Wednesday, 5 June 2013
Menghina Agong: Kebiadaban Melampau.......!!!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada 4hb Jun (Selasa)telah berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.
“Suspek dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan SKMM itu.
Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang DiPertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.
Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog ‘Whats Up Brades’.
Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit. MatMerapu berharap agar tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina Yang DiPertuan Agong dan SKMM terus mengambil tindakan offensif siber terhadap blog dan laman sosial berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment