Tuesday, 18 June 2013
Perubahan Landskap Politik........!!!
Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah.
Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU13 yang lalu.
Sebaliknya, kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang secara jelas telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.
Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui bahawa kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.
Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan bagi membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ke tahap yang ada pada hari ini.
Kaum Cina ini dilihat begitu ‘organized’ sehinggakan kempulan yang dianggap kecil seolah-olah sudah menjadi kumpulan majoriti kerana kemampuan mereka mempengaruhi keadaan negara dalam semua bidang kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ekonmi dan politik.
Berbagai-bagai dasar telah digubal untuk mengimbangi penguasaan harta kekayaan negara secara ‘equitable’ tetapi sehingga hari ini matlamat DEB yang mengandungi dasar ini telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 80an dahulu. Kejayaan awal dasar ini telah dicapai dan mendapat sokongan dari bangsa-bangsa lain di negera ini semasa itu, dalam lingkungan tahun-tahun 70an dan awal 80an dahulu.
Semasa itu kaum Cina sendiri merasakan yang dasar itu perlu disokong kerana mereka mengakui yang hidup berniaga dan berpolitik di negara ini tidak akan ada kestabilannya sehingga semua kaum menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’ semasa itu. Tetapi pimpinan Melayu sendiri telah mengabaikan dasar ini dan menumpukan untuk membina negara ini sebagai negara maju dan perindustrian secara kilat.
Memang benar, negara kita maju dalam industri dan perniagaan, tetapi pengabaian dasar untuk membentuk rakyat yang mempunyai pegangan kekayaan dan pendapatan secara ‘equitable’ itu telah melenyapkan harapan orang melayu untuk bersama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bangsa lain di negera ini. Sehingga ke hari ini matlamat itu belum tercapai sepertimana yang diinginkan.
Dalam pada itu bangsa Cina sudah melalui zaman dan generasi yang baru yang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membantu mengimbangi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara kita ini. Apabila sampai situasi ini maka wujud keadaan di mana orang Melayu tidak mencapai apa-apa dan di samping itu dituduh mendapat layanan istimewa kerajaan terus-terusan. Maka orang Melayu tersepit sehingga hari ini.
Akhirnya bangsa Cina menganggap Melayu itu sebagai bangsa "pengemis" yang kebanyakan di kalangan yang ada di sekeliling mereka yang berkuasa hanyalah sebagai ‘rent seekers’ semata-mata. Di beberapa blog di dalam media alternatif komen-komen mencarutkan bangsa Melayu oleh bangsa bukan Melayu kerap kita lihat dan terbaca.
Perasaan resah gelisah ini diperguna oleh pihak yang ingin menguasai politik negara sama ada dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Inilah akibatnya jika dasar-dasar yang boleh digunapakai buat jangka masa yang panjang itu dicemari oleh pimpinan yang mewarisi kepimpinan negara selepas tahun 70an dahulu.
Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku sekarang. Pihak kerajaan tidak tahu apa kebaikan yang mereka lakukan dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini untuk memanjat tangga kekuasaan politik yang sangat asing dari apa yang kita alami lama dahulu.
Sekarang sudah hilang suasana dalam mana setiap kaum berkerjasama untuk menjayakan dasar yang menguntungkan semua pihak semasa itu.
Negara kita amat memerlukan pembaharuan dan memulakan negara yang baru, sistem yang baru dengan barisan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini. Untuk membina sebuah negara yang baru itu, negara memerlukan seseorang yang berkemampuan unutk membina ‘architecture’ politik yang baru untuk menamatkan budaya menghina dan memaki hamun pihak-pihak yang berlawanan.
Segala kata-kata kasar dan kesat yang keluar dari mereka yang baru sahaja mengenal politik atau hendak berjinak dengan politik. Kadangkala mereka mengunakan kata-kata yang begitu kesat seolah-olah mereka tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka.
Apabila berlainan pendapat maka mereka akan menjadi kasar dan biadap walaupun orang yang berbeza penadapat itu bercakap dengan beradab serta bersopan. Kalau dahulu ramai mempunyai pandangan rendah ini terhadap penyokong BN, selepas pilihan raya apabila pihak yang telah tewas dan kecewa pula mengambil tempat mereka yang biadab sebelumnya itu.
Rupa-rupanya serupa sahaja sikap mereka dari kedua-dua pihak yang berbalah ini. Bagaimanalah mereka ini mampu mendapat sokongan ramai untuk membuat pembaharuan seperti yang mereka laungkan itu?
Teringat pula kepada satu perbilangan baru yang selalu kita dengar sekarang ini, iaitu ‘lebih sudu dari kuah’. Memaki hamun menjadi budaya mereka dengan menggunakan samaran ‘anonymous’.
Nasib baik juga pihak ini tidak menang dalam PRU yang lepas. Kalaulah mereka memenangi pilihan raya yang lalu, tidak dapat kita bayangkan betapa sombong dan angkuhnya sikap mereka itu sekarang ini.
Itulah sebabnya ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik bukan sahaja untuk pihak yang mempertahankan kedudukan tetapi juga pihak yang melawan tetapi mendapat kekalahan itu.
Di sebalik ketentuan itu sudah semestinya ada hikmah yang tidak ternilai bagi semua pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment