Sunday 30 June 2013

Terpanas!!! Mustafa Ali Balun Azmin Ali

Kerusi DUN Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. PAS mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya. Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul. Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU13. “Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut". “Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya. Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail. “Saya yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik PAS beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999. Di sebalik kesediaan PKR itu, PAS dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu. Mengulas lanjut, Mustafa yakin PAS di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi DUN Kuala Besut pada PRK akan datang sekaligus bagi menewaskan calon BN. Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, PAS Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon. “Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan". “Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada PAS Pusat,” katanya.

PRK Kuala Besut: PRK Kedua Selepas 34 Tahun......!!!

Ketika ramai sedang bercakap tentang PRK Kuala Besut, tentu ada yang tidak tahu PRK yang akan diadakan ekoran kematian Dr A. Rahman Mokhtar adalah kali kedua selepas 34 tahun.PRK Kuala Besut pertama juga kerana kematian ADUN kawasan berkenaan Zakaria Muda. Secara kebetulan, tarikh wakil rakyat BN itu meninggal dunia adalah pada 26 Jun 1979 yakni tarikh dan bulan sama dengan kematian Dr A. Rahman. Malah, PRK 34 tahun lalu diadakan pada bulan puasa dan dimenangi calon BN, Zakaria Abdul Rahman. Menurut Ahli Parlimen Besut merangkap Ketua UMNO Bahagian Dato' Seri Idris Jusoh, sekiranya PRK Kuala Besut kali ini diadakan pada bulan puasa, ianya mengulangi sejarah 34 tahun lalu. “Dulu (34 tahun) kita menang, PRU lalu kita juga menang dan Insyaallah, PRK ini kita boleh menang kerana itu kawasan selesa BN”. Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, BN yakin mempertahankan kerusi Kuala Besut memandangkan DUN itu kubu BN serta majoriti 2,434 diperolehi Allahyarham Dr A. Rahman ketika menewaskan calon PAS Napisah Ismail pada PRU13 lalu. Beliau juga yakin formula 17: 15 akan kekal dan BN dapat terus memerintah Terengganu dengan kemenangan pada PRK itu nanti. Formula itu merujuk 17 kerusi dimenangi BN dan 14 kerusi oleh PAS manakala satu diwakili PKR ketika ini. Keyakinan Idris itu menolak kemungkinan andaian formula 16:16 oleh sesetengah pihak berdasarkan kemungkinan PAS menang pada PRK itu. Jika diambil kira rekod-rekod keputusan pilihan raya bagi DUN Kuala Besut, BN mengekalkan kemenangan berturut-turut sejak PRU11. Pada PRU11 (2004) calon BN Abdullah Che Muda menang dengan majoriti 2,027 menewaskan calon PAS Nik Mohd Zawawi Salleh yang memenangi di kerusi itu pada 1999 dengan majoriti 487 undi. Dalam PRU12 (2008) calon BN Dr A. Rahman Mokhtar menewaskan Mohd Zawawi dengan majoriti 2,631 undi. PRU13 menyaksikan Dr. A. Rahman menang dengan majoriti 2,434 selepas memperolehi 8,809 undi manakala Napisah berjumlah 6,375 undi. SPR dijangka mengekalkan daftar pemilih pada PRU lalu iaitu seramai 17,679 pemilih. Pihak SPR belum lagi menetapkan tarikh PRK Kuala Besut walaupun ada spekulasi kemungkinan ianya diadakan dalam bulan puasa. Apakah SPR akan mengekalkan penggunaan dakwat kekal walaupun telah mencetuskan kontroversi di pihak pembangkang pada PRU lalu.....??? MatMerapu menjangkakan PRK akan diadakan selepas hari raya, selewat-lewatnya 27 Ogos kerana SPR perlu menentukan dakwat yang sesuai sekaligus memerlukan masa bagi memilih dan membeli dakwat tersebut. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menegaskan, keputusan berhubung penggunaan dakwat kekal dijangka akan diputuskan minggu ini apabila pihaknya bermesyuarat bagi menentukan tarikh PRK Kuala Besut. PRK ini juga amat penting kepada BN yang dapat membentuk kerajaan negeri Terengganu hanya dengan kelebihan dua kerusi. Pada PRU13, BN memperolehi 17 kerusi sementara PAS mendapat 14 dan PKR satu kerusi. Andai kata BN gagal mempertahan kemenangan pada PRK nanti dan PAS memenanginya, kedudukan kerajaan BN di Terengganu akan tergugat dengan masing-masing BN dan pembangkang mempunyai 16 kerusi. Justeru itu, jika PRU13 dianggap sesetengah pihak ‘Ibu pilihan raya’,PRK Kuala Besut juga sama hebat dan penuh cabaran.

Thursday 27 June 2013

Statistik Pengundi PRK Kuala Besut

Dipaparkan untuk makluman para pengikut dan pelawat blog Merapusakan. Statistik pengundi berdaftar bagi DUN Kuala Besut - Jumlah keseluruhan 17,679. Pengundi Lelaki 8,922 dan Perempuan 8,757. Kategori pecahan umur pengundi: 4,939 (21-29 thn), 4,837 (30-39 thn), 3,419 (40-49 thn), 2,274 (50-59 thn), 1,408 (60-69 thn), 577 (70-79 thn), 195 (80-89 thn) dan 30 pemilih berumur melebihi 90 tahun. Manakala Jenis Pengundi pula; pengundi biasa 16,499, pengundi tentera dan pasangan 1,165, pengundi polis dan pasangan 14 serta hanya seorang pengundi berada di luar negara. MatMerapu harap agar penganalisis politik dapat mencongak sebaik mungkin statistik ini dengan berteraskan kepada pelbagai 'faktor pengaruh' bagi meramalkan keputusan PRK Kuala Besut......hehehe!!! Bagi pemilih berdaftar DUN Kuala Besut, "Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi dan buatlah pilihan yang bijak".

PRK Kuala Besut: Pilihan Raya Paling Menarik.....!!!???

Persoalan yang mula bermain di minda pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah ADUN mewakili BN dan Pakatan Pembangkang (PP) hampir sama. Dengan pemergian ADUN Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan pelbagai kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri. Dalam PRU13 yang lalu, Dr A Rahman(BN) menang dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail. Bagi keseluruhan 32 kerusi DUN Terengganu, BN menang 17 kerusi sementara PP menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya kini 16 bagi BN. PRK yang bakal diadakan bagi DUN Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang adalah masih 17 dan PP 15. Tetapi jika PP merampas Kuala Besut, kedudukannya seimbang 16-16. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PP mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada Sultan Terengganu. Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PP akan dilantik sebagai Menteri Besar. “Kalau berlaku 16 BN 16 Pembangkang, yang mempunyai kuasa tentukan Menteri Besar adalah Sultan Terengganu. Sultan boleh melantik (Menteri Besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat. Kedua-dua parti (BN dan PP) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan Menteri Besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara Sultan,” katanya. Bagaimanapun, katanya, Sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu. “Memandangkan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung dan melihat kepada majoriti 2,434 yang dimenangi BN, adalah dijangka BN akan dapat mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut. “Tapi jika berlaku perubahan undi, sesuatu akan berlaku di Terengganu. Kejadian seperti ini tidak pernah terjadi (di negara ini),” katanya. Justeru, PRK Kuala Besut bakal menjadi PRK paling menarik untuk dilihat perkembangannya.

Anwar: Pemimpin Imaginasi Melampau......!!!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu. Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. "Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Dato' Sri Najib Tun Razak) menang 133". "Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini. Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat PKR itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China. Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut. "Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu? "Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal Ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya. Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam. Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut. "Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.

Wednesday 26 June 2013

PAS Kehilangan Tonggak Kepimpinan Akibat Kelemahan Haji Hadi

Sebelum ini, banyak pihak menghormati PAS kerana kewibawaan kepimpinan Presiden PAS Dato’ Haji Abd. Hadi Awang yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Hadi sahaja. Haji Hadi , seperti juga Fadzil Nor , menjadi tempat rujukan dan secara otomatik menjadi tulang belakang parti tersebut. Bagaimanapun akhir-aklhir ini kehebatan Haji Hadi sebagai pemimpin berkarisma mulai luntur apabila umum melihat beliau begitu lemah berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Pembangkang (PP) seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tian Chua. Prinsip dan pegangan PAS mula goyah dan tergugat berada dalam tangan Haji Hadi. Beliau tidak sepertimana yang dizahirkan dalam pidato-pidatonya yang berapi-api mempertahankan ‘prinsip kepimpinan Islam’, telah beransur-ansur tunduk dan akur kepada kehendak Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP khasnya Lim Kit Siang. “Jauh panggang dari api kalau Haji Hadi hendak disamakan dengan kepimpinan Rasulullah yang kental dan tegas dan tidak berganjak dari prinsipnya walaupun baginda diancam dan diserang”. Sebaliknya, beberapa pemimpin PAS pula hilang prinsip bila berdepan dengan DAP dan PKR. Ditengah-tengah kritikan tentang kelemahan Haji Hadi itu, tiba-tiba terkeluar satu kenyataan dari Haji Hadi yang amat luar biasa, apabila beliau menunjukkan kewibawaannya kepada rakyat Malaysia, di mana perpaduan orang Melayu diberikan keutamaan dengan menzahirkan keinginannya untuk berunding dengan UMNO. Berita ini memang menghilangkan kesangsian umum terhadap kemampuan Haji Hadi yang sebelum ini dipertikaikan kerana pakatan PAS dengan DAP, sedangkan para pemimpin DAP secara terang-terang menentang sebarang cadangan untuk wujudkan pemerintahan Islam secara total di negara ini. Sejak itu nama Haji Hadi mula menjadi bahan perbualan masyarakat Melayu di kedai-kedai kopi terutamanya di Kelantan, daripada beliau dikritik kerana berkawan dengan DAP telah bertukar menjadi hero menyelamatkan Melayu kerana hal ini memang tidak disukai oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd.Aziz Nik Mat, yang kononnya sudah serik dengan UMNO, padahal ada sebab lain yang disembunyikan mengapa beliau begitu kuat menentang cadangan mengadakan Kerajaan Campuran antara BN dan PAS. Keadaan ini membawa kepada Muktamar Agung PAS yang berlangsung di Selangor, di mana Presiden Pas Haji Hadi Awang bercakap soal cadangan untuk berunding dengan UMNO ke arah membentuk Kerajaan Campuran BN-PAS itu, dengan bergaya dan penuh dengan keyakinan diri dan diberi sokongan oleh mejoriti ahli parti itu yang menghadiri muktamar tersebut. Timbalan Presiden parti, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan jelas dan terang menyokong kenyataan Haji Hadi mengenai cadangan itu dan dipersetujui oleh semua kepimpinan PAS Pusat. Walaubagaimanapun seperti biasalah ‘Rumah Sudah Siap Pahat Berbunyi’ ahli-ahli PAS Kelantan, khususnya wakil-wakil rakyat PAS yang menghadiri Muktamar Agung PAS di Selangor itu, ada yang rasa terancam dengan cadangan Kerajaan Campuran PAS-BN itu sudah mula menyebarkan pandangan negatif mereka kepada orang terdekat dengan pucuk pimpinan parti di peringkat negeri. Walaubagaimanapun, terkeluar kenyataan Nik Aziz yang membuat kenyataan yang amat keras terhadap cadangan penubuhan Kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN kerana ketika kenyataan itu dikeluarkan Nik Aziz tidak ada dalam negeri . Nik Aziz hemburkan kemarahan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan menggesanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS kerana kononnya melakukan kesalahan bercakap soal Kerajaan Perpaduan ini. “Tidak hairanlah , orang Kelantan telah lali dengan mulut celupar Nik Aziz ini di mana beliau terus akan membuat komen terhadap setiap apa yang diajukan kepadanya tanpa berrfikir panjang!". Berdasarkan pendapat di atas, Nasharudin tidak perlu panik dengan kenyataan keras Nik Aziz itu, sebaliknya ia hendaklah ingat kembali kenyataan Presiden PAS sendiri di Muktamar Agung PAS di Selangor itu mengenai perkara tersebut yang diterima dengan baik oleh majoriti ahli PAS. Jadi, memerhatikan sinario politik Nik Aziz dan Haji Hadi ini bersama latarbelakang dan suasana semasa kenyataan itu dibuat, dapatlah disimpulkan, bahawa Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang begitu kuat pengaruhnya terhadap Nik Aziz dan Haji Hadi. Kasihan Nasharuddin Mat Isa ! Jelas sudah ucapan Haji Hadi di Muktamar Agung PAS bulan lalu itu datangnya dari lubuk hati Haji Hadi sendiri dan sanggahan Nik Aziz terhadap Nasharudin dan Haji Hadi adalah merupakan motivasi dari Anwar dan Kit Siang, manakala Haji Hadi yang kemudiannya membuat kenyataan yang terbalik kot itu pula adalah akibat tekanan Anwar dan Kit Siang juga! Dalam ertikata lain, pemimpin PAS, walau siapapun mereka, walau sejauhmana pendapat peribadi mereka tentang politik, akhirnya tunduk dan akur kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang juga! Apabila Presiden PAS sendiri menjadi goyah pendiriannya dalam apa yang diucapkan di khalayak ramai secara rasmi dan mengubahnya setelah menemui orang tertentu di luar partinya , bererti PAS telah kehilangan tonggak kepimpinan partinya ,yang selama ini menjadi rujukan dan sandaran segala hujah politik dan agama, kerana yang ada ini telah menghancurkan kewibawaannya serta karismanya sendiri dalam menghadapi tekanan rakan kongsi politik yang telah tersasar jauh dari asas iman dan taqwa!.

N.1 Kuala Besut: Pilihan Raya Kecil Pertama.....!!!

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, YB Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi(26 Jun 2013, jam 10.18) selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu. Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said. Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan dan pemimpin PAS Dato' Husam Musa. Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu. Dr A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu. Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah. Pada PRU13 yang lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi menewaskan calon PAS, Ustazah Napisah Ismail. Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional. Satu Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Adalah dijangkakan ianya akan diadakan pada bulan Ramadhan ini. Dengan kekosongan kerusi N.1 Kuala Besut, kedudukan 32 kerusi DUN Terengganu semakin kritikal. BN kini memiliki 16 kerusi manakala Pakatan Pembangkang(PP) sebanyak 15 kerusi(PAS:14, PKR:1). BN terutama UMNO perlu berkerja kuat bagi mengekalkan kemenangan kerusi Kuala Besut ini sekaligus bagi mengelak situasi Kerajaan Campuran Terengganu. MatMerapu amat yakin bahawa BN/UMNO dapat mengekalkan kerusi DUN tersebut kerana kelemahan PAS agak ketara di daerah Besut. Walaubagaimanapun, jika PAS ditakdirkan menang dalam PRK nanti, ianya akan membuka ruang kepada 'perpaduan Melayu'- jalinan dan ikatan yang diimpikan oleh rakyat Malaysia bangsa Melayu dan agama Islam. Apapun, PRK Kuala Besut nanti pasti menyaksikan pertembungan menarik antara UMNO dan PAS......!!!

Tuesday 25 June 2013

Pemimpin PAS Tidak Mengakui Kelemahan Mereka.......!!!

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya. Sebab-sebab itu meliputi Media yang tidak adil,Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya, Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi, Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah, Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN, Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda, Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN) dan Undi pos yang amat diragukan kesahihannya (Harakahdaily). Pendapat Timbalan Presiden PAS berkenaan kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya tersebut agak tersalah kira kerana punca kekalahan PAS ini lebih dari lapan.........hehehe!!! Lapan alasan yang di kemukakan oleh Mat Sabu adalah alas an-alasan yang dangkal dan sudah lapuk yang diulang-ulang setiapkali selepas PRU. Pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah mahu menyembunyikan pelbagai kelemahan pucuk kepimpinan parti itu. Sepatutnye Mat Sabu tidak payah susah-susah hendak kire punca kekalah PAS, apa yang patut beliau ambil berat ialah tentang sokongan rakyat terutamanya kaum Melayu/Islam terhadap PAS. Adakah Mat Sabu dah kaji mengapa majoriti kaum Melayu/Islam masih lagi tidak menyokong PAS? Kegagalan PAS ini sebenarnya berpunce dari kegagalan pemimpin-pemimpin PAS dalam misinya mempromosikan parti PAS sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Sejak kebelakangan ini, perjuangan Islam dan bangsa Melayu dalam PAS sudah jadi semakin samar. Kaum Melayu/Islam tidak Nampak dan merasai perjuangan Islam dalam PAS itu lebih hebat dari yang telah diperjuangankan oleh UMNO. Perjuangan Islam dalam UMNO nampak lebih terserlah dan terbukti nyata, hanya pemimpin-pemimpin dan pengikut serta penyokong PAS sahaja yang masih lagi tidak mahu menerima kenyataan ini. PRU13 telah membuktikan bahawa kaum Mmelayu/Islam sudah menolak PAS secara total. Kemenangan calon-calon pemimpin PAS cuma dengan bantuan kaum bukan Melayu sahaja. Tanpa bantuan dari bukan Melayu pasti lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS yang tewas pade PRU13. Apapun, PAS bakal mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi pada PRU14 kelak kerana PAS semakin tersasar jauh dari landasan perjuangan mereka.

Monday 24 June 2013

PRU14: BN Tubuh Makmal Politik

Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan makmal politik untuk memaksimumkan transformasi parti gabungan itu dalam menghadapi PRU14. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, makmal politik itu akan berkuatkuasa Julai ini. Ia bertujuan untuk mengkaji persedian parti komponen dengan meneliti perubahan dari segi polisi, jenama(branding) atau struktur atau ketiga-tiganya sekali. “Untuk jangka waktu yang diperlukan, mungkin beberapa hari ini atau mungkin seminggu atau lebih diperlukan asalkan keseluruhannya makmal politik ini dapat membuat cadangan khususnya spesifik tentang perubahan yang perlu dilakukan kepada Barisan Nasional,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Parti Komponen BN, malam tadi(24 Jun 2013). Makmal politik itu juga menurut Najib, akan mengambilkira semua cadangan dari pimpinan tertinggi, Cawangan dan Bahagian parti komponen termasuk badan bukan kerajaan(NGO) dan individu yang profesional dalam mengumpulkan suara keseluruhan parti. Dalam perkembangan lain, beliau sudah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Seri G.Palanivel untuk berjumpa dengan rakan sejawatnya di Indonesia bagi mengenal pasti siapa yang menjadi dalang di sebalik kebakaran di negara itu yang menyebabkan Malaysia dilanda jerebu. Jelas Najib, Malaysia sanggup menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan perkara itu. “Kita juga ada kemampuan untuk padamkan kebakaran berskala besar dengan menggunakan bom air dan kita boleh tawarkan bantuan kepada Indonesia,” katanya. Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib-naib Pengerusi BN.

"Anwar Penipu???" - Bekas Menteri Indonesia

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Pembangkang(PP) memenangi PRU13, kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu. Hamid Awaludin, bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, berkata oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai. Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran PP". Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib. "Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya. Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas Naib Presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur. Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya. PRU13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan PP mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya. Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu." "Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa. "Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.

Anwar Didesak Letak Jawatan!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak meletak jawatan kerana telah hilang kelayakan sebagai seorang pemimpin. Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, Anwar adalah seorang pengecut kerana mengadakan pertemuan dengan pihak di Indonesia bagi mendapatkan sokongan dan mencampuri urusan pentadbiran negara selain membantah keputusan PRU13 lalu. "Beliau harus menerima hakikat bahawa pembangkang telah tewas pada PRU13 lalu dan rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional(BN)". "Anwar perlu meletakkan jawatan seperti yang telah dikatakan iaitu jika gagal menuju ke Putrajaya, beliau akan meletak jawatan," katanya dalam sidang akhbar pada majlis penyampaian cek sumbangan untuk 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dana kira-kira RM70,000 itu disumbangkan oleh PPP Wilayah Persekutuan, pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Unit Pelaksanaan dan Pelarasan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Menurut Chandrakumanan, Anwar perlu berhenti mengelirukan fikiran rakyat bahawa beliau mempunyai mandat untuk mentadbir negara. “Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan bagaimana anda boleh mengatakan mempunyai 51 peratus undi popular serta boleh kalah? Adakah undang-undang kita mengikut undi popular? Jawabnya: Tidak. “Undang-undang kita mengikut majoriti kerusi yang telah dimenangi di Parlimen. Itu yang diikuti dan merupakan demokrasi kita. Jadi, jangan memutarbelit dengan mengelirukan rakyat, pembangkang telah menang dan BN menipu rakyat," ujarnya.

Sunday 23 June 2013

Biro Tatanegara: Relevan Lagikah Kewujudannya???

Biro Tatanegara(BTN) seharusnya berada dalam kepompong kerahsiaan, namun pergerakan dan tingkahlaku sebilangan pembesar-pembesarnya, telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya motif sebenar kewujudan BTN terutama pada tahun-tahun kebelakangan ini. BTN ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan nama Unit Penyelidikan Belia untuk menangani masalah pemikiran jahat yang dicambahkan ke kepala anak-anak muda pada waktu itu khusus kepada mahasiswa, para pelajar dan anak-anak muda. Pada tahun 1982, Unit Penyelidikan Belia telah bertukar nama menjadi Biro Tatanegara. BTN menyanggah dan menangani unsur-unsur radikalisme yang cuba diterapkan dan disemaikan oleh golongan yang ditaja oleh Orientalis seperti Anwar Ibrahim dan gerombolannya. Antara tugas utama BTN pada waktu itu ialah memadamkan benih-benih demonstrasi jalanan dengan memberikan maklumat benar tentang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Pelbagai program penerangan dijalankan untuk mendidik rakyat Malaysia agar menjadi warga yang berguna kepada negara. Pada tahun 1999, BTN ‘dipulihkan’ semula di bawah pengurusan Tan Sri Dr Nordin Kardi dan berjaya menumpaskan demonstrasi jalanan dan menenangkan negara untuk kesejahteraan semua. Bermula dari situlah, para pemimpin pembangkang, khususnya DAP melihat BTN sebagai jentera yang perlu dilumpuhkan dan perlu diperlihatkan sebagai musuh negara. DAP telah menjalankan pelbagai kempen memburuk-burukkan BTN termasuklah menyatakan kewujudan BTN hanya membazir wang negara. BTN juga dikatakan menjumudkan dan membodohkan anak-anak muda dengan pendoktrinan agar setia dan patuh kepada kerajaan. Sejak kebelakangan ini, terutama apabila BTN dibelasah dan dikritik teruk oleh Anwar Ibrahim, BTN mula dipersoalkan kewajaran dan keberkesanan kewujudannya. Walaupun ketika menggenggam kuasa dahulu, BTN merupakan agensi yang paling banyak dipergunakan oleh Anwar Ibrahim, sehinggakan cerita tentang penghapusan semua fail dan bukti ‘arahan’ serta ‘kerja-kerja’ untuk Anwar Ibrahim sebaik-baik sahaja dia hilang kuasa, cukup popular. Sudah terlalu banyak tindakan melibatkan BTN yang dipersoalkan. Ketidakberkesanan BTN sentiasa terbukti. Pengalihan kiblat anak-anak muda, semakin menjelaskan bahawa BTN tidak lagi relevan di negara ini. Ke mana hala tuju BTN sebenarnya sekarang ini? Adakah para pemimpin tertinggi BTN sudah cukup berpuas hati dengan apa yang berlaku?. Ada pihak yang cuba membela BTN daripada kritikan dalaman. Anehnya, pembelaan tersebut tidak pula disusuli dengan kejayaan BTN menelusuri asal mula kejadiannya. Sebaliknya BTN kelihatan lebih kepada sebuah badan yang cuba menentukan siapa yang pegang kuasa dan berkuasa. BTN seharusnya kembali ke landasan asal iaitu kembali menumpukan kepada golongan sasaran, golongan muda. Protes jalanan banyak melibatkan anak muda sama ada mereka dari kalangan pelajar universiti, pelajar sekolah, pelajar keciciran bahkan yang tidak berpelajaran sekalipun. Semakin ramai golongan muda yang berada di jalanan bertujuan untuk melakukan kekerasan, bermakna semakin tidak berkredibiliti jugalah BTN pada mata masyarakat. Apakah sebenarnya di dalam BTN, sudah mula menjadi lubuk dan sarang golongan yang kiblatnya adalah Anwar Ibrahim? Apakah sebenarnya BTN sekarang ini wujud hanya untuk memusnahkan kerajaan sedia ada memandangkan musuh yang dihadapi dari tahun 1974 lagi adalah orang yang sama? Atau sebenarnya, barisan kepimpinan BTN sebenarnya sudah terlalu tua untuk golongan muda, sekaligus memerlukan rombakan besar-besaran badan berkenaan bagi memastikan, destinasi dan tujuan kewujudan BTN kekal relevan?

MB Selangor Terlelap Semasa Sidang Akhbar......!!!

Sidang akhbar Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyaksikan gelagat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba-tiba hilang fokus sebelum terlelap ketika bercakap kepada sekumpulan pemberita. Turut bersama pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas mengenai majlis angkat sumpah tersebut. ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut disedari tertidur apabila beliau membuat kenyataan dalam nada terputus-putus sehingga sukar difahami dan diikuti mata tertutup sebelum terus terlelap selama hampir 15 saat. Apabila tersedar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditanya seorang pemberita sama ada beliau tertidur. Menteri Besar itu mengakui bahawa beliau sememangnya terlelap. Selepas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih berada pada sidang akhbar turut dilihat terlelap buat kali kedua selama kira-kira 10 saat ketika Hannah bercakap di depan kira-kira 15 wartawan dan jurugambar. Apa jua alasan pun,terlelap semasa sidang akhbar adalah tindakan yang bakal mengundang pelbagai persepsi negatif. Inilah ciri personaliti MB Selangor Pakatan Pembangkang......!!!

Thursday 20 June 2013

Cina dan Melayu Singapura

. Untuk memastikan ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960an dan 1970an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency–GRC). Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya. Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu. Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad. Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan. Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas. Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (Kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina. Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina. Ini berikutan pada tahun 1980an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina. Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9%) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad. Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998. Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991. Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

Tuesday 18 June 2013

Perubahan Landskap Politik........!!!

Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah. Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU13 yang lalu. Sebaliknya, kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang secara jelas telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini. Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui bahawa kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini. Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan bagi membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Kaum Cina ini dilihat begitu ‘organized’ sehinggakan kempulan yang dianggap kecil seolah-olah sudah menjadi kumpulan majoriti kerana kemampuan mereka mempengaruhi keadaan negara dalam semua bidang kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ekonmi dan politik. Berbagai-bagai dasar telah digubal untuk mengimbangi penguasaan harta kekayaan negara secara ‘equitable’ tetapi sehingga hari ini matlamat DEB yang mengandungi dasar ini telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 80an dahulu. Kejayaan awal dasar ini telah dicapai dan mendapat sokongan dari bangsa-bangsa lain di negera ini semasa itu, dalam lingkungan tahun-tahun 70an dan awal 80an dahulu. Semasa itu kaum Cina sendiri merasakan yang dasar itu perlu disokong kerana mereka mengakui yang hidup berniaga dan berpolitik di negara ini tidak akan ada kestabilannya sehingga semua kaum menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’ semasa itu. Tetapi pimpinan Melayu sendiri telah mengabaikan dasar ini dan menumpukan untuk membina negara ini sebagai negara maju dan perindustrian secara kilat. Memang benar, negara kita maju dalam industri dan perniagaan, tetapi pengabaian dasar untuk membentuk rakyat yang mempunyai pegangan kekayaan dan pendapatan secara ‘equitable’ itu telah melenyapkan harapan orang melayu untuk bersama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bangsa lain di negera ini. Sehingga ke hari ini matlamat itu belum tercapai sepertimana yang diinginkan. Dalam pada itu bangsa Cina sudah melalui zaman dan generasi yang baru yang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membantu mengimbangi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara kita ini. Apabila sampai situasi ini maka wujud keadaan di mana orang Melayu tidak mencapai apa-apa dan di samping itu dituduh mendapat layanan istimewa kerajaan terus-terusan. Maka orang Melayu tersepit sehingga hari ini. Akhirnya bangsa Cina menganggap Melayu itu sebagai bangsa "pengemis" yang kebanyakan di kalangan yang ada di sekeliling mereka yang berkuasa hanyalah sebagai ‘rent seekers’ semata-mata. Di beberapa blog di dalam media alternatif komen-komen mencarutkan bangsa Melayu oleh bangsa bukan Melayu kerap kita lihat dan terbaca. Perasaan resah gelisah ini diperguna oleh pihak yang ingin menguasai politik negara sama ada dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Inilah akibatnya jika dasar-dasar yang boleh digunapakai buat jangka masa yang panjang itu dicemari oleh pimpinan yang mewarisi kepimpinan negara selepas tahun 70an dahulu. Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku sekarang. Pihak kerajaan tidak tahu apa kebaikan yang mereka lakukan dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini untuk memanjat tangga kekuasaan politik yang sangat asing dari apa yang kita alami lama dahulu. Sekarang sudah hilang suasana dalam mana setiap kaum berkerjasama untuk menjayakan dasar yang menguntungkan semua pihak semasa itu. Negara kita amat memerlukan pembaharuan dan memulakan negara yang baru, sistem yang baru dengan barisan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini. Untuk membina sebuah negara yang baru itu, negara memerlukan seseorang yang berkemampuan unutk membina ‘architecture’ politik yang baru untuk menamatkan budaya menghina dan memaki hamun pihak-pihak yang berlawanan. Segala kata-kata kasar dan kesat yang keluar dari mereka yang baru sahaja mengenal politik atau hendak berjinak dengan politik. Kadangkala mereka mengunakan kata-kata yang begitu kesat seolah-olah mereka tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka. Apabila berlainan pendapat maka mereka akan menjadi kasar dan biadap walaupun orang yang berbeza penadapat itu bercakap dengan beradab serta bersopan. Kalau dahulu ramai mempunyai pandangan rendah ini terhadap penyokong BN, selepas pilihan raya apabila pihak yang telah tewas dan kecewa pula mengambil tempat mereka yang biadab sebelumnya itu. Rupa-rupanya serupa sahaja sikap mereka dari kedua-dua pihak yang berbalah ini. Bagaimanalah mereka ini mampu mendapat sokongan ramai untuk membuat pembaharuan seperti yang mereka laungkan itu? Teringat pula kepada satu perbilangan baru yang selalu kita dengar sekarang ini, iaitu ‘lebih sudu dari kuah’. Memaki hamun menjadi budaya mereka dengan menggunakan samaran ‘anonymous’. Nasib baik juga pihak ini tidak menang dalam PRU yang lepas. Kalaulah mereka memenangi pilihan raya yang lalu, tidak dapat kita bayangkan betapa sombong dan angkuhnya sikap mereka itu sekarang ini. Itulah sebabnya ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik bukan sahaja untuk pihak yang mempertahankan kedudukan tetapi juga pihak yang melawan tetapi mendapat kekalahan itu. Di sebalik ketentuan itu sudah semestinya ada hikmah yang tidak ternilai bagi semua pihak.

Anwar Disahkan Pembawa HIV Positif.......!!!???

Sejak kebelakangan ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan‘hitam’. Sebelum ini kisah Anwar mengambil ‘cocktail drugs’ yang dikatakan mampu melambatkan kesan HIV pernah didedahkan oleh beberapa blog. Ubat tersebut dikatakan berharga sehingga ribuan ringgit sebiji dan perlu dimakan setiap hari bagi memastikan tubuh tidak terkesan dengan kuman HIV. Namun,kisah tersebut tidak begitu diperbesarkan memandangkan tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti. Ini kerana, tidak seperti Anwar yang gemar menuduh tanpa bukti, pihak BN lebih mengambil berat soal ‘bukti’ dalam memperkatakan keburukan pembangkang. Justeru, kisah Anwar dijangkiti HIV ini menjadi hambar dan tawar. Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya,jika tidak sakit, kenapa wajah Anwar nampak begitu ‘terganggu’? Kenapa tiada cahaya di wajahnya seperti wajah Datuk Sri Najib mahupun Tun Mahathir yang jauh lebih tua lagi? Jelas, di wajah Anwar terpacar jiwa yang kacau,minda yang bercelaru serta tubuh yang lesu.Seolah-olah sesuatu sedang memakan tubuhnya dari dalam,sehingga tiada lagi rasa bersalah, rendah diri atau kejujuran.Yang tinggal di wajah Anwar hanyalah kerakusan dek cita-cita yang tidak pernah padam. Renungan matanya dalam dan kelam,tanpa sedikit pun ketenangan.Anwar seolah-olah sedang menjadi mayat hidup,mereput dan membusuk dari dalam secara perlahan-lahan.Kita tahu bahawa Anwar takutkan tiga perkara di dalam dunia ini iaitu : Pertama, rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kedua, Isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu,Sabah dan Ketiga, Pendedahan Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau yang bakal ‘menelanjangkan’ Shamsidar. Ketakutan ini pasti mengganggu tidur Anwar.Jika ini benar,maka isu pencerobohan Lahad Datu pastilah yang paling ditakutinya kerana ia bukan lagi isu peribadi,tetapi isu yang melibatkan dua negara. Pengkhianatan kepada negara sudah cukup besar untuk mengganggu jiwa Anwar.Tetapi apa yang lebih dahsyat dari itu ialah ia melibatkan nyawa manusia.Bukan sahaja nyawa manusia yang tidak bersalah, tetapi juga manusia yang bermain dengan ilmu hitam. Jika benar beliau merupakan dalang pencerobohan tersebut,kedua-dua pihak merupakan mangsa kerakusan Anwar untuk berkuasa.Bayangkanlah,betapa beratnya tanggungan jiwa Anwar ketika ini. Walau bagaimanapun,tidak mustahil Anwar langsung tidak merasa terganggu dengan segala bebanan itu.Tidak mustahil Anwar adalah jenis manusia ‘sociopath’ yang tidak tahu merasa bersalah.Tidak mustahil wajah cengkung Anwar itu tidak berkait dengan apa-apa selain keletihan yang teramat sangat kerana tenggelam dalam penipuannya sendiri. Namun, tidak kira apapun penyebab wajah cengkung Anwar, ramai yang bersetuju bahawa manusia dengan jiwa yang murni tidak mungkin akan memperlihatkan wajah yang sebegitu terganggu. Justeru,hanya satu saja jawapan yang pasti mengenai teka-teki wajah Anwar iaitu, beliau bukanlah pejuang di jalan yang benar. SUMBER: BADUT RAKYAT

Seks "Dua Alam" Anwar.......!!!

Datuk Nallakaruppan kata ada bukti pasal kegiatan seks "dua alam" Anwar Ibrahim. "Kalau aku tak salah, aku mesti saman orang yang tuduh aku dengan tuduhan yang jijik dan memalukan ini". "Aku mesti saman sampai orang yang buat fitnah ni papa kedana dan menyesal pasal tuduh aku amal seks "dua alam"!!!! Datuk Nalla ini kalau kita tengok sejarah, beliau memang antara paling rapat dengan Anwar. Datuk Nalla pun tahu semua aktiviti dan siapa yang terlibat dalam seks "dua alam" Anwar Ibrahim. Hebat "tuduhan" Datuk Nalla terhadap Anwar Ibrahim "Anugerah Tuhan" ni......!!! Tapi bila agaknya Anwar Ibrahim nak saman Datuk Nallakaruppan yer...!!!???

Monday 17 June 2013

Facts That Opposition Never Want You To Know!!!

Bloomberg listed Malaysia as 9th Cheapest Price of Oil Country in the World. Even United States was rank at 12th in the world they already claimed that they are among the cheapest in the world. If 12th dare to claim they are among the cheapest then what about Malaysia which rank at 9th?. Malaysia is rate at $3.30 per gasoline while United States at $4.19. (this exclude the latest Malaysia BN government who reduces our RON97 by 20 sen per liter and most importantly Anwar only PROMISE while BN deliver it despite not being in BN Manifesto after winning in GE13). DAP and Anwar allegations that Malaysia is oil exporter country therefore the price should be cheaper? Facts no.1, Malaysia not even recognize by OPEC as an oil exporter country . The REAL oil exporter country will be invited to be part of OPEC. Facts no.2, will be 90% of the daily oil that Malaysia produces already uses for local consumption. In this case we actually only export 10% of our oil. US oil output rose 14 percent to 6.5 million barrels per day last year — a record increase. By 2020, the nation is forecast to overtake Saudi Arabia as the world’s largest crude oil producer. At the same time, US gasoline demand has fallen to 8.7 million barrels a day, its lowest level since 2001, as people switch to more fuel-efficient cars. Price of oil in Malaysia is even cheaper than many other REAL OIL producer and exporter countries like Iraq , Sudan and etc. Anwar Free Education policy ? Norway is unusual in that it’s the only major oil producer with expensive gas. Instead of subsidizing fuel at the pump, the country uses its oil profits for services, such as free college education, and savings for infrastructure improvements. A country like Norway who do not give their citizens oil subsidy end up giving them free education. As in Malaysia , the educational loan interest rate is only at 1% and 80% of the entire cost in public University already subsidized by the government. This include OIL Subsidy from Malaysia government. Malaysia tax rate is at Malaysia 27% while compare to United States tax rate at 40%. Means every RM 100 American is earning then RM 40 will be given back to the government. Yet the citizen and politicians including the oppositions never promise to reduce price of oil , free education and free this and free that. Malaysian who pay just 27% of tax thinks that they are the BOSS while people in United States thinks that the country is the Boss. They belief in not what your country can do for you but WHAT CAN YOU DO FOR YOUR COUNTRY – John F Kennedy. US Unemployment rate at 7.3% vs Malaysia 3.3%. (In economic theory unemployment rate at 5% is normal and below 5% is good). Since DAP and Anwar always ask us not to compare with country that is worst than us then why not we just compare all this with 1 of the top and best country in the world which is the United States?. United States national debt is at USD16 TRILLION vs Malaysia at USD 132 Billion. When Mitt Romney fought against Obama, he never politicized this issue to claim that US will go bankrupt but instead selling to the Americans what he can do to reduce the National Debt. In Malaysia? Just at RM 500 billion while ignoring the facts that our national debt is at 53% GDP ( normal ) and earning more than RM200 billion a year after PM Najib took over and yet people like Anwar , Lim Kit Siang and Red Bean Army can spread that our country is going to go bankrupt? Worst many Malaysian students who are ECONOMIC GRADUATE and study economy during SPM and STPM can even belief such a fake lie. Anwar and DAP had never tell you how they are going to reduce our national debts. They only tell you how they going to SPEND our country money to give YOU this and that Free and abolish this and that . BN rule Kedah for 55 years and the state debts is only at RM 1 billion. Pakatan Rakyat rule less than 4 years ( after Mac 2008 ) they state debt had increase to RM 3 billion in just 4 years time ! Penang state under DAP is a surplus state ? DAP transfer 90% of their state water debt to the Federal. Since Federal is under BN then the surplus credit should actually goes to BN. Corruption ? World Corruption Perception Index improve by 6th ranking from 60th to 54th over the last 4 years.

Sunday 16 June 2013

Lakonan Pakatan Pembangkang: Memboikot Sidang Parlimen.......!!!

Tidak konsisten. Hanya itu istilah yang sesuai. Pendirian pemimpin pembangkang untuk tidak memboikot sidang Dewan Rakyat telah membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang(PP) tidak konsisten dengan pendirian mereka selama ini. Apabila mereka menyatakan persetujuan untuk hadir pada sidang Dewan Rakyat dan akan mengangkat sumpah yang dijadualkan 24 Jun ini, ianya dilihat telah bercanggah dengan pendirian mereka yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya 5 Mei lalu. Hal ini sekaligus memperlihatkan ketidakwibawaan pimpinan PP, apatah lagi kenyataan dan pendirian mereka selama ini tidak pernah selari dengan hasrat mereka. Seperti sebelum ini mereka menyatakan bahawa mereka membantah, mempertikai dan menolak keputusan pilihan raya tetapi kerajaan PKR di Selangor, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PAS di Kelantan terus mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi. Begitu juga bila mereka mengatakan tidak mempercayai kredibiliti SPR, tetapi mereka masih juga menerima kemenangan di kawasan yang dimenangi. Jadi timbul persoalan, jika benar PP terlalu mempercayai bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya kenapa perlu mereka mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat? Dan kini, biar apa pun hujah pembangkang, keadaan telah pun membuktikan mereka tidak pernah konsisten dengan apa yang mereka katakan. Difahamkan isu memboikot majlis mengangkat sumpah di Parlimen ini mulanya adalah gesaan gabungan NGO SuaraRakyat505 dalam kenyataan terbuka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini. Kumpulan NGO ini melihat ianya sebagai bukti untuk tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya di samping cara untuk menguatkan lagi bantahan PP yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan di seluruh negara. Bagaimanapun selepas gesaan itu, cadangan tersebut telah ditolak oleh beberapa pimpinan DAP dan PAS. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan bahawa Ahli Parlimen PAS akan tetap menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen yang diadakan baru-baru ini. Bahkan ianya disokong oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan bahawa dakwaan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini tidak pernah dibincangkan sama sekali. Datuk Mahfuz sendiri menjangkakan semua Ahli Parlimen PP akan hadir pada majlis angkat sumpah tersebut sekaligus akan mengikuti titah ucapan DiRaja pada 24 Jun ini. Begitu juga dengan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengakui parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen kelak. Terkini, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk memulau majlis Angkat Sumpah Dewan Rakyat. Bukan sekadar itu, terdapat ramai lagi pimpinan PP yang turut tidak bersetuju untuk memboikot sidang Dewan Rakyat. Terbaru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik PKR bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini. Jadi apabila mereka memutuskan sebegitu, di manakah pendirian mereka selama ini yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya? Jika benar mereka menolak keputusan pilihan raya, mereka perlu bersepakat dalam segala hal. Jika tidak mereka harus akur dengan keputusan pilihan raya sejak dari awal lagi.

Thursday 13 June 2013

Adakah Ini MB Selangor Pilihan Rakyat......!!!???

MatMerapu agak terperanjat melihat gambar MB Selangor ini....!!!??? Jika gambar ini benar, MB Selangor perlu menjelaskannya kepada rakyat Selangor di atas "aksi sumbang" ini. Siapakah wanita bersama dengannya? MatMerapu jangka rakyat negeri Selangor dan majoriti pelawat/pembaca blog ini pasti mengenali wanita tersebut......hehehe!!! Sumber: Sangkakala.blogspot

MB Kedah: Ketua Menteri P.Pinang Pening......!!!

Dengan pengambilalihan Negeri Kedah oleh BN telah membuatkan kerajaan negeri itu memperoleh semula hasil yang selama ini tidak pernah dinyatakan oleh Pakatan Pembangkang(PP). Dengan kehadiran Menteri Besar yang baru, Dato' Mukriz Tun Mahathir juga telah membuatkan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng jadi bertambah pening kerana perlu membayar caj pengambilan air sebanyak RM20 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah. Kenapa selama ini perkara tersebut tidak didedahkan? Apakah selama 5 tahun memegang Kedah dan Pulau Pinang caj ini langsung tidak dikenakan kepada kerajaan Pulau Pinang dan jika benar ianya berjumlah RM20 juta setahun maka jika dikalikan dengan 5 tahun ianya sudah membabitkan nilai RM100 juta. Banyak perkara dapat dilakukan dengan wang sebanyak itu dan jelas kerana risaukan kedudukan, maka ianya didiamkan.

Wednesday 12 June 2013

Kuasa Politik : Apakah Melayu Dalam Bahaya.....???

Terdapat dua kenyataan dalam membincangkan isu ini. Kenyataan Pertama "Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority". (Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam) Kenyataan Kedua "Ekonomi dan perniagaan telah muncul sebagai kekuatan yang menentukan politik dan sosial dalam negara". (Buku Wawasan 2020 - Terbitan Institut Kajian Dasar tahun 1993) Kedua-dua kenyataan tersebut ditambah dengan puluhan kenyataan lain yang pernah dibuat oleh kepimpinan dan para akademik negara ini telah menegaskan bahawa kekuatan ekonomi wajib ada dan kekuatan ekonomi inilah yang akan menentukan bukan sahaja pemilikan kuasa politik oleh orang-orang Melayu malah "survival" kaum itu sendiri. Menyedari keperluan penguasaan ekonomi sebagai pra-syarat penting dalam menentukan genggaman kuasa politik maka persoalan "Kuasa Politik" - Milik Melayu selamanya harus diukur dengan mengambilkira kekuatan pegangan ekonomi orang- orang Melayu. Bagi yang menyanggah perkara ini dengan mengatakan bahawa kuasa politik dengan gubahan dasar akan dapat mencengkam kuasa politik maka kita harus merujuk kepada kenyataan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1956 yang berbunyi; "Perbezaan kaum berlaku tahun 1956 lagi. Orang-orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang-orang Melayu. Sungguh pun ada jaminan hak-hak keistimewaan Melayu dan Perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali mencegah atau menyekat bangsa lain yang bukan Melayu daripada mencari kekayaan dan kesenangan dan lagi sehingga sekarang hak-hak keistimewaan itu masih belum lagi menghasilkan keadaan setaraf Melayu dengan bangsa-bangsa lain". Tuanku Abdul Rahman ( Malaya Merdeka 26/04/1956) Kenyataan Tuanku Abdul Rahman dapat dilihat sebagai penegasan bahawa kekuatan politik atau kuasa politik dalam penentuan dasar bagi menjamin hak keistimewaan Melayu tidak akan dapat meletakkan Melayu setaraf dengan bangsa-bangsa lain apabila pegangan ekonomi Melayu tertinggal jauh ke belakang. Justeru itu, meletakkan kekuatan Melayu pada kuasa politik dan menetapkan kuasa politik tersebut sebagai "ultimate weapon' untuk terus menjadikan Melayu relevan di tanah air sendiri amat meleset. Harus diperingatkan bahawa pembelian wang dengan wang adalah sesuatu yang tidak realistik tetapi pembelian kuasa dengan wang adalah sesuatu yang lebih realistik dan mampu berlaku. Beberapa pengertian kepada fakta ini sudah cukup untuk kita melihat betapa pentingnya kuasa ekonomi dalam dunia hari ini dan dalam konteks Malaysia dan Melayu, begitu besar risiko yang diambil oleh orang-orang Melayu jika kita hanya beranggapan bahawa kuasa politik dapat melalui kuasa ekonomi dan Melayu akan terus relevan andai hanya berpegang dengan kuasa politik. Sungguhpun begitu penyanggahan pengertian terhadap kenyataan di atas baik oleh Dato Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan buku-buku koleksi penulisan oleh Institut Kajian Dasar masih boleh dibuat dengan alasan pegangan kuasa politik itu di imbang dengan tanggungjawab dan moral kepimpinan. Pakar Pemikir pengurusan dipetik mengatakan bahawa "Power must always be balanced by responsibility otherwise it is tyranny". Ini juga bersesuaian dengan satu kertas kerja yang di bentangkan dan di bukukan dalam Wawasan 2020 - Menangani Wawasan 2020 - 1993 Institut Kajian Dasar yang memetik sebagai berkata; ......meninggalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan sosial , politik dan ekonomi - memencilkannya akan menyebabkan kehidupan bermasyarakat hanya dipandu oleh kepentingan sempit kumpulan ; .......dan sekiranya dibaca dalam konteks 'Melayu dalam Bahaya' maka ini akan menjerumuskan kita kepada keruntuhan bangsa kita serta mengarahkan bangsa kita kepada keruntuhan - baik pegangan kuasa politik mahupun ekonomi sekiranya kuasa yang ada tidak dilaksanakan dengan penuh kesedaran, penuh dedikasi dan untuk melunaskan amanah yang telah diberikan menerusi perlaksanaan demokrasi yang ada di negara kita ini. Pegangan kuasa politik akan dapat menentukan peningkatan dan kemajuan bangsa baik dalam apa segi sekali pun sekiranya kuasa yang dimandatkan oleh rakyat kepada pemegang amanah tidak digadai untuk kepentingan individu atau beberapa kumpulan dalam bangsa itu sendiri. Justeru, kepimpinan yang diamanahkan oleh rakyat - mengimbangi kuasa yang ada dengan kesedaran serta tanggungjawab akan dapat menaturalisasikan idea yang mengatakan bahawa kuasa politik dapat dilemahkan lantas digadai dengan kekuatan bangsa lain terhadap pegangan ekonomi. Pokok perbincangan adalah 'Melayu dalam Bahaya'. Persoalan utama, apakah yang membahayakan Melayu dan siapakah yang sedang menyerang Melayu? Ini adalah persoalan utama yang perlu kita kaji setelah kita meneliti secara ringkas ; kekuatan ekonomi yang mampu membeli kuasa politik, kekuatan politik yang sebenarnya mampu menjana perkembangan ekonomi orang- orang Melayu serta keperluan moral dan tanggungjawab dalam memastikan kuasa politik terpelihara di tangan orang-orang Melayu . Dalam satu kertas kerja yang pernah ditulis oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020 dan masa depan orang-orang Melayu, Dato' Sri Najib dipetik berkata ; - menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu - kerana selama ini kita harus mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan kepada peniaga-peniaga Melayu - pengusaha-pengusaha Melayu : disebabkan khayalan mereka sendiri. Kenyataan ini disokong oleh beberapa kepimpinan sekarang ini khususnya Tun Dr Mahathir sewaktu memperkatakan mengenai tongkat orang-orang Melayu. Pembuangan tongkat orang-orang Melayu dikatakan perlu supaya Melayu itu tidak dimanja sehingga mereka lena untuk bangkit menyedari proses dunia tanpa sempadan yang berkehendakkan orang-orang Melayu bersaing. Tidak dapat disangkal bahawa terdapat kebenaran dalam apa yang mahu disampaikan oleh Tun Dr Mahathir tetapi apakah dengan pembuangan tongkat tersebut maka Melayu akan terus dapat hidup di bumi Malaysia ini lantas bersaing dengan bangsa-bangsa lain di luar negara ini. Kenapa buang yang ada? Kenapa perlu digadai segala yang diberi dalam kontrak sosial semata-mata kononnya mahu bangsa Melayu itu maju? Kita jangan lupa sejarah kerana sejarah berulang kembali khusus pada mereka yang lupa. Tahukan kita bahawa apa yang dikatakan tongkat kepada Melayu yang diberi oleh kerajaan adalah tongkat yang serupa yang diberi oleh kerajaan pada waktu awal tamaddun Malaysia oleh Inggeris? Tahukan kita bahawa kehadiran bangsa lain yang diberi tongkat serta merta oleh penjajah adalah untuk meneutralisasikan kuasa yang ada kepada kepimpinan Melayu pada waktu itu? Tahukan kita seawal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa Tanah Melayu dan Negara-Negara Selat adalah milik orang Cina kerana mereka yang telah membangunkan Tanah Melayu. (Warta Malaysa 11/3/1931) Tahukan anda pada tahun 1953 - Federal Legislative Councill (6th Session) March 1953 Melayu di bawah RIDA dipotong peruntukan sehingga 3 juta bagi memberi laluan kepada pembentukan kampung-kampung baru Cina dengan peruntukan sebanyak 11 juta ringgit. Bayangkan kalau pada tahun 1953 gula hanya pada kadar 5 sen dan kini dengan kadar RM2.50 berapakah nilai 11 juta pada tahun 1953 dan sekarang? Apakah semua subsidi ini dari se awal tahun 1931 (mengambil anggaran) ke tahun 1957 (mengambil anggaran) ia itu selama 26 tahun subsdi, tongkat dan memapah bangsa lain dalam perekonomian bangsa itu tidak menjana kejayaan bangsa itu sendiri? Cina dan India sekiranya diperhatikan sudah sedia mendapat subsidi dan tongkat oleh pemerintah pada ketika itu. Apakah hari ini kita pula sebagai kepimpinan Melayu merasa berdosa untuk mengekalkan hak-hak keistimewaan yang ada, yang semakin terhapus dan ditambah dengan penjualan kuasa oleh kepimpinan Melayu itu sendiri? Kepimpinan Melayu kita turut mengkritik soal dan sikap orang-orang Melayu. Namun menyalahkan sikap dan adat semata-mata adalah tidak adil. Sebagai kepimpinan mereka harus menentukan perkembangan minda orang-orang Melayu. Pembangunan minda harus diberi tumpuan utama agar Melayu lebih kritis dan kritikal dalam membuat keputusan. Ini adalah antara pembangunan yang tidak diberi perhatian menyeluruh. Kita bukan boleh mendidik masyarakat Melayu dengan terburu-buru. Tamaddun Melayu bukan beribu-ribu tahun. Kita harus mengkaji juga kegusaran pemimpin Melayu mengenai masyarakat Melayu, tetapi kegusaran itu harus menjurus kepada usaha untuk mencorakkan bentuk dan resepsi Melayu terhadap pembangunan fizikal dan material. Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang-orang Melayu dapat dilihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950; Gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang-orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan mata ialah apa yang akan disertakan oleh orang-orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang-orang Melayu dan gambar perbuatan orang-orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang-orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang- orang Melayu. Apakah gambar yang sedang kita lihat sekarang menunjukkan pendirian orang-orang Melayu atau ianya membayangkan ketiadaan pendirian orang-orang Melayu? Apakah dengan mengecilkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, hak yang sudah dikontrakkan ke atas kita dalam penyerahan hak-hak lain kepada bangsa-bangsa lain di tanah ini menunjukkan pendirian kukuh kita. Sekali lagi, diulangi 'Melayu Dalam Bahaya? Siapa mengancam kita ? Perlu diingatkan bahawa kelahiran anak kecil berbangsa Cina dan kelahiran anak kecil berbangsa Melayu bukan dipenuhkan dengan sikap sebagai satu pakej menentukan perbezaan bangsa. Anak kecil Melayu bukan dilahirkan dengan pakej sifat-sifat pemalas, mahu kaya cepat dan haprak dan anak kecil Cina bukan dilahirkan dengan sifat kerajinan, pandai berniaga dan berani. Dalam konteks mudah, anak-anak kecil itu dilahirkan dan akan subur dengan sikap yang diwarisi daripada kepimpinan ibu bapa mereka. Dalam konteks yang lebih besar, kaum Melayu itu akan subur dengan sifat yang diwarisi oleh kepimpinan Melayu pada ketika itu. Apakah kita mewarisi sifat yang sepatutnya atau kita terikut dengan sifat yang dipunyai oleh kepimpinan kita. Serangan utama kepada Melayu adalah; Bila yang mengamalkan tabiat rasuah, menyusulkan kepada anak bangsanya menolak rasuah - ini merupakan satu pembohongan. Persoalan utama Melayu, apakah seluruh, secara kolektif mereka yang berbangsa Melayu itu adalah punca kemunduran Melayu? Lahir sahaja sebagai Melayu maka pakej yang disertakan oleh Allah ialah pemalas, mahu kaya cepat dan haprak. Kalau itu jawapan yang boleh diberikan oleh cerdik pandai kepimpinan kita maka kita usulkan mulai tahun ini kita haramkan Melayu berkahwin dengan Melayu kerana ini akan menyebabkan Malaysia penuh dengan bangsa haprak yang akan merugikan Malaysia. Kalau dikatakan pergeseran antara Melayu kaya dengan Melayu miskin adalah punca kemunduran Melayu, maka persoalkan pembahagian kekayaan yang adil sebagai asas menangani pergeseran ini. Namun kalau dikatakan kepimpinan Melayu menjual hak sebagai punca kemunduran Melayu maka Melayu harus disedarkan mengenai kepimpinan yang dipilih. Kuasa seharus disertakan dengan tanggungjawab, sekiranya tidak maka itu satu kezaliman. Kita perlu juga menyimpulkan bahawa kuasa politik yang tidak digadai mampu membantu generasi hari ini untuk berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa-bangsa lain. Kita perlu ada gambaran yang terperinci mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan bukan membuat andaian yang belum tentu keberkesanannya. Jangan ditarik hak ini kononnya ia akan dapat membantu kaum Melayu kerana ini hanya satu teori yang belum menjanjikan kejayaan. Jangan yang ada dilupus ibarat mencurah air tempayan bila guruh berdentum - kerana hujan belum tentu turun. Jangan kita ibaratkan bangsa kita sebagai bangsa "Red Indian", kerana teori Red Indian tidak boleh digunapakai kerana "Red Indian" bukan pemerintah Amerika sedangkan Melayu adalah pemegang kuasa. Persamaan dangkal ini - Melayu dan "Red Indian" dalam konteks tanah rizab Melayu harus ditolak. Melayu harus disedarkan dan masyarakat Melayu harus melalui proses pembangunan minda yang menyeluruh sebelum tamadun Melayu dapat berkembang dan seterusnya dapat menggenggam kuasa politik yang ada tanpa tiris. Proses ini harus dijalankan secara jujur tanpa kepentingan individu.

Tuesday 11 June 2013

Pasca PRU13: Pembangkang Rancang Boikot Taklimat Parlimen!!!

Sebelum ini wakil Pakatan Pembangkang (PP) beria-ia hendak jadi wakil rakyat. Setelah bertanding dan dipilih rakyat, mereka pula tidak mahu ke Dewan Rakyat. Layakkah mereka ini bergelar wakil rakyat jika tindakan mereka hanya menyusahkan rakyat......??? Itulah karenah wakil rakyat atau Ahli Parlimen pembangkang yang merancang hendak boikot taklimat Parlimen dan memulau persidangan yang bermula dua minggu lagi . Kalau kesemua 89 Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAS hendak boikot majlis yang dikira penting sebelum Dewan Rakyat bermula 24 Jun ini. Menurut Perlembagaan Artikel 59 (1), "jika Ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 6 bulan selepas persidangan pertama Dewan Rakyat maka mereka akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen". Apakah mungkin kita akan menghadapi Pilihan Raya Kecil paling besar.....89 kawasan Parlimen serentak???? Namun,ada antara Ahli Parlimen pembangkang sudah menjawab jemputan pihak Parlimen untuk hadir pada taklimat tersebut. Mereka ini sebahagian besarnya adalah yang pertama kali bergelar wakil rakyat. Kalau mereka tidak hadir, mereka sendiri yang rugi kerana majlis itu bukan setakat taklimat sebaliknya hendak dibuat kad identiti untuk akses, isi semua borang yang berkaitan untuk urusan gaji, surat menyurat dan lain-lain. Ini sebagai persediaan sebelum persidangan penuh nanti dan memudahkan urusan wakil rakyat itu sendiri sepanjang bergelar Ahli Parlimen. Sumber Parlimen memberitahu, sehingga pagi Isnin 10hb Jun, hanya 78 daripada 222 Ahli Parlimen sudah memberi jawapan akan hadir. Ada antara mereka Ahli Parlimen pembangkang penggal pertama. Bagi Ahli Parlimen penggal lalu yang kekal, mereka mungkin tidak hadir kerana maklumat peribadi bagi urusan gaji dan surat menyurat sudah ada dalam rekod pentadbiran Parlimen. Mungkin sebab itulah wakil PP rancang hendak boikot majlis tersebut kerana maklumat peribadi mereka sudah ada. Adalah dilihat Anwar terus kempunan untuk jadi Perdana Menteri selepas PRU13, bukan saja rancang boikot majlis taklimat tetapi persidangan yang akan bermula 24 Jun nanti. Khabarnya, bukan sekadar untuk memulaukan persidangan, Ketua Pembangkang juga dikatakan tidak menghantar soalan-soalan seperti kebiasaan. Namun, sekutunya dari DAP dan PAS membuat keputusan sebaliknya untuk hadir ke sesi pertama Parlimen penggal baru-baru ini. Dalam PRU13, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi. Ekoran keputusan itu, PP terus meroyan dan membuat pelbagai gempak termasuk menuduh SPR menipu, mengadakan perhimpunan 505,mengemukakan 25 petisyen, jumlah yang cukup untuk mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah (89+25=114) dan terbaru bercadang memulau Sidang Parlimen. Apapun, MatMerapu menjangka bahawa 89 wakil PP tidak berani untuk tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan berdepan dengan Pilihan Raya Kecil.......!!!???

Monday 10 June 2013

Sistem Kuota: UMNO Bakal Mundur

UMNO akan kembali mundur sekiranya sistem kuota diperkenalkan semula dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu akan datang yang bakal diadakan pada bulan November nanti. Sistem pemilihan sedia ada untuk jawatan tertinggi itu sudah memadai dan lebih baik berbanding sistem kuota yang diamalkan sebelum ini. Sekiranya sistem itu dilaksanakan semula, Umno akan dilihat sebagai sebuah parti tidak demokratik kerana menyekat kebebasan ahlinya bertanding dan memilih pemimpin mereka. Jika diperkenalkan kembali kuota dan sebagainya, maka itu seolah-olah mengembalikan UMNO seperti zaman dulu yang mana seolah-olah wujud sekatan untuk mana-mana pihak bertanding dalam parti. Sebagai parti demokratik, UMNO tidak harus membiarkan parti itu dilihat tidak demokratik. Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Dato' Seri Salleh Said Keruak yang mengesyorkan supaya sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO diperkenalkan semula pada pemilihan parti itu pada masa akan datang. Sementara itu, pelaksanaan sistem kuota dilihat tidak wajar dan kena pada tempatnya kerana ia menghalang ruang demokrasi dalam UMNO. Sebaliknya, pembaharuan dan transformasi diuar-uarkan Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak beberapa tahun lalu perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian dan andaian yang tidak berasas. Ia sepatutnya beri ruang demokrasi dan hak kepada ahli peringkat Bahagian untuk memilih pemimpin mereka. Jika mengikut tradisi UMNO sebelum ini, ia hanya melibatkan perwakilan dari lebih 200 Bahagaian sahaja. Adalah diperhatikan bahawa sistem baru itu mampu menarik orang UMNO dari pelbagai peringkat untuk bertanding, sekali gus menafikan dakwaan bahawa UMNO dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja. Justeru, usaha mendemokrasikan UMNO tidak seharusnya dihantui dengan sistem kouta yang jauh ke belakang beberapa tahun lalu. Adalah dianggap sesiapa pun dan terbuka kepada setiap ahli parti untuk bertanding dalam UMNO. Jika sistem kuota diamalkan lagi, hilanglah ruang demokrasi.......!!!

Sunday 9 June 2013

Perpaduan Melayu: UMNO dan PAS

Wacana Perpaduan Melayu sudah agak lama 'berputar' di pentas politik. Ia kembali berkumandang selepas PRU13. Ini ekoran kebimbangan akan keruntuhan 'menara' kuasa politik Melayu di negara ini. Dilihat ada anjakan,biar pun kecil tetapi sangat bermakna dalam wacana ini. Di peringkat awal, wacana perpaduan Melayu ini zahir dalam bentuk pelbagai seruan kepada perpaduan Melayu. Kini, 'seruan' telah beranjak dan 'membesar' menjadi 'tindakan'. Tindakan yang dipamerkan Menteri Besar Kedah, Dato' Mukhriz terhadap bekas MB, Dato' Seri Azizan yang terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya. Selain melawat Dato' Seri Azizan, Dato' Mukhriz melalui Kerajaan Negeri telah bermurah hati membiayai kos rawatan beliau. Sebelum itu, Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin (PAS) mempelawa lawan beliau dalam PRU13 baru-baru ini, Dato' Saifuddin (UMNO) menyertai Panel Perunding Temerloh Daerah Berkebajikan. Terbaru, Kerajaan Pusat telah meluluskan RM69 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS, bagi tujuan pengurusan hal ehwal Islam di negeri itu. Ini disusuli dengan pemilihan Kelantan buat pertama kali sejak 23 tahun, sebagai tuan rumah Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bermula 10 Jun ini. Kesemua langkah ini sangat bermakna kerana ia sangat berkesan dalam merapatkan hubungan antara UMNO dan PAS, mengendurkan ketegangan yang ada, seterusnya membenihkan keakraban dan membunuh prasangka. Jika ini berlaku, suasana yang sangat kondusif bagi membincangkan soal perpaduan Melayu akan terbentuk. Usaha merapatkan hubungan antara UMNO dan PAS ini boleh disifatkan sebagai peringkat kedua Wacana Perpaduan Melayu yang sedang berlangsung. Peringkat ketiga dan terakhir, ialah memulakan usaha menyatupadukan Melayu itu sendiri. Pada peringkat ini, akan berbangkit persoalan tentang mekanisme perpaduan, syarat-syarat dan segala perkara yang berkaitan. Ringkasnya, wacana Perpaduan Melayu melalui tiga peringkat berikut : Pertama: Seruan kepada perpaduan Melayu. Kedua: Usaha merapatkan hubungan antara UMNO dan PAS. Ketiga: Memulakan usaha penyatuan Melayu. Dalam konteks perpaduan Melayu, ianya sedang berada di peringkat kedua, iaitu merapatkan hubungan antara dua kelompok besar orang Melayu, UMNO dan PAS. Terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu ini telah pun menggerakkan usaha-usaha merapatkan hubungan ini. Ia hendaklah disemarakkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang lain. Masyarakat awam juga perlu memainkan peranan yang sama. Mereka boleh anjurkan program atau aktiviti sukan yang melibatkan UMNO dan PAS, atau apa sahaja yang boleh menyumbang kepada keakraban kedua-dua parti ini. Mengimpikan perpaduan Melayu tanpa berusaha merapatkan jurang dan ketegangan yang wujud di kalangan orang Melayu hanya akan menyebabkan perpaduan Melayu mungkin terus kekal sebagai mimpi......!!!

Thursday 6 June 2013

GE13: DAP’s ‘Chinese racism’

Tun Dr Mahathir is still going all out to accuse the DAP of playing on racial sentiments. He said today that the results of Election 2013 demonstrate “Chinese racism”, which he alleged was fanned by the DAP to ensure the community’s domination of Malaysian politics. The influential former Prime Minister’s accusation against the DAP reflects the strident tone of the right-wing elements in UMNO, as several politicians from the ruling party and the party’s mouthpiece Utusan Malaysia continue to frame the May 5th polls as a Chinese-vs-Malay vote. “The DAP playing on racial sentiments drew the Chinese away from BN by depicting the MCA as lackeys of UMNO,” Dr Mahathir wrote on his blog chedet.cc 6th June. “If today the schism between the races is deeper, it is because the DAP reject the Malay/Chinese/Indian ‘kongsi... Racial polarisation has become more pronounced as a result. It will become more so in the future’,” he added, referring to BN’s power-sharing concept among its race-based component parties. Dr Mahathir also claimed that the majority of protesters at Pakatan Pembangkang’s (PP) recent rallies against electoral fraud are Chinese youths. “If more proof is needed of the role of Chinese racism in the 13th GE, the demonstrations accusing the BN of fraud and cheating in the elections, despite being organised by Anwar and the PKR, are largely attended by Chinese, especially the young,” said Dr Mahathir, referring to Opposition Leader Dato' Seri Anwar Ibrahim. “The protests seem to be mainly a Chinese affair,” he added. “Although DAP and PKR participated in these demos, PAS members were noticeably absent”. The country’s longest-serving Prime Minister said that the May 5th General Election showed that “the quality of the candidates or parties, the ideologies and the desire for change will always be secondary to race”. Analysts, however, have debunked Prime Minister Dato' Sri Najib Razak’s claim of a “Chinese tsunami” in the 13th General Election, noting that the middle-class and urban electorate had deserted BN across racial lines. They noted that BN retained federal power on the back of rural support. Despite a fierce onslaught, BN failed to recapture Selangor and Penang, the two most industrialised states in the country. Dr Mahathir pointed out that all the Chinese candidates from the DAP contested in Chinese-majority constituencies. The DAP became the second-largest party in Parliament by winning 38 federal seats compared to PKR’s 30 and PAS’s 21. He said that PP was not a “true” coalition, but merely an “election pact” between parties opposed to BN. “This pact clearly benefited the chauvinist Chinese in DAP most, while PAS, the most Malay of the Pakatan parties, benefited the least,” he added. Dr Mahathir further accused “extremists Chinese” in the DAP of whipping up hatred against the Malays through the slogan “Malaysian Malaysia” by implying that non-Malays suffered discrimination and are perceived as second-class citizens. “Whenever government policies such as the NEP were defended, the defenders whether in the government or NGOs are labelled racist,” he said, referring to the New Economic Policy (NEP). PP has charged that race-based policies enrich the Malay elites and the well-connected instead of the poor majority.

DAP Punca Perpecahan Kaum - Tun Dr. Mahathir

Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini. Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan PRU13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada BN dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO. "Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina. "Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc 6hb Jun 2013.

Wednesday 5 June 2013

Menghina Agong: Kebiadaban Melampau.......!!!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada 4hb Jun (Selasa)telah berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan. “Suspek dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan SKMM itu. Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang DiPertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri. Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog ‘Whats Up Brades’. Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit. MatMerapu berharap agar tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina Yang DiPertuan Agong dan SKMM terus mengambil tindakan offensif siber terhadap blog dan laman sosial berkaitan.