Wednesday, 26 June 2013

PAS Kehilangan Tonggak Kepimpinan Akibat Kelemahan Haji Hadi

Sebelum ini, banyak pihak menghormati PAS kerana kewibawaan kepimpinan Presiden PAS Dato’ Haji Abd. Hadi Awang yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Hadi sahaja. Haji Hadi , seperti juga Fadzil Nor , menjadi tempat rujukan dan secara otomatik menjadi tulang belakang parti tersebut. Bagaimanapun akhir-aklhir ini kehebatan Haji Hadi sebagai pemimpin berkarisma mulai luntur apabila umum melihat beliau begitu lemah berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Pembangkang (PP) seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tian Chua. Prinsip dan pegangan PAS mula goyah dan tergugat berada dalam tangan Haji Hadi. Beliau tidak sepertimana yang dizahirkan dalam pidato-pidatonya yang berapi-api mempertahankan ‘prinsip kepimpinan Islam’, telah beransur-ansur tunduk dan akur kepada kehendak Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP khasnya Lim Kit Siang. “Jauh panggang dari api kalau Haji Hadi hendak disamakan dengan kepimpinan Rasulullah yang kental dan tegas dan tidak berganjak dari prinsipnya walaupun baginda diancam dan diserang”. Sebaliknya, beberapa pemimpin PAS pula hilang prinsip bila berdepan dengan DAP dan PKR. Ditengah-tengah kritikan tentang kelemahan Haji Hadi itu, tiba-tiba terkeluar satu kenyataan dari Haji Hadi yang amat luar biasa, apabila beliau menunjukkan kewibawaannya kepada rakyat Malaysia, di mana perpaduan orang Melayu diberikan keutamaan dengan menzahirkan keinginannya untuk berunding dengan UMNO. Berita ini memang menghilangkan kesangsian umum terhadap kemampuan Haji Hadi yang sebelum ini dipertikaikan kerana pakatan PAS dengan DAP, sedangkan para pemimpin DAP secara terang-terang menentang sebarang cadangan untuk wujudkan pemerintahan Islam secara total di negara ini. Sejak itu nama Haji Hadi mula menjadi bahan perbualan masyarakat Melayu di kedai-kedai kopi terutamanya di Kelantan, daripada beliau dikritik kerana berkawan dengan DAP telah bertukar menjadi hero menyelamatkan Melayu kerana hal ini memang tidak disukai oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd.Aziz Nik Mat, yang kononnya sudah serik dengan UMNO, padahal ada sebab lain yang disembunyikan mengapa beliau begitu kuat menentang cadangan mengadakan Kerajaan Campuran antara BN dan PAS. Keadaan ini membawa kepada Muktamar Agung PAS yang berlangsung di Selangor, di mana Presiden Pas Haji Hadi Awang bercakap soal cadangan untuk berunding dengan UMNO ke arah membentuk Kerajaan Campuran BN-PAS itu, dengan bergaya dan penuh dengan keyakinan diri dan diberi sokongan oleh mejoriti ahli parti itu yang menghadiri muktamar tersebut. Timbalan Presiden parti, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan jelas dan terang menyokong kenyataan Haji Hadi mengenai cadangan itu dan dipersetujui oleh semua kepimpinan PAS Pusat. Walaubagaimanapun seperti biasalah ‘Rumah Sudah Siap Pahat Berbunyi’ ahli-ahli PAS Kelantan, khususnya wakil-wakil rakyat PAS yang menghadiri Muktamar Agung PAS di Selangor itu, ada yang rasa terancam dengan cadangan Kerajaan Campuran PAS-BN itu sudah mula menyebarkan pandangan negatif mereka kepada orang terdekat dengan pucuk pimpinan parti di peringkat negeri. Walaubagaimanapun, terkeluar kenyataan Nik Aziz yang membuat kenyataan yang amat keras terhadap cadangan penubuhan Kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN kerana ketika kenyataan itu dikeluarkan Nik Aziz tidak ada dalam negeri . Nik Aziz hemburkan kemarahan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan menggesanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS kerana kononnya melakukan kesalahan bercakap soal Kerajaan Perpaduan ini. “Tidak hairanlah , orang Kelantan telah lali dengan mulut celupar Nik Aziz ini di mana beliau terus akan membuat komen terhadap setiap apa yang diajukan kepadanya tanpa berrfikir panjang!". Berdasarkan pendapat di atas, Nasharudin tidak perlu panik dengan kenyataan keras Nik Aziz itu, sebaliknya ia hendaklah ingat kembali kenyataan Presiden PAS sendiri di Muktamar Agung PAS di Selangor itu mengenai perkara tersebut yang diterima dengan baik oleh majoriti ahli PAS. Jadi, memerhatikan sinario politik Nik Aziz dan Haji Hadi ini bersama latarbelakang dan suasana semasa kenyataan itu dibuat, dapatlah disimpulkan, bahawa Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang begitu kuat pengaruhnya terhadap Nik Aziz dan Haji Hadi. Kasihan Nasharuddin Mat Isa ! Jelas sudah ucapan Haji Hadi di Muktamar Agung PAS bulan lalu itu datangnya dari lubuk hati Haji Hadi sendiri dan sanggahan Nik Aziz terhadap Nasharudin dan Haji Hadi adalah merupakan motivasi dari Anwar dan Kit Siang, manakala Haji Hadi yang kemudiannya membuat kenyataan yang terbalik kot itu pula adalah akibat tekanan Anwar dan Kit Siang juga! Dalam ertikata lain, pemimpin PAS, walau siapapun mereka, walau sejauhmana pendapat peribadi mereka tentang politik, akhirnya tunduk dan akur kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang juga! Apabila Presiden PAS sendiri menjadi goyah pendiriannya dalam apa yang diucapkan di khalayak ramai secara rasmi dan mengubahnya setelah menemui orang tertentu di luar partinya , bererti PAS telah kehilangan tonggak kepimpinan partinya ,yang selama ini menjadi rujukan dan sandaran segala hujah politik dan agama, kerana yang ada ini telah menghancurkan kewibawaannya serta karismanya sendiri dalam menghadapi tekanan rakan kongsi politik yang telah tersasar jauh dari asas iman dan taqwa!.

No comments:

Post a Comment