karier politik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Malah beliau pernah menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya menerusi laman twitternya terhadap keputusan pucuk pimpinan PKR menggugurkan bosnya dari jawatan Menteri Besar Selangor dan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti bagi jawatan tersebut. Faekah dengan nada sinis menganggap keputusan mesyuarat yang dipimpin Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor.

Wednesday 20 August 2014

#PRK Pengkalan Kubor: Medan Uji Kerjasama PR..........!!!

Pilihan Raya Kecil Pangkalan Kubor akan menguji keakraban kerjasam tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Selepas berjaya melepasi krisis Menteri Besar Selangor yang hampir memecahbelahkan Pakatan Rakyat, PRK Pengkalan Kubor akan datang bakal menjadi medan menguji komitmen gabungan pembangkang untuk terus kekal bersama. PRK itu juga akan menjadi tanda aras kekuatan PAS Kelantan di bawah pimpinan Pesuruhjaya dan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Yaakob, selepas persaraan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. PRK yang akan berlaku susulan kematian ADUN Pengkalan Kubor yang juga ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar di China. Susulan itu, SPR perlu mengadakan PRK untuk kawasan itu dalam masa 60 hari. Apa yang signifikan dalam politik Kelantan adalah kerana kerusi DUN N.1 Pengkalan Kubor ini agak unik kerana ketika wakil PKR diserahkan sebagai calon pilihan raya dalam dua PRU lalu, jawatan Penyelia DUN kawasan ini disandang oleh wakil PAS. "Maka PRK ini adalah penanda aras kepada keutuhan perhubungan PAS dan PKR di Kelantan,". Berdasarkan keputusan empat PRU sebelum ini, dapat dilihat prestasi PAS/PKR agak menurun di kerusi ini setelah menang PRU pada 1999. Bermula dengan kemenangan Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 2,432 undi calon PAS dalam PRU 1999, diikuti kekalahan dengan majoriti 714 undi calon PAS yang menyandang kerusi itu pada PRU 2004. Calon PKR Hasan Ibrahim berjaya membaiki keputusan itu apabila mengalami kekalahan dengan majoriti 100 undi pada PRU 2008. Namun, calon PKR kalah lebih besar dalam PRU13 apabila calonnya Saharun Ibrahim kalah lagi kepada Noor Zahidi dengan majoriti 1,736 undi di samping calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 65 undi. Kekalahan dengan majoriti 1,736 undi dalam PRU 2013 menjadikan kerusi N.1 Pengkalan Kubor kelihatan agak sukar untuk direbut kembali oleh PR daripada tangan BN. "Bagaimanapun, hampir tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dalam dunia politik, apatah lagi sekiranya tidak timbul sebarang pertikaian di antara PAS dan PKR mengenai siapakah di antara mereka yang lebih berhak untuk diletakkan sebagai calon mewakili PR di kerusi ini. "Dan juga siapakah di antara mereka yang mampu menonjolkan tokoh lebih berwibawa bagi memaksimakan potensi kemenangan di kerusi ini,". Kali terakhir PAS memenangi kerusi ini ialah pada PRU 1999 ketika orang Melayu beralih kepada PAS ekoran tragedi mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Calon PAS ketika itu Wan Husain Wan Ahmad mengalahkan calon BN Mat Nawawi Mat Jusoh dengan majoriti 2,432 undi. PAS dan PKR baru sahaja menyelesaikan perbezaannya dalam memilih calon Menteri Besar Selangor yang baharu apabila PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun selesai, cakap-cakap di belakang masih tajam antara PAS dan PKR.

Tuesday 19 August 2014

Takziah: ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia 20 Ogos 2014......!!!

Ketagih Internet Melemahkan Generasi Muda......!!!

Ketagihan internet kini dianggap satu bentuk ketagihan alaf baharu yang menular pantas di seluruh dunia khususnya dalam kalangan golongan muda. Isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental itu boleh ditafsirkan secara ringkas sebagai, sejenis gangguan psikologi yang menjejaskan kawalan impuls diri sehingga seseorang menjadi terlalu akrab terhadap internet. Istilah lain yang digunakan ialah pergantungan kepada internet, ketagihan teknologi dan penggunaan komputer patologi. Isu itu diburukkan lagi dengan kemajuan teknologi telefon bimbit dan pelbagai jenis gajet pintar di pasaran yang menyebabkan ramai pengguna menghabiskan terlalu banyak masa dengan melayari laman sosial atau Social Networking Site (SNS) seperti laman Facebook (Fb), Instagram, WhatsApp, Keek, dan Twitter. Lebih membimbangkan, statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 72 peratus daripada 18.6 juta pengguna internet tempatan adalah golongan muda seawal usia mentah tujuh tahun hingga berusia 35 tahun. Rata-rata mereka mendapat akses mudah dari rumah, tempat kerja, institusi pengajian tinggi (IPT) atau gajet pintar, selain banyak kemudahan internet yang mudah dan pantas untuk komuniti luar bandar termasuk Pusat Mini Jalur Lebar Komuniti, Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang terdapat di seluruh negara. Namun demikian, masalah ini sebenarnya boleh ditangani melalui program intervensi yang dibimbing oleh para kaunselor. Kerjasama penyelidikan antara SKMM dengan sebuah universiti tempatan, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), mendapati ketagihan SNS berkait rapat dengan kesihatan mental iaitu tekanan perasaan, keresahan dan kemurungan. Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ke Guek Nee turut mendedahkan bahawa 60 peratus daripada keseluruhan responden didapati mengalami simptom keresahan yang berpunca daripada ketagihan SNS. Beliau yang kini berkhidmat di Heriot-Watt University Malaysia, turut mengesahkan hubungkait antara penggunaan SNS dengan kesihatan mental, iaitu semakin ketagih seseorang itu terhadap SNS, semakin terjejas kesihatan mental mereka. “Keputusan analisis itu diperoleh daripada soal selidik terhadap 725 pelajar responden dari lapan IPT awam termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak”, jelasnya. Bagi beliau ketagihan internet adalah satu isu yang serius dan ramai yang tidak menyedari masalah itu. “Contohnya, jika seorang pengguna internet tidak dapat menggunakan SNS seperti Whatsapp dalam tempoh, katakan sehari sahaja, mereka akan merasa risau ekoran takut ketinggalan sekaligus menunjukkan simptom masalah kesihatan mental”, tambahnya. Selain menjejaskan kesihatan mental, beliau turut mengakui tabiat ramai golongan muda yang lebih suka meluangkan banyak masa dengan internet boleh membawa kesan negatif yang lain. “Ini termasuk tersisih daripada interaksi sosial bersemuka, tabiat makan yang tidak sihat, gangguan tidur, kurang aktiviti fizikal, tumpuan pelajaran atau kerja terjejas, yang akhirnya menjejaskan kesihatan fizikal”, tegas beliau. Penemuan beliau adalah satu daripada dua kajian IMU yang bertujuan mendapatkan bukti sahih kesan SNS dan penggunaan internet ke atas kesihatan mental remaja Malaysia dan bagaimana media sosial memberi kesan kepada hubungan sosial secara fizikal mereka. Satu lagi kajian yang dilakukan ialah program intervensi yang melibatkan sukarelawan yang sedar bahawa mereka mempunyai masalah ketagihan, dan bersedia untuk mengatasi masalah itu. “Program intervensi itu didapati membantu peserta untuk mengawal tekanan perasaan, keresahan dan terutama sekali kemurungan yang dialami akibat daripada ketagihan”, tambah Dr.Ke. Pendek kata internet memang akan sentiasa dekat dengan kita menyebabkan kita tidak boleh lari dari berdepan dengan kesan negatif yang boleh tercetus ekoran penggunaan SNS secara tidak berhemah seperti dibuli melalui pengguna ‘haters’ dan ‘trolls’, selain boleh menjejaskan keselamatan apabila menjadi mangsa penipu dan pengendap dalam talian. Justeru, dapat disimpulkan bahawa kajian saintifik membuktikan potensi mudarat yang dibawa melalui penggunaan internet berupaya melemahkan generasi akan datang malah boleh menjejaskan keselamatan diri dan komuniti. Bimbang dengan potensi mudarat yang dibawa oleh internet terhadap masa depan rakyat, kerajaan melalui SKMM, melipatganda lagi inisiatif bagi mengurangkan impak negatif penggunaan internet melalui program ‘Klik Dengan Bijak’ (KDB) yang lebih proaktif dan positif. Pengarah Kanan Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM, Eneng Faridah Iskandar menyedari bahawa isu ketagihan internet tidak terhad kepada pelajar di kawasan bandar yang mempunyai akses mudah kafe siber, Wifi percuma dan seumpama. “Sebaliknya isu ketagihan dan keselamatan siber ini dibimbangi turut mempengaruhi jiwa pelajar luar bandar yang kini mempunyai akses mudah kepada internet”, kata beliau. Oleh itu, beliau menekankan kepentingan orang awam untuk menyedari masalah ini dan mengetahui pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasinya. Ini sekaligus menjadikan sasaran utama program KDB ialah pembinaan jati diri untuk golongan remaja dan kanak-kanak dengan mengguna pendekatan yang ‘cool’ dan menyeronokkan. “Generasi muda amnya tidak suka ditegur, jadi pendekatan terhadap isu itu perlu dilakukan secara lembut dan sensitif yang lebih sesuai dengan keperluan mereka”, akui Eneng Faridah sambil memainkan beberapa iklan video menarik yang dimuat naik ke dalam akaun FB KDB. Selari dengan prinsip Rukun Negara, KDB memberi fokus melalui tiga pendekatan utama iaitu mendidik pengguna mengguna internet dengan selamat, mengingatkan pengguna untuk sentiasa berwaspada terhadap semua aspek interaksi online serta memgalakkan penggunaan internet secara positif sahaja. Beliau mengingatkan golongan muda betapa pentingnya untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi, tidak berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali serta menjaga tingkah laku dan berfikir secara rasional sebelum menaip sesuatu ke dalam internet. Amnya, KDB membantu mendidik golongan muda untuk mengesan bahaya, membezakan perkara yang betul dan salah, sedar akan akibat yang perlu dihadapi daripada pilihan cara penggunaan internet dan seumpamanya. “Paling penting peserta program KDB turut dididik dengan cara selamat untuk mendapatkan bantuan jika mereka menghadapi masalah yang berpunca dari penggunaan internet”, tambah beliau. Apapun, kerajaan hanya mampu mengambil langkah pencegahan dan penguatkuasaan melalui SKMM, sedangkan tugas sebenar untuk menghalang penggunaan internet berlebihan terletak kepada pendekatan asuhan ibu bapa kepada anak mereka. Justeru Eneng Faridah turut menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memantau penggunaan internet dan SNS anak mereka. “Program KDB juga membantu ibu bapa memahami isu keselamatan dalam penggunaan internet serta cara mengenalpasti tingkahlaku anak yang mungkin terlibat dalam isu itu”, tambahnya. Selain aktif dalam laman sosial FB, SKMM mempunyai enam Pejabat Wilayah di seluruh negara yang membolehkan mereka menyampaikan pelbagai aktiviti menarik untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber kepada golongan sasaran dengan kerjasama pelbagai pihak. Melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara misalnya, mereka telah memasukkan topik keselamatan penggunaan internet ke dalam Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selain mengadakan ‘Roadshow KDB’ di kem-kem terpilih PLKN. “Peserta PLKN yang berusia antara 18 hingga 20 tahun adalah golongan sasar terbaik untuk dipupuk dengan keselamatan siber sebelum mereka mula terjebak dengan ketagihan SNS”, jelas Eneng Faridah. Antara aktiviti itu ialah kempen ‘Be Smart’ hindari jenayah komersial bersama PDRM, perkhemahan tahunan bersama Persatuan Pengakap Malaysia dan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menganjurkan sesi latihan dengan pakar luar negara, Wisekids UK serta seminar Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Melindungi Kanak-kanak Dalam Talian.