Monday, 24 June 2013
PRU14: BN Tubuh Makmal Politik
Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan makmal politik untuk memaksimumkan transformasi parti gabungan itu dalam menghadapi PRU14.
Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, makmal politik itu akan berkuatkuasa Julai ini.
Ia bertujuan untuk mengkaji persedian parti komponen dengan meneliti perubahan dari segi polisi, jenama(branding) atau struktur atau ketiga-tiganya sekali.
“Untuk jangka waktu yang diperlukan, mungkin beberapa hari ini atau mungkin seminggu atau lebih diperlukan asalkan keseluruhannya makmal politik ini dapat membuat cadangan khususnya spesifik tentang perubahan yang perlu dilakukan kepada Barisan Nasional,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Parti Komponen BN, malam tadi(24 Jun 2013).
Makmal politik itu juga menurut Najib, akan mengambilkira semua cadangan dari pimpinan tertinggi, Cawangan dan Bahagian parti komponen termasuk badan bukan kerajaan(NGO) dan individu yang profesional dalam mengumpulkan suara keseluruhan parti.
Dalam perkembangan lain, beliau sudah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Seri G.Palanivel untuk berjumpa dengan rakan sejawatnya di Indonesia bagi mengenal pasti siapa yang menjadi dalang di sebalik kebakaran di negara itu yang menyebabkan Malaysia dilanda jerebu.
Jelas Najib, Malaysia sanggup menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan perkara itu.
“Kita juga ada kemampuan untuk padamkan kebakaran berskala besar dengan menggunakan bom air dan kita boleh tawarkan bantuan kepada Indonesia,” katanya.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib-naib Pengerusi BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment