Monday, 10 June 2013
Sistem Kuota: UMNO Bakal Mundur
UMNO akan kembali mundur sekiranya sistem kuota diperkenalkan semula dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu akan datang yang bakal diadakan pada bulan November nanti.
Sistem pemilihan sedia ada untuk jawatan tertinggi itu sudah memadai dan lebih baik berbanding sistem kuota yang diamalkan sebelum ini.
Sekiranya sistem itu dilaksanakan semula, Umno akan dilihat sebagai sebuah parti tidak demokratik kerana menyekat kebebasan ahlinya bertanding dan memilih pemimpin mereka.
Jika diperkenalkan kembali kuota dan sebagainya, maka itu seolah-olah mengembalikan UMNO seperti zaman dulu yang mana seolah-olah wujud sekatan untuk mana-mana pihak bertanding dalam parti.
Sebagai parti demokratik, UMNO tidak harus membiarkan parti itu dilihat tidak demokratik.
Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Dato' Seri Salleh Said Keruak yang mengesyorkan supaya sistem kuota pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO diperkenalkan semula pada pemilihan parti itu pada masa akan datang.
Sementara itu, pelaksanaan sistem kuota dilihat tidak wajar dan kena pada tempatnya kerana ia menghalang ruang demokrasi dalam UMNO.
Sebaliknya, pembaharuan dan transformasi diuar-uarkan Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak beberapa tahun lalu perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian dan andaian yang tidak berasas.
Ia sepatutnya beri ruang demokrasi dan hak kepada ahli peringkat Bahagian untuk memilih pemimpin mereka.
Jika mengikut tradisi UMNO sebelum ini, ia hanya melibatkan perwakilan dari lebih 200 Bahagaian sahaja.
Adalah diperhatikan bahawa sistem baru itu mampu menarik orang UMNO dari pelbagai peringkat untuk bertanding, sekali gus menafikan dakwaan bahawa UMNO dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja.
Justeru, usaha mendemokrasikan UMNO tidak seharusnya dihantui dengan sistem kouta yang jauh ke belakang beberapa tahun lalu.
Adalah dianggap sesiapa pun dan terbuka kepada setiap ahli parti untuk bertanding dalam UMNO.
Jika sistem kuota diamalkan lagi, hilanglah ruang demokrasi.......!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment