Sunday 22 June 2014

MH370: Lokasi Carian Berubah.......!!!???

Pencarian Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan berubah ke kawasan sejauh 800km di selatan lokasi pencarian sebelum ini berdasarkan analisis baharu laluan pesawat tersebut. Pasukan penyiasat yang berusaha menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dijangka meneroka kawasan berkeluasan 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth. Akhbar West Australian melaporkan operasi mencari bawah laut itu akan disambung semula Ogos depan. Sebelum ini, lokasi sama terhad kepada pencarian dari udara. Akhbar itu yang memetik sumber Amerika Syarikat melaporkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) akan mengumumkan lokasi baharu itu terletak 800km ke selatan zon pencarian sebelum ini. "Sumber mendedahkan kapal peninjau Fugro Equator sudah beroperasi di zon tersebut dan akan disertai kapal China, Zhu Kezhen tidak lama lagi," kata laporan itu. Dua kapal itu akan meninjau lokasi baharu itu yang memiliki kedalaman hingga 6,000 meter sebelum pencarian dasar laut dimulakan. Sebelum ini, pencarian MH370 melibatkan operasi besar-besaran di udara dan laut gagal menemui bangkai atau serpihan pesawat itu. Boeing 777-200 tersebut bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Pemilihan Semula PKR: Kecoh & Pergaduhan Sesama Sendiri......!!!

Pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor kecoh apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang individu dipercayai penyokong kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketika proses pemilihan berlangsung kira-kira pukul 1.35 petang, calon ketua cabang berkenaan, S.Manikavasagam difahamkan menegur tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba berkempen di pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor. Bagaimanapun, teguran Manivasagam itu dibalas oleh individu terbabit sehingga tercetus perang mulut sehingga terpaksa dileraikan oleh para penyokong serta anggota jawatankuasa pemilihan parti. Manikavasagam ketika ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan ia cuma salah faham yang dikatakan berpunca daripada orang luar yang cuba berkempen."Tidak ada (gaduh), cuma salah faham sikit-sikit sahaja. Ada orang tukar-tukar chai (risalah nombor calon)...orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR Pusat," katanya selepas proses mengundi kira-kira pukul 3.20 petang. Sebelum itu, Manikavasagam enggan memberikan ulasan mengenai kejadian tersebut atas alasan tidak mahu dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR memandangkan beliau pada 15 Mei lalu pernah digantung keahlian sebelum ditarik balik oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun lalu. Tindakan ke atas Manikavasagam dibuat susulan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kapar itu menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Abdul Khalid terbabit dalam politik wang dalam pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lalu. Manikavasagam menerusi laporan sebuah portal berita, antarapos.com bagaimanapun mendakwa masih wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa. Memetik laporan portal itu, Manikavasagam berkata, beliau difahamkan terdapat satu acara keramaian diadakan di Kolej Inpens bagi menjamu ahli-ahli parti sebelum mereka dibawa ke tempat mengundi di Stadium Tertutup Kuala Selangor."Dari awal saya dah cakap saya bantah rasuah, tapi saya kecewa kerana masih ada lagi berlaku rasuah tetapi apa pun saya akan laporkan kepada biro politik dan kita akan serah kepada JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) atau jawatankuasa disiplin parti," kata Manikavasagam. Sementara itu, pemilihan PKR Cabang Kuala Langat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra, Banting menyaksikan pergaduhan dua kumpulan dipercayai penyokong calon ketua cabang dengan penyokong penyandang jawatan itu yang menarik diri daripada pencalonan sebelum ini. Pergaduhan itu berlaku ketika hampir proses pemilihan cabang berkenaan ditutup pada pukul 7 malam. Difahamkan pergaduhan tercetus setelah salah satu pihak tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus. Pemilihan semula PKR Cabang Sabak Bernam di Dewan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pula turut kecoh apabila terdapat ahli parti itu didakwa cuba melakukan provokasi untuk meraih undi sehingga berlaku pertengkaran kecil. Seorang ahli PKR cabang berkenaan yang enggan dikenali mendakwa, pengedaran terlalu banyak risalah nama calon telah menimbulkan kerumitan kepada pengundi. "Ada juga beberapa individu yang sudah dilucutkan keahlian daripada PKR, dilihat membantu memancing undi dan menimbulkan kekecohan dengan mengoyakkan gambar calon bertanding". "Apabila ada penyokong calon berkenaan ternampak kertas itu dikoyakkan, mulalah kecoh kerana mereka tidak puas hati," dakwanya.

Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum.....???

Benarkah hipotesis bahawa PRU13 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan? Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik. Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP). Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap. Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama adat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik. Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya. Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum. Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia. Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita. Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok sebelum ini telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu. Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor. Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuatkuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum, DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan suatu ketika dahulu. Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai anti-meritokrasi. Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu anti-DAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP. Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut. Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi. Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-PRU13 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa. Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum. Salah satu tataetika utama yang harus dipersetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

Aspan Alias Bidas DAP Rasis......!!!???

Bekas ahli UMNO, Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu kini bertindak mengkritik parti pembangkang itu kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon PRU13 yang lalu. Aspan sendiri merupakan antara yang tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya. Malah beliau yang juga bekas Veteran UMNO Negeri Sembilan membidas DAP kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.“Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India,” katanya. Aspan menyertai DAP bersama ADUN UMNO, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Menurut Aspan, beliau menyertai DAP kerana merasakan bahawa BN gagal membangunkan perpaduan negara. Namun katanya beliau kini menyedari bahawa DAP sendiri tidak mempercayai kaum lain, khususnya orang Melayu.“DAP menyerang BN kerana mendakwa bersifat perkauman, tetapi ramai yang lupa bahawa DAP sendiri mengamalkan dasar perkauman sepenuhnya". “Saya tidak peduli jika parti mahu memecat saya. Bagi saya menyertai parti politik hanya sebagai medium, namun matlamat saya adalah lebih penting. Tujuan saya adalah untuk mewujudkan perpaduan negara,” katanya. Sejak akhir-akhir ini Aspan semakin lantang mengkritik kedua-dua pihak sama ada Pakatan Rakyat dan juga BN dalam entri blognya (http://aspanaliasnet.blogspot.com/). Aspan berkata beliau mengambil keputusan untuk bersuara kerana bimbang tentang keharmonian kaum di negara ini. Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan Aspan itu kerana kecewa apabila tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya. Beliau juga menolak semua dakwaan Aspan dan menyifatkan ia sebagai “tidak penting”. “Dia hanya seorang ahli biasa. Dia boleh mengatakan apa yang dia mahu. Kepimpinan parti akan bertindak balas apabila diperlukan," katanya.

Thursday 19 June 2014

Muhyiddin Tidak Letak Jawatan.......!!!

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai Timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selagi khidmatnya diperlukan. "Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," kata beliau. Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO. Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan. "Rombakan Kabinet adalah hak Perdana Menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di Kuala Lumpur. Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan Perdana Menteri, selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas. "Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,"katanya. Menurutnya hubungan baik antara beliau dan Perdana Menteri juga membolehkan apa-apa perbincangan dilakukan dari hati ke hati. "Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga," katanya. Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara. "Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak. "Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan UMNO dan BN itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan," katanya. Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota UMNO dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu. "Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya," katanya. Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab.

Pelbagai Masalah Dalam Pemilihan PKR 2014.......!!!

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 dianggap banyak pihak sebagai berdepan dengan pelbagai masalah termasuk wujud arahan dan pemberian wang bagi memastikan kemenangan calon-calon yang bertanding jawatan tertentu. Perkara itu dinyatakan bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Effendi Hasim yang mendedahkan kekecohan yang timbul termasuk semangat perkauman yang menebal oleh ahli semasa pemilihan parti itu bukan satu perkara baharu. "Pada pemilihan PKR pada 2010, seluruh negara dikejutkan dengan semangat perkauman yang menebal oleh kaum masing-masing. Melayu akan membawa seberapa ramai penyokong bagi mengundi calon Melayu, begitu juga dengan ahli kaum Cina dan India," katanya dalam satu kenyataan. Faizal Effendi berkata, kejadian itu sebenarnya membuktikan serangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap UMNO kononnya parti itu mengamalkan sikap perkauman memakan diri sendiri. "Saya tidak nampak PKR ini parti berbilang kaum sebagaimana disebut Anwar dan konco-konconya". "Pada pemilihan 2007 lagi, terbukti (wujud semangat perkauman) apabila ahli PKR Melayu menolak calon India dan Cina sehingga Anwar terpaksa meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail melantik seorang Cina dan India untuk jawatan Naib Presiden," katanya. Bukan itu sahaja, Faizal Effendi berkata, pemilihan PKR juga menyaksikan kekecohan apabila ahli parti memprotes kerana mendakwa ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kesemuanya konco-konco Timbalan Presiden, Azmin Ali. "JPP sekarang ini bersih kononnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tetapi umum mengetahui bayang Azmin sentiasa ada. Pemilihan kali ini rata-rata bermasalah. Kes di Pulau Pinang misalnya, ada beberapa cabang terpaksa dibatalkan kerana campur tangan orang kanan Anwar. Perkara ini harus disiasat," katanya.

Bernafaskah Demokrasi Di Dunia Internet......???

Membaca komentar Pengarah Hal Ehwal Politik Allianz SE, Katinka Barysch mengenai kebuntuan dunia internet untuk menyediakan lapangan demokrasi yang sihat kepada penggunanya begitu membuka minda untuk berfikir sejenak. Bagi mereka yang optimis, internet merupakan jalur kepada mereka untuk menyuarakan hasrat nurani dan membebaskan mereka dari sebarang cengkaman pihak pemerintah, ujar Katinka, wajar untuk mengkoreksi semula optimisme mereka. Sebelum kita melompat jauh ke dalam perbincangan ini, lagi elok untuk kita memahami konteks dunia internet di Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh International Telecommunication Union (ITU), Malaysia menduduki tangga keempat dari 180 buah negara dalam peratusan jumlah penduduk yang menggunakan internet dari keseluruhan populasi, iaitu 13.4%. Angka penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan populasi pada tahun 2010 berjumlah 28.3 juta orang. Jika ditimbang secara kasar, kira-kira 4 juta rakyat Malaysia mempunyai sambungan internet, tidak kira sama ada melalui telefon bimbit, WiFi di rumah dan sebagainya. Empat juta merupakan angka yang besar untuk negara ini, maka tidak hairanlah laporan mengatakan Malaysia berada di tangga keempat dunia bagi penggunaan digital. Jika disukat mengikut sisi tesis ini, sewajarnya Malaysia jauh lebih terkehadapan dari sudut kematangan demokrasinya, sejajar dengan terbukanya minda rakyat Malaysia terhadap dunia maklumat dan kebebasan untuk bersuara yang lebih dijamin oleh Facebook berbanding media cetak. Itu pun jika kita melihat dari sudut optimisnya mereka yang mengharapkan internet menawarkan sesuatu yang tiada di dunia luar. Namun benarkah begitu realitinya ketika ini? Freedom House – sebuah badan bebas yang menjalankan kajian mengenai kebebasan internet dan media – melaporkan, Malaysia masih dikategorikan sebagai negara separa bebas bagi penggunaan internet. Kita memuji langkah kerajaan yang mahukan rakyatnya terdedah dengan dunia internet, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu rakyat negara ini terdedah dengan maklumat. Internet merupakan alat, jika internet kerjanya sekadar untuk permainan atas talian maka akan lahirnya sekumpulan manusia yang diikat tengkuknya dengan rantai oleh tuan mereka. Kadang kala ada yang terbuai dengan keupayaan internet untuk menumbangkan rejim, mengambil contoh Tunisia apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya yang tidak tahan dengan kerenah birokrasi dan rasuah dalam kalangan polis di bandarnya, yang akhirnya mencetuskan sebuah revolusi menggulingkan rejim Zine El Abidine Ben Ali pada tahun 2011. Berita Bouazizi disebarkan secara viral oleh Facebook dan Twitter, mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat yang sudah sekian lama tertindas. Begitulah juga yang tertulis dalam sejarah pada semua kebangkitan yang berlaku di Tanah Arab, termasuklah juga di Brazil, Sepanyol dan malah baru-baru ini di Ukraine. Tidak dinafikan itulah sumbangan internet pada nilai harga diri manusia yang bebas, yang mahukan suara mereka didengari, menjadikan internet wadah utama. Di internet juga, segala penyusunan strategi mobilasi rakyat dilakukan. Di internet juga, didedahkan segala dokumen rasuah dan maklumat hasil salah guna kuasa oleh pihak pemerintah. Tidak dinafikan itu semua. Namun begitu, menjengah 2014, internet bukan lagi begitu sifatnya. Kerajaan pemerintah bijak, sebagaimana bijaknya rakyat mereka memanfaatkan internet untuk menjatuhkan mereka. Tahun lepas Edward Snowden menjadi buruan pihak Amerika apabila beliau mendedahkan rancangan pihak Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) melalui program rahsia mereka yang disebut sebagai PRISM, sebuah program pemantauan global – mereka memantau melalui jaringan internet – yang akan menginjak segala ruang privasi setiap individu dan kerajaan dengan mudahnya mengutip segala maklumat peribadi tanpa kebenaran tuan miliknya. Jika kita membicarakan hal ini dari sudut hak asasi manusia dan kebebasan individu, sudah tentu perbahasannya akan menjadi panjang lebar. Itu satu contoh yang jelas untuk pembaca menilai konteks perbincangan mengenai demokrasi dalam dunia internet. Kisah di Amerika menjadi ikutan banyak negara, tidak mustahil Malaysia turut merancang, atau sudah pun ada program sedemikian untuk mengawal dan menghadkan pengaruh kebangkitan melalui saluran internet. Contoh di Ukraine sekarang, mereka tidaklah menyekat internet tetapi mengupah sekumpulan tentera atas talian yang tugas mereka semata-mata untuk mengacau sebarang perbincangan mengenai isu semasa di forum-forum atas talian. Ini tetap juga dinamakan strategi kerajaan untuk mengawal internet. Sebetulnya perlu disebut, kerajaan cuba untuk mengawal demokrasi daripada diulang latih oleh rakyat mereka. Jangan dilupakan, kita di Malaysia punya Akta Hasutan, juga tugasnya untuk mengawal rakyat bersuara menggunakan saluran internet. Itu soal kerajaan yang menyekat, pada satu sisi. Jika dibuat pemerhatian mendalam lagi, hakikatnya rakyat sendiri, secara tidak langsung yang cuba membunuh demokrasi dalam dunia internet. Mengambil contoh ruangan komen di setiap portal berita tempatan, umpamanya Malaysiakini, satu persoalan tuntas yang akan terpacul ialah, ke mana semua perbincangan yang bersifat sebegini mahu dibawa? Terdapat sekelompok besar pengguna internet di Malaysia menunjukkan obsesi yang ketara dalam hal kepolitikan. Secara rambang, bagus bunyinya, namun setakat mana bagusnya itu, kita tidak menemui jawapan dalam segala komentar Facebook dan forum dan ulasan-ulasan mengenai politik di Malaysia. Mari kita jengah demografi di Twitter pula. Sekitar Februari 2014, Malaysia mempunyai kira-kira 3.5 juta pengguna Twitter, dan hampir sejuta yang berstatus aktif. Sesiapa yang sering mengikuti bahagian topik yang menjadi trending dalam kalangan pengguna di Malaysia, jarang sekali isu kenegaraan mendapat tempat sepuluh teratas. Hakikatnya, seperti yang diakui ramai ini bukanlah masalah yang dihadapi oleh Malaysia berseorangan. Negara lain juga begitu. Jika awal tahun 2011, internet seolah-olah satu senjata baru untuk menjatuhkan rejim, kini tahun 2014 internet menunjukkan penggunanya makin lesu tidak bermaya. Begitu banyak forum di Facebook, yang tujuan asalnya diwujudkan untuk membincangkan soal kenegaraan, akhirnya bertukar menjadi pusat pengiklanan insurans dan kereta terpakai. Kesan terburuk yang boleh dilihat, rupa dunia internet sebegini cuma akan mengundang rasa meluat dalam kalangan ramai pengguna dan akhirnya, mereka mengambil jalan mudah untuk bersikap tidak mengambil tahu langsung. Dan akhirnya, inilah nasib demokrasi dalam dunia internet. Sepatutnya, demokrasi fungsinya menganjurkan satu medan yang memberi peluang kepada semua untuk bersuara secara sihat, membebaskan manusia dari cengkaman pemerintah di dunia luar, namun, dek keceluparan kelompok obsesi – atau ekstrem – tidak dinafikan membunuh demokrasi yang sepatutnya hidup subur. Jika kita memberi harapan pada internet semata-mata untuk membina persekitaran politik yang lebih baik, lebih baik lupakan hasrat tersebut. Optimis adalah sifat yang terpuji, namun jika ekstrem optimisnya pada keupayaan internet untuk membina sesuatu kepada negara ini, ada sesuatu yang tidak kena dalam pemahaman kita. Dunia internet juga tidak lain adalah sama sebenarnya dengan dunia luar internet. Perlu diinsafi, tiada kebebasan mutlak, dalam atau luar dunia internet. Manusia hidup di dunia luar perlu dikawal, tidak dapat tidak dunia internet juga memerlukan kawalan sebegitu, yang padanya memberi maksud, demokrasi di dunia internet harus mekar sebagaimana berkehendaknya kita pada kemekaran demokrasi di dunia luar. Politik yang sihat tidak wujud dengan bersungguhnya kita memuatnaik status mengenai peletakan jawatan Mat Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Demokrasi tidak akan subur dengan hanya berkongsi video isteri pemimpin menari dangdut di majlis hari raya. Mengeksploitasi gambar-gambar pemimpin sebagai bahan jenaka tidak akan mampu menumbangkan sebuah rejim. Bersikap berkecuali dan menyalahkan pihak lain tidak berkesudahan juga tidak akan mengubah apa-apa landskap politik negara ini. Hakikatnya, jika para pengguna internet sekadar pada paras begini cara mereka bersikap ketika berada dalam dunia internet, tidak hairanlah mengapa hampir setiap hari topik trending di Twitter hanya seputar sambutan hari lahir penyanyi K-Pop. Menjawab persoalan perbincangan ini, Katinka berpendapat, tidak dapat tidak gerakan politik yang begitu mahukan medan demokrasi yang segar, harus sedar bahawa pembinaan kepolitikan itu tidak boleh mengharapkan internet semata-mata, dan menuntut agar kerajaan membebaskan internet dari kawalan itu merupakan angan-angan Mat Jenin. Mereka harus lebih realistik, bagi Katinka, dengan turun menyertai protes-protes jalanan, berkempen untuk peningkatan jumlah keahlian dalam parti politik dan memainkan peranan masing-masing untuk meningkatkan lagi peratusan keluar mengundi setiap kali pilihan raya. Hanya dengan cara demikian, menggabungkan dunia internet dan strategi traditional, barulah cita-cita untuk melihat demokrasi terus bernyawa dalam dunia internet termakbul, bahkan di dunia luar. Demikianlah, untuk berpolitik itu, tidak cukup hanya di Facebook. Politik masih perlu menginjakkan tapak kakinya di tanah jua.

Tanda Orang Menemui Malam Lailatul Qadar.......!!!

Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat.Ulama pula mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa. “Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali". Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri. Walaupun waktu tepat malam al-Qadar tidak diberitahu, Nabi Muhammad ada memberikan beberapa isyarat mengenai ketibaannya, seperti dinyatakan dalam satu hadis. Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam al-Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang akhir, dari bulan Ramadan.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari). Malam yang ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dari keterangan hadis menunjukkan malam yang mulia itu berpindah-pindah (tidak statik) dalam lingkungan 10 malam akhir dari bulan Ramadan. Orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah mereka yang meningkatkan ketakwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat, malah perangai berubah kepada lebih baik. Justeru, dalam kita mengharapkan Lailatul Qadar, seeloknya kita membuat persediaan, bermula dari pencarian ilmu, seterusnya dengan ilmu dapat beramal ibadat dan ibadat itu pula dengan hati ikhlas.

Wednesday 18 June 2014

Kejam: Isteri Potong 'Anu' Suami Kerana Berhajat Kahwin Lagi......!!!

Seorang isteri telah bertindak kejam apabila memotong kemaluan suaminya selepas mendapat khabar bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi, beliau melakukan demikian ketika suaminya sedang tidur. Menurut sumber, lelaki tersebut kini ditempatkan di HUSM, Kubang Krian, Kelantan. Pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan mangsa, namun sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang mengesahkan kejadian tersebut. Gambar tersebut kini tersebar di laman sosial seperti WhatApps, sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan, jika perkara ini benar, amat malanglah nasib lelaki ini yang menjadi mangsa isterinya gara-gara dia ingin berkahwin lagi.

Terkini: Kes RSN Rayer Ditangguh.......!!!

Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini ditangguhkan atas arahan yang dikeluarkan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Razali Che Ani.Perkara itu dimaklumkan peguam Rayer, Gobind Singh Deo yang berkata, notis penangguhan tersebut hanya diterima pihaknya pagi ini di Mahkamah Sesyen. Menurutnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan akan memohon supaya dakwaan ke atas Rayer di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan. Matmerapu sudah menjangka penangguhan kes ini sejak dari awal lagi. Matmerapu bukan hendak mendahului sistem perundangan tetapi kenapa ditangguh?

Gempar: Naga Muncul Di Johor.......!!!???

Gambar yang menjadi viral dan mula menjadi buah mulut apabila berberapa gambar naga yang telah dibunuh disebarkan di laman sosial Facebook. Dalam gambar tersebut dinyatakan di mana ianya dijumpai - apartment Tanjung Puteri. Tidak dapat dipastikan adakah gambar yang diterima ini benar-benar wujud atau pun sekadar gambar fake.Kita tunggu dan lihat sahaja respon dari sesiapa sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tapi sememangnya sudah menjadi viral di media sosial. Di samping itu ramai juga yang mengatakan paparan naga ini adalah gambar fake ataupun patung yang sengaja untuk buat cerita hot. Sesiapa yang ada maklumat, sila kongsi sikit di ruangan komen di bawah ini.

Apa Masalah PAS Dengan MAIS......!!!???

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata PAS perlu mengemukakan alasan bagi saranannya untuk menarik kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Beliau tidak melihat apa-apa masalah dengan MAIS, walaupun PAS bersungguh-sungguh untuk meminda undang-undang untuk menghapuskan kuasa eksekutif badan itu. "MAIS sekarang ini sudah elok dan baik, malah antara yang terbaik. Jadi apa masalahnya hendak tarik kuasa mereka"? "Kita pembangkang tak ada masalah dengan institusi ini. Jadi saya minta anda tanya PAS apa masalah mereka dengan MAIS ini?," kata beliau. Beliau tetap bertanya demikian selepas dimaklumkan bahawa PAS berhasrat agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi. PAS juga mengemukakan alasan bahawa MAIS tidak seharusnya diberi kuasa eksekutif kerana ia dilihat rapat dengan Sultan Selangor. "Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi (Istana) itu sendiri," kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Tuesday 17 June 2014

PRK Teluk Intan: Kenapa DAP Kalah.......!!!

PRK Teluk Intan yang berakhirpada 31 Mei 2014 agak menarik untuk dikaji secara sepintas lalu apakah faktor yang menyebabkan DAP tidak mampu mengekalkan rekod kemenangannya sejak tahun 2008. PRU12, DAP menang mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,470 manakala PRU13 menang dengan majoriti 7,313 undi dan PRK Teluk Intan, DAP kalah dengan majoriti 238 undi. Kekalahan DAP wajar dianalisis secara menyeluruh kerana sebagai parti yang mempertahankan kemenangan sepatutnya tidak akan berlaku sekiranya tidak berlaku masalah dalaman. Selepas PRU12, DAP mengalami krisis keyakinan kerana terus dilihat hanya mementingkan kedudukan dua keluarga utama, iaitu keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh di mana berlaku beberapa penyingkiran wakil rakyat yang pernah memberikan kemenangan sebelum ini. Teluk Intan tidak terkecuali apabila PRU13 menyingkirkan penyandangnya, M Manogaran untuk digantikan dengan Seah Leong Peng. Bagaimanapun Seah Leong Peng tidak dapat menghabiskan penggal kemenangannya apabila meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei 2014. Pada PRK lalu, DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud, seorang peguam Melayu anak seorang aktivis UMNO, berkelulusan undang-undang dari sebuah universiti khusus untuk Bumiputera dan belum pun cukup dua tahun sebagai setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang. Peralihan dari calon India kepada calon keturunan Cina membawa kemenangan besar sedangkan dengan gadis Melayu, DAP tewas dengan majoriti kecil 238 undi. Ini bermakna, dalam kawasan majoriti pengundi keturunan Cina (42 peratus), DAP tidak sepatutnya meletakkan calon Melayu walaupun pada pandangan beberapa orang pemimpin parti ia satu langkah permulaan menarik. Dyana Sofya yang bertanding dengan tokoh veteran Gerakan yang kini adalah Presiden Gerakan adalah sesuatu yang perlu diperhitungkan semasak-masaknya disebabkan tokoh itu mempunyai kekuatan. Datuk Mah Siew Keong adalah penyandang selama dua penggal dan merupakan anak tempatan yang dikenali ramai berbanding Dyana Sofya berasal dari Ipoh,Perak yang dianggap sebagai “orang asing” di kalangan pengundi Teluk Intan. PRK lalu merupakan percubaan ketiga Datuk Mah selepas tewas kepada calon DAP dalam PRU12. Kali ini, Datuk Mah berhasil kerana calon DAP hanya popular sekelip mata atas kempen persepsi sebagai calon yang cantik, masih muda, profesional tetapi tidak banyak menyoroti pengalaman politiknya sehingga layak dipilih sebagai wakil rakyat. Akibatnya, jumlah pengundi yang keluar mengundi hanya mencapai 66.4 peratus, satu peratusan yang mengejutkan kerana DAP mengharapkan ke tahap 80 peratus bagi membolehkan Dyana mencapai kemenangan besar. DAP menyalahkan pengundi luar yang tidak pulang ke Teluk Intan mengundi tanpa melihat apakah kemungkinannya. Pengundi luar tidak pulang mengundi kerana bagi mereka, kemenangan DAP tidak akan memberikan apa-apa kesan positif kecualilah kekal seperti biasa sejak parti itu menang dalam PRU12. DAP tidak melakukan apa-apa penambahbaikan kemudahan rakyat, hanya berjanji dan memanjangkan persoalan tersebut untuk diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab. Fenomena itu adalah suatu pengalaman biasa dalam mana-mana kawasan yang dimenangi oleh DAP kerana tanggungjawab wakil rakyat mereka tidak dilakukan sepenuhnya, hanya sekadar memenuhi suara berpolitik. Banyak contoh bagaimana wakil rakyat DAP hanya sibuk ketika menjelang pilihan raya manakala ketika selepas pilihan raya, mereka masih meneruskan kerjaya profesionalnya sama ada sebagai peguam, peniaga mahupun kerjaya lamanya yang tidak memerlukan peletakan jawatan. Itulah sebabnya kawasan yang diwakili oleh DAP tidak kenali dengan mesra dan lebih dekat dengan wakil rakyat, hanya tahu menyebut namanya. Tetapi, dalam masa yang sama, wakil rakyat DAP terus mempertontonkan dirinya sebagai “hero” bila ada perlawanan dengan pihak berkuasa akibat pelanggaran undang-undang. DAP bertindak sebagai jaguh pejuang masyarakat kecil apabila pihak berkuasa berusaha untuk memindahkan mereka kerana menduduki tanah kerajaan ataupun pihak sawsta dan tanah tersebut akan dibangunkan menerusi pelbagai projek. Kekalahan DAP di Teluk Intan juga ada kaitannya dengan pemboikotan sebahagian pengundi dan sebab itulah peratusannya adalah rendah. Pengundi melihat bahawa DAP sebenarnya sebuah pari politik yang menghadkan proses pembuatan keputusan dalam kalangan beberapa orang, termasuk ketika mencalonkan Dyana Sofya. DAP Perak tidak bersetuju, tetapi atas kehendak Lim Kit Siang, mereka terpaksa menerima dan secara diam-diam menghantar isyarat protes. Bentuk kempen DAP juga dilihat kurang berkesan dalam mempengaruhi keputusan memilih walaupun berbangga dengan kehadiran ramai khalayak misalnya, perhimpunan malam terakhir sebelum mengundi. DAP amat seronok kerana dihadiri oleh lebih 10,000 orang, walhal kehadiran itu hanyalah suatu bentuk sokongan luaran, bukannya sokongan yang mendokong kemenangan. DAP tertipu dengan petunjuk tersebut kerana unsur syok sendiri terus menyelubungi minda juru kempen pakatan pembangkang termasuk PAS sendiri. PAS berusaha mendiamkan diri daripada mengulas mengenai hukum hudud kerana bimbang DAP akan menyalahkan parti itu seandainya Dyana Sofya tewas. Tanpa bercakap mengenai hudud, PAS sebenarnya tidak jujur dengan perjuangannya sendiri, dan itu juga menjadi salah satu faktor kekalahan DAP kerana lebih ramai orang Melayu tidak percayakan PAS lagi. Kempen yang membabitkan Penasihat Umum PKR juga menyumbang kepada kekalahan DAP apabila Anwar menghina masyarakat Cina yang mengundi BN. Masyarakat Cina yang mengundi BN “bodoh” dan dengan kebodohan itulah akhirnya dikatakan jumlah undi yang dimilik DAP berkurangan begitu ketara, melebihi 9,000 berbanding apa yang diraih oleh mendiang Seah dalam PRU13. Anwar juga tidak lagi mempunyai imej terbaik kerana sering berdolak-dalik dengan tabiat buruknya sendiri, termasuk gemar menyalahkan sistem yang tidak menyebelahi keinginannya. Dalam masa yang sama, jika keputusan menyebelahi kepentingannya, ia dilihat sebagai satu keputusan yang adil manakala bertentangan ia dianggap suatu kesengajaan untuk menamatkan karier politiknya. Imej Anwar dikatakan sampai ke peringkat menurun berbanding ketika pembebasannya pada tahun 2008 sehingga beliau menang dengan majoriti besar dalam PRK Permatang Pauh. Eksploitasi kecantikan Dyana Sofya dilihat agak keterlaluan sehingga menimbulkan fobia dalam kalangan pihak-pihak tertentu kerana kecantikan seringkali dianggap sebagai punca malapetaka dan menjadikan pemiliknya ego. Tambahan pula Dyana masih belum berkeluarga menyebabkan dirinya amat mudah dimanipulasi sehingga ada penulis menggambarkan beliau sebagai “barang baik” yang terlaris di pasaran. Kelarisan itu menyebabkan beliau cukup popular sebagai ikon baharu dalam politik Malaysia walhal ia adalah sekadar hiasan semata-mata. Apa yang disifatkan oleh bekas Perdana Menteri bahawa Dyana hanyalah “window cosmetic” amat benar dalam konteks politik Teluk Intan apabila begitu ramai yang cuba bergambar dengannya. Hakikatnya, Dyana sering mengelak pertanyaan wartawan mengenai beberapa soalan yang kritikal dan dalam keadaan yang lain, Lim Kit Siang sentiasa membantu melakukan spinning. Situasi ini dengan bijaknya berjaya dieksploitasi oleh BN sebagai satu bentuk politik boneka. Jika Dyana menang, beliau akan terus dikawal oleh supremo DAP, kerana kematangannya masih belum cukup untuk menepis persepsi.Dyana turut terperangkap dengan keinginan DAP dalam perjuangan untuk menolak institusi Melayu sehingga beliau mengulang pernyataan agar proses kemasukan ke UiTM turut diberikan kepada bukan Bumiputera. Atas desakan itu Dyana terus didakwa sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengkhianati perjuangan politik Melayu, lupa bahawa menerusi perjuangan itulah dirinya berpeluang ke menara gading. Situasi yang sama pernah dibawa oleh pakatan pembangkang ketika mula mentadbir Selangor sehingga menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap tewas mempertahankan hujahnya. Pengalaman sedemikian tidak digunakan oleh Dyana, sebaliknya terus memperlihatkan dirinya amat mudah lentur dalam permainan politik DAP, yang lembut gigi daripada lidah. Apabila pengguna media sosial mula mempersoalkan hubungan ibunya, Yammy Samat dengan PERKASA, Dyana dilihat tidak konsisten dan akhirnya masuk ke perangkap pembohongan. Akibatnya, Dyana terus dicap sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan orang yang tidak boleh dipercayai tidak wajar memimpin atau diiktiraf sebagai wakil rakyat. Dengan gambaran kempen DAP hanya tertumpu ke kawasan majoriti pengundi Cina, kegagalan penembusan ke kawasan majoriti penduduk Melayu menjadikan Dyana sukar diterima walaupun jangkaan awal mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Orang Melayu tetap tidak boleh menerima DAP kerana sehingga kini masih belum terbukti parti itu menghargai jasa orang Melayu yang menyertainya. Beberapa contoh menarik mengenai kedudukan pemimpin Melayu dalam DAP, setelah melihat kedudukan pemimpin itu berpengaruh, maka berlakulah proses penyingkiran secara halus. Pemilihan CEC yang penuh kontroversi memberikan sikap sedemikian dengan begitu jelas, kerana tidak seorang pun pemimpin Melayu terpilih pada peringkat awal sehingga memaksa Lim Guan Eng mengakui ada kesilapan pengiraan—computer glitch. Masyarakat melihat kejadian itu sebagai suatu bentuk perancangan Lim Guan Eng untuk memujuk orang Melayu, maka diberitahu bahawa Zairil Khir Johari berada dalam senarai. Ia sesuatu yang amat memalukan kerana kalau bukan berkedudukan sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng, tentunya tidak ada lagi yang boleh dikaitkan dengan Melayu. Pemilihan semula hanya sekadar mengulangi keputusan sebelumnya, walaupun pemilihan itu masih boleh disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan, Lim Guan Eng terus membuat keputusan. Setiap keputusan atas nama parti menyebabkan Lim Guan Eng dipertikaikan manakala semakin ramai ahli DAP mula berani memaparkan beberapa kelemahan kepimpinan secara terbuka. Usaha DAP menyorok kelemahan dilihat semakin gagal kerana lebih ramai yang berani mempertikaikannya selagi prinsip demokrasi tidak diamalkan secara meluas dan menyeluruh. Lim Guan Eng tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung kerana masih ramai lagi pemimpinnya perlu dibabitkan. Keputusan PRK Teluk Intan jelas membuktikan bahawa politik “arrogant” tidak mendapat tempat sebaliknya politik berhemah menuai kejayaan. Ia memberikan petunjuk bahawa adab berpolitik itu amat penting, terutamanya ketika berlangsungnya PRK. Moral kemenangan DAP di Bukit Gelugor tidak memberikan pengaruh bagi membantu kemenangan di Teluk Intan walaupun moodnya masih hangat dan terasa, kerana “arroganisme” itu tidak sesuai dalam pertandingan yang membabitkan perbezaan etnik pengundi tidak begitu besar. Antara pengundi Cina dan Melayu hanya sekadar 4 peratus ia tentunya memberikan kelebihan kepada pengundi India (19 peratus) sebagai faktor penentu. Mood pengundi India berbeza dalam PRK Teluk Intan kerana ia melihat sebagai suatu penghinaan apabila DAP menyingkirkan M Manogaran. Ia ditambah dengan keceluparan seorang wakil rakyat DAP yang mengecam UMNO sebagai Celaka, dan hingga kini, ADUN Seri Delima, Pulau Pinang, RN Rayer belum membuat permohonan maaf. Tuduhan ini benar-benar menyebabkan orang Melayu semakin tidak percayakan DAP, maka DAP perlulah membersihkan “kekotoran” tersebut dengan kaedah tertentu, termasuk mengenakan tindakan disiplin terhadap RN Rayer. Selagi ianya tidak dibersihkan, DAP selamanya bukanlah parti yang benar-benar melambangkan kesaksamaan antara etnik, ia hanyalah perjuangan untuk memastikan dua keluarga yang menguasai parti terus kekal. Politik mempunyai kaitan dengan perasaan, kerana DAP gagal menjadikan emosi sebagai satu bentuk kecerdasan berpolitik, maka itulah sebabnya kecantikan Dyana gagal memancing pengundi, hanya sekadar menang sorak kampong tergadai. Kecantikan Dyana tidak cukup meyakinkan, untuk memasuki semula sebagai calon wakil rakyat, beliau perlu lebih kerap mengunjungi “salon” untuk “membersihkan muka” dan belajar bagaimana berkomunikasi dengan berkesan, meyakinkan setiap orang yang ditemuinya, di samping perlu bijak dalam penampilan diri bukan hanya sekadar tempelan semata-mata.

Breaking News: Pelacur Bakal Bongkar Skandal Seks Ahli Politik & Kenamaan......!!!???

Seorang gadis berusia 25 tahun mendakwa telah melayan seramai 800 lelaki yang terdiri daripada golongan atasan antaranya orang kenamaan, ahli politik, peguam dan ahli perniagaan sepanjang 8 tahun dipaksa menjadi pelacur. Lebih mendebarkan, gadis itu menegaskan bahawa dia ada merekodkan semua maklumat pelanggan yang pernah melangganinya dalam sebuah "diari khas" termasuklah jumlah wang yang telah diterima olehnya daripada mereka. Memetik laporan sebuah media online baru-baru ini, pelanggan yang ingin mendapat perkhimatan gadis itu perlu membayar harga sebanyak RM300 hingga RM500 untuk sekali perkhimatan dan dia diminta untuk merahsiakan identiti mereka. Menurut gadis yang dikatakan berasal dari Kajang itu lagi, dia mula menjadi pelacur sebaik tamat persekolahan ketika berusia 18 tahun dan hanya berkhidmat untuk golongan atasan sahaja. Selain itu, gadis itu turut mendakwa dia terpaksa mengotorkan diri terlibat sebagai pelacur kelas atasan setelah dipaksa berbuat demikian oleh bapa tirinya yang bertindak menjadikan dirinya sebagai hamba seks untuk meraih pendapatan lumayan dari golongan-golongan berprofil tinggi. Akibat tidak tahan dengan perbuatan yang dilakukan oleh bapa tirinya, dia nekad membuat laporan polis berhubung dirinya yang dipaksa menjadi seorang pelacur. Bagaimanapun, sumber media tersebut tidak memaklumkan sama ada laporan polis tersebut telah disahkan pihak berkuasa atau tidak. Pendedahan wanita tersebut pasti membuatkan golongan-golongan atasan yang pernah mendapatkan perkhimatan darinya seperti ‘cacing kepanasan’ kerana bimbang siasatan yang akan dilakukan pihak polis akan mendedahkan identiti mereka kepada umum. Apa yang Matmerapu harapkan sekiranya benar dakwaan wanita ini mempunyai senarai nama mereka yang pernah menggunakan khidmatnya sebelum ini dapat dibongkarkan segera sebagai pengajaran kepada lelaki-lelaki "hidung belang". Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, namun kelibat orang kenamaan, ahli politik dan ahli perniagaan yang sering bersikap retorik di depan rakyat sebelum ini juga mampu memberi pengajaran berguna kepada semua. Persoalannya, apakah gadis itu sedia menyerahkan "diari khas" tersebut kepada pihak berwajib untuk dianalisa skandal seks yang bakal menggemparkan negara itu?

Anwar Mengamuk Di London: Dibelasah Pemberita BBC......!!!

Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC, Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacaranya. Antaranya adalah: 1. Anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia (Anwar) yang melawan sistem sedia ada, sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkahmah memang Anwar meliwat. 2. Orang Malaysia sudah menyampah dengan Anwar dan demo jalanan kerana seperti Anwar ingin elak dari isu peribadinya. 3. Kata Anwar menang undi popular, ia tidak dilayan kerana sistem di England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular. 4. Anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik MH370. Pengacara perli "interesting you brought up MH370" dan terus mengatakan Malaysia menanganinya dengan baik, Anwar membuak-buak marah! 5. Pengacara menegur mengapa Anwar sanggup mempolitikkan isu seperti MH370 demi kepentingan politiknya.